Pages

Sunday, September 29, 2013

Duta Besar Paraguay di Indonesia peluk agama Islam


 Duta Besar Republik Paraguay ke Indonesia, Cecar Estebon Grillion (dua dari kiri) memegang naskhah al-Quran semasa mengucapkan dua kalimah syahadah sambil disaksikan Menteri Agama, Suryadharma Ali (kiri sekali) dalam satu majlis di Masjid Istiqlal, Jakarta, kelmarin. - Agensi 
 
JAKARTA 28 Sept. - Selepas sekian lama tertarik dengan agama Islam, Duta Besar Republik Paraguay ke Indonesia, Cecar Estebon Grillion akhirnya memilih untuk memeluk agama itu selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid Istiqlal di sini, semalam.

Di hadapan ribuan jemaah yang selesai mengerjakan solat Jumaat dan disaksikan Menteri Agama, Suryadharma Ali, Grillion secara rasmi kini merupakan seorang penganut agama Islam. Grillion dibimbing oleh Imam Besar Masjid Istiqlal, Ali Mustafa Yaqub ketika mengucapkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab. Ribuan jemaah Masjid Istiqlal didengar mengucapkan Alhamdulillah sebaik-baik duta itu selesai melafazkan kalimah syahadah.

Menurut Grillion, beliau sudah lama tertarik dengan agama Islam.
"Saya mengenal Islam setelah membaca buku-buku mengenai Islam milik anak saya," ujarnya seperti yang dipetik dari laman web Kementerian Agama Indonesia.

Pada masa sama, Grillion juga mendapat hidayah untuk mendalami Islam melalui perkenalannya dengan seorang muslimah Indonesia, Yulie Setyohadi yang membuka hatinya untuk mempelajari agama itu.
"Saya berjanji saya memeluk agama Islam bukan atas dasar menukar agama sahaja, tetapi untuk menjadi seorang muslim yang baik dengan bantuan semua," jelas beliau.

Sementara itu, Suryadharma berharap, keputusan Grillion memeluk Islam dapat memberi inspirasi kepada saudara lain untuk sama-sama mengambil jalan yang diredai oleh Allah.
"Semoga imannya makin kuat, menjadi muslim yang soleh serta mematuhi perintah Allah," katanya.
Bagi Ali Mustafa yang membimbing Grillion pula, keinginan duta besar itu untuk memeluk agama Islam bukan disebabkan oleh tekanan atau kerana ingin bernikah dengan wanita Islam. Sebaliknya, hasrat itu, katanya, bertitik tolak daripada hidayah yang diperoleh Grillion daripada Allah.

Keseriusan Grillion untuk memeluk agama Islam dapat dilihat melalui usahanya mendalami agama itu daripada tokoh agama tersohor Indonesia, Prof. Quraish Shihab selain dengan beliau sendiri sebagai Imam Besar Masjid Istiqlal.

Grillion juga berhasrat menukar namanya kepada Ibrahim.
"Saya cadangkan ditambah Muhammad pada awal nama itu," tambah Suryadharma pula.

Tuesday, September 24, 2013

Adakah Malaysia akan menjadi hab mempromosi agama-agama di dunia?



Projek mega 1 Malaysia Spiritual Tourism akan dibangunkan di negeri Pahang bermula pada hujung tahun ini. Projek ini akan menjadi pusat pelancongan yang menjadikan unsur keagamaan sebagai tema pelancongan.

Perkara ini secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempromosikan agama-agama di dunia selain Islam. Persoalannya, adakah projek seperti ini akan menjadikan Malaysia sebuah hab mempromosi agama-agama dunia? Wajarkah perkara ini terjadi kepada Malaysia yang mana agama Islam menjadi agama persekutuan?

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada satu video yang panjangnya 15 minit 55 saat dan laman web http://enchant1mst.com/Projects.html projek ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar dan menjadikannya lebih luas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia bakal menempatkan patung dan binaan keagamaan melibatkan agama Kristian, Buddha, Hindu, Taoisme dan lain-lain yang mempunyai ciri-ciri tarikan pelancong seperti terbesar, terpanjang, terhebat dan terbanyak.

Kawasan yang dinamakan Ao Mi Shan mempunyai 15 binaan yang terbesar dan terpanjang di dunia. Satu piramid yang tingginya 30 tingkat mengalahkan ketinggian piramid di Mesir akan didirikan. Di puncak piramid itu akan diletakkan patung Kuan Yin besar yang berputar dengan sendirinya. Piramid ini akan memegang 5 gelaran dunia iaitu piramid terbesar di dunia, mempunyai patung Kuan Yin terbesar di dunia, menjadi tokong Kuan Yin terbesar di dunia, mempunyai kompleks beli belah terbesar dan mempunyai columbarium terbesar di dunia. Columbarium (tempat simpanan abu manusia) ini mempunyai 5 juta ruang simpanan abu manusia. Setiap ruang simpanan akan dijual dengan harga 12 ribu ringgit, dan jumlah hasil kutipan columbarium ialah sebanyak 60 bilion ringgit!

Selain itu ruang keagamaan untuk agama Sikh, Sai Baba, Confucianism juga akan disediakan. Disebabkan tempatnya yang luas, pengunjung memerlukan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hari untuk melawati semua kawasan. Hotel terbesar dengan kapasiti 40 ribu katil menjadikan pelancongan menyeronokkan selain mempunyai ruang membeli belah, rekreasi, medan selera, sekolah, universiti dan pelbagai lagi prasarana yang hebat.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa agama Islam adalah agama persekutuan. Apabila Islam dinobatkan sebagai agama negara, sewajarnya Islam berada di kedudukan tertinggi dan dihayati bukan sekadar sebuah agama yang berkaitan amalan ibadat semata-mata, bahkan seluruh sistem dalam negara termasuk pentadbiran, perundangan, ekonomi, pendidikan, sosial, pelancongan dan sebagainya perlu menjadikan Islam sebagai rujukan dan panduan. Jika perkara ini berlaku barulah Islam diletakkan di tempat yang sepatutnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Kedudukan Islam yang mulia perlulah dihormati dan sebarang dasar dan aktiviti termasuk projek pelancongan yang mengandungi unsur mencabar kedaulatan Islam haruslah disekat.

Sebagai sebuah negara yang memiliki pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama, Malaysia membenarkan agama-agama lain selain Islam diamalkan. Inilah kebebasan beragama di Malaysia. Pelbagai upacara keagamaan dibenarkan untuk dianjurkan malahan sesetengah hari perayaan agama yang utama dijadikan hari cuti umum. Selain itu, rumah-rumah ibadat juga dibenarkan untuk dibangunkan dan ada yang diberikan peruntukan oleh kerajaan untuk membangunkannya. Keadaan ini telah berjalan sejak sekian lama dan ia menjadi faktor keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.

Kehadiran projek mega seperti yang diwar-warkan oleh pemilik dan pemaju projek ini telah mencuba merubah identiti Malaysia selaku sebuah negara umat Islam. Penerangan yang agak terperinci seperti yang ditayangkan menggambarkan betapa hebat dan besarnya kesan yang bakal dirasai oleh Islam dan umatnya. Mengapakah sektor pelancongan menjadikan faktor agama sebagai daya tarikan? Biarpun sebelum ini telah pun terdapat bangunan keagamaan yang berjaya menarik kehadiran pelancong, namun mengapa perlu dibina lagi projek yang seumpama dengannya dengan lanskap yang lebih besar? Alasan untuk menjana lebih banyak pendapatan tidak dapat dijadikan sebagai alasan utama. Terdapat banyak lagi cara untuk menjana lebih banyak pendapatan dan lebih menguntungkan.

Projek ini tidak lain hanyalah bertujuan mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Ia juga mencabar keupayaan ekonomi orang Islam untuk membina projek-projek besar yang mampu menjana kewangan dan meningkatkan ekonomi negara. Seharusnya pemilik dan pemaju projek memikirkan apakah kesan daripada projek ini.

Jika projek ini berjaya dilaksanakan, imej Malaysia sebagai negara Islam dari segi komposisi penduduk dan dari segi sejarah akan pudar apabila unsur-unsur agama lain yang dihighlightkan sebagai tarikan pelancong. Orang luar sudah tidak memandang Islam sebagai agama negara kerana agama lain yang bukan agama negara sudah mampu dipromosikan dengan persembahan yang amat menarik dengan kos yang banyak.

