“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Monday, December 16, 2013
Secebis coretan
Saudara-saudara yang dikasihi. Telah lama saya tidak menulis. Pagi ini saya mengambil kesempatan untuk menulis.
Di dalam kehidupan ini kita akan sentiasa berdepan dengan persoalan hendak atau tidak. Nak buat atau tak nak buat. Nak pergi atau tak nak pergi. Nak cakap atau tak nak cakap. Nak tulis atau tak nak tulis. Nak terima atau tak nak terima. Nak marah atau tak nak marah. Nak jumpa atau tak nak jumpa. Nak ikut atau tak nak ikut. Nak bercakap atau diam. Nak berkawan atau tak nak berkawan dan bermacam-macam hendak dan tak hendak lagi yang dapat kita fikirkan bersama.
Di dalam kehidupan ini entah berapa kali sehari kita perlu buat pilihan, diantara hendak dan tidak. Sentiasa ada perasaan tarik menarik diantara keduanya. Apabila kita mula celik mata di waktu pagi saja, kita terus kena buat pilihan...nak terus bangun ke tidak... nak sembahyang jemaah ke tidak, nak mandi dulu ke tidak..nak baca quran ke tidak.....dan seterusnya.
Saudaraku sekelian saya fikir kita perlu mengutamakan atau merancang apa yang hendak kita buat. Supaya kekuatan 'hendak' itu lebih kuat daripada 'tidak hendak'. Supaya apa yang hendak buat itu awal-awal lagi kita rancang. Apabila kita tidak ada perancangan kita akan mudah berada dalam keadaan serba salah/teragak-agak kerana perlu membuat keputusan adhoc. Itulah yang akan berlaku seperti yang disebutkan di atas.
Yang kedua kita perlu mempunyai prinsip di dalam kehidupan kita, yang mana kita hanya akan memilih/melakukan perkara yang baik, yang benar di segi syariat dan yang boleh memberikan keuntungan kepada diri kita. Perkara prinsip ini amat kurang dimiliki oleh para remaja. Oleh sebab itu mereka selalu terdedah kepada perkara-perkara salah laku. Apabila mereka rasa hendak buat mereka buat saja..tanpa memikirkan untung rugi dan baik buruk kepada diri mereka.
Dalam perjalanan kita mencari keredhaan Allah swt. marilah kita sama-sama merancang dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah swt. dan tidak melakukan apa yang dilarang olehNya. Wallahua'lam...
Sunday, December 15, 2013
Personaliti WOW! kali ini.
Persepsi
salah yang selalu ada sebelum ini ialah pelajar Melayu adalah malas dan
berpencapaian sederhana. Sebenarnya ramai sahaja pelajar-pelajar hebat
yang dilahirkan cuma mungkin kerana trend masa kini yang lebih
mengagungkan golongan penghibur dari tokoh yang membina umat menyebabkan
mereka tenggelam. Mari kenali salah seorang tokoh Melayu Muslim yang
hebat
Dr Fatimah Zaharah Rosli, Personaliti WOW kali ini.
-Hafal Al-Quran semasa belajar perubatan di Mesir, khatam hafazan 30 juzuk (2003 - 2006)
-Khatam 10 Qiraat
-Menamatkan pengajian Bahasa Arab 12 peringkat
-Dapat tawaran Biasiswa Bank Negara untuk belajar di UK tetapi tolak kerana menyambung pengajian perubatan di Mesir
-Dapat Mumtaz (Cemerlang) tiga tahun berturut-turut (tahun 3,4,5)
-Bercita-cita untuk menjadi pakar jantung
- 9A PMR, 10A1 SPM, Pelajar Mithali Anugerah Cemerlang 2000, Tokoh
Pelajar PMR 1999, Penolong Ketua Umum, Pendebat Bahas Inggeris - Naib
Johan Piala Perdana Menteri 1999, Johan 2000, Speaker terbaik semi-final
2000
-Mantan Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia Mesir, masih aktif bersama Ikatan Muslimin Malaysia.
Baca lebih lanjut di :
http://www.sinarharian.com.my/rencana/hafaz-30-juzuk-sebelum-konvo-1.230842
Dr Fatimah Zaharah Rosli, Personaliti WOW kali ini.
-Hafal Al-Quran semasa belajar perubatan di Mesir, khatam hafazan 30 juzuk (2003 - 2006)
-Khatam 10 Qiraat
-Menamatkan pengajian Bahasa Arab 12 peringkat
-Dapat tawaran Biasiswa Bank Negara untuk belajar di UK tetapi tolak kerana menyambung pengajian perubatan di Mesir
-Dapat Mumtaz (Cemerlang) tiga tahun berturut-turut (tahun 3,4,5)
-Bercita-cita untuk menjadi pakar jantung
- 9A PMR, 10A1 SPM, Pelajar Mithali Anugerah Cemerlang 2000, Tokoh Pelajar PMR 1999, Penolong Ketua Umum, Pendebat Bahas Inggeris - Naib Johan Piala Perdana Menteri 1999, Johan 2000, Speaker terbaik semi-final 2000
-Mantan Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia Mesir, masih aktif bersama Ikatan Muslimin Malaysia.
Baca lebih lanjut di :
http://www.sinarharian.com.my/rencana/hafaz-30-juzuk-sebelum-konvo-1.230842
Sumber: Fb: Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB)
Friday, December 13, 2013
Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla
Subhanallah
! Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla, Penolong
Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh yang kembali menemui Allah
akibat digantung.
"Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.
Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.
Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.
Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!" - Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
حسبنا الله ونعم الوكيل
اللهم اقبله فى الشهداء واجعل دمه لعنه على قاتليه
"Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.
Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.
Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.
Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!" - Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
حسبنا الله ونعم الوكيل
اللهم اقبله فى الشهداء واجعل دمه لعنه على قاتليه
Sumber: https://www.facebook.com/mohd.amiruddin.5

"Jenazah Abdul Qodir Mullah (rahimahullah)"
Allahuakbar!!!
Surat Terakhir Beliau:
“Jika pemerintah ini membunuh saya dengan tidak adil, maka itu akan menjadi kesyahidan saya. Setelah kesyahidan saya, Allah akan memberi petunjuk bagi kalian. Dia adalah sebaik-baik pemberi petunjuk. Jadi kalian tidak punya alasan untuk khawatir.”
“Aku benar-benar tidak bersalah. Mereka membunuh saya hanya karena saya terlibat dengan gerakan Islam. Tidak semua orang beruntung untuk mendapatkan kesyahidan. Siapa pun yang diberkahi dengan kesyahidan oleh Allah adalah memang orang-orang yang beruntung. Jika saya menerima kesyahidan itu, maka itu akan menjadi pencapaian terbesar dalam hidup saya. Setiap tetes darah saya akan mempercepat kemajuan gerakan Islam dan akan menyebabkan kehancuran penindas. Saya tidak khawatir dengan diri saya sendiri. Saya prihatin tentang masa depan negara dan gerakan Islam. Seperti yang saya tahu, saya tidak pernah melakukan sesuatu yang salah. Saya telah mendedikasikan seluruh hidup untuk gerakan Islam bagi keselamatan ummat di Bangladesh. Allah adalah pemilik hidup. Hanya Allah yang akan memutuskan bagaimana saya akan mati. Kematianku tidak akan terjadi sesuai keputusan orang lain. Waktu dan cara kematianku akan terjadi hanya sesuai kehendak-Nya. Jadi, saya akan menerima semua keputusan Allah dengan senang hati.”
“Kalian harus sabar. Hanya dengan kesabaran dan toleransi kalian akan mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Bukan dunia, tapi akhirat yang menjadi tujuan saya. Saya meminta do’a kepada ummat Islam di seluruh negara agar Allah menerima kesyahidan saya. Salam saya untuk kalian semua.”
Nik Abdul Halim
Allahuakbar!!!
Surat Terakhir Beliau:
“Jika pemerintah ini membunuh saya dengan tidak adil, maka itu akan menjadi kesyahidan saya. Setelah kesyahidan saya, Allah akan memberi petunjuk bagi kalian. Dia adalah sebaik-baik pemberi petunjuk. Jadi kalian tidak punya alasan untuk khawatir.”
“Aku benar-benar tidak bersalah. Mereka membunuh saya hanya karena saya terlibat dengan gerakan Islam. Tidak semua orang beruntung untuk mendapatkan kesyahidan. Siapa pun yang diberkahi dengan kesyahidan oleh Allah adalah memang orang-orang yang beruntung. Jika saya menerima kesyahidan itu, maka itu akan menjadi pencapaian terbesar dalam hidup saya. Setiap tetes darah saya akan mempercepat kemajuan gerakan Islam dan akan menyebabkan kehancuran penindas. Saya tidak khawatir dengan diri saya sendiri. Saya prihatin tentang masa depan negara dan gerakan Islam. Seperti yang saya tahu, saya tidak pernah melakukan sesuatu yang salah. Saya telah mendedikasikan seluruh hidup untuk gerakan Islam bagi keselamatan ummat di Bangladesh. Allah adalah pemilik hidup. Hanya Allah yang akan memutuskan bagaimana saya akan mati. Kematianku tidak akan terjadi sesuai keputusan orang lain. Waktu dan cara kematianku akan terjadi hanya sesuai kehendak-Nya. Jadi, saya akan menerima semua keputusan Allah dengan senang hati.”
