Pages

Sunday, August 9, 2015

Ulama terkemuka Sheikh Wahbah meninggal dunia

August 9, 2015 Berita Utama,

wahbah

BANGI, Ahad – Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un! Seorang ulama Ahlulsunnah Wal Jamaah pewaris Nabi, Sheikh Wahbah Az-Zuhaili atau Wahbah bin Musthofa Az-Zuhaili, meninggal dunia, hari ini, pada usia 83 tahun.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang juga anak murid Allahyarham, berkata Sheikh Wahbah meninggal dunia pagi tadi setengah jam sebelum fajar.

“Semoga Allah mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama dengan para siddiqin, syuhada dan solihin.

“Kami mengambil kesempatan untuk menyeru umat Islam di Malaysia untuk mengerjakan solat jenazah ghaib kepada Allahyarham Sheikh Wahbah,” katanya hari ini.

Sheikh Wahbah adalah ulama terkenal abad ini berasal dari Syria yang menganggotai Dewan Fiqh di Makkah, Jeddah, India, Amerika Syarikat dan Sudan.

Allahyarham sangat produktif menulis, dan baru-baru ini Allahyarham sempat menulis ensiklopedia fiqh berjudul, ‘Maus’atul Fiqhil Islami Wal-Qodhoya Al-Mu’ashiroh” yang telah diterbitkan Darul Fikr dalam 14 jilid.

Selain itu, antara karya Allahyarham ialah Al Fiqhul Islami wa Adillatuh; At Tafsir Al Munir; Al Fiqhul Islami fi uslubih Al Jadid; Nadhoariyatudh Dhorurot Asy Syari`yah; Ushuul Fiqh Al Islami; Adz-Dzarai`ah fs Siyasah Asy Syari`ah; Al `Alaqot ad-Dualiyah fil Islam; Juhud Taqnin Al Fiqh Al Islami; Al Fiqhul Hanbali Al Muyassar; Al Fiqhul Hanafi Al Muyassar dan Al Fiqhus Syafi’i Al Muyassar. 

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/08/ulama-terkemuka-sheikh-wahbah-meninggal-dunia/

Friday, August 7, 2015

Kenapa Ringgit Malaysia Jatuh? (Siri 1)


moneycurrency

Pengenalan

Kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) yang berlaku sejak awal tahun ini adalah antara perkara yang hangat dipaparkan di dada akhbar dan media massa. Topik ini bertambah hangat apabila matawang kita jatuh ke paras terendah sejak krisis ekonomi Asia pada September 1998 iaitu pada kadar tukaran 1 USD bersamaan RM3.8718, sebelum ditutup pada RM3.8537 per 1 USD petang Selasa yang lalu.

Kejatuhan RM telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya apabila hal ini dikaitkan dengan situasi politik negara. Pada masa kini terdapat beberapa kemelut politik dalam negara yang dikatakan menjadi punca utama kejatuhan RM; antaranya ialah kontroversi yang melibatkan syarikat milikan penuh Kementerian Kewangan Malaysia iaitu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) serta rombakan kabinet yang melibatkan pemecatan mengejut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, beserta beberapa menteri lain yang mengkritik pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

Persoalannya, adakah benar konflik politik dalaman negara yang menjadi faktor utama kejatuhan RM? Atau terdapat faktor lain yang turut menyumbang kepada perkara ini?

Siri analisis kali ini akan cuba untuk memberi gambaran sebenar tentang apakah yang berlaku di sebalik kejatuhan matawang negara kita dengan harapan ia dapat difahami oleh rakyat. Namun sebelum itu penting untuk kita faham   mengenai konsep asas tukaran matawang asing, sebelum beralih kepada persoalan tersebut.

Apakah itu kadar tukaran wang asing?

Definisi kadar tukaran wang asing atau ‘foreign exchange’ adalah transaksi yang melibatkan tukaran matawang sesebuah negara kepada matawang negara lain. Harga matawang di antara dua negara ini akan bergantung kepada permintaan dan tawaran matawang tersebut. Sistem foreign exchange terbahagi kepada 2 jenis iaitu ‘Fixed (Pegged) Exchange Rate’ dan ‘Floating Exchange Rate’.

Fixed exchange rate adalah sistem yang mana kadar tukaran matawang tidak berubah dan dikawal oleh Bank Pusat sesebuah negara. Apabila berlakunya pertambahan atau pengurangan terhadap permintaan matawang, Bank Pusat akan menjual atau membeli matawang negara tersebut supaya harga matawang negara tersebut tidak berubah. Sistem ini pernah digunakan oleh Malaysia sewaktu Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1998 yang mana kita menambat RM 3.80 untuk setiap 1USD. Sistem ini memerlukan simpanan (reserves) yang besar untuk Bank Negara Malaysia campurtangan sekiranya berlaku volatility yang terlalu tinggi pada RM berbanding matawang asing.

