Pages

Tuesday, March 23, 2010

Berita...Maklumat...





Berita….maklumat….
Setiap bermulanya hari baru, kita akan cari berita, akan cari maklumat. Kita akan dapatkan berita dan maklumat dari akhbar… dari peti televison….dari komputer/internet, dari kawan-kawan di kedai kopi dan lain-lain lagi.

Apa yang berlaku di tempat kita?….Apa yang berlaku di dalam negara kita?…. Apa yang berlaku di negara-negara lain? Begitu kuat keinganan untuk mengetahui maklumat-maklumat tersebut.

Apabila bermulanya hari baru kita tidak sabar-sabar lagi untuk membuka internet, membuka blog-blog tertentu untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan bahan-bahan terkini. Membuka e mail dan facebook untuk melihat kalau-kalau ada sesiapa yang menghantarkan sebarang maklumat untuk kita.

Masyarakat hari ini sudah sebati dengan perkara-perkara seperti itu..Kalau satu hari tak belek surat khabar, tak buka internet, tak tengok t.v. , rasa macam ada benda yang tak kena ….Apa lagi kalau seminggu…atau sebulan….tak ada surat khabar, t.v. dan internet.

Apa yang saya sebutkan di atas hanya sekadar untuk membuat perbandingan dengan kesungguhan kita untuk menatap, membaca dan mendapatkan maklumat-maklumat daripada al Quran. Al Quran adalah kalamullah..ditujukan khusus kepada kita semua sebagai petunjuk dan panduan.

Tetapi bagaimanakah layanan kita terhadap al Quran. Berapa ramai daripada kita yang tidak boleh membaca al Quran? Berapa ramai daripada kita yang membelek atau membaca al Quran hanya sekali sekala…dan seterusnya………

Jangan hairan apabila melihat kerosakan akhlak muda mudi pada hari ini. Puncanya kerana kita telah meninggalkan petunjuk dan panduan yang Allah turunkan untuk kita.

Marilah sama-sama kita kembali mendekati Al Quran. Bermula dengan membacanya dengan betul….memahami maksud atau makna ayat-ayatnya….dan akhirnya sehingga kita merasa tidak selesa jika dalam satu hari kita tidak membaca al Quran.

Yang sebenarnya peringatan ini ditujukan untuk diri saya juga..Wallahu a’lam..

Sunday, March 21, 2010

Iktibar dari 'Tangan'





Tangan.

Satu anggota daripada badan yang Allah anugerahkan kepada kita. Cuba bayangkan, apakah yang boleh kita lakukan tanpa tangan?

Dengan tangan kita menyuap makanan, menggosok seluruh badan ketika mandi,menyarungkan pakaian ke badan……

Tangan akan mengusap bahagian badan yang sakit, membersihkan bahagian badan yang kotor.

Tangan akan diangkat tanda menyokong, tanda setuju, tanda sanggup untuk melakukan sesuatu tugas…dan ketika berikrar janji.

Ketika air mata mengalir, kesedihan…tangan yang memainkan peranan untuk menyekanya.

Tangan dihulurkan ketika kita bersalam…memeluk sahabat kita yang lama berpisah.

Tangan akan kita tadahkan ke atas ketika berdoa…..tanda pengharapan…

Oh…tangan ..begitu banyak tugas yang kau lakukan….

Begitu banyak rahsia disebalik penciptaanmu.

Adakah kita sanggup menjadi insan semulia tangan?
Insan yang sanggup berkorban untuk keselesaan orang lain?
Menyumbangkan masa dan tenaga
Untuk kesejahteraan manusia…..

Saturday, March 20, 2010

Berikanlah kemaafan....



Picture by xxkiriku

Maafkanlah kesalahan orang kepada kamu. Janganlah kamu simpan kemarahan itu berpanjangan. Di dalam perjalanan hidup, seseorang tidak akan lepas daripada melakukan salah dan silap. Ramai orang yang sedar atau insaf di atas kesilapan yang pernah dilakukan oleh mereka terhadap orang lain. Akhirnya mereka menjadi orang yang baik-baik.

Sedarlah...diri kita juga banyak melakukan kesilapan. Jangan kita rasa menyesal yang berpanjangan di atas kesilapan kita. Kerana ianya telah berlalu...terimalah ia sebagai satu taqdir. Maafkanlah diri sendiri di atas kesilapan yang telah lalu.

Disebalik kesilapan yang telah dilakukan, mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Ada pengajaran yang boleh diambil. Pengalaman yang lalu mengajar kita menuju kedewasaan. Kedewasaan dalam berfikir dan bertindak. Sekali kita rebah, kita akan lebih berhati-hati supaya tidak rebah untuk kali seterusnya.

Masa-masa yang kita lalui di dalam hidup ini adalah berupa rawatan....yang boleh mematangkan lagi pemikiran kita.

Jangan lupa kepada PROSES PERUBAHAN yang di sebut sebelum daripada ini. Bahawa perubahan diri kita perlu melalui proses-proses dalaman diri kita. Proses yang perlu berjalan secara berterusan. Mentarbiyah diri kita, hati, jiwa dan perasaan kita. Selalu muhasabah diri....selalu mendekatkan diri dengan Allah.....Selalu bermunajat, berdoa, memohon kekuatan dan petunjuk dari Allah.

Biarlah peningkatan Iman berlaku sedikit demi sedikit daripada tidak meningkat langsung. Yang penting kita perlu pastikan kita berada di atas landasan yang betul, yang boleh menyampaikan kita kepada destinasi yang dituju.

Tuesday, March 16, 2010

kOLEKSI bERITA bUANG bAYI

Oleh Mohd Fadly Samsudin

HILANG akal! Itu gambaran sikap melampau remaja yang terjerumus dalam aktiviti seks luar nikah sehingga ‘bunting’ anak haram lalu membuang atau membunuh zuriat itu tanpa berperikemanusiaan.



SIASAT…anggota polis mengeluarkan mayat bayi yang ditemui terbenam di tepi pantai



TIDAK BERHATI PERUT…bayi yang dibungkus dengan plastik hitam diletakkan di tempat pembuangan sampah di Taman Wahyu, Kepong.
Kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi dan lebih memalukan, jenayah itu dilakukan remaja Melayu beragama Islam yang dikatakan memiliki adab serta akhlak yang tinggi. Pelik kerana hari ini masyarakat mempunyai tahap pemikiran yang baik, asas agama kuat, tinggal dalam suasana aman dan damai dan penuh ciri ketimuran. Tetapi, mengapa perkara ini masih berlaku? Jika dikaji, memang tidak dinafikan perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi. Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu kepada keluarga, cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu.
Sudahlah melakukan dosa berzina, selepas itu tergamak membunuh zuriat sendiri tanpa rasa bersalah, lebih buruk berbanding haiwan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah Al-Israa’ ayat 32) Memang benar manusia secara fitrah memerlukan seks. Justeru, Islam menggalakkan manusia berkahwin supaya hubungan yang sebelumnya haram menjadi halal.
Bayangkan wajah kudus zuriat yang dilahirkan, adakah si ibu sanggup membunuh makhluk itu sedangkan dia bersusah payah mengandung selama sembilan bulan? Bagi setiap wanita yang merasai saat melahirkan bayi, ia ibarat di persimpangan, antara hidup dan mati. Kesakitan ketika bersalin diibaratkan yang kedua tersakit selepas kesakitan Izrail datang mencabut nyawa. Sebagai manusia waras, tentu kita tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita sanggup melahirkan bayi dan membuang atau membunuh bayi itu dalam masa yang sama.
Sudah terlalu kerap berita penemuan bayi yang menjadi tajuk utama media massa. Tong sampah, kubur, semak, sungai, kaki lima, lubang tandas, malah kawasan masjid juga menjadi sebahagian kawasan pembuangan bayi.