“Kalian harus sabar. Hanya dengan kesabaran dan toleransi kalian akan mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Bukan dunia, tapi akhirat yang menjadi tujuan saya. Saya meminta do’a kepada ummat Islam di seluruh negara agar Allah menerima kesyahidan saya. Salam saya untuk kalian semua.”
Nik Abdul Halim
Sumber: Fb Layar Minda.
Thursday, December 12, 2013
KAMU, Umat Terbaik yang Dilahirkan Untuk Manusia

"Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan melarang yang mungkar dan beriman kepada Allah, ...." - Surat Ali mran ayat 110.
'Inilah yang sepatutnya difahami umat Islam agar mereka mengetahui hakikat dan nilai mereka. Agar mereka mengetahui mereka dikeluarkan untuk menjadi barisan hadapan dan pemimpin bangsa-bangsa. Kerana mereka adalah sebaik-baik umat. Lebih-lebih lagi, Allah mahukan kepimpinan di bumi ini untuk yang baik bukan untuk yang jahat.
Oleh itu, orang Islam tidak wajar berada pada kedudukan menerima daripada umat lain yang jahiliah. Bahkan mereka sepatutnya berada pada kedudukan menyumbang apa yang mereka miliki, iaitu kepercayaan yang sahih, gambaran yang sahih, sistem yang sahih dan ilmu yang sahih kepada umat-umat lain. Kewajipan mereka ialah untuk sentiasa berada di hadapan dan di tampuk kepimpinan.'
Petikan dari buku Modul Pembangunan Insan: Keluasan Islam, ms. 258
Sumber: Fb I-Keluarga
Tuesday, December 10, 2013
Wahai angkatan baru.
Siapkanlah dirimu untuk menggantikan angkatan lama
Mereka akan pulang tidak lama lagi.
Janganlah engkau menjadi pemuda kecapi suling
Yang bersenandung meratapi tepian yang sudah runtuh
Mendendangkan masa silam yang telah pergi jauh
Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti yang pernah dilakukan oleh angkatan yang engkau gantikan
Teruskanlah perjalanan ini dengan tenaga dan kakimu sendiri
Dada bumi cukup luas untuk menerima kehadiranmu
Penuhilah segenap udara ini dengan kegiatan dan ketekunan
Hadapilah tugas maha berat ini dengan jiwa besar
Dengan daya juang, api semangat yang nyalanya kuat dan keras.
Pupuklah ruh perjuangan dan semangat dalam jiwamu.
Bertindaklah sebagai laki-laki dengan perhitungan nyata dan pertimbangan yang matang.
Perkayalah dirimu dengan meneladani masa silam,
Di mana ada yang rebah dan ada yang bangun, ada yang jatuh dan terus berdiri.
Kamu tidak boleh menjadi penciplak dari angkatan lama
Dan tidak boleh pula menepuk dada
Serta meniadakan harga dan nilai, jasa dan karya angkatan lama.
Mereka kaya akan pengalaman, engkau kaya akan cita-cita.
Padukanlah pengalaman angkatan lama dengan nyala citamu.
Sejarah ini telah lama berjalan, bergerak, dan berkembang.
Kamu hanyalah tenaga penyambung
Menyelesaikan bengkalai yang belum selesai
Meneruskan pekerjaan besar, tahap bertahap
Dari keturunan yang satu kepada keturunan yang lain
Angkatan kemudian angkatan.
Kafilah hidup ini ibarat gelombang lautan
Menghempas yang satu menyusul yang lain
Memecah yang pertama datang yang kedua.
Sadarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah
Dan lakukanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan, dan kesabaran!
Insafilah kedaulatanmu sebagai Pemuda Angkatana Baru
Yang hendak menggantikan manusia tua angkatan lama
Tidaklah sama dan serupa antara dua angkatan zaman itu
Kerana, sejarah berjalan senantiasa menurut hukum dinamika dan dialektika.
Sajak tulisan ( Muhammad Iqbal )
Monday, December 9, 2013
Kita Sudah Berada Di Tahap Kritikal..
Seorang
Warga Prihatin mengutarakan isu kelahiran anak luar nikah melalui
perbincangan tertutup semalam. Beliau menyatakan kebimbangan setelah
mendengar butiran ceramah menyentuh isu berkenaan di masjid. Menurut
ustaz itu statistik menunjukkan sekitar 33,000 orang bayi dilahirkan
setahun, 2,784 bayi sebulan, 93 sehari atau 4 bayi setiap jam.
Kemi menyorot statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk kelahiran ‘bayi tidak sah taraf’ dan cuba membuat
unjuran. Berdasarkan lapuran sehingga tahun 2009, kami dapati angka
rasmi menunjukkan jumlah yang lebih mengejutkan apabila didapati purata
42,807 orang bayi didaftarkan dalam setahun, 3,567 sebulan, 119 sehari.
Ini bermakna 5 orang telah dilahirkan setiap jam.
Berdasarkan
garis kasar bentuk unjuran kenaikan dari statistik tahun-tahun berikutnya
boleh kita anggarkan saat ini kita sedang melihat sekitar 60,000
kelahiran sebulan, atau 7 orang setiap jam.
Sementara itu kes
buang bayi pula sudah tidak terhitung statistiknya. TV3 pagi ini
menyatakan rasa sugul yang belum hilang akibat berita bayi yang dibuang
di jalan dan digilis hancur oleh lori sejurus selepas dicampak ke jalan.
Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan lapuran akhbar seorang bayi yang
dicampak di tepi jalan. Bayi perempuan yang masih bertali pusat ini
didapati tersangkut secara meniarap di besi gril longkang seperti dalam
gambar. Ia didengar menangis oleh seorang kontraktor. Sila baca di link
berikut.
http://prihatin.net.my/v3/2013/12/10/tangisan-bayi-yang-dibuang-tepi-longkang/
KITA KINI HIDUP DALAM TONG NAJIS
Statistik di atas tidak termasuk kes kelahiran yang disembunyikan
kerana anak didaftarkan secara palsu oleh pasangan yang tidak mempunyai
anak, bayi dibuang, pengguguran haram dan sebagainya. Mari kita perhati
kaitan zina dengan najis kemusyrikan.
Perhatikan Surah 24. An Nuur
1. Satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkannya, dan Kami
turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu
mengingatinya.
2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang
berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera,
dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk agama
Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah
hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
3. Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang
berzina, atau PEREMPUAN MUSYRIK; dan perempuan yang berzina tidak
dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau LAKI-LAKI MUSYRIK,
dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin.
4. Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik dan mereka
tidak mendatangkan EMPAT ORANG SAKSI, maka deralah mereka DELAPAN PULUH
KALI DERA, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat
selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.
Zina
itu perbuatan yang sangat haram dan dilarang Allah sehingga kita
dilarang dari mendekatinya. Larangan mendekati zina ini dijelaskan Allah
secara terperinci melalui pendekatan cara berpakaian, berhias, cara
berjalan, cara berbual dan sebagainya. Jika mendekatinya juga sudah
dilarang, bagaimana kita sampai hidup dalam rendaman zina sepanjang
saat? Terlalu hebat penentangan kita terhadap Allah.
Jika anda
teliti dan perhalusi maksud ayat 3 di atas, melanggar larangan zina
secara sengaja merupakan satu penolakan terhadap Allah secara terang
terangan. Secara halus ia menampakkan kita telah bertuhankan nafsu
syaitan lebih dari pengabdian terhadap Allah yang satu. Ini adalah unsur
syirik, iaitu menduakan Allah melalui perlanggaran larangannya.
Iman itu bermula dari tasdiq di hati, dizahir dengan ikrar di lisan dan
amal kita. Kedegilan kita untuk terus mengikuti tabiat syaitan dengan
larangan zina ini akan menjejaskan keimanan kita terhadap Allah. Ini
menunjukkan hati kita sendiri sedang menyembah syaitan. Kedegilan dari
hati menggambarkan sifat najis yang tidak boleh disamak, itulah sifat
babi yang najis sampai ke dalam. Zina adalah suatu yang disengajakan,
sangat ditaja dan diusahakan oleh pelakunya, ia bukan terlanjur seperti
kemalangan jalanraya di jalan licin.
Surah 9. At Taubah 28. Hai
orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu
najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini.
Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu
kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Begitulah tabiat
kita. Selain dari kehendak sendiri, terkadang kita sengaja langgar
perkara yang mendekatkan kita dengan zina dengan alasan kerana kerja
mencari rezeki. Dalam bidang perhotelan, pelancungan dan banyak bidang
ekonomi dan pekerjaan lain, perkara yang menjurus kepada zina kononnya
tidak dapat dielakkan. Jika kita masih beralasan lagi, maka jelaslah
Allah itu begitu kecil di hati kita. Kerana itu kita lihat SEBELAH MATA
saja segala larangan dan suruhan Allah.
Pergilah ke Shagri La
dan lihat bagaimana kain belah petugas wanitanya sampai nampak seluar
dalam. Bertudung jauh sekali. Lihatlah sosial eskot, GRO, apatah lagi
sang pelacur yang memang sangat pasti zina adalah aktiviti utamanya.
