Pages

Monday, August 11, 2014

Wajah Sebenar ISIS Terbongkar. Rupanya Jangkaan Saya Mengenai "Khalifah Islam" ini Salah!!


Bendera ISIL


Nama ISIS atau ISIL tetiba popular dan menjadi sebutan harian media apabila mereka didakwa menakluk Mosul pada 10 Jun 2014. ISIL (Islamic State in Iraq and Lavent) atau juga dikenali sebagai ISIS (Islamic State in Iraq and Syria). Dua istilah ini terjadi apabila diterjemahkan dari nama Arabnya “al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām”. Syams secara mudahnya diterjemahkan kepada Syria tetapi secara sejarahnya meliputi Syria, Jordan, Lebanon bahkan Palestin. Sebelum terbentuknya Negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Pertama, kawasan ini dikenali sebagai Levant atau Mediterranean Timur.

Ia menjadi sangat menarik apabila kumpulan ISIS yang dikatakan tidak lebih dari 1000 anggota mampu menghalau keluar lebih 30,000 tentera Iraq yang dilatih oleh Amerika. Bahkan tentera Iraq dikatakan lari lintang-pukang meninggalkan senjata dan kenderaan tentera. Keanggotaan ISIS di seluruh Iraq pada akhir 2012 dianggarkan hanya 2500 orang.

Perkara ini menarik perhatian Perdana Menteri DS Najib sendiri apabila dalam ucapan beliau sempena 20 tahun UMNO Bahagian Cheras meminta ahli UMNO mencontohi keberanian ISIS “yang hanya 1300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, bahkan general Iraq lari ikut tingkap di waktu malam”.

Lebih menghairankan, kumpulan ISIS yang dikatakan sedikit itu terus mara dengan pantasnya menguasai utara dan barat Iraq. Dalam masa seminggu mereka telah berada di sekitar Baghdad, hampir 400 km dari Mosul. CNN pada 18 Jun 2014 melaporkan pertempuran dengan ISIS berlaku di Baquba, 40 minit dari Baghdad.

Hampir semua media utama banyak memberi liputan kepada kejayaan ISIS `menguasai’ bandar-bandar Iraq diselang-seli dengan imej ISIs sebagai golongan pengganas yang kejam, memotong kepala dan anggota badan, membunuh orang awam tanpa sebab serta melaksanakan `undang-undang Islam yang ketat dan tidak berperikemanusiaan’. Ringkasnya media menggambarkan bahawa Iraq kini sedang diancam oleh segolongan pengganas yang jahat.

Namun media terlupa atau seolah-oleh sengaja mengelak untuk menilai bagaimana mungkin ISIS mampu berbuat itu semua, itu pun jika ia benar dilakukan oleh ISIS. Atau logikkah untuk ISIS berbuat itu semua?

Media faham benar psikologi masyarakat yang hanya mengambil tajuk besar (headlines) dan gambaran umum yang disogokkan. Masyarakat tidak begitu memberi perhatian kepada perkara detil.
Keadaan umat Islam diseluruh dunia yang ditindas, dizalimi bahkan dibunuh tanpa ada pembela pula menyebabkan wujudkan kekosongan dalam keberanian melawan musuh Islam. Umat Islam ketandusan `hero’. Sebab itu bilamana ada saja sesiapa atau segolongan yang berani melawan musuh Islam atas nama Islam, ramai umat Islam dengan mudah menyokong mereka tanpa mengenali siapakah `hero’ itu sebenarnya. Ini berlaku sejak kejayaan revolusi Iran. Iran tiba-tiba menjadi kiblat pejuang Islam sehinggalah mereka kenal siapakah Syiah sebenarnya. Begitu juga tidak kurang yang menyokong Saddam Hussin melawan Amerika dalam Perang Iraq Pertama dan Kedua. Dia menjadi hero kerana berani melawan Amerika walaupun dia sendiri seorang yang zalim terhadap rakyatnya. Kini konflik di Iraq begitu teruk dan bercelaru sehingga seolah-olah tiada harapan untuk umat Islam Iraq. Tiba-tiba nama `ISIS’ keluar sebagai pembebas dari kerajaan Syiah Maliki. Ramai yang terus menyokong tanpa mengenali siapakah ISIS.

[Sejarah ISIL]

Kebanyakkan analisa mengatakan ISIS berasal dari kumpulan `al Qaeda in Iraq’ (aQI) yang ditubuhkan setelah Amerika menakluk Iraq pada 2003. Diketuai oleh Abu Musab Al Zarqawi, yang berasal dari Jordan, aQI mengambil pendekatan yang keras bahkan kekadang menyalahi syara’ seperti membunuh secara kejam tanpa bicara sesiapa yang disyaki menjadi tali-barut Amerika, cuba menggagalkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Iraq dengan menculik dan membunuh aktivis kemanusiaan serta melakukan serangan untuk melagakan Sunni dan Syiah di Iraq. Fahaman mereka yang keras langsung menolak Syiah sebagai kafir. Tindakan ekstrim ini menyebabkan mereka ditolak oleh rakyat Iraq bahkan tidak dipersetujui oleh pimpinan Al Qaeda Global (aQG) termasuk Osama bin Laden sendiri. Hubungan aQI dengan aQG mulai renggang dan akhirnya diputuskan pada Februari 2014.
Abu Musab Al Zarqawi

Zarqawi terbunuh dalam serangan udara Amerika pada Jun 2006 dan diganti oleh Abu Ayyub Al Masri yang kemudiannya menguna-pakai nama Islamic State of Iraq (ISI). Namun Abu Ayub pula terbunuh dalam operasi US-Iraq pada April 2010. Kepimpinan ISI diganti oleh Abu Bakar al Baghdadi yang kini menjadi ketua ISIS. Apabila krisis Syria bermula pada 2011 dan sempadan Syria-Iraq yang tidak terkawal akibat perang, ISI meluaskan cita-citanya ke Syria dan mula mengguna-pakai nama `Islamic State in Iraq and Syria’ (ISIS). Namun kemasukan ISIS ke Syria tidak dipersetujui oleh kumpulan Jabat An Nusra yang mewakili alQaeda Global di Syria. Kedegilan ISIS membawa kepada pertempuran antara kedua pihak dan menyebabkan ISIS semakin terasing di kalangan mujahidin Iraq dan Syria.
Abu Bakr Al-Baghdadi

[Penentangan ISIL dengan pejuang Iraq dan Syria] 

Perbuatan ISIL yang melakukan pembunuhan kejam dan tanpa pengadilan telah ditentang oleh gerakan pembebasan dan mujahidin Iraq yang lain seawal 2005. Anbar Salvation Council (ASC) yang merupakan gabungan 30 qabilah Sunni di daerah Al Anbar yang ditubuhkan pada tahun 2005 khusus untuk menentang keganasan aQI, kumpulan asal ISIS, telah mengistiharkan penentangan secara terbuka terhadap ISIS. Kerjasama antara tentera Amerika dan Iraq berjaya menekan aQI untuk sementara waktu sehingga mereka bangkit semula pada 2012 apabila tentera Amerika mula meninggalkan Iraq. 

Pada penghujung 2013, penduduk Al Anbar terutama di Ramadi dan Falujjah telah mengadakan protes aman terhadap kerajaan Iraq pimpinan Nuri al-Maliki yang dilihat menyebelahi golongan Syiah dan menganak-tirikan golongan Sunni. Persetujuan akhirnya dicapai untuk Tentera Iraq berundur dari Al Anbar dan menyerahkan kuasa kepada polis tempatan. Sebaik tentera Iraq berundur, ISIS tiba-tiba muncul mengambil kesempatan untuk menguasai Al-Anbar. Menurut pemimpin ASC Sheikh Hameed al-Hayes, lebih 8000 keluarga terpaksa lari dari Ramadi dan Falujjah akibat serangan ISIS.

aQI secara terbuka membunuh ulama’ Sunni yang berani mempersoalkan mereka. Antaranya Sheikh Hamza Abbas Al-Issawi, Mufti dan Pengerusi Majlis Ulama Falujjah dibunuh oleh aQI pada tahun 2005. Antara ulama’ lain yang menerima nasib yang sama adalah Sheikh Abdul Aleem al Sa’di Mufti Ramadi, Sheikh Shawkat al-Sa’ab, Sheikh Kamal al-Tikriti dan Sheikh Omar Sa’ed Horan. Seorang lagi ulama’ besar Iraq, Sheikh Mahdi al-Sumaidaie cedera parah dalam percubaan membunuh beliau pada Ogos 2012. Mufti Besar Sunni Iraq, Sheikh Khaled al-Mulla dalam wawancara al-Mayadeen TV pada 1 Julai 2014, dengan tegas mendakwa aQI atau ISIS telah membunuh lebih 300 ulama’ Sunni.

