Pages

Monday, July 13, 2015

ISMA pejuang Melayu atau pejuang Islam?

July 23, 2014 Kolumnis, Mohd Firdaus bin Salleh Hudin 2

Mujahid Yusuf Rawa ISMA
 
Berikut merupakan coretan ringkas bagi menjawab kekeliruan pemikiran Ahli Parlimen PAS Dr Mujahid Yusuf berkenaan agenda ISMA yang diterbitkan oleh sebuah media minggu lalu.
  Soalan: Benarkah ISMA dakwa Islam di Malaysia hanya untuk orang Melayu?

Jawapan: Tidak benar, tidak pernah ada dalam mana-mana kenyataan rasmi ISMA yang mendakwa Islam hanya untuk orang Melayu. Sebaliknya ISMA juga berpendirian seperti orang Islam lain yang memahami bahawa Islam terbuka dan tidak eksklusif untuk orang Melayu sahaja.

Soalan: Jika demikian, apakah istimewanya bangsa Melayu sehingga menjadi slogan utama dalam seruan-seruan ISMA? ISMA ini pejuang Islam atau pejuang bangsa?

Jawapan: ISMA menyeru kepada perpaduan Melayu demi kedaulatan Islam di Malaysia. Hal ini kerana orang Melayu di Malaysia adalah orang Islam dan majoriti umat Islam di Malaysia adalah orang Melayu. Jika orang Melayu berpecah belah, bermakna orang Islam di Malaysia tidak bersatu padu. Begitu juga sebaliknya, jika orang Melayu semuanya bersatu padu, Islam juga yang akan untung kerana mempunyai kekuatan perpaduan.

Istimewanya Melayu dalam perjuangan ISMA ialah kerana bangsa Melayu merupakan tuan tanah ini. Berdasarkan sejarah, orang Melayu telah menduduki tanah ini sejak sekian lama. Oleh itu, selaku tuan tanah, orang Melayu berhak menentukan masa depan mereka tanpa diganggu oleh orang lain. Oleh kerana orang Melayu itu beragama Islam dan perlembagaan juga menyebut tentang kedudukan Islam yang lebih tinggi mengatasi yang lain, maka sewajarnya orang Melayu meletakkan Islam sebagai panduan dan rujukan dalam mencapai matlamat sesebuah negara Islam.

ISMA memperakui hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan salah satu timbal balik ke atas pengiktirafan kewarganegaraan yang diberikan secara percuma kepada orang bukan Melayu menjelang kemerdekaan.

Soalan: Adakah ISMA ini pejuang Melayu atau pejuang Islam?

Jawapan: ISMA adalah pejuang Melayu dan juga pejuang Islam. Tidak ada pertembungan antara keduanya. ISMA memperjuangkan hak-hak Melayu selaku bangsa tuan tanah. Orang Melayu berhak memimpin negara. Orang Melayu wajib menguasai politik dan ekonomi negara. Seruan-seruan ini bukan slogan perkauman. ISMA tidak pernah menyentuh hak bangsa lain. ISMA hanya mempertahankan hak Melayu sedia ada yang kini semakin dipertikai malah diganggu-gugat dan mahu dihapuskan. Di dalam Islam, seruan kepada kaum sendiri tidak tercela selagi tidak menindas kaum dan bangsa lain. Di manakah salahnya ISMA menyeru kepada perpaduan orang Melayu demi kedaulatan Islam seperti dalam slogannya yang dilancarkan pada tahun 2010 iaitu ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’?

ISMA juga pejuang Islam. Cita-cita Islam merupakan cita-cita ISMA. Rujukan utama di dalam Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah menjadi rujukan utama ISMA. ISMA mahu Malaysia menjadi negara Islam yang melaksanakan hukum-hakam Islam, membawa risalah Islam ke seluruh alam.

Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang ISMAweb

Sunday, July 12, 2015

Kes Plaza Low Yat: ‘Pergaduhan’ dalam media sosial lebih panas

July 13, 2015 

gaduh-bt-bintang-2
Oleh Razali bin Zakaria

KUALA LUMPUR, Isnin – Keadaan di Plaza Low Yat di Bukit Bintang sejak semalam dan malam tadi agak tegang, namun polis berkata pergaduhan yang tercetus bukan membabitkan isu perkauman, tetapi akibat rasa tidak puas hati.

Dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan lewat di luar plaza berkenaan malam tadi beberapa orang dilaporkan cedera.

Pergaduhan itu dipercayai tercetus akibat rasa tidak puas hati apabila ada peniaga peralatan telekomunikasi di plaza berkenaan semalam, dikatakan menipu seorang remaja kononnya telefon bimbit yang dibelinya adalah original.

Namun, selepas diperiksa kemudiannya remaja berkenaan mendapati telefon bimbit itu adalah tiruan dan kembali ke kedai terbabit untuk menuntut semula wangnya. Akibatnya berlaku pertengkaran, sebelum remaja itu mengambil telefon bimbit original dan meninggalkan tempat itu.

Peniaga terbabit bagaimanapun menjerit menuduh remaja itu mencuri, sebelum dia bersama beberapa peniaga lain dengan bantuan pengawal keselamatan menangkap remaja itu. Ada dakwaan mengatakan remaja itu juga dipukul sebelum diserahkan kepada polis.

Polis bagaimanapun dikatakan membebaskan remaja berkenaan selepas dia menunjukkan bukti resit belian. Remaja terbabit kemudian dikatakan pergi semula bersama tujuh rakannya di kedai telefon bimbit itu dan merosakkan beberapa peralatan.

gaduh-by-bintang-4

Polis bagaimanapun, bertindak menangkap beberapa pihak yang terbabit dalam serangan itu.
Bagaimanapun, seawal jam 8 malam tadi ratusan orang mula membanjiri kawasan depan plaza terbabit kerana tidak puas hati terhadap peniaga berkenaan.

Perang mulut dilaporkan berlaku antara dua kumpulan sebelum pergaduhan tercetus.
Ketua Polis Negara ,Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis telah mengambil tindakan terhadap dua kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan itu.

Beliau menafikan dakwaan dalam media sosial bahawa pergaduhan itu tercetus akibat isu perkauman, sebaliknya hanya melibatkan pergaduhan dua pihak.

“PDRMsia telah tangkap sebahagian mereka yang terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yang lain. Biar polis ambil tindakan,” katanya melalui akaun Twitter beliau semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa ketika ditemui pemberita malam tadi berkata, polis menahan tiga lagi individu erusia 22 hingga 25 tahun di plaza berkenaan.

Beliau berkata, mereka ditahan selepas cuba melakukan provokasi dalam perhimpunan di luar plaza berkenaan.

Tinjauan Ismaweb.net tengah malam tadi di kawasan berkenaan mendapati keadaan kembali tenang dengan polis turut mengadakan sekatan dan pemeriksaan terhadap orang awam. Puluhan anggota polis sebelum itu berkumpul bagi mengawal keadaan tegang yang berlaku.
 
Sementara itu, isu pergaduhan berkenaan menjadi ‘panas’ dalam media sosial sehingga lewat malam tadi, apabila ramai nitizen memuat naik gambar dan video yang didakwa pergaduhan di plaza berkenaan.

Ismaweb mendapati ulasan-ulasan yang diberikan dalam media sosial terbabit juga sesetengahnya boleh mencetuskan isu perkauman, apabila masing-masing membuat tuduhan.

Selain itu, ada juga yang memuat naik video yang menunjukkan ‘peniaga’ di Plaza Low Yat itu kononnya memiliki senjata seperti parang dan besi untuk mengawal keadaan.

Nitizen turut mengkritik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) kerana gagal mengambil tindakan terhadap peniaga di Plaza Low Yat yang didakwa menjual banyak barang tiruan, terutama telefon bimbit.

 gaduh-by-bintang-3


 Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/07/kes-plaza-low-yat-pergaduhan-dalam-media-sosial-lebih-panas/

Friday, July 10, 2015

Tahaluf Siasi Dengan DAP Terbatal – Majlis Syura Ulamak



Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.

Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.


Dalam masa yang sama PAS tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.

Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 10 Julai 2015

Tuesday, July 7, 2015

Ambiga lebih bahaya, bukan saya: Ridhuan Tee


July 7, 2015


RIDHUAN-TEE-SINAR-2
Oleh Azri El

BANGI, Selasa – Pendakwah dan pensyarah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mendakwa Datuk Ambiga Sreenevasan lebih berbahaya kepada negara ekoran perjuangan hak asasinya yang bercanggah dengan Perlembagaan dan Islam sebagai agama Persekutuan.

Membidas bekas Pengerusi Majlis Peguam itu, Ridhuan berkata, adalah tidak adil jika pandangan dan pendapatnya mahu disekat sedangkan kumpulan hak asasi dibiarkan bercakap dengan bebas.