Kajian kami menunjukkan terlalu bebasnya zina di kalangan banyak
profesion wanita seperti pramugari, golongan artis muda (bahkan yang
separuh umur juga), anggota kelab tarian bahkan pekerja kilang
sekalipun. Satu nasihat serius pernah diberikan oleh seorang lelaki yang
bertugas sebagai jurulatih pramugari, “Pesanlah kepada saudara mara,
kalau boleh elakkan dari mengambil isteri dari kalangan pramugari” ujar
beliau. Tidak sanggup untuk kami ceritakan penjelasan beliau yang
selanjutnya, anda fikirlah sendiri mengapa beliau berkata demikian.
ARAK, ZINA BAKAL MEMBUNUH
Hari ini hampir saja kita merasakan zina itu tidak lagi berdosa. Kita
boleh ceritakan aktiviti zina kita secara terbuka bersama rakan dan
saudara mara. Ironinya ramai ibu bapa yang tahu anak anak mereka
berzina, namun tidak langsung merasa takut akan balasan Allah terhadap
mereka. Perhatikan larangan zina ini diawali dan disusuli Allah dengan
ayat berkaitan pembunuhan.
17. Al Israa'
31. Dan
janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah
yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya
membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.
32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
33. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah, melainkan
dengan suatu yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka
sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi
janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia
adalah orang yang mendapat pertolongan.
Jika durian atau nangka
masak ada baunya. Zina juga ada mukadimah dan tanda-tandanya. Jika kita
tidak mengenal atau memperdulikan tanda dan mencegah melalui tanda
MENDEKATI zina, maka mengesan saat perlakuan zina amat sukar sekali
kecuali penzina beraksi di tempat awam. Akhirnya kita hanya tahu setelah
berlaku pembunuhan, samada mangsa rogol yang dibunuh perogol, atau bayi
hasil melantak zina yang dibunuh atau dibuang mati.
BERAPA BANYAK ZINA DI KALANGAN KITA?
Hukum statistik menunjukkan untuk satu penemuan kes sulit, ada sekitar
10 kes lagi bahkan mungkin lebih yang tidak dilapur atau ditemui. Itulah
yang kami dapati hasil perbualan dengan pegawai PDRM, doktor swasta,
bidan dan pihak-pihak berkaitan kelahiran yang rapat dengan kami. Semua
lapuran keluarga atau mangsa (gadis hamil / rogol) yang dirujuk kepada
kami juga tidak dilapurkan kepada pihak berkuasa. Ini semua membenarkan
‘law of statistic’yang sebenarnya apa yang dilapur hanya gambaran
sahaja. Jumlah sebenar jauh berganda dari itu.
Jika angka 7
kelahiran luar nikah sejam itu kita jadikan asas, bermakna telah berlaku
minima 7 zina dalam sejam. Ambil kiraan mudah jika dari setiap
kelahiran itu pasangan mengulangi 10 kali zina, samada ia berlaku
sebelum hamil dengan menggunakan pelbagai kaedah cegahkehamilan atau
meneruskan zina selepas hamil untuk memuaskan nafsu dengan rasa selamat
tanpa perlu khuatir hamil lagi. Bermakna untuk golongan 7 kelahiran
sejam itu sahaja sudah ada gandaan kekerapan 70 zina sejam, atau lebih
dari 1 zina setiap minit.
Ini tidak termasuk begitu banyak kes
pengguguran haram akibat zina, kes bayi dibunuh atau dibuang dan
berleluasanya zina dengan penggunaan ubat dan alat cegah hamil. Seorang
pengasas kami yang menyewa sebuah kedai berhampiran sebuah IPTA yang di
atasnya ada 3 tingkat apartment yang disewa pelajar amat menyedihkan.
Setiap pagi begitu banyak kondom yang dibuang dari tingkat atas. Itu
semua petanda berleluasanya zina. Ya, tidak tergamak untuk kita mengira
berapa banyak lagi zina dari golongan ini, yang pasti setiap saat kita
menyedut udara tuhan, satu zina sedang menemani nafas kita. MASYAALLAH..
ASTAGHFIRULLAH.
APAKAH LANGKAH MENCEGAH PALING BERKESAN?
Kempen, baby hatch, penubuhan berbagai rumah perlindungan gadis hamil
dan penguatkuasaan undang-undang pembuangan bayi sahaja tidak akan
membantu. Setengah pihak malah melihat ia satu ekploitasi. Hari ini
banyak pusat yang mengenakan bayaran sangat tinggi untuk menjaga gadis
hamil, iaitu sekitar rm1,500-2,000 sebulan. Biasanya sebaik saja gadis
disedari hamil sekitar 2 bulan, mereka telah ditempatkan di pusat
perlindungan ini. Maknanya untuk jumlah penjagaan 7-9 bulan keluarga
gadis atau ‘pembeli’ bayi terpaksa membayar tidak kurang RM15,000
sebelum boleh membawa pulang ibu dan bayi.
Kita juga tahu begitu
banyak kes penjualan bayi luar nikah ini. Bahkan terlalu banyak kes
pengguguran haram mana ramai para doktor yang tidak bermoral mengambil
peluang menangguk di air keruh untuk mengaut keuntungan. Ada jenis
doktor lelaki yang mengurangkan bayaran dengan syarat gadis hamil
sanggup ditiduri sebelum melakukan pengguguran. Bayangkan beberapa kes
yang dirujuk kepada kami seumur 24 tahun sudah pernah menggugurkan 6
kali, bahkan pernah menggugurkan 4 kali seumur 18 tahun. Kebiasaannya
gadis atau pasangan lelaki mereka dari golongan kaya, NAUZUBILLAH.
Kita tiada pilihan melainkan dengan mengikut aturan Allah, mengekang
aktiviti zina daripada berlaku. Undang-undang sahaja juga tidak mampu
menjaga manusia. Hukum hudud dan Qisas adalah yang terbaik bagi tujuan
itu, tapi jangan tunggu Hudud Rasmi dari kerajaan sahaja. Yang paling
penting ialah hudud yang sebenar dari ibu bapa terhadap diri sendiri dan
anak-anak kita. Rasakanlah Allah benar-benar ujud dan cukup besar,
cukup tinggi untuk kita daulatkan dalam hidup kita. Bagaimana harus kita
bataskan (hududkan) anak kita dari zina jika kita sendiri tidak sudi
untuk menjauhinya?
BAGI pihak kerajaan kami pohon agar turut serius
untuk menghentikan segala macam acara yang boleh menyalurkan zina. Kita
sudah tidak boleh berdalih lagi. Jika ekonomi yang kita jadikan alasan,
yakinlah dengan janji Allah seperti dalam firman di atas. Jika pengundi
yang kita mahukan, ingatlah, penzina hanya suka kepada hiburan, sampai
waktu mengundi, mereka bukan peduli untuk mengundi pun.
Cetusan minda mengulas berita,
WARGA PRIHATIN
Kemi menyorot statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kelahiran ‘bayi tidak sah taraf’ dan cuba membuat unjuran. Berdasarkan lapuran sehingga tahun 2009, kami dapati angka rasmi menunjukkan jumlah yang lebih mengejutkan apabila didapati purata 42,807 orang bayi didaftarkan dalam setahun, 3,567 sebulan, 119 sehari. Ini bermakna 5 orang telah dilahirkan setiap jam.
Berdasarkan garis kasar bentuk unjuran kenaikan dari statistik tahun-tahun berikutnya boleh kita anggarkan saat ini kita sedang melihat sekitar 60,000 kelahiran sebulan, atau 7 orang setiap jam.
Sementara itu kes buang bayi pula sudah tidak terhitung statistiknya. TV3 pagi ini menyatakan rasa sugul yang belum hilang akibat berita bayi yang dibuang di jalan dan digilis hancur oleh lori sejurus selepas dicampak ke jalan. Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan lapuran akhbar seorang bayi yang dicampak di tepi jalan. Bayi perempuan yang masih bertali pusat ini didapati tersangkut secara meniarap di besi gril longkang seperti dalam gambar. Ia didengar menangis oleh seorang kontraktor. Sila baca di link berikut.
http://prihatin.net.my/v3/2013/12/10/tangisan-bayi-yang-dibuang-tepi-longkang/
KITA KINI HIDUP DALAM TONG NAJIS
Statistik di atas tidak termasuk kes kelahiran yang disembunyikan kerana anak didaftarkan secara palsu oleh pasangan yang tidak mempunyai anak, bayi dibuang, pengguguran haram dan sebagainya. Mari kita perhati kaitan zina dengan najis kemusyrikan.
1. Satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkannya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.
2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
3. Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau PEREMPUAN MUSYRIK; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau LAKI-LAKI MUSYRIK, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin.
4. Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik dan mereka tidak mendatangkan EMPAT ORANG SAKSI, maka deralah mereka DELAPAN PULUH KALI DERA, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.
Zina itu perbuatan yang sangat haram dan dilarang Allah sehingga kita dilarang dari mendekatinya. Larangan mendekati zina ini dijelaskan Allah secara terperinci melalui pendekatan cara berpakaian, berhias, cara berjalan, cara berbual dan sebagainya. Jika mendekatinya juga sudah dilarang, bagaimana kita sampai hidup dalam rendaman zina sepanjang saat? Terlalu hebat penentangan kita terhadap Allah.
Jika anda teliti dan perhalusi maksud ayat 3 di atas, melanggar larangan zina secara sengaja merupakan satu penolakan terhadap Allah secara terang terangan. Secara halus ia menampakkan kita telah bertuhankan nafsu syaitan lebih dari pengabdian terhadap Allah yang satu. Ini adalah unsur syirik, iaitu menduakan Allah melalui perlanggaran larangannya.