Sheikh Khaled Al-Mulla
Umumnya ISIS mempunyai hubungan buruk dan ditentang oleh hampir ulama’, masyarakat dan semua kumpulan pembebasan Iraq samada yang berasaskan Islam, syiah, sekular, kabilah mahupun bekas anggota Baaths seperti Islamic Army of Iraq, HAMAS of Iraq, Brigade Revolusi 1920, Jamaa Ansar al-Sunnah, Tentera Mujahiddin dan Tentera al Mahdi.

Bukan sahaja di Iraq, ISIL juga menimbulkan kemarahan kumpulan pejuang di Syria. Percubaan ISIS untuk mengembangkan sayap ke Syria ditentang oleh semua kumpulan pejuang Syria, samada yang berasaskan Islam mahupun secular. Pada awal tahun 2014, kumpulan pejuang Syria telah bergabung melawan ISIS menyebabkan ISIS terpaksa berundur ke kubu kuat mereka di ar-Raqqah, utara Syria.
ISIS pernah mendakwa mereka telah bergabung dengan Jabhat an-Nusra, kumpulan yang mewakili al Qaeda di Syria. Namun dinafikan oleh Jabhat an Nusra. Dalam sepucuk surat yang dikeluarkan oleh al Jazerra, pemimpin al Qaeda Ayman al Zahawiri cuba mendamaikan antara 2 kumpulan itu tetapi tidak diendahkan oleh ISIS. Akhirnya pada Februari 2014, aQG secara terbuka mengisytiharkan ISIS bukan dari kalangan mereka. Ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum ISIS didakwa kononya mempunyai kekuatan yang berjaya menawan Mosul sedangkan ISIS tinggal bersendirian.

Ayman al Zahawiri

Situasi sebegini menimbulkan tanda-tanya bagaimana ISIS yang dianggap `budak jahat’ dan disisih oleh kumpulan pejuang Iraq dan Syria serta dibenci dan ditakuti oleh rakyat Iraq, tiba-tiba mempunyai kekuatan untuk menakluk utara Iraq dan mara dengan pantas ke Baghdad. Kejayaan seperti ini logiknya memerlukan tentera yang ramai dan terlatih serta mendapat sokongan penduduk tempatan.

Lebih menghairankan, ISIS yang kononnya ingin menegakkan Islam dan mendirikan Khilafah sering bertindak jauh luar dibatas-batas Islam dan kemanusiaan. Mana mungkin seorang yang ikhlas ingin melaksanakan Islam terpesong begitu jauh membunuh sewenang-wenangnya dan dengan cara yang kejam. Mana mungkin seorang pejuang Islam berakhlak seperti mereka. Perbuatan mereka bukan saja jauh dari sifat Islam bahkan memberi gambaran yang amat buruk kepada Islam dan pejuang-pejuang Islam.

Kalau begitu apakah niat mereka sebenarnya? Kenapa meraka menggunakan label Islam? Apakah yang mereka ingin capai? Atau siapakah ISIS sebenarnya?

[Siapakah ISIS sebenarnya?] 

Tidakkah kita pelik apabila mengentahui kerajaan Basyar membeli bekalan eletrik daripada stesyen janakuasa yang dikendalikan ISIS ? Dengan wang itulah antara sumber ISIS untuk membiayai kegiatannya. Bukankah sepatutnya ISIS berperang dengan kerajaan Basyar jika benar mereka pejuang Islam dan membela rakyat? Akhbar New York Times (NYT) pada 11 Jun 2014 melaporkan ISIS terus mengeluarkan minyak dari telaga minyak yang mereka kuasai di timur Syria. Mereka juga menjual kembali eletrik kepada kerajaan Basyar dari stesyen janakuasa yang mereka tawan. Dalam laporan yang sama NYT juga memetik Sheikh Hasan, pemimpin Free Syria Army sebagai berkata “anggota mereka (ISIS) dibayar lebih tinggi, lebih terlatih bahkan persenjataan mereka lebih baik dari tentera Syria dan Iraq.” NYT terus melaporkan bahawa ISIS mengelak dari bertempur dengan tentera Basyar dan tentera Basyar seolah-olah sengaja membiarkan kumpulan ini dalam masa yang sama menumpukan peperangan terhadap kumpulan mujahiddin yang lain.

Ketua Biro politik Ikhwanul Muslimun Syria, Hassan Hasyimi dalam temubual dengan akhbar dalam talian al-Monitor pada 12 June 2014 mendakwa mereka mempunyai banyak bukti bahawa ISIS di Syria didokong oleh pihak keselamatan Syria dan Iran. Bahkan ISIS jarang bertempur dengan tentera Syria telah lebih banyak berperang dengan kumpulan mujahiddin yang lain. “Kami mengenali mereka. Mereka yang selama ini berada didalam tentera Syria tiba-tiba menyimpan janggut yang panjang dan menjadi ahli ISIS atau al-Nusra.” Kata Hassan. Yang pastinya bagi beliau “ …. apa yang mereka lakukan tiada kena-mengena dengan Islam, dari segi perbuatannya, ideologinya dan pemikiran mereka.”

Inikah Islam yang dibawa aQI / ISIS …….

Rekod penglibatan ISIS dalam keganasan sangat panjang. Bermula dari alQaeda in Iraq, kemudiannya Islamic State of Iraq dan seterusnya menjadi Islamic State in Iraq and Levant, sikap melampau ISIS dan keganasan mereka semakin jauh dari Islam. Samada dalam bentuk pengeboman kereta ditempat awam, pembunuhan tokoh dan ulama’, penculikan wanita dan aktivis kemanusiaan, hukuman tanpa bicara, pembunuhan kejam dengan memeotong kepala dan menembak mangsa yang tidak berdaya – senarai kekejaman mereka hampir tiada penghujung.

Pada 25 Oktober 2009, pengeboman di Baghdad membunuh 155 nyawa dan mencederakan lebih 720 orang. Pada 8 Disember sekali lagi Baghdad dibom membunuh 127 nyawa dan mencederakan 448 orang. ISIS, atau ketika itu ISI, mengaku bertanggungjawab.

ISIS juga tidak teragak-agak untuk membunuh sesiapa saja, termasuk ulama’, yang menentang mereka. ISIS dipercayai terlibat dalam serangan bom chlorine pada March 2007 yang membunuh 8 dan ratusan cedera di Fallujah dan Ramadi dimana pemimpin tempatannya menentang aQI. Sebulan sebelumnya satu letupan bom berhampiran sebiah masjid di Fallujah telah membunuh 35 orang. Imam di masjid tersebut diketahui menentang ISIL. ISIL juga didakwa membunuh pemimpin kumpulan mujahiddin lain yang mereka. Mereka juga dipercayai terlibat dalam serangan bom sebuah masjid di Baaquba yang membunuh 28 orang termasuk pemimpim kumpulan Hamas of Iraq dan 1920 Brigades. ISIL juga cuba melagakan antara golongan Sunni dan Syiah dengan menyerang tempat suci golongan Syiah.

Sebaik mengisytiharkan `Khilafah Islam’, satu sumber yang dipetik dari media Turki memetik seorag wakil ISIS, Abu Turab al Mugaddasi mengatakan mereka akan menakluk Arab Saudi dan akan memusnahkan Kaabah. Ini kerana mereka mendakwa umat Islam pergi ke Mekah untuk menyembah batu, bukannya Allah. Tidak sampai seminggu mendirikan `daulah’ mereka telah memusnahkan sekurang-kurangnya 4 maqam ulama’ Sunni yang didakwa sebagai sumber khurafat serta 6 masjid Syiah.

ISIS juga dalam tempuh peperangan terbaru ini dilaporkan telah mengeluarkan `fatwa’ meminta semua keluarga menyerahkan anak perempuan mereka kepada anggota ISIS untuk memberi khidmat sex. Arahan ini didapati didalam risalah-risalah yang ditemui di di Mosul dan Tikrit.

