Pages

Wednesday, July 10, 2013

Hebatnya dia di sisi Tuhan….

Selipar 300x225 Hebatnya dia di sisi Tuhan....  

Sebaik sahaja keluar daripada kereta setelah meletakkannya di lot parkir universiti, saya disapa dengan ucapan salam serta sekuntum senyuman oleh seorang anak muda. Menerima sapaan ikhlas seumpama ini hampir menjadi rutin sebelum memulakan jadual harian kerja setiap pagi sejak 6 bulan yang lalu dengan kehadiran tukang kebun yang istimewa ini. Apa tidaknya, beliau sentiasa memulakan tugasnya membersihkan laman universiti setiap awal pagi dan sentiasa ceria dalam bekerjaya. Belum sempat saya memulakan salam, beliau lebih pantas mendahuluinya dengan senyuman  manis yang terserlah keikhlasannya.

Terdetik di dalam diri keinginan untuk berkenalan lebih lanjut dengannya tetapi tidak berpeluang. Di permulaan Ramadhan hari ini, saya ke surau lebih awal dengan hasrat untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca al Qur’an di bulan mulia ini. Sebaik sampai ke surau, saya dapati sepasang selipar di situ dan kedengaran bunyi air bagaikan seseorang yang sedang berwuduk. Tanggapan saya benar, apabila saya dapati anak muda yang ingin saya temui ini sedang bersiap-siap untuk bersolat. 

Seusai mengimami solat zuhur, saya mendekati beliau yang sedang tekun bertadabbur. Saya mengambil keputusan untuk berkenalan lanjut dengannya.

Dr Z        :               Assalamu’alaikum. Apa khabar?
MA         :               Wa’alaikum salam. Khabar baik tuan.
Dr Z        :               Siapa nama ya?
MA         :               Nama saya Muhamad Adnan Bin Muhamad Sadiq.
Dr Z        :               Berapa umur sekarang?
MA         :               Sekarang saya 27 tahun.
Dr Z        :               Asal daripada Dakka ke?
(Saya cuba meneka kerana tidak tahu banyak mengenai bandar-bandar di Bangladesh jika dibandingkan dengan lokasi di Mesir, Jordan dan Arab Saudi yang kerap saya kunjungi)
MA         :               Bukan, kampung saya lebih kurang 2 jam naik kereta dari Dakka.
Dr Z        :               Sudah berapa lama bekerja di Malaysia?
MA         :               Saya sudah 7 tahun bekerja di Malaysia, di IMU ini baru setengah tahun.
Dr Z        :               Bila mahu kahwin? (saya cuba mengusiknya)
MA         :               Saya belum fikir pasal kahwin tuan.
Dr Z        :               Berapa dapat sebulan gaji di sini?
(saya tak tahu pendapatannya kerana dia diambil bekerja di IMU (tempat saya bekerja) melalui agensi)
MA         :               Alhamdulillah, di sini saya dapat RM 750 sebulan.
Dr Z        :               Boleh cukup ke sara hidup dengan RM 750 sebulan.
MA         :               Ini cukup-cukup sahaja. RM 180 untuk sewa rumah. Lain-lain untuk makan, bil letrik dan telefon ( dia menyewa sebuah rumah kayu yang kecil di Seremban). Sebelah petang dan hujung minggu, saya akan potong rumput di rumah orang di sekitar Seremban. Satu rumah dapat RM 40-50 dan satu bulan saya boleh dapat antara RM 800-1000.00.
Dr Z        :               Berapa banyak hantar duit ke Bangladesh setiap bulan?
MA         :               Semua duit potong rumput saya akan simpan dan kirim ke Bangladesh, lebih kurang RM 800-1000 setiap bulan.
Dr Z        :               Buat apa dengan duit kiriman tu?
MA         :               Bantu ayah-emak saya yang sudah tua dan saya juga minta mereka belikan tanah di sana. Alhamdulillah, saya sudah ada sawah padi di Bangladesh dan sekarang saya upahkan orang kampung saya untuk tanam padi.
Dr Z        :               Subhanallah. Hebatlah kamu Adnan….Saya berbangga dengan kamu.
MA         :               Alhamdulillah, syukur kerana Allah beri saya rezeki di Malaysia.
Dr Z        :               (sambil membelek naskhah al Quran yang dipegang sejak tadi, saya dengan sengaja ingin menguji tahap kemampuannya membaca al Quran). Boleh ajarkan saya al Qur’an?
MA         :               Insya allah boleh (sambil tersenyum).         
Dr Z        :               Kamu hafaz 30 juzuk al Qur’an ke?
MA         :               Alhamdulillah…sejak saya kecil. Kira-kira 3-4 tahun semasa bersekolah rendah, saya dapat menghafaz 30 juzuk al Quran.
Dr Z        :               Subhanallah…(saya mengetap bibir kerana rasa malu bercampur kagum dengan si anak muda tukangkebun dari Bangladesh ini).
Dr Z        :               Ok Adnan, saya nak masuk semula ke pejabat. Lain kali kita boleh berbual-bual lagi.
MA         :               Baik tuan. Ramadhan kareem… dia beredar dengan senyuman.
Di dalam hati, tersemat rasa kepuasan yang tidak berbelah bagi kerana dapat bertemu dengan anak muda yang kelihatan ‘biasa’ dan mungkin dipandang ‘lekeh’ oleh orang ramai. ‘Hanya seorang tukang kebun’, ‘Bangladesh’ pulak tu….
Siapa dia dan siapa kita di sisi Allah swt….?

Sumber:  http://zainurrashid.com
                blog Peduli Ummah

Tuesday, July 9, 2013

1 Ramadhan 587 H

Photo: Hari ini dalam sejarah Ramadan.

Tahukah anda ?
Pada 1 Ramadhan 587 H 

Kaum Muslimin berjaya menguasai kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds. 

Penguasaan kota ini diketuai oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan kelajuan kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds. 

Pada hari penaklukannya Salahuddin Al Ayyubi berkata, “Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, kerana penguasaan ‘Askolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin.”

Sumber :  
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah 

Cetakan :
Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir. 
Hari ini dalam sejarah Ramadan.

Tahukah anda ?
Pada 1 Ramadhan 587 H

Kaum Muslimin berjaya menguasai kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds.

Penguasaan kota ini diketuai oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan kelajuan kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds.

Pada hari penaklukannya Salahuddin Al Ayyubi berkata, “Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, kerana penguasaan ‘Askolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin.”

Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah

Cetakan :
Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
 
Sumber ISMA Mesir.

Sunday, July 7, 2013

Kisah Benar! Apabila Pemotong Kayu Diberi Hidayah Allah

Hidayah itu milik Allah, dan Allah boleh memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya. Untuk artikel kali ini, Melayukini.net berbesar hati untuk berkongsi satu kisah tentang seorang lelaki yang dahulunya bernama Joseph yang telah memeluk agama Islam. Kerjanya bukan di bandar, tetapi di dalam hutan mencari kayu dijadikan bahan binaan. Bukan sekadar itu sahaja, dirinya juga terpaksa meredah hutan belantara bagi mendapatkan kayu yang sesuai. Bagaimana lelaki ini masuk Islam, ikuti kisah benar di bawah ini.

Pembinaan masjid di Kampung Padang akan bermula. Keputusan telah dibuat, kami akan membina masjid bermodalkan  tulang empat kerat, secara bergotong royong. Material utamanya adalah kayu yang akan ditebang dan dibelah sendiri dari hutan-hutan sekitar Sepulut. Tenaga kerja untuk proses menyediakan kayu mula dibentuk, terbahagi kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan tiga atau empat orang pemotong kayu. Jelas, kami kekurangan tenaga. Saudara baru yang Islam yang mampu memotong kayu tidak ramai.
kayu
Membelah kayu

Saudara Tasip Mesi mencadangkan Joseph Bin Siuh, seorang Kristian, menyertai pasukannya yang kekurangan tenaga kerja. Joseph memang dikenali penduduk tempatan sebagai memiliki kepakaran menebang dan membelah kayu. Beliau mampu membelah kayu menggunakan mesin gergaji (chainsaw) menggunakan sebelah tangan sahaja. Hasilnya amat baik, lurus, sepertimana kayu yang dibelah di kilang.