Iman itu bermula dari tasdiq di hati, dizahir dengan ikrar di lisan dan amal kita. Kedegilan kita untuk terus mengikuti tabiat syaitan dengan larangan zina ini akan menjejaskan keimanan kita terhadap Allah. Ini menunjukkan hati kita sendiri sedang menyembah syaitan. Kedegilan dari hati menggambarkan sifat najis yang tidak boleh disamak, itulah sifat babi yang najis sampai ke dalam. Zina adalah suatu yang disengajakan, sangat ditaja dan diusahakan oleh pelakunya, ia bukan terlanjur seperti kemalangan jalanraya di jalan licin.
Surah 9. At Taubah 28. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Begitulah tabiat kita. Selain dari kehendak sendiri, terkadang kita sengaja langgar perkara yang mendekatkan kita dengan zina dengan alasan kerana kerja mencari rezeki. Dalam bidang perhotelan, pelancungan dan banyak bidang ekonomi dan pekerjaan lain, perkara yang menjurus kepada zina kononnya tidak dapat dielakkan. Jika kita masih beralasan lagi, maka jelaslah Allah itu begitu kecil di hati kita. Kerana itu kita lihat SEBELAH MATA saja segala larangan dan suruhan Allah.
Pergilah ke Shagri La dan lihat bagaimana kain belah petugas wanitanya sampai nampak seluar dalam. Bertudung jauh sekali. Lihatlah sosial eskot, GRO, apatah lagi sang pelacur yang memang sangat pasti zina adalah aktiviti utamanya.
Kajian kami menunjukkan terlalu bebasnya zina di kalangan banyak profesion wanita seperti pramugari, golongan artis muda (bahkan yang separuh umur juga), anggota kelab tarian bahkan pekerja kilang sekalipun. Satu nasihat serius pernah diberikan oleh seorang lelaki yang bertugas sebagai jurulatih pramugari, “Pesanlah kepada saudara mara, kalau boleh elakkan dari mengambil isteri dari kalangan pramugari” ujar beliau. Tidak sanggup untuk kami ceritakan penjelasan beliau yang selanjutnya, anda fikirlah sendiri mengapa beliau berkata demikian.
ARAK, ZINA BAKAL MEMBUNUH
Hari ini hampir saja kita merasakan zina itu tidak lagi berdosa. Kita boleh ceritakan aktiviti zina kita secara terbuka bersama rakan dan saudara mara. Ironinya ramai ibu bapa yang tahu anak anak mereka berzina, namun tidak langsung merasa takut akan balasan Allah terhadap mereka. Perhatikan larangan zina ini diawali dan disusuli Allah dengan ayat berkaitan pembunuhan.
17. Al Israa'
31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.
32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
33. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah, melainkan dengan suatu yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.
Jika durian atau nangka masak ada baunya. Zina juga ada mukadimah dan tanda-tandanya. Jika kita tidak mengenal atau memperdulikan tanda dan mencegah melalui tanda MENDEKATI zina, maka mengesan saat perlakuan zina amat sukar sekali kecuali penzina beraksi di tempat awam. Akhirnya kita hanya tahu setelah berlaku pembunuhan, samada mangsa rogol yang dibunuh perogol, atau bayi hasil melantak zina yang dibunuh atau dibuang mati.
Hukum statistik menunjukkan untuk satu penemuan kes sulit, ada sekitar 10 kes lagi bahkan mungkin lebih yang tidak dilapur atau ditemui. Itulah yang kami dapati hasil perbualan dengan pegawai PDRM, doktor swasta, bidan dan pihak-pihak berkaitan kelahiran yang rapat dengan kami. Semua lapuran keluarga atau mangsa (gadis hamil / rogol) yang dirujuk kepada kami juga tidak dilapurkan kepada pihak berkuasa. Ini semua membenarkan ‘law of statistic’yang sebenarnya apa yang dilapur hanya gambaran sahaja. Jumlah sebenar jauh berganda dari itu.
Jika angka 7 kelahiran luar nikah sejam itu kita jadikan asas, bermakna telah berlaku minima 7 zina dalam sejam. Ambil kiraan mudah jika dari setiap kelahiran itu pasangan mengulangi 10 kali zina, samada ia berlaku sebelum hamil dengan menggunakan pelbagai kaedah cegahkehamilan atau meneruskan zina selepas hamil untuk memuaskan nafsu dengan rasa selamat tanpa perlu khuatir hamil lagi. Bermakna untuk golongan 7 kelahiran sejam itu sahaja sudah ada gandaan kekerapan 70 zina sejam, atau lebih dari 1 zina setiap minit.
Ini tidak termasuk begitu banyak kes pengguguran haram akibat zina, kes bayi dibunuh atau dibuang dan berleluasanya zina dengan penggunaan ubat dan alat cegah hamil. Seorang pengasas kami yang menyewa sebuah kedai berhampiran sebuah IPTA yang di atasnya ada 3 tingkat apartment yang disewa pelajar amat menyedihkan. Setiap pagi begitu banyak kondom yang dibuang dari tingkat atas. Itu semua petanda berleluasanya zina. Ya, tidak tergamak untuk kita mengira berapa banyak lagi zina dari golongan ini, yang pasti setiap saat kita menyedut udara tuhan, satu zina sedang menemani nafas kita. MASYAALLAH.. ASTAGHFIRULLAH.
Kempen, baby hatch, penubuhan berbagai rumah perlindungan gadis hamil dan penguatkuasaan undang-undang pembuangan bayi sahaja tidak akan membantu. Setengah pihak malah melihat ia satu ekploitasi. Hari ini banyak pusat yang mengenakan bayaran sangat tinggi untuk menjaga gadis hamil, iaitu sekitar rm1,500-2,000 sebulan. Biasanya sebaik saja gadis disedari hamil sekitar 2 bulan, mereka telah ditempatkan di pusat perlindungan ini. Maknanya untuk jumlah penjagaan 7-9 bulan keluarga gadis atau ‘pembeli’ bayi terpaksa membayar tidak kurang RM15,000 sebelum boleh membawa pulang ibu dan bayi.
Kita juga tahu begitu banyak kes penjualan bayi luar nikah ini. Bahkan terlalu banyak kes pengguguran haram mana ramai para doktor yang tidak bermoral mengambil peluang menangguk di air keruh untuk mengaut keuntungan. Ada jenis doktor lelaki yang mengurangkan bayaran dengan syarat gadis hamil sanggup ditiduri sebelum melakukan pengguguran. Bayangkan beberapa kes yang dirujuk kepada kami seumur 24 tahun sudah pernah menggugurkan 6 kali, bahkan pernah menggugurkan 4 kali seumur 18 tahun. Kebiasaannya gadis atau pasangan lelaki mereka dari golongan kaya, NAUZUBILLAH.
Kita tiada pilihan melainkan dengan mengikut aturan Allah, mengekang aktiviti zina daripada berlaku. Undang-undang sahaja juga tidak mampu menjaga manusia. Hukum hudud dan Qisas adalah yang terbaik bagi tujuan itu, tapi jangan tunggu Hudud Rasmi dari kerajaan sahaja. Yang paling penting ialah hudud yang sebenar dari ibu bapa terhadap diri sendiri dan anak-anak kita. Rasakanlah Allah benar-benar ujud dan cukup besar, cukup tinggi untuk kita daulatkan dalam hidup kita. Bagaimana harus kita bataskan (hududkan) anak kita dari zina jika kita sendiri tidak sudi untuk menjauhinya?
BAGI pihak kerajaan kami pohon agar turut serius untuk menghentikan segala macam acara yang boleh menyalurkan zina. Kita sudah tidak boleh berdalih lagi. Jika ekonomi yang kita jadikan alasan, yakinlah dengan janji Allah seperti dalam firman di atas. Jika pengundi yang kita mahukan, ingatlah, penzina hanya suka kepada hiburan, sampai waktu mengundi, mereka bukan peduli untuk mengundi pun.
WARGA PRIHATIN
Sumber: https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10152445196637786:0
Monday, December 2, 2013
Anak kecil mudah akses bahan porno?
December 3, 2013 Kolumnis 0
Kejadian anak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan melakukan aksi seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun minggu ini amat meluluhkan perasaan kita. Apatah lagi, hanya baru 2 bulan lepas kita masih belum lagi pulih daripada mendengar berita dua beradik lelaki, masing-masing di tahun 2 dan 4, memaksa rakan mereka yang baru memasuki alam persekolahan iaitu di tahun 1, melakukan seks oral, setelah kanak-kanak lelaki itu menonton aksi sedemikian di laman web lucah di komputer. Amat mengejutkan juga bahawa komputer yang digunakan adalah di makmal komputer sekolah.
Ini turut mengguris parut luka lama mengingati satu kes yang mendapat perhatian ramai di tahun 2001, di mana dilaporkan dua pelajar lelaki sekolah rendah dijumpai melakukan aksi oral seks, dan mereka menceritakan kepada guru bahawa aksi tersebut ditiru daripada sebuah video lucah yang ditonton bersama-sama ibu bapa.
Di mana silap kita?
Terdapat banyak peringkat di mana kita harus memeriksa kembali banyak perkara termasuk sistem pendidikan kita dan ia memerlukan kertas kerja yang panjang. Dalam kesempatan terhad ini, biarlah kita mulakan dengan peranan yang paling penting dan paling mengakar umbi; iaitu peranan ibu bapa.
