Pages

Friday, September 13, 2013

Cemburu yang ada Pasal.....

Cemburu tanda kita sayang atau “caring”. Cemburu yang ada asas, bukan yang membabi buta akan dapat menyelamatkan banyak keadaan daripada menjadi 'out of control'.
TIPS PARENTING PRIHATIN 12 : CEMBURU

Cemburu tanda kita sayang atau “caring”. Cemburu yang ada asas, bukan yang membabi buta akan dapat menyelamatkan banyak keadaan daripada menjadi 'out of control'.

Bila disebut tentang CEMBURU, Lazimnya masyarakat kita terbayanglah kisah isteri cemburukan suami yang pakai wangian dan bersiap sekacak mungkin ketempat kerja. Pakwe yang cuba hubungi makwe malam-malam, telefon bimbit ‘busy’ sentiasa.

Kurang sekali kita bincangkan sikap cemburu seorang ibu kepada anaknya. Jika adapun, segelintirnya seperti yang sering kita tonton dikaca televisyen dalam slot akasia, slot samarinda iaitu kisah ibu yang cemburukan menantu. Itu pun sebab bimbang menantu mengambil alih peranannya dan kasih sayang anaknya beralih arah.

Pernahkah kita terdetik untuk mencemburui anak kita yang baru seusia 10 tahun? Yang baru nak menjengah alam remaja?. Dunia sekarang, anak seusia 6 tahun pun sudah pandai dan memandai. Tak perlu tunggu usia mereka menjangkau 13 tahun. Kes-kes yang dirujuk kepada kami menunjukkan anak darjah 1 sudah banyak yang melihat sendiri video lucah, malah melihat abang dan kakak melakukan hubungan seks…!!!

DUNIA TANPA SEMPADAN? BINA SATU UNTUK ANAK KITA

Dunia tanpa sempadan kini membuatkan kita sebagai ibu bapa terpaksa membina sempadan-sempadan dan halangan-halangan. Inilah konsep HUDUD dalam rumah. Kadang-kadang kita pula yang terpaksa keluar sempadan untuk berada dihadapan anak kita.

Sifat cemburu inilah yang membuatkan kita melangkah kehadapan lebih daripada anak. Dunia zaman moden dan IT ini membuatkan bukan setakat selangkah malah berpuluh-puluh langkah lagi kita kena berada jauh 100 TAHUN di hadapan. Ini bukan pepatah bapak kencing berdiri, anak kencing berlari tau… "Ini pepatah anak dapat diploma, ibu bapa kena ambil Ijazah"!. Tidak boleh dibiarkan “Anak digital ibubapa analog”. Mesti cemburu pada anak.

Bayangkanlah, anak sekarang masuk sahaja sekolah menengah sudah diberikan telefon bimbit dan komputer riba yang canggih, yang ada camera, yang ada laman sesawang. Tup..tup.. anak kita yang tadinya berada di dalam bilik di Taman ABC sudahpun boleh berada di Negeri XYZ.! Maaf cakap, sudahpun beraksi seksa seksi. Sikap tidak `cemburu’, `biarkanlah’ dan ‘tidak apa’, mengizinkan anak kita diratah di dalam jagaan sendiri. Kononnya mereka sedang mentelaah, nak exam dah.. “ memangpun! mereka sedang mentelaah, tapi dimentelaah dek jantan liar’. Habis setiap inci tubuh mereka sudahpun dikaji melalui webcam!”. ini hanya satu contoh, banyak lagi contoh jika nak dicoretkan.

JANGAN JAGA TEPI KAIN MEREKA?

Memangpun kita sebagai ibu bapa wajib lagi fardu sentiasa menyibuk dan sentiasa menjaga tepi kain anak-anak kita. Kalau kita tidak tolong jaga, nanti DISELAK pula. Anak-anak LAHIR TAK TAHU APA-APA (JAHIL). Allah suruh jaga tepi kain mereka sampai umur 40 tahun. Tapi macamana kita nak jaga jika kain sebahgian kita sendiri selalu terselak?

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” QS: 16. An Nahl 78.

Jahil memang cenderung ke haluan kiri, haluan neraka. Mereka mudah diperdaya dan mudah memperdaya. Itu belum lagi sukarnya kita nak menjaga pakaian, tingkah laku, aktiviti, pergaulan mereka di depan mata. Pokoknya jika kita sayangkan mereka kita sentiasalah cemburukan apa yang mereka lakukan. Sentiasalah tanamkan dalam hati “apakah yang sedang anak aku buat?, apa yang ada dalam beg sekolah mereka?, apa yang mereka baca?, apa yang mereka tulis?, apa yang mereka bincangkan? dan banyak lagi.

Janganlah bimbang dikatakan kolot. Dengan anak pun nak cemburu?. Bila kita cemburu, itu tanda kita sayang dan bimbang akan kehilangan seseorang yang kita sayangi. Cemburu, bila diletakkan pada tempatnya dapat mendorong seseorang itu untuk menghargai dan melindungi hubungan dan insan yang disayangi itu. Cemburu memberi manfaat kerana ia dapat membuka mata kita terhadap sesuatu yang masih berada di dalam tanggungjawab kita supaya ia tidak akan hilang dari kita sebelum waktunya.

Bila hilang rasa cemburu mulalah timbul sikap ketidakpedulian pada anak dan keluarga. Mulalah membiarkan segala perilaku dan penampilan serta aktiviti mereka tanpa kawalan. Semua berdalih konon saling mempercayai meskipun realitinya bakal mengundang fitnah dan indikasi negatif serta membuka peluang penodaan, kepincangan dan kemaksiatan.

Pasangan yang saling cemburu sanggup menghabiskan wang ringgit, mengupah risik untuk mengetahui tentang pasangannya, malah ada yang sampai ke tahap membunuh secara batil. Cemburu atas dasar kebenaran dan tanggungjawab merupakan dasar perjuangan “amar ma’ruf nahi munkar”. Apabila tidak terbit sikap cemburu dalam hati seseorang yang beriman, maka sudah pasti tidak akan ada dorongan untuk memperjuangkan amar ma’ruf nahi munkar padanya, yang dimulai dari sekecil-kecil perkara untuk diri dan keluarga.