“Pejuang hak asasi manusia yang bercanggah dengan Perlembagaan dan agama seperti dia sendiri (Ambiga) boleh pula bercakap. Bukankah dia lebih bahaya daripada orang yang dituduh perkauman. 

“Kenapa mereka dibiarkannya bebas bercakap. Saya pula tak boleh membalas apa yang mereka cakap. Jika apa yang saya cakap itu salah, buktikan, mari kita berdebat,” katanya kepada Ismaweb.

Ridhuan berkata, selama ini beliau hanya mengeluarkan pendapat bagi mempertahankan hak orang Islam di tanah air mereka sendiri daripada pihak yang cuba mengganggu mereka.

“Saya tak akan ganggu orang lain selagi mana mereka tak ganggu hak Islam di bumi Islam sendiri.
“Saya tak kisah dituduh perkauman selagi yang saya pertahankan itu menjadi hak orang Islam. Apakah ultra kiasu tidak perkauman?,” soalnya.

Ambiga, ketika berucap dalam forum “We are convinced – Time for a new Malaysia away from racism”, di Petaling Jaya hari ini menyifatkan Ridhuan sebagai “ekstrem perkauman”.

Ekoran itu beliau menggesa akhbar tidak memberi lebih ruang kepada Ridhuan menyampaikan pandangannya, termasuk sebagai kolumnis.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/07/ambiga-lebih-bahaya-bukan-saya-ridhuan-tee/

Monday, July 6, 2015

Dr Lily Zubaidah : Masa Depan Melayu Singapura & Malaysia



AIDCNews – 6/7/15 – Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bercakap mengenai masa depan Melayu di Singapura dan Malaysia.

Beliau membandingkan masa depan Melayu di Singapura di bawah kerajaan PAP (People’s Action Party/Parti Tindakan Rakyat) dengan Melayu di bawah Barisan Nasional di Malaysia.


Ikutilah pandangan beliau dengan menonton rakaman video di bawah :

https://www.youtube.com/watch?v=uJILRhp1uhs#t=410

Dr Lily berasal dari Singapura, namun beliau telah dibuang negara kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sydney, Australia.

Beliau adalah anak kepada Abdul Rahim Ishak (1925-2001) yang pernah menjadi Menteri Pendidikan Singapura (1965-1968), Menteri Luar Negeri Singapura (1968-1972) dan duta besar Singapura ke Indonesia (1974-1977).

Bapa saudara beliau adalah Tun Yusof bin Ishak (1910-1970), yang merupakan Presiden Melayu pertama dan terakhir di Singapura dari tahun 1965 hingga 1970.

Petikan buku beliau bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009 adalah seperti berikut :

1) Yusof Ishak Presiden Melayu Pertama & Terakhir
Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas beliau meninggal dunia, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Namun berbeza dengan kedudukan Perdana Menteri Singapura, di mana Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew telah memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun dan diganti dengan anaknya, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura dari tahun 2004 hingga sekarang.
Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.

2) Propaganda PAP
Siapa yang mempersoal kerajaan PAP akan dituduh sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).

Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP.

Orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan.

Itu belum lagi diambil kira berkaitan dengan penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.

Pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap ‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.

3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah.
“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’.

Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi.

Menurut Dr Lily, penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.

“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk,” katanya.

Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu.

Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin. Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’.

Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin.

“Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional,” katanya lagi.

4) Ketuanan Cina di Singapura.
Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).
polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.

Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

5) Pengambilan Cina luar sebagai warganegara
Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas. Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

6) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.
Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina. Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998. Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam. Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

7) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah bangsa Cina.
Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura.

Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005.

Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina.

Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina.

Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina?,soal Dr Lily.
Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman untuk melindungi kelayakan yang berbilang kaum dan meritokrasi Singapura.

Dalam proses pemilihan untuk biasiswa kerajaan, diskriminasi tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, ‘watak’ dan prestasi dalam satu temubual akan dipertimbangkan.

Pemboleh ubah subjektif telah dimasukkan dengan cara yang tidak telus untuk kejayaan kemasukan ke fakulti seperti fakulti Perubatan Universiti Singapura.

Oleh itu, golongan etnik minoriti yang mendapat hampir skor ‘A’ ditolak untuk menduduki fakulti seperti Perubatan, mereka cenderung untuk mengesyaki bahawa terdapat diskriminasi semasa proses temubual, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong syak wasangka itu.

Sumber:   https://aidcnews.wordpress.com/2015/07/06/dr-lily-zubaidah-masa-depan-melayu-singapura-malaysia/

11 sebab TPPA mesti ditolak: Ketua Penerangan Isma

July 7, 2015

najib with obama tppa
 

11 sebab mengapa Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) mesti ditolak oleh rakyat Malaysia secara sepakat:

1. TPPA bakal memberikan layanan sama rata terhadap para pelabur syarikat gergasi antarabangsa dari negara seperti Amerika untuk membida projek kerajaan yang selama ini diberikan kepada syarikat bumiputera. Jika kerajaan memberi layanan istimewa kepada syarikat bumiputera, pelabur asing itu boleh menyaman dan mengheret kerajaan Malaysia ke tribunal antarabangsa.

Ini bermakna, hak istimewa Melayu dan bumiputera seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi terpakai dan dasar kerajaan untuk membangunkan ekonomi orang Melayu dan bumiputera akan terbelenggu oleh kuasa syarikat gergasi antarabangsa asing yang mengawal melalui tribunal antarabangsa. Afrika Selatan telah berdepan dengan masalah ini dan terpaksa mengalah, apabila dasarnya yang mengutamakan rakyat kulit hitam (mirip DEB) telah dicabar di tribunal antarabangsa.

2. TPPA dijangka akan menghapuskan cukai import beras daripada Amerika, yang buat masa ini dikenakan sebanyak 40%. Apabila cukai ini dihapuskan, harga beras Amerika lebih murah daripada harga beras tempatan kerana subsidi tinggi yang diberikan kerajaan Amerika kepada syarikat pengeluar beras negaranya, menyebabkan harga berasnya tidak dapat ditandingi oleh harga beras negara kita.

Apabila ini terjadi, industri beras negara kita akan lumpuh, ribuan petani kehilangan sumber pendapatan, kita akan bergantung pada bekalan beras daripada Amerika yang merupakan pengeksport beras ketiga terbesar di dunia. Kesan akhir ialah keselamatan makanan negara terancam dan kedaulatan negara tergadai.

3. Piawaian HALAL Malaysia akan dikira sebagai “penghalang bukan cukai” yang menyekat perdagangan bebas. Piawaian sedia ada ini akan “ditundukkan” kepada piawaian Amalan Terbaik acuan Amerika yang dijadikan rujukan utama dalam rundingan perjanjian TPPA ini. Sudah tentu JAKIM tiada kuasa untuk memantau daging yang diproses di Amerika.


Lagikan syarikat dalam negara ada yang melanggar syarat yang ditetapkan, inikan pula syarikat di luar negara. Sijil HALAL Malaysia juga meliputi produk ubatan, kosmetik dan sebagainya, yang sudah tentu sukar untuk dipatuhi oleh syarikat luar. Ini semua bakal tergadai atas alasan perdagangan bebas.

4. Sebarang peraturan baru – selepas TPPA dimeterai – yang dikenakan ke atas produk atau aktiviti syarikat asing, yang didapati menyebabkan pencemaran alam sekitar atau memudaratkan kesihatan rakyat, akan dicabar di tribunal antarabangsa. Uruguay, Australia, Ecuador, Canada, Mexico adalah beberapa contoh negara yang sudah menjadi mangsa perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika yang melibatkan berbillion dollar US di tribunal antarabangsa berkaitan isu ini.

5. Layanan sama rata terhadap pelabur daripada syarikat gergasi asing juga akan meletakkan tanah rizab Melayu dalam risiko tinggi. Halangan ke atas syarikat pelabur asing untuk memiliki tanah rizab ini untuk tujuan komersil akan dicabar di tribunal antarabangsa. Selain itu, tindakan “jenayah bangsa” yang mengalibabakan milikan tanah rizab akan semakin meluas melibatkan pelabur syarikat gergasi Amerika pula.

6. Filem-filem lucah dan ganas yang dihasilkan oleh pengeluar filem antarabangsa akan dipasarkan secara bebas di negara ini kerana penapisan filem dianggap suatu “halangan bukan cukai” yang dihapuskan dalam TPPA. Lembaga Penapisan Filem negara tidak lagi boleh menjalankan fungsinya dan rakyat negara ini akan terdedah kepada bahan tontonan yang semakin menjahanamkan moral dan nilai akhlak sebagai tambahan kepada masalah sosial sedia ada yang sudah kronik.