Kalau bukan ISIS, siapa kuasai utara Iraq sebenarnya ……

Pertubuhan Ulama Iraq (Association fo Muslim Scholars of Iraq – AMSI) dalam kenyataannya  bertarikh 9 Julai 2014 mengambarkan kemenangan di Mosul adalah hasil dari kebangkitan rakyat dari pelbagai kumpulan penentang. Kemenangan tidak langsung ditujukan kepada ISIS sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media antarabangsa. Dalam kenyataan tersebut juga AMSI mengingatkan pejuang pembebasan Iraq untuk mengutamakan kemaafan daripada membalas dendam dan menjaga kemuliaan darah orang yang tidak berdosa. Sikap ini jelas bertentangan dengan amalan ISIS yang telalu mudah menjatuhkan hukuman mati kepada semua yang dilihat menentang mereka.

Sekali lagi dalam kenyataan mereka pada 12 Jun 2014, walaupun tidak menyebut nama ISIS, AMSI secara lebih jelas menyatakan kemenangan terbaru ini adalah hasil pengorbanan seluruh rakyat Iraq dan tidak ada satu pihak yang boleh mendakwa ia adalah kemenangan mereka walau begitu yang cuba digambarkan oleh media antarabangsa.

Struan Stevenson
Persoalannya ….
Struan Stevenson, Presiden Delegasi Parlimen Eropah untuk Hubungan dengan Iraq menulis pada 16 Julai, 6 hari selepas kejatuhan Mosul “ Maliki dan penaungnya di Tehran mendakwa bahawa daerah-daerah Iraq telah jatuh ketangan pengganas ekstrim ISIS. Tetapi dakwaan ini adalah melucuka dan tidak masuk akal. Pembebasan 100,000 km persegi (¾ dari keluasan Semenanjung Malaysia) jajahan Iraq dengan yang diduduki beberapa juta rakyat dalam masa beberapa hari tidak mungkin dilakukan oleh kumpulan ekstrimis yang terpencil dengan tidak lebih beberapa ribu atau hanya beberapa ratus anggota ….. pelbagai petanda menunjukkan qabilah-qabilah Arab dan penduduk tempatan telah bangkit dengan kemarahan menentang Maliki.”




VICE News pula memetik temubual seorang penduduk, Sahib, 60, yang menafikan ISIS berada di Mosul. “Rakyat Iraq sendiri yang menguasai bandar ini, mereka yang menghalau keluar tentera Maliki …… Saya tidak melihat seorang orang asing pun, hanya orang Iraq. Ini adalah kebangkitan melawan kezaliman presiden (Maliki). Rakyat sudah bosan dengan beliau dan mereka tidak dapat bersabar lagi.”
Liputan berita oleh media utama seperti CNN, BBC dan alJazeera melaporkan dari wilayah yang dibebaskan seperti Nineveh dan Salahaddin, menunjukkan tidak berlakunya sebarang kekacauan dan pencerobohan hak terhadap penduduk tempatan. Keadaan ini berbeza jika dikuasai oleh kumpulan ektrimis yang selalunya melakukan pelbagai kekacauan dan ugutan.

[Apakah agenda mereka ?] 

Sebab media antarabangsa cuba menggambarkan kemenangan ini adalah kemenangan satu puak yang esktrim (ISIS) adalah jelas; untuk menimbulkan kemarahan dunia kepada revolusi rakyat dan cuba merencatkannya. Apabila dunia melihat kebangkitan rakyat Iraq sebagai pengganas dan ektrimis, maka mudah saja untuk kuasa luar campur tangan dan membantu kerajaan Maliki menekan kebangkitan rakyat. Amerika dan Rusia telah menghantar kapal terbang pejuang untuk membantu tentera Maliki. Tentera elit Iran pula dilaporkan telah memasuki Iraq untuk sama-sama menyekat kebangkitan rakyat. Kerajaan Maliki cuba menggambarkan semua keganasan dan kezaliman berpunca dari ISIS dan semua umat Sunni adalah ISIS. Masyarakat dunia tidak akan membantah kerana mereka dilihat sebagai menentang kumpulan pengganas dan ektrimis.

Struan Stevenson juga melaporkan “ …. dakwaan ini bukanlah kerana salah-faham bahkan jelas mempunyai niat yang jahat. Atas nama menentang keganasan, Maliki dan regim Iran cuba membuat alasan untuk campurtangan Tentera al Quds dari Iran dan penaklukan Iraq oleh tentera Pengawal Republikan Iran. Pada masa yang sama mereka mahukan campurtangan tentera Amerika menyebelahi Maliki.”

Pada 12 Jun, Wall Street Jounal melaporkan 3 batalions tentera elit al Quds telah dihantar membantu tentera Iraq. Satu battalion telah telah menyertai pertempuran bersama tentera Iraq dan membantu menawan semula sebahagian besar bandar Tikrit pada hari Khamis. Manakala 2 batalion lagi ditugaskan mempertahankan Baghdad dan tempat suci Syiah di Karbala dan Najaf.

[Pengisytiharan Khilafah Islam] 

ISIS berterusan melakukan perkara yang pelik dan tidak dapat diterima oleh umat Islam umumnya. Pada 29 Julai 2014 bersempena 1 Ramadhan 1435, ISIS telah mengisytiharkan berdirinya Khilafah Islam di kawasan yang dikuasai mereka dari timur Syria hingga ke utara Iraq. Namum sebahagian besar kawasan ini adalah padang-pasir dan tidak berpenghuni. Pemimpin ISIS, Abu Bakar Al-Baghdadi dilantik sebagai `khalifah’ mereka. Mereka juga mengeluarkan fatwa mewajibkan seluruh umat Islam di dunia melafazkan bai’ah (taat setia) kepada mereka. Pengistiharan kahlifah ini juga bererti semua jamaah Islam dan kumpulan mujahiddin hendaklah dibubarkan kerana semua umat Islam mesti berada dibawa satu khalifah.

Sebenarnya ini bukan perkara baru di Iraq. Pada tahun 2007, Abu Musab al Zarqawi, bekas pemimpin aQI yang ketika itu memimpin gerakan ‘Tauhid dan Jihad di Mesopotamia’ telah pernah mengisytiharkan penubuhan Negara Islam di Iraq.

Negara Islam memang menjadi idaman setiap muslim dan gerakan Islam. Tetapi pengisyiharan Negara Islam oleh kumpulan yang membawa imej penganas, pembunuh dan mempunyai rekod kemanusiaan yang buruk – hanya merosakkan agenda Negara Islam.

Pengisytiharan ini juga tidak membawa apa-apa kebaikan dan tidak menyelesaikan sebarang masalah umat Islam bahkan masyarakat dunia kini melihat Islam melalui kacamata `Negara Islam’ yang kasar, ekstrim, tanpa undang-undang dan tidak berperikemanusiaan. Perbuatan ini hanya memberi keuntungan dan menjadi hujah kepada mereka yang menentang Islam.

Persatuan Ulama Sedunia (International Union of Muslim Scholars - IUMS) yang dipengerusikan oleh Sheikh Yusuf Qardawi dalam kenyataan pada 4 Julai 2014 menolak pengistiharan tersebut sebagai tidak sah, tidak realistik dan tiada sandaran hukum Islam. IUMS memberi amaran perbuatan ini hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam di Iraq dan Syria. Khilafah Islam berdiri atas dasar persepakatan ummah bukan hanya dengan pengisytiharan golongan tertentu. ISIS juga dikecam kenara cuba merampas kejayan kebangkitan rakyat Iraq dengan mendakwa kemenangan milik mereka.

Persatuan Ulama’ Iraq (Association of Muslim Scholars in Iraq - AMSI) pula dalam kenyataan No 1003 bertarikh 1 Julai 2014 berkata, dalam keadaan Iraq sekarang, pengumuman seperti itu tidak memberi kebaikkan kepada Iraq dan perpaduan rakyatnya. Bahkan perbuatan seperti itu boleh dianggap cuba memecah-belahkan Iraq dan kepentingan rakyat.

Sheikh Abbas Shuman, seorang ulama al Azhar berkata “mereka yang bercakap tentang penubuhan Negara Islam itu sebenarnya pengganas. Khilafah Islam tidak ditegakkan secara paksaan. Menakluk sebuah negara dan membunuh separuh penduduknya …… ini bukan Negara Islam. Ini adalah keganasan.”