Pada mulanya, saya berbelah bagi untuk membenarkan seorang yang belum Islam untuk turut serta dalam proses pembinaan masjid, kerana syarat yang saya tetapkan sebelum ini, semua yang terlibat dalam pembinaan ini mestilah Islam. Selain itu mestilah solat setiap waktu walaupun ketika berada di dalam hutan.
Setelah solat istikharah, saya benarkan permintaan Saudara Tasip membawa Joseph menyertai pasukannya. Walaupun Joseph belum Islam, saya nampak potensinya untuk memeluk Islam, maka saya izinkan beliau di dalam pasukan itu, sedang ketika itu saya belum mengenalinya secara dekat.

Hampir sebulan mereka berulang alik ke hutan berhampiran Kampung Nantayap, Sepulut, yang  dimiliki Encik Daimit. Beliau membenarkan kami mengambil kayu-kayu di sana untuk membina masjid secara percuma. Sepanjang di hutan, kadangkala mereka terpaksa bermalam di sana. Sebagaimana pesanan saya, setiap waktu saudara-saudara kita yang gigih itu melaksanakan kewajipan solat lima waktu. Mereka akan azan, diikuti solat berjemaah, walaupun kebanyakannya belum pandai solat. 

Melihat kesungguhan saudara Islam bersusah payah solat di hutan, Joseph mula berminat dengan Islam. Dia mula merasai kebenaran Islam, namun dipendam sahaja di dalam hatinya.
Awal Disember 2011, timbunan kayu-kayu yang telah siap dibentuk mengikut saiz telah terkumpul banyak, sementara Joseph dan pasukannya terus menggesek (membelah) kayu yang lain. Kayu-kayu yang telah siap perlu diangkut segera keluar hutan. Agak jauh, kira-kira 2 kilometer melalui celah pokok besar dengan jalan berbukit bukau.

4 Disember 2012, penduduk Islam Sepulut bergotong royong mengangkut kayu dibawa keluar dari dalam hutan. Seperti biasa, kami akan solat di hutan. Ketika saya dan saudara Islam bersolat Dhuha, beralas daun kayu, beliau duduk berhampiran, memerhati. Hatinya semakin terasa keindahan Islam.
Selama ini, beliau belum pernah melihat umat Islam yang bersungguh-sungguh mengamal agamanya. Beliau pernah mengejek umat Islam kerana tidak mempunyai masjid, sedang orang Kristian punya banyak gereja. Tapi kali ini lain…dilihatnya ramai yang bersungguh-sungguh solat, juga bersemangat berusaha membina masjid sendiri.
“Inilah kebenaran!” Detik hatinya.

Kayu-kayu yang telah dibawa keluar dari hutan, diangkut mengguna lori ke Kampung Padang, tempat masjid bakal dibina. Sekali lagi penduduk Islam memerah tenaga mengangkut kayu satu demi satu ke tapak pembinaan di seberang melalui jambatan gantung sepanjang 400 meter. Joseph datang bersama isterinya ke Kampung Padang untuk membantu mengangkut kayu-kayu ke seberang, di tapak masjid. Satu pemandangan yang sangat menarik hatinya, seluruh umat Islam di sana, termasuk nenek dan cucu, membantu mengangkat kayu. Ketika itu keinginannya tidak dapat ditahan lagi. Hiba hatinya melihat suasana itu. Itulah suasana Islam yang indah, bertolong bantu dan bersatu.
kayu2
Penduduk muslim mengangkut kayu melalui jambatan gantung.
Beliau lantas bertemu dengan Saudara Jamuddin Lorrie (Najmuddin) selaku wakil saya di Sepulut bagi menguruskan hal ehwal umat Islam.

“Saya mahu Islam,” Katanya dengan yakin.
Alhamdulillah, pintu hatinya telah terbuka untuk Islam.
Ketika itu kami berada di Pagalungan, kawasan yang lauh di pedalaman, perlu menaiki perahu satu jam, kemudian melalui jalan lori balak satu jam lagi, baru tiba di Kampung Padang.
Satu panggilan telefon dari saudara Jamuddin Lorrie benar-benar menggetarkan jiwa. “Ustaz, pulang segera, si Joseph dan isterinya mahu memeluk Islam.”

Bagi saya, panggilan itu seumpama panggilan kecemasan. Seorang yang telah bersedia memeluk Islam perlu diajar mengikrar dua kalimah syahadah dengan segera. Kami bergegas pulang, sedang Joseph terus menanti hingga malam. Ketika kami tiba, Joseph telah pulang ke rumahnya…tidak sempat bertemu.
Keesokan paginya, Joseph hadir semula ke Kampung Padang, lantas mengucap dua kalimah syahadah di hadapan saya bersama puluhan saudara Islam yang lain, dari Kuala Lumpur, Labuan, Kota Kinabalu dan Kedah.
kayu3
Joseph mengucap dua Kalimah Syahadah, kini Muhammad Yusuf
Antara kata-kata Joseph sejurus memeluk Islam, “Perasaan saya sangat gembira. Walaupun saya baru masuk Islam tapi saya boleh faham. Keluarga dan anak-anak saya, sudah ada yang memeluk Islam sebelum ini. Sekarang saya sudah memeluk Islam dan akan bersungguh-sungguh untuk belajar tentang Islam, sehingga saya boleh solat sendiri.” Isteri dan anak-anaknya pula mengucap syahadah beberapa hari kemudian. Allahuakbar! Kini dia Muhammad Yusuf. Alhamdulillah. 

Satu hari, ketika bersiap untuk solat Subuh, kira-kira jam 4 pagi, saya melihat beberapa sosok melintasi jambatan gantung menuju ke Masjid As-Syahadah di Kampung Padang. Dalam keadaan yang samar hampir fajar itu, saya bertanya, “ Siapa?”
Satu suara menjawab, “Saya, Muhammad Yusuf!”

Setiap Subuh, Muhammad Yusuflah antara yang terawal datang solat berjemaah, menaiki motosikal bersama isterinya, merempuh kegelapan, melalui jalan-jalan tanah berbukit yang licin, merentas jambatan gantung, menuju masjid yang dipenuhi cahaya iman. Subhanallah!

Sumber:  http://melayukini.net/2013/07/kisah-benar-apabila-pemotong-kayu-diberi-hidayah-allah/

Sila cari: Mohd Fadli Yusof di facebook

Saturday, July 6, 2013

Isi kandungan ucapan Mursyidul Am Ikhwan muslimin Dr. Badi'e di hadapan jutaan penyokong Presiden Mursi.

Photo: Repost :

Isi kandungan ucapan Mursyidul Am Ikhwan muslimin Dr. Badi'e di hadapan jutaan penyokong Presiden Mursi. 

Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allahu yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.

Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan disemua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.

Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir, 
Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,
Wahai kamu semua yang telah mencetuskan thaurah yang membanggakan, kamu telah korbankan para syuhada', saudara-saudara mu yang telah terkorban sebelum kamu di dalam penjara2 melalui penangkapan yang dibuat ke atas kamu, hak thaurah tidak akan disia-siakan.

Aku bukan orang yang melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu (tertangkap), kita bukan dari kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang yang mencetuskan revolusi.

Ikhwan Muslimin telah hidup dengan kamu dan kamu telah hidup bersamanya,maka kamu sangat mengenalinya, mereka banyak menghulurkan bantuan di saat2 kecemasan,mereka selalu mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu menjadi saksi bila kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak memainkan peranan bersama pembantu2 mereka.

Presidenku adalah Mursi, presiden kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden semua rakyat mesir, aku ingin perkatakan kepada tentera mesir yang agung, kami pertahankan kamu dari belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami, kamu tidak akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang2 islam, kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan kamu membantu kami.

-penunjuk erasaan melaungkan "kami mahukan mursi! berambuslah wahai sisi!"

Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan dari para musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi untuk kembali duduk berbincang, keislaman kami kebih kuat dari butiran peluru dan kereta2 kebal. Puak fulul hanya lah mahu mencetuskan peperangan antara tentera dan ikhwan muslimin, pemerintahan tentera tidak akan mengenal Mesir selepas ini.