7. Harga ubat-ubatan akan meningkat antara 60% hingga 80% daripada harga sekarang, kerana TPPA akan mengetatkan lagi syarat untuk pembuatan ubat-ubatan generik yang selama ini membekalkan lebih 80% daripada ubat-ubatan yang diperlukan dengan harga yang murah.

8. Dasar mengutamakan pekerja tempatan, seperti peraturan yang mewajibkan syarikat asing memberikan latihan dan memindahkan teknologi kepada anak tempatan, peraturan-peraturan yang melindungi pekerja tempatan dari sudut kesihatan, keselamatan, kebajikan dan gaji minima tidak lagi boleh dilaksanakan dalam TPPA.

Terpulang kepada syarikat pelabur asing untuk menetapkan piawaian mereka sendiri. Kesannya ialah kemasukan pekerja mahir dari negara luar seperti Amerika, tanpa mereka bertanggungjawab untuk melatih pekerja tempatan, dan lambakan buruh murah dari negara seperti Vietnam, Bangladesh dan sebagainya. Pekerja kita terpaksa bersaing dengan pekerja asing, secara sama rata.

9. TPPA sebenarnya adalah agenda Amerika untuk meluaskan kuasanya di sebelah Asia, bagi menyaingi negara China yang diramalkan akan menjadi kuasa besar beberapa tahun akan datang. Itulah sebabnya, hanya enam bab, daripada 29 bab dalam perjanjian TPPA benar-benar berkaitan dengan perdagangan. Selebihnya berkaitan kawalan polisi dan dasar yang memberikan cengkaman Amerika ke atas negara-negara yang terlibat.

Hakikatnya, Malaysia tidak perlu TPPA, kerana tanpa sebarang perjanjian perdagangan pun kita mempunyai lebihan dagangan sebanyak hampir satu billion dengan Amerika pada Mac 2015 sahaja. Manakala dari sudut lain, TPPA akan menyekat kebebasan dagangan kita dengan negara China –musuh politik, ekonomi dan ketenteraan Amerika- yang merupakan rakan dagangan terbesar kita hari ini dengan nilai dagangan sebanyak RM17.16 billion pada Mac 2015.

Hakikatnya, perjanjian ini juga sebenarnya hanya menguntungkan syarikat gergasi Amerika –yang dikuasai Yahudi- dan memangsakan rakyat awam Amerika sendiri. Itulah sebabnya ia turut ditolak oleh segelintir ahli politik Amerika yang masih berjiwa rakyat.

10. Realitinya, bangsa Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing dalam negara, inikan pula untuk bersaing dengan pedagang dan pelabur asing syarikat gergasi multinasional. Fakta menunjukkan bahawa hanya 8% bumiputera memegang jawatan pengurusan dalam sektor swasta, memiliki hanya 8.2% daripada syarikat-syarikat besar dan 25% daripada nilai hartanah di Malaysia. Realiti sepatutnya menafikan fantasi.

11. Kesemua hujah di atas tidak dapat ditolak atau disangkal dengan bukti yang kuat oleh pihak perunding yang dilantik kerajaan Malaysia. Ini disebabkan bukti yang mereka ada hanyalah teks rundingan atau deraf perjanjian yang sedang dibincangkan. Bagaimanapun, mereka tidak dapat menggunakannya kerana teks atau deraf itu adalah dokumen rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada umum.

Hampir kesemua Ahli Parlimen, sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang, tidak mempunyai akses ke atas dokumen itu atau dalam bahasa mudahnya tidak pernah membaca dan mengetahui mengenainya. Selepas dokumen berkenaan terbocor, maka segala jangkaan tentang TPPA yang dibuat -berdasarkan perjanjian perdagangan negara lain dengan Amerika sebelum ini – ternyata benar belaka.

Rundingan TPPA telah berjalan bertahun-tahun secara rahsia. Pihak yang menderaf ialah kerajaan Amerika dengan nasihat langsung daripada lebih 600 syarikat gergasinya. Manakala beberapa orang bertuah di pihak kerajaan Malaysia yang terlibat secara langsung dan mengetahui butiran teks rundingan secara terperinci ialah Datuk Jayasiri A/L Jayasena selaku ketua perunding dan Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria selaku Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang di tangan merekalah terletaknya nasib kedaulatan tanahair kita.

Ustaz Mohd Hazizi bin Ab Rahman
Ketua Penerangan Isma

Sumber:  http://www.ismaweb.net/2015/07/11-sebab-tppa-mesti-ditolak-ketua-penerangan-isma/

Jangan Mudah Tertipu Lakonan DAP




AIDCNews – 6/7/15 – Kalau dulu digelar ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’, namun imej itu tercemar apabila Lim Guan Eng terang-terangan menolak hudud dengan membubarkan Pakatan Rakyat dan memecat aktivis-aktivis PAS di negeri itu kini Setiausaha Agung DAP kembali ‘berlakon’ kononnya mengikut sunnah Nabi Muhamad SAW dengan makan setalam.


Guan Eng dirakam makan setalam dalam program dalam majlis iftor bersama Ketua Menteri di Kepala Batas.
“Sanggup makan setalam, tapi tak lepas masa sebulan buat kerja fitnah Ulama’ dan Parti Islam,
“Bubar Pakatan Rakyat dengan cara diktator,
“Apa beza dengan dengan pendekatan Lee Kuan Yew???
“Lee Kuan Yew pun ada Islam yang tolong..,”kata facebooker pro PAS, Wan Jtk.



Turut disiarkan gambar dua aktivis wanita Melayu DAP, Penyelaras Impian Kelantan
Young Syefura Othman dan Melati makan setalam dengan seorang lelaki.




Menurut Wan Jtk taktik lakonan ini pernah dipraktikkan oleh pengasas Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Kuan Yew sekitar tahun 1960-an dengan memakai songkok untuk mendapat undi masyarakat Melayu di negara itu.



Setelah berjaya memperdaya undi Melayu dengan lakonan itu, Lee Kuan Yew kemudian memperkenalkan polisi jangka panjang yang melemahkan pengaruh Melayu di negaranya.

Fakta ini didedahkan oleh Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Dr Lily berkata, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-rasism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihanraya.

Turut didedahkan pendatang Cina dari luar negara telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan untuk memastikan masyarakat Cina merupakan pengundi paling majoriti pengundi.

Sumber:   https://aidcnews.wordpress.com/2015/07/06/jangan-mudah-tertipu-lakonan-dap/

Jadikan sirah nabawiyah sebagai sumber utama....

Bagi mana-mana gerakan Islam sudah pastinya menjadikan sirah nabawiyah sebagai sumber utama dalam menyelusuri dan membentuk perjalanan harakah, dakwah dan tarbiah basyariyah.

Baginda s.a.w menjadikan 13 tahun pertama kerasulannya di Mekah dengan memperkuatkan iman dan kefahaman para sahabat dengan aqidah yang sahih sekaligus menjadikan keutuhan aqidah seorang muslim sebagai pasak utama dalam membina generasi dan masyarakat Islam. 

Ancaman kristianisasi yang sedang berlaku di Malaysia pada hari ini adalah 'real' bahkan telah pun wujud sejak dulu di Tanah Melayu. Semestinya, semua jemaah harakah Islam mengambil peranan dan usaha dalam menangani usaha permurtadan orang Melayu yang secara statistiknya semakin meningkat. Lihatlah apa yang terjadi di negara seberang.

Secara tegasnya saya tegur, kalaulah jemaah anda membisu dan tidak mengambil 'humum' tentang ancaman terhadap aqidah seperti kristianisasi dan syiah khususnya lebih baik anda muhasabah bahawa adakah jemaah anda bergerak atas landasan yang benar? Kalau bahasa kasar, lebih baik keluar sahaja.

Sibuk sangat berpolitik sehingga kabur dengan asas perjuangan. Nak bina khilafah Islamiyah atas manhaj nubuwwah mesti kena telusuri apa yang sirah Nabi ajar dalam fiqhnya.

Sebagaimana yang di tulis oleh Zarrin Zainal..yang ku ambil di Fbnya.

Sunday, July 5, 2015

Apakah pembongkaran skandal 1MDB satu bentuk konspirasi tangan-tangan asing?

Isnin, 6 Julai 2015

Terjemahan artikel The New York Times ke dalam Bahasa Melayu dan Mandarin adalah satu bentuk penyebaran secara meluas kepada pembaca kumpulan majoriti rakyat Malaysia.


Berderu-deru cybertroopers DS Najib mempertahankan beliau dan 1MDB dengan mendakwa WSJ, Sarawak Report adalah agen Zionis untuk menjatuhkan negara. 