Pengisytiharan itu juga ditolak oleh pelbagai kumpulan mujahidin di Syria. Abu Maria al-Qahtani yang menjadi rujukan Jabat an Nusra dalam perundangan Islam mencatatkan didalam Twitternya tindakan ISIS adalah “semangat yang keterlaluan” dan “musibah kepada ummah”. Bahkan golongan salafi seperti gerakan Salafi Lebanon juga menolaknya. Pemimpin gerakan tersebut, Daii Islam al Shahhal berkata “Kami pun mahukan negara Islam, itu adalah asas kefahaman kami. Tetapi Negara Islam mesti tertegak atas beberapa kriteria dan kriteria tersebut belum dipenuhi.” Manakala Jamaah Islamiyah Lebanon mengecam pengumuman tersebut menganggapnya terkeluar dari landasan Islam. Bagi mereka ISIS merosakkan Islam dan dikeji oleh penduduk di Timur Tengah.

Sehingga artikel ini ditulis, alQaeda Global (aQG) masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap pengisytiharan ISIS, namun ia tentunya sukar diterima oleh aQG kerana ia bererti pemimpin aQG Ayman al Zawahiri pula terpaksa memberi taat-setia kepada ISIS.

[Kesimpulan] 

Dalam meneliti fakta-fakta yang berlaku di Iraq dan Syria serta sebagai panduan memahami pergolakan Irqa-Syria dimasa akan datang, kita boleh mengambil beberapa kesimpulan :

1.    ISIS mempunyai asal-usul dari al Qaeda in Iraq (aQI). Walaupun alQaeda sendiri sudah dianggap pelampau dan ekstrim, ISIS telah menjadi lebih ekstrim hinggakan alQaeda sendiri menjauhkab diri dari mereka.

2.    Selain nama yang bersandar Islam, ISIS tidak menunjuk sebarang karakter perjuangan Islam dari segi akhlak, kefahaman, pendekatan syariat, kasih-sayang, adab di medan perang, teliti dalam menghukum dan sebagainya.

3.    Penonjolan ISIS sebagai kumpulan yang terlampau ekstrim, hanya memberi keburukan kepada Islam amnya dan kepada perjuangan membebaskan Syria dan Iraq khususnya.

4.    Strategi ISIS hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam di Syria dan Iraq. Imej militan ekstrim ISIS menjadi alasan untuk campurtangan kuasa asing seperti Amerika dan Rusia bahkan Iran dalam urusan Syria dan Iraq. Beralasankan menentang pengganas, mereka memasuki Iraq dan Syria; tetapi yang ditentang bukan pengganas bahkan revolusi rakyat.

5.    ISIS ditolak oleh semua pihak, samada yang sepatutnya menjadi kawan apalagi lawan. Samada golongan Islam mahupun secular.

6.    Kejayaan yg dinisbahkan kpd ISIS yang berlaku secara tiba-tiba dan begitu cepat menimbulkan pelbagai tanda-tanya; apakah kejayaan itu betul milik ISIS ataukah mereka memang sengaja diberi ‘laluan’ oleh pihak tertentu dan berkepentingan.

7.    Kejayaan membebaskan utara dan barat Iraq terutama daerah Sunni Ninawa dan al Anbar bukan milik ISIS bahkan hasil kebangkitan rakyat Iraq terharap kerajaan Syiah Nuri Maliki. Protes besar-besaran terharap kerajaan Maliki telah bermula sejak akhir 2013 bukannya bermula dengan penaklukan Mosul pada Jun 2014.

8.      Dakwaan bahawa ISIS ciptaan pihak luar yang sengaja ingin memburukkan Islam dan perjuangan rakyat atau sekurang-kurangnya telah diresapi oleh anasir jahat sukar ditolak kerana tindakan ISIS hanya merugikan Islam dan menguntungkan musuh Islam.


Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
Jkuasa Pembelaan Ummah
Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor

----------------------------------------

Mohon sebarkan artikel ini sebanyak mungkin. Ramai sudah salah faham mengenai isu ini. Jalankan tanggungjawab anda. Pastikan sahabat-sahabat anda tidak tertipu dengan kebangkitan Islam palsu ini. Sebarkan!
 
 
Sumber:  http://www.viraliyat.com/2014/07/wajah-sebenar-isis-terbongkar-rupanya.html#


Persembahan FETYA di Majlis Pelancaran Bulan Kemarahan Ummah

Bulan kemarahan ummah ' Fight 4 Gaza '

Aman Palestin Lancar Bulan Kemarahan Ummah

Friday, August 8, 2014

Kenali CENTHRA dan sokong perjuangan CENTHRA

Umat Islam di Malaysia bukan hanya terancam dengan gerakan pelampau di dalam negara, tetapi turut berhadapan dengan gerakan tempatan yang bergerak di luar negara dan didanai tangan-tangan luar negara. Tatkala kita sibuk berjuang dan mempertahankan Islam di dalam negara, kita tidak harus lupa dengan gerakan serupa yang sedang mencari sokongan antarabangsa bagi memberi tekanan kepada Malaysia melalui tangan-tangan luar.

Kunjungan Hormat Delegasi MuslimUPro pada 22 Jamadil Akhir 1435 bersamaan 22 April 2014 . Antara Lain Membentangkan Penubuhan CENTHRA. Kelihatan Dalam Gambar Dari Kanan, Hj. Aminuddin Yahaya (Timbalan Presiden ISMA), Dr. Yusri Mohamad (Naib Yang Dipertua YADIM), Ust. Nasharudin Mat Isa (Pengerusi Yayasan Nassar), YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abd  Razak, Sdr. Azril Mohd Amin selaku Pengerusi/ Ketua Delegasi, Ust. Mohamad Gunawan Che Abd. Aziz (Sekretariat Ulama-Umara’) dan Ust. Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (Pengerusi PEMBELA).
Apabila COMANGO membawa perjuangan hak melampaui sempadan yang dibenarkan Islam untuk diangkat sebagai hak yang diiktiraf di dalam negara, mujur kita punyai pasukan MuslimUPro yang bertungkus lumus berusaha diperingkat antarabangsa pada ketika itu untuk mempertahankan amalan hak asasi manusia mengikut acuan Malaysia di Geneva.

Atas ancaman baru ini, pihak MuslimUPro pada ketika itu melihat adanya keperluan mendesak bagi menubuhkan sebuah NGI (Badan Bukan Kerajaan Islam) untuk berfungsi secara khusus di peringkat peringkat Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva.

Kenali CENTHRA melalui penulisan Saudara Azril Mohd Amin di bawah. Beri sokongan padu kepada pembela-pembela Islam kita di sini.

CENTHRA berlandaskan acuan Islam
Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia, (Centre for Human Rights Research and Advocacy) atau ringkasnya CENTHRA yang telah mula berfungsi semenjak 1 Mei lalu adalah bukti permuafakatan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) dan selesainya giliran Malaysia membuat penerimaan akhir di pusingan kedua Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland pada bulan Mac 2014. Idea penubuhan CENTHRA diasaskan pada keperluan mendesak untuk menyediakan rangka pemikiran dan strategi jangka panjang kefahaman dan tindakan memperbaiki keadaan hak asasi manusia di Malaysia yang menurut perspektif serta pandangan alam Islam. CENTHRA yang didaftarkan sebagai sebuah entiti tidak berorientasikan keuntungan, berfungsi sebagai medium penyelidikan dan advokasi yang terlibat secara langsung dalam menangani isu-isu hak asasi manusia di peringkat nasional, serantau dan khususnya di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva.
CENTHRA tidak mengikuti secara melulu acuan mahupun tafsiran prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat yang sedang giat dilaungkan pelbagai NGO hak asasi manusia di Malaysia. CENTHRA memperakui kedudukan Islam di dalam negara ini, melalui Fasal 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas idea serta kerangka inisiatif mempertahankan hak-hak asasi warganegara Malaysia menurut Bahagian Kedua, Fasal-fasal 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan jaminan perlindungan bagi ‘Fundamental Liberties” atau kebebasan asasi, istilah yang paling dekat digunakan sebagai maksud hak asasi manusia di negara ini.