Terlalu banyak firman dan hadis yang merujuk soal kaitan kepimpinan ibu bapa dan cemburu ini. Ringkasnya, “lelaki itu pemimpin keluarga”. Selaku pemimpin kita bakal ditanya tentang orang yang kita pimpin. Lelaki yang tidak cemburu terhadap ahli keluarganya dikatakan LELAKI DAYUS. Si DAYUS haram mencium bau syurga, samada di dunia maupun di akhirat. Neraka di dunia ini menjadi tiket untuk neraka yang satu lagi! Bagaimana? lelaki dayus akan berakhir dengan longgokan laporan polis di tangan kerana isteri berselengkoh, anak gadis di bawa lari teman lelaki, nak tukar agama atau tak mau balik lagi. Tidakpun habis duit mereka bayar denda dan kos mahkamah, anak ditangkap mengedar dadah atau pecah rumah, merogol dan memukul. Semua berpunca kerana tidak cemburu untuk mencegah lebih awal.

Ada hadis yang berbunyi: “Orang-orang mukmin itu pencemburu dan Allah lebih pencemburu.” (HR. Muslim).

Lihat!.. Allah juga sangat cemburu kepada kita. Jangankan berzina, mendekat diri kepada zina saja Allah sudah larang. Jangan kata ingkar, berkawan dengan syaitan pun sudah Allah tegah. Mengapa? Itu kerana ALLAH SAYANG KITA.

Masalah kita adalah “kita tidak tahu kita bermasalah”. “Kita tidak mampu menjuhi syaitan kerana kita sendiri tidak kenal syaitan”. Jadi sila baca bersama artikel “mengenal tanda” dan lain-lain Parenting Tips sebelum ini.

Kudap Kudap
dari Ibu-ibu
WARGA PRIHATIN

http://prihatin.net.my/v3/2013/08/12/mengenali-tanda-mencegah-gejala/.

Thursday, September 12, 2013

Isu minyak: “It takes two to tango”




petronas
 


Kenaikan harga minyak petrol dan diesel minggu lepas telah menimbulkan pelbagai jenis reaksi kepada rakyat Malaysia.[i] Begitu ramai pihak yang telah memberikan komentar sama ada ahli politik, tokoh negarawan, mahupun golongan agamawan. Rakyat pada masa yang sama nampaknya tertekan dengan perkara ini dengan begitu banyak komentar negatif di laman-laman sosial.

Amat sukar untuk berbicara tentang masalah minyak di Malaysia tanpa mengaitkannya dengan isu-isu lain – masalah inflasi, pendapatan isi rumah yang rendah, pengangkutan awam, bebanan hutang negara dan sebagainya. Apabila harga minyak naik, maka dijangkakan bahawa inflasi (kenaikan harga barang) akan berlaku dan seterusnya membebankan rakyat. 

Namun pada masa yang sama, sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah menaikkan harga minyak tersebut, kerajaan kita mungkin terpaksa berdepan dengan masalah lain yang lebih hebat – penilaian ‘rating’ yang rendah oleh penilai bebas seperti Fitch Rating.[ii] Masalah ini seterusnya akan memberikan kesan negatif kepada pelaburan dalam negara yang akhirnya bakal membantutkan perkembangan ekonomi negara dan seterusnya kedudukan ekonomi isi rumah.

Amat penting sebenarnya untuk mendidik rakyat agar faham tentang asas-asas pengetahuan ekonomi agar rakyat tidak terlalu mudah untuk menerima bulat-bulat sebarang maklumat daripada pelbagai pihak. Artikel ini berminat untuk memberikan gambaran secara menyeluruh masalah isu minyak di Malaysia agar rakyat lebih peka tentang apa yang berlaku dan cakna tentang tindakan yang sebaiknya dilakukan.

Harga minyak dunia dan subsidi kerajaan

Jika ingin dibincangkan tentang penentuan harga minyak dunia, agak sukar di sini kerana begitu banyak perkara untuk dijelaskan. Tidak dapat dinafikan bahawa ada beberapa isu dalam penentuan harga minyak dunia, namun apa yang penting untuk difahami adalah kerajaan tidak berkuasa untuk menentukan harga pasaran minyak dunia.

Malaysia adalah antara negara yang memberikan subsidi minyak kepada rakyat. Kerajaan menetapkan harga pasaran tempatan bagi petrol dan diesel. Maka perbezaan harga minyak dunia dan harga minyak dalam negara tersebut ditanggung oleh pihak kerajaan. Dianggarkan kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak 6.19 billion ringgit (US$ 1.98 billion) untuk subsidi minyak pada tahun 2009. Kerajaan membelanjakan lebih daripada 10% daripada perbelanjaan operasi negara saban tahun.[iii] Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa Malaysia membelanjakan lebih daripada 24 billion ringgit setahun untuk subsidi bahan bakar.[iv]Jika harga pasaran dunia meningkat (dan dijangkakan akan terus meningkat secara signifikan lebih-lebih lagi kerana krisis di Timur Tengah), maka kerajaan akan menanggung lebih banyak kos subsidi. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat memandangkan kedudukan kewangan negara berada pada kadar yang tidak kuat. Ini telah pun dijangkakan untuk berlaku tahun sebelumnya oleh beberapa pihak.[v]

Kedudukan kewangan negara

Rakyat perlu menyedari hakikat bahawa sumber kewangan kerajaan (terutamanya Malaysia) tidaklah begitu banyak. Selain daripada pelbagai cukai yang dikutip, kerajaan juga mendapatkan sumber kewangan dengan menjual bon kerajaan. Hakikatnya jualan bon ini merupakan pinjaman pihak swasta mahupun am kepada pihak kerajaan. Kedudukan kewangan Malaysia hari ini terletak pada kadar defisit buat belasan tahun. Dengan kedudukan defisit yang bertambah inilah menyebabkan pihak penilaian bebas Fitch telah meletakkan unjuran (outlook) negatif dari stabil di mana jika tiada perubahan dilakukan dalam tempoh masa tertentu, unjuran kredit Malaysia mungkin akan di ubah kepada gred yang lebih rendah daripada sekarang. (walaupun perkara ini disangkal oleh beberapa pihak kerana pada masa yang sama perkembangan ekonomi Malaysia berlaku dengan sihat).

Bagi mengelakkan penilaian rendah oleh Fitch Rating, maka pihak kerajaan terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan dan berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan. Oleh kerana kos subsidi minyak adalah antara kos yang paling besar dalam perbelanjaan kerajaan (lebih-lebih lagi dengan harga minyak dunia yang meningkat), maka sudah tentulah tindakan mengurangkan subsidi dengan menaikkan harga minyak tempatan adalah satu tindakan yang sukar untuk dielakkan. Bukan setakat itu, tindakan mengawal subsidi kerajaan ini juga sebenarnya adalah tindakan yang telah dilewatkan daripada beberapa tahun yang lalu.