Ya tiada siapa nafikan WSJ, Sarawak Report ada agenda masing-masing yang kita perlu awasi. Mereka hanya buat kerja mereka iaitu menghidu kelemahan kita yakni korupsi dan pecah amanah untuk mereka ambil kesempatan ke atas keculasan dan kebodohan kita. 

Adakah ianya satu konspirasi asing? Ya.


Adakah Tun Mahathir membantu konspirasi asing? Tidak. 

Saya sudah ulaskan dulu sebulan lalu (https://goo.gl/Iwsjb9) bahawa pendedahan-pendedahan The New York Times (NYT) yang mereka sanggup terjemahkan ke dalam dua bahasa vernakular terbesar di Malaysia adalah mirip modus operandi media asing untuk menjatuhkan Suharto sekaligus menjajah ekonomi Indonesia melalui "Structural Adjustment Plan" di bawah IMF dan World Bank. 

Objektif utama: membangkitkan kemarahan rakyat jelata. 

Maka pendedahan The Wall Street Journal (WSJ di bawah hakmilik News Corp kepunyaan Rupert Murdoch) yang kita semua tahu kerap membela DS Anwar Ibrahim adalah salah satu organ propaganda kuasa Barat. 

Berbeda dengan pendedahan Majalah TIME ke atas korupsi keluarga Suharto yang menjatuhkannya pada 1998, pendedahan NYT dan WSJ pada hemat saya bukan bertujuan untuk jatuhkan DS Najib. Sebaliknya ianya adalah satu bentuk ugutan kepada beliau - setelah mereka gagal harapkan DS Anwar Ibrahim memenangi PRU - untuk mempersiapkan Malaysia sebagai "Negara Pembentengan" (Buffer State) sebagai salah satu rencana "Pengepungan Tanah Besar China" (Containment of People's Republic of China). 

Ada mirip modus operandi media asing membakar kemarahan rakyat Indonesia pada 1998 dulu terhadap skandal korupsi keluarga Presiden Suharto.

TPPA adalah salah satu mekanisme kepada dasar "containment" ini dan Malaysia berada di tengah-tengah kancah yang besar seperti yang saya telah beri amaran setahun lalu dalam tulisan saya "Pelanduk on the Pivot: Is Malaysia 3S Ready?" (http://goo.gl/PBwxKv).

1MDB adalah keldai sekaligus kuda trojan (mule and trojan horse) untuk operasi ini melalui mekanisme perangkap hutang (debt entrapment) menggunakan "pensabotaj ekonomi" (economic hitmen) seperti yang dijelaskan oleh bekas economic hitmen, John Perkins yang sudah berlaku ke atas Greece sejak tahun 2000 (http://goo.gl/CTNRgG).

Siapakah "economic hitmen" untuk 1MDB? Goldman Sachs. 

Bagaimana DS Najib terperangkap? Beliau cuba mengambil jalan pintas untuk mendapatkan bantuan pinjaman untuk kempen PRU menggunakan Goldman Sachs seperti yang didedahkan oleh WSJ, dan Sarawak Report TANPA beliau sedar sebenarnya "mereka" bukan saja Goldman Sachs, telah menyusup masuk untuk membuatkan DS Najib bergantung kepada "mereka". 

Jho Low, Tim Leissner, Roger Ng, ini nama-nama yang punya kehandalan dan terlibat kepada penyusunan dan penstrukturan urusan kewangan 1MDB khusus melibatkan pengluaran kertas hutang (bonds and middle term notes) untuk memerangkap DS Najib yang terdesak. 

Sebenarnya Tun Mahathir adalah penyelamat dalam hal ini kerana beliau sudah berjaya hidu dan berkali-kali menegur DS Najib secara pertemuan empat mata tetapi DS Najib tidak endah. 

Sekarang tampaknya sudah terlambat. DS Najib masih menyerang Tun Mahathir untuk alih perhatian sedangkan Tun Mahathir berupaya membantu DS Najib keluar daripada perangkap yang ditinggalkan kuasa asing ke atas DS Najib melalui 1MDB. 

Pendedahan dan dakwaan NYT, WSJ dan Sarawak Report ada asas yang kukuh kerana mereka bukan saja perolehi daripada sumber dalaman tetapi lebih penting dari luar khusus berhubung jejak-jejak Jho Low, Riza Aziz dan sebarang transaksi melibatkan US Dollar oleh 1MDB seperti jelasnya WSJ dan Sarawak Report.

Apakah langkah terbaik yang DS Najib patut buat? Pada hemat saya jumpa dengan Tun Mahathir dan selesaikan. Kita ada kepentingan negara dan rakyat yang lebih besar daripada maruah seorang pemimpin dan sebuah parti. Musuh sedang menangguk di air yang keruh.
Sumber:http://www.rausyanfikir.com/


Ombak Rindu - Mr Bie (Parody yang tak lucu)

Saturday, July 4, 2015

Suaram membodohkan diri sendiri

Berita UtamaKetua Penerangan ISMA July 5, 2015 - 

Haji-Hazizi-56

Jelas sekali Perlembagaan Persekutuan melindungi kedudukan Islam, Melayu dan institusi Raja di negara ini. Perkara ini dapat kita fahami melalui Perkara 3, Perkara 8(5)(b), (c), (e) & (f), Perkara 10(4), Perkara 11(4), Perkara 12(2), (3) & (4), Perkara 32, Perkara 37, Perkara 38, Perkara 89, Perkara 90, Perkara 121(1A), Perkara 150(1A), Perkara 153 dan Perkara 181.

Justeru mana-mana individu atau organisasi rakyat Malaysia yang bersuara mempertahankan kedudukan Islam, Melayu dan institusi Raja, tindakan mereka bukan sahaja selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan sumber induk bagi undang-undang negara, bahkan mereka sebenarnya adalah perwira yang gagah berani.

Isma telah terkehadapan menjalankan kewajiban mempertahankan identiti negara ini, sehingga musuh-musuh negara yang dibiayai oleh Amerika seperti Suaram berasa tidak senang hati, malah sampai ke tahap terdesak, menuduh Isma sebagai penyebar “hate speech” dalam laporan mereka.

Situasi panik dan kebingungan mereka terserlah apabila mengeluarkan kenyataan dan laporan yang sebenarnya menggambarkan kebodohan dan kejahilan mereka tentang Perlembagaan Persekutuan, tanpa mereka sedari.

Suaram dan para sekutu mereka, dalam kalangan aktivis Evangelist dan chauvinis, konsisten melakukan pelbagai kenyataan dan aksi provokasi terhadap kedudukan Islam, Melayu dan institusi Raja, sehingga sekarang. Mereka adalah dalang bagi usaha terancang untuk merubah identiti negara yang berpaksikan tiga tunjang Perlembagaan itu. Merekalah penyebar “hate speech” di Malaysia, tanpa tandingan.

Senarai tindakan provokasi dan hasutan mereka sejak bertahun-tahun itu boleh disenaraikan dengan mudah, sudah berada di hujung jari. Kelihatan mereka sendiri tidak sabar untuk melihat rekod itu, sehingga gopoh mengeluarkan laporan yang memerangkap diri sendiri.

Amat malang sekali, ahli politik seperti Tian Chua, Elizabeth Wong, Sivarasa Rasiah, peguam seperti Cynthia Gabriel, bersama Kua Kia Soong, serta senarai nama yang pernah dan masih terbabit dengan Suaram, boleh melakukan satu kesilapan mudah dan besar begini.

Patutkah mereka mengikuti kursus Perlembagaan Persekutuan? Atau lebih baik mereka duduk diam-diam, demi menjaga air muka daripada terus memalukan diri sendiri? Mungkin juga berhijrah ke negara luar satu pilihan terbaik, kerana jelas sekali Perlembagaan Persekutuan dan rakyat Malaysia tidak serasi dengan perangai mereka.

Sumber:   http://isma.org.my/v2/suaram-membodohkan-diri-sendiri/

Politik itu dari ilmu dan iman


 July 1, 2015 - 


politik albanna

Ideologi pluralisma adalah menyeleweng kerana ia menganggap semua agama adalah sama taraf, bahkan sesetengah mereka lebih melampau dengan mengatakan semua agama adalah benar.

Ideologi ini timbul di kalangan sebahagian orang Melayu hari ini kerana kejahilan mereka tentang Islam atau mereka menjadi alat musuh untuk mendapat habuan keduniaan, samada sedar atau di luar sedar.

Kerana itu Allah swt mengarahkan “Iqrak” (bacalah – dapatkan ilmu) sebagai ayat pertama diwahyukan kepada Nabi saw, kerana tanpa ilmu, aspek aqidah, ibadah, akhlak, sosial dan politik seseorang akan celaru, walaupun dia mendakwa seorang muslim dan memakai nama muslim.