Bagaimanakah CENTHRA berbeza dengan NGO-NGO hak asasi manusia yang lain?Pertama, CENTHRA akan mencernakan idea, konsep dan falsafah hak asasi manusia menurut kerangka maqasid syariah, yang mempertahankan hak seseorang insan atas lima perkara, iaitu memelihara agama (Hifzu ad-Din), memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah), memelihara akal (Hifzu al-Aqli), memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab) dan memelihara harta (Hifzu al-Mal). Pemeliharaan kelima-lima perkara ini perlu diberikan perhatian sewajarnya dan ditempatkan semula di dalam keutamaan fokus tamadun kontemporari yang sedang hilang arah punca dalam usaha memartabatkan hak asasi manusia.
Kedua, CENTHRA tidak mengasingkan penglibatan penyelidikan dan advokasinya dari ruang dialog dan “engagement” dengan NGO-NGO yang berfahaman liberal-sekular, khususnya yang berada di negara-negara Barat. Pengalaman MuslimUPRo selaku gabungan delegasi NGI yang terlibat secara langsung di dalam proses melobi dan UPR di Geneva semenjak awal tahun 2013 menunjukkan betapa NGO-NGO hak asasi manusia tersebut sangat dahagakan maklumat dan perspektif yang tepat dari dunia Islam mengenai gambaran sebenar pencapaian, usaha serta panduan memperbaiki hak asasi manusia di negara-negara majoriti Muslim.

Ketiga, usaha sebenar untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia tidak dinilai melalui desakan ataupun dikira dari banyaknya jumlah konvensyen antarabangsa yang telah ditandatangani sesebuah negara Islam. CENTHRA perlu menggerakkan lobi bagi menilai semula kesan ratifikasi sesebuah konvensyen hak asasi manusia. Malah, negara-negara Barat sendiri mutakhir ini telah menimbulkan beberapa kritik serius tentang komitmen terhadap usaha memperbaiki keadaan hak asasi manusia negara-negara yang menandatangani banyak konvensyen hak asasi manusia tetapi pada hakikatnya tidak seius di dalam memperbaiki keadaan sebenar hak asasi manusia di negara masing-masing.
Keempat, CENTHRA akan bermula dengan usaha mencipta rangkaian masyarakat sivil dengan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) yang memfokus pada usaha meningkatkan pencapaian hak asasi manusia menurut kerangka syariah. CENTHRA telah menyatakan pendirian agar Suruhanjaya Tetap Bebas Mengenai Hak Asasi Manusia (IPHRC) OIC mengaktifkan sayap masyarakat sivil yang tersendiri bagi berperanan menasihat serta berkongsi kepakaran dan pengalaman NGI di dalam menangani situasi hak asasi manusia. Selain itu, CENTHRA juga akan memfokus pada usaha melatih lebih ramai di kalangan sarjana dan ilmuwan Muslim, di samping para aktivis NGI untuk turut didedahkan dengan mekanisme hak asasi manusia yang sedia berjalan di Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk menguasai kefahaman dan kepakaran di dalam instrumen-instrumen undang-undang antarabangsa dan di peringkat ASEAN di dalam pelbagai aspek hak asasi manusia. Hal ini penting sekiranya IPHRC mahu mewujudkan mekanisme pemantauan pencabulan hak asasi manusia tersendiri.
Untuk membezakan pendekatan CENTHRA dalam menangani isu hak asasi manusia, CENTHRA telah mula membangunkan modul pendidikan hak asasi manusia menurut kerangka pandangan Islam, yang memberikan pencerahan tentang hakikat insan, fahaman agama dan akhlak serta peranan manusia di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai manusia sebelum boleh menuntut hak-haknya di muka bumi ini, dan secara khususnya menurut kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan akidah, syariah dan akhlak umat Islam di rantau nusantara. Selain itu, CENTHRA juga bertekad menyemarakkan penyelidikan hak asasi manusia menurut perspektif Islam dalam usaha menggalakkan usaha advokasi dan dialog dengan NGO-NGO hak asasi manusia yang berkerangka faham liberal-sekular dan memandang hak asasi manusia dari perspektif barat semata-mata.
Iltizam dan usaha yang dicetuskan CENTHRA bukanlah berbentuk adversarial semata-mata – yakni bertembung idea dan pendekatan dengan setiap NGO hak asasi manusia yang berfahaman liberal-sekular di setiap forum, wacana dan sesi mengenai hak asasi manusia. Sebaliknya, CENTHRA menawarkan perspektif segar dari khazanah tradisional Islam mengenai hak asasi manusia, yang terjelma di dalam pendekatan Malaysia mengurus kemajmukan masyarakat Islam dan Non-Muslim serta kepelbagaian bangsa dan suku kaum di Malaysia. Pada hakikatnya, kekuatan ini terzahir melalui penceranaan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, yang tidak menjadi lesen untuk umat Islam menzalimi kaum non-Muslim, tetapi pada masa yang sama menjadi pasak panduan berguna buat kaum non-Muslim menghormati kedudukan Islam di negara ini, sesuai dengan prinsip “aman dan harmoni’ yang menjadi prasyarat setiap penganut agama di negara ini menjalankan kegiatan keagamaan mereka. Selagi hal ini dipatuhi dan disanjung tinggi, selagi itulah maksud hak asasi manusia sebenar dapat direalisasikan di dalam dunia ini yang menerbitkan keamanan sebagaimana yang telah dikecapi Malaysia selama ini.
Peranan CENTHRA sebagai kumpulan advokasi yang melobi isu-isu hak asasi manusia juga akan diserlahkah di peringkat ASEAN dan antarabangsa bagi mendedahkan sikap hipokrit NGO-NGO hak asasi manusia Barat yang kebanyakannya bersikap hipokrit apabila isu hak asasi umat Islam diketengahkan. Contoh yang paling nyata ialah sikap membisu dan tidak proaktif PBB terhadap pembunuhan rakyat Palestin diakibatkan serangan tentera zionis. Selain itu, hakikat regim Myanmar yang mendabik dada kononnya mahu mendahului negara lain dalam meratifikasi konvensyen-konvensyen hak asasi manusia, tetapi pada masa yang sama terlibat dalam jenayah perang membunuh dan mengusir ribuan masyarakat Islam Rohingya, jelas mengetuk dhamir kita untuk mendedahkan pendirian hipokrit ini dan mengubah arahtuju perjuangan melindungi hak asasi umat Islam. Kedua-dua contoh ini menjadi antara isu yang diperjuangkan CENTHRA di persada antarabangsa dengan mengikut lunas dan mekanisme hak asasi manusia yang sepatutnya digunakan untuk mencapai maksud sebenar pencapaian standard hak asasi manusia.
Justeru peranan CENTHRA perlu disokong NGI dan diberikan ruang sewajarnya di pelbagai platform demi mengoptimumkan pengalaman dan kepakarannya dalam menangani isu hak asasi manusia. Selain itu, pembinaan khazanah ilmiah yang berkualiti yang diusahakan CENTHRA, selain penghasilan ilmuwan dan aktivis Muslim yang kompeten dalam isu hak asasi manusia semasa juga akan membantu kearah pembentukan horizon baru perjuangan hak asasi manusia yang lebih adil, saksama dan memperkasa tamadun manusia.
AZRIL MOHD AMIN ialah seorang peguam dan merupakan Pengarah Eksekutif CENTHRA


Pautan Asal :
Kredit Gambar :

Saturday, July 19, 2014

Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

July 19, 2014 at 6:29am

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionis, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memastikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.

Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:

1. Israel

Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.

Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.

2. Yahudi

Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.

Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 78:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨)

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel – sebahagian daripada bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua.

3. Hebrew

Di dalam bahasa Arab, ianya dikenali dengan perkataan Ibrani. Asal perkataannya bermaksud menyeberang, kerana orang Yahudi mengikut sejarah dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai. Contohnya, nabi Allah Ya’qub menyeberangi Sungai Furat, dan juga nabi Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S, semuanya terkenal dengan kisah berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi.

4. Zionisme

Propaganda Zionis untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-AqsaZionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut.

Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. Kajian mengenai perubahan demografi di Palestin hasil rancangan licik mereka boleh dicapai di sini.

MENGENALI MUSUH SEBENAR

Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’.

Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.

Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri.


Simbol Zionisme 

Simbol Zionisme


Sumber:  

70 Kali sehari dilihat

July 19, 2014 at 6:16am



BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali… Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? .

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat..

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.

( Surah Al-Araf ayat 34 )

Wallahua'lam..