Sementara itu, floating exchange rate pula adalah kadar tukaran yang ditentukan oleh permintaan dan tawaran terhadap kadar tukaran tersebut. Apabila terdapat pertambahan permintaan untuk sesebuah matawang, nilai matawang tersebut akan bertambah berbanding dengan matawang lain. Pertambahan permintaan ini boleh dipandu oleh imports and eksport, pendapatan relatif, kadar inflasi relatif, dan spekulasi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tukaran wang

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pasaran matawang sesebuah negara tetapi faktor-faktor ini hanya memberi kesan terhadap negara yang mengamalkan floating exchange rate regime sahaja. Antaranya adalah kadar inflasi negara, kadar interest rates, public debt, dan kestabilan politik serta ekonomi. [1]

1. Kadar inflasi sesebuah negara memberi kesan secara terus terhadap permintaan matawang negara tersebut. Sekiranya negara A mempunyai kadar inflasi yang tinggi, ia bermaksud kuasa membeli pengguna matawangnya merosot berbanding negara lain yang mempunyai kadar inflasi yang jauh lebih rendah.

Sebagai contoh kita ambil Malaysia dan Indonesia sebagai perbandingan. Jadual di bawah menunjukkan kadar inflasi di Malaysia dan Indonesia sejak dari tahun 2010 sehingga 2014 dan kita dapat lihat trend di Indonesia semakin meningkat dan jauh lebih tinggi berbanding Malaysia. Kesan dari kadar inflasi ini dapat dilihat daripada exchange rate RM dan Rupiah seperti carta di bawah yang mana RM semakin kuat (strengthening) berbanding Rupiah.
Kadar Inflasi di Malaysia dan Indonesia[2]
Negara 2010 2011 2012 2013 2014
Malaysia 1.7 3.2 1.7 2.1 3.1
Indonesia 5.1 5.4 4.3 6.4 6.4
Kadar tukaran RM ke Rupiah
Kadar tukaran RM ke Rupiah

2. Hutang awam (public debt) yang tinggi oleh pihak kerajaan untuk membiayai projek mega akan menyebabkan kadar inflasi meningkat. Apabila kadar inflasi meningkat, ia akan menyebabkan harga matawang negara A jatuh kerana inflasi menghakis kuasa membeli menggunakan matawang tersebut. Selain dari itu, kadar hutang yang tinggi juga akan menyebabkan para pelabur asing lari kerana bimbang negara tersebut akan bankrup dan tidak dapat memenuhi keperluannya. Di sinilah peranan rating agency international sangat penting dalam menilai rating hutang negara, adakah masih pada paras yang sihat atau tidak dan ia mempengaruhi penentuan kadar tukaran matawang negara A itu.

Sebagai contoh, European Union sedang berdepan dengan masalah beberapa buah negara yang mempunyai kadar public debt yang tinggi seperti Greece, Cyprus, Italy, Spain dan Portugal. Greece berada di penghujung talian hayat dan bakal diishtiharkan muflis sekiranya tiada tindakan yang strategik diambil untuk menyelesaikan masalah ekonominya. Apabila Greece berdepan dengan masalah kadar hutang yang tinggi, para pelabur asing sudah bertindak lebih awal dengan menjual kesemua bon kerajaan Greece dan membuat pelaburan di negara lain[3]. Ada sesetengah ahli ekonomi menjangkakan krisis ekonomi Greece berkemungkinan besar akan menyebabkan domino effect terhadap ekonomi negara di bawah European Union. Jadi, kadar hutang negara yang terlalu tinggi tidak sihat untuk pertumbuhan ekonomi dan menyebabkan pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara tersebut.

3. Kestabilan politik dan ekonomi adalah antara faktor yang menentukan kenaikan dan penurunan kadar matawang negara yang mana negara yang tidak mempunyai struktur pemerintahan dan ekonomi yang kukuh menyebabkan pelabur asing kehilangan keyakinan dan melarikan modal mereka ke negara yang lebih stabil.
Sebagai contoh, Thailand adalah antara negara yang mempunyai masalah kestabilan politik di mana sejak tahun 1930 telah berlaku 12 coup d’état dan 7 cubaan menjatuhkan pemerintahan Thailand namun tidak berhasil. Apabila berlaku protes jalanraya dan cubaan coup d’etat, kesemua pekerja akan diarahkan untuk pulang ke rumah dan menanti hasil penggulingan, adakah akan ada kerajaan baru atau tidak[4]. Dengan ketidakstabilan politik di Thailand, telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi Thailand jatuh ke 2.9% pada tahun 2013, jauh lebih rendah dari negara ASEAN lain seperti Filipina. Indonesia dan Vietnam.[5] Foreign Direct Investment di Thailand juga jatuh lebih teruk berbanding Indonesia pada tahun 2014. Secara ringkas, kestabilan sesebuah negara amat penting kerana ia menambah keyakinan pelabur luar untuk melabur.