Titik tolak politik Islam adalah daripada 2 prinsip:

Prinsip 01 – Hanya aqidah atau agama Islam sahaja yang benar di dunia ini.
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”.

Prinsip 02 – Syariat Islam yang adil mesti mentadbir seluruh negara dan manusia.
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat undang-undang yang lebih baik selain Allah”.

Kelmarin, apabila Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan kahwin gay dan lesbian dibenarkan di seluruh negara, ia salah satu kemuncak bukti bahawa orang bukan Islam yang mentadbir dengan sistem selain Islam adalah boleh menyeleweng ke tahap haiwan, walaupun mereka di kemuncak teknologi, penyelidikan, kekuatan dan kekayaan yang tiada tolok bandingnya di dunia saat ini.

Ini belum lagi pencerobohan, penindasan, peperangan dan pembunuhan beramai-ramai yang sistematik yang dilakukan oleh Barat, Timur dan kuncu-kuncunya terhadap umat Islam dan manusia di serata dunia.

Oleh itu, aktiviti politik tidak sekadar memperjuangkan semangat “keadilan sosial”, “kepimpinan rakyat untuk rakyat”, “negara milik bersama” dan seumpamanya tanpa asas dan dasar dari dua prinsip di atas, iaitu :

1- prinsip Aqidah yang benar dan
2- prinsip Syariat mesti didaulatkan.

Akhirnya, orang-orang Melayu harus sedar bahawa tiada “keadilan sosial” hakiki di luar kerangka Syariat Islam yang berdaulat. Mereka juga mesti tahu bahawa hanya kepimpinan orang-orang beriman yang hakiki sahaja yang boleh menjamin hak-hak semua manusia.

Sebarang aktiviti dan cita-cita politik yang didasari selain 2 prinsip di atas, adalah sia-sia di sisi Allah swt, telah dan akan membuang banyak masa, tenaga dan harta diri dan umat, malah sering diperkuda oleh pihak-pihak asing yang mempunyai agenda tersembunyi lagi merbahaya kepada Umat Islam dan manusia sejagat.

Ustaz Abdul Halim Abdullah
Ketua Penerangan Biro Politik
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

Sumber:  http://isma.org.my/v2/politik-itu-dari-ilmu-dan-iman/

Wednesday, July 1, 2015

Kemaruk kuasa yang mengundang malapetaka terhadap Islam

Posted on by in ,  

1-29-13-Storm Over Farm - Decatur, Texas

Seorang muslim jelas sedari mula hidupnya bahawa ia ada misi besar dalam sebuah perjalanan yang panjang untuk menuju Allah swt. Apa yang perlu dia lakukan untuk melalui kehidupan ini dengan baik adalah mengikut landasan Islam yang telah diwariskan oleh Rasulullah saw.

Islam itu bukanlah barang hiasan yang dia boleh pilih ikut suka hati. Islam adalah tanggungjawab yang dia mesti tunaikan sebaiknya dan dikebumikan bersama jasadnya.

Rasulullah saw membawa sebuah perubahan besar dalam tamadun kemanusiaan. Perubahan itu mengubah cara berfikir, cara makan minum, cara berkahwin dan cerai, cara jual-beli dan hutang, cara mengurus dan mentadbir negara dan cara menjalani kehidupan ini berasaskan syariat Allah swt.

Suatu perubahan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan dalam tempoh 23 tahun telah berjaya dibuktikan oleh Rasulullah saw dan para sahabat baginda. Perubahan ini menterjemahkan terus teori nas-nas kepada bukti hidup di atas bumi yang dicatat kemas oleh sejarah.

Dalam konteks politik di Malaysia, seorang muslim wajib menilai semua peristiwa dan juga krisis politik berdasarkan neraca Islam dalam membuat pendirian yang jelas. Kita menilai dan mengukur individu dan juga parti-parti itu mengikut kaedah fiqh Islam dan juga Siyasah Syariah untuk membina pendirian berkawan maupun bermusuh.

Halal dan haram bukan hanya pada makan minum maupun hubungan lelaki dan perempuan. Hubungan politik pun ada hukum halal dan haramnya yang terang. Kaedah dan menilainya jelas digariskan oleh Syarak.

Politik Islam memiliki objektif utama iaitu menegakkan Islam dan mengurus tadbir dunia dengan berpandukan Islam. Ini adalah maslahah dalam penglibatan politik mana-mana parti Islam. Maslahah yang Islam ambil kira dan diletakkan sebagai pemutus adalah maslahah yang membawa kebaikan kepada umat Islam secara keseluruhan.

Maslahah bukan hanya menang pilihanraya dan membentuk kerajaan baru yang didakwa lebih adil dan cekap. Maslahah adalah memastikan kedaulatan Islam terpelihara dengan sempurna tanpa sebarang cubaan untuk mencemarinya.

Jika mana-mana individu maupun parti dan gerakan yang tersilap langkah dalam perhitungan ini maka itu merupakan paku terakhir di atas kerandanya. Kemaruk dengan kemenangan palsu atas nama menjatuhkan kezaliman, sedangkan mereka sedang membantu musuh membina sebuah kota tirani yang lebih zalim dan mereka kelak akan dikuburkan dalam kota gelap itu.

Akhirnya, mana-mana parti yang berasaskan kepada ideologi sekular yang memerangi Islam dan syariatnya, atau kumpulan pendokong liberal yang menolak Allah sebagai pentadbir alam, maka parti dan kumpulan ini tiada langsung legitemasi untuk wujud di atas muka bumi maupun di bawah langit.

Bersekongkol dan membantu mereka akan membawa kehancuran dan malapetaka kepada kepimpinan Islam. Malapetaka itu kelak bukan sekadar melanda kepada mereka yang gila kuasa sahaja, tetapi ianya turut meliputi kita seluruh umat termasuk mereka yang diam hanya memerhati.
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. (Al-Anfal: 25)”
shuhaib
Ust Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Politik Liberal dan Budaya Athies

Ikatan Muslimin Malaysia's photo.

Kelemahan kuasa politik Melayu Islam di wilayah kedaulatan bangsa Melayu ini bukan sahaja menjemput kaum kafir untuk merebut kuasa tetapi juga telah mengundang pertembungan budaya yang semakin sengit.

Budaya yang berteraskan akhlak dan ketuhanan semakin tercabar dengan budaya kufur, athies, bebas, anti moral dan akhlak.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan penghinaan kepada pegangan, ibadat dan amalan orang islam, kini muncul pula pejuang hak untuk minum arak secara terbuka, pesta mabuk dan terkini hak telanjang di khalayak ramai.

Malangnya, walaupun kegiatan tersebut salah di sisi undang-undang negara tetapi mereka tetap memperjungkannya atas nama demokrasi dan keterbukaan.

Media liberal dan agensi asing memberikan mereka lesen, manakala orang yang menentang kegiatan tersebut pula -walaupun selaras dengan undang-undang dan perlembagaan- dicop ektsremis dan jumud.

Kita akan menyaksikan kegiatan-kegiatan songsang yang lebih menggila pada masa akan datang walaupun bercanggah dengan norma dan nilai serta akhlak rakyat Malaysia tetapi puak-puak ini akan tetap bebas kerana mereka mendapat "back up' daripada badan hak asasi antarabangsa.

Inilah kesan kepada apa yang dinamakan sebagai pertembungan budaya seperti yang disebut oleh Samuel Huntington antara barat dan Islam.

Oleh kerana dunia hari ini dikuasai oleh barat kristian yang pada hakikatnya telah dimusnahkan oleh fahaman rasionalisme yang mendustakan rasul dan menentang agama, maka budaya kufur anti ketuhanan dan tidak bermoral ini telah dengan mudah menyerang seluruh dunia terutama dunia Islam.

Penjajahan politik dan ekonomi tidak terhenti setakat itu sahaja bahkan datang bersamanya serangan budaya, pemikiran, gaya hidup dan sebagainya.

Revolusi maklumat dan media sosial telah memberi kelebihan kepada budaya songsang itu untuk berkembang dengan pantas.

Lebih memburukkan keadaan lagi dalam realiti Malaysia -yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya- apabila kecelaruan politik diambil kesempatan oleh golongan kafir untuk memperlengkapkan lagi tekanan ke atas orang Islam dengan serangan tambahan berbentuk pemikiran athies dan budaya yang tidak berakhlak itu.