Sumber:  https://www.facebook.com/notes/tentera-islam/70-kali-sehari-dilihat/10201319163261461

Tuesday, July 15, 2014

Ubah konsep negara: Konspirasi atau rekaan

July 14, 2014 Berita Utama, Kolumnis, Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni, Utama 0

 

Ustaz Fauzi Asmuni
 


1. Kewajipan umat Islam adalah melaksanakan Islam secara syumul menyeluruh. Dari situlah datangnya kewajipan untuk memastikan kewujudan negara yang berlandaskan Islam kerana sebahagian syariat tidak mampu dilaksanakan tanpa satu kuasa politik.

2. Di pihak yang memusuhi Islam pula, kewujudan negara Islam sebegitu adalah satu mimpi ngeri mereka. Kewujudan negara Islam bermaksud hajat mereka untuk menentukan polisi dan dasar negara supaya menyebelahi maslahat mereka akan terkubur. Islam adalah agama yang tidak menerima hakimiah selain Allah dan tidak menerima rujukan lain daripada al-Quran dan Hadis.

3. Usaha untuk menukar konsep negara Islam adalah perjuangan yang sentiasa wujud sejak dulu hinggalah ke hari ini. Allah menerangkan permusuhan Yahudi dan Nasrani terhadap umat Islam hanya akan berhenti dengan umat Islam rela untuk memilih rujukan lain dari al-Quran dan Hadis. Firman Allah:
 “….dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka mampu (melakukan yang demikian)…” (al-Baqarah: 217)
Apabila golongan Yahudi dan Nasrani memperjuangkan maslahat mereka, mereka tidak akan berhenti sehingga umat Islam menukar rujukan hidup dan rujukan negara.

4. Sedikit lakaran apa yang berlaku dalam sejarah menunjukkan usaha mengubah konsep negara Islam ini memang berlaku secara sungguh-sungguh. Lihat apa yang berlaku kepada negara Islam Melayu Champa yang telah bertukar kepada negara Buddha Vietnam. Lihat apa yang berlaku kepada kerajaan Islam Melayu-Siam Ayuthya yang bertukar kepada kerajaan Buddha Thailand. Lihat juga nasib kerajaan Melayu Islam di kepulauan Filipina yang telah bertukar kepada kerajaan Kristian. Lihat nasib kerajaan Islam Melayu Singapura yang telah menjadi satu negara Cina tanpa agama. Di bahagian yang jauh dari alam Melayu, lihat apa yang berlaku kepada Andalus Islam yang sekarang menjadi Sepanyol Kristian. Sejarah moden pula menyaksikan perubahan konsep negara di Nigeria dan penubuhan negara baru Kristian iaitu Sudan Selatan. Lihat juga Palestin yang sehingga hari ini masih diusahakan untuk lenyap sepenuhnya dan menjadi Israel Yahudi. Dan begitulah seterusnya sehinggal ke hari kiamat kelak. Pertarungan ini akan sentiasa wujud. Firman Allah:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar.” (al-Baqarah: 120)

5. Malaysia yang dulunya digelar Tanah Melayu juga mengalami proses yang sama. Pertarungan di dalam menentukan konsep negara adalah satu yang berjalan secara berterusan sejak dulu hinggalah ke hari ini.

6. Apabila Portugis menakluk pelabuhan Melaka, jika mereka cuma berminat terhadap perdagangan, mereka akan hanya menumpukan perdagangan. Tetapi kenapa mereka merobohkan masjid? Kenapa mereka mengorek kubur orang Islam dan memusnahkannya? Batu-batu nisan dan batu dinding masjid ditanam di dalam tembok A Famosa. Kenapa semua itu jika bukan untuk membina satu imej baru bagi Melaka? Belum dicampur dengan kisah Francis Xavier dan latar belakang serangan itu sendiri.

7. Begitu juga ketika Belanda datang dan menakluk Melaka, polisi yang dikenakan ke atas Melaka tidak langsung menunjukkan minat mereka untuk berniaga di Melaka. Bandar Melaka dimusnahkan. Pedagang luar dilobi untuk ke pelabuhan Batavia dan bukan ke Melaka. Apa yang mereka buat di Melaka? Mereka menterjemah Bible ke dalam Bahasa Melayu untuk sebaran di kalangan kaum Melayu yang beragama Islam. Apa tujuannya jika bukan untuk menyebarkan Krsitian ke dalam masyarakat kaum Melayu? Bukankah itu juga strategi untuk merubah konsep negara?

8. Kedatangan penjajah British pula adalah satu sejarah yang panjang. Kita tahu cubaan mereka untuk menubuhkan Malayan Union yang akan menjadikan Tanah Melayu tunduk sepenuhnya kepada Queen England. Kita telah saksikan bagaimana mereka memperdaya sultan-sultan Melayu untuk turut bersetuju. Ketika rancangan itu tidak berjaya, British telah menggubal pula Perlembagaan 1948, perlembagaan yang telah mencairkan kedudukan Islam dan Melayu. Di masa yang sama sebahagian British pula bersekongkol dengan Cina untuk membantah perlembagaan tersebut dan mengemukakan People Constitution (Perlembagaan Rakyat) yang menghapuskan terus kedudukan Islam dan Melayu dalam negara. Tidak cukup dengan itu, kumpulan Cina AMCJA melancarkan Hartal. Pejuang Melayu yang terkeliru telah turut serta di dalam Hartal dengan bilangan yang sedikit.

9. Dari situ dua konsep negara telah saling bersaing antara satu sama lain; konsep Tanah Melayu Untuk Orang Melayu dan konsep Malaya for Malayan. Malayan ketika itu bermaksud orang yang duduk di Tanah Melayu tanpa mengira kaum.

10. Konsep Tanah Melayu Untuk Orang Melayu bermaksud mengekalkan Tanah Melayu sama seperti sejarahnya sebelum penjajahan iaitu sebagai sebuah kerajaan Islam Melayu, ditadbir oleh pemerintah Islam Melayu dalam sistem beraja yang menjadikan Islam sebagai asas kenegaraan.

11. Konsep Malaya for Malayan pula bermaksud Tanah Melayu adalah milik bersama oleh sesiapa sahaja yang tinggal di dalamnya. Tidak ada keistimewaan tertentu untuk orang-orang Melayu. Semua dikongsi bersama dan hala tuju juga akan ditentukan bersama. Kedudukan Raja Melayu dan Undang-undang Tubuh Negeri yang memberikan kedudukan kepada Islam tidak menjadi relevan di dalam konsep tersebut.

12. 1957 Tanah Melayu merdeka dengan Perlembagaan 1957. Perlembagaan itu memberikan hak keistimewaan kepada Melayu dan kedudukan tinggi kepada Islam. Walau pun negara tidak sepenuhnya kembali kepada konsep asalnya sebelum penjajahan, asas yang ditinggalkan di dalam Perlembagaan boleh digunakan untuk menyempurnakan kedudukan Islam dan Melayu tersebut. Berlaku toleransi antara kaum, bahkan pemerintahan negara juga adalah dalam bentuk perkongsian kuasa.

13. Apabila Singapura memasuki Malaysia pada 1963, PAP mempromosikan slogan Malaysian Malaysia di seluruh Malaysia. Slogan itu adalah jelmaan konsep Malaya for Malayan, kandungannya sama walaupun namanya berbeza. Jika Malaya for Malayan hanya satu konsep yang tidak dapat diletakkan pada tuan tertentu secara khusus, Malaysian Malaysia pula adalah konsep bertuankan PAP dan dikemukan dalam bentuk yang lebih tersusun. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, berlaku penubuhan DAP setelah semua cawangan PAP di Malaysia ditutup. DAP juga memperjuangkan konsep kenegaraan yang sama.

14. Dengan berakhirnya rusuhan 13 Mei 1969, konsep Malaysian Malaysia seolah-olah sepi untuk satu tempoh yang panjang. Negara dikukuhkan dengan konsep Melayu Islam. Tetapi apabila masuk hujung 90an, slogan Malaysian Malaysia muncul kembali. Daripada situ berlakulah siri-siri tuntutan IFC, tuntutan Dong Zong, tuntutan Menteri-menteri bukan Islam, tuntutan Suqiu dan sebagainya. Protes terhadap kontrak sosial diterjemahkan di dalam pilihan raya ke 12 pada 2008. Selepas itu tuntutan demi tuntutan agar ada perubahan pada konsep negara terus berlaku.

15. Jika kita meneliti segala yang pernah berlaku di dalam lipatan sejarah Malaysia, kita akan melihat betapa konsistennya tuntutan-tuntutan agar konsep negara ini diubah. Apa yang berlaku hari ini adalah kesinambungan daripada usaha lama yang panjang.