4. Selain daripada faktor di atas, interest rates juga memainkan peranan penting terhadap pergerakan sesebuah matawang, yang mana kadar interest yang tinggi menawarkan para peminjam pulangan yang lebih baik berbanding negara lain. Maka, kadar interest yang tinggi akan menarik modal asing ke negara A, meningkatkan permintaan terhadap matawang negara A sekaligus menaikkan harga matawang A. Kita akan bincang dengan lebih lanjut tentang faktor yang terakhir ini di siri yang akan datang.

Kesimpulan

Faktor-faktor yang menentukan pergerakan matawang tidak tertakluk kepada yang disebutkan di atas sahaja, terdapat juga faktor yang tidak dibincangkan di sini kerana penerangannya yang agak kompleks. Untuk siri seterusnya, kita akan menggunakan faktor yang dibincangkan di atas dalam menerangkan situasi yang berlaku kepada matawang RM.

Muhamad Nur Farhan
Penganalisis CAPE

Rujukan:
[1] http://www.investopedia.com/articles/basics/04/050704.asp
[2] data.worldbank.org/indicator/FP.CPI.TOTL.ZG
[3] http://www.nytimes.com/interactive/2015/business/international/greece-debt-crisis-euro.html?_r=0
[4] http://www.bbc.com/news/business-27537580
[5] http://www.wsj.com/articles/SB10001424052702303749904579576941085019938

Sumber:   http://focuss.my/kenapa-ringgit-malaysia-jatuh-siri-1/

Wednesday, August 5, 2015

Agama, bangsa dan negara tergadai jika terima ‘dana politik’



August 5, 2015 Berita Utama, Kolumnis,


rasuah-quran
SAMBUNGAN drp sebelumnya

BERBALIK kepada lenggang lengok Azalina dan Abdul Rahman, saya sedikit pun tidak terkejut jika sememangnya parti-parti pembangkang di negara kita terutama parti rasis dan cauvinis DAP serta parti serpihan Umno – PKR – menerima wang daripada penyangak-penyangak dunia.
Tetapi perlu diingat bahawa parti pembangkang itu bukannya kerajaan yang mentadbir Malaysia sekarang. Mereka tidak ada kepentingan untuk membalas budi baik penyangak-penyangak itu kerana tidak ada apa-apa projek yang boleh diberikan, kecuali di Pulau Pinang dan Selangor.
Masalahnya, ialah parti yang menjadi kerajaan memerintah Malaysia sekarang ini telah diakui boleh menerima dana (atau sudah pun menerima dana) dari pihak luar, termasuk daripada penyangak-penyangak Barat atau Timur.
Ini sesuatu yang berbahaya kepada negara. Negara boleh tergadai, sebagai mana rancangan untuk ‘menggadai’ maruah dan kedaulatan Malaysia melalui persetujuan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Kestabilan negara boleh terancam kerana pemberi dana itu sudah ‘memegang kepala’ kita. Adalah tidak mustahil negara boleh terjebak dengan penjajahan bentuk baru kuasa asing, seperti TPPA, kerana parti pemerintah menerima dana orang yang hendak menguasai kita dan sudah tentu mereka juga boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya.
Tidak mustahil apabila pihak yang menerima dana itu menang dalam pilihan raya dan memerintah negara, nescaya mereka terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak negara yang mengeluar dana berkenaan. Contohnya mereka boleh memaksa Malaysia akur dengan TPPA.
Semua parti politik, tidak kira pemerintah atau pembangkang mesti memelihara harga diri dan memastikan mereka tidak terdedah dengan gejala menerima dana asing, yang akhirnya akan merosakkan masa depan Malaysia.
Dan jika benar wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib adalah dana politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14, kenapa akaun itu ditutup? Kenapa tidak menunggu sehingga hampir PRU-14 dikeluarkan semua wang itu untuk digunakan dalam kempen pilihan raya?
Sekarang, di mana RM2.6 bilion itu?
Jika wang itu milik peribadi Najib, sememangnya beliau tidak perlu memberitahu kita di mana wang itu sekarang, namun jika jawapannya wang itu hak beliau maka mungkin rakyat tertanya-tanya dari mana seorang Perdana Menteri yang baru enam tahun menduduki takhta sudah ada wang peribadi sebanyak itu.
Namun, jika wang itu bukan milik peribadi, maka Najib kena beritahu kita wang siapa? Betulkah untuk Umno dan BN dan di mana wang itu sekarang selepas akaun berkenaan ditutup.
Selepas SPRM mengesahkan memang ada RM2.6 bilion dalam akaun Najib, rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi wang sebanyak itu kepada beliau. Bolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas Najib untuk mengetahui sama ada wang itu adalah rasuah atau tidak?
Jika mengikut undang-undang sudah tentu siasatan lanjut dijalankan dan SPRM sekurang-kurang menyoal siasat dan menangkap Perdana Menteri atas tuduhan menerima suapan, sebagaimana yang berlaku kepada beberapa ahli politik lain.
Sebelum ini, ramai juga ahli politik yang dituduh di mahkamah kerana menerima rasuah yang pada masa itu bukan dikatakan ‘dana politik’.
Datuk Norza Zakaria (ahli Umno yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan); Datuk Suhaili Abdul Rahman (bekas Ahli Parlimen Labuan); Datuk Azman Mahalan (bekas EXCO Perak); Datuk Waad Mansor (bekas EXCO Negeri Sembilan); Mohd Yahya Mat Sahri (ahli PKR dan Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor); Wong Chuan How (ahli DAP dan Pembantu Khas Adun) dan Hasbie Satar (bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan), adalah antara ahli politik yang pernah dituduh menerima rasuah.
Ada yang didapati bersalah. Cuma ketika itu mungkin mereka terlupa untuk menggunakan istilah wang yang diterima adalah ‘dana politik’, sebagaimana ‘dana politik’ yang masuk ke akaun peribadi Najib.
TPPA
Klik untuk bantah TPPA