Bayi yang ditemui amat jarang sekali masih bernyawa kerana kebanyakannya sudah meninggal dunia akibat dihurung semut atau hilang anggota badannya kerana ‘dimamah’ haiwan liar.
Ada juga yang meninggalkan bayi mereka dengan menulis nota seperti ‘tolong kebumikan mayat ini.’ Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan bayi ketika ini adalah kerana mereka mahu menutup aib serta bimbang diketahui keluarga. Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan dalam diri masyarakat sekarang kerana bayi adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya? Jika zaman sebelum Islam, masyarakat sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup, apa bezanya masyarakat hari ini? Perbuatan membuang dan membunuh bayi ibarat perlakuan jahiliyah moden yang tidak boleh dimaafkan.
Al-Quran dan Sunnah mengingatkan kita bahawa setiap ciptaan Allah di muka bumi ini amat berharga. Bukan saja manusia dan haiwan, malah tumbuhan pun dilarang dicabut hidup-hidup. Perbuatan segelintir mereka melakukan perkara terkutuk terbabit turut memberi impak buruk kepada umat Islam. Firman Allah dalam bermaksud: “Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka.” (Surah al-Ahzab ayat 36) Justeru, ibu bapa perlu memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri Islam sejati. Budaya hidup bebas terutama perlu diberi perhatian serius kerana dikhuatiri ‘lesen’ berkenaan akan merencatkan pembinaan watak dalam diri anak mereka. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.” (Riwayat Bukhari) Manusia yang ditakrifkan sebagai jahil adalah mereka yang tiada hati dan akal fikiran. Mereka tidak berpijak di bumi nyata sehingga berani melakukan sesuatu di luar pertimbangan. Tiada guna jika mereka hanya malu kepada masyarakat, tetapi bukan kepada Allah s.w.t. Remaja perlu segera insaf dan sedar bahawa hidup pada zaman remaja hanya seketika. Maka mereka perlu bijak memilih jalan kehidupan yang sempurna. Pensyarah Jabatan Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah bukan bermakna mereka tidak berilmu, tetapi kerana nilai kemanusiaan sudah hilang.
“Perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan).
“Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan salah. Perbuatan itu tetap tidak dapat menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan,” katanya.
Beliau berkata, Islam amat menekankan aspek pencegahan dan sebab itu Allah melarang mendekati apatah lagi melakukan zina.
“Zina adalah dosa besar. Ia merosakkan sistem keturunan manusia kerana jika sudah terlanjur pasti membawa kepada mengandung anak luar nikah.
“Sebenarnya tiada alasan mereka membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa berkenaan,” katanya.
Menurutnya, manusia hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. “Imam al-Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu,” katanya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A’araf ayat 179)Mayat bayi ditemui dalam longkang
KUCHING 6 Mac – Selepas isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen baru-baru ini, kini muncul lagi kes yang sama.

Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang dalam keadaan menyedihkan kerana masih mempunyai tali pusat serta kesan darah pada badannya.

Bayi malang itu ditemui pada pukul 2.45 petang di kawasan berdekatan Pasar Stutong di sini oleh dua kanak-kanak berusia 13 tahun yang kebetulan bermain di situ.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, bayi terbabit dipercayai dibuang dan meninggal dunia pagi ini.

“Ketika ditemui, keadaan bayi itu masih mempunyai tali pusat serta ada kesan darah. Ia dibalut dengan sehelai kain tuala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kock Keong berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.


Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi
SEGAMAT 1 Mac – Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi yang hampir reput dalam tandas sebuah pusat latihan memandu di Jalan Lapangan Terbang di sini baru-baru ini.

Wanita yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di rumahnya di Taman Segamat Baru pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, wanita itu ditahan kurang 24 jam selepas polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat bayi tersebut.

Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Jika didapati bersalah, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rabu lalu, seorang kakitangan di sebuah pusat latihan memandu gempar apabila menemui bungkusan berbau busuk yang ditinggalkan di dalam tandas wanita.

Bungkusan plastik yang ditemui dalam sebuah tangki air tandas itu kemudian diperiksa oleh pihak polis sebelum disahkan sebagai mayat seorang bayi.

Pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mengesahkan jantina bayi itu adalah lelaki, dipercayai dilahirkan kira-kira dua hingga lima hari sebelum mayatnya ditemui.

ARKIB : 23/02/2010



Banyakkan Rumah Perlindungan
Apakah hak perlindungan dari segi kelahiran bayi menurut undang-undang ke atas ibu yang hamil di luar nikah ini? NOOR AZIAH: Sebenarnya semua wanita sama ada yang berkahwin atau pun tidak berhak kepada penjagaan semasa mengandung dan melahirkan anak. Penjagaan mengikut piawaian antarabangsa kerana kita sebahagian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Kita juga menandatangani konvensyen berkaitan Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) di mana artikel 12 menjelaskan bahawa:1) Negara yang menjadi ahli kepada konvensyen hendaklah membuat cara sesuai untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam hal kesihatan untuk memastikan, dan berasaskan kesamarataan di antara lelaki dan wanita, mendapat akses kepada penjagaan kesihatan, termasuk perancangan keluarga;2) Apa pun yang dinyatakan oleh para (1), negara ahli hendaklah memastikan setiap wanita mendapat perkhidmatan kesihatan berhubung dengan kehamilan, semasa berpantang dan selepas melahirkan anak, memastikan semua perkhidmatan adalah percuma di mana-mana yang perlu serta pemakanan yang berkhasiat semasa mengandung dan menyusukan anak.Jika dilihat dari konvensyen ini, Malaysia terikat dengan artikel 12 kerana kita telah menandatangani dan meratifikasi CEDAW. Maka setiap wanita mempunyai hak mendapatkan perkhidmatan kesihatan semasa mengandung, semasa melahirkan anak dan semasa menyusukan anak.Perlindungan yang mereka berhak perolehi adalah hak perkhidmatan kesihatan. Oleh yang demikian, tanpa mendiskriminasi, semua wanita yang hamil berhak kepada perlindungan ini dan hospital di Malaysia mesti atau wajib memberikan mereka perkhidmatan tersebut.Jika yang hamil luar nikah, Akta Kanak-kanak 2001 membuat peruntukan perlindungan bagi gadis yang mengandung luar nikah di mana seksyen 41(2)(d) membenarkan kanak-kanak perempuan berumur bawah 18 tahun yang mengandung luar nikah ditempatkan di tempat selamat di atas permohonannya sendiri untuk ditempatkan sedemikian.Dua peruntukan ini memberi perlindungan perundangan kepada ibu yang mengandung tanpa nikah terutama jika ibu tersebut masih kanak-kanak.Di hospital atau di rumah perlindungan, tentu mereka mendapat jagaan yang rapi untuk membolehkannya melahirkan anak dengan selamat dan semasa mengandung mendapat jagaan yang rapi termasuk makanan berkhasiat.Bagi gadis di bawah 16 tahun, kehamilannya adalah disebabkan rogol (kesalahan jenayah mandatori – mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah 16 tahun) dan pelaku boleh dihukum penjara dan rotan.Bagi wanita Islam, jika kehamilan tidak disebabkan rogol malahan kerana perzinaan secara suka sama suka, maka ia adalah suatu kesalahan jenayah syariah jika didakwa dan disabitkan.Pasangan yang berzina boleh dipenjara sehingga 3 tahun, atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. Jika wanita tersebut sedang hamil, hukuman boleh ditangguhkan sehingga beliau melahirkan anaknya.Apakah punca sebenar kes-kes begini berdasarkan kajian? NOOR AZIAH: Saya baru selesai menjalankan kajian yang bertajuk ‘Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia’. Kajian ini saya buat bersama tiga rakan yang lain iaitu Dr. Che Norlia Mustafa, Mohd Al Adib Samuri dan Hafilah Musa.Dalam kajian, saya menemu bual 58 responden yang hamil luar nikah dari sebuah rumah perlindungan. Apabila ditanya kenapa mereka mengandung luar nikah mereka menjawab sedemikian:Alasan / Punca Kejadian dan Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf

Suka sama suka (23 kes)
Terlalu percayakan lelaki sebagai kekasih (8 kes)
Suka bebas/terlalu bebas (6 kes)
Ingin mencuba seks (3 kes)
Kurang didikan agama (2 kes)
Dirogol (11 kes)
Pengaruh kawan-kawan
(7 kes)