Rakyat pula sekiranya benar-benar mahukan juga subsidi diberikan, maka kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan perbelanjaan dalam hal-hal lain yang penting untuk rakyat seperti pendidikan dan kesihatan. Oleh itu semua pihak perlu menjadi lebih rasional dalam isu kritikal seperti ini.

Kenaikan harga minyak membebankan

Tidak dapat tidak kenaikan harga minyak sudah pastinya akan memberikan kesan kepada harga barangan tempatan. Kadar inflasi yang pada asalnya sudah meningkat sebanyak 2% pada bulan Julai laludianggarkan pula untuk meningkat sebanyak 0.2% kepada 2.2%untuk tahun 2013 oleh pakar ekonomi AmBank Group. Angka ini akan menjadi lebih besar pada tahun akan datang dengan jangkaan sebanyak 3.5 hingga 4%.[vi]
Tidak dapat dinafikan bahawa selain daripada kos minyak sendiri yang meningkat, rakyat juga terpaksa menanggung beban harga barangan yang meningkat. Terutamanya di Malaysia, dengan pendapatan isi rumah yang tidak meningkat dengan banyaknya saban tahun sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada rakyat Malaysia terutamanya para penduduk di kawasan bandar.

Maka moleklah untuk dikatakan bahawa sebenarnya isu yang disuarakan oleh rakyat adalah masalah kewangan dan kesempitan hidup dan bukannya masalah harga minyak semata-mata. Jadi, masalah ini sebenarnya berkait rapat juga dengan kos pembelian rumah dan kereta yang begitu tinggi untuk rakyat Malaysia. Begitu juga masalah barangan runcit terutamanya di kawasan bandar yang tinggi. Ini semua juga mengundang kepada masalah bebanan hutang isi rumah.

Selain daripada kenaikan harga barang yang sewajarnya, masalah harga barang yang tinggi timbul juga apabila para peniaga mengambil kesempatan dalam hal ini. Kenaikan harga minyak tidak dapat tidak sememangnya akan meningkatkan kos bagi sesebuah perniagaan. Malangnya apabila kebanyakan peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang lebih daripada yang sekadarnya. Tidak dapat dinafikan kadang kala ada juga syarikat yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang mungkin 15-20% lebih mahal, sedangkan kenaikan kos perniagaan hanyalah dalam 10%. Malah sebenarnya untuk syarikat-syarikat yang lebih besar, kenaikan harga barang seharusnya boleh diserap dengan mudah kerana adanya skala ekonomi (economies of scale) yang besar.

Tanggungjawab kerajaan

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat. Maka polisi-polisi kerajaan perlulah dilaksanakan bagi memastikan rakyat boleh hidup dengan lebih selesa.
Tidak dinafikan kerajaan sedang berusaha untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara bagi mengurangkan defisit. Cadangan untuk mengurangkan perbelanjaan elaun dan gaji para menteri kabinet adalah satu perkara yang wajar. Walaupun pada keseluruhannya angka tersebut tidaklah signifikan, tetapi membuktikan keikhlasan pihak kerajaan.Pada masa yang sama, kerajaan juga seharusnya mengurangkan perbelanjaan dalam hal-hal lain yang merugikan dan membazir apatah lagi rasuah. Ini adalah satu perkara yang perlu diambil serius oleh pihak kerajaan. Perbelanjaan mewah dalam majlis-majlis rasmi kerajaan serta program-program yang tidak produktif mestilah dikurangkan.

Kerajaan juga mestilah bijak berkomunikasi dengan rakyat. Segala tindakan kerajaan yang sudah tentunya demi kepentingan negara mestilah dijelaskan rasionalnya kepada rakyat. Kerajaan seharusnya bersikap lebih berterus terang dan bersedia mendidik rakyat dengan penjelasan ekonomi yang berasaskan hujah dan fakta dan bukan alasan-alasan berbentuk peribadi semata-mata. Bukankah ini adalah tanggungjawab Menteri Penerangan?

Masalah pendapatan yang meningkat dengan kadar yang tidak setara seharusnya diambil perhatian. Kerajaan perlu meneliti punca-punca berlaku perkara sedemikian. Mungkin di Malaysia antara masalah yang menyumbang kepada perkara ini adalah kurangnya kesatuan pekerja yang lantang mendesak pihak majikan dalam urusan penentuan gaji.

Selain itu rakyat perlu dididik untuk menjalankan perniagaan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada pendapatan pekerjaan. Oleh itu kerajaan seharusnya menggiatkan kursus dan latihan keusahawanan, menyediakan kaunseling dan nasihat pengurusan kewangan diri dan keluarga selain daripada membuka peluang tender kerajaan kepada para peniaga kecil dan sederhana. Langkah ini juga akan berjalan lancar tanpa adanya rasuah.

Masalah kenaikan harga barang yang tidak setara juga perlu diselidik oleh pihak kerajaan. Sebarang kartel antara para peniaga seharusnya dikenakan tindakan berat. Pertandingan sihat antara para peniaga juga perlu dipastikan dengan adanya pengenalan dan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan. Amaran kerajaan terhadap para peniaga harus dipuji namun penguatkuasaan undang-undang tersebut sebenarnya yang dibimbangkan.[vii]

Bagi menyelesaikan masalah kos pengangkutan, alternatif kepada pengangkutan persendirian – pengangkutan awam, perlulah diperbaiki dengan baik bagi memudahkan mobiliti rakyat untuk ke tempat kerja dan melakukan perniagaan. Pengangkutan awam ini bukanlah semata-mata dengan membina projek mega seperti MRT dan sebagainya, tetapi sebenarnya adalah dengan mereka sistem pengangkutan (awam dan persendirian) di peringkat nasional yang lebih komprehensif.

Untuk masalah kos pembelian rumah yang tinggi pula boleh dilihat kerana berlakunya masalah terlebih nilai yang ditetapkan oleh pihak pemaju perumahan. Maka perkara ini perlu dinilai selidik oleh pihak kerajaan. Selain itu peluang perniagaan perumahan perlulah dibuka dengan luas untuk para pemaju perumahan kecil dan sederhana bagi meningkatkan pertandingan antara peniaga.

Tanggungjawab rakyat

Amat bernas tindakan rakyat untuk mempersoalkan kerajaan dalam banyak hal yang seharusnya digalas baik oleh mereka. Namun gesaan haruslah bijak dengan melihat keutamaan dan rakyat juga haruslah bijak bersuara. Mungkin benar untuk rakyat menggesa agar harga minyak dikawal rapi agar rakyat tidak terbeban, tetapi mungkin adalah lebih baik untuk menggesa agar kerajaan mencari jalan supaya rakyat tidak hidup terbeban dan tidak semestinya menerusi pengawalan harga minyak.