Saya selama ini menganggap bahawa calon-calon BN, terutama yang mewakili Umno menggunakan peruntukan daripada Ibu Pejabat Umno untuk bertanding pada pilihan raya. Mungkin juga ada yang menggunakan wang bantuan daripada rakan atau saudara mara yang mendapat projek tertentu.
Tetapi, terfikir juga dari mana Ibu Pejabat Umno hendak mendapat wang membiayai calon-calonnya jika tidak datang dari dana pihak tertentu.
Apa yang biasa saya dengar sebelum ini ialah setiap calon Umno juga diperuntukkan sekurang-kurangnya RM1 juta seorang untuk kerja politik pada musim pilihan raya. Mungkin ada yang lebih, kerana khabar angin sentiasa bertiup bahawa syarikat-syarikat besar diminta menghulurkan bantuan.
Maka, jutaan ringgit dalam bentuk tunai mula bergerak di hotel-hotel seluruh negara ketika musim pilihan raya. Pada musim itulah ada rakan memberitahu bahawa wang tunai satu juta ringgit berada di bawah kakinya.
Wang yang datang dari dalam atau luar untuk membantu parti. Wang yang dikatakan ‘dana politik’ untuk digunakan oleh parti politik. Dana yang membantu untuk memenangkan parti.
Berbeza dengan seorang saudara saya yang bertanding bukan atas tiket BN, yang terpaksa menjual tanah pusaka untuk dijadikan modal berkempen pada pilihan raya umum yang lalu, selain sedekah seringgit dua daripada orang kampung yang setia sebagai penyokong.
Sedihnya apabila pemimpin politik sudah mula menjual maruah diri, agama, bangsa dan negara untuk mendapat ‘dana politik’. Janganlah kerana ingin memiliki kuasa yang tidaklah sebesar mana atau ingin mencapai kemenangan sehingga ada yang sanggup menggadai maruah agama, bangsa dan negara dengan membenarkan pemilihan kerajaan dipengaruhi oleh ‘white’, ‘black’ atau ‘yellow’.
P/S: Politik Malaysia kini berubah apabila pemberian wang kepada ahli politik bukan lagi ‘rasuah’ tetapi ‘dana politik’. Maka, sesiapa pun ahli politik sekarang ini bolehlah menerima ‘dana politik’ tanpa perlu takut ditangkap oleh SPRM.by-line-baru


Pengarang Kanan Ismaweb.net

RASUAH TAK BOLEH, TAPI DERMA DANA POLITIK BOLEH!

August 4, 2015 Berita Utama, Kolumnis,

“You bagi wang pada I nanti I bagi projek pada you. Wang yang you bagi tu kita jadikan dana politik. Itu bukan rasuah, itu dana untuk politik. Mana ada peraturan larang… Setuju?”

dana politik
Sebelum saya mengupas lebih lanjut di sini saya nyatakan bahawa maksud ‘suapan’ dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang berkuat kuasa 1 Januari 2009, termasuklah ‘derma’. Rujuk http://www.sprm.gov.my/images/webuser/files/static_content/act/SPRM_akta_BM.pdf

SABTU lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, memberitahu bahawa semua ahli parti politik di negara ini bebas menerima sumbangan atau bantuan kewangan daripada mana-mana pihak, termasuk dari orang luar negara.