16. Apa yang orang bukan Islam minta sekarang melalui Comango jika bukan untuk mengubah beberapa perkara di dalam Perlembagaan yang menghalang maslahat mereka? Kenapa mereka bersungguh menuntut penggunaan kalimah Allah di dalam terbitan keagamaan Kristian berbahasa Melayu mereka jika bukan untuk tujuan Kristianisasi? Apa yang mereka mahu daripada permohonan agar sebuah kuil di Kelang dijadikan landmark pelancongan Malaysia jika bukan untuk membina imej baru bagi Malaysia? Kenapa mereka mempromosikan Pulau Jerjak dengan nama Pulau Mazu kepada pelancong asing? Kenapa mereka mendakwa Lembah Bujang bukan sejarah orang Melayu, penduduk asal Kedah? Kenapa mereka mengatakan orang Melayu tidak ada asal usul dan merupakan kaum pendatang? Kenapa mereka melobi agar titah Sultan tidak terpakai?

17. Apa tujuan deraf Harmony Bill? Dan sebelumnya, apa tujuan cadangan deraf preamble Perlembagaan? Terbaru, apa tujuan penubuhan Negara-Ku? Tidak lain hanyalah agar negara ini bangun dengan dasar dan konsep yang lain dari Islam. Nama yang berbeza tapi pejuangnya adalah orang yang sama. Bahkan intipati tuntutan juga adalah sama.

18. Umat Islam harus peka dengan apa yang berlaku. Jangan sesekali bersikap naif dan tidak mampu melihat percaturan di belakang setiap tuntutan dan pergerakan itu. Ayat yang disusun cantik jangan sesekali mengelabukan kita daripada pergerakan mereka di belakang. Umat Islam wajib mempertahankan status negara sebagai sebuah negara Islam. Wajib juga ke atas umat Islam untuk membawa negara ke arah yang lebih baik praktik keislamannya.

19. Cubaan untuk menjauhkan negara dari ruh dan falsafah Islam adalah merupakan satu jenayah dan dosa di sisi Allah. Amat tidak wajar ada umat Islam yang bersekongkol menjauhkan negara daripada Islam. Kewajipan umat Islam sebenarnya adalah menyambung perjuangan datuk neneknya dahulu di dalam mengukuhkan Islam dan bukan sebaliknya.
 
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden ISMA

Sumber:   http://www.ismaweb.net/2014/07/ubah-konsep-negara-konspirasi-atau-rekaan/

Monday, July 14, 2014

Agenda Tersembunyi NGO Negara-Ku

Jul 14,2014 - by 1

Apabila ISMA mengkritik penubuhan Negara-Ku sebaik ia dilancarkan, Ambiga membuat kenyataan balas.
“He will have to explain how that is so. Why is he so nervous about the movement?”
Tambah Ambiga lagi,
“The movement is based on the Federal Constitution, Malaysian Agreement and the Rukunegara. What is his problem with that?”

Pada hari pelancaran Negara-Ku, ISMA mengatakan bahawa ISMA kenal siapa Ambiga, NGO beliau dan semua yang berada di sebalik tabir. Wajar sahaja kenyataan itu dibuat kerana sejarah penglibatan Ambiga dan rakan-rakannya dengan membawa agenda asing juga dibantu pendanaan luar sudah bermula seawal tahun 2000 lagi. Ia bukan sesuatu yang asing sebenarnya.

AGENDA YANG BERUSIA 10 TAHUN
Seperti di atas, saya mengatakan penglibatan Ambiga dan golongan seangkatannya sudah bermula sejak tahun 2000 lagi. Bermula dengan penubuhan IFC (2001), Gerakan Artikel 11, BERSIH 1.0 (2007) sehingga 2.0, Festival Seksualiti Merdeka (2008), COMANGO (2009), COMANGO (2013) dan terkini adalah Negara-Ku (2014). Begitulah konsistennya Ambiga dan rakannya walaupun sudah lebih 10 tahun. Agenda mereka tidak lari daripada 4 paksi ini:
1)     Hak kebebasan beragama dengan mafhum kebebasan untuk keluar daripada Islam dan kebebasan untuk mengiktiraf fahaman Islam sesat seperti Syiah dan tidak tertakluk kepada kebebasan dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
2)     Pengiktirafan hak samarata dengan cara menghapuskan hak istimewa orang Melayu.
3)     Atas dasar “Freedom for All” mereka mengiktiraf hak manusiawi songsang seperti hak LGBT tetapi bukan dalam soal diskriminasi pekerjaan. Ia lebih kepada pengiktirafan kepada identiti songsang dan cara hidup mereka.
4)     Merubah fahaman dan struktur dalam negara serta Perlembagaan Persekutuan supaya selari dengan idea negara sivil (konsep Liberal-Demokratik acuan Barat).

Memang ia tidak jauh berbeza dengan demokrasi yang diamalkan di barat terutamanya Amerika. Sekularisasi agama yang berlaku, kebebasan yang tanpa batas, penafian hak bumi dan penolakan kepada struktur dan identiti negara berasaskan tradisi dan fundamental agama adalah antara ciri mudah yang boleh diketengahkan. Biarpun mereka menggunakan perkataan dan ayat yang diplomatik dalam mengaburi mata rakyat daripada memahami agenda mereka namun begitu sejarah yang sudah lebih 10 tahun panjangnya mustahil boleh dikaburi. Konsep demokrasi inilah yang sedang mereka usahakan.

AGENDA NEGARA LIBERAL DEMOKRATIK BARAT
Ia mula diperkenalkan ketika zaman Presiden Ronald Reagan (Republican, 1981-1989) yang mula-mula memposisikan ideologi demokrasi sebagai rujukan kepada dasar luar Amerika. Seterusnya, merangka strategi mempromosikan demokrasi ala Amerika dengan menubuhkan segala infrastruktur seperti National Endowment of Democracy (NED) dan menghubungkannya dengan Research And National Defense (RAND Corp) untuk melakukan reformasi di negara-negara serantau. NED selepas penubuhannya pada 1983 telah berjaya melakukan lebih 1000 projek non-government di hampir 90 buah negara termasuk Malaysia.

Bagaimana projek mempromosi demokrasi ala Amerika/Barat ini dilakukan? Ia dilakukan dengan menjalinkan kerjasama yang luas dalam hal berkaitan polisi ekonomi, sosial dan budaya. Bagi menterjemahkan polisi ini, strategi yang digunakan ada sebahagian kaedahnya adalah dengan membuat infiltrasi melalui gerakan sivil. Gerakan sivil telah menjadi nadi utama dalam program ini. Seperti apa yang disebut oleh William I. Robinson dalam tulisan beliau bertajuk Globalization, the World System, and “Democracy Promotion” in U.S Foreign Policy menyebut “..penetrate not just the state, but the civil society… and from therein exercise control.” Satu perubahan strategi yang beransur-ansur berubah daripada pendakatan Top-down, kepada perubahan dari dalaman menggunakan gerakan sivil dan mengesani masyarakat serta negara. Ini juga apa yang dilakukan di Malaysia. Pendanaan dan latihan merupakan antara perkara-perkara yang mereka sediakan.

NEGARAKU, COMANGO dan IFC
Terdapat juga NGO yang menjadi tulang belakang BERSIH turut sama menjadi tulang belakang kepada perjuangan COMANGO dan Negara-Ku. Daripada 68 NGO yang berada di dalam Negaraku ini, 18 daripadanya terdiri daripada NGO koaliasi COMANGO. Daripada 54 NGO yang berkoaliasi di dalam COMANGO sebanyak 29 NGO menerima dana asing antaranya daripada NED, NDI, Asean Foundation, Global Fund For Woman, Human Right Watch (berpangkalan di Washington) dan Open Society yang diasaskan oleh George Soros.

Dalam lambakan NGO di dalam COMANGO dan Negara-Ku, tidak kurang juga terdapat NGO seperti HAKAM dan MCCBHST yang setelah sekian lama memperjuangkan pluralisme agama di dalam Interfaith Council (IFC) turut sama bergabung di dalam Negara-Ku. Menurut portal AIDC, Malik Imtiaz (peguam bagi IFC) merupakan Presiden HAKAM. Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia yang sekarang ini berkecimpung di dalam PKR iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong. 