Selain daripada melaksanakan tanggungjawab membayar cukai, rakyat harus menggesa kerajaan untuk memperkemaskan sistem pengangkutan awam, memperhalus perancangan bandar dan projek-projek perumahan, memerhati tindakan para peniaga yang tidak wajar dan sebagainya. Rakyat juga perlu berusaha keras dan kompetitif bagi meningkat pendapatan isi rumah dan negara.

Rakyat juga harus bijak berbelanja. Perbelanjaan dalam perkara-perkara yang tidak perlu haruslah dikurangkan dan rakyat juga mestilah berbelanja mengikut kemampuan. Kadang kala ada ramai yang mempunyai sumber kewangan yang stabil tetapi tidak diuruskan dengan baik maka menyumbang kepada kesempitan dan masalah kewangan keluarga. Ambillah peluang untuk menghadiri kursus pengurusan kewangan sama ada yang dianjurkan oleh badan-badan serta agensi kerajaan mahupun bukan.

Gunakan kuasa pembeli

Amat penting untuk dijelaskan bahawa kenaikan harga barang adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan apabila berlakunya perkembangan ekonomi dan peningkatan pendapatan. Namun sudah menjadi tanggungjawab pihak Bank Negara (BNM) untuk memastikan kadar kenaikan berada dalam paras yang stabil (perlu dijelaskan juga bahawa BNM tidak meletakkan sebarang target inflasi).

Pada masa yang sama, selain bergantung harap kepada pihak berkuasa untuk menstabilkan harga barangan, rakyat juga mempunyai kuasa sebagai pengguna untuk memanipulasi harga pasaran. Ada beberapa cara yang boleh dilaksanakan, termasuklah tindakan kolektif dengan tidak membeli barangan sekiranya harga dinaikkan dan membeli alternatif yang lebih murah bagi sesuatu produk. Ini akan menekan para pengeluar dan peniaga untuk menurunkan harga barangan mereka.

Selain itu rakyat juga perlu bergiat aktif dalam persatuan-persatuan pengguna bagi mendesak pihak peniaga untuk menurunkan harga barangan. Suara para pengguna akan lebih kuat dan didengari sekiranya disalurkan melalui persatuan-persatuan pengguna. Ini adalah antara perkara yang kurang sekali berlaku di Malaysia.

Tanggungjawab pihak swasta

Pihak peniaga juga tidak lari daripada memainkan peranan dalam memakmurkan ekonomi Malaysia. Selain daripada menjalankan kegiatan perniagaan bagi menyokong perkembangan ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan, pihak swasta juga seharusnya tidak mengambil kesempatan menerusi perubahan polisi kerajaan. Kenaikan harga minyak tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menaikkan harga barangan melepasi kadar yang sepatutnya. Sekiranya harga minyak naik pada kadar 10%, mustahil sebenarnya untuk mengatakan bahawa kos perniagaan meningkat pada kadar yang sama kerana minyak sudah tentunya hanyalah sebahagian daripada kos  keseluruhan perniagaan (secara umum). Kenaikan harga barang sewajarnya tidak akan melebihi 10%. Menurut Datuk Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kesan kenaikan harga minyak sepatutnya hanya memberikan kesan kenaikan harga barang sebanyak 0.1% sahaja.[viii]

Selain itu, para peniaga skala kecil dan sederhana bolehlah mengambil kesempatan untuk berlumba di dalam pasaran dengan menyediakan produk dan servis yang berpatutan untuk para pengguna. Dengan adanya lebih ramai peniaga dalam pasaran, maka harga barangan akan lebih terkawal dan menguntungkan pengguna.

Kesimpulan

Semua pihak mempunyai peranan yang begitu penting dalam ekonomi negara. Isu kenaikan harga minyak baru-baru ini memberikan gambaran kepada kita bahawa rakyat sebenarnya dibebani dengan masalah kewangan dan kesempitan hidup. Masalah bebanan kewangan rakyat tidak  dapat diselesaikan dengan mengawal harga minyak semata-mata. Perkara ini perlu diselesaikan secara komprehensif dan melibatkan semua pihak. Setiap pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing dan amatlah penting agar peranan tersebut dijalankan.

Rakyat harus peka bahawa tanggungjawab menguruskan ekonomi negara bukanlah hanya terletak di atas bahu pihak kerajaan, malahan adalah usaha bersama. Begitu banyak langkah yang boleh diambil bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara yang stabil.

Akbar Shah Ramdhan Bin Abd Rahman
Australian School of Business, The University of New South Wales
Ahli Ekonomisma-PEMIKIR ISMA

Tuesday, September 10, 2013

Doa Wakil-wakil Nasrani, Yahudi Rakyat Malaysia Agar Israel Masuk Malaysia – ALARMING




Posted on by

Rasanya sudah sampai masa kita berhenti bersangka-sangka. Berhentilah mengejar nama, pangkat dan harta. Sementara kita berkelahi di dalam rumah, halaman dan dapur kita sedang diintai dan dicerobohi. Anak isteri kita dibawa lari. kalau tidak dilarikan dirinya, mereka sedang dilarikan akidahnya.
Ingat saudara yang dikasihi sekalian,
Dulu Wilayah Jajahan Melaka itu luas dan lebar.
Terhampar dari Maluku ke Madagaskar.
 Kini Melaka bukan Berupa Wilayah lagi,
 Bahkan paling kecil dari kalangan negeri

 Dulu Melaka itu beraja dan berdaulat
 Dulu Melaka itu gagah dan kuat
 Tapi Kini Melaka tidak lagi berRAJA
 Mempertahankan Ketua Menteri pun tidak upaya.

 Melaka itu sendiri berasaskan kata pokok Raja
  Fatihah juga menegaskan kedaulatan Raja & Agama
 Jika Raja di dunia sudah tiada, atau hilang peranan KeAgamaannya
 Masih mampukah kita menegakkan kedaulatan agama?

Tahukah kita sejarah & kaitan pokok Melaka dan bertapaknya agama?
 Kini ia sekadar satu kuih yang jadi makanan semua.!
Tahukah kita peranan perigi Hang Tuah dan hakikat pendidikan?
 Kini sekadar intaian tempat menarik untuk pelancungan..!

Kita semua tahu bagaimana sejarah jatuhnya Melaka.
Semua angkara pecahan watan dan pengkhianat bangsa.
Tapi mengapa kita masih alpa?
 Mengapa masih nak berpecah berfirqah juga?

 Mengapa tergamak lagi mengulangi kesilapan yang sama?
 Mengapa sanggup menggadai agama, bangsa dan negara?
 Mengapa masih diburu pangkat dan harta?
 Bukankah hidup ini hanya seketika saja?

Silalah tonton Video di atas dan sama-sama muhasabah diri.
Mari kita sama-sama cari jalan untuk memperbaiki.
Ini petikan seruan dari Insan yang sebahagian kita sedang membenci. Bacalah ia tanpa kepentingan diri dan parti. Fikirkanlah demi agama, watan, negara dan ibu pertiwi.
Kami terpanggil untuk berkongsi pendedahan ini dengan anda semua kerana bimbang akan pengaruh halus agenda Yahudi di Malaysia. Sedarkah kita ini sememangnya berlaku dan ada sesuatu agenda jahat yang dirancang oleh agen-agen Yahudi di negara kita.

Pendedahan bertulis adalah pengakuan seorang Bekas Pakar Strategi SEBUAH PARTI yang mengesahkan mempunyai Agenda Kristianisasi. Apa yang mereka impikan ialah Malaysia Ditadbir Oleh Pemimpin Kristian!

Anda nilaikan sendiri dgn menonton video ini. Bagaimana orang yahudi sudah beria-ria ‘berdoa’ agar negara kesayangan kita ini diambil alih oleh sekutu mereka. Persoalannya, siapa sekutu mereka? INI SUDAH JELAS KEPADA KAMI, MOGA ANDA TIDAK TERLEKA.

Bersatulah bangsaku Melayu sekalian, jangan kerana politik kita berpecah – rapatkan saf kita. Lihatlah agenda jahat ini, bukankah sudah jelas? Bermula dengan penghinaan ke atas bendera, kemudian raja, agama, jangan esok lusa kita hanya bisa menangisi semua ini.

Ambillah pelajaran dari kesilapan Palastine. Sekali tersilap, sekali terlepas, sukar mendapatkannya kembali. Fikirkanlah nasib anak cucu sama, jangan kita rakus mengejar kuasa. Ingatlah, semua kerjabuat kita bakal ditanya yang maha Esa.

Kami insaf, kami sedar, kami sedih, hati kami pedih…
Bersatulah, Bersatulah, Bersatulahhhhhhhhhhhhh……….

Sumber: Whttps://www.facebook.com/wargaprihatin

Monday, September 9, 2013

Tarikh yang mendebarkan...

 
Tanggal 10 September 2013 adalah tarikh penentuan bagi kedudukan Islam dan nasib umat Islam di bumi Malaysia. Ia adalah tarikh yang mendebarkan bagi dua pihak, yang akan membawa kesan dan implikasi jangka panjang kepada kedua-dua pihak.

Pihak pertama adalah sebahagian rakyat Malaysia berugama Islam yang berdiri teguh bersama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa Majlis Agama Islam negeri yang ingin mempertahankan hak penggunaan kalimah Allah dari digunapakai secara bebas dan mutlak oleh penganut-penganut Kristian di dalam Bible mereka dengan perlindungan undang-undang.

Manakala pihak kedua adalah penganut-penganut Kristian yang menuntut hak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible versi cetakan Bahasa Malaysia.

Pihak ketiga pula adalah sebahagian lain umat Islam dari kalangan parti-parti politik Melayu/Islam yang memilih untuk tidak menyatakan sokongan atau pendirian atau tidak berani bersuara atas dasar setiakawan politik atau memilih untuk berpihak kepada pihak kedua, secara tersurat atau tersirat.

Kesan dan implikasi dari apa pun keputusan yang bakal diterbit dari kamar Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya besok akan terpaksa dihadapi oleh kedua-dua pihak (dan jiga pihak ketiga) dan percaturan serta pertembungan antara dua kepentingan dan dua agenda tidak akan tamat dengan tercatatnya keputusan hakim.

Para hakim yang bijaksana akan membuat keputusan berdasarkan pembuktian dan hujah-hujah dari kedua-dua pasukan guaman di pihak pertama dan juga kedua. Masing-masing pihak masih boleh membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya tidak berpuashati dengan keputusan hakim. Ini sudah maklum bagi semua pihak yang terlibat.

Di sini, bukan soal keputusan hakim yang saya ingin bahaskan akan tetapi sikap dan pendirian umat Islam khususnya berhubung kes rayuan ini.

Saya berpandangan bahawa pihak pertama yang konsisten bersama pihak KDN dan beberapa Majlis Agama Islam nengeri tidak akan rasa begitu kecewa, berkecil hati, marah atau terlalu terkilan sangat kalau keputusan hakim besok tidak menyebelahi mereka.

Ini kerana mereka telah menyuarakan sikap dan pendirian mereka secara jelas, terang dan nyata untuk mempertahankan hak keistimewaan umat Islam dalam penggunaan kalimah Allah. Mereka telah berbuat sesuatu menurut kemampuan mereka dan dari ketinggian perasaan bahawa tindakan mereka adalah bertepatan dengan ruh dan maqasid Syari'ah.

Pihak kedua pula sudah tentu akan bergembira dengan "kemenangan" besar ini yang bakal membuka peluang kepada lebih banyak lagi keistimewaan untuk dituntut pada masa depan. Ia akan menjadi kemenangan buat agenda Liberal, Sekular, Kristianisasi dan hak asasi versi Barat yang begitu diagungkan oleh sebahagian rakyat Malaysia/umat Islam di negara ini.

Akan tetapi juga, tiada siapa dapat menelah atau meramal keputusan hakim besok. Dan wajah-wajah penuh kekhuatiran (di sebalik lantunan-lantunan do'a, zikir dan tilawah) bisa saja diwarnai dan disirami dengan laungan takbir, tahmid dan tahlil tanpa diduga.

Dan ada pihak lain juga yang akan menggigit jari!

Dan bagaimana pula pihak ketiga?

Di sebalik keresahan hati dan debaran jantung umat yang ikhlas berdoa untuk kemenangan buat Islam dan umat Islam besok, di sebalik wajah-wajah yang bertukar ganti antara ketakutan dan harapan dan di sebalik linangan airmata keikhlasan dan keinsafan, apakah pula rona dan lakaran perasaan di wajah anda?

Ya … anda!

Anda yang telah memilih untuk berkongsi keperihatinan dan perasaan dengan pihak Kristian!