Prinsip asas tarbiah anak-anak
Menurut kes-kes yang dibentangkan, adalah jelas anak-anak di peringkat sekolah rendah mudah meniru apa yang mereka lihat. Kalau dahulu, televisyen menjadi sumber utama, diikuti dengan lambakan cakera padat (CD) lucah, kini akses melalui talian internet dan telefon pintar menjadi satu sumber yang teramat sukar dikawal. Klip-klip video pendek melalui laman perkongsian video hiburan seperti Youtube atau Metacafe menjadi rujukan anak-anak. Tambahan pula dengan teknologi terkini melalui perisian Android di telefon pintar, ‘Tablet’ atau ‘Ipad’, memudahkan aplikasi ini dicapai dengan segera.
Dengan perkembangan di atas, yang juga memudahkan orang dewasa mengakses lebih banyak portal berunsur hiburan, adalah penting bagi ibu bapa menghayati kembali prinsip pendidikan atau tarbiyah kepada diri sendiri.
A) Menapis apa yang ditonton – menjauhi zina mata
Ibu bapa harus mengetahui bahawa terdapat apa yang dikatakan sebagai zina mata atau melihat kepada sesuatu yang berunsurkan maksiat. Zina mata atau “Lahadhat” bukan hanya sekadar memandang, malah diikuti dengan pandangan selanjutnya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad, Rasulullah SAW telah bersabda kepada Saidina Ali yang bermaksud:
”Wahai Ali, janganlah kamu mengikuti pandangan yang pertama (terhadap wanita yang bukan mahram) dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya pandangan pertama itu bagi kamu (diharuskan), tetapi kamu dilarang daripada pandangan yang kedua (iaitu terus memandang kepada wanita yang bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syahwat)”.
Di dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain, dan tidak boleh seorang lelaki bercampur dengan lelaki lain dalam satu selimut, dan begitu juga perempuan dengan perempuan yang lain bercampur dalam satu selimut.”
Soft pornography dan hard pornography
Ibu bapa dalam hal ini perlu maklum bahawa sebarang bentuk pornografi, yang ditakrifkan sebagai “sebarang bahan yang memaparkan secara jelas alat kelamin atau perlakuan seksual, bagi membangkitkan nafsu syahwat” adalah HARAM.
Budaya Barat cuba mengkategorikan pornografi kepada bentuk soft pornography dan hard pornography sebagai kriteria pengkelasan untuk filem-filem tontonan umum dan untuk tontonan mereka di bawah umur, tetapi bagi kita umat Islam, kedua-dua bentuk itu adalah haram sama sekali.
Hard pornography adalah naskah filem atau klip atau majalah (juga komik) yang secara terang-terangan menggambarkan aksi seksual atau alat kelamin secara nyata. Yang lebih bermaharajalela di kotak televisyen kita ialah soft pornography atau aksi memberahikan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.
Kategori kedua ini walaupun tidak menunjukkan secara nyata aksi hubungan seksual, tetapi ia turut bertujuan membangkit nafsu syahwat melalui iklan-iklan oleh model yang berpakaian separuh bogel dan video-video klip hiburan yang memaparkan aksi tarian yang menghairahkan. Saya tidak segan silu mengatakan sebahagian filem-filem tempatan kita dan sesetengah rancangan drama tempatan sudah pun memasuki kategori soft pornography, dan jika tidak dibendung, ia menjadi sesuatu yang diterima norma masyarakat.
Sekiranya ibu bapa dapat mengawal disiplin diri dengan ketat untuk tidak menonton perkara-perkara ini, dan menjadikan rumah kita kawasan larangan dari kemasukan bahan-bahan ini, sebagai contoh mengawal rancangan TV yang kita sendiri tidak wajar tonton, dan tidak membeli CD atau VCD hiburan berbentuk sedemikian, insya Allah sekurang-kurangnya anak kita tidak terdedah kepada bahaya sedemikian di dalam rumah kita sendiri.
Ingatlah, anak-anak kita masih muda dan umpama tunas yang perlu dijaga sebaiknya. Kajian telah membuktikan bahawa akses kepada bahan pornografi ini membentuk jiwa anak-anak ke arah ketagihan kepada menonton dan seterusnya perlakuan seksual itu sendiri.
Dari sudut perubatan, ketagihan seks mengganggu fungsi otak frontal. Otak frontal berperanan dalam membentuk kemahiran mereka menghujah (reasoning) dan memberi rasional sesuatu perkara, keupayaan menetapkan sesuatu matlamat diri, dan disiplin diri yang tinggi.
Dari segi kejiwaan, anak-anak ini dibelenggu rasa bersalah dan jiwa merasa kacau, tetapi mereka tetap ketagihan. Mereka belum kuat untuk menepis imej-imej yang sentiasa menghantui mereka.
Maka kasihanilah anak-anak kita. Bentuklah disiplin diri yang tinggi dalam diri kita ini untuk menjauhi dosa mata, yang bukan sahaja mendatangkan dosa pada kita malah berupaya menghancurkan masa depan anak-anak.
B) Asas didikan anak-anak menurut ajaran Islam
Setiap ibu bapa harus membekalkan diri dengan ilmu pendidikan anak-anak mengikut acuan Islam yang sebenarnya. Islam menentukan adanya dosa dan pahala. Bahkan taklif itu adalah ke atas orang dewasa yang telah baligh.
Acuan peradaban Barat sebaliknya menetapkan sesuatu perkara benar atau salah mengikut umur, anehnya filem 18 SX itu halal untuk dewasa. Bagaimana boleh perkara haram yang dinikmati oleh orang dewasa dapat dikekang daripada sampai kepada anak-anak?
Antara rujukan pendidikan anak-anak yang terbaik ialah buku bertajuk Tarbiyatul Aulad karangan Ustaz Abdullah Nasih Ulwan. Berdasarkan Al Quran dan hadis Rasulullah SAW, beliau menggariskan empat asas pembentukan iman dalam mendidik anak-anak:
1) Memulakan pengenalan anak dengan kalimat “Laa Ilaaha Illallah”
Berdasarkan hadeeth diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Ibn Abbas r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Mulakan pengenalan kalimat “Laa Ilaaha Illallah” kepada anak-anak kamu.”
Rahsianya ialah supaya kalimat tauhid itu, serta syiar kemasukannya dalam Islam, adalah yang awal mengetuk pintu telinga, yang mula-mula dilafazkan oleh lisan dan yg mula-mula difahami perkataan”.
2) Mengenalkannya pada masa dia mula berakal akan hukum halal dan haram
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir dan Ibn Munzir daripada Hadis ibn Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Bekerjalah dengan taat kepada Allah, dan jauhilah maksiat-maksiat terhadap Allah, dan suruhlah anak2 kamu supaya menurut perintah dan menjauhi larangan, maka itulah pemeliharaan diri kamu dan diri mereka daripada api neraka.”
3) Menyuruhnya mula beribadat sejak berusia 7 tahun,
Sebagaimana riwayat Al-Hakim dan Abu Daud drpd Ibn Amru bin Al-Ash bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia 7 tahun, dan pukullah dia kerana tidak bersembahyang pada usia 10 tahun, dan pisahkan mereka dari tempat tidur.”
4) Mendidiknya supaya mencintai Rasulullah SAW dan mencintai keluarga Rasulullah SAW, serta membiasakan diri dengan membaca Al-Quran,
Sebagaimana riwayat at-Thabarani drpda Ali bin Abu Thalib karamallahuwajhah, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Ajarkanlah anak-anak kamu 3 perkara: Mencintai Nabi kamu, mencintai keluarganya serta membaca Al-Quran. Sebab para pembaca Al-Quran berada di sisi Arasy Allah bersama-sama para anbiya’Nya dan ashfiya’Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah saja.”
Saya sebenarnya tertarik kepada poin 2 yang menjadikan mengenalkan hukum halal haram kepada anak-anak suatu asas penting dalam pendidikan mereka. Ini kerana acapkali saya mendengar pendapat yang mengatakan perkara haram dan perkara dosa tidak perlu diperkenalkan awal kepada anak-anak.
Kepincangan ini kita dapati melahirkan ramai ibu bapa yang mendidik anak-anak darihal solat dan puasa, tetapi tidak mengambil berat darihal perkara yang dikategorikan sebagai haram seperti melihat pelakon berpakaian seksi dari filem-filem, meniru perlakuan tersebut, aspek pakaian dan adab pergaulan lelaki dan wanita yang sewajarnya ditanam awal sejak dari kecil, walaupun taklif dosa belum jatuh kepada anak-anak.
Cuba kita lihat ketelitian ulama terdahulu dalam pendidikan anak-anak mereka:
Al-Jahizh telah meriwayatkan bahwasanya ketika ‘Uqbah bin Abi Sufyan menyerahkan anaknya kepada seorang guru, ia mengatakan,
“Hendaklah yang pertama kali Engkau lakukan untuk memperbaiki anakku adalah memperbaiki dirimu sendiri, karena penglihatan mata mereka adalah tertumpu pada penglihatanmu; apa yang baik pada mereka adalah apa yang menurutmu dianggap baik, dan yang jelek pada mereka adalah apa yang menurutmu dianggap jelek.