Sambil mengatakan Malaysia tidak seperti sesetengah negara yang mempunyai peraturan khas untuk mengekang ahli politik menerima dana daripada para penyokong, Azalina tidak saja mengakui Barisan Nasional (BN) juga menerima dana politik, malah beliau yakin parti pembangkang juga menerima dana asing.
Kata-kata Azalina ini kelihatannya seolah-olah langkah mula untuk memberitahu rakyat bahawa sejumlah wang yang masuk ke dalam akaun peribadi ketuanya – bukan akaun amanah – adalah ‘halal’, bukan wang rakyat atau wang rasuah.

Keesokkannya, lenggok Azalina disambut pula oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang turut berkata bahawa Umno dalam peruntukan perlembagaannya membenarkan Presiden mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.

Beliau juga memberitahu bahawa wang di dalam akaun amanah di bawah nama Najib sebagai Presiden Umno, bukannya wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau wang rakyat, malah apa saja derma diambil sejak dahulu hingga sekarang oleh Umno, tidak ada kena-mengena dengan duit rakyat, sebaliknya ia adalah derma daripada penyokong parti.

Panjang lebar Abdul Rahman menyusun strategi bagaimana untuk menangkis serangan terhadap ketuanya, termasuk melampiaskan tuduhan kepada pihak pembangkang yang dikatakan menerima dana daripada agensi negara Barat termasuk daripada penyangak mata wang George Soros dan National Endowment for Democracy.

Namun, Abdul Rahman terlupa bahawa akaun peribadi dan akaun amanah adalah dua akaun yang berbeza. Dan, ini dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kata Tun:

“Di waktu saya jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat mempunyai tiga trustees, iaitu pemegang amanah. Saya adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah memiliki akaun dalam bank. Semua derma, terutama semasa pilihan raya dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek apabila mengeluarkan wang.”

Maknanya, akaun itu bukan atas nama peribadi. Tidak tahulah pula saya sama ada Umno telah menukar akaun amanah itu menjadi akaun peribadi.

TPPA
Klik untuk bantah TPPA

Kini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib bukan dana 1MDB, tetapi wang hasil derma.

SPRM hanya memberi kenyataan ringkas. Tidak menyatakan secara terperinci pergerakan wang itu sebelum masuk ke akaun peribadi Najib, sebagaimana dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ).

Akhbar kewangan antarabangsa itu sebelum ini melaporkan pergerakan wang bermula di SRC International (firma tenaga yang dimiliki Kementerian Kewangan di mana Najib juga adalah Menteri Kewangan).

Dari SRC International bergerak ke Gandingan Mentari (anak syarikat SRC International) dan kemudian ke Ihsan Perdana (syarikat yang mengendalikan projek tanggungjawab sosial bagi pihak 1MDB) sebelum masuk ke akaun Perdana Menteri, yang semuanya berjumlah RM42 juta. Transaksi ini dilaporkan bermula pada Disember 2014 hingga Februari tahun ini.

Dalam satu lagi pergerakan wang yang dilaporkan WSJ, sebuah syarikat di kepulauan British Virgin, Tanore Finance, memindahkan AS$681 juta dalam dua transaksi pada 21 dan 25 Mac 2013 melalui Falcon Private Bank di Singapura, ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Perlu diingat bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan pada 5 Mei 2013 dan dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Walaupun menang tipis, BN kekal berkuasa dan Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Perlu juga diketahui bahawa Falcon Private Bank dimiliki oleh Aabar Investments PJS. Aabar pula dimiliki oleh firma Abu Dhabi – International Petroleum Investment Company (IPIC) – yang baru-baru ini ‘mendermakan’ dana AS$1 bilion untuk membantu melunaskan pinjaman 1MDB. Perjanjian ini dibuat secara rahsia tanpa diberitahu apakah imbuhan yang bakal diperoleh oleh IPIC. Namun ada yang memberitahu IPIC akan mendapat habuan dalam bentuk hartanah.