Yang meremehkan sokongan sebahagian umat Islam yang bersama pihak pertama dengan pelbagai alasan memalukan!

Yang mengukuhkan sikap dan pendirian sendiri bahawa isu ini tidak perlu disensasikan!

Yang turut mendesak supaya kalimah Allah patut diberikan kepada penganut Kristian untuk dicetak di dalam Bible versi Bahasa Melayu!

Yang tidak rasa bersalah sedikitpun untuk bersantai di khemah pihak kedua!

Saya sekadar ingin bertanya (dan saya tidak berharap pun anda akan memberi respon kepada soalan saya):

Adakah kepentingan politik, parti dan kesetiakawanan lebih tinggi nilainya (bagi anda) dari satu kalimah agung yang mencerminkan penanda aras (benchmark) seorang Muslim yang sahih akidahnya?

Adakah suasana bersahabat dengan penganut-penganut ugama lain dan pemuja-pemuja agenda Liberal, Sekular dan Hedonis lebih kamu hargai dan cintai berbanding kebersamaan dengan saudara seakidah anda?

Atau anda menganggap pihak pertama sebagai golongan yang bodoh, ekstrimis, pemecahbelah, rasis, kolot, kaki provokasi atau talibarut parti pemerintah?

Dan kalau anda tidak keberatan untuk menjawab, satu soalan terakhir dari saya:

Menjelang keputusan dikeluarkan, sebahagian besar umat Islam akan pada malam ini dan esok hari akan bersolat hajat, bertilawah, bersujud dan berdoa untuk kemenangan agama Allah dan masadepan umat Islam di Malaysia.

Anda semua akan berdoa untuk kemenangan siapa?

Kalimah Allah : 5 Alasan Gereja & Jawapan

Photo: Adakah ini yang kita ingin tinggalkan kepada anak cucu cicit generasi akan datang?