Ajarkanlah kepada mereka biografi orang-orang bijak dan akhlak orang-orang berbudi; ancamlah mereka dengan diriku dan didiklah mereka tanpa membandingkan diriku; jadilah engkau seorang doktor yang tidak memberikan ubat sampai mengetahui penyakit yang diderita; janganlah engkau membatasi dirinya hanya kepada sesuatu yang tidak bisa aku lakukan, kerana sesungguhnya aku telah mempercayakan sepenuhnya akan anakku.” (Tarbiyatul Aulad fil Islam, Abdullah Nasih Ulwan)
C) Ibu bapa menguasai teknologi terkini dan menjadi lebih pintar berbanding gajet pintar
Saya pernah mendengar maklum balas seorang pembaca yang mengatakan, “ajar sahaja anak-anak kita al- Quran, nescaya selamat”. Saya merasakan ibu bapa perlu ilmu yang lebih luas dalam membentuk kemahiran pendidikan anak-anak di zaman ini.
Ibu bapa perlu terkedepan dalam mengetahui perkembangan teknologi atau sekurang-kurangnya mempunyai tahap pengetahuan yang sama dengan anak-anak. Jangan terlalu ketinggalan lantaran kita memandang negatif kemajuan teknologi. Seperti pisau, kemajuan teknologi ada sisi baik dan ada sisi buruknya.
Sebuah kajian di Indonesia pada tahun 2008 menyiarkan fakta bahawa 67% dari responden kanak-kanak telah pun terdedah kepada bahan pornografi melalui internet, permainan komputer dan komik.
Sebahagian besar dapat mengakses kepada bahan-bahan tersebut daripada gajet pintar yang dihadiahkan oleh ibu bapa, kebanyakannya sebagai simbol prestij.
Ibu bapa mungkin perlu mengkaji semula hadiah yang sesuai kepada anak-anak, kerana telefon pintar, atau Ipad yang tidak dibekalkan dengan talian internet, masih boleh digunakan oleh mereka tanpa pengawasan kita di premis-premis yang menyediakan wifi percuma. Timbanglah buruk baik penggunaannya dan tidak perlu kita tertekan dengan orang lain yang menjadikannya sebagai satu lagi status masyarakat.
Saya tidak menafikan anak-anak remaja kini terpaksa melakukan tugasan yang memerlukan penggunaan internet, maka untuk mengharamkan penggunaan internet dan laman sosial adalah sama sekali tidak munasabah.
Saya mencadangkan beberapa perkara yang dapat kita lakukan bagi memantau anak-anak:
1. Meletakkan komputer di kawasan awam seperti ruangan keluarga, bukan di bilik anak-anak. Mudah untuk kita mengawasi. Kurangnya privasi di ruangan ini menghalang anak-anak meneroka terlalu lama, laman-laman web yang mencurigakan, sekiranya mereka terserempak dengannya.
2. Mengadakan akaun untuk setiap anak-anak dan menghadkan penggunaan mereka selama 2 atau 3 jam bergantung kepada umur mereka. Bagi anak-anak saya, mereka dibenarkan mempunyai kata laluan sendiri, tetapi masa penggunaan komputer telah saya tetapkan.
3. Menggunakan ‘software’ penapisan laman web seperti Net Nannyyang boleh digunakan bagi menghalang anak-anak mengakses laman web lucah dan banyak lagi laman picisan hiburan. Harga ‘software’ ini dalam lingkungan RM 100-200 setahun tetapi pelaburan yang berbaloi mengambil kira kemajuan teknologi yang tak dapat dielakkan.
4. Pengawasan dan pencegahan amat penting untuk anak-anak. Sehubungan itu saya berterus terang dengan anak-anak sebagai ibu dan ‘admin’ saya berhak meneliti sejarah penggunaan komputer mereka. Dari semasa ke semasa saya akan buat pemeriksaan mengejut untuk melihat laman yang telah mereka akses.
5. Bagi telefon pintar dan Ipad, sebolehnya adakan kata laluan, dan awasi penggunaan Youtube yang digemari anak-anak. Adakalanya, filem-filem yang berunsur pornografi telah dimuat naik ke dalam Youtube sepenuhnya.
6. Akhir kata, banyakkan berdoa agar Allah memelihara anak-anak kita dalam keadaan di mana kita tidak berupaya mengawasi mereka seperti di luar rumah. Kepada Allah kita bertawakkal selepas kita berusaha.
Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak memerhatikan kita.
Kelekaan kita dengan gajet pintar juga mungkin memberi mesej yang salah kepada mereka, bahawa berlama-lamaan dengan gajet adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan, dan bukannya berinteraksi sesama sendiri. Sebaiknya perlakuan kita menjadi suatu contoh yang diteladani dan diingati anak-anak kita seberapa lama yang boleh.
Cuba lihat bagaimana Ibn Abbas meriwayatkan melalui Imam Bukhari di mana beliau mengingati contoh baik yang ditunjukkan sewaktu usianya masih kecil:
“Aku bermalam di rumah bibiku, Maimunah dan melihat Rasulullah SAW bangun. Setelah berada pada sebahagian malam, beliau bangun dan berwudhu ringan dengan air dari dalam kantung kulit yang digantung di dinding kamarnya. Setelah itu, beliau pun mengerjakan solat malam. Aku pun ikut bangun dan berwudhu dari tempat air yang digunakan oleh beliau. Kemudian aku berdiri solat di samping kiri beliau, lalu beliau memindahkanku ke samping kanannya…”
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Ketua Penerangan Wanita ISMA
Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2013/12/anak-kecil-mudah-akses-bahan-porno/
Saturday, November 30, 2013
Semoga Ustaz Kazim tidak sekadar baca doa
Shahbudin Husin
30 November 2013
- Ustaz Mohd Kazim Elias al-Hafiz
UMNO semalam mengumumkan perlantikan sembilan ahli MT
untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya
pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan
Agung Umno minggu depan. Perlantikan yang dibuat dan disahkan oleh
Presiden Umno, Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.
Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah perlantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Araf, walaupun menjadi Pengerusi Yadim tetapi beliau memang orang Umno. Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN.
Prof Ibrahim pula memang dikenali sebagai ahli akademik dan pernah menjadi Naib Canselor UiTM tetapi sejarahnya dengan Umno sudah berakar umbi sejak zaman pelajar lagi di mana pernah menjadi pengasas sebuah kelab Umno di luar negara.
Lantaran itu, perlantikan mereka menduduki kerusi MT tidaklah mengejutkan, ia tidak jauh berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno yang lain yang turut dilantik itu. Tetapi agak berbeza dengan Ustaz Kazim. Walaupun dalam banyak ceramahnya yang boleh ditonton melalui Youtube, kecondongannya kepada Umno dan kerajaan agak jelas, tetapi keahliannya dalam Umno masih belum pasti. Ramai yang mengatakan beliau bukanlah ahli Umno dan dalam sebuah ceramahnya juga, Ustaz Kazim ada mengaku beliau bukanlah ahli Umno.
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, beliau tidak peduli kepada hal-hal lain kerana dalam hatinya hanya ada ALLAH saja.
Dalam Umno sendiri kedengaran suara-suara yang mempertikaikan kewajaran perlantikan beliau itu. Sementara ada yang berpandangan bagaimana Najib boleh melantik seseorang yang bukan ahli Umno menduduki kerusi MT dan ini seakan mengesahkan lagi bahawa pemimpin Umno tiada harga di mata Presiden Umno dan Perdana Menteri, ramai yang lain berasa kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini.
Mereka bimbang jika beliau tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT ini kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya Umno yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama. Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam Umno dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut.
Golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah. Ilmu agama yang dimiliki kerapkali tidak lagi menjadi pemandu dalam kehidupan dan kecintaan kepada dunia akan menenggelamkan kecintaan kepada akhirat.
Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini.
Lebih daripada itu, dengan menerima perlantikan sebagai ahli MT juga, ramai yang percaya Ustaz Kazim tidak akan berperanan dalam dakwah Islam seperti dulu lagi. Beliau akan menjadi sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti dalam Umno dan mungkin juga bakal diberi jawatan di mana-mana agensi kerajaan.
Akhirnya beliau hanya berperanan membaca doa di majlis-majlis berkaitan Umno saja. Dan mungkin tugas pertamanya membaca doa ialah dalam mesyuarat MT sebelum Perhimpunan Agung Umno minggu depan ini ataupun ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno di PWTC nanti.
Amatlah malang, daripada berdakwah, berceramah dan menyampaikan ilmu, akhirnya hanya berperanan membaca doa saja.
Lebih malang lagi, jika selepas bergaul lama dalam Umno dan mula hanyut dalam persekitaran Umno sebagaimana yang sudah terbukti berlaku kepada ramai golongan agama sebelum ini.
Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.
Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah perlantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Araf, walaupun menjadi Pengerusi Yadim tetapi beliau memang orang Umno. Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN.
Prof Ibrahim pula memang dikenali sebagai ahli akademik dan pernah menjadi Naib Canselor UiTM tetapi sejarahnya dengan Umno sudah berakar umbi sejak zaman pelajar lagi di mana pernah menjadi pengasas sebuah kelab Umno di luar negara.