Sebab-sebab lain seperti tekanan keluarga, diabai ibu bapa, jika mengandung ibu bapa akan bagi kahwin dan lain-lain.Bagaimana mengambil jalan tengah antara membantu ibu yang hamil luar nikah dengan hukuman? NOOR AZIAH: Sebenarnya tiada jalan tengah dalam isu mengandung luar nikah. Kita semua manusia yang dijadikan Allah sebagai hambanya. Kita semua ada peranan masing-masing dalam kehidupan seharian kita di dunia ini.Dunia kita hari ini telah terlalu moden dan mendidik anak di dunia yang serba moden dan tanpa sempadan ini bukanlah suatu perkara yang mudah.Perlakuan seks bebas di kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi. Ini bukan soal tiada didikan agama atau ibu bapa kurang peka. Godaan amat besar dan anak-anak kita teruja minda, emosi dan iman.Bagi kanak-kanak perempuan, jika hamil luar nikah, mereka tidak ditangkap. Mereka diberi perlindungan jika berumur bawah 18 tahun. Bagi yang atas 18 tahun, biasanya juga tidak ditangkap kecuali selepas melahirkan anak, mereka tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak kerana tiada surat nikah.Mereka boleh mendaftarkan kelahiran anak dan memberi anak nama tapi anak tak ada nama ayah. Itupun setahu saya Jabatan Pendaftaran Negara tak pernah lapor kepada pejabat agama pun. Biasanya tindakan pendakwa syarie akan dibuat berasaskan siasatan dan aduan.Sebenarnya menjadi kewajipan semua orang Islam menghalang kemungkaran berlaku. Dalam kes ini ia telah berlaku. Yang perlu ialah pesalah menjalani hukuman dunia terhadap kesalahannya.Sebagai orang Islam, dia mesti tahu bahawa berzina itu berdosa besar dan mesti dihukum. Jika tiada tindakan diambil, maka yang melakukan kesalahan tidak akan merasa berdosa dan bersalah. Salah tetap salah.Tetapi anak luar nikah yang dilahirkan itu tidak bersalah. Maka jika ibunya tidak berkemampuan maka kerabatnya berkewajipan melindungi anak tersebut dan jika tiada, maka kerajaanlah bertanggungjawab terhadapnya.Sebagai langkah pertama, ibu yang mengandung luar nikah hendaklah dipastikan sebab dia mengandung luar nikah. Jika sah kerana zina, dia mesti menjalankan hukuman selepas melahirkan anaknya.Dia juga perlu dibantu untuk boleh hidup berdikari selepas menjalani hukuman. Hukuman itu pula mesti memberi kesan kekesalan, keinsafan dan bukan rasa benci terhadap agama atau penghukumnya.Masyarakat kita umumnya sukar memberi sokongan kepada mangsa terlibat. Adakah ini turut menyumbang kepada peningkatan kes membuang bayi?NOOR AZIAH: Masyarakat kita masyarakat yang berpegang kepada adat dan agama. Namun dalam masa yang sama kita lebih senang menghukum dari membantu mangsa.Kata orang “berat mata memandang, lebih berat bahu memikul”. Tiada seorang wanita pun mahu mengandung luar nikah jika diberi pilihan. Semuanya berlaku di atas kehendak Allah dan kita mesti melihatnya sebagai pengajaran dan perlu diambil iktibar.Malangnya kita manusia yang sangat lemah. Apabila kejadian seperti ini berlaku, kita tuding jari, cari salah siapa. Dah berlaku, semua orang salah… ibu bapa salah, masyarakat salah…pemimpin salah, semua salah…Jangan cari salah.Cari macam mana nak hindar dan baiki keadaan. Sebab itu apabila tahu saja mengandung, anak gadis panik. Lari dari rumah, cuba gugurkan dan akhirnya jika semua ikhtiar gagal, mereka buang bayi.Fikiran mereka buntu dan mereka tiada siapa nak mengadu. Semua salahkan mereka, mereka juga malu. Saya yakin memang sikap kita secara tak langsung menyumbang kepada pembuangan bayi.Bagi yang tidak kena batang hidung, mereka tidak melihat perlunya diwujudkan rumah persinggahan untuk golongan ibu hamil di luar nikah ini. Kata mereka, ia hanya akan mendorong lebih banyak kes sedemikian. Benarkah NOOR AZIAH: Rumah Perlindungan atau Persinggahan untuk ibu yang hamil sangat perlu kerana ia boleh mengurangkan jumlah pembuang bayi. Tapi ia mestilah tanpa syarat dan no question ask?Kita bukan nak galakkan mereka berzina. Itu anggapan yang biasa dibuat masyarakat umum. Itu anggapan salah. Rumah ini boleh menyelamatkan nyawa ibu dan anak.Kita boleh beri peluang untuk anak tak sah taraf hidup normal sebagai anak angkat. Ibu yang terlanjur boleh diberi peluang kedua membaiki hidupnya dan memulakan kehidupan yang baru. Mesti ada modul yang sesuai untuk memperbaiki diri dan sahsiah mereka.Kehamilan tidak akan berlaku tanpa penglibatan lelaki. Apa pula tindakan yang perlu diambil ke atas lelaki terlibat.NOOR AZIAH: Kata orang Inggeris, It takes two to tango. Yang malangnya, wanita membawa bukti yang jelas. Kita ada teknologi.Kita boleh buat DNA pada anak dan pada lelaki yang dikatakan menyebabkan seseorang wanita itu hamil. Kita hadapkan kedua-duanya ke mahkamah, jika Islam, lelaki mesti menjalani hukuman juga.Satu lagi ialah mereka patut diperintahkan membayar nafkah anak tak sah taraf tersebut bukan kerana nasab tetapi sebagai hukuman. Itu lebih berkesan kerana mereka akan lebih berhati-hati di masa akan datang.Saya pernah cadang dulu lelaki membayar diat (denda) kepada wanita yang dihamilkannya itu. Dia juga perlu membayar pampasan kepada anak biologinya.
Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah
13/02/2010 3:02pm


AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my


KUALA KRAI 13 Feb. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah di belakang sebuah bank di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, mayat bayi itu ditemui oleh seorang pekerja Majlis Daerah Kuala Krai kira-kira pukul 11 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar. – Utusan


Buang bayi tindakan kejam
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 11 Feb. – Betul-betul kejam. Kalau tak nak, bagi saja pada kita! Demikian reaksi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terkejut dan kecewa dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Saya bangun pagi tadi, terus baca tentang kes ini, ia betul-betul kejam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.

Shahrizat ditemui pemberita selepas melancarkan jurnal antarabangsa Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW), di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kes pembuangan bayi yang berlaku sejak Isnin lalu apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang diikuti penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah sehari kemudian.

Semalam, mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka.

Shahrizat berkata, kejadian-kejadian itu menjadi satu petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.

“Ini menunjukkan masyarakat kita menghadapi tekanan. Sebab itu dalam hidup kita ini perlu ada keseimbangan. Kita lihat dulu perkara seperti ini tidak berlaku sekerap ini.

“Ini kerana dulu kita ada keluarga yang besar. Apa-apa terjadi pun bukan saja ibu bapa membantu, saudara-mara lain juga akan tolong. Tetapi kita lihat ia sudah tidak ada pada hari ini sebab struktur keluarga yang kian berkecai,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan dan banyak lagi pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan wanita dan keluarga menyediakan bantuan kepada mereka yang tidak ada saluran lain untuk meminta pertolongan.

“Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Kalau tak mampu hendak menjaga anak yang baru dilahirkan bagi pada kita, kita boleh jaga. Tolong jangan buat macam ini. Rumah-rumah perlindungan kita juga banyak.

“Setidak-tidaknya datang berjumpa pemimpin tempatan, Wanita UMNO pun boleh kalau sudah tidak tahu ke mana hendak minta bantuan lagi,” katanya.

Ketua Wanita UMNO itu memberitahu pergerakan itu dan NGO mempunyai kaunselor yang boleh membantu mereka yang bermasalah.

“Banyak orang nak bantu, kalau tak mampu bawa ke hospital atau balai polis. Saya percaya hospital akan terima,” tegasnya.

Apa yang penting bagi Shahrizat, perbuatan kejam dan tidak bertanggungjawab seperti membuang bayi tidak boleh dijadikan budaya dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Mengulas mengenai NIEW, Shahrizat berkata, pertubuhan itu akan menjadi penggerak kepada wanita di negara ini dan seluruh dunia untuk meneruskan perjuangan dalam isu-isu wanita.

Katanya, NIEW juga diyakini dapat meningkatkan imej wanita terutama di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam segala hal.

“Kadang-kadang imej negatif terhadap wanita menjadi masalah kerana persepsi yang tidak dapat dihakis. Jadi NIEW perlu berusaha gigih untuk meningkatkan martabat wanita,” katanya.

Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan Gunting
09/02/2010 pada 11:39 pm · Dikirim dalam Isu Semasa, Kekejaman Terhadap Bayi

Tindakan mencurigakan dua lelaki yang membawa cangkul dan memecut laju motosikal melalui jalan tanah merah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di Lorong Perusahaan Maju Lapan, berdekatan Juru Autocity, di sini, semalam.

Lebih memeranjatkan, penjenayah berkenaan boleh dikatakan ‘baik hati’ apabila meletakkan ubat anti semut, gunting selain membungkus bayi berkenaan menggunakan kain lampin.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan dan dibungkus dengan plastik hitam sebelum ditanam di belakang sebuah kilang.

Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu disedari orang ramai selepas mendapati dua lelaki menunggang motosikal jenis MZ 125 dalam keadaan mencurigakan melalui jalan tanah merah itu.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki tidak diketahui bangsa itu didakwa membawa cangkul dan menunggang motosikal dalam keadaan laju.

“Apabila orang ramai ke tempat dua lelaki terbabit dipercayai menanam sesuatu, mereka menemui mayat seorang bayi lelaki dengan separuh badannya dari paras leher ke bawah tertanam.

“Berdasarkan fizikalnya, bayi ini cukup sifat dan berambut nipis, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, bayi itu sudah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-6351119 atau balai polis berhampiran. ~~myMetro

Mayat bayi dalam tong sampah
Oleh HAMIMAH HAMID
utusanperak@utusan.com.my


--------------------------------------------------------------------------------



IPOH 30 Dis. – Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan rumah pangsa Jalan Asby di sini hari ini.

Bayi malang itu dijumpai oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang sedang bertugas memungut sampah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pekerja MBI itu yang sedang menjalankan rutin harian terkejut apabila menemui mayat bayi berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi dan terus melaporkannya kepada polis.

“Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam. Polis kini sedang mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Sehingga kini belum ada suspek yang ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sehubungan itu, Azisman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh atau menghubungi talian 05-2451500 untuk membantu siasatan.

Mayat bayi itu, katanya, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.


“Dan apabila anak-anak yang ditanam hidup-hidup menyoal ‘Kerana dosa apa dia dibunuh’ ” (Surah At-Takwir : 8 – 9). Sejarah berulang. Jahiliyah Arab di zaman Nabi saw kini berulang di Zaman Internet, tidak mustahil berulang jika umat menjauhi petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.
Bayi perempuan tidak cukup bulan ditemui tertanam di tanah perkuburan



--------------------------------------------------------------------------------





SEREMBAN 30 Mac – Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pagi ini mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.