Ayuh pertahankan nama suci Allah esok! Jom turun! 
Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini seharusnya ditangani dengan bijak.
Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak.
Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar daripada maksud sebenar. Ia adalah kewajipan bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.
Pendahuluan
31 Disember 2007 — Pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah Allah. Kerajaan menegaskan bahawa larangan itu masih kekal.
3 Januari 2008 — Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
19 Mac 2008 — Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah Allah.
05 Mei 2008 — Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman larangan tersebut dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
Alasan Gereja Katolik Menggunakan Kalimah Allah
Dalam akhbar The Sun (24 Dis. 2007), terdapat laporan bertajuk Church leaders explain use of Allah. Terdapat 5 alasan utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar terbitan mereka. Alasan yang dikemukakan ialah:
1) Mendakwa mereka mengikuti Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan istilah God dan Tuhan sebagai terjemahan istilah Lord.
2) Mendakwa bahawa mulai awal ke 19, para penganut Katolik di Malaya telah memiliki buku-buku doa dalam Bahasa Melayu dan kalimah Allah telah digunakan sebagai terjemahan istilah God. Penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dan begitu juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.
3) Mendakwa ayat-ayat suci al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.
4) Mendakwa bahawa segmen terjemahan dalam Bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.
5) Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A Perlembagaan Persekutuan.
Hujah-Hujah menolak Alasan Pihak Gereja Katolik
Alasan Pertama : Mendakwa mereka mengikuti Bible. Bible dalam Bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan istilah God dan Tuhan sebagai terjemahan istilah Lord.
Hujah-Hujah Menolak:
1) Kalimah Allah adalah kata nama khas berasal daripada Bahasa Arab. Ia tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain. Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki, diperempuan atau diterbitkan nana-nama lain daripadanya. Kalimah Allah adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita tidak boleh memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa asalnya. Dari segi struktur linguistik, kalimah Allah lebih superior daripada apa jua perkataan apa jua bahasa dalam memelihara dan mempertahankan makna ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Oleh itu, umat Islam tidak sekali-kali menterjemahkan Allah kepada apa jua bahasa melainkan dikekalkan lafaznya yang asal iaitu Allah.
2) Di peringkat antarabangsa, penggunaan kalimah Allah dari segi istilah adalah amat sinonim dengan agama Islam. Ia diiktiraf oleh kamus-kamus serta ensiklopedia terkemuka di dunia. 
Antaranya:
i. Kamus Oxford—Allah: Name of God among Muslims.
j. Ensiklopedia Britannica—Allah: God, the one and only God in the religion of Islam
k. Ensiklopedia Katolik—Let it be noted that although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language, as the name of God.
3) Dalam konteks Malaysia kalimah Allah tidak diterjemahkan kepada Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa terjemahan. Oleh itu kalimah Allah di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna yang terkandung di dalam teks al-Quran tanpa mengubahsuaian pada lafaz (terjemahan) mahupun maksud kalimah tersebut.
Definasi Allah menurut Kamus Dewan Edisi Empat:
Allah : Ar (Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa); ~azzawajalla Tuhan yang Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala Terpujilah Tuhan Yang Maha Tinggi.
Definasi Allah menurut Kamus Pelajar:
Allah: Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dengan 20 sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini.
Oleh itu kalimah Allah tidak boleh dianggap sebagai terjemahan tuhan dalam Bahasa Melayu atau god dalam Bahasa Inggeris kerana ia adalah lafaz Bahasa Arab yang dikekalkan sebagai mematuhi kitab suci umat Islam yang telah membudaya dalam masyarakat Islam dan dimaklumi sebaiknya oleh bukan Islam di negara ini.
4) Bible Bahasa Melayu yang didakwa sebagai rujukan kepada penggunaan kalimah Allah juga tidak boleh diterima berdasarkan faktor kredibiliti penterjemahan dan perundangan Malaysia. Faktor perundangan menegah penggunaan kalimah tertentu yang menjadi hak eksklusif umat Islam untuk digunakan oleh bukan Islam. Oleh itu, alasan yang mengatakan mereka merujuk kepada Bible Bahasa Melayu adalah tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan penterjemahan Bible tersebut boleh dipertikai.
Alasan Kedua : Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah memiliki buku-buku doa dalam Bahasa Malayu dan kalimah Allah telah digunakan sebagai terjemahan istilah God. Penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dan begitu juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.
Hujah-hujah Menolak :
1) Alasan ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kedatangan mubaligh Kristian ke Tanah Melayu dan Nusantara. Sejarah mencatatkan antara misi utama kedatangan penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah untuk mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini. Antara usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah menterjemahkan Bible ke dalam Bahasa penduduk tempatan termasuk menjalankan upacara keagamaan dalam Bahasa yang difahami oleh masyarakat setempat.
2) Percubaan untuk membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain yang menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada God juga tertolak. Ini kerana setiap Bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza. Dalam kes ini, latar belakang Bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk Malaysia lahir daripada rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu. Budaya Melayu itu sendiri terhasil daripada agama Islam. Oleh itu, ia wajib mencerminkan kelaziman Melayu yang berpunca daripada agama Islam. Ini sudah tentu berbeza dengan latar belakang Bahasa Melayu yang terdapat di Indonesia dan Singapura.
3) Berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Asia Barat juga tidak boleh dijadikan hujah. Bangsa Arab bulan Islam sememangnya telah lama menggunakan kalimah Allah berdasarkan faktor teologi dan kebudayaan yang telah sedia wujud di Asia Barat. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh al-Quran apabila al-Quran datang untuk menjernih dan menyucikan semula penyalahgunaan maksud kalimah Allah yang diguna pakai oleh golongan Jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani.
4) Dalam konteks etimologi dan semantik pula, alasan Gereja Katolik untuk merujuk kepada masyarakat Kristian Arab adalah tersasar jauh. Mereka tidak boleh membandingkan apa yang berlaku kepada Kristian Arab dengan Kristian di Malaysia. Apa yang berlaku di negara-negara Arab ialah pihak Kristian Arab menterjemahkan Bible daripada Bahasa Suryani (Syria/ Syam) atau Aramik dan Bahasa Ibrani (Hebrew) kepada Bahasa Arab. Perlu diketahui Bahasa Arab, Aramik dan Ibrani berada dalam rumpun bahasa yang sama iaitu rumpun Semitik. Oleh itu, Kristian Arab mempunyai hak untuk berhujah bahawa kalimah Allah berkemungkinan berasal daripada nama asal tuhan mereka dalam Bahasa Aramik atau Ibrani. Tetapi apa pula rasional pihak Gereja Kristian utnuk menterjemahkan god dalam Bible Bahasa Inggeris kepada Allah dalam Bible Bahasa Melayu?. Bukankah kedua-duanya adalah dua rumpun bahasa yang berbeza dari segi etimologi dan semantik bahkan suasana yang membudayai penggunaan Bahasa-Bahasa itu?.
Alasan Ketiga : Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga menggunakan lafaz Allah.
Hujah-hujah Menolak:
1) Antara ayat yang sering dirujuk oleh pihak Gereja Katolik ialah surat al-Ankabut ayat 61:
Makdusnya: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk makhluk-makhlukNya)?. Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahnya)?
2) Begitu juga surah al-Maidah ayat 73:
Maksudnya: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Kedua-dua ayat tadi sebenarnya tidak boleh menjadi hujah bagi golongan bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah. Ia berdasarkan alasan-alasan berikut:
i) Dalam surah al-Ankabut ayat 61, al-Quran hanya merakamkan sejauh mana kefahaman masyarakat Arab Jahiliyah menggunakan kalimah Allah. Ia bukan untuk mengiya atau membenarkan penggunaan tersebut. Sebaliknya ia mahu menjelaskan bagaimana kalimah Allah sudah dikenal pasti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Daripada informasi ayat-ayat seperti ini, al-Quran menjelaskan orang Arab Jahiliyyah hanya mengenal Allah sebagai:
1. pencipta langit dan bumi;
2. yang memudahkan peredaran matahari dan bulan;
3. yang menurunkan air dari langit; dan
4. tempat menggantungkan harapan
Konsep ini jelas bertentangan dengan konsep Allah
ii) Manakala surah al-Maidah ayat 73 pula tidak boleh menjadi alasan kepada pihak Kristian menggunakan kalimah Allah. Ini kerana Allah SWT sendiri menafikan golongan yang mengatakan ZatNya itu satu oknum daripada tiga oknum (triniti). Malah mereka dianggap kafir. Ini bermakna sebutan Allah yang keluar dari lidah golongan Kristian itu adalah sia-sia dan tiada nilai di sisi Allah kerana ia tidak merujuk kepada kalimah Allah yang sebenar. Sebagaimana maklum, kalimah Allah merujuk kepada zat (esensi) yang dinamakan. 
Sebagai perumpamaan mudah, perkataan kereta adalah merujuk kepada kenderaan bermotor. Oleh itu. tiada makna bagi orang yang menggunakan perkataan kereta untuk merujuk kepada alat menjahit pakaian. Sekiranya ia masih menggunakan kereta tetapi merujuk kepada alat yang salah, ini bermakna penggunaan perkataan itu adalah sia-sia dan tidak bermakna.
3) Menjadikan al-Quran sebagai rujukan untuk menyokong alasan golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, bukanlah satu alasan bagi Gereja Katolik tetapi hujah bagi umat Islam. Ia melambangkan kegagalan Katolik untuk berhujah berasaskan teks asal kitab agama mereka. Bagi umat Islam, ini menjadi bukti bahawa al-Quran merupakan kitab suci yang memiliki fakta-fakta yang utuh dan konsisten. Ia juga menjadi bukti bahawa Gereja Katolik menggunakan al-Quran sebagai sumber paling dipercayai untuk mengakui Allah sebagai nama tuhan berbanding hujah berdasarkan perbahasan sejarah dan ilmu Bahasa. Oleh yang demikian, fakta-fakta mengenai Allah seperti mana yang dibentangkan oleh al-Quran juga hendaklah diterima.
Atau adakah Gereja Katolik ingin mengatakan bahawa lafaz Allah di dalam al-Quran itu merujuk kepada lafaz Elohim dalam kitab asal mereka Berbahasa Ibrani?. Jika kalimah Allah dan Elohim itu merujuk kepada hakikat yang sama, mengapa pula konsepnya berbeza?. 
Al-Quran mengatakan Allah itu Masa Esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya Gereja Katolik berpegang kepada konsep triniti. Ini sekali gus memberi makna konsep Allah di dalam Islam adalah amat konsisten sehingga umat Islam tidak perlu menterjemahkan kepada mana-mana Bahasa dunia.
Ia berbeza dengn konsep ketuhanan agama Kristian yang tidak memiliki sumber yang jelas dan konsisten sehingga memerlukan penterjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain
Alasan keempat: Mendakwa bahawa terjemahan dalam Bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai etnik dan Bahasa yang ada di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.
Hujah-hujah menolak:
1) Alasan penterjemahan kepada Bahasa Malaysia sebagai lambang kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat Kristian Katolik juga tidak boleh diterima. Perlu diketahui Bahasa Bahasa Malaysia berasal daripada Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu adalah Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa ketika perlembagaan digubal, istilah Malaysia belum wujud. Oleh itu, apabila kita merujuk kepada Bahasa Malaysia ia sudah tentu merujuk kepada Bahasa Melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat Melayu Islam. Justeru peristilahan-peristilahan khusus yang telah menjadi syiar dan perlembagaan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak sekali-kali boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan agama yang lain.
2) Memaksakan penggunaan kalimah Allah dengan kalangan Kristian Katolik yang bertutur dalam Bahasa Melayu di negara ini juga, secara logiknya sudah pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan dalam agama Kristian. Telah dimaklumi bahawa kalimah Allah itu adalah kalimah yang didominasi oleh umat Melayu Islam secara politik dan kebudayaan yang terdiri daripada 60% penduduk Malaysia berbanding hanya 9.1% penganut Kristian pelbagai mazhab.
Bukanlah dengan penggunaan peristilahan yang sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut Kristian Berbahasa Melayu sendiri?. Justeru, penterjemahan yang lebih tepat seperti Tuhan sepatutnya digunakan oleh Gereja Katolik bagi menjamin kepercayaan agama Kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan kekeliruan.
Alasan Kelima: Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3a) Perlembagaan Persekutuan.
Hujah-hujah menolak:
1) Alasan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan telah diberi hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. Di bawah peruntukan ini kerajaan (sama ada kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri) telah menggubal undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agama-agama bukan Islam terhadap umat Islam. Sebagai contoh Enakman Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Terengganu 1980, Seksyen 9 menyebut; (Melarang seseorang bukan Islam daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu baik dalam tulisan, ucapan atau kenyataan untuk menggambarkan antaranya kepercayaan atau konsep mana-mana agama bukan Islam.
Perkataan-perkataan itu termasuklah Allah, Injil, Ilahi, Rasul, Nabi, Wahyu, Iman, Imam, Syariah, Ulama, Dakwah, Ibadah dan lain-lain. Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada perkataan god di dalam Bible adalah menyalahi undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negara ini. Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.
Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara
Pandangan wakil Al-Azhar (Timbalan Syeikh Al-Azhar) dan Ketua Lujnah Dialog Antara Agama Al-Azhar, Fadhilat Al-Syeikh Abdul Fattah Allam, beliau berpendapat bahawa tindakan Kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disama ertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang Tuhan Yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.
Pandangan Penasihat Undang-Undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi, Syeikh Abdul Muhsin Al-Abikan
Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama Allah melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar). Ini kerana terdapat agama-agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama Allah tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selainNya.
Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Sonstitutional Movement) Kuwait, Syeikh Abdul Hamid Al-Ballali
Beliau menyokong penuh keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penganut bulan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah SWT telah mengangkat umat ini sebaik-baik umat.
Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi, disalah guna atau dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. Ia seperti istilah syahid yang juga diguna pakai bagi penganut bukan Islam. Istilah riba yang ditukarkan kepada faedah bank. Istilah khamar yang ditukarkan kepada minuman rohani. Istilah liwat yang ditukarkan kepada istilah hubungan sesama jenis. Persoalannya adakah umat Islam sedar tentang fenomena ini sebagaimana kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia?.
Keputusan Kerajaan
Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan kalimah Allah,Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U(A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59//3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan I November 2006.
Kesimpulan
Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk Kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada pihak Kristian. Malah keputusan Kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini – jasa.gov.my
Sumber: http://www.budakbenteng.com