Sumber: Ikatan Muslimin Malaysia

Tuesday, June 30, 2015

Agenda DAP Menguasai PKR dan PAS


1. Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan Protest membebaskan Anwar Ibrahim ketika Anwar disabitkan secara sah dan benar bersalah oleh Mahkamah. Keadaan ini melenyapkan perjuangan , aura dan karisma Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan Jambatan dalam Pakatan Pembangkang. Tiada sambutan dalam beberapa protest yang dianjurkan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

2. DAP memberi sokongan penuh terhadap Wan Azizah dalam PKR untuk menjadi MB dalam pertembungan MB Selangor pada suatu ketika dahulu. Hal ini disebabkan , Wan Azizah dilihat sebagai seorang individu yang mudah untuk dikawal. DAP tidak perlu lagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya perlu berhadapan dengan seorang pemimpin patung yang lemah dan lembab.

3. Kekayaan , kekuatan dan pengaruh DAP semakin kuat selepas mereka menguasai negeri Pulau Pinang yang kaya selama 2 penggal. Kekuatan ini memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka.

4. DAP sangat marah terhadap PAS dan Hadi Awang kerana mengagalkan rancangan mereka untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Tanpa PAS dan Hadi Awang , Azmin Ali tidak akan sesekali menjadi MB Selangor. Peliknya , Azmin Ali tidak mengenang budi PAS dan ibaratkan kacang lupakan kulit apabila tidak berani berhadapan dengan DAP untuk memberi sokongan kepada Hadi Awang dan PAS yang suatu ketika dahulu menjadi kunci utama beliau menjadi MB. Keadaan ini hanya menandakan DAP begitu kuat sehingga Azmin Ali yang hebat juga tidak berani berhadapan dengan mereka.

5. Menurut Ketua Pemuda PAS Kuantan DAP telah memberi dana sokongan sebanyak RM 1.5 juta setahun kepada PASMA untuk memecahbelahkan PAS. Perjudian politik DAP adalah sekirannya PASMA mampu menggunlingkan kesemua ulama dalam PAS maka DAP akan mampu menguasai parti PAS. Malangnya , rancangan DAP tidak kesampaian apabila kesemua mereka yang ditaja oleh DAP disingikirkan dalam pemilihan PAS yang terbaharu.

6. Namun begitu , LGE dan DAP bukanlah calang - calang orang mereka. Mereka sudah menyedari bahawa perjudian ini bukanlah merupakan satu perjuadian yang mudah. Oleh itu , semasa kempen dan pemilihan PAS , LGE dan DAP sengaja menyerang Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam PAS. Hal ini disebabkan LGE dan DAP sememangnya mahu kesemua pemimpin dan kumpulan yang ditaja oleh mereka ditewaskan dalam pemilihan tersebut. Serangan terhadap ulama hanya akan menyatukan ahli PAS untuk menyingkirkan pemimpin - pemimpin tajaan DAP.

7. Mengapa DAP/LGE mahu mereka disingkirkan ? Keadaan ini akan memberi peluang untuk mereka untuk menamatkan kerjasaman dengan PAS dan menyingkirkan PAS daripada Pakatan pembangkang. Seterusnya , individu dan kumpulan yang ditaja oleh mereka akan terus disuntik dana untuk menubuhkan parti dan blok politik baharu untuk menjadi rakan komponen mereka. Dengan ini , DAP akan dapat menguasai dan mengawal kepimpinan Melayu dalam Pakatan Pembangkang.

8. Sekirannya Pembangkang berjaya merampas Putrajaya dan calon Perdana Menteri Melayu daripada Pakatan tersebut juga adalah alat kawalan dan boneka DAP. Dengan ini DAP akan menjadi lebih berkuasa seperti mana pihak Yahudi menguasai kesemua Presiden Amerika Syarikat.

9. Keadaan ini juga membuka ruang untuk memecahbelahkan undi masyarakat Melayu. Sekirannya terhadap parti politik Melayu/Islam baharu dalam Pakatan Rakyat maka kebarangkalian untuk pertembungan 3 pihak akan berlaku ( PAS VS UMNO VS Parti Baharu Melayu/Islam Pembangkang ). Keadaan ini akan memberi kelebihan lebih kepada DAP untuk terus memenangi kerusi terbanyak dan selepas ini mungkin lebih banyak dalam pakatan pembangkang mereka.

10. Ketika PAS vs UMNO undi Melayu sudah berpecah kepada 50% 50%. Bayangkan kini ada puak ketiga ? Berapakah lagi peratusan pengaruh Melayu dalam arena politik di negara kita ?

Sumber: Fb Sya Shen Yee Aun

Waspada Psywar Ultra-kiasu


Oleh Ridhuan Tee Abdullah
June 1 2015

"CAPTURE their minds and their hearts and souls will follow". Inilah strategi ultra kiasu untuk mendapat kuasa.

Psywar atau perang saraf adalah satu proses komunikasi, saling melakukan kegiatan propaganda antara satu watak politik dengan watak politik yang lain, antara kelompok dengan kelompok yang lain, antara satu negara dengan negara yang lain, bertujuan saling memberikan tekanan, bagi menjatuhkan nama orang, kelompok atau negara tersebut.

Manakala psyop atau perang gerak saraf adalah suatu operasi komunikasi yang terancang dan sistematik melalui media, yang berupaya mempengaruhi emosi, mengubah sikap, pendapat atau perilaku kelompok tersebut, bagi meraih kemenangan atau mencapai sesuatu matlamat.

Ultra kiasu bukan sahaja menggunakan strategi ini berperang dengan Putrajaya (Umno), tetapi juga dengan Pas. Inilah juga taktik digunakan oleh Sun Tzu dan Hitler. Dahulu ultra kiasu marah saya apabila memetik kata-kata Hitler. Hari ini mereka menggunakan strategi Hitler.

Mereka akan gunakan apa jua cara, supaya kerajaan nampak buruk. Nak tunjuk ikhlas konon. Bila ada isu yang merugikan mereka cepat-cepat beri alasan.

Misalnya, cadangan penempatan pelarian Rohingya di Pulau Pinang. Mendengar sahaja cadangan tersebut, dengan pantas mereka menolak, di pulau tidak sesuai tetapi di Tanah Besar.

Isu-isu lain yang melibatkan kepentingan mereka akan disenyapkan seperti isu arak, judi, kelab hiburan, zina, pelacuran dan lain-lain.

Kita lihat apa yang mereka lakukan terhadap Pas. Mereka menggunakan Islam yang diperjuangkan Pas untuk menentang dan menjatuhkan pemimpin Pas, Haji Hadi.

Katanya, agama Islam pentingkan sifat ramah, bukan marah. Apakah kita tidak boleh marahkan langsung?
Apakah benar hudud tidak sesuai dalam masyarakat berbilang kaum? Kenapa tidak melawat ke Brunei yang mempunyai hampir 30 peratus bukan Islam?

Kenapa hanya fokus kepada Jordan dan Mesir? Tidakkah mereka tahu siapa pemimpin di sana?
Pas meletakkan agenda Islam melebihi PR. Tidak salah jika benar Pas ‘mungkir janji’. ‘Mungkir janji Pas’ dibenarkan jika memberi ancaman dan memudarat kepada Islam.

Apakah ultra kiasu tidak mungkir janji dengan merobek kontrak sosial dan perlembagaan? Mempertikaikan perkara sensitif, apabila kerakyatan telah diberikan?

Ultra kiasu mempertikaikan, kenapa Haji Hadi tidak marah kepada orang lain yang turut menentang hudud? Kenapa sasarkan ultra kiasu sahaja? Jawapannya, sebab ultra kiasu musuh tegar Islam. Setelah diberi penerangan, masih tegar menentang Islam.

Malah, ultra kiasu melalui psywar dan psyop, memberikan enam hujah supaya khalayak nampak keburukan Pas. Pertama, dalam PRU13 Pas, bertanding di kawasan yang telah diperuntukkan kepada PKR.
Tidakkah ultra kiasu sedar bahawa semua kerusi tersebut adalah kerusi yang ditandingi Pas sebelum ini? Kenapa PKR yang baharu setahun jagung begitu ghairah untuk bertanding?

Kedua, penolakan pimpinan Pas terhadap Wan Azizah untuk menjadi MB Selangor adalah hak Pas. Kenapa perlu dipertikaikan? Strategi Kajang tidak dibawa berbincang dengan Pas. Hanya dipersetujui dalam kalangan ultra kiasu.

Ketiga, siapakah ultra kiasu untuk memberi pandangan terhadap Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1995 yang mesti terlebih dahulu dibentangkan kepada PR sebelum dibentangkan di Parlimen? Adakah ia akan diterima sekalipun dibentangkan kepada pucuk pimpinan PR? Adakah dalam ultra kiasu ada ulama?
Keempat, apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu pun Selangor, membentangkan perancangan mereka kepada pucuk pimpinan Pas.

