September 22, 2013 at 12:49 pm
Penghujung
tahun 2011, saudara Jamuddin Lorrie (Najmuddin) menghubungi saya,
memberitahu ada 11 orang berminat memeluk Islam. Saya bertanya,
bagaimana mereka boleh tertarik?
Najmuddin menjelaskan,
“Semasa saya sedang telefon ustaz tadi, orang itu terdengar saya sebut
perkataan masuk Islam. Sebab itu dia tanya saya, bolehkah kalau saya
mahu masuk Islam. Kami 11 orang satu keluarga.”
Benar,
sebelum itu ada saudara Najmuddin menghubungi saya, memberitahu beberapa
orang yang telah kami ziarahi sebelum ini telah bersedia memeluk Islam.
Ziarah pertama
Sejak
itu, kami berziarah ke rumah Encik Linaun, bertemu dengan beliau dan
ahli keluarganya. Anaknya ada 14 orang. Ada yang beristeri dua. Cucunya
berpuluh-puluh.
Beliau tinggal di Kampung Lotong, Sapulut, bersebelahan dengan Kampung Padang, tempat terletaknya Masjid As-Syahadah.
Anak cucu Aman Linaun
Dalam
ziarah pertama, Encik Linaun memberitahu, “Kami akan masuk Islam
beramai-ramai, 65 orang semuanya, termasuk anak, menantu dan cucu-cucu
saya, tapi tunggu kami berbincang dahulu.”
Ketika itu saya
belum mengenali beliau dari dekat. Hanya dating, bertegur sapa dan
bercerita hal keluarga, selain mengagih kotak-kotak pakaian yang
dibekalkan Puan Zubaidah Sulaiman, Pensyarah di IPG Gaya, Kota Kinabalu.
Berkali-kali
kami ziarahi beliau dan keluarganya, masih juga belum bersedia memeluk
Islam. Lebih lagi saya tidak pernah bertanya, “Bila kamu mahu Islam?”
Setelah
lebih setahun mendekati beliau, barulah beliau bercerita berkenaan
agama anutannya. Rupanya beliau adalah bekas Pengerusi Gereja di situ.
Beliau pernah menjadi pengerusi di gereja lain juga sebelum itu.
Dalam pertemuan itu, beliau bertanya tentang konsep ketuhanan di dalam Islam berbanding
trinity yang dipercayainya selama ini.
Mula berjinak dengan Al Quran
Saya tunjukkan terjemahan Surah Al Ikhlas kepadanya.
“Allah itu Esa, bukan dua atau tiga. Dia tempat semua makhluk meminta pertolongan.” Saya mula menerangkan kepadanya.
Encik Linaun mendengar penuh minat, sementara ahli keluarganya sibuk memilih pakaian yang kami bawa.
“Allah itu tidak beranak, dan Dia juga tidak diperanakkan…” sambung saya.
“Allah
itu tidak sama seperti makhluknya. Tidak menyerupai sesuatu, kerana apa
yang kita lihat sekarang ini, sungai, bukit, gunung dan semua ini,
semua Allah yang cipta.”
Encik Linaun meminta, “Bolehkah kamu bagi saya Al Quran ini?”
“Ya! Ini untuk kamu.” Saya hulurkan terjemahan al Quran itu kepadanya. Sudah nampak sinar hidayah dihatinya.
“Sekarang sudah bertambah 25% keyakinan saya.” Ujar Linaun.
Sejak
itu beliau selalu membaca terjemahan Al Quran, dibandingnya dengan
kitab pegangan sebelum ini. Akhirnya beliau tekad untuk memeluk Islam.
Mengucap dua kalimah syahadah
Pada
27 Ramadhan 1434H, bersamaan 5 Ogos 2013, beliau mengucap dua kalimah
syahadah di Masjid As-Syahadah, Kampung Padang, sebagai insan ke 203
memeluk Islam sepanjang saya berdakwah di pedalaman Sabah sejak dua
tahun lalu.
Namanya kini Muhammad Usman. Syahadahnya dipimpin saudara Awang Jaafar yang pernah mengikut saya menziarahinya sebelum ini.
1 Syawal, hari raya ‘Idil Fitri, isteri dan 3 orang cucunya pula memeluk Islam.
Isteri dan cucunya memeluk Islam
Insan ini menjadi motivasi untuk saya terus berdakwah di pedalaman Pensiangan.
Oleh
kerana berkali-kali kami ziarah, beliau masih belum memeluk Islam,
mendorong saya terus terusan mendekati beliau, hingga terbuka hatinya
untuk Islam.
Dari mula mengenalinya hingga saat beliau mengucap syahadah memakan masa 1 tahun 6 bulan 18 hari.
Kini
beliau aktif berdakwah terutama kepada ahli keluarganya. Berita yang
baru diterima, tiga lagi anaknya akan memeluk Islam minggu ini,
insyaAllah.
محمد فضلي بن يوسف
22 Sept 2013
Sumber: https://www.facebook.com/mfadli11