Saudara A'kif dalam tahanan sekarang.. Allah malu untuk mengazab orang tua.. Bagaimana kamu tidak malu pada sesuatu yang Allah malu.. bagaimana bisa kamu menyeksa orang tua..

Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik perpisahan bagi Revolusimu.. Telah diputarbelitkan keadaanmu dan mereka mengatakan bahawa kamu bersama kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah kamu bersama mereka? ....Turunlah ke dataran dan suarakan hak kamu. Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah dipilih rakyat. dan anggota Majlis Sya'b satu-satunya yang dipilih. 

Kepada semua penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka menjadi seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi. Pemerintah kami adalah Muhd. Mursi dan kami tidak akan menerima selain daripadanya

Kepada syeikh Azhar, kamu adalah simbolik kepada umat Islam, tetapi kamu tidak bercakap atas nama orang Muslim, setiap individu sama ada Kristian atau Muslim bercakap dengan nama(agama)nya, maka kebebasan memberi kita hak tersebut, bukanlah peranan tentera semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak ada orang yang boleh bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak juga Bishop Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi dan menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr. Mursi.

Kita yakin dengan janji Allah “Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada siapa yang membantu (agama)Nya”.

Kepada orang2 kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agam islam dan akidah islam, dan ingin aku katakan, siapa yang telah mengkhianati agamanya, tidak akan menjaga hak hak kamu Allah telah mengarhkan kami untuk menjaga kesucian kamu, nyawa2 kamu, harta2 kamu dan kami tetap berpegang dengan janji ini.

Aku menyeru kepada seluruh rakyat mesir, ayuh! marilah turun ke medan medan untuk menyuarakan dan menggambarkan pendapatmu, dan mengembalikan presidenmu Dr,Muhammad Mursi.

Terjemahan dari ucapan Mursyidul Am

Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allahu yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.

Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan di semua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.

Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir,
Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,
Wahai kamu semua yang telah mencetuskan thaurah yang membanggakan, kamu telah korbankan para syuhada', saudara-saudara mu yang telah terkorban sebelum kamu di dalam penjara2 melalui penangkapan yang dibuat ke atas kamu, hak thaurah tidak akan disia-siakan.

Aku bukan orang yang melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu (tertangkap), kita bukan dari kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang yang mencetuskan revolusi.

Ikhwan Muslimin telah hidup dengan kamu dan kamu telah hidup bersamanya,maka kamu sangat mengenalinya, mereka banyak menghulurkan bantuan di saat2 kecemasan,mereka selalu mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu menjadi saksi bila kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak memainkan peranan bersama pembantu2 mereka.

Presidenku adalah Mursi, presiden kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden semua rakyat mesir, aku ingin perkatakan kepada tentera mesir yang agung, kami pertahankan kamu dari belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami, kamu tidak akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang2 islam, kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan kamu membantu kami.

Penunjuk-penunjuk perasaan melaungkan "kami mahukan mursi! berambuslah wahai sisi!"

Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan dari para musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi untuk kembali duduk berbincang, keislaman kami kebih kuat dari butiran peluru dan kereta2 kebal. Puak fulul hanya lah mahu mencetuskan peperangan antara tentera dan ikhwan muslimin, pemerintahan tentera tidak akan mengenal Mesir selepas ini.

Saudara A'kif dalam tahanan sekarang.. Allah malu untuk mengazab orang tua.. Bagaimana kamu tidak malu pada sesuatu yang Allah malu.. bagaimana bisa kamu menyeksa orang tua..

Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik perpisahan bagi Revolusimu.. Telah diputarbelitkan keadaanmu dan mereka mengatakan bahawa kamu bersama kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah kamu bersama mereka? ....Turunlah ke dataran dan suarakan hak kamu. Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah dipilih rakyat. dan anggota Majlis Sya'b satu-satunya yang dipilih.

Kepada semua penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka menjadi seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi. Pemerintah kami adalah Muhd. Mursi dan kami tidak akan menerima selain daripadanya

Kepada syeikh Azhar, kamu adalah simbolik kepada umat Islam, tetapi kamu tidak bercakap atas nama orang Muslim, setiap individu sama ada Kristian atau Muslim bercakap dengan nama(agama)nya, maka kebebasan memberi kita hak tersebut, bukanlah peranan tentera semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak ada orang yang boleh bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak juga Bishop Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi dan menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr. Mursi.

Kita yakin dengan janji Allah “Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada siapa yang membantu (agama)Nya”.

Kepada orang2 kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agam islam dan akidah islam, dan ingin aku katakan, siapa yang telah mengkhianati agamanya, tidak akan menjaga hak hak kamu Allah telah mengarahkan kami untuk menjaga kesucian kamu, nyawa2 kamu, harta2 kamu dan kami tetap berpegang dengan janji ini.

Aku menyeru kepada seluruh rakyat mesir, ayuh! marilah turun ke medan medan untuk menyuarakan dan menggambarkan pendapatmu, dan mengembalikan presidenmu Dr,Muhammad Mursi.

Terjemahan dari ucapan Mursyidul Am
 
Sumber: Fb Mesir kini.

Thursday, July 4, 2013

Dugaan seorang wartawan BBC yang masuk Islam


Photo: ‎Dugaan seorang wartawan BBC yang masuk Islam

Betapa besarnya ujian seorang wartawan British yang masuk Islam. Keislamannya bukan hanya ditentang oleh keluarga juga sukar untuknya mencari wang untuk sara hidup.

Namanya John Ridley. Da dilahirkan dalam sebuah keluarga Nasrani. Dia rajin ke gereja setiap minggu bersama orang tua dan saudara perempuannya. Namun, semakin bertambah usianya pemikiran John pun semakin kritikal. Banyak soalan dari hatinya mengenai Tuhan dan kebenaran agama yang tidak menemui jawapan tersebut di gereja.

Hingga tibalah saat itu, ketika John mendapatkan kesempatan untuk mengenali Islam. John diterima di BBC Worldwide sebagai wartawan untuk dihantar ke Timur Tengah. Sebelum berangkat ke Timur Tengah, John berkenalan dengan seorang Muslim ketika sedang menjalani latihan broadcasting dan jurnalistik BBC. Dia juga mempelajari Islam sebelum berangkat ke Timur Tengah dan berinteraksi dengan umat Islam di sana.

John ditugaskan di Oman. Di sana dia bebas bercakap dengan umat Islam, membolehkanya dia berbual tentang Islam selain aktif membaca sastera Islam. Hidup John mula berubah, dia sudah menemui jawapan yang dicari selama ini.

“Aku berpelung bertugas di Timur Tengah selama enam bulan. Itu adalah pengembaraan pertama yang menakjubkan yang pernah ada dalam hidupku,” kata John Ridley, menceritakan kisahnya menemui hidayah.

Di Timur Tengah itulah, setelah menyedari kebenaran Islam dan menyaksikan secara langsung kehidupan muslim di sana, John mengucap dua kalimah syahadah.

Perjuangan Mempertahankan Islam

Masuk Islam bukanlah perjalanan mudah bagi John Ridley. Ketika pulang semua ke Britain, John mendapati keluarganya menentangnya. John terus mendekati keluarganya, tetapi mereka tetap berkeras. Di negeranya sendiri, John juga mula sukar untuk mendapatkan pendapatan.

Ketika itu barangkali adalah saat-saat yang paling sukar dalam hidup John. Tetapi, Allah tidak membiarkannya sendirian. Allah membukakan jalan kepada John. Sebuah stesen radio Arab Saudi memintanya menjadi seorang wartawan selama pencerobohan AS ke Iraq pada 2003. John menerima tawaran itu. Dia terbang semula ke Timur Tengah.

Mula bertugas di Saudi selepas itu John berpindah ke Malaysia iaitu di KL. Makin bertambahlah pegetahuannya tentang Islam. Lapan bulan kemudian, dia kembali semula ke Timur Tengah. Negara yang telah dia kunjungi dalam 30 tahun terakhir ini iaitu Lebanon, Oman, Yaman, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Iran dan Jordan.