Aliran dan pergerakan wang ini lah yang SPRM tidak jelaskan. Betul atau tidak dari SRC International ke Gandingan Mentari dan ke Ihsan Perdana sebelum ke akaun Perdana Menteri. Mungkin juga di luar bidang kuasa SPRM untuk menjelaskannya. Wallahualam

P/S: Adakah ‘derma’ yang diterima oleh Ketua Eksekutif Kerajaan Malaysia boleh dikategorikan sebagai ‘suapan’ mengikut apa yang dinyatakan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?
BERSAMBUNG ESOK
 by-line-baru



Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan Ismaweb.net

Tuesday, August 4, 2015

LEPAS DISIASAT POLIS, SPRM ANJUR SOLAT HAJAT PERDANA


Timeline hampir kesemua media dipenuhi dengan berita ini sejak petang semalam. Sedih dan sayu membaca apa yang ditulis serta gambar yang disiarkan oleh para pemberita. Diberitakan ramai yang khusyuk berdoa sehingga menitiskan airmata.

Sama-samalah kita doakan agar para pegawai dan anggota SPRM dapat menjalankan tugas mereka dengan gigih, telus dan saksama. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Kami telah teliti semua artikel mengenai berita ini dari semua saluran media untuk mendapatkan kesahihannya. Kami petik dari semua sumber agar dapat kita hayati beritanya.
“Allahumma Salaamatan Fiddien”

WARGA PRIHATIN
* * * * * * * *
 Warga Prihatin's photo.

PUTRAJAYA - Ogos 04, 2015 : Kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai Majlis Solat Hajat Perdana hari ini bagi memohon agar institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah. Ia telah diadakan di bangunan pentadbiran SPRM di sini selepas solat Zohor, dipimpin Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Tazkirah ringkas dan doa memohon supaya SPRM dapat meneruskan perjuangan membela maruah agama, bangsa dan tanah air disusuli selepas itu.

Antara kandungan doa berkenaan ialah: "Kami memohon kepada-Mu, ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Berilah bimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas kami memerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa."

Zakaria turut memohon supaya Allah memberi kekuatan kepada pegawainya mempertahankan masyarakat dan negara daripada dicemari dengan rasuah dan penyelewengan.

"Rasuah ini berpunca daripada perbuatan yang haram. Rasullah kata, orang yang memberi dan menerima rasuah masuk neraka. Nak cegah orang masuk neraka ini satu pekerjaan yang berat, yang besar. Jadi, kita kena minta tolong daripada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui yang akan menunjuk jalan membantu kita melaksanakan tugas terbaik dan paling mulia," katanya.

Zakaria, 58, yang akan bersara secara rasmi pada 12 Oktober ini berkata, sepanjang 35 tahun khidmatnya dalam agensi itu, beliau menganggap perjuangannya ialah "mencegah individu daripada terjerumus ke neraka".

"Daripada masuk kerja, sampai habis pencen, 35 tahun berjuang mencegah orang daripada masuk neraka dan saya menjadikan sepanjang hidup itu sebagai satu ibadah. Apabila saya keluar daripada (SPRM) ini, saya pindahkan apa yang saya yakini kepada semua warga SPRM, supaya sepanjang masa apa yang dibuat ini menjadi ibadah di sisi Allah," katanya.

CAWANGAN SPRM SELURUH NEGARA
Selain di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat hajat.
Antaranya di Negeri Sembilan di mana solat hajat didirikan selepas solat dhuha sekitar jam 9 pagi dan dihadiri 36 kakitangan termasuk Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Datuk Shaharom Nizam.
Sementara Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban mengambil peluang menyampaikan amanat dan pesanan kepada pegawai dan kakitangan yang menjadi jemaah solat hajat.

Selain itu, SPRM Johor, Melaka dan Terengganu turut diadakan pada Isnin dan Selasa.

SIRI PENAHANAN PEGAWAI SPRM

Solat hajat ini dilakukan selepas beberapa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan bagi membantu siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setakat ini, beberapa pegawai SPRM telah ditahan dan diambil keterangan berhubung kes kebocoran maklumat siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara yang telah ditahan untuk diambil keterangannya ialah Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik Datuk IG Chandran dan pegawai SPRM, Tuan Roslan Tuan Mat.

Semalam, polis Cawangan Khas menyoal siasat Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin bagi membantu siasatan dalam kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Manakala bekas Ahli Lembaga Penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh ditahan Sabtu lalu kerana dipercayai berkaitan dengan laporan pertemuannya dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.

Polis Cawangan Khas turut menyerbu pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi mencari dokumen berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat dibebani hutang berbilion ringgit itu. Serbuan di pejabat Sazilee di Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya itu turut merampas sebuah komputer riba, malah kediamannya juga diperiksa.