Lantaran itu, perlantikan mereka menduduki kerusi MT tidaklah mengejutkan, ia tidak jauh berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno yang lain yang turut dilantik itu. Tetapi agak berbeza dengan Ustaz Kazim. Walaupun dalam banyak ceramahnya yang boleh ditonton melalui Youtube, kecondongannya kepada Umno dan kerajaan agak jelas, tetapi keahliannya dalam Umno masih belum pasti. Ramai yang mengatakan beliau bukanlah ahli Umno dan dalam sebuah ceramahnya juga, Ustaz Kazim ada mengaku beliau bukanlah ahli Umno.
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, beliau tidak peduli kepada hal-hal lain kerana dalam hatinya hanya ada ALLAH saja.
Dalam Umno sendiri kedengaran suara-suara yang mempertikaikan kewajaran perlantikan beliau itu. Sementara ada yang berpandangan bagaimana Najib boleh melantik seseorang yang bukan ahli Umno menduduki kerusi MT dan ini seakan mengesahkan lagi bahawa pemimpin Umno tiada harga di mata Presiden Umno dan Perdana Menteri, ramai yang lain berasa kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini.
Mereka bimbang jika beliau tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT ini kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya Umno yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama. Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam Umno dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut.
Golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah. Ilmu agama yang dimiliki kerapkali tidak lagi menjadi pemandu dalam kehidupan dan kecintaan kepada dunia akan menenggelamkan kecintaan kepada akhirat.
Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini.
Lebih daripada itu, dengan menerima perlantikan sebagai ahli MT juga, ramai yang percaya Ustaz Kazim tidak akan berperanan dalam dakwah Islam seperti dulu lagi. Beliau akan menjadi sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti dalam Umno dan mungkin juga bakal diberi jawatan di mana-mana agensi kerajaan.
Akhirnya beliau hanya berperanan membaca doa di majlis-majlis berkaitan Umno saja. Dan mungkin tugas pertamanya membaca doa ialah dalam mesyuarat MT sebelum Perhimpunan Agung Umno minggu depan ini ataupun ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno di PWTC nanti.
Amatlah malang, daripada berdakwah, berceramah dan menyampaikan ilmu, akhirnya hanya berperanan membaca doa saja.
Lebih malang lagi, jika selepas bergaul lama dalam Umno dan mula hanyut dalam persekitaran Umno sebagaimana yang sudah terbukti berlaku kepada ramai golongan agama sebelum ini.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/karya/entri-blog/semoga-ustaz-kazim-tidak-sekadar-baca-doa-1.226038
Friday, November 29, 2013
Al wasatiyyah dalam alquran
October 20 via mobile
' Ummatan wasata' ialah umat yang dominan yg menggenggam pusat/paksi urusan kehidupan
Hari ini orang faham wasatiyyah itu dengan berada di tengah tengah antara Islam dan jahiliyyah.
Mereka mencairkan Islam dengan tafsiran yang serasi dgn jahiliyyah/ kekufuran liberalisme dam pluralisme untuk menjadi Islam liberal atau Islam demokratik.
Mereka inilah produk alternatif Amerika dan barat untuk menggantikan regim lama yg digelar sebagai moderate muslim.
Jadi perkataan wasatiyyah yg digunakan untuk menyifatkan diri mereka bukan merujuk kepada mafhum al quran tetapi sebenarnya merujuk kepada maksud moderate ala barat.
Sebab itu mereka akan menolak mafhum ketuanan dan lebih mendokong kesamarataan.
Mereka menolak peranan bangsa dan agama dalam politik.
Dengan itu mengabaikan hakikat bahawa Malaysia (tanah melayu) sebagai wilayah kekuasaan bangsa melayu/ bumiputra dan kedaulatan agama Islam untuk menjadikanya samarata.
Mereka keliru antara politik dengan dakwah. Kewajiban politik ialah mempertahankan hak ke atas wilayah kekuasaan bangsa dan kedaulatan agama. Itu tidak menghalang usaha dakwah.
Tetapi bertolak ansur mengorbankan hak kekuasaan dan kedaulatan atas nama dakwah, hikmah dan kesederhanaan adalah satu yang jauh menyimpang dari landasan perjungan yang sebenar.
Fb: Abdullah Zaik Abd Rahman
Kata Imam al-Bana
- Lihatlah bagaimana Imam al- Bana menggambarkan lelaki-lelaki Mujahid sebagai :
“seorang yang membuat persiapan untuk
dakwahnya, memahami dakwahnya dengan hati dan jiwa, sentiasa berfikir
untuk dakwahnya dan sentiasa bersiap sedia. Jika dijemput, dia akan
hadir dan apabila diseru dia akan menyahut. Pagi, petang, cakapnya,
serius dan guraunya tidak melampaui medannya. Dia tidak mengambil
peranan selain dari agenda perjuangannya”.
“Engkau dapat membaca kesakitan yang
disembunyikan pada raut wajahnya, kilauan matanya, ungkapan lidahnya
serta getaran hatinya. Engkau dapati pada dirinya keazaman yang benar,
keinginan yang tinggi dan matlamat yang jauh”.
- Katanya Imam al-Bana :
Thursday, November 28, 2013
Agenda Melayu Liberal Melalui MKPN ?
Thursday, November 28, 2013
Saya tertarik dengan komen blogger Helenang mengenai penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) - KLiK. Amoi ni banyak menulis tentang Dap dan saya kira beliau lebih memahami mentaliti dan perjuangan Dap dari saya. Jadi bila Helenang menimbulkan persoalan -
Kenapa Najib bertindak seperti orang Dap ? , saya jadi terpanggil untuk komen lagi tentang MKPN.
"Jika kita sudah melihat antara kita bukan melalui lensa agama atau kaum, pada masa itu kita boleh mencapai kemuncak kepada proses pembangunan negara bangsa,"
Point utama Helenang adalah kenyataan
Najib di atas yang dilihatnya mirip kata2 yang sering diungkap oleh
pemimpin2 Dap dalam menjual konsep Malaysian Malaysia mereka.
Kita pun tahu yang Dap cuma berlakon
saja melalui seruan samarata mereka. Tuntutan samarata Dap hanya
ditujukan kepada orang2 Melayu saja, pengorbanan ditagih pada pihak
orang Melayu saja supaya menggugurkan apa saja hak2 istimewa yang ada
supaya keadaan menjadi 'adil', supaya dihapuskan sebarang kekangan atau
rezab yang menghalang kerakusan mereka untuk membolot segalanya yang ada
di Tanah Melayu ini.
Point utama mereka - kita semua rakyat
Malaysia, kita semua SAMA. Kalau cina bolot segalanya pun, apa salahnya ?
Cina pun rakyat Malaysia .... kan ? Jangan lihat cina sebagai cina
tapi lihat cina sebagai rakyat Malaysia. Baru Malaysian Malaysia maaaa
...
Dengan katalain - jangan gunakan lensa kaum !
( artikel ini bukan hendak menjawap slogan Dap jadi saya tidak akan panjangkan bagian menjawap itu )
Kalau Helenang agak terkejut dengan
kenyataan Najib, saya pula lebih kepada 'seperti yang dijangkakan'
atau ' sikit tak heran'. Sebab ia selari dengan seorang yang berjiwa
LIBERAL.
OK balik kepada keperluan diwujudkan MKPN. Sebenarnya penubuhan MKPN ini pernah disebut 15 Julai lalu - KLiK. Tapi
melihat kepada senario yang berlaku didepan mata kita akhir2 ini -
sebenarnya yang selalu mula menimbulkan masalah berasaskan perkauman ini
siapa ?
Yang selalu mengeluarkan kenyataan2
biadab mempertikaikan apa yang selama ini sudah termaktub dalam
Perlembagaan dan Kontrek Sosial ini ..... siapa ?
Yang perlu dididik, dan difahamkan dan dibasuh minda mereka .... siapa ?
Jadi untuk apa ditubuhkan MKPN yang mana saya pasti sedikit sebanyak akan menuntut satu bentuk KOMPROMI dipihak orang Melayu ?
Kenapa tidak ditubuhkan saja Majlis
Konsultasi Bukan Melayu Nasional supaya mereka yang belum faham maksud
menjadi seorang rakyat negara bernama Malaysia dapat diajar supaya
menghormati apa yang dikatakan sebagai dimana bumi dipijak, disitu
langit dijunjung.
Bukannya berpijak di Tanah Melayu tapi
masih menjunjung langit Tanah Besar China kuno ! Saya katakan kuno sebab
terbukti rakyat China sekarang pun tidak sekiasu kaum cina kita. ( KLiK )
Perhatikan ahli2 MKPN pula -
Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye
Ahli majlis:
Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh
Berapa ramai dari nama2 Melayu diatas
yang boleh kita harapkan dapat membawa agenda bangsa kedalam sebarang
perbincangan MKPN kelak ?
Anda sebagai orang Melayu, adakah anda setuju diwakili oleh orang2 Melayu yang telah diumum oleh Najib di atas ?
Salahkah kalau saya katakan yang kaum
Melayu diwakili oleh mereka yang lebih ramai jenis mahu meLIBERALkan hak
bangsa mereka sendiri ?
Tak ke sepesen je Najib dengan pemikiran Ketua Pemuda Umno ini -
PS- Oya, ada dengar Dap melalak balun penubuhan MKPN ini ?
Cadangan: Sila Klik di tempat yang perlu diklik.
Sumber Fb: din turtle.