Sifirnya mudah sahaja, apa yang dilakukan mereka sejak dahulu lagi adalah konsisten, sama tetapi hadir dengan pelbagai entiti dan organisasi yang berbeza. IFC, BERSIH, COMANGO dan Negara-Ku adalah sama walaupun tidak serupa. Mereka sejak dahulu lagi tidak pernah berputus asa menentang Islam dan cuba merubah elemen kenegaraan. Kerana itu tidak pelik pada hari pelancaran NGO Negara-Ku, Dr. Kua Kia Song (Pengerusi SUARAM) menuntut kajian semula terhadap Rukunegara dengan sengaja mempersoalkan kerelevenan elemen “Kepercayaan kepada tuhan” supaya mengambil kira pandangan golongan atheis dan pantheis.

Aksesori yang dipakai Negara-Ku dengan mengetengahkan beberapa NGO yang menggunakan label Islam tidak merubah apa-apa. NGO seperti Islamic Renaissance Front (IRF), Lingkaran Islam Traditional (LIT), Muslim Profersional Forum (MPF), Sisters In Islam (SIS) dan IKRAM turut sama bergabung dalam Negara-Ku. Keterlibatan gerakan-gerakan ini masih tidak mampu merubah hakikat bahawa agenda yang dibawa oleh golongan ini bukanlah agenda yang selari dengan kedaulatan Islam di Malaysia. Bahkan mereka bertujuan mensekularkan peranan Islam yang sudah sekian lama tertegak sebagai agama negara supaya ia dikecilkan hanya pada ruang peribadatan individu sahaja. Ia juga cenderung merubah ruh keluhuran perlembagaan yang sedia ada. Saya sarankan kepada NGO Islam ini supaya segera bertaubat dan menelaah buku semula.

KESIMPULAN
Sebelum melanjutkan cerita tentang membina keharmonian negara, Ambiga sendiri perlu memberi justifikasi bahawa beliau dan NGO Negara-Ku serta NGO-NGO yang beliau terlibat sebelumnya tidak membawa apa-apa agenda asing yang sebenarnya berhasrat melakukan proses hegemoni terhadap jiwa rakyat Malaysia dalam bentuk kolonialisasi yang baru, mengubah struktur perlembagaan yang dihormati, merubah status negara Islam Malaysia, mengecilkan kedaulatan Islam di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali mengiktiraf Syiah, LGBT, murtad dan lain-lain.

Di satu sisi lain, inilah yang ditentang oleh ISMA dan keseluruhan rakyat Malaysia. ISMA berhasrat tinggi untuk melihat Malaysia menjadi negara yang lebih baik dan maju namun begitu ia merupakan hasil yang diusahakan oleh jiwa rakyat sendiri yang penuh ikhlas dan merdeka. Ia bukan terhasil daripada campur tangan kuasa asing ataupun dengan mengambil celupan yang berbeza daripada konsep yang dibawa oleh syariat Islam.

Muhammad Aiman Ahmad Faudzi
Aktivis ISMA
ismaweb.net

Sumber:  http://www.anwaraidc.com/?p=48333

Friday, July 11, 2014

Penglibatan kumpulan Islam dalam NGO Negaraku dikesali – Ahli akademik

July 11, 2014 Berita Utama, Utama 0

NEGARAKU_COALITION_NGO_LAUNCH
 

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Penglibatan segolongan orang Islam dalam NGO Negaraku amat dikesali oleh tokoh akademik Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris.

Hal ini kerana golongan sekular dan liberal orang bukan Islam memperjuangan konsep-konsep keadilan dan kebebasan mengikut pandangan alam (world view) Barat.

“Saya sedih apabila melihat ada segolongan orang Islam yang turut serta dalam perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam.

“Mereka fikir bahawa mereka memperjuangkan keadilan, kesetaraan dan kebebasan, dan menyangka Islam, mengikut kefahaman mereka yang dangkal, membenarkan usaha mereka. 

“Mereka tidak sedar bahawa konsep-konsep keadilan dan kebebasan yang mereka perjuangkan bukan mengikut acuan Islam tetapi mengikut pandangan alam (worldview) Barat,” katanya dalam satu kenyataan di facebook beliau hari ini.

Beliau yang juga merupakan pensyarah di CASIS UTM berkata demikian merujuk kepada penubuhan NGO baharu yang diberi nama Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARAKU) baru-baru ini.

Lebih 60 NGO terlibat termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia.

Naib Presiden Ikram Zaid Kamarudin merupakan Pengerusi Negaraku, manakala Ambiga Sreenevasan dan A Samad Said berperanan selaku penaung NGO itu.

Ujar Dr Khalif, para aktivis Muslim sepatutnya menguasai worldview Islam kerana jika tidak, amat mudah untuk mereka terkeliru antara melakukan kebaikan dan melakukan kerosakan.

“Di sinilah pentingnya para aktivis Muslim menguasai worldview Islam kerana jika tidak amat mudah untuk mereka terkeliru, menyangka mereka melakukan kebaikan sedangkan hakikatnya mereka melakukan kerosakan,” katanya lagi.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/07/penglibatan-kumpulan-islam-dalam-ngo-negaraku-dikesali-ahli-akademik/

Mujahid cakap kosong, ulang-ulang tuduhan ekstrimis macam burung kakak tua



July 11, 2014 Berita Utama, Utama 5


Abdullah Zaik Abd Rahman
 

BANGI, 11 Julai – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini membidas kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa yang mendakwa ISMA lebih perkauman daripada Perkasa.
“Pemikiran Mujahid dah celaru, tidak dapat menilai sesuatu mengikut neraca Islam yang betul,” kata Ustaz Abdullah kepada ISMAweb.
Dalam sebuah portal pro liberal, Dr Mujahid berkata ISMA bersifat rasis dan berselindung di balik agama.
“Mujahid cakap kosong. Dia hanya ulang tuduhan-tuduhan puak liberal kepada Islamis yang berusaha mempertahankan identiti dan jati diri.
“Mujahid umpama babgha’ (burung kakak tua), hanya ulang balik tuduhan ekstrimis terhadap Islamis yang berdepan dengan pencairan identiti oleh puak liberal,” kata beliau.
Ujarnya, mempertahankan identiti dan jati diri keislaman bangsa dan negara adalah intipati kepada perjuangan Islam di Malaysia.
“Mujahid orang pertama sifatkan perjuangan Islam sebagai rasis dan anggap kebencian terhadap Islam tidak rasis,” katanya lagi.
Menurut Ustaz Abdullah, mengiktiraf kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu tidak rasis dan inilah yang diperjuangkan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Dr Zulkifli Muhamad dan rakan-rakan Mujahid satu masa dahulu.
“Ekstrim dan rasis adalah sifat yang ganjil bagi Islam dan tidak pernah berlaku pada umat Islam. Ekstrim yang sebenar adalah apa yang sedang kita saksikan di Palestin oleh Yahudi, di Afrika Tengah dan Bosnia oleh Kristian, di Myanmar oleh Buddha, di China oleh komunis, dan oleh Hindu di Sri Lanka. Itulah contoh ekstrimis agama yang membunuh umat Islam,” tambahnya lagi.
“Di mana contoh orang Islam ekstrim yang bunuh penganut agama lain?” soal beliau.
Katanya, Mujahid telah membuat fitnah yang memburukkan agama dan bangsa sendiri.
“Dia dah hanyut, hanya guna ayat Al-Quran ‘Rahmatan lil alamin’ sahaja. Ayat-ayat lain yang menyentuh soal Wala’ dan Bara’ dia dah tak pakai. Pada dia kalau guna ayat itu, bermakna mempromosi kebencian,” jelas Ustaz Abdullah lagi.
Ustaz Abdullah menasihati Dr Mujahid agar kembali kepada Al-Quran Sunnah dan jamaah muslimah dan perlu banyak mengkaji untuk mengelakkan daripada terseleweng dengan ideologi kufur apabila asas ilmu dan fikrah Islam lemah.
“Saya nasihat dia agar kembali kepada Quran Sunnah dan jamaah muslimah. Itu yang ditanya dalam kubur, siapa tuhan kamu, siapa nabi, apa kitab dan siapa saudara. Saya bimbang otak Mujahid dah diselewengkan oleh elemen Yahudi dan Nasrani di sekitar dia,” kata beliau.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/07/mujahid-cakap-kosong-ulang-ulang-tuduhan-ekstrimis-macam-burung-kakak-tua/