Sazilee, pegawai yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, antara 3 yang ditahan minggu lalu selain Rashpal dan Sekretariat Kewangan dan Pasukan Petugas Khas Pentadbiran Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

KREDIT BERITA & FOTO : BERNAMA, SINAR HARIAN, MALAYSIA KINI, ASTRO AWANI, TMI,

Rosak ikan dari kepala…

August 5, 2015 Aminuddin bin Yahaya, Berita Utama, Kolumnis, 

aminuddin yahaya timbalan presiden isma
 
SEPANJANG beberapa bulan yang lepas saya masih belum berjumpa dengan mana-mana rakyat yang melihat isu 1MDB ini secara positif.

Tindakan-tindakan yang dilakukan kerajaan bukan menjawab malah menimbulkan lebih banyak persoalan. Rakyat diminta berfikiran progresif dan positif, rakyat juga diminta memberi kepercayaan kepada kerajaan, rakyat diminta menunggu siasatan dan pelbagai lagi.

Tapi dalam masa yang sama penjelasan-penjelasan yang tidak konsisten oleh pimpinan negara tidak membayangkan pemimpin sendiri serius dalam nak menyelesaikan kes ini.

Badan penyiasat bebas bukan saja dihentikan malah pejabat mereka digeledah atas sangkaan berlakunya kebocoran.

Apakah pemimpin negara tidak percaya kepada agensi mereka sendiri? Jika mereka tidak percaya akan integriti agensi-agensi ini maka adakah logik mereka meminta rakyat percaya?

Jika segala perundangan dan peraturan dicabul oleh pemimpin, maka adakah masuk akal mereka meminta rakyat patuh pada undang-undang? Jika pemimpin-pemimpin yang sudah terkenal dengan akhlak yang rosak dan mempunyai sejarah hitam, maka adakah munasabah rakyat diminta percaya kepada mereka?

Jika yang disyaki tidak disiasat tetapi seorang despatch pula yang ditahan, apakah rakyat boleh terima mainan ini? Jika pelbagai isu yang tidak boleh dijawab tapi siasatan awal mengatakan tidak ada salah laku yang dijumpai, apakah boleh diterima apabila rakyat diminta menunggu habis siasatan? Adakah laporan itu nanti akan ada integriti?

Bak kata pepatah ‘rosaknya ikan bermula dari kepalanya’. Rosaknya rakyat bermula daripada pemimpinnya.

Tidak mungkin rakyat akan baik jika pemimpin tidak menunjukkan integriti dan ketelusan. Jika rakyat bersuara, jika rakyat keluar ke jalanan, jika rakyat membenci dan menghina pemimpin, jika rakyat pandai menipu, jika rakyat menolak kerajaan…..jangan salahkan mereka.

Mereka hanya sekadar mengikut tauladan yang ditunjukkan oleh para pemimpin.

Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden Isma

 http://www.ismaweb.net/2015/08/rosak-ikan-dari-kepala/

Monday, August 3, 2015

TPPA: Jaminan hak Bumiputera terpelihara hanya palsu, kata CEO MTEM

August 4, 2015 Berita Utama,

En Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)
En Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

KUALA LUMPUR, Selasa – Jaminan kerajaan bahawa hak Melayu dan Bumiputera terpelihara dalam Perjanjian Perkongsian  Trans-Pasifik (TPPA) adalah ‘jaminan perlindungan palsu’ kerana kerajaan masih belum menunjukkan secara jelas di manakah undang-undang yang boleh dirujuk.

“Dalam Perlembagaan, hanya ada Perkara 153 yang menyatakan bahawa hak keistimewaan Melayu terpelihara, tapi ia masih bersifat umum.

“Dalam konteks TPPA secara terperinci, undang-undang manakah yang menyatakan ‘syarikat tempatan akan diberi keutamaan berbanding syarikat asing’? Adakah ia tertulis dalam teks perjanjian dengan terperinci?

“Kita tidak tahu dan kerajaan pun tidak membawa apa-apa bukti.”

Antara peserta ceramah anjuran PENGKAJI malam tadi.
Antara peserta ceramah anjuran PENGKAJI malam tadi.

Demikian kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM), Nizam Mahshar ketika menyampaikan ceramah ‘Bahaya TPPA’ anjuran Pertubuhan Pembangunan dan Kajian Insan Malaysia (PENGKAJI) di sini, malam tadi.

Beliau membidas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkata bahawa kedaulatan negara dan hak Bumiputera tidak akan terhakis menerusi perjanjian ini.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi rundingan TPPA, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan Perlembagaan, kedaulatan dan dasar teras negara kita, termasuk kepentingan masyarakat Bumiputera, dilindungi dan dipertahankan,” kata Mustapa minggu lepas.

Selaku pihak yang telah mengkaji TPPA sejak tahun 2012 lagi, Nizam berkata, Malaysia wajib menolak menandatangani perjanjian ini kerana TPPA dijadikan alat untuk menjayakan agenda Amerika Syarikat (AS) di rantau ini selain menggugat kedaulatan negara.