Tuesday, November 26, 2013
ISMA - Pembela Maruah Melayu Islam
Tuesday, November 26, 2013
Sejak akhir2 ini nama NGO Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) semakin kerap keluar dalam media bila terdapat isu2 politik semasa yang hangat. Saya mula perasan akan kehadiran ISMA 3 tahun lepas semasa isu kalimah Allah mula diperdebatkan ketika Pilihanraya Sarawak, waktu itu yang mula2 bangkit bersuara mempertahankan kalimah Allah adalah gabungan Ngo dibawah nama PEMBELA. ( KLiK ). Waktu itu tidak ramai yang berani bersuara dalam isu ini.
ISMA adalah salah satu Ngo di bawah PEMBELA. Mereka juga salah satu NGO di belakang Himpunan Sejuta Umat dua tahun lepas.
ISMA semakin mendapat nama bila Marina mengugut mahu menyaman mereka ekoran tindakan ISMA menyebarkan 70 ribu risalah di masjid2 seluruh negara mengaitkan nama Marina sebagai salah seorang dalang dibelakang COMANGO berdasarkan jawatan beliau selaku salah seorang ahli lembaga Pengarah SIS.
Komen ISMA tentang Marina - ISMA, SIS, Comango dan saman.
ISMA bukan organisasi yang sanggup berkompromi dengan begitu mudah dan longlai sekali di hadapan wajah anti-Islam dan anti-insaniyah, atau mudah mencairkan identiti dan menggadai prinsip dalam apa jua keadaan atau tekanan, walaupun perlu hadir ke mahkamah untuk membuktikan kesungguhan dan keseriusan mereka.
Komen ISMA tentang tindakan mereka menyebarkan risalah -
Dalam konteks ini, ISMA bertindak mewakili suara umat Islam di Malaysia yang menolak sebarang usaha untuk mempromosi amalan LGBT, hak asasi mutlak untuk murtad yang bertentangan dengan syarak dan norma masyarakat timur.
ISMA memahami tuntutan untuk berdakwah secara hikmah itu adalah perkara penting. Namun, dalam situasi terkini yang menyaksikan serangan bertubi-tubi oleh gerakan dan individu yang mengancam kedaulatan Islam di Malaysia, ini menuntut ISMA untuk bersikap tegas dan lantang dalam memperjuangkan isu-isu dan kepentingan Islam. ( Tiada alasan untuk berlembut dengan Comango )
TERBARU adalah komen menarik dari ISMA mengenai kenyataan Najib yang menganggap pengelak cukai sebagai Pengkhianat negara - PM, boros harta awam juga khianat.
Baca juga pandangan ISMA mengenai isu2 ini ( saya copy link laman web ISMA ) -
Dalam isu Kalimah Allah - Menjawab pemikiran Mujahid Rawa.
Isu Liberal - Liberal Muslims have only themselves to liberate, not Islam.
Secara peribadi saya teruja dengan kebangkitan ISMA ini memandangkan orang Melayu sudah kehilangan SUARA yang mampu mewakili sebenarnya dilemma orang Melayu.
Umno ? Jangan nak buat lawak la ....
Perkasa ? Maaf, perjuangan anda sudah tidak sekental dulu ... Perkasa sudah dilihat sebagai terlalu menjaga hati Umno yang terlalu menjaga hati kaum lain.
Untuk mengenali ISMA dengan lebih dekat lagi, sila baca -
Mengapakah ISMA berbeza ?
Kuasa politik Melayu lemah punca Islam dihina.
Sumber: http://dinturtle.blogspot.com/2013/11/isma-pembela-maruah-melayu-islam.html
Monday, November 25, 2013
DIKECAM KERANA ANGKAT SUMPAH DENGAN AL-QURAN
Setiausaha Parlimen Australia Ed Husic Dikecam Kerana Angkat Sumpah Menggunakan Al-Quran sewaktu perlantikan beliau.
Menteri Muslim pertama yang menjawat jawatan tinggi di struktur kerajaan Australia, diserang secara rasis di jejaring sosial media hanya disebabkan beliau mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran dan tidak menggunakan Kitab Injil.
“Saya adalah saya,” kata Ed Husic, yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Kevin Rudd pada hari Isnin.
“Jelas Saya tidak akan bersumpah menggunakan kitab Injil ” Ujarnya.
“Tapi saya juga berfikir bahwa anda pasti akan memiliki, dari waktu ke waktu, di sekeliling anda ada orang-orang yang ekstrim, ada orang-orang ekstrim di dalam agamanya dan ada orang-orang yang ekstrim di luar itu dan mereka akan selalu mencari cara-cara untuk mempengaruhi orang lain. ” katanya.
Husic, yang berasal dari Bosnia, adalah Muslim pertama yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Australia. Beberapa jam setelah ia mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Quentin Bryce, di halaman Facebooknya, beliau telah menerima ratusan komen-komen dari mereka yang marah dan tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menggunakan Al-Quran, dan bukan Kitab Injil seperti kebiasaanya yang digunakan untuk mengangkat sumpah.
“Anda telah melakar sejarah terburuk, bersumpah menggunakan Al-Quran!! Ini adalah Australia dengan Hukum Australia,” kata seorang komentar yang menggunakan nama FB Dinki Di Sheila.
“Bersumpah untuk melayani Australia dengan menggunakan ‘buku teroris’, buku yang sama yang digunakan oleh Al-Qaeda.... Menjijikkan,” antara komen yang lainnya.
“Memalukan, Memalukan, Memalukan,” tulis Ross.
“Saya sangat kecewa dengan kerajaan sperti mereka tidak memiliki tulang belakang untuk berdiri dengan cara hidup Australia.”
“Anda harus merasa malu sebagai bangsa yang besar. Politik Australia telah mengikuti anjing, dan melakukan tindakan khianat dengan bersumpah dengan Al-Quran, Anda adalah anjing kampung terbesar di halaman rumah!, ” kata Pengguna lain, Steve Kerr
Husic, berusia 43 tahun, melakar sejarah pada tahun 2010 ketika beliau telah terpilih sebagai anggota parlimen bagi Sydney barat. Beliau mengangkat sumpah dengan tangan kanannya memegang kitab Alquran.
Tidak pelik lah apabila rakyat Australia yang pelbagai agama itu mempertikaikan Al-Quran kerana sudah sekian lama pasukan penentang agama Allah ini melakukan dakyahnya.
Oleh itu, kepada ummat Islam sekalian, marilah kita berbalik kepada Al-Quran dan As-Sunnah agar kita selamat di dunia dan di akhirat.
AMINNNN.
Sumber: FB, Wikipedia dan Youtube | kredit: tintaasyraf
Menteri Muslim pertama yang menjawat jawatan tinggi di struktur kerajaan Australia, diserang secara rasis di jejaring sosial media hanya disebabkan beliau mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran dan tidak menggunakan Kitab Injil.
“Saya adalah saya,” kata Ed Husic, yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Kevin Rudd pada hari Isnin.
“Jelas Saya tidak akan bersumpah menggunakan kitab Injil ” Ujarnya.
“Tapi saya juga berfikir bahwa anda pasti akan memiliki, dari waktu ke waktu, di sekeliling anda ada orang-orang yang ekstrim, ada orang-orang ekstrim di dalam agamanya dan ada orang-orang yang ekstrim di luar itu dan mereka akan selalu mencari cara-cara untuk mempengaruhi orang lain. ” katanya.
Husic, yang berasal dari Bosnia, adalah Muslim pertama yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Australia. Beberapa jam setelah ia mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Quentin Bryce, di halaman Facebooknya, beliau telah menerima ratusan komen-komen dari mereka yang marah dan tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menggunakan Al-Quran, dan bukan Kitab Injil seperti kebiasaanya yang digunakan untuk mengangkat sumpah.
“Anda telah melakar sejarah terburuk, bersumpah menggunakan Al-Quran!! Ini adalah Australia dengan Hukum Australia,” kata seorang komentar yang menggunakan nama FB Dinki Di Sheila.
“Bersumpah untuk melayani Australia dengan menggunakan ‘buku teroris’, buku yang sama yang digunakan oleh Al-Qaeda.... Menjijikkan,” antara komen yang lainnya.
“Memalukan, Memalukan, Memalukan,” tulis Ross.
“Saya sangat kecewa dengan kerajaan sperti mereka tidak memiliki tulang belakang untuk berdiri dengan cara hidup Australia.”
“Anda harus merasa malu sebagai bangsa yang besar. Politik Australia telah mengikuti anjing, dan melakukan tindakan khianat dengan bersumpah dengan Al-Quran, Anda adalah anjing kampung terbesar di halaman rumah!, ” kata Pengguna lain, Steve Kerr
Husic, berusia 43 tahun, melakar sejarah pada tahun 2010 ketika beliau telah terpilih sebagai anggota parlimen bagi Sydney barat. Beliau mengangkat sumpah dengan tangan kanannya memegang kitab Alquran.
Tidak pelik lah apabila rakyat Australia yang pelbagai agama itu mempertikaikan Al-Quran kerana sudah sekian lama pasukan penentang agama Allah ini melakukan dakyahnya.
Oleh itu, kepada ummat Islam sekalian, marilah kita berbalik kepada Al-Quran dan As-Sunnah agar kita selamat di dunia dan di akhirat.
AMINNNN.
Sumber: FB, Wikipedia dan Youtube | kredit: tintaasyraf
Subscribe to:
Posts (Atom)