Selain itu, Malaysia akan dikenali sebagai sebuah negara yang mampu menyatukan semua agama selain Islam. Projek mega itu akan menjadi mercu tanda dan simbol kerjasama dan perpaduan antara agama. Imej Islam akan tenggelam dan perkara ini tidak seharusnya berlaku.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan projek besar bernilai lebih 135 juta ringgit yang terletak di Bukit Jalil. Ia adalah Pusat Konvensyen Calvary (Calvary Convention Centre) yang akan menjadi kompleks aktiviti kumpulan Kristian terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara. Ia mempunyai satu dewan auditorium yang boleh mengisi hadirin seramai 5 ribu orang dalam satu-satu masa.

Projek ini terletak bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club, dan ia yang berada di lokasi yang strategik di selatan Wilayah Persekutuan dan dihubungkan dengan jalan-jalan utama di ibu negara.

Projek ini merupakan gabungan 3 buah premis Kristian Calvary yang sebelum ini terletak di Damansara Height, Damansara Perdana dan juga Cheras.

Menurut laman web Calvary Church, pelbagai aktiviti akan diadakan di sini seperti upacara keagamaan, konvensyen domestik dan antarabangsa, dan pembangunan kerohanian yang memberi fokus kepada anak muda dalam meniti kehidupan sebagai insan berguna kepada agama dan masyarakat.

Selain itu, pusat konvensyen ini turut dilengkapi dengan pentas yang dipenuhi kelengkapan seperti teater dan muzikal, orkestra, kelengkapan audio, visual dan multimedia, kelengkapan di belakang tabir seperti bilik persalinan dan bilik sembahyang, studio rakaman, tempat latihan tarian, seni, dan drama, serta bengkel seminar.

Saya telah mendatangkan dua projek besar yang akan memberi kesan langsung kepada masyarakat dan negara ini. Persoalannya, beginikah isi sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam?

Mohd Firdaus Salleh Hudin
Wartawan ISMA

untuk rujukan, baca ini: http://www.ismaweb.net/v4/2013/09/fasa-pertama-projek-mega-spiritual-tourism-di-pahang-bernilai-10-bilion-dijangka-siap-2016/

Monday, September 23, 2013

Tuntutan COMANGO mengandungi tuntutan berbahaya terhadap Islam



azril2
 

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Draf laporan COMANGO yang akan dibentangkan dalam sesi Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) Geneva, Switzerland mengandungi tuntutan-tuntutan yang berbahaya terhadap Islam dan negara Malaysia.
Menurut Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Azril Mohd Amin, isi kandungan laporan COMANGO membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini.

Antara tuntutan berbahaya itu ialah Malaysia dituntut menandatangani satu perjanjian berkaitan hak kebebasan beragama yang bakal memperlihatkan gejala murtad berleluasa. Selain itu Malaysia juga dituntut menandatangani satu peraturan yang akan mengiktiraf hak golongan LGBT yang kesudahannya akan mengizinkan perkahwinan sejenis berlaku di negara ini. Undang-undang kesalahan jenayah liwat juga perlu dihapuskan sebagai langkah mengiktiraf golongan songsang itu.

Laporan COMANGO juga mendakwa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tentang hak keistimewaan Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai alat politik. Laporan ini juga membela hak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah dan hak Syiah supaya bebas disebarkan seperti agama lain.
Azril juga berkata tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan malah ia dibuat atas platform yang tidak sah seperti COMANGO.

Berikut adalah kenyataan penuh En Azril Mohd Amin:

Malaysia semakin menghampiri sesi Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada Majlis tersebut oleh badan-badan seperti Becket Fund for Religious LibertyHuman Rights WatchAmnesty International, Majlis Peguam, International Commission of Jurists dan lain-lain NGO Hak Asasi Manusia, tetapi isi kandungan laporan COMANGO membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini. Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut ialah:

i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu  berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…” – Rujuk komentar penuh di sini. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.

iii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.

iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Berkenaan hak-hak LGBTIQ ini, sila rujuk penulisan awal di sini dan di sini. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat. Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.

v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.

Memandangkan proses UPR ini berlangsung setiap empat tahun sekali (kali pertama semenjak 2009), maka adalah wajar sekiranya pihak Kerajaan Pusat, serta pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) sentiasa meneliti tuntutan-tuntutan yang dikemukakan demi memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan berterusan serta dakwaan bertentangan terhadap kedudukan Islam dan realiti sejarah dan budaya masyarakat Malaysia.

Tuntutan-tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti COMANGO. Malah, ‘pertubuhan-pertubuhan’ yang mengganggotainya juga perlu disiasat secara mendalam oleh kerana melalui sumber yang boleh dipercayai, hanya 12 dari 54 keanggotaannya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Malaysia. ‘Pertubuhan-pertubuhan’ ini tidak mewakili suara majoriti masyarakat Malaysia. Kewujudan entiti-entiti ini juga menyalahi undang-undang pertubuhan kerana tidak didaftarkan secara sah.

http://azrilmohdamin.com/2013/09/18/tuntutan-tuntutan-comango-untuk-proses-semakan-berpenggal-sejagat-malaysia-2013/

Sumber:  http://www.ismaweb.net

Saturday, September 21, 2013

Hidayah Lailatul Qadar

September 22, 2013 at 12:49 pm

Penghujung tahun 2011, saudara Jamuddin Lorrie (Najmuddin) menghubungi saya, memberitahu ada 11 orang berminat memeluk Islam. Saya bertanya, bagaimana mereka boleh tertarik?

Najmuddin menjelaskan, “Semasa saya sedang telefon ustaz tadi, orang itu terdengar saya sebut perkataan masuk Islam. Sebab itu dia tanya saya, bolehkah kalau saya mahu masuk Islam. Kami 11 orang satu keluarga.”

Benar, sebelum itu ada saudara Najmuddin menghubungi saya, memberitahu beberapa orang yang telah kami ziarahi sebelum ini telah bersedia memeluk Islam.

Ziarah pertama
Ziarah pertama


Sejak itu, kami berziarah ke rumah Encik Linaun, bertemu dengan beliau dan ahli keluarganya. Anaknya ada 14 orang. Ada yang beristeri dua. Cucunya berpuluh-puluh.

Beliau tinggal di Kampung Lotong, Sapulut, bersebelahan dengan Kampung Padang, tempat terletaknya Masjid As-Syahadah.

Anak cucu Aman Linaun
Anak cucu Aman Linaun


Dalam ziarah pertama, Encik Linaun memberitahu, “Kami akan masuk Islam beramai-ramai, 65 orang semuanya, termasuk anak, menantu dan cucu-cucu saya, tapi tunggu kami berbincang dahulu.”

Ketika itu saya belum mengenali beliau dari dekat. Hanya dating, bertegur sapa dan bercerita hal keluarga, selain mengagih kotak-kotak pakaian yang dibekalkan Puan Zubaidah Sulaiman, Pensyarah di IPG Gaya, Kota Kinabalu.

Berkali-kali kami ziarahi beliau dan keluarganya, masih juga belum bersedia memeluk Islam. Lebih lagi saya tidak pernah bertanya, “Bila kamu mahu Islam?”

Setelah lebih setahun mendekati beliau, barulah beliau bercerita berkenaan agama anutannya. Rupanya beliau adalah bekas Pengerusi Gereja di situ. Beliau pernah menjadi pengerusi di gereja lain juga sebelum itu.

Dalam pertemuan itu, beliau bertanya tentang konsep ketuhanan di dalam Islam berbanding trinity yang dipercayainya selama ini.

Mula berjinak dengan Al Quran
Mula berjinak dengan Al Quran


Saya tunjukkan terjemahan Surah Al Ikhlas kepadanya.

“Allah itu Esa, bukan dua atau tiga. Dia tempat semua makhluk meminta pertolongan.” Saya mula menerangkan kepadanya.

Encik Linaun mendengar penuh minat, sementara ahli keluarganya sibuk memilih pakaian yang kami bawa.

“Allah itu tidak beranak, dan Dia juga tidak diperanakkan…” sambung saya.

“Allah itu tidak sama seperti makhluknya. Tidak menyerupai sesuatu, kerana apa yang kita lihat sekarang ini, sungai, bukit, gunung dan semua ini, semua Allah yang cipta.”

Encik Linaun meminta, “Bolehkah kamu bagi saya Al Quran ini?”

“Ya! Ini untuk kamu.” Saya hulurkan terjemahan al Quran itu kepadanya. Sudah nampak sinar hidayah dihatinya.

“Sekarang sudah bertambah 25% keyakinan saya.” Ujar Linaun.

Sejak itu beliau selalu membaca terjemahan Al Quran, dibandingnya dengan kitab pegangan sebelum ini.  Akhirnya beliau tekad untuk memeluk Islam.

Mengucap dua kalimah syahadah
Mengucap dua kalimah syahadah


Pada 27 Ramadhan 1434H, bersamaan 5 Ogos 2013, beliau mengucap dua kalimah syahadah di Masjid As-Syahadah, Kampung Padang, sebagai insan ke 203 memeluk Islam sepanjang saya berdakwah di pedalaman Sabah sejak dua tahun lalu.

Namanya kini Muhammad Usman. Syahadahnya dipimpin saudara Awang Jaafar yang pernah mengikut saya menziarahinya sebelum ini.

1 Syawal, hari raya ‘Idil Fitri, isteri dan 3 orang cucunya pula memeluk Islam.

Isteri dan cucunya memeluk Islam
Isteri dan cucunya memeluk Islam


Insan ini menjadi motivasi untuk saya terus berdakwah di pedalaman Pensiangan.

Oleh kerana berkali-kali kami ziarah, beliau masih belum memeluk Islam, mendorong saya terus terusan mendekati beliau, hingga terbuka hatinya untuk Islam.


Dari mula mengenalinya hingga saat beliau mengucap syahadah memakan masa 1 tahun 6 bulan 18 hari.


Kini beliau aktif berdakwah terutama kepada ahli keluarganya. Berita yang baru diterima, tiga lagi anaknya akan memeluk Islam minggu ini, insyaAllah.


محمد فضلي بن يوسف
22 Sept 2013

Sumber: https://www.facebook.com/mfadli11

Masa depan perjuangan Islam PAS lebih penting daripada kerusi


azar4
 


BANGI, 21 Sept – Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyokong resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia yang menyarankan agar tahaluf siyasi antara parti PAS, PKR dan DAP dikaji semula.
Katanya, masa depan perjuangan Islam PAS lebih penting daripada sekadar merebut kerusi dalam pilihan raya.

Beliau juga meminta parti itu membuat pertimbangan sebaiknya dengan mengukur maslahah dan mudarat berdasarkan maslahah umat keseluruhan, bukannya terhad kepada isu keuntungan dalam persaingan antara PAS dan UMNO semata-mata. “Utamakan maslahah umat secara keseluruhan, bukan hanya ukur maslahah parti dalam konteks politik PAS-UMNO sahaja. Oleh itu saranan untuk mengkaji semula tahaluf perlu mengambil kira aspek maslahah umat ini,” tegas beliau.
 
Beliau dihubungi wartawan ISMA bagi mendapatkan pandangan berhubung resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar baru-baru ini. Tambahnya, apa yang berlaku kepada PAS pasca PRU-13 harus dijadikan titik-tolak supaya kajian menyeluruh berhubung pelaksanaan tahaluf siyasi sama ada ia menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak atau tidak.
“Sejauh mana tahaluf siyasi menepati syarak dalam PRU baru-baru ini? Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk perkara itu,” ujar beliau.

Mengulas kenyataan Presiden PAS yang menyatakan bahawa PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sistem dua parti, Ustaz Abdullah berkata, perkara itu akan menghakis perjuangan Islam PAS yang diperjuangkan selama ini.

Kata beliau, PAS sememangnya dikenali dengan perjuangan negara Islam sedangkan Pakatan Rakyat tidak memperjuangkan dasar dan konsep negara Islam sebenar. “PAS seharusnya menjadi satu parti yang independen, bebas membuat keputusan tentang hala tuju dan masa depan perjuangannya dan tidak terikat dengan pendirian rakan pakatan yang lain. “Hal ini penting kerana sebagai parti Islam PAS perlu mematuhi syarak dan tidak terikut-ikut dengan rakan-rakan pakatan yang tidak mengikuti Al-Quran dan Al-Sunnah,” kata beliau.

Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2013/09/masa-depan-perjuangan-islam-

Thursday, September 19, 2013

Tahaaluf siyaasi: Pas dilema lagi



Tahaaluf siyaasi: Pas dilema lagi    
Ahli-ahli Pas mahu pemimpin parti itu lebih mendominasi kepimpinan PR,
 bukan tunduk kepada PKR dan DAP.
 
RESOLUSI multaqa ulama Pas di Alor Setar yang mahu parti itu kaji semula tahaaluf siyaasi dengan PKR, ditolak menerusi kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin.  Ketika mengumumkan perkara itu, Abdul Hadi disertai dua Naib Presiden,  Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar selain Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali sekali gus membayangkan bahawa keputusan itu adalah konsensus dan muktamad oleh kepimpinan tertinggi parti.

Hal ini penting kerana yang mengusulkan perkara itu adalah ulama, entiti yang selama ini dianggap sangat berpengaruh dalam Pas. Sebarang keputusan yang menyentuh ulama, juga adalah menyentuh sensitiviti majoriti ahli Pas. Ironinya, sama ada mahu diakui ataupun tidak, isu tahaaluf siyaasi sebaliknya memperlihatkan kepada umum bahawa golongan ulama seakan sudah mula hilang pengaruhnya dalam parti itu, dihakis oleh golongan profesional dan aktivis yang kian mendominasi kepimpinan Pas.

Walaupun tanggapan ini sudah pasti akan dipertikaikan, mengambil kira bahawa Abdul Hadi sendiri, juga Mursyidul Am,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih tega mendukung tahaaluf siyaasi juga adalah ulama, namun usul yang meminta perkara itu dikaji semula bukan daripada Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib seorang. Ia sebaliknya adalah resolusi multaqa yang melibatkan ulama-ulama Pas dari seluruh negara.

Sehubungan itu, ramai yang menjangka bahawa usul itu akan dibawa untuk dibahaskan dalam muktamar November ini bagi dicari langkah penyelesaian konflik atau setidak-tidaknya jalan tengah bagi meredakan perbezaan pendapat dalam parti itu. Oleh kerana ia melibatkan dasar yang sangat penting bagi parti, ada baiknya isu tahaaluf siyaasi dikembalikan kepada akar umbi untuk dibincang dan dibuat keputusan dengan majoriti.

Atas sebab itulah, ada yang terkejut apabila Abdul Hadi mengumumkan keputusan Pas menolak usul berkenaan hanya empat hari selepas multaqa tanpa membiarkan hal itu dibahaskan dalam muktamar agung yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 November ini. Mereka melihat pengumuman itu dibuat dalam keadaan yang agak tergesa-gesa, barang kali kerana pimpinan Pas tidak mahu isu tahaaluf siyaasi terus jadi polemik kalangan akar umbi hingga menjejaskan kepercayaan parti sekutu terhadap Pas.

Itulah agaknya mengapa ia harus segera dipancung!

Melarat
Apa pun, hampir pasti bahawa polemik ini tidak akan mati, akan terus menjadi dilema bagi Pas malah mungkin akan tambah melarat. Ini kerana isu tahaaluf siyasi sejak lama dahulu ditanggap oleh ahli Pas secara berbeza. Ada yang melihat kerjasama dengan PKR, juga DAP signifikan bagi parti itu namun ada juga yang melihat ianya tidak perlu sebaliknya hanya menjatuhkan lagi wibawa Pas sebagai parti yang memperjuangkan daulah Islamiyyah.

Dalam kata lain, ada yang bersetuju kemenangan pilihan raya dijadikan agenda utama namun ada pula yang meletakkan matlamat keredaan ALLAH dalam memperjuangkan syariatNya lebih utama berbanding Putrajaya. Pandangan kumpulan yang kedua ini biasanya dipatahkan oleh hujah bahawa dalam negara majmuk seperti Malaysia, Pas mustahil boleh memerintah tanpa bergabung dengan parti lain yang perlu untuk mendapat undi majoriti daripada bukan Islam.

Namun bagi mereka,  dalam perjuangan mendaulatkan Islam, memerintah adalah soal kedua kerana yang perlu lebih diutamakan adalah ketegasan mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang tidak boleh terselit sebarang keraguan dalam usaha untuk melaksanakannya. Jika ditakrif dari segi hukum fiqh, kerjasama ini bagi mereka seumpama syubhah!

Namun bagi tok-tok guru dalam Pas yang pro tahaaluf siyaasi dan hujah mereka pula sukar untuk disangkal oleh orang lain kerana mereka tentunya lebih alim dalam urusan dan ilmu fiqh siyasah, langkah Pas bekerjasama dengan PKR dan DAP telah banyak memurnikan pandangan pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam dua parti itu terhadap Islam.  

Nik Aziz sendiri mengaku beliau sering dirujuk oleh pemimpin bukan Islam DAP mengenai Islam.
Mungkin hikmah tarbiyah Mursyidul Am Pas itu, Lim Guan Eng menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idolanya sejak memerintah Pulau Pinang. Namun bagi golongan yang tetap meragui tahaaluf siyaasi, mereka tidak kisah untuk bangkit membidas setiap kali Karpal Singh mempersoalkan matlamat Pas mahu mendirikan kerajaan Islam.

Mereka mercurigai kemampuan pimpinan Pas untuk mendepani Karpal yang tidak berganjak dari penentangannya terhadap gagasan negara Islam yang diperjuangkan Pas sejak sekian lama.
Apa lagi apabila Pas pada muktamarnya yang ke 57 pada Jun 2011 telah menukar dasar daripada negara Islam kepada negara berkebajikan yang meskipun perubahan itu dialaskan hanya pada label yang merujuk kepada konsep negara 'baldatun toiyyibatun warrabun ghaffur' iaitu negara berkebajikan yang mendapat restu dan keredaan ALLAH, namun ia tetap memberi kesan yang besar dalam keyakinan anggota Pas di peringkat bawahan.

Golongan ini, yang bagi sesetengah pemerhati dianggap sebagai kumpulan majoriti senyap dalam Pas, mula tergugat keyakinan mereka terhadap kepimpinan semasa parti itu yang dilihat semakin hari semakin tunduk kepada PKR dan DAP. Mereka mula membandingkan sikap Pas pada era Datuk Fadzil Noor yang juga pernah cuba dipikat oleh DAP melalui Semangat 46 untuk bekerjasama     istilah tahaaluf siyaasi belum dipopularkan waktu itu     dalam Pilihan Raya Umum 1990 namun Pas sebaliknya hanya sudi untuk berpakat secara langsung dengan Semangat 46 dan parti-parti Islam yang lain iaitu Berjasa, Hamim dan Kimma dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Untuk bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan sebuah lagi parti, Indian Progressive Front (IPF), Semangat 46 terpaksa menubuhkan Gagasan Rakyat. Ini menyebabkan DAP tiada ruang untuk campur tangan dalam urusan Pas sebagaimana sekarang!
 
Campur tangan
Kerjasama solid sesama parti Islam itulah yang membantu Pas mengambil alih kuasa di Kelantan menerusi APU dalam pilihan raya itu dan terus berkuasa hingga hari ini. Memang ada satu kepercayaan dalam politik bahawa dasar sesebuah parti harus bersifat dinamik, mempunyai keanjalan untuk berubah mengikut keperluan semasa namun bagi kumpulan yang sukar untuk menerima tahaaluf siyaasi, mereka akan tetap berasa curiga terhadap kejujuran rakan sekutu, lebih-lebih lagi DAP yang selamanya diketahui tidak akan menerima Islam sebagai dasar pemerintahan seandainya ditakdirkan PR berjaya mengambil alih Putrajaya.

Di sinilah terbukunya keraguan dan mereka akan sentiasa meragui keupayaan pemimpin Pas untuk mendominasi keputusan dalam PR. Pada masa yang sama mereka juga tidak lepas daripada kecurigaan terhadap PKR yang diragui bermain kayu tiga dengan DAP. Ini termasuk dalam isu pembahagian kerusi pilihan raya di kawasan majoriti Melayu, apa yang difahamkan telah menjadi asas resolusi multaqa ulama Pas tempoh hari.

Kita dapat merasakan bahawa isu ini tidak mudah untuk ditangani pemimpin Pas terutama Abdul Hadi sendiri. Inilah cabaran  berat bagi kepimpinan beliau yang kelihatan agak tersepit dalam dilema untuk meningkatkan keyakinan ahli bahawa Pas akan jadi dominan dalam PR sebagaimana yang mereka ingini.

Dalam masa yang sama, kita juga tertanya-tanya apakah bibit masalah baru akan menjelma apabila Harun dalam satu kenyataan semalam menyatakan bahawa Dewan Ulama tetap akan meneruskan kajian tahaaluf siyaasi dengan PKR meskipun kepimpinan tertinggi Pas sudah buat keputusan menolak usul itu.

Ke mana laporan kajian itu akan dibawa oleh kumpulan Harun, yang sudah tentu akan umumkan dapatan mereka setelah ianya selesai kelak? Apakah ia hanya akan menambahkan lagi resah ahli atau mendalamkan lagi jurang perbezaan yang sedia ada antara yang pro dengan yang anti tahaaluf siyaasi?

Lainlah jika kajian itu akhirnya mendapati tahaaluf siyaasi perlu diteruskan.

Namun mengambil kira sikap Harun selama ini yang konsisten tegasnya setiap kali diasak dalam isu kepentingan Islam, tahaaluf siyaasi hampir pasti akan mencetuskan dilema yang berpanjangan dalam Pas.
Atau apa mungkin Harun sendiri yang akan jadi korban, diturunkan dari kerusinya pada pemilihan November ini untuk pastikan hubungan cinta Pas dengan PKR tidak tergugat.

Sama-sama kita nantikan!

Sumber: Sinar Harian.   19 09 13

Wednesday, September 18, 2013

Tahaaluf siyaasi: Bukti Pas ada pendirian



Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  
  • Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM – Keputusan Pas untuk mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) dalam PR bersama PKR dan DAP membuktikan parti itu mempunyai berpendirian.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia adalah tindakan baik untuk melihat keberkesanan parti itu dalam pakatan tersebut.

Menyokong kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan bahawa tahaaluf siyaasi haram dilaksanakan sekiranya mendatangkan kemudaratan, Asri berkata, ia adalah satu tindakan wajar.

“Ini adalah satu tindakan yang bagus dalam mengatakan pendirian Pas. Ini juga membuktikan mereka sentiasa menyemak kedudukan parti itu dalam PR.

“Bagi saya, semakan ini juga bagus untuk mereka lihat sendiri sama ada kewujudan Pas dalam PR lebih berkesan untuk berperanan dalam politik di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, jika penilaian membuktikan tahaaluf siyaasi yang dijalankan selama ini tidak menepati syarat dan bercanggah dengan garis panduan yang ditetapkan, mereka perlu buktikannya sebelum membuat keputusan.

“Mereka perlu buktikan supaya kita dapat menilai semula sama ada ia hanya satu andaian atau perkara yang nyata,” katanya.

Tuesday, September 17, 2013

Ikhwanisasi Penjara



*gambar menunjukkan para Ikhwan solat berjemaah di dalam
 penjara Turrah (salah satu penjara di Mesir) suatu ketika dahulu.

Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir.

Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal.

Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa". Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih. MaasyaAllah.

Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah(tempat didikan)". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.


Sumber: Islamedia
 

Sunday, September 15, 2013

Mengapa hentam ulama?



Tahaaluf Siyaasi
 
AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR.

Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Manakala Datuk Harun Taib pula - yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu - memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP, terutama Karpal Singh.

Bukan sekali dua Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya, bukan pendirian parti selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.

Umum mengetahui bahawa hubungan Hadi dengan Harun sangat rapat. Namun demi mengekalkan keyakinan DAP dan PKR terhadap Pas, Hadi terpaksa untuk tidak berpihak kepada Harun. Bukan sekali, bukan dua. Namun Harun tetap tidak berkurang juga lantangnya menegur pemimpin DAP.

Kemuncaknya adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar, Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula. Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi. Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya, Abdul Hadi ke penjuru dilema!

Soalnya, apakah perkara yang disuarakan Harun itu salah ataupun disuarakan secara salah?

Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta. Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam.

Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.

Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja, namun tertanya-tanya juga oleh kita, apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?

Apakah pengaruh kedua-duanya itu lebih kuat mencengkam dalam Pas berbanding ulama yang pernah ditatang tinggi oleh ahli Pas selama ini?

Pada penghujung 1980-an, seorang pemimpin Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman, pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar - barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru - yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama.

Namun itu dulu. Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi?

Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah, Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar.

Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.

Apa mungkin Harun tersilap menilai kedudukan ulama dalam Pas hari ini?

Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya? Jika demikian, apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya?

Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP. Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata, Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu.

Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!


Sumber: Sinar Harian 16 Sept. 2013.

Friday, September 13, 2013

Cemburu yang ada Pasal.....

Cemburu tanda kita sayang atau “caring”. Cemburu yang ada asas, bukan yang membabi buta akan dapat menyelamatkan banyak keadaan daripada menjadi 'out of control'.
TIPS PARENTING PRIHATIN 12 : CEMBURU

Cemburu tanda kita sayang atau “caring”. Cemburu yang ada asas, bukan yang membabi buta akan dapat menyelamatkan banyak keadaan daripada menjadi 'out of control'.

Bila disebut tentang CEMBURU, Lazimnya masyarakat kita terbayanglah kisah isteri cemburukan suami yang pakai wangian dan bersiap sekacak mungkin ketempat kerja. Pakwe yang cuba hubungi makwe malam-malam, telefon bimbit ‘busy’ sentiasa.

Kurang sekali kita bincangkan sikap cemburu seorang ibu kepada anaknya. Jika adapun, segelintirnya seperti yang sering kita tonton dikaca televisyen dalam slot akasia, slot samarinda iaitu kisah ibu yang cemburukan menantu. Itu pun sebab bimbang menantu mengambil alih peranannya dan kasih sayang anaknya beralih arah.

Pernahkah kita terdetik untuk mencemburui anak kita yang baru seusia 10 tahun? Yang baru nak menjengah alam remaja?. Dunia sekarang, anak seusia 6 tahun pun sudah pandai dan memandai. Tak perlu tunggu usia mereka menjangkau 13 tahun. Kes-kes yang dirujuk kepada kami menunjukkan anak darjah 1 sudah banyak yang melihat sendiri video lucah, malah melihat abang dan kakak melakukan hubungan seks…!!!

DUNIA TANPA SEMPADAN? BINA SATU UNTUK ANAK KITA

Dunia tanpa sempadan kini membuatkan kita sebagai ibu bapa terpaksa membina sempadan-sempadan dan halangan-halangan. Inilah konsep HUDUD dalam rumah. Kadang-kadang kita pula yang terpaksa keluar sempadan untuk berada dihadapan anak kita.

Sifat cemburu inilah yang membuatkan kita melangkah kehadapan lebih daripada anak. Dunia zaman moden dan IT ini membuatkan bukan setakat selangkah malah berpuluh-puluh langkah lagi kita kena berada jauh 100 TAHUN di hadapan. Ini bukan pepatah bapak kencing berdiri, anak kencing berlari tau… "Ini pepatah anak dapat diploma, ibu bapa kena ambil Ijazah"!. Tidak boleh dibiarkan “Anak digital ibubapa analog”. Mesti cemburu pada anak.

Bayangkanlah, anak sekarang masuk sahaja sekolah menengah sudah diberikan telefon bimbit dan komputer riba yang canggih, yang ada camera, yang ada laman sesawang. Tup..tup.. anak kita yang tadinya berada di dalam bilik di Taman ABC sudahpun boleh berada di Negeri XYZ.! Maaf cakap, sudahpun beraksi seksa seksi. Sikap tidak `cemburu’, `biarkanlah’ dan ‘tidak apa’, mengizinkan anak kita diratah di dalam jagaan sendiri. Kononnya mereka sedang mentelaah, nak exam dah.. “ memangpun! mereka sedang mentelaah, tapi dimentelaah dek jantan liar’. Habis setiap inci tubuh mereka sudahpun dikaji melalui webcam!”. ini hanya satu contoh, banyak lagi contoh jika nak dicoretkan.

JANGAN JAGA TEPI KAIN MEREKA?

Memangpun kita sebagai ibu bapa wajib lagi fardu sentiasa menyibuk dan sentiasa menjaga tepi kain anak-anak kita. Kalau kita tidak tolong jaga, nanti DISELAK pula. Anak-anak LAHIR TAK TAHU APA-APA (JAHIL). Allah suruh jaga tepi kain mereka sampai umur 40 tahun. Tapi macamana kita nak jaga jika kain sebahgian kita sendiri selalu terselak?

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” QS: 16. An Nahl 78.

Jahil memang cenderung ke haluan kiri, haluan neraka. Mereka mudah diperdaya dan mudah memperdaya. Itu belum lagi sukarnya kita nak menjaga pakaian, tingkah laku, aktiviti, pergaulan mereka di depan mata. Pokoknya jika kita sayangkan mereka kita sentiasalah cemburukan apa yang mereka lakukan. Sentiasalah tanamkan dalam hati “apakah yang sedang anak aku buat?, apa yang ada dalam beg sekolah mereka?, apa yang mereka baca?, apa yang mereka tulis?, apa yang mereka bincangkan? dan banyak lagi.

Janganlah bimbang dikatakan kolot. Dengan anak pun nak cemburu?. Bila kita cemburu, itu tanda kita sayang dan bimbang akan kehilangan seseorang yang kita sayangi. Cemburu, bila diletakkan pada tempatnya dapat mendorong seseorang itu untuk menghargai dan melindungi hubungan dan insan yang disayangi itu. Cemburu memberi manfaat kerana ia dapat membuka mata kita terhadap sesuatu yang masih berada di dalam tanggungjawab kita supaya ia tidak akan hilang dari kita sebelum waktunya.

Bila hilang rasa cemburu mulalah timbul sikap ketidakpedulian pada anak dan keluarga. Mulalah membiarkan segala perilaku dan penampilan serta aktiviti mereka tanpa kawalan. Semua berdalih konon saling mempercayai meskipun realitinya bakal mengundang fitnah dan indikasi negatif serta membuka peluang penodaan, kepincangan dan kemaksiatan.

Pasangan yang saling cemburu sanggup menghabiskan wang ringgit, mengupah risik untuk mengetahui tentang pasangannya, malah ada yang sampai ke tahap membunuh secara batil. Cemburu atas dasar kebenaran dan tanggungjawab merupakan dasar perjuangan “amar ma’ruf nahi munkar”. Apabila tidak terbit sikap cemburu dalam hati seseorang yang beriman, maka sudah pasti tidak akan ada dorongan untuk memperjuangkan amar ma’ruf nahi munkar padanya, yang dimulai dari sekecil-kecil perkara untuk diri dan keluarga.

Terlalu banyak firman dan hadis yang merujuk soal kaitan kepimpinan ibu bapa dan cemburu ini. Ringkasnya, “lelaki itu pemimpin keluarga”. Selaku pemimpin kita bakal ditanya tentang orang yang kita pimpin. Lelaki yang tidak cemburu terhadap ahli keluarganya dikatakan LELAKI DAYUS. Si DAYUS haram mencium bau syurga, samada di dunia maupun di akhirat. Neraka di dunia ini menjadi tiket untuk neraka yang satu lagi! Bagaimana? lelaki dayus akan berakhir dengan longgokan laporan polis di tangan kerana isteri berselengkoh, anak gadis di bawa lari teman lelaki, nak tukar agama atau tak mau balik lagi. Tidakpun habis duit mereka bayar denda dan kos mahkamah, anak ditangkap mengedar dadah atau pecah rumah, merogol dan memukul. Semua berpunca kerana tidak cemburu untuk mencegah lebih awal.

Ada hadis yang berbunyi: “Orang-orang mukmin itu pencemburu dan Allah lebih pencemburu.” (HR. Muslim).

Lihat!.. Allah juga sangat cemburu kepada kita. Jangankan berzina, mendekat diri kepada zina saja Allah sudah larang. Jangan kata ingkar, berkawan dengan syaitan pun sudah Allah tegah. Mengapa? Itu kerana ALLAH SAYANG KITA.

Masalah kita adalah “kita tidak tahu kita bermasalah”. “Kita tidak mampu menjuhi syaitan kerana kita sendiri tidak kenal syaitan”. Jadi sila baca bersama artikel “mengenal tanda” dan lain-lain Parenting Tips sebelum ini.

Kudap Kudap
dari Ibu-ibu
WARGA PRIHATIN

http://prihatin.net.my/v3/2013/08/12/mengenali-tanda-mencegah-gejala/.

Thursday, September 12, 2013

Isu minyak: “It takes two to tango”




petronas
 


Kenaikan harga minyak petrol dan diesel minggu lepas telah menimbulkan pelbagai jenis reaksi kepada rakyat Malaysia.[i] Begitu ramai pihak yang telah memberikan komentar sama ada ahli politik, tokoh negarawan, mahupun golongan agamawan. Rakyat pada masa yang sama nampaknya tertekan dengan perkara ini dengan begitu banyak komentar negatif di laman-laman sosial.

Amat sukar untuk berbicara tentang masalah minyak di Malaysia tanpa mengaitkannya dengan isu-isu lain – masalah inflasi, pendapatan isi rumah yang rendah, pengangkutan awam, bebanan hutang negara dan sebagainya. Apabila harga minyak naik, maka dijangkakan bahawa inflasi (kenaikan harga barang) akan berlaku dan seterusnya membebankan rakyat. 

Namun pada masa yang sama, sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah menaikkan harga minyak tersebut, kerajaan kita mungkin terpaksa berdepan dengan masalah lain yang lebih hebat – penilaian ‘rating’ yang rendah oleh penilai bebas seperti Fitch Rating.[ii] Masalah ini seterusnya akan memberikan kesan negatif kepada pelaburan dalam negara yang akhirnya bakal membantutkan perkembangan ekonomi negara dan seterusnya kedudukan ekonomi isi rumah.

Amat penting sebenarnya untuk mendidik rakyat agar faham tentang asas-asas pengetahuan ekonomi agar rakyat tidak terlalu mudah untuk menerima bulat-bulat sebarang maklumat daripada pelbagai pihak. Artikel ini berminat untuk memberikan gambaran secara menyeluruh masalah isu minyak di Malaysia agar rakyat lebih peka tentang apa yang berlaku dan cakna tentang tindakan yang sebaiknya dilakukan.

Harga minyak dunia dan subsidi kerajaan

Jika ingin dibincangkan tentang penentuan harga minyak dunia, agak sukar di sini kerana begitu banyak perkara untuk dijelaskan. Tidak dapat dinafikan bahawa ada beberapa isu dalam penentuan harga minyak dunia, namun apa yang penting untuk difahami adalah kerajaan tidak berkuasa untuk menentukan harga pasaran minyak dunia.

Malaysia adalah antara negara yang memberikan subsidi minyak kepada rakyat. Kerajaan menetapkan harga pasaran tempatan bagi petrol dan diesel. Maka perbezaan harga minyak dunia dan harga minyak dalam negara tersebut ditanggung oleh pihak kerajaan. Dianggarkan kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak 6.19 billion ringgit (US$ 1.98 billion) untuk subsidi minyak pada tahun 2009. Kerajaan membelanjakan lebih daripada 10% daripada perbelanjaan operasi negara saban tahun.[iii] Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa Malaysia membelanjakan lebih daripada 24 billion ringgit setahun untuk subsidi bahan bakar.[iv]Jika harga pasaran dunia meningkat (dan dijangkakan akan terus meningkat secara signifikan lebih-lebih lagi kerana krisis di Timur Tengah), maka kerajaan akan menanggung lebih banyak kos subsidi. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat memandangkan kedudukan kewangan negara berada pada kadar yang tidak kuat. Ini telah pun dijangkakan untuk berlaku tahun sebelumnya oleh beberapa pihak.[v]

Kedudukan kewangan negara

Rakyat perlu menyedari hakikat bahawa sumber kewangan kerajaan (terutamanya Malaysia) tidaklah begitu banyak. Selain daripada pelbagai cukai yang dikutip, kerajaan juga mendapatkan sumber kewangan dengan menjual bon kerajaan. Hakikatnya jualan bon ini merupakan pinjaman pihak swasta mahupun am kepada pihak kerajaan. Kedudukan kewangan Malaysia hari ini terletak pada kadar defisit buat belasan tahun. Dengan kedudukan defisit yang bertambah inilah menyebabkan pihak penilaian bebas Fitch telah meletakkan unjuran (outlook) negatif dari stabil di mana jika tiada perubahan dilakukan dalam tempoh masa tertentu, unjuran kredit Malaysia mungkin akan di ubah kepada gred yang lebih rendah daripada sekarang. (walaupun perkara ini disangkal oleh beberapa pihak kerana pada masa yang sama perkembangan ekonomi Malaysia berlaku dengan sihat).

Bagi mengelakkan penilaian rendah oleh Fitch Rating, maka pihak kerajaan terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan dan berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan. Oleh kerana kos subsidi minyak adalah antara kos yang paling besar dalam perbelanjaan kerajaan (lebih-lebih lagi dengan harga minyak dunia yang meningkat), maka sudah tentulah tindakan mengurangkan subsidi dengan menaikkan harga minyak tempatan adalah satu tindakan yang sukar untuk dielakkan. Bukan setakat itu, tindakan mengawal subsidi kerajaan ini juga sebenarnya adalah tindakan yang telah dilewatkan daripada beberapa tahun yang lalu.

Rakyat pula sekiranya benar-benar mahukan juga subsidi diberikan, maka kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan perbelanjaan dalam hal-hal lain yang penting untuk rakyat seperti pendidikan dan kesihatan. Oleh itu semua pihak perlu menjadi lebih rasional dalam isu kritikal seperti ini.

Kenaikan harga minyak membebankan

Tidak dapat tidak kenaikan harga minyak sudah pastinya akan memberikan kesan kepada harga barangan tempatan. Kadar inflasi yang pada asalnya sudah meningkat sebanyak 2% pada bulan Julai laludianggarkan pula untuk meningkat sebanyak 0.2% kepada 2.2%untuk tahun 2013 oleh pakar ekonomi AmBank Group. Angka ini akan menjadi lebih besar pada tahun akan datang dengan jangkaan sebanyak 3.5 hingga 4%.[vi]
Tidak dapat dinafikan bahawa selain daripada kos minyak sendiri yang meningkat, rakyat juga terpaksa menanggung beban harga barangan yang meningkat. Terutamanya di Malaysia, dengan pendapatan isi rumah yang tidak meningkat dengan banyaknya saban tahun sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada rakyat Malaysia terutamanya para penduduk di kawasan bandar.

Maka moleklah untuk dikatakan bahawa sebenarnya isu yang disuarakan oleh rakyat adalah masalah kewangan dan kesempitan hidup dan bukannya masalah harga minyak semata-mata. Jadi, masalah ini sebenarnya berkait rapat juga dengan kos pembelian rumah dan kereta yang begitu tinggi untuk rakyat Malaysia. Begitu juga masalah barangan runcit terutamanya di kawasan bandar yang tinggi. Ini semua juga mengundang kepada masalah bebanan hutang isi rumah.

Selain daripada kenaikan harga barang yang sewajarnya, masalah harga barang yang tinggi timbul juga apabila para peniaga mengambil kesempatan dalam hal ini. Kenaikan harga minyak tidak dapat tidak sememangnya akan meningkatkan kos bagi sesebuah perniagaan. Malangnya apabila kebanyakan peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang lebih daripada yang sekadarnya. Tidak dapat dinafikan kadang kala ada juga syarikat yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang mungkin 15-20% lebih mahal, sedangkan kenaikan kos perniagaan hanyalah dalam 10%. Malah sebenarnya untuk syarikat-syarikat yang lebih besar, kenaikan harga barang seharusnya boleh diserap dengan mudah kerana adanya skala ekonomi (economies of scale) yang besar.

Tanggungjawab kerajaan

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat. Maka polisi-polisi kerajaan perlulah dilaksanakan bagi memastikan rakyat boleh hidup dengan lebih selesa.
Tidak dinafikan kerajaan sedang berusaha untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara bagi mengurangkan defisit. Cadangan untuk mengurangkan perbelanjaan elaun dan gaji para menteri kabinet adalah satu perkara yang wajar. Walaupun pada keseluruhannya angka tersebut tidaklah signifikan, tetapi membuktikan keikhlasan pihak kerajaan.Pada masa yang sama, kerajaan juga seharusnya mengurangkan perbelanjaan dalam hal-hal lain yang merugikan dan membazir apatah lagi rasuah. Ini adalah satu perkara yang perlu diambil serius oleh pihak kerajaan. Perbelanjaan mewah dalam majlis-majlis rasmi kerajaan serta program-program yang tidak produktif mestilah dikurangkan.

Kerajaan juga mestilah bijak berkomunikasi dengan rakyat. Segala tindakan kerajaan yang sudah tentunya demi kepentingan negara mestilah dijelaskan rasionalnya kepada rakyat. Kerajaan seharusnya bersikap lebih berterus terang dan bersedia mendidik rakyat dengan penjelasan ekonomi yang berasaskan hujah dan fakta dan bukan alasan-alasan berbentuk peribadi semata-mata. Bukankah ini adalah tanggungjawab Menteri Penerangan?

Masalah pendapatan yang meningkat dengan kadar yang tidak setara seharusnya diambil perhatian. Kerajaan perlu meneliti punca-punca berlaku perkara sedemikian. Mungkin di Malaysia antara masalah yang menyumbang kepada perkara ini adalah kurangnya kesatuan pekerja yang lantang mendesak pihak majikan dalam urusan penentuan gaji.

Selain itu rakyat perlu dididik untuk menjalankan perniagaan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada pendapatan pekerjaan. Oleh itu kerajaan seharusnya menggiatkan kursus dan latihan keusahawanan, menyediakan kaunseling dan nasihat pengurusan kewangan diri dan keluarga selain daripada membuka peluang tender kerajaan kepada para peniaga kecil dan sederhana. Langkah ini juga akan berjalan lancar tanpa adanya rasuah.

Masalah kenaikan harga barang yang tidak setara juga perlu diselidik oleh pihak kerajaan. Sebarang kartel antara para peniaga seharusnya dikenakan tindakan berat. Pertandingan sihat antara para peniaga juga perlu dipastikan dengan adanya pengenalan dan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan. Amaran kerajaan terhadap para peniaga harus dipuji namun penguatkuasaan undang-undang tersebut sebenarnya yang dibimbangkan.[vii]

Bagi menyelesaikan masalah kos pengangkutan, alternatif kepada pengangkutan persendirian – pengangkutan awam, perlulah diperbaiki dengan baik bagi memudahkan mobiliti rakyat untuk ke tempat kerja dan melakukan perniagaan. Pengangkutan awam ini bukanlah semata-mata dengan membina projek mega seperti MRT dan sebagainya, tetapi sebenarnya adalah dengan mereka sistem pengangkutan (awam dan persendirian) di peringkat nasional yang lebih komprehensif.

Untuk masalah kos pembelian rumah yang tinggi pula boleh dilihat kerana berlakunya masalah terlebih nilai yang ditetapkan oleh pihak pemaju perumahan. Maka perkara ini perlu dinilai selidik oleh pihak kerajaan. Selain itu peluang perniagaan perumahan perlulah dibuka dengan luas untuk para pemaju perumahan kecil dan sederhana bagi meningkatkan pertandingan antara peniaga.

Tanggungjawab rakyat

Amat bernas tindakan rakyat untuk mempersoalkan kerajaan dalam banyak hal yang seharusnya digalas baik oleh mereka. Namun gesaan haruslah bijak dengan melihat keutamaan dan rakyat juga haruslah bijak bersuara. Mungkin benar untuk rakyat menggesa agar harga minyak dikawal rapi agar rakyat tidak terbeban, tetapi mungkin adalah lebih baik untuk menggesa agar kerajaan mencari jalan supaya rakyat tidak hidup terbeban dan tidak semestinya menerusi pengawalan harga minyak.

Selain daripada melaksanakan tanggungjawab membayar cukai, rakyat harus menggesa kerajaan untuk memperkemaskan sistem pengangkutan awam, memperhalus perancangan bandar dan projek-projek perumahan, memerhati tindakan para peniaga yang tidak wajar dan sebagainya. Rakyat juga perlu berusaha keras dan kompetitif bagi meningkat pendapatan isi rumah dan negara.

Rakyat juga harus bijak berbelanja. Perbelanjaan dalam perkara-perkara yang tidak perlu haruslah dikurangkan dan rakyat juga mestilah berbelanja mengikut kemampuan. Kadang kala ada ramai yang mempunyai sumber kewangan yang stabil tetapi tidak diuruskan dengan baik maka menyumbang kepada kesempitan dan masalah kewangan keluarga. Ambillah peluang untuk menghadiri kursus pengurusan kewangan sama ada yang dianjurkan oleh badan-badan serta agensi kerajaan mahupun bukan.

Gunakan kuasa pembeli

Amat penting untuk dijelaskan bahawa kenaikan harga barang adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan apabila berlakunya perkembangan ekonomi dan peningkatan pendapatan. Namun sudah menjadi tanggungjawab pihak Bank Negara (BNM) untuk memastikan kadar kenaikan berada dalam paras yang stabil (perlu dijelaskan juga bahawa BNM tidak meletakkan sebarang target inflasi).

Pada masa yang sama, selain bergantung harap kepada pihak berkuasa untuk menstabilkan harga barangan, rakyat juga mempunyai kuasa sebagai pengguna untuk memanipulasi harga pasaran. Ada beberapa cara yang boleh dilaksanakan, termasuklah tindakan kolektif dengan tidak membeli barangan sekiranya harga dinaikkan dan membeli alternatif yang lebih murah bagi sesuatu produk. Ini akan menekan para pengeluar dan peniaga untuk menurunkan harga barangan mereka.

Selain itu rakyat juga perlu bergiat aktif dalam persatuan-persatuan pengguna bagi mendesak pihak peniaga untuk menurunkan harga barangan. Suara para pengguna akan lebih kuat dan didengari sekiranya disalurkan melalui persatuan-persatuan pengguna. Ini adalah antara perkara yang kurang sekali berlaku di Malaysia.

Tanggungjawab pihak swasta

Pihak peniaga juga tidak lari daripada memainkan peranan dalam memakmurkan ekonomi Malaysia. Selain daripada menjalankan kegiatan perniagaan bagi menyokong perkembangan ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan, pihak swasta juga seharusnya tidak mengambil kesempatan menerusi perubahan polisi kerajaan. Kenaikan harga minyak tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menaikkan harga barangan melepasi kadar yang sepatutnya. Sekiranya harga minyak naik pada kadar 10%, mustahil sebenarnya untuk mengatakan bahawa kos perniagaan meningkat pada kadar yang sama kerana minyak sudah tentunya hanyalah sebahagian daripada kos  keseluruhan perniagaan (secara umum). Kenaikan harga barang sewajarnya tidak akan melebihi 10%. Menurut Datuk Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kesan kenaikan harga minyak sepatutnya hanya memberikan kesan kenaikan harga barang sebanyak 0.1% sahaja.[viii]

Selain itu, para peniaga skala kecil dan sederhana bolehlah mengambil kesempatan untuk berlumba di dalam pasaran dengan menyediakan produk dan servis yang berpatutan untuk para pengguna. Dengan adanya lebih ramai peniaga dalam pasaran, maka harga barangan akan lebih terkawal dan menguntungkan pengguna.

Kesimpulan

Semua pihak mempunyai peranan yang begitu penting dalam ekonomi negara. Isu kenaikan harga minyak baru-baru ini memberikan gambaran kepada kita bahawa rakyat sebenarnya dibebani dengan masalah kewangan dan kesempitan hidup. Masalah bebanan kewangan rakyat tidak  dapat diselesaikan dengan mengawal harga minyak semata-mata. Perkara ini perlu diselesaikan secara komprehensif dan melibatkan semua pihak. Setiap pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing dan amatlah penting agar peranan tersebut dijalankan.

Rakyat harus peka bahawa tanggungjawab menguruskan ekonomi negara bukanlah hanya terletak di atas bahu pihak kerajaan, malahan adalah usaha bersama. Begitu banyak langkah yang boleh diambil bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara yang stabil.

Akbar Shah Ramdhan Bin Abd Rahman
Australian School of Business, The University of New South Wales
Ahli Ekonomisma-PEMIKIR ISMA

Tuesday, September 10, 2013

Doa Wakil-wakil Nasrani, Yahudi Rakyat Malaysia Agar Israel Masuk Malaysia – ALARMING




Posted on by

Rasanya sudah sampai masa kita berhenti bersangka-sangka. Berhentilah mengejar nama, pangkat dan harta. Sementara kita berkelahi di dalam rumah, halaman dan dapur kita sedang diintai dan dicerobohi. Anak isteri kita dibawa lari. kalau tidak dilarikan dirinya, mereka sedang dilarikan akidahnya.
Ingat saudara yang dikasihi sekalian,
Dulu Wilayah Jajahan Melaka itu luas dan lebar.
Terhampar dari Maluku ke Madagaskar.
 Kini Melaka bukan Berupa Wilayah lagi,
 Bahkan paling kecil dari kalangan negeri

 Dulu Melaka itu beraja dan berdaulat
 Dulu Melaka itu gagah dan kuat
 Tapi Kini Melaka tidak lagi berRAJA
 Mempertahankan Ketua Menteri pun tidak upaya.

 Melaka itu sendiri berasaskan kata pokok Raja
  Fatihah juga menegaskan kedaulatan Raja & Agama
 Jika Raja di dunia sudah tiada, atau hilang peranan KeAgamaannya
 Masih mampukah kita menegakkan kedaulatan agama?

Tahukah kita sejarah & kaitan pokok Melaka dan bertapaknya agama?
 Kini ia sekadar satu kuih yang jadi makanan semua.!
Tahukah kita peranan perigi Hang Tuah dan hakikat pendidikan?
 Kini sekadar intaian tempat menarik untuk pelancungan..!

Kita semua tahu bagaimana sejarah jatuhnya Melaka.
Semua angkara pecahan watan dan pengkhianat bangsa.
Tapi mengapa kita masih alpa?
 Mengapa masih nak berpecah berfirqah juga?

 Mengapa tergamak lagi mengulangi kesilapan yang sama?
 Mengapa sanggup menggadai agama, bangsa dan negara?
 Mengapa masih diburu pangkat dan harta?
 Bukankah hidup ini hanya seketika saja?

Silalah tonton Video di atas dan sama-sama muhasabah diri.
Mari kita sama-sama cari jalan untuk memperbaiki.
Ini petikan seruan dari Insan yang sebahagian kita sedang membenci. Bacalah ia tanpa kepentingan diri dan parti. Fikirkanlah demi agama, watan, negara dan ibu pertiwi.
Kami terpanggil untuk berkongsi pendedahan ini dengan anda semua kerana bimbang akan pengaruh halus agenda Yahudi di Malaysia. Sedarkah kita ini sememangnya berlaku dan ada sesuatu agenda jahat yang dirancang oleh agen-agen Yahudi di negara kita.

Pendedahan bertulis adalah pengakuan seorang Bekas Pakar Strategi SEBUAH PARTI yang mengesahkan mempunyai Agenda Kristianisasi. Apa yang mereka impikan ialah Malaysia Ditadbir Oleh Pemimpin Kristian!

Anda nilaikan sendiri dgn menonton video ini. Bagaimana orang yahudi sudah beria-ria ‘berdoa’ agar negara kesayangan kita ini diambil alih oleh sekutu mereka. Persoalannya, siapa sekutu mereka? INI SUDAH JELAS KEPADA KAMI, MOGA ANDA TIDAK TERLEKA.

Bersatulah bangsaku Melayu sekalian, jangan kerana politik kita berpecah – rapatkan saf kita. Lihatlah agenda jahat ini, bukankah sudah jelas? Bermula dengan penghinaan ke atas bendera, kemudian raja, agama, jangan esok lusa kita hanya bisa menangisi semua ini.

Ambillah pelajaran dari kesilapan Palastine. Sekali tersilap, sekali terlepas, sukar mendapatkannya kembali. Fikirkanlah nasib anak cucu sama, jangan kita rakus mengejar kuasa. Ingatlah, semua kerjabuat kita bakal ditanya yang maha Esa.

Kami insaf, kami sedar, kami sedih, hati kami pedih…
Bersatulah, Bersatulah, Bersatulahhhhhhhhhhhhh……….

Sumber: Whttps://www.facebook.com/wargaprihatin

Monday, September 9, 2013

Tarikh yang mendebarkan...

 
Tanggal 10 September 2013 adalah tarikh penentuan bagi kedudukan Islam dan nasib umat Islam di bumi Malaysia. Ia adalah tarikh yang mendebarkan bagi dua pihak, yang akan membawa kesan dan implikasi jangka panjang kepada kedua-dua pihak.

Pihak pertama adalah sebahagian rakyat Malaysia berugama Islam yang berdiri teguh bersama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa Majlis Agama Islam negeri yang ingin mempertahankan hak penggunaan kalimah Allah dari digunapakai secara bebas dan mutlak oleh penganut-penganut Kristian di dalam Bible mereka dengan perlindungan undang-undang.

Manakala pihak kedua adalah penganut-penganut Kristian yang menuntut hak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible versi cetakan Bahasa Malaysia.

Pihak ketiga pula adalah sebahagian lain umat Islam dari kalangan parti-parti politik Melayu/Islam yang memilih untuk tidak menyatakan sokongan atau pendirian atau tidak berani bersuara atas dasar setiakawan politik atau memilih untuk berpihak kepada pihak kedua, secara tersurat atau tersirat.

Kesan dan implikasi dari apa pun keputusan yang bakal diterbit dari kamar Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya besok akan terpaksa dihadapi oleh kedua-dua pihak (dan jiga pihak ketiga) dan percaturan serta pertembungan antara dua kepentingan dan dua agenda tidak akan tamat dengan tercatatnya keputusan hakim.

Para hakim yang bijaksana akan membuat keputusan berdasarkan pembuktian dan hujah-hujah dari kedua-dua pasukan guaman di pihak pertama dan juga kedua. Masing-masing pihak masih boleh membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya tidak berpuashati dengan keputusan hakim. Ini sudah maklum bagi semua pihak yang terlibat.

Di sini, bukan soal keputusan hakim yang saya ingin bahaskan akan tetapi sikap dan pendirian umat Islam khususnya berhubung kes rayuan ini.

Saya berpandangan bahawa pihak pertama yang konsisten bersama pihak KDN dan beberapa Majlis Agama Islam nengeri tidak akan rasa begitu kecewa, berkecil hati, marah atau terlalu terkilan sangat kalau keputusan hakim besok tidak menyebelahi mereka.

Ini kerana mereka telah menyuarakan sikap dan pendirian mereka secara jelas, terang dan nyata untuk mempertahankan hak keistimewaan umat Islam dalam penggunaan kalimah Allah. Mereka telah berbuat sesuatu menurut kemampuan mereka dan dari ketinggian perasaan bahawa tindakan mereka adalah bertepatan dengan ruh dan maqasid Syari'ah.

Pihak kedua pula sudah tentu akan bergembira dengan "kemenangan" besar ini yang bakal membuka peluang kepada lebih banyak lagi keistimewaan untuk dituntut pada masa depan. Ia akan menjadi kemenangan buat agenda Liberal, Sekular, Kristianisasi dan hak asasi versi Barat yang begitu diagungkan oleh sebahagian rakyat Malaysia/umat Islam di negara ini.

Akan tetapi juga, tiada siapa dapat menelah atau meramal keputusan hakim besok. Dan wajah-wajah penuh kekhuatiran (di sebalik lantunan-lantunan do'a, zikir dan tilawah) bisa saja diwarnai dan disirami dengan laungan takbir, tahmid dan tahlil tanpa diduga.

Dan ada pihak lain juga yang akan menggigit jari!

Dan bagaimana pula pihak ketiga?

Di sebalik keresahan hati dan debaran jantung umat yang ikhlas berdoa untuk kemenangan buat Islam dan umat Islam besok, di sebalik wajah-wajah yang bertukar ganti antara ketakutan dan harapan dan di sebalik linangan airmata keikhlasan dan keinsafan, apakah pula rona dan lakaran perasaan di wajah anda?

Ya … anda!

Anda yang telah memilih untuk berkongsi keperihatinan dan perasaan dengan pihak Kristian!

Yang meremehkan sokongan sebahagian umat Islam yang bersama pihak pertama dengan pelbagai alasan memalukan!

Yang mengukuhkan sikap dan pendirian sendiri bahawa isu ini tidak perlu disensasikan!

Yang turut mendesak supaya kalimah Allah patut diberikan kepada penganut Kristian untuk dicetak di dalam Bible versi Bahasa Melayu!

Yang tidak rasa bersalah sedikitpun untuk bersantai di khemah pihak kedua!

Saya sekadar ingin bertanya (dan saya tidak berharap pun anda akan memberi respon kepada soalan saya):

Adakah kepentingan politik, parti dan kesetiakawanan lebih tinggi nilainya (bagi anda) dari satu kalimah agung yang mencerminkan penanda aras (benchmark) seorang Muslim yang sahih akidahnya?

Adakah suasana bersahabat dengan penganut-penganut ugama lain dan pemuja-pemuja agenda Liberal, Sekular dan Hedonis lebih kamu hargai dan cintai berbanding kebersamaan dengan saudara seakidah anda?

Atau anda menganggap pihak pertama sebagai golongan yang bodoh, ekstrimis, pemecahbelah, rasis, kolot, kaki provokasi atau talibarut parti pemerintah?

Dan kalau anda tidak keberatan untuk menjawab, satu soalan terakhir dari saya:

Menjelang keputusan dikeluarkan, sebahagian besar umat Islam akan pada malam ini dan esok hari akan bersolat hajat, bertilawah, bersujud dan berdoa untuk kemenangan agama Allah dan masadepan umat Islam di Malaysia.

Anda semua akan berdoa untuk kemenangan siapa?