“Semua orang sudah maklum Amerika bersungguh-sungguh menjayakan TPPA kerana mahu mengekang kuasa China yang sedang meningkat naik.

“Selain itu, ia mengancam kedaulatan negara dalam aspek perundangan. Siapakah yang memiliki kuasa mutlak perundangan? Adakah sistem perundangan negara sekarang, atau mekanisme ISDS (Penyelesaian Pertikaian Negara Pelabur) yang penuh dengan skandal?

“Pada 2006, Malaysia menolak untuk menandatangan perjanjian dagangan bebas (FTA) dengan Amerika. Kita tidak pernah rugi pun. Mengapa sekarang bersungguh-sungguh mahu tandatangan TPPA?” katanya.

Nizam juga mengulas kenyataan Datuk Seri Mustapa yang ‘berbangga’ apabila menyebut Malaysia tidak menandatangan TPPA ketika rundingan berlangsung di Hawaii beberapa hari lalu.

“Kita pun tahu mesyuarat di Hawaii adalah mesyuarat berbentuk teknikal, memang kerajaan tidak akan tandatangan di Hawaii. Pada bulan Ogos, akan ada satu lagi rundingan.

“Kita berharap Malaysia tidak akan menandatangani sehingga September, kerana bermula September, Kongres AS akan sibuk dengan pilihan raya presiden. Jika tidak tandatangan sehingga September, kita berasa sedikit lega, tetapi Presiden AS yang baharu mungkin akan meneruskan rundingan sehingga ia ditandatangani.

Pengalaman ditipu MITI

Dalam ceramahnya, Nizam berkongsi pelbagai usaha yang dilakukannya termasuk mengadakan perbincangan dengan kementerian, menyerahkan memorandum bantahan dan mengadakan sidang meja bulat, selain siri-siri ceramah penerangan.

“MITI dan Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) ‘mungkir janji’ dalam isu kajian analisis kos manfaat. Sudah banyak kali mereka berjanji mahu membentangkan hasil kajian. Katanya pada Jun 2015. Sekarang dah masuk Ogos, mana kajian itu?

“Berkenaan ‘cleared advisors’ (pihak bukan kerajaan yang mengesahkan isi perjanjian), kerajaan meletak syarat-syarat yang tidak logik, umpamanya perlu mengisi surat akujanji dan perlu merahsiakan isi kandungan dokumen. Dokumen itu pula tidak boleh disimpan, hanya boleh dibaca dalam tempoh singkat,” katanya.

Sumber:   http://www.ismaweb.net/2015/08/tppa-jaminan-hak-bumiputera-terpelihara-hanya-palsu-kata-ceo-mtem/

PAS jangan pandang GHB sebelah mata



 
pada 04-08-2015 10:08 Ditulis Oleh Shuhaniza Said
 
Post Pic 


SHAH ALAM: Kewujudan parti politik baru yang bakal diasaskan Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak boleh dipandang sebelah mata, kata penganalisis politik, Dr Jeniri Amir.
 
Ujarnya ketika dihubungi Antarapos, PAS tidak boleh berterusan melabel GHB sebagai gerakan serpihan yang akan berkubur sepertimana parti-parti lain.
 
"Kita tak boleh samakan keadaan sekarang dengan dulu kerana perubahan landskap politik dan pemikiran pengundi yang tidak sama seperti tahun 70an dan 80an dulu. 
 
"Jadi adalah awal untuk kita buat kesimpulan bahawa mereka (GHB) akan menerima nasib yang sama seperti parti serpihan sebelum ini," katanya merujuk kepada parti Parti Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).
 
Jeniri juga mengingatkan PAS agar bersiap sedia untuk kehilangan kehilangan beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sementelah beberapa wakil rakyatnya baik ADUN ataupun ahli Parlimen sudahpun menyatakan sokongan mereka kepada GHB.
 
Justeru, sokongan pengundi juga akan beralih selari dengan 'peralihan' kumpulan pemimpin berkenaan.  
 
"Boleh dikatakan PAS tanpa sokongan golongan liberal ini sudah terhakis sedikit sebanyak kekuatannya. Jadi sama ada ia (PAS) dapat memenangi atau mencapai prestasi lebih baik, atau sama seperti PRU13 lalu, saya percaya tidak akan sama.
 
"Kerana golongan yang 'keluar' itu merupakan pemimpin yang boleh dikatakan berwibawa dan ada pengaruh masing-masing. Jadi penyokong pemimpin yang 'keluar' ini pasti tidak akan menyokong PAS yang kini didikong kuat oleh golongan ulama," katanya. 
 
Kerusi yang dijangka 'hilang' ujar Jeniri, adalah