Mayat bayi yang baru berusia 14 minggu itu ditemui tertanam oleh seorang penjaga kubur setelah ternampak kesan tanah gembur serta kotak dipercayai bekas menyimpan mayat bayi malang itu di tanah perkuburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, penjaga kubur itu kemudian membuat laporan polis sebaik sahaja mengesan sesuatu yang aneh di tanah perkuburan tersebut.

“Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, penjaga kubur berkenaan membuat laporan polis tidak lama kemudian. Sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi tanah perkuburan itu.

“Hasil siasatan awal, polis menemui satu kotak dipercayai diguna untuk menyembunyikan mayat berkenaan dengan bahagian dalamnya terdapat kertas surat khabar dan bongkah tanah serta kesan lendir dan darah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Saiful Azly, polis kemudian menggali lokasi tanah itu dan menemui mayat seorang bayi perempuan berusia kira-kira 14 minggu dibungkus dengan kain putih seperti dikapankan dan ditanam di tanah perkuburan itu.

Difahamkan, Tanah Perkuburan Islam Senawang tersebut masih belum beroperasi untuk sebarang pengkebumian.

“Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit, kerana dipercayai mempunyai unsur jenayah,” tegasnya.

Ketika ini, kata beliau, pihaknya sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab.

Sehingga kini juga, tambah Saiful Azly, belum ada tangkapan dibuat dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.

Dipercayai, bayi malang itu meninggal dunia kerana tidak cukup bulan dan ditanam di tanah perkuburan itu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Polis juga sedang mengenal pasti keturunan bayi berkenaan dan akan menunggu laporan bedah siasat,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu dan menghubungi mana-mana balai polis terdekat.

Bayi lelaki baru lahir ditemui
MERSING 21 Mac – UtusanOnline – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan pembuangan sampah di Pantai Air Papan, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, bayi malang itu ditemui seorang pengunjung yang baru tiba di pantai itu untuk berkelah pada pukul 10.30 pagi.

”Polis yakin bayi itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat dan tubuhnya masih berdarah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, bayi yang kelihatan sihat itu dipercayai berketurunan Melayu. Dia kini dibawa ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan lanjut.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

SUNGAI PETANI 14 Mei – Sungguh kejam. Gejala buang bayi kini kembali berulang. Kali ini, mayat bayi yang dilahirkan disembunyikan di bawah katil.
Seorang wanita berusia 27 tahun yang dipercayai mengandung anak luar nikah sanggup menyembunyikan bayi lelakinya yang meninggal dunia selepas dilahirkan di bawah katil di rumahnya, sebelum ditemui polis malam tadi.

Bayi lelaki yang cukup sifat seberat dua kilogram itu dipercayai dilahirkan pagi Sabtu lalu dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau, dekat sini.

Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di sini itu kemudian meninggalkan mayat bayi tersebut di bawah katil tanpa pengetahuan sesiapa.

Dia kemudian meminta bantuan saudaranya menghantar ke hospital kerana mendakwa ’sakit perut’.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kejadian itu hanya disedari oleh pegawai perubatan Hospital Sik yang merawatnya dan mengesan tali pusat bayi masih tertinggal dalam rahim wanita berkenaan.

Menurutnya, wanita itu dikatakan tidak mahu memaklumkan kejadian tersebut kerana khuatir dimarahi oleh ahli keluarganya.

“Curiga dengan tindakan wanita itu, pegawai perubatan hospital kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik.

“Polis yang memeriksa rumah wanita itu menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat dibungkus dengan tuala dan diletakkan bawah katil,” katanya.

Kejadian buang bayi sebelum ini berlaku di Perak pada Isnin lalu apabila mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati di Masjid Simpang Lima, Kerian bersama wang tunai RM150 untuk urusan pengkebumian.

Sementara itu, Hashim memberitahu, ketika ditemui, bayi tersebut dalam keadaan hampir reput dan berbau busuk.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, mayat bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala wanita berkenaan ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan lanjut kerana mengalami pendarahan dalaman.

disalin daripada: inijalanku, blog ustaz Halim.

Tuesday, March 9, 2010

Meniti Perubahan...3

Apakah makna perubahan itu?

Saudaraku, cuba kita perhatikan, Allah menciptakan manusia ini melalui proses-proses perubahan daripada satu tahap ke satu tahap.

Mula-mula kita berada di alam RUH, kemudian di alam RAHIM. Selepas itu kita dilahirkan ke alam DUNIA. Seterusnya kita akan berada di alam BARZAH dan kemudian kita akan di bangkitkan di alam AKHIRAT.

Cuba kita lihat asal kejadian manusia itu sendiri, melalui ayat al Quran yang bermaksud, “Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging, kemudian kami jadikan dia makhluk yang (bentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah. Pencipta yang paling baik”. ( Surah Al Mukminun 12-14).Itulah proses-proses atau tahap-tahap perubahan yang manusia telah lalui.

Manusia dilahirkan sebagai bayi kecil. Yang hanya boleh buat beberapa perkara sahaja….. Kemudian boleh meniarap, merangkak, bangun berdiri, berjalan, berlari, memanjat, selam scuba, pergi sampling dan macam-macam lagi.



Allah sendiri, yang lebih memahami tentang kejadian manusia, telah menurunkan al Quran secara bertahap atau berperingkat. Untuk mengubah manusia yang hidup dalam kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam, daripada kekufuran kepada Beriman.

Banyak peristiwa yang telah berlaku sebelum lahirnya perubahan-perubahan itu. Faktor masa adalah sebahagian daripada rawatan dan pemulihan daripada segala kelemahan.


Sekian untuk pertemuan kali ini. Kebenaran itu dari Allah dan kesilapan itu dari kelemahan diri saya sendiri.

Sunday, March 7, 2010

Meniti Perubahan....2

Dalam usaha melaksanakan perubahan, Mungkin beberapa perkara perlu ada di dalam pemikiran kita. . Apa yang hendak diubah? Kita hendak berubah ke mana? Bagaimana cara kita boleh berubah? Apa tujuan kita berubah? Apa yang akan saya cuba bincangkan nanti lebih banyak berkisar perubahan di sudut agama.

Saya ada satu idea untuk dikongsikan dan anda cuba fikir-fikirkanlah…. Allah jadikan akal untuk kita berfikir dan menilai sesuatu perkara. Sekiranya perkara yang akan saya perkatakan nanti baik, bolehlah diterima dan sekiranya ia tidak baik, tolak tepi..

Ibaratkanlah, kita diarahkan untuk pergi ke satu destinasi yang asing, yang jaraknya jauh dan jalannya bersimpang siur, berliku, dan sukar dilalui. Ada juga terdapat taman-taman indah yang mempesonakan. Kita telah dibekalkan dengan satu peta yang lengkap untuk sampai ke destinasi tersebut. Dan kita semua telahpun memulai perjalanan tersebut. Masing-masing dengan langkah masing-masing. Ada orang yang selalu berpandukan peta yang diberikan dan ada orang yang sambil lewa, tidak berpandukan kepada peta tersebut dan bermacam-macam caralah setiap orang melakukan perjalanan itu.

Mungkin ada diantara kita yang asyik dengan sesuatu tarikan yang ada di tengah-tengah perjalanan itu. Menyebabkan kita kadang-kadang lupa kepada arahan untuk sampai ke destinasi yang telah ditetapkan dan terpisah pula daripada jalan yang sepatutnya dilalui.

Tiba-tiba kita tersentak dan baru tersedar yang kita sebenarnya ditugaskan untuk sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Apakah yang perlu kita buat?? Beberapa perkara yang mungkin kita boleh buat pada masa itu ialah, kita perlu keluarkan semula peta yang diberikan. Kita perlu lihat di mana lokasi kita berada pada masa itu. Adakah tersasar jauh daripada jalan yang sebenarnya? Bagaimana cara kita dapat kembali semula ke jalan yang sepatutnya kita lalui? Siapa boleh bantu kita untuk sampai ke situ? Kita juga perlu lihat ke belakang, bagaimana atau kenapa kita boleh tersasar, supaya tidak berlaku lagi kesilapan sebagaimana yang telah kita lakukan.

Perubahan adalah satu proses dalaman, yang bermula daripada dalam diri kita. Pemikiran-pemikiran yang berlegar-legar di dalam benak kita. Bertitik tolak dari hati kita dan lahirlah tindakan-tindakan seterusnya…Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang/sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka.

Perubahan adalah satu usaha yang berterusan. Orang muknin dituntut supaya menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Insya Allah jumpa lagi di lain pertemuan…

Friday, March 5, 2010

Meniti Perubahan...1

Dengan izin Allah, saya telah mengenali seseorang di face book yang ‘Sedang mencari Dia’ dan berusaha untuk berubah menjadi baik. Seorang yang masih muda, seusia anak saya…..seterusnya terlintas di benak saya untuk menulis tajuk Meniti Perubahan 1, 2 dan seterusnya ini…..


Allah ciptakan manusia ini dengan berbagai rupa, bentuk tubuh badan yang tidak sama, warna kulit yang berbeza dan juga feel perangai yang berbagai ragam. Tahap kecerdikan yang tidak sama, kebolehan juga tidak setara.

Setiap orang dilahirkan dari latar belakang keluarga yang agak berbeza., dididik dengan cara yang berbeza, dibesarkan dalam masyarakat yang berbeza. Oleh sebab itu, apabila kita bandingkan seseorang individu dengan individu yang lain, sedikit sebanyak pasti akan ada perbezaannya, di sudut rupa, saiz tubuh badan, warna kulit, feel perangai, tahap kecerdikan dan lain-lain lagi. Mereka yang lahir dari satu keluarga pun masih wujud perbezaan-perbezaan tersebut.

Apa yang saya ingin jelaskan di sini ialah, Allah menciptakan kita dalam keadaan yang cukup berbeza di antara satu sama lain.

Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan bersih, suci…..dan kemudian mereka membesar dengan menerima didikan daripada kedua ibubapa mereka, persekitaran dan seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, universiti dan sebagainya.

Pendidikan secara formal dan tidak formal itulah yang banyak mencorakkan diri atau kehidupan seseorang. Pendidikan yang tidak formal termasuklah apa yang dilihat di tv/internet, dibaca daripada buku/majalah, pergaulan ibubapa, masyarakat dan sebagainya. Sekiranya perkara yang baik yang mereka dengar dan lihat, ini membantu mereka menjadi baik dan begitulah sebaliknya.

Hasilnya, jadilah kita semua dalam bentuk berbagai ragam. Ada orang yang wajahnya ceria, mudah bergaul, mudah mintak tolong, sabar, tenang, peramah dan sebagainya, sementara yang lain mempunyai sifat-sifat yang berlainan pula.

Ada orang akhlaknya baik, taat perintah Allah, rajin sembahyang, tutup aurat, sementara seorang yang lain akhlaknya kurang baik dan sebagainya. Apabila kita melihat seseorang yang akhlaknya baik, mungkin mereka telah melalui satu proses didikan yang baik sebelumnya. Daripada didikan ibubapa, didikan di sekolah, persekitaran yang baik, kawan-kawan yang baik dan sebagainya. Begitu juga, bila kita lihat seseorang itu akhlaknya kurang baik, mungkin mereka telah melalui kehidupan awal yang terdedah dengan didikan, keadaan/suasana yang kurang baik.

Apabila kita melihat diri kita sendiri, zahir dan batin. Itulah kita. Apabila kita lihat zahir kita, kita akan nampak wajah kita, bentuk tubuh kita secara keseluruhannya. Kemudian apabila kita melihat ke dalam diri kita pula, kita akan nampak pula sifat, perasaan dan apa saja yang berkait dengan kejiwaan dan hati. Untuk mudah cakap ‘jenis kita’. Jenis malas ke, pemarah, pendendam, pemaaf, sabar, suka tolong orang, pemalu, rendah diri…..dan lain-lain lagi.

Itulah kita, sehingga saat ini, yang telah di ciptakan dan ditaqdirkan oleh Allah menjadi seperti diri kita sekarang. Yang perlu kita redha dan terima segala-galanya. Rupa paras kita, bentuk tubuh kita, sejarah hidup kita, suka duka yang telah kita lalui, susah senang kita sekarang, semuanya berlaku dengan izin, kekuasaan dan kehendak Allah.

Kalau kita hendak berubah, gambaran-gambaran seperti yang saya sebutkan tadi perlu ada pada kita. Bahawa kita ini hanyalah seorang hamba Allah, makhluk ciptaan Allah, yang tidak mempunyai kekuatan melainkan dengan kehendak dan pertolonganNya. Apa yang telah berlaku, apa yang ada pada kita, semuanya adalah ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui hikmat di sebalik segala ciptaanNya.

Kita diberikan akal oleh Allah untuk kita berfikir, menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Allah turunkan panduan hidup untuk kita ikuti, iaitu agama Islam. Agama bolehlah diibaratkan sebagai satu ‘manual’ kepada satu alat yang canggih. Pencipta alat yang menyediakan ‘manual’ tersebut sudah pasti tahu segala-galanya tentang alat ciptaannya. Sekiranya alat tersebut tidak dikendalikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, sudah pasti lambat laun alat itu akan rosak. Begitulah kerosakan-kerosakan yang kita lihat berlaku kepada umat manusia hari ini adalah hasil daripada tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Pencipta alam ini.

Apabila ada individu yang menyatakan perasaannya ‘Sedang Mencari Dia’ dan ingin berubah……menjadi lebih baik, saya rasa bersyukur dan melahirkan kalimah alhamdulillah…
Mungkin ini boleh dikira sebagai ‘starting point’ bagi dirinya untuk mendaki anak-anak tangga yang lebih tinggi bagi menghampirkan diri kepada Allah Swt..

Tetapi untuk berubah dan mencari Dia, kita kena melalui susah payah. Contohnya, nak bangun sembahyang subuh pun susah kan?? Ini semua adalah ujian, kerana ujian inilah yang akan menentukan tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang. Saya bukanlah seorang yang layak untuk membicarakan persoalan yang besar seperti ini.

Cukup setakat ini dulu yang mampu saya paparkan. Sekadar mengambil sedikit masa yang terluang di hari cuti umum dan cuti hujung minggu yang panjang ini.

Maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan….mungkin saya akan sambung lagi di lain waktu, insya Allah.

Monday, March 1, 2010

Masam itu manis

Masam itu manis

Cabaran dan dugaan adalah fitrah kehidupan. Adakalanya ombak taufan datang menggoncang hati menghasilkan kegelisahan yang melenyapkan sebuah ketenangan. Hati kita resah, gelisah dengan masalah yang melanda.

Lalu kita menjalani siri-siri kehidupan dengan tekanan sehingga mengukir riak muka masam. Biarpun matahari pagi masih bersinar terang, namun oleh kerana masalah yang membelenggu diri – terbina tembok pemisah antara kita dan ketenangan.

Inilah fitrah kehidupan.

Hidup ini tidak selalunya indah. Walaupun mungkin poket kita dipenuhi dengan wang dan rakan-rakan di sekeliling pinggang, itu semua tidak lagi bermakna andai hati tidak tenang. Ada manusia, apabila diuji dengan secebis kesusahan, ia melenting menghambur kata-kata kesat menyalahkan semua insan serta tuhan. “Apa salah aku sehingga diuji dengan ujian seberat ini?” Mulutnya menzahirkan kebencian. Mengangkat diri ke makam tertinggi.

Firman Allah SWT,

“Namun apabila tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, lalu dia berkata, “Tuhanku telah menghinaku”. (Al-Fajr: 16)

Insan itu lupa bahawa alam ini tidak sentiasa cerah. Selimut kegelapan malam pasti terbentang setelah matahari siang memancar terik. Dan begitu juga kehidupan kita. Andai segalanya indah dan mudah pasti kita akan bosan dan tidak merasakan nikmatnya sebuah kelapangan. Dan atas dugaan yang melanda, ramai manusia yang lupa diri, lupa tuhan, lupa akhirat. Tidak puas hati, tidak reda dengan masalah yang berlaku.

Mungkin kerana merasakan diri terlalu mulia dan suci untuk mendapat ujian sebegitu. Dan mulalah ia menyalahkan segalanya, hanya dirinya saja yang berada pada kebenaran. Namun sekiranya difikir-fikir kembali, sehingga bila emosi itu akan menyelesaikan masalah?

Oleh itu kehidupan mengajar kita bahawa ‘kita adalah siapa kita’. Sekiranya kita inginkan bahagia, maka kebahagiaan pasti hadir. Sebuah kisah yang dipetik daripada buku “The 7 habits of Highly Effective People” oleh Stephen R. Covey – sebuah kisah tentang seorang banduan di zaman pemerintahan diktator Nazi. Dia seorang lelaki yang menjadi banduan dalam tahanan penyiksaan oleh askar nazi yang kejam.

Setiap hari dia diseksa, dipaksa berkerja keras serta tidak diberi makanan. Berbagai-bagai penyiksaan dikenakan. Namun apa yang pelik adalah dia tidak pernah merungut, bahkan sentiasa tersenyum. Seolah-olah bahagia. Apabila ditanyakan mengapa ia masih bahagia lalu ia menjawab, “Askar nazi telah menguasai jasadku, oleh itu aku takkan serahkan hatiku kepada mereka. Hati ini milik aku dan aku inginkan hati ini sentiasa bahagia”.

Begitulah jua kita. Bahagia itu dicipta dan dipelihara. Berhentilah daripada menyalahkan keadaan, takdir serta kesilapan insan. Sebaliknya marilah kita melihat kedalam diri sendiri, mungkin kita yang lupa dan alpa lantas masalah ini tiba. Andainya kehidupan ini sempit, maka bergeraklah kepada tempat yang lebih luas. Biarkanlah apa yang telah terjadi, masalah yang telah berlaku. Andainya sesuatu telah hilang daripada kita, maka ciptalah ia!

Allah telah mengajar kita dalam Quran,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’d: 11)

Ya, kita adalah siapa yang kita ingin jadi. Kuncinya perubahan. Dan perubahan itu bermula dengan berfikiran positif. Sentiasa positif walaupun berlaku apa-apa dugaan. Masam manis kehidupan ini adalah fitrah. Hidup ini ibarat roda, adakalanya kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah. Masalah itu penyeri kehidupan yang akan menjadikan kita lebih menghargai sebuah ketenangan. Sekiranya manusia menghidangkan limau masam kepada kita, maka buatlah air limau manis yang menyegarkan. Hidup ini indah. Masam itu manis.

Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Wednesday, February 10, 2010

Rindu

Salam sejahtera buat pembaca.

Aku rasa amat rindu....untuk bersua dengan anda, pembaca budiman. Terlalu lama telah aku tinggalkan paparan ini untuk diisi dengan sesuatu pengisian. Kesibukan adalah sebahagian daripada alasan.... mungkin juga sedikit perhatian telah diberikan kepada face book. Walaupun aku baru mengenal face book, tetapi aku masih menghargai pertemuan kita di paparan ini di masa-masa yang lalu.

Saudaraku, pertemuan yang kuharapkan dengan anda di masa-masa yang lalu adalah pertemuan yang menghasilkan satu kesinambungan. Pertemuan yang boleh menghasilkan percambahan minda, ke arah melahirkan hubungan-hubungan yang berjalan di atas lunas-lunas kecintaan kita kepada Yang Maha Esa. Hubungan yang boleh mengikatkan kita bersama kepada satu tali........

Aku rasa kalau hatiku tidak menuju ke arah itu.... sudah tentu banyak sekali masaku yang terbuang. Masa-masa yang kuhabiskan untuk menuliskan sesuatu di paparan ini sudah tentu dinilai oleh Yang Maha Pencipta. Dan... aku amat takut terperangkap dengan permainan-permainan yang tidak menghasilkan sesuatu atau merugikan.

Perkenalanku dengan face book telah mengajarku bahawa kalau aku tidak berhati-hati aku juga akan terperangkap dengan omongan-omongan yang tidak membawa apa-apa makna.

Hanya setakat ini sedikit masa yang dapat kuluangkan untuk pertemuan ini sahabatku. Semoga pertemuan ini dapat menyegarkan kembali perhubungan kita dan aku harap akan dapat mengisi sesuatu yang bermenafaat di paparanku di masa-masa akan datang.

Wallahu a'lam.

Wednesday, January 20, 2010

Hukum Sertai Facebook

Oleh(Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)


SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Monday, January 11, 2010


Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010


TEMPAT : DEWAN SERI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), BANGI.


ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

INFO : HTTP://KOBANNA.ISMAWEB.NET


OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.


PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia


YURAN PENYERTAAN




Klasifikasi
Bayaran Sasaran (orang)
Perseorangan RM50 800
Wakil Organisasi RM100 20
Pelajar RM20 2000




TENTATIF PROGRAM


08.00 am – 08.30 am Kehadiran peserta dan pendaftaran
08:30 am – 10:00 am Ucaptama Konvensyen
10:00 am – 10:30 am Rehat
10:30 am – 11:40 am Kertas Kerja I:

”Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Agenda” oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias

11:40 am –12:50 pm Kertas Kerja II:

”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pendekatannya di Malaysia” oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman

12:40 pm – 02:00 pm Solat dan Makan Tengahari
02:00pm – 03:15 pm Kertas Kerja III:

”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni

03:15 pm – 04:00 pm Pembentangan Resolusi
04:00 pm – 04:30 pm Ucapan Penutupan Konvensyen. Majlis bersurai

Wednesday, January 6, 2010

Cetusan hati

Ada orang yang mahu menjadi suami yang baik dan ada orang yang mahu menjadi isteri yang baik. Ada orang yang mahu menjadi bapa yang baik dan ada orang yang mahu menjadi ibu yang baik. Ada orang yang mahu menjadi pekerja yang baik dan ada orang yang mahu menjadi ketua yang baik...dan berbagai-bagai baik-baik lagi.

Aku fikir, semuanya akan menjadi baik apabila setiap orang berfikir untuk menjadi SEORANG MUSLIM YANG BAIK. Ini adalah kerana ISLAM menuntut kita untuk melakukan kebaikan di dalam setiap hal dan keadaan. Kebaikan terhadap sesama manusia dan kebaikan di dalam hubungan dengan ALLAH. Kebaikan terhadap keluarga, jiran dan masyarakat.

Namun untuk di kategorikan sebagai SEORANG MUSLIM YANG BAIK itu perlu kepada penghuraian yang panjang dan sumbernya mestilah daripada pandangan Islam itu sendiri.

Kadang-kadang kita selalu dengar orang berkata, "sianu itu baik". Mungkin baik di sini hanya mengikut pandangannya sahaja atau hanya di sudut tertentu sahaja. Kerana kadang-kadang orang yang dikatakan baik itu ada yang langgar perintah Allah.

Yang penting, baik itu ialah baik di sudut syara'........Wallahua'lam. Fikir-fikirkan...

Wednesday, December 30, 2009

Sedikit Perkongsian


Nasyid “Open Your Eyes” http://www.youtube.com/watch?v=Dm6NtnU0yXw&feature=related
(Saya ingin kongsikan lagu "Open Your Eyes" ini dengan saudara. Sila buka)

Look around yourselves. Can’t you see this wonder. Spreaded infront of you. The clouds floating by. The skies are clear and blue. Planets in the orbits. The moon and the sun. Such perfect harmony. Let’s start question in ourselves. Isn’t this proof enough for us. Or are we so blind. To push it all aside. No …

We just have to open our eyes, our hearts and our minds. If we just look bright to see the signs. We can’t keep hiding from the truth. Let it take us by surprise. Take us in the best way. Guide us every single day. Keep us close to You. Until the end of time.

Look inside yourselves. Such a perfect order hiding in yourselves, running in your veins. What about anger, love and pain. And all the things you’re feeling. Can you touch them with your hand. So are they really there ? Let’s start question in ourselves. Isn’t this proof enough for us ? Or are we so blind? To push it all aside? No.

When a baby’s born, so helpless and weak. And you’re watching him growing. So why deny what’s in front of your eyes. The biggest miracle of life.

Allah .. You created everything. We belong to you. Ya Robb we raise our hand. Forever we thank you. Alhamdulillah.





“Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101). Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, Universal Gravitational Constant, G=6.67428×10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! – Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia. (Foto oleh NASA). Dari posting Israk Mikraj Penguat Iman.

Hand of Hope (21-week fetus)


The picture is that of a 21-week-old unborn baby named
Samuel Alexander Armas, who is being operated on by surgeon
named Joseph Bruner.

The baby was diagnosed with spina bifida and would not survive
if removed from his mother’s womb. Little Samuel’s mother,
Julie Armas, is an obstetrics nurse in Atlanta She knew of
Dr. Bruner’s remarkable surgical procedure.

Practicing at Vanderbilt University Medical Center in Nashville ,
he performs these special operations while the baby is still in
the womb.

During the procedure, the doctor removes the uterus via C-section
and makes a small incision to operate on the baby.

As Dr.Bruner completed the surgery on Samuel, the little guy
reached his tiny, but fully developed hand through the incision
and firmly grasped the surgeon’s finger.

Dr.Bruner was reported as saying that when his finger was grasped,
it was the most emotional moment of his life, and that for an instant
during the procedure he was just frozen, totally immobile.

The photograph captures this amazing event with perfect clarity.
The editors titled the picture, ‘Hand of Hope.’ The text explaining
the picture begins,
‘The tiny hand of 21-week- old fetus Samuel Alexander Armas emerges
from the mother’s uterus to grasp the finger of Dr. Joseph Bruner
as if thanking the doctor for the gift of life.’

Little Samuel’s mother said they ‘wept for days’ when they saw
the picture. She said,’The photo reminds us pregnancy isn’t about
disability or an illness, it’s about a little person.’ Samuel was
born in perfect health, the operation 100 percent successful.


Rujukan: Inijalanku

Monday, December 21, 2009

Sedikit Renungan

Kadang-kadang manusia boleh berubah menjadi baik hanya dengan mendengar beberapa patah perkataan, yang berupa nasihat yang diucapkan kepadanya. Begitu juga sebaliknya, ramai manusia yang tidak berubah walaupun sudah diberi nasihat berulang-ulang kali. Kadang-kadang manusia juga boleh berubah hanya setelah mendengar nasihat daripada orang biasa, yang tidak berjawatan tinggi atau disegani ramai.

Ada orang yang cepat melenting atau marah apabila nasihatnya tidak diendahkan. Kebanyakan daripada kita tidak sabar... Kita mahu supaya orang lain cepat berubah, menjadi baik dan sebagainya. Sedangkan sesuatu perkara itu berlaku adalah dengan kehendak Allah. Kalau Allah tidak izinkan lagi seseorang itu berubah, maka perubahan tidak akan berlaku.

Orang yang memberi nasihat itu boleh belajar banyak perkara apabila nasihat yang diberikannya tidak mampu mengubah seseorang. Dia akan faham erti kesabaran, belajar muhasabah diri untuk menilai kelemahan-kelemahan di dalam cara dia memberi nasihat, menilai peribadinya sendiri adakah dia mempunyai akhlak yang kurang baik yang menyebabkan orang tidak yakin dengan dirinya, dia patut sedar adakah dia juga berdoa kepada Allah dan ikhlas dalam memberi nasihat, adakah dia mempunyai perasaan bangga diri dalam masa memberi nasihat kepada orang lain, dan dia akan faham fitrah di dalam kehidupan ini bahawa sesuatu itu akan berlaku mengikut perencanaan/ketetapan/kehendak Allah.

Itulah sedikit rasa hati yang aku terasa untuk kuluahkan kali ini. Aku beristighfar kepada Allah kalau ianya tidak menepati dengan kehendakNya.

Seterusnya sedikit renungan.............


'Apabila manusia tidak mengerti dan menyedari akan hakikat dirinya, kedudukannya dalam alam,tujuan hidupnya di muka bumi ini, pastilah kehidupannya berakhir pada penghujung yang menyedihkan sehingga manusia berada dalam lingkungan menanggung azab derita'.


Sayyid Qutb
Al Mustaqbil
Lihaza Deen

Monday, December 14, 2009

Kisah Natrah+Mansor Adabi 1950

Kalau sebelum ini saya paparkan sebuah cerpen yang mengisahkan tentang konflik dalam beragama, kali ini saya cuba paparkan pula sebuah kehidupan yang benar-benar berlaku, yang juga melibatkan konflik dalam agama. Satu kisah yang sehingga kini tinggal terpahat di dalam lipatan sejarah, yang masih dikenang oleh kebanyakan daripada kita. Kisah seorang wanita yang bernama NATRAH/MARIA BERTHA HERTOGH. Wanita yang menjadi rebutan diantara timur dan barat.
Sunday, July 19, 2009

Natrah/Maria Bertha Hertogh

Natrah/Maria Bertha Hertogh meninggal
9 July, 2009 in Islam Tags: Bertha Hertogh, Che Aminah, Hertogh, Mansor Abdi, Natrah, rusuhan Natrah 2 comments

Sesungguh taufiq dan hidayah itu hanya dari Allah s.w.t.

*************************************

dipetik dari Bernama: Maria Hertogh Atau Natrah Meninggal Dunia Di Belanda Pada Usia 72 Tahun

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

– BERNAMA

*********************************

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Susur galur
- 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
- Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
- Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
- 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
- 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
- September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
- 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
- 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
- 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
- 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
- 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
- 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
- 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
- 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
- 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
- Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
- 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
- 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
- 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
- Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
- 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
- Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
- Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
- 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
- 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
- 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.
- 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
- 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
- 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
- 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
- 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
- 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
- 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
- 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
- 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
- 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
- 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
- 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
- Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
- 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
- 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
- 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga… Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu petikan]
- Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.


Daripada blog Ini Jalanku

Sunday, December 6, 2009

SEORANG SAHABAT/SAUDARA

Cerpen yang kujanjikan untuk kukongsikan bersama pembaca budiman.


Afifa agak terkejut apabila membaca nama pengirim surat itu. Dia terus mengoyakkan sampul surat putih tersebut lalu membaca isinya dengan teliti.

Afifa yang budiman,

Ketika surat ini berada ditanganmu, aku tidak tahu apa yang terjadi pada diriku. Segala yang berada di sekeliling ku telah berubah begitu pantas. Kini hidupku sarat dengan kesunyian dan terasing. Sungguh, aku begitu sepi….kerana yang ada di sampingku hanya isteriku. Semua yang pernah berada di sisiku begitu memusuhiku. Keluarga, sahabat handai dan kenalan,begitu membenciku. Sehingga keluargaku yang ku puja selama ini turut menyingkirkanku.

Pasti kau kebingungan dan hairan dengan kehadiran berita dariku. Aku sendiri tidak pernah menyangka perjalanan hidupku begini rupa. Dan entah mengapa aku begitu ingin menyampaikan berita ini kepadamu.

Afifa yang diingati,
Segalanya bermula dengan kunjunganku ke rumahmu setahun yang lalu. Masih ingatkah kau? Ketika hujan membasahi bandar metropolitan. Kuketuk pintu rumahmu. Pada daun pintunya masih kuingat ada lafaz ‘‘Assalamu’alaikum” tertera indah. Namun ketika itu aku tidak mengucapkannya kerana ia tiak memberi apa-apa makna bagiku. Apa yang terbayang dalam fikiranku ketika itu, kau pasti masih seperti dulu. Kalau berubah pun mesti lebih matang dan bertambah anggun. Aku begitu yakin. Kau rakan karib sekuliah yang lincah, periang, ramah dan cantik. Paling tidak dapat kulupakan matamu yang redup dan tenang serta rambutmu yang ikal berombak indah. Betapa dulu kita begitu akrab. Sehingga ramai kawan-kawan lain yang cemburu melihat keakraban kita. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kita. Antara kata-kata mereka kita “Laila dan Majnun”atau “Romeo dan Juliet”. Kita lantas tertawa apabila mendengar pelbagai tuduhan dilemparkan.

Ya! Persahabatan kita adalah persahabatan yang ikhlas. Suatu yang sukar dipercayai oleh semua rakan kita. Memang aneh…bagaimana persahabatan kita boleh begitu intim tetapi tulus. Engkau tahu aku telah mengikat tali pertunangan dengan saudaraku. Kita hanya berkawan. Belajar bersama, berjogging bersama, pendek kata melakukan semua aktiviti bersama. Tidak lebih dari itu. Tidak lebih dari itu. Kerana masing-masing kita menyedari bahawa tidak mungkin salah seorang dari kita yang akan meninggalkan agama yang kita anuti.

Namun apa yang kubayangkan dalam benak fikiranku, ternyata silap. Aku terkejut besar dan terpegun seketika apabila pintu terkuak. Engkau muncul dihadapanku dengan penampilan yang hampir tidak kukenali, kalau tidak kerana senyum ramahmu dan pandangan redup dari sudut matamu. Tubuhmu dibaluti baju panjang dan tudung lebar….yang sangat lebar. Menggeleng kepala namun tetap bersikap sopan dan mesra ketika kuhulurkan tangan untuk bersalaman. Kini baru kuketahui bahawa aku tidak boleh bersalaman denganmu tempuh hari kerana kau tak mungkin bersentuhan dengan lelaki yang dihalalkan nikahnya.


Suara tangisan Muhammad menyebabkan Afifa terhenti sebentar membaca. Mungkin dia lapar, detik hatinya. Sambil menyusukan buah hatinya….Afifa meneruskan bacaannya dengan penuh debar.

Afifa yang dihormati,
Sungguh , ketika itu aku sangat kecewa dan hampa. Setelah lebih kurang sejam aku berbual-bual dengan suamimu, aku pun pulang. Aku rasa aku telah kehilangan sahabat, ketika kurasakan engkau sangat berubah. Engkau tidak menyambutku dengan tawa dan candamu. Engkau hanya duduk diam di sofa sudut rumahmu sambil memangku anakmu. Hanya sesekali kudengar suaramu yang menjawab soalanku. Itupun dengan nada yang cukup sopan seolah-olah aku seorang yang cukup asing bagimu. Aku juga turut menjadi kaku. Kini baru kuketahui bahawa kau tidak pernah menemui tamu lelaki tanpa izin dan tanpa bertemankan suamimu. Hanya kerana aku teman baikmu dulu maka engkau menemuiku, tapi dengan caramu.

Padahal ketika itu aku bersungguh-sungguh menyempatkan diri, mencari waktu untuk mencari dan menemuimu. Hampir lima tahun aku tidak menjejakkan kaki ke bandar L. Ya, semenjak kita lulus dengan ijazah cemerlang dan membawa haluan masing-masing. Kita terputus hubungan. Sebaik saja aku tamat pengajian, keluargaku terus menghantarku ke luar negara untuk meneruskan pengajianku pada peringkat sarjana.

Oleh itu apabila aku ada urusan di bandar L ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh ku lepaskan. Aku singgah di rumah ibumu, kudengar khabar kau telah mendirikan rumah tangga dan baru saja menimang cahaya mata. Aku terlalu ingin bertemu denganmu, melihatmu dan anakmu. Sehingga aku nekad mencarimu di Bandar L ini.

Tapi ternyata Tuhan telah menyusun perancangan lain dengan peristiwa pertemuan kita. Kau ingat ketika aku memohon mengundurkan diri tempuh hari? Suamimu sempat mencapai sesuatu dan menghulurkan kepadaku. Tanda persahabatan, katanya. Aku pasti tentu banyak perkara tentang diriku yang telah kau ceritakan kepada suamimu. Terutama tentang diriku yang ulat buku dan amat suka membaca!!

Aku tidak sabar menunggu sampai di rumah untuk membaca buku pemberian suamimu. Aku biarkan pemanduku sepi tanpa berbual-bual seperti biasa. Betapa terkejutnya aku ketika membacanya. Kisah seorang puteri kepada ketua paderi di Sepanyol yang memeluk islam. Tiba-tiba aku rasa marah. Amat marah pada suamimu. Dan entah mengapa juga kepadamu. Apa tujuan suamimu menghadiahkan buku sebegitu rupa kepadaku. Aku terbayang wajahmu dan suamimu yang seolah-olah mengejekku. Aku benci pada riak wajah itu!. Hampir-hampir aku campakkan buku itu keluar melalui tingkap keretaku. Tapi tiba-tiba aku bimbang jika buku itu dibaca oleh orang lain. Bila sampai di rumah akan ku bakar buku jahannam itu. Itu tekadku. Tapi kejenuhan perjalanan yang panjang menyebabkan aku tergoda untuk membukanya sekali lagi. Kubaca dan kubaca. Dan ternyata aku semakin tertarik.

Afifa yang sentiasa diingati,
Detik-detik berikut adalah saat yang membingungkanku. Aku jadi seorang pendiam dan pemikir. Ini di luar tabiatku…
Begitu baik adunan kisah buku tersebut sehingga mengganggu-gugat fikiran juga keyakinanku. Terbayang di ruang mataku gambaran wanita secantik Isabela. Seorang calun paderi wanita yang sarat di dadanya tentang ilmu teologi Kristian akhirnya goyah dan bertukar agama. Begitu bijak pengarang itu membentangkan hujjah-hujjah dan argumentasi melalui watak Isabela yang akhirnya watak itu resah gelisah. Seperti aku kemudiannya.

Aku cuba mengajukan beberapa persoalan yang terdapat dalam kisah tersebut kepada ahli agamaku. Termasuk dua abangku yang juga paderi. Ajaib!. Ia seperti yang berlaku dan terjadi dalam kisah yang kubaca. Banyak persoalanku yang tidak mampu dijawab. Keyakinanku terhadap agamaku mula bergoncang.

Aku mula mencari buku dan maklumat tentang mereka yang berhijrah ke agama islam secara intensif. Jaringan internet turut membantu pencarianku. Lebih kurang enam bulan yang lalu Allah memberi petunjuk kepadaku. Melimpahkan anugerah nikmat ISLAM. Memberi kekuatan yang luarbiasa untuk aku menempuh jalan berliku yang sungguh mengerikan. Aku sungguh berani ketika melafazkan ikrarku, penyaksianku dan perisytiharanku;
“ Sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”. Aku bersyukur kerana isteriku juga mengikuti jejak langkahku. Tidak silap aku memilih dia sebagai pasangan hidupku. Sesungguhnya dia seorang yang tabah, sanggup mengharungi keperitan dan kepedihan ini bersamaku.


Hati afifa mula sesak. Afifa semakin tak sabar untuk menamatkan adegan kisah rakannya ini. Tapi Muhammad masih belum boleh lena, mungkin tak selesa kerana selsemanya masih beluim reda. Itu sebabnya Afifa ambil cuti hari ini, untuk menjaga Muhammad agar selsemanya tidak berlarutan. Tambahan pula dia memang ada mengidap lelah., -penyakit keturunan. Alhamdulillah rengekan Muhammad tidak lama.

Afifa saudaraku yang kukasihi kerana Allah,
Bermulalah episod baru dalam kehidupan kami. Apa yang dialami Isabela kini berlaku pada diri kami. Keluargaku juga keluarga isteriku cukup marah. Pelbagai cara mereka gunakan untuk memujuk kami kembali ke “pangkal jalan” . Nasihat, ugutan dan ancaman bahkan penyeksaan melanda kami. Pasti kau tahu keluargaku tergolong dalam golongan yang begitu teguh pegangan agamaku yang dulu. Ini adalah aib besar bagi mereka. Kemarahan mereka tidak terbendung lagi apabila aku dan isteriku masih tetap tidak berganjak dari keputusan kami.

Aku yang sebelum ini anak bongsu dan kesayangan keluarga telah diusir dari rumah kami. Kerana rumah kami juga adalah hadiah daripada keluargaku pada hari perkahwinan kami. Kesemua barang dan perabut kami dibakar di hadapan kami. Bukan itu saja. Aku juga dilucutkan dari jawatan sebagai salah seorang pengarah syarikat milik keluargaku. Semua sahamku dirampas termasuk keretaku. Lebih menyedihkan lagi semua dokumen kami turut dibakar. Kami tak punya apa. Kami pergi sehelai sepinggang. Hanya berbekalkan doa dan keyakinan bahawa Tuhan pasti memelihara kami. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Amat benar. Kami diberi perlindungan oleh salah seorang ahli jawatankuasa masjid untuk beberapa hari sebelum mereka membantu aku untuk mendapatkan pekerjaan dan bantuan.

Aku akan mulakan hidup ini dari bawah. Hidup yang amat sederhana. Atau serba kekurangan. Tapi kami bersyukur. Dengan ilmu islam yang setitik ini aku yakin di sana ada orang yang lebih hebat siksaannya berbanding kami. Aku pernah mendengar dari kuliah di masjid bahawa Mus’ab bin Umair, seorang anak bangsawan dan hartawan lebih hebat diseksa oleh kedua ibu bapanya. Tatkala syahid menjemputnya, hanya sehelai kain kasar yang menutupi jasadnya. Jika ditarik kain itu untuk menutup kepala, kakinya akan nampak. Jika kakinya pula yang ditutup, kepalanya pula yang nampak. Tapi dia bahagia dengan islam. Kenapa kami tidak?

Afifa, saudara islam yang sering kuingati,
Aku lupa memberitahumu, aku tak dapat mengunjungimu selepas memeluk islam kerana kesihatanku yang tidak mengizinkan. Luka-luka kesan penyiksaan penjahat yang diupah oleh keluargaku menyebabkan sebelah telingaku rosak. Tulang belakangku retak…menyebabkan aku tidak mampu bergerak banyak. Isteriku yang keluar mencari sesuap nasi untuk kami. Dia diterima sebagai pembantu Tadika di masjid tempat kami berlindung. Kami takut untuk keluar jauh dari kawasan masjid ini walaupun ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aku pasti keluargaku tidak akan membiarkan kami hidup dengan aman.

Sakitku semakin parah. Seorang doktor, kenalan ahli masjid, bersetuju mengatur dan merancang rawatanku ke sebuah hospital swasta milik orang islam. Dengan menjamin keselamatan nyawaku dan isteriku. Aku bersetuju dengan penuh keharuan. Dengan harapan yang menggunung aku berdoa…”Ya Allah, berilah aku peluang untuk hidup agar aku dapat berbuat sesuatu untuk islam pada sisa umurku. Berilah peluang untukku menebus semua dosaku yang telah lalu….”


Afifa melihat tulisan pada warkah ini semakin sukar untuk dibaca. Agak buruk tulisannya….pasti dia menulis dalam keadaan yang sukar. Manakala Afifa dengan payah menghabiskan bacaannya di perenggan yang akhir.

Afifa saudaraku yang dikasihi,
Ketika warkah ini ditulis, aku sedang menanti waktu untuk dibedah. Tulisanku semakin buruk kan? Tapi aku pasti kau boleh membacanya. Afifa…saat ini aku sudah tidak mampu untuk duduk. Namun aku tidak pernah putus asa dari rahmat Allah. Aku yakin DIA akan menentukan yang terbaik untuk IMANku. Namun Afifa…jika Allah menghendaki sesuatu berlaku pada diriku….sesuatu yang lain. Aku amat meminta bantuanmu……inilah permintaan akhirku; tolong jaga isteriku. Engkaulah satu-satunya sahabat dan saudaraku. Aku yakin dengan kebaikan hatimu. Pasti kau tidak sanggup untuk melihat saudara seislam yang baru mengenal erti Iman ini sendiriankan? Tiada sesiapa lagi di sisinya kecuali aku. Aku khuatir dia belum cukup kuat untuk kehilanganku….bantulah dia.

Sampai di sini warkahku kali ini. Semoga Allah mempertemukan kita…jika tidak di sini, yang pasti di alam sana yang kekal abadi. Amin.

Wassalam.
Sahabatmu Philips
dan kini
MUHAMMAD AMMAR


Afifa terpegun, Afifa memegang warkah itu sambil menyeka air matanya. Namun jelas terdengar esaknya tak tertahan….akhirnya deraian air mata begitu deras mengalir…..sukar dibendung lagi. Afifa seperti mahu terbang mencari ‘Ammar’ Namun tiada alamat dan nombor telepon yang tertulis. Cuma yang ada cop tempat surat ini diposkan.

Hari berganti hari, seminggu telah berlalu. Afifa dan suaminya masih belum dapat mencari alamat Ammar. Afifa tak berhenti berdoa untuk sahabatnya.

Pada pagi hari minggu itu, ketika Afifa dan suami bersiap untuk mencari Ammar terdengar loceng di pagar berbunyi. Afifa menjenguk ke luar. Seorang wanita bertudung yang kurus kering berada di luar pagar. Afifa segera keluar. Kesedihan jelas terbayang di ruang mata wanita tersebut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai isteri Ammar. Tak sempat Afifa bertanya lanjut, dia berkata: “Abang Ammar telah pergi…..” katanya penuh sendu diiringi dengan esakan yang tertahan-tahan. Afifa terus merangkul tubuh “Latifa”….kedua-duanya menangis teresak-esak.

“Ya Allah, terimalah taubatnya…” bisik Afifa.


Nukilan: ummu Janin.