Pernahkah pucuk pimpinan ultra kiasu mengambil kira sensitiviti Pas apabila mengadakan pesta arak, October Fest? Minum di khalayak dan menunjuk-nunjuk? Adakah kemaksiatan itu dirujuk kepada PR?
Kelima dan keenam, adakah cadangan pemilihan ahli majlis melalui pilihan raya tempatan dibawa berbincang dengan Pas? Begitu juga dengan pembentukan Kabinet Bayangan, adakah pendapat Pas diambil kira?
Ultra kiasu tidak perlulah mengingatkan Pas bahawa mereka sedang dipermainkan Umno. Pas sangat matang.

Pas cuma mengambil pendekatan berhemah seperti yang dikehendaki Islam. Pas ada perkiraan syurga neraka dalam sebarang tindakan, berbanding ultra kiasu yang melanggar kesemuanya. Apa yang penting adalah matlamat menumbangkan Putrajaya. Inilah kelicikan.

Inilah psywar dan psyop ultra. Mereka tahu, kedudukan mereka dalam Kabinet Bayangan. Kabinet Bayangan akan menimbulkan kemarahan rakyat. Biarkan kemarahan itu semakin meluap, mereka akan tampil memberi kenyataan bahawa itu bukan idea mereka tetapi PKR. Berwaspadalah.
Jika hudud Kelantan bertentangan dengan Perlembagaan, biarlah mahkamah yang tentukan bukan ultra kiasu. Ultra kiasu bukan hakim.

* Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA
Sumber: Fb Ridhuan Tee Abdullah

IKRAM Sokong Penubuhan Parti Islam Baharu



AIDCNews – 30/6/15 – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) hari ini menyatakan pendirian bahawa pihak mereka menyokong penubuhan parti Islam baharu di Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus, Timbalan Presiden IKRAM dalam perutusan khas kepada seluruh Ahli Aktif (AA) dan Ahli Teras (AT) NGO itu.


“Telah berlaku satu perubahan besar dalam pentas politik negara. Ketika kita masih kekal menuntut satu sistem demokrasi adil, bebas dan telus, kita tetap menghormati parti-parti politik besar mahupun kecil.
“PAS, UMNO, PKR, DAP dan parti-parti lainnya mempunyai amanah dan peranan mereka dalam pentas demokrasi negara.

“Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa telah dibentuk di peringkat pusat untuk merancang dan melaksanakan tindakan yang bersesuaian ke arah menangani perubahan tersebut. Jawatankuasa ini akan mengadakan siri-siri lawatan ke negeri-negeri untuk memberi penjelasan lanjut serta bagi menyusun penglibatan ahli-ahli IKRAM ke arah usaha tersebut.
“IKRAM mengalu-alukan kemunculan sebuah parti baru yang ingin memainkan peranannya yang tersendiri; demi memastikan sistem dwi-parti dapat terus diperkukuhkan.

“Justeru, semua ahli-ahli IKRAM di pelbagai peringkat dinasihati agar peka dengan perkembangan terkini dan sentiasa memberi pandangan membina untuk memastikan negara sentiasa terpelihara dan diurus dengan baik, amanah dan adil, bertepatan dengan cita-cita Malaysia Menuju Negara Rahmah (MMNR).

“Semua AT dan AA adalah digesa untuk hadir ke siri-siri lawatan ke negeri masing-masing bagi mengikuti perkembangan dan arahan terkini,” kenyataan Hasanuddin dipetik.

Selain itu, Facebook IKRAM juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi NGO mereka berkaitan dengan perkembangan politik semasa : 
IKRAM ILTIZAM CAKNA PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA
Mengikuti perkembangan politik dan pembangunan semasa negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) yang prihatin dan cakna kepada keadilan sejagat, keharmonian masyarakat dan kesatuan umat selaras dengan perjuangan IKRAM untuk memastikan ‘Malaysia Menuju Negara Rahmah’, ingin menegaskan pendirian-pendirian berikut untuk kebaikan bersama warga Malaysia:

IKRAM meyakini bahawa sistem pemerintahan berteraskan konsep dwiparti merupakan satu keperluan demi memastikan proses tatakelola kerajaan yang baik berteraskan akauntabiliti, ketelusan dan proses semak dan imbang sentiasa menepati prinsip-prinsip ‘Siyasah Syar’iyyah’ (politik berinspirasikan Syariah)
IKRAM yang bergerak atas dasar prinsip menyuruh yang maaruf mencegah yang mungkar (amar makruf nahi munkar) akan terus menjadi kumpulan pendesak dan pengimbang kepada semua pihak samada dari pihak pemerintah atau pembangkang, agensi kerajaan atau swasta terutamanya yang melibatkan organisasi yang mengendalikan amanah kepentingan awam dan yang melibatkan penyalahgunaan kuasa pentadbiran, ketirisan dalam penggunaan wang awam dan seumpamanya.

IKRAM sentiasa terbuka tetapi berpandangan kritis terhadap sebarang usaha kolektif untuk mewujudkan arus baru gerakan rakyat selagimana ianya tidak bertentangan dengan hukum-hakam Syarak dan Maqasid al-Shariah.

Di atas pendirian ini, IKRAM menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian dari gelombang harapan baru untuk membina Malaysia yang lebih rahmah, demokratik dan sejahtera.

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Monday, June 29, 2015

TPPA ‘pintu’ AS kuasai pentadbiran negara: MTEM


June 29, 2015 Berita Utama, Utama 0


MTEM-Nizam

BANGI, Isnin – Persetujuan Malaysia untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bukan sahaja meletakkan risiko ekonomi, malah bakal membuka pintu kepada Amerika Syarikat (AS) mencatur pentadbiran negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar berkata, perkara itu dapat dilihat di bawah bab Kesepaduan Peraturan TPPA itu.
“Bab ini mencadangkan semua kerajaan negara TPPA wajib menubuhkan agensi koordinasi yang akan berhubung antara satu sama lain bagi memastikan setiap peraturan dan dasar dibuat menepati ‘amalan terbaik’ yang ditetapkan mengikut acuan AS.

“Nyata sekali TPPA akan meletakkan pelbagai kekangan kepada keupayaan Malaysia untuk membuat keputusannya sendiri berhubung sebarang peraturan dan dasar,” katanya.


Malaysia, katanya, perlu membuka minda dan melihat TPPA dalam konteks lebih besar iaitu sebahagian daripada rancangan politik, ekonomi dan ketenteraan AS di rantau ini.

TPPA katanya, bukanlah untuk mempertingkatkan dagangan negara peserta seperti yang dicanangkan, tetapi semata-mata untuk menjaga ego AS yang mahu mengekalkan pengaruhnya dan menjadi polis dunia.

Mohd Nizam berkata, Malaysia mempunyai pilihan lebih baik berbanding TTPA, iaitu Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang sedang dirundingkan ASEAN sebagai sebuah blok dengan enam negara rakan dagangnya iaitu China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Australia.

RCEP katanya, menekankan kepada penubuhan satu rangka kerja ekonomi serantau.
Perjanjian itu juga memastikan objektif dan komitmen setiap negara peserta dijalankan secara konsensus iaitu persetujuan bersama.

“RCEP juga mengambil kira tahap pembangunan berbeza di setiap negara anggota dan memberikan kelonggaran diperlukan dalam usaha mencapai matlamat akhirnya.

“Berbeza dengan TPP yang menuntut komitmen tidak munasabah tanpa mengambil kira kedudukan ekonomi, latar belakang politik atau budaya sesebuah negara,” katanya.

Sumber:  http://www.ismaweb.net/2015/06/tppa-pintu-as-kuasai-pentadbiran-negara-mtem/

Mitos Kesamarataan Hak di Singapura



ibnurusydi – Tanggal 9 Ogos merupakan Hari Nasional yang akan disambut setiap tahun di Singapura. Pada tarikh tersebut 47 tahun dahulu, Republik tersebut telah ditendang keluar dari negara kita setelah mereka memainkan sentimen perkauman yang hampir memusnahkan negara kita yang ketika itu hanya berusia 2 tahun.

Mungkin ramai yang menyalahkan tindakan almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa sejak awal lagi, Tunku keberatan untuk menerima Singapura ke dalam Malaysia disebabkan nisbah komposisi kaum penduduk pulau itu serta sosio-politiknya yang berbeza dengan semenanjung Tanah Melayu.


Salah seorang individu yang paling beriya-iya untuk menyertai Malaysia adalah Lee Kuan Yew yang juga pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Tindakan tersebut dibuat bagi menyelamatkan kerjaya politiknya yang ketika itu sedang menghadapi tentangan hebat daripada Barisan Sosialis.