Pengalaman John hidup puluhan tahun di Timur Tengah menjadi kekuatan tersendiri bagi profesionnya sebagai wartawan, penyiar dan penulis. Pengetahuan dan pemahamannya tentang dunia Islam dinilai luar biasa.

Membela Palestin

Menulis menjadi senjata John untuk membela Palestin. Dalam pelbagai tulisannya, John menyeru hak warga Palestin.

“Kemanusiaan, perdamaian, perlindungan anak, diajarkan dalam Islam. Bagaimana saling mengerti antara manusia dan hidup berdampingan. Saya benar-benar beruntung menemukan Islam,” ujar John bersyukur.

Namun demikian, pembelaan John untuk Palestin tidak hanya diwujudkan melalui tulisan. Dia juga turun padang menyampaikan pidato di kem-kem pelarian Palestin.

Menulis, bagi John, bukanlah masalah menghasilkan wang. Apalagi menulis untuk membela hak-hak kemanusiaan di Palestin dan dunia Islam. “Kita memang memerlukan wang. Tapi, ada hal yang lebih penting yakni manusia dan kemanusiaan. Saya tidak mau hanya diam, sementara orang-orang di luar sana telantar dan kesusahan. Saya sangat mahu menjadi sebahagian untuk membela mereka,” kata John menegaskan misinya .

Diterjemah oleh Detik Islam dari sumber bersamadakwah.com

Wallahu’alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

http://www.harian-metro-online.com/dugaan-seorang-wartawan-bbc-yang-masuk-islam‎
Betapa besarnya ujian seorang wartawan British yang masuk Islam. Keislamannya bukan hanya ditentang oleh keluarga juga sukar untuknya mencari wang untuk sara hidup.

Namanya John Ridley. Da dilahirkan dalam sebuah keluarga Nasrani. Dia rajin ke gereja setiap minggu bersama orang tua dan saudara perempuannya. Namun, semakin bertambah usianya pemikiran John pun semakin kritikal. Banyak soalan dari hatinya mengenai Tuhan dan kebenaran agama yang tidak menemui jawapan tersebut di gereja.

Hingga tibalah saat itu, ketika John mendapatkan kesempatan untuk mengenali Islam. John diterima di BBC Worldwide sebagai wartawan untuk dihantar ke Timur Tengah. Sebelum berangkat ke Timur Tengah, John berkenalan dengan seorang Muslim ketika sedang menjalani latihan broadcasting dan jurnalistik BBC. Dia juga mempelajari Islam sebelum berangkat ke Timur Tengah dan berinteraksi dengan umat Islam di sana.

John ditugaskan di Oman. Di sana dia bebas bercakap dengan umat Islam, membolehkanya dia berbual tentang Islam selain aktif membaca sastera Islam. Hidup John mula berubah, dia sudah menemui jawapan yang dicari selama ini.

“Aku berpelung bertugas di Timur Tengah selama enam bulan. Itu adalah pengembaraan pertama yang menakjubkan yang pernah ada dalam hidupku,” kata John Ridley, menceritakan kisahnya menemui hidayah.

Di Timur Tengah itulah, setelah menyedari kebenaran Islam dan menyaksikan secara langsung kehidupan muslim di sana, John mengucap dua kalimah syahadah.

Perjuangan Mempertahankan Islam

Masuk Islam bukanlah perjalanan mudah bagi John Ridley. Ketika pulang semua ke Britain, John mendapati keluarganya menentangnya. John terus mendekati keluarganya, tetapi mereka tetap berkeras. Di negeranya sendiri, John juga mula sukar untuk mendapatkan pendapatan.

Ketika itu barangkali adalah saat-saat yang paling sukar dalam hidup John. Tetapi, Allah tidak membiarkannya sendirian. Allah membukakan jalan kepada John. Sebuah stesen radio Arab Saudi memintanya menjadi seorang wartawan selama pencerobohan AS ke Iraq pada 2003. John menerima tawaran itu. Dia terbang semula ke Timur Tengah.

Mula bertugas di Saudi selepas itu John berpindah ke Malaysia iaitu di KL. Makin bertambahlah pegetahuannya tentang Islam. Lapan bulan kemudian, dia kembali semula ke Timur Tengah. Negara yang telah dia kunjungi dalam 30 tahun terakhir ini iaitu Lebanon, Oman, Yaman, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Iran dan Jordan.

Pengalaman John hidup puluhan tahun di Timur Tengah menjadi kekuatan tersendiri bagi profesionnya sebagai wartawan, penyiar dan penulis. Pengetahuan dan pemahamannya tentang dunia Islam dinilai luar biasa.

Membela Palestin

Menulis menjadi senjata John untuk membela Palestin. Dalam pelbagai tulisannya, John menyeru hak warga Palestin.

“Kemanusiaan, perdamaian, perlindungan anak, diajarkan dalam Islam. Bagaimana saling mengerti antara manusia dan hidup berdampingan. Saya benar-benar beruntung menemukan Islam,” ujar John bersyukur.

Namun demikian, pembelaan John untuk Palestin tidak hanya diwujudkan melalui tulisan. Dia juga turun padang menyampaikan pidato di kem-kem pelarian Palestin.

Menulis, bagi John, bukanlah masalah menghasilkan wang. Apalagi menulis untuk membela hak-hak kemanusiaan di Palestin dan dunia Islam. “Kita memang memerlukan wang. Tapi, ada hal yang lebih penting yakni manusia dan kemanusiaan. Saya tidak mau hanya diam, sementara orang-orang di luar sana telantar dan kesusahan. Saya sangat mahu menjadi sebahagian untuk membela mereka,” kata John menegaskan misinya .

Diterjemah oleh Detik Islam dari sumber bersamadakwah.com

Wallahu’alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

http://www.harian-metro-online.com/dugaan-seorang-wartawan-bbc-yang-masuk-islam

Luahan Hati Dr. Mursi

 
Sesungguhnya,

Aku melalui jalan-jalan yang sangat sukar,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!

Tuesday, July 2, 2013

Zatiah Dai'e

Zatiah Dai'e ialah daya tolak seorang mukmin dan sifat bersungguh-sungguh serta bersegera untuk melakukan amal dakwah yang terhasil dari motivasi dalaman untuk bekerja demi agama tanpa perlu menunggu arahan atau follow up orang lain. Dia melakukan amal dakwah semata-mata mengharap ganjaran dan balasan dari Allah sahaja.



Antara ciri dai'e yang memiliki zatiah ialah :

1. Kerehatan bagi seorang dai'e ialah dengan dia terus bekerja...menyumbang..memberi dan berkontribusi untuk dakwah.

2. Dia menyerahkan seluruh hidupnya untuk Islam..segala tenaga, potensi dikhidmatkan untuk Islam.

3. Dia berusaha dengan penuh gigih dan bersungguh-sungguh menunjukkan jalan hidayah kepada manusia,mendidik serta mentazkiyah jiwa manusia.

4. Seluruh daya fikirnya dipusatkan untuk melakukan projek-projek kebaikan demi manfaat islam dan umatnya.

5. Sentiasa berhubung dengan saudara-saudara seperjuangan untuk melakukan sumbangan dakwah dan sumbangan kebaikan.

6. Sentiasa menyampaikan risalah dakwah tanpa mengira masa, tempat dan suasana kepada semua manusia.

7. Memiliki kepedulian yang tinggi terhadap nasib umat Islam di seluruh dunia, merasai keperitan dan penderitan mereka serta memberikan penyelesaian untuk mengangkat kemuliaan umat.

8. Aktif dan proaktif di dalam melakukan gerak kerja dakwah,bergaul dengan manusia serta dan sentiasa memberikan kontribusi dakwah.     Sumber:  Fb Ustaz Mohd Azizee Hasan

Monday, July 1, 2013

Tarbiyah antara Manhaj dan Murobbi


20130702-090016.jpg


“Manhaj tarbiyah terlalu padat dan akademik…tak sempat habis kalau ikut timeline…”
“ Manhaj kali ini terlalu banyak paksi…tak mampu nak bawa…”
“ Ana tak mahir bahasa arab dan bukan ada background agama…ana tak mampu nak bawa usrah dengan manhaj macam ini…”
“ Course yang ana ambik agak sibuk…tak sempat mutabaah anak buah..cukup online dan buat usrah jer…”
Ini antara soalan- soalan yang sering ditanya ketika saya membentang tajuk tarbiyah atau yang ada kaitan dengan tarbiyah. Apabila berbicara tentang tarbiyah ia melibatkan isu konsep, manhaj, pelaksanan tarbiyah dan outcome dari operasi tarbiyah tersebut.

Para murobbi kekadang terlalu bergantung kepada menekankan soal manhaj lalu melupakan perkara yang penting dari tarbiyah itu iaitu bidang keberhasilan (outcome). Untuk mendapatkan outcome tersebut, mahu tidak mahu peranan besar terletak pada bahu Murobbi. Di sini timbul konflik bagaimana untuk membuat kolarasi antara dua perkara ini bagi mencapai objektif tarbiyah yang telah ditetapkan oleh gerakan Islam.
Isu tarbiyah sering kali menjadi paksi perbincangan dalam menentukan kelansungan hayat gerakan Islam. Bahkan ia bersifat fundamental bagi menentukan ‘outcome’ gerakan Islam di dalam melalui fasa-fasa perjuangannya.

Apabila berbicara tentang tarbiyah, kita tidak lari dari membicarakan tentang asas-asas menjayakan proses tarbiyah tersebut iaitu 3M 1B [ Murobbi + Mutarobbi + Manhaj + Biah]. Elemen-elemen ini merupakan faktor-faktor bagi menghasilkan ‘outcome’ tarbiyah.

Sebelum kita melihat isu ini secara mikro, elok kita melihat isu yang lebih makro iaitu menentukan definisi tarbiyah. Tarbiyah dari sudut bahasa ialah berkembang, meningkat dan membesar. Proses perkembangan ini perlu melalui satu suasana yang sukar, payah dan sulit. Ia bukan sekadar himpunan teori tetapi hasil latih tubi yang berterusan sehingga melahirkan pengalaman baru, realistik dan membumi di medan yang sebenar.
Sirah Rasulullah SAW dan para sahabat adalah hujah yang praktikal menjelaskan hakikat ini. Ia bukan sekadar taujih dan khitob aqli (ucapan yang meransang akal) sahaja tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa perlakuan ataupun di sebut sebagai amali. Dengan erti kata lain Rasulullah SAW selaku murobbi, menjadi qudwah terhadap apa yang diungkapkan serta hidup bersama para sahabat r.a dalam realiti yang sebenar.

 Dalam bahasa yang mudah proses tarbiyah perlu kepada ‘muayasah’ [pergaulan seharian dalam kehidupan], mu’aanat [ sanggup menghadapi kepayahan], ta’alim wa taujih [memberikan pengajaran dan penalaan], ta’allum [ proses pembelajaran ], mutabaah [ follow-up yang berterusan] serta taqyim [membuat penilaian dan pentaksiran ]. Itulah gambaran Murobbi Kamil Rasulullah SAW sebagaimana yang dijelaskan al-Quran peranan baginda SAW di dalam Surah al-Baqorah 151 yang bermaksud :
151. (Nikmat berkiblatkan Kaabah Yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), Yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan Yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

Ia adalah proses yang merangkumi 3 dimensi asas iaitu :
1. 1. Tilawah [ berkait dengan proses audio-visual / pandang –dengar secara talaqqi]
2. 2. Tazkiyah [ berkaitan dengan jiwa ]
3. 3. Ta’lim. [ ilmu dan kemahiran ]

Ringkasnya tarbiyah itu bukan sekadar proses pengumpulan maklumat atau ilmu atau teori tetapi membumikan kefahaman tersebut dalam menterjemahkannya kepada perubahan tingkahlaku dan sikap. Dalam konteks ini ia adalah satu proses mengetahui dan memahami, kemudian merasai dan merubah dalam bentuk perilaku hasil dari latih tubi yang berterusan, sukar dan menyulitkan.

Secara mikro untuk menjayakan perkara tersebut ia memerlukan dua elemen penting iaitu murobbi dan manhaj tanpa menidakkan faktor mutarobbi dan biah. Ini kerana faktor mutarobbi dan biah ada sinergi dengan kedua-dua faktor di atas.

Apa yang menjadi pertimbangan gerakan Islam ialah melihat kedua-dua faktor domain ini. Ada yang melihat kegagalan gerakan Islam mencapai ambisi perjuangannya ialah disebabkan faktor kelemahan manhaj. Mungkin juga yang berpendapat disebabkan faktor Murobbi.

Kedua-dua elemen ini sebenarnya saling berkolarasi dan amat dekat antara satu sama lain. Ini kerana Murobbi merupakan paksi asasi di dalam proses tarbiyah. Murobbi merupakan kuasa pengaruh di dalam mentarbiyah mutarobbinya melalui himpunan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan cara fikirnya. Murobbi juga merupakan unsur yang dapat memandu dan mentaujih orang lain dengan qudwah yang ditunjukkannya. Dengan keupayaan pegangan agama yang baik, akhlak, ilmu, thaqofah akan memberi pengaruh tidak langsung kepada mutarobbinya. Justeru Murobbi merupakan tonggak paling penting bagi menjayakan proses tarbiyah.

Sedangkan manhaj semata-mata, sekalipun ia digubal sekemas yang mungkin atau sehebat mana pun tidak akan mencapai ‘outcome’ yang diharapkan. Manhaj akan hanya menjadi tinta dakwat di atas kertas selagi ia tidak dilukis oleh para murobbi dalam bentuk yang hidup, dinamik dan praktikal, membumi di dalam lingkungan hidupnya, menterjemah ke alam realiti apa yang dia rasai dan lalui dari proses tarbiyah tersebut. Proses tarbiyah yang menterjemah hakikat tarbiyah dari sudut perasaan, jiwa, akhlak, tingkah laku, tindakan sehingga menjiwai di dalam hidupnya dan ia tidak sekadar bahasa akal dan lisan.

Dengan kata lain peranan murobbi berada di posisi penting dalam menjayakan tumuhat [cita-cita] jamaah kerana ia menyiapkan para kader yang berkualiti dan mampu menjadi agen perubahan. Di sini seorang Murobbi itu dapat menunjukkan contoh yang boleh dilihat dan dirasai serta menjadi penterjamah hidup bagi kurikulum tarbiyah. Itulah para Sahabat R.A yang menjadi helaian al-Quran yang bergerak sebagaimana kata Syed Qutb. Mereka adalah al-Quran yang hidup dan praktikal. Akhlak Rasulullah SAW sendiri diungkapkan oleh Saidatina Aisyah r.a.h sebagai al-Quran. Dengan keikhlasan seorang murobbi di dalam melaksanakan proses tarbiyah ia lebih memberikan kuasa pengaruh kepada mutarobbinya dari cukup dengan sekadar bertalaqqi.

Berjaya atau gagal manhaj tarbiyah bagi mencapai obsesi gerakan Islam terletak kepada kekutan Murobbi. Murobbi adalah motor penggerak atau katalis bagi menjaya dan menyempurna manhaj. Murobbi ibarat bekas takungan tarbiyah yang menakung semua ahli kemudian mengadun dan memproses manusia ini menjadi batu bata kepada perjuangan untuk merubah umat sehingga mendaki tangga-tangga ustaziyatul alam.
Fiqh tarbiyah menyatakan para salafussolih terdahulu bukan sekadar menimba ilmu dari para murobbi atau para cendekiawan semata-mata tetapi juga menimba akhlak, adab dan suluk. Dalam erti kata lain tarbiyah orang terdahulu menghimpunkan ilmu dan pengalaman praktis [ ilmu dan amal].

Oleh kerana itu , seorang murobbi adalah madrasah tarbiyah yang unggul bagi melahirkan para pelajarnya agar menjadikan Allah sebagai Robnya dan matlamat hidupnya, Rasulullah sebagai manhaj ikutannya sehingga keyakinan dan keimanan ini menjadikannya sanggup menyerahkan segala jiwa, darah, harta, dirinya demi untuk dakwah dan memartabatkan agenda perjuangan.

Konklusinya , jatuh bangun gerakan Islam terletak pada kekuatan tarbiyah sebagai sumber menggerakkan organ jamaah. Manakala kekuatan tarbiyah tidak terhenti pada kekuatan kurikulum semata-mata tetapi pada kekuatan penggerak kurikulum iaitu Murobbi. Tiada pemisahan antara murobbi dan manhaj dalam menjayakan agenda tarbiyah bagi melahirkan para kader dan rijal harokah untuk mengisi vacum perjuangan Islam, menjadi agen perubahan untuk menyonsong satu kebangkitan.

Saya selalu menyakini ungkapan ini :
“Manhaj penting tetapi melaksanakan wasilah tarbiyah amat penting. Wasilah Tarbiyah juga penting namun Diri Murobbi itu lebih penting dari wasilah tarbiyah. Manakala hadirnya Murobbi ke liqa tarbawi penting tetapi urgensi Ruh seorang Murobbi lebih penting dari jasad Murobbi dalam menggerakkan usaha tarbiyah”.
Teringat kalam berguna dari Syeikh Abdullah al-Ahdal yang merupakan seorang syeikh tarbiyah di dalam kata-katanya : “ La budda lil al-akh as-sodiq an yakuna murobbiyan” – [ Setiap akh yang benar mesti menjadi Murobbi]. Syiar kita “Tarbiyah Madal Hayat” – Tarbiyah sepanjang hidup.

Sumber:
Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
Setiausaha Biro Tarbiyyah,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

Tamarod mengajar kita


tamarod
“Apa dia permainan budak-budak ni?” merujuk kepada Tamarod.

(Jangan lupa gerakan ini sememangnya anti-Islam, sila kaji siapa di sebaliknya dan sejarah mereka dari sesudah revolusi Mesir hingga ke hari ini. Sekali lagi saya ulang, isu ini ialah isu Islam berlawan dengan yang selainnya.)
.
Gerakan pemberontak ‘Tamarod’ yang sedang menghuru-harakan Mesir sekarang ini telah mengajar kita sekurang-kurangnya beberapa perkara penting. Perkara ini ialah tanda pengenalan yang sama boleh dijumpai pada mana-mana musuh Islam di atas muka bumi ini, di mana-mana negara sekalipun.

1. Demokrasi yang diamalkan oleh penentang Islam di Mesir ialah demokrasi palsu. 

Demokrasi yang mereka dokong dan sokong ialah demokrasi yang memberikan kepentingan kepada mereka, sahaja. Bukan isu kepentingan negara yang diambil kira tetapi yang menjadi perkiraan mereka ialah sejauhmana demokrasi tersebut memberikan mereka ruang untuk menjadikan pendapat mereka sebagai satu-satunya pendapat yang digunapakai. Di dalam gambaran yang lebih mudah, mereka ini pada hakikatnya, hanyalah seumpama sebatang tubuh yang isinya ialah kediktatoran dan autokrasi, tetapi disarungkan dengan baju demokrasi yang berwarna-warni.

Soalan-soalan yang dilontar oleh Presiden Mesir, Dr Mohamad Morsy di dalam ucapan rasminya yang terkini pada 26 Jun yang lalu adalah soalan yang ‘menumbuk’ kelompok ini tepat pada batang hidung mereka :
“Adakah dinamakan demokrasi: Memaksa satu pandangan diterima, dan menganggapnya sebagai satu-satunya yang paling tepat, dan selainnya adalah salah dan tidak berpengalaman?”
“Adakah dinamakan demokrasi: Menimbulkan kesangsian dan keraguan pada pilihanraya satu demi satu meskipun telah terbukti kebersihan perjalanannya oleh pelbagai pihak?”
“Adakah dinamakan demokrasi: Menolak daripada menyertai mana-mana jawatan pentadbiran kemudian menuduh pihak yang mentadbir sebagai memonopoli dan menguasai sepenuhnya pentadbiran (nepotisme)?”
– Dr Mohammad Morsy, Presiden Mesir, 26 Jun 2013
Perkara ini dinyatakan ramai lagi pemerhati politik dan jurnalis. Bahkan duta besar Amerika Syarikat sendiri, Anne Peterson, mengeluarkan kenyataan(yang akhirnya dibidas Naguib Sawiris, dalang besar di sebalik Tamarod) meminta pihak pemberontak ‘kembali masuk ke dalam sistem (demokrasi)‘ dan ‘mengubah strategi turun ke jalanan kepada strategi menyusun usaha untuk pilihanraya’. Barangkali kenyataan ini hanyalah sebagai gula-gula dan sandiwara semasa, namun ia menyerlahkan ketidakakuran gerakan ini kepada sistem demokrasi yang dahulunya dijual-jual sebagai perjuangan mereka (sila kaji ucapan-ucapan El-Baradaie dan Hamdin Sobahi – antara kepala gerakan anti-Morsy).

2. Titik utama permusuhan dan kebencian di dalam politik Mesir ialah kestabilan Islam dan pejuangnya, bukan isu urustadbir.

Di dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Shadi Hamid (Pengarah kajian Brookings Center, Doha), beliau menyatakan bahawa:
“If one looks at Tamarod’s justifications for seeking Morsi’s overthrow, the entire list consists of problems that will almost certainly plague his successor. They have little to do with a flawed transition process and a rushed constitution that ran roughshod over opposition objections and everything to do with performance”
“Legitimacy cannot depend solely or even primarily on effectiveness or competence. If it did, revolution could be justified anywhere at any time, including in at least several European democracies.”
– “Is a Second Revolution Really What Egypt Needs?“
Jika diteliti tohmahan dan dakwaan kelompok Tamarod ke atas pentadbiran Dr Morsy, hampir kesemuanya tidak tepat dan berlawanan dengan fakta. Hakikat ini diperkukuh lagi apabila Dr Morsy di dalam ucapan rasminya pada 26 Jun yang lalu telah membentangkan pencapaian yang telah diusahakan di bawah pentadbirannya (transkrip lengkap ucapan di sini - English).

Jika demikian, nyatalah bahawa dakwaan salah urustadbir dan pelbagai lagi tohmahan hanyalah sebagai faktor permainan sentimen yang digunakan kelompok Tamarod untuk menjustifikasi motif sebenar permusuhan dan ‘pembunuhan’ mereka terhadap Dr Morsy, pentadbirannya, dan parti-parti Islam secara umum di Mesir. Hakikatnya, sudah beberapa kali terdedah di media Mesir, bahawa motif kebencian mereka yang sejati ialah terhadap Islam dan pejuang-pejuangnya yang semakin hari semakin dicintai rakyat Mesir dan semakin mendapat sokongan.

Strategi permainan sentimen rakyat dengan menggunakan isu-isu yang melingkari masyarakat dan strategi menimbulkan huru-hara sebenarnya ialah format rasmi yang digunapakai oleh boneka-boneka tajaan barat di kebanyakan negara Islam bagi merungkai dan melemahkan tapak sokongan rakyat terhadap kelompok Islamis, atau juga sebagai pintu masuk kepada kuasa luar bagi mengambil kesempatan di celah-celah huru-hara dan kacau-bilau.
* * * *
Peristiwa pemberontakan oleh kelompok Tamarod ini juga sebenarnya telah semakin menyerlahkan betapa relevannya pelbagai kisah Bani Israil yang dipaparkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran.
Bani Israil pernah meminta kepada Nabi mereka agar dikurniakan seorang ketua untuk memimpin mereka keluar daripada kezaliman, namun apabila ketua yang dilantik itu tidak mengikut kayu ukur dan citarasa nafsu mereka, mereka telah membelakanginya, mencacinya, dan enggan untuk tunduk dan taat kepadanya.
Bani Israil pernah diselamatkan oleh Nabi Musa a.s daripada kezaliman Firaun yang dahsyat, namun tidak berapa lama selepas mereka dikeluarkan daripada kegelapan perangai jahat Firaun itu mereka telah meminta pula kepada Nabi Musa a.s untuk menyembah selain Allah yang telah menyelamatkan mereka.

Kedegilan Bani Israil yang menjengkelkan para pembaca kisah mereka, berulang lagi di zaman moden. Ia berulang di Mesir dengan nyata, dan ia juga berulang di pelbagai negara yang lain, di mana masyarakatnya dihasut untuk tidak menghargai kewujudan para pendakwah yang ikhlas ingin mengeluarkan mereka daripada kezaliman para penyembah nafsu kepada keluasan yang ditawarkan Islam.

Yang kita seharusnya renungkan dengan perasaan penuh gentar dan gerun – apakah kita sanggup menyaksikan balasan dahsyat yang pernah menimpa Bani Israil, berulang juga di zaman kita?
Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan yang dimurkai Allah s.w.t, dan kita tetap teguh di atas jalan kebenaran dan tetap sabar bersama para pemegang panji risalah Islam.

U-Syed-100x100



Syed Ahmad Israa’ b Syed Ibrahim
Timbalan Pengerusi ISMA-Mesir,
Mahasiswa Kuliah Syariah Tahun 4, Universiti Al-Azhar, Kaherah
Blog: Atas Jalan Lurus

Saturday, June 22, 2013

About MEN; Tak Hanya Wanita yang Harus Bercermin



Dalam sebagian konflik rumah tangga, terkadang isterilah yang sering merasa bersalah. Hal ini dikarenakan fitrah wanita yang lebih mendahulukan perasaannya yang lembut. Sehingga mungkin kesalahan itu berasal dari suami namun sang isteri yang capek-capek berkaca (introspeksi diri). Dengan demikian mana mungkin konflik akan selesai sedangkan sumber masalahnya tidak mau untuk menyatakan bahwa dirinya keliru.

Artikel ini sekaligus untuk membuka hati nurani setiap suami agar lebih berintrospeksi diri agar tercipta keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah. Sudah benarkah diri Anda wahai para suami? Keluarga yang diidam-idamkan oleh setiap pasangan suami isteri adalah keluarga yang bahagia dunia hingga akhirat, bersatu padu dan bahu membahu untuk melewati masa di dunia yang hanya sebentar ini, mengalahkan hawa nafsu dan melakukan ketaatan-ketaatan kepada-Nya.

Di bawah ini akan dikemukakan 10 gambaran ringkas tentang kesalahan-kesalahan penting yang banyak dilakukan para suami:

Tidak mengajarkan agama dan hukum syariat kepada Isteri

Disana, kita dapati banyak para isteri yang tidak mengetahui bagaimana cara shalat yang benar, bagaimana hukum haidh dan nifas, bagaimana berperilaku terhadap suami secara syar’i, bagaimana mendidik anak secara Islam. Bahkan terkadang ada diantara para isteri yang terjerumus ke dalam berbagai jenis kesyirikan.

Akan tetapi sayang, yang menjadi perhatian besar bagi sang isteri adalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, bagaimana cara berdandan yang cantik dan sebagainya. Tidak lain karena memang suami yang sering menuntut hal itu dari sang isteri. Sedangkan masalah agamanya, tentang ibadahnya, tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Tidak ragu lagi, ini adalah pengabaian suami terhadap kewajibannya memelihara keluarga dari api neraka. Padahal Allah Subhanahu wata’ala telah berfirman

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Qs At Tahrim:6)

Maka hendaknya suami tidak mengabaikan hal ini, karena mereka akan dimintai pertanggungjawaban atasnya. Dan hendaknya suami benar-benar berusaha mengajarkan agama kepada isterinya, baik dia lakukan sendiri atau dengan perantaraan-perantaraan yang lain. Dan diantara cara yang bisa ditempuh untuk mengajarkan agama kepada isteri:

Menghadiahkan buku-buku tentang Islam dan hukum-hukumnya, kemudia mempelajarinya dan mendiskusikannya bersama isteri. Bisa juga memintanya untuk meringkas isi buku tersebut
Menghadiahkan kaset-kaset ceramah, dan meminta isteri untuk meringkaskannya
Mengajaknya menghadiri pengajian-pengajian yang disampaikan oleh orang yang berilmu
Mengenalkannya kepada wanita-wanita shalihah, sehingga dia bisa bersahabat dan mengambil manfaat dari mereka.
Membangun perpustakaan yang berisi buku-buku islam di rumah.
Memberikan hadiah khusus kepadanya jika mampu menghafal sebagian dari Al Qur’an atau hadits
Mendorongnya mendengarkan radio-radio islam
Dan sarana-sarana lain yang masih banyak.
Mencari-cari kekurangan dan kesalahan isteri

Dalam suatu hadits riwayat al Bukhari dan Muslim, Rasulullah Shallallahu’alaihi wasalam melarang laki-laki yang bepergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam. Hal itu karena dikhawatirkan laki-laki tersebut akan mendapati berbagai kekurangan dan cela isterinya. Dan barangsiapa mencari-cari aib saudara sesama muslim, Allah akan mencari-cari aibnya. Barangsiapa dicari aibnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walaupun dia berada di ruang tersembunyi dalam rumahnya.

Bahkan hendaknya seorang suami bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajibannya dangan benar. Rasulullah Shalallahu’alaihi wasalam bersabda,

اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ

“Bersikap baiklah kepada para isteri. Karena mereka tercipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atas. Jika kamu hendak meluruskannya niscaya kamu akan mematahkannya. Dan jika kamu biarkan maka dia akan tetap bengkok. Maka bersikap baiklah kepada para isteri.” (Muttafaqun’alaih)

Hadits ini memiliki pelajaran yang sangat agung, diantaranya; meluruskan bengkoknya isteri harus dengan lembut sehingga tidak mematahkannya, namun juga tidak dibiarkan saya karena jika dibiarkan dia tetap bengkok. Apalagi jika bengkoknya itu bisa menjalar menjadi kemaksiatan atau kemungkaran.

Dan ingatlah sabda Rasulullah shalallahu’alaihi wasalam,

لَا يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci istrinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meridhai akhlak lain darinya.” (HR Muslim)

Pemberian hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan istri

Ini termasuk bentuk kezhaliman terhadap isteri. Diantara bentuk hukuman yang zhalim itu:

- Menggunakan pukulan di tahap awal pemberian hukuman. Padahal Allah ta’ala berfirman,

وَاللاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ

“Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuz-nya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka.”(Qs An Nisa’:34)

Maka tahapan yang benar adalah nasihat terlebih dahulu, kemudian pisah di tempat tidur, kemudian baru dengan pukulan yang bukan untuk menyakiti.

- Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada pembenaran secara syar’i. Allah ta’ala berfirman yang artinya:

لا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلا يَخْرُجْنَ إِلا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ

“Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang .” Qs Ath Thalaq:1

- Memukul wajah, mencela dan menghina. Ada seseorang yang datang bertanya kepada Rasulullah, apa hak isteri atas suaminya? Beliau menjawab,

أَنْ يُطْعِمَهَا إِذَا طَعِمَ وَأَنْ يَكْسُوَهَا إِذَا اكْتَسَى وَلَا يَضْرِبْ الْوَجْهَ وَلَا يُقَبِّحْ وَلَا يَهْجُرْ إِلَّا فِي الْبَيْتِ

“Dia (suami) memberinya makan jika dia makan, memberinya pakaian jika dia berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan dan tidak menghajr (boikot) kecuali di dalam rumah.” (HR Ibnu Majah, dishahihkan oleh Al Albani)

Pelit dalam menafkahi isteri

Sesungguhnya kewajiban suami memberi nafkah kepada isteri telah ditetapkan dalam al Qur’an, hadits dan juga ijma’. Allah berfirman:

وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf.” Qs Al-Baqarah:233

Isteri berhak mendapat nafkah, karena dia telah membolehkan suaminya bersenang-senang dengannya, dia telah menaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengatur rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya.

Dan jika seorang isteri mendapatkan suami yang pelit, bakhil, tidak memberi nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’i, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi kebutuhannya secara ma’ruf (tidak berlebihan), meski tanpa sepengetahuan suami.

Dan bagi suami, hendaknya memperhatikan sabda Nabi shallallahu’alaihi wasalam,

إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ

“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya, sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” (Muttafaq’alaih)

Sikap keras, kasar, dan tidak lembut terhadap Isteri

Rasulullah shallallahu ’alahi wasalam telah bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.” (HR Tirmidzi, dishahihkan al Albani)

Maka hendaknya seorang suami berakhlak bagus terhadap istrinya, dengan bersikap lembut, dan menjauhi sikap kasar. Diantara bentuk sikap lembut seorang suami kepada isteri seperti membahagiakan isteri dengan canda-canda yang dibolehkan, berlomba dengan isterinya, menyuapi makanan untuk isterinya, memanggilnya dengan panggilan-panggilan mesra dan lain sebagainya.

Kesombongan suami membantu isteri dalam urusan rumah

Ini adalah satu kesalahan yang mungkin banyak menjangkiti suami yang telah menyadari bahwa dirinya adalah pemimpin dalam keluarga, yang harus ditaati. Bahkan ada di antara mereka yang menganggapnya sebagai bentuk kejantanan, sedangkan membantu pekerjaan rumah adalah suatu hal yang merusak kelaki-lakiannya.

Padahal, laki-laki yang paling utama, yakni Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak segan-segan membantu pekerjaan isterinya. Ketika ‘Aisyah ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dirumahnya, beliau menjawab,

كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ فَإِذَا سَمِعَ الْأَذَانَ خَرَجَ

“Beliau membantu pekerjaan isterinya. Dan jika datang waktu shalat, maka beliau pun keluar untuk shalat.” (HR Bukhari)

Menyebarkan rahasia dan aib isterinya

Nabi shallallahu’alaihi wasalam telah bersabda,

أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

“Sesungguhnya di antara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli istrinya dan isterinya menggaulinya, kemudian dia menyebarkan rahasia-rahasia isterinya.” (HR Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah berkata menjelaskan hadits ini, “Dalam hadits ini, diharamkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya dari perkara jima’. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan maupun perbuatan dan yang lain.”

Keterburu-buruan dalam menceraikan isteri

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau dan isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci. Hal ini bisa ditunjukkan dengan penamaan hubungan pernikahan ini sebagai al-miitsaq al-ghalizh ( perjanjian yang kuat).

وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

“Dan mereka (istri-istrimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.” (Qs An Nisa:21)

Oleh karena itu, islam menganggap perceraian adalah perkara besar yang tidak bisa diremehkan. Karena perceraian akan berbuntut kepada rusaknya rumahtangga, kacaunya pendidikan anak dan lain sebagainya. Maka sangat tidak pantas bagi seorang muslim untuk menceraikan istrinya, tanpa pembenaran yang bisa diterima.

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya talak(perceraian) tidaklah disyariatkan dalam islam untuk dijadikan sebagai pedang yang dihunuskan ke leher para isteri, sebagaimana diyakini oleh sebagian suami. Tidak pula disyariatkan untuk dijadikan sebagai sumpah dalam rangka menguatkan dan menegaskan berita, sebagaimana yang dilakukan oleh sebagian orang. Tidak pula untuk memuliakan tamu, atau untuk mendorong oranglain melakukan suatu hal atau meninggalkan sesuatu, sebagaimana biasa dilakukan sebagian orang ketika berbicara kepada temannya, “Akan aku ceraikan isteriku kecuali engkau melakukan ini dan itu …” Maka ini adalah kesalahan dan penyimpangan besar dalam penggunaan yang disyariatkan ini.

Dan hendaknya kata-kata cerai itu tidak digunakan sebagai bahan canda atau mainan. Karena Rasulullah shallallahu’alaihi wasalam telah bersabda,

ثَلَاثٌ جَدُّهُنَّ جَدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جَدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلَاقُ وَالرَّجْعَةُ

“Tiga perkara yang seriusnya adalah serius dan candanya adalah dinilai serius, yaitu; nikah, perceraian, dan rujuk.” (HR Abu Daud, at Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai hasan oleh al-Albani)

Ketahuilah, sesungguhnya islam tidak lari dari berbagai kenyataan yang terjadi. Memang perselisihan antar suami isteri kadang terjadi dan bisa mengarah kepada perceraian. Akan tetapi perceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam menyelesaikan perselisihan ini.

Bahkan harus diusahakan dengan berbagai cara terlebih dahulu untuk menyelesaikannya, sebelum melakukan perceraian. Maka janganlah seorang suami terburu atau tergesa-gesa dalam mencerai isterinya, karena kemungkinan besar dia akan banyak menyesal.

Dan perlu diketahui oleh setiap suami, dia tidak boleh mencerai isterinya ketika sedang haidh, atau ketika suci namun telah digauli pada masa suci itu, atau mencerainya dengan tiga kali talak dalam sekali waktu.

Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syariat

Tidak ragu lagi bahwa menikah untuk yang kedua kali, ketiga kali dan yang keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahwa sebagian orang yang ingin menerapkan syariat ini atau yang memang benar telah menerapkannya, tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajiban-kewajiban serta tanggung jawabnya terhadap para isteri. Terutama isteri yang pertama dan anak-anaknya. Padahal Allah subhanahu wata’ala telah berfirman,

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja.” Qs An Nisa: 3

Dan sikap semacam ini jelas bukan merupakan keadilan yang Allah perintahkan.

Wahai para suami yang mulia, sesungguhnya poligami memang benar merupakan syariat islam. Akan tetapi, jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik, tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak bisa memikul tanggung jawabnya, hal ini hanya akan merusak rumah tangga, menghancurkan anak-anak dan akan menambah permasalahan keluarga dan masyarakat.

Maka ukurlah akibatnya, perhatikan dengan seksama perkaranya, sebelum masuk kedalamnya. Semoga Allah merahmati orang yang mengetahui kapasitas dirinya.

Lemahnya kecemburuan

Inilah salah satu penyakit yang sangat disayangkan telah banyak tersebar dikalangan kaum muslimin. Sangat banyak sekali para suami yang membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan istrinya dinikmati oleh banyak orang. Dia membiarkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkannya berkumpul-kumpul dengan lelaki lain. Bahkan ada sebagian orang yang merasa bangga jika memiliki isteri cantik yang bisa dinikmati oleh siapa saja yang melihatnya. Padahal seorang wanita di mata islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokkannya hanya diperuntukkan bagi suaminya saja, tidak diumbar kemana-mana.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isteri, tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki yang bukan mahram. Rasulullah Shallallahu’alaihi wasalam bersabda,

“Ditusuknya kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” (Ash Shahihah:226)

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isteri, dia kan memperhatikan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” Lalu seorang Anshar berkata, wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamw(kerabat suami)?Beliau mengatakan, “Al hamwu adalah kematian.”(Muttafaqun’alaih)

Perhatikan juga ancaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri)nya. Beliau bersabda,

ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ وَالدَّيُّوثُ

“Tiga golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat; seorang yang durhaka kepada kedua orangtuanya, wanita yang menyerupai laki-laki dan ad-dayyuts.” (HR An Nasa’i, dinilai hasan oleh Al Albani, lihat Ash Shahihah:674)

Dan yang dimaksud dengan ad-dayyuts adalah laki-laki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Jika Anda termasuk mempunyai salah satu atau bahkan lebih kesalahan-kesalahan diatas, maka segeralah taubat. Laksana isterimu yang dengan mudahnya mengulurkan tangan dengan penuh senyuman untuk meminta maaf, hendaknya dirimu wahai para suami meneladaninya, menekan rasa egomu, dan katakan “Maafkan kesalahanku selama ini, Duhai sayangku.” Maka badai yang menerjang biduk kapal rumah tanggamu laksana tergantikan dengan semilir angin sepoi yang membawanya ke dermaga cinta. Segala masalah bisa hilang begitu saja, dengan ucapan itu. Sungguh beruntunglah wahai isteri yang memiliki suami penuh dengan kerendah hatian seperti itu. Wallahu a’lam.

***
muslimah.or.id
Diambil dari Sakinah vol 8 no 11, safar-rabiul awal 1431, dengan sedikit pengeditan.

Wednesday, June 19, 2013

Malam pertama ..........



Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"



Wednesday, June 12, 2013

Mari kenali siapakah Adnan Menderes?



Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi

-Wallahua'lam-

sadiqah.desa


Sumber: fb  Green Project