Tuesday, September 3, 2013

Jasanya tidak ternilai...

#Unite4Egypt #TerkiniMesir

Demi Allah, saya bersumpah tidak akan meninggalkan Dataran ini sehingga Morsi kembali atau saya dibunuh. Saya bukan ahli Ikhwan Muslimin tetapi saya ingin memberitahu kepada dunia supaya mereka tahu siapa Morsi sebenarnya.

Jasa Presiden Morsi kepada saya tidak ternilai setelah beliau menyelamatkan saya dari hidup gelandangan sehingga berpeluang tinggal di sebuah rumah secara percuma.

Tahun lalu, rumah kami runtuh sehingga mengorbankan suami dan anak saya. Mulai dari hari itu saya hanya mampu berteduh di bawah jambatan dan tidur di tepi jalan.

Pada bulan Disember tahun lepas, ketika sedang tidur lena di tepi jalan, saya didatangi oleh 3 lalaki dan saya sungguh terkejut kerana salah seorang daripadanya adalah Morsi.

Sukar untuk saya mempercayainya pada ketika itu, Presiden bertanya kepada saya kenapa saya tidur di jalanan. Selepas saya menceritakan kisah sebenar yang melanda saya, air matanya bergenang.

Keesokan harinya, wakil Presiden datang menemui saya dengan surat perjanjian sewa sebuah rumah di bandar an Nujum bersama wang tunai EGP 500 (RM 230).

Hajah Ilham Abdul Razak (65) apabila ditanya wartawan kenapa beliau bersusah-payah untuk menyokong Morsi.

Sumber : Laman Fb Dr Zainur Rashid Zainuddin

Monday, September 2, 2013

Saudara Baru

Tay Yee Lian @ Fadzliana Tay Abdullah

-Saudara Baru yang telah memeluk islam pada 4 Jun 2013
-Beliau telah diugut bunuh oleh keluarganya setelah memeluk islam. Atas bantuan daripada 1 organisasi islam@saudara baru(KL) yang terkenal di Malaysia,dia telah dapat diselamatkan.Beliau di hantar ke organisasi islam di Sungai Petani,Kedah atas dasar keselamatan.
-Malangnya,salah seorang Ustazah (di dalam organisasi islam(KL)) tersebut telah membocorkan maklumat tempat persembunyian beliau di Kedah,kepada keluarga beliau(atas sebab kejahilan barangkali).
-Lalu pada 13 Julai 2013,beliau disyaki telah di bawa lari oleh keluarganya.
-Sehingga kini,organisasi islam(KL & Kedah) tersebut lepas tangan dan tidak mahu bertanggung jawab atas kehilangan beliau,terus hanya mendiamkan diri.
-Sehingga kini,tidak dapat dipastikan sama ada beliau masih hidup atau telah mati.
-Sugguh hebat cara orang islam memelihara islam di Negara Islam,Malaysia-tanah tumpahnya darahku.
-Semoga Allah bersama-sama beliau dan melindungi beliau dari segala kecelakaan, Pray4Liana

Kami sayang ulama