Walau bagaimanapun, setelah diterima menyertai Malaysia, Lee, yang digambarkan oleh Said Zahari yang telah ditahan ISA selama 17 tahun oleh regim PAP, sebagai mempunyai nafsu dan cita-cita yang besar, cuba menjadi hero masyarakat bukan Melayu di Malaysia, terutamanya kaum Cina, dengan menganjurkan konsep Malaysian Malaysia yang kabur tetapi kelihatan cantik pada luarannya. Lee memainkan polemik kononnya berlaku ketidakadilan dan ketiadaan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah Singapura diterima menyertai Malaysia.

Sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee telah beberapa kali mencabar kedudukan dan membesar-besarkan soal hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lee mengaitkan masyarakat Melayu tempatan yang sebahagiannya mempunyai hubungan darah dengan kepulauan lain di nusantara yang kini membentuk Indonesia sebagai pendatang yang setaraf dengan kaum-kaum imigran lain.

Di dalam buku Tunku berjudul ‘Looking Back’, Tunku telah memetik beberapa kenyataan dan ucapan Lee yang jelas anti-Melayu. Antaranya ialah ‘tiada satu pun antara tiga kaum utama –Cina, Melayu dan India, yang berhak menuntut adalah lebih pribumi kepada Malaysia berbanding yang lain, kerana menurutnya, semua nenek moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih daripada 1000 tahun’.

Ikrar dan janji-janji inilah yang telah dimungkiri oleh Lee yang disifatkan oleh almarhum Tunku sebagai “orang yang tidak boleh dipercayai” dan kemudiannya mengambil keputusan muktamad untuk menyingkirkan Singapura demi menyelamatkan keutuhan Persekutuan Malaysia daripada terjebak ke dalam konflik perkauman.

Selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia, peluang kini terbentang luas kepada para pemimpin PAP Singapura untuk membuktikan dan mengimplementasikan dasar ‘Singaporean Singapore’ kepada rakyat mereka berdasarkan falsafah keadilan dan hak sama rata kepada semua terutamanya kepada kaum minoriti sebagaimana yang diperjuangkan semasa mereka masih menyertai Malaysia. Tetapi adakah perkara tersebut benar-benar berlaku?

Realitinya setelah mendapat kuasa, Pemerintah Singapura telah menjilat kembali ludah mereka dan secara konsisten menindas hak kaum minoriti Melayu yang juga merupakan pribumi asal Pulau Singapura. Beberapa contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut :
1) Ketenteraan : Masyarakat Melayu Singapura selama hampir 20 tahun secara sengaja telah disisihkan daripada menjalani latihan wajib Khidmat Negara yang bertujuan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada belia negara tersebut.

Pada awal tahun 1970-an, apabila angkatan tentera British berundur dari Singapura, ramai bekas pekerja Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera British sukar untuk diterima bekerja di dalam Angkatan Tentera Singapura (SAF). Bagi orang Melayu yang dibenarkan menyertai SAF, menjadi satu rahsia yang diketahui umum bahawa mereka dinafikan hak daripada menyertai ‘Unit Sensitif’ di dalam SAF walaupun mereka memiliki kelayakan tinggi.

Malahan Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura pada hari ini, di dalam akhbar Straits Times bertarikh 20 Julai 1987 telah mengesahkan bahawa jawatan tertentu di dalam SAF telah ditutup kepada orang Melayu atas alasan ‘keselamatan negara’ kerana kesetiaan mereka terhadap negara sentiasa diragui oleh Pemerintah Singapura.

2) Kerjaya : Golongan berpendidikan tinggi dan profesional dari etnik minoriti sukar mendapatkan kerja berjawatan tinggi dan kenaikan pangkat walaupun mempunyai kelayakan akademik. Kesukaran yang dihadapi oleh profesional Melayu di Singapura terutamanya ketika mencari kerja di firma Cina tempatan menjadi punca ramai diantara mereka lebih memilih untuk bekerja di dalam syarikat Multinasional Barat.
Kajian yang dibuat oleh Dr. Lily Zubaidah Ibrahim telah mendedahkan ramai profesional dari kumpulan minoriti mula mempersoalkan dengan serius tentang apa sebenarnya yang diamalkan dalam konsep berbilang kaum dan meritokrasi yang ideal dalam bidang pekerjaan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Pemerintah Singapura.

3) Pendidikan : Sebagaimana kuota penduduk etnik di kawasan perumahan, pelajar Melayu di setiap sekolah sejak tahun 1988 dicadangkan supaya tidak melebihi 25% daripada bilangan pelajar kaum lain bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar Melayu di sekolah tertentu atas alasan menghina iaitu untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan sekolah walaupun tida kajian ilmiah yang terperinci dibuat untuk mewajarkan pelaksanaan dasar kuota tersebut.

4) Politik : Walaupun hampir 14% penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat Melayu dan merupakan kaum kedua terbesar, tetapi jumlah perwakilan masyarakat Melayu di Parlimen Singapura telah menjunam teruk hingga ke tahap 9.8% sahaja pada tahun 1991.

Pernah dalam satu masa iaitu dari Bulan Disember 1980 hingga Januari 1985, tidak ada seorang pun Melayu dilantik sebagai Menteri Kabinet, hanya ada seorang Melayu iaitu Dr. Mattar berkhidmat itu pun hanya sebagai pemangku Menteri.

Menjelang tahun 1990-an, hanya ada seorang wakil Melayu yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Singapura. Sebagaimana di dalam tentera, Menteri Kabinet Melayu juga disisihkan daripada memegang portfolio penting disebalik alasan menghina kononnya mereka kurang berkelayakan. Walaupun Kabinet Singapura mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri, jawatan tersebut hanya diisi oleh kaum Cina dan India sahaja dan tidak pernah diisi oleh kaum Melayu. (Bayangkan tuntutan Ultra-Kiasu yang mahukan negara kita mempunyai dua jawatan TPM. Siapakah yang mereka mahukan untuk mengisi jawatan TPM-2 itu?).

Di sebalik semua penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh Pemerintah PAP Singapura terhadap masyarakat Melayu tempatan disebabkan tanggapan negatif mengenai tahap kesetiaan mereka terhadap negara, kajian yang dibuat oleh Chew Sock Foon (1987) telah membuktikan sebaliknya iaitu orang Melayu Singapura yang juga Bumiputera di pulau tersebut adalah masyarakat yang paling patriotik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Singapura.

Hasil kajiannya di dalam “Ethnicity and Nationality in Singapore” terbitan Centre for International Studies, Ohio University, mendapati orang Melayu mempunyai tahap jati diri kebangsaan tertinggi (86-98%) berbanding India (85-90%) dan Cina (69-95%), sementara orang Melayu Singapura yang berbangga menjadi rakyat Singapura adalah pada tahap 69-95%, berbanding dengan 54-74% bagi masyarakat Cina.

Apa yang menyedihkan, di negara kita pada hari ini, laungan kesamarataan hak kembali didendangkan oleh para chauvinist yang berselindung di sebalik topeng perjuangan hak asasi manusia. Maka timbullah slogan-slogan dan ideologi seperti ‘Malaysian First, Malay Second’, ‘Middle Malaysia’, ‘Saya Anak Bangsa Malaysia’ dan sebagainya yang kononnya mempelopori gerakan supaya diutamakan kepentingan nasional sementara hak Bumiputera dan Islam perlu diletakkan pada tangga kedua.

Anehnya, apabila timbul isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka seperti cadangan pengwujudan satu sistem sekolah tunggal bagi menggantikan Sekolah Jenis Kebangsaan, mereka bermatian-matian pula mempertahankan apa yang dipanggil hak kaum mereka dan keperluan untuk menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.

Anak-anak muda Melayu yang baru menggenggam ijazah dari Universiti yang diperjuangkan oleh nenek moyang mereka merasakan mereka sudah menjadi terlalu bijak pandai lalu menyertai parti Ultra-Kiasu kononnya kerana tidak mahu dicop sebagai Rasis.

Seorang apek yang dahulunya mempersendakan kalimah azan dan meminta orang Melayu pulang ke hutan dan hidup seperti orang Sakai tersengih lebar apabila filem terbaru terbitannya dijayakan oleh puluhan bintang filem Melayu. ‘Peduli apa Islam dihina, janji duit masuk’, mungkin itulah yang ada difikiran para pelakon Melayu ini.

Maka tanpa ada rasa bersalah, para pelakon Melayu-Islam ini bersungguh-sungguh membantu mempromosikan filem terbaru apek rasis tersebut agar orang Melayu menyedekahkan duit demi menjayakan filem tersebut dan menyuruh orang Melayu-Islam supaya berbondong-bondong untuk membuang masa dengan menonton filem tersebut yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ini.
Maka janganlah ditangisi sekiranya apa yang telah berlaku di Singapura 47 tahun dahulu berulang semula di negara kita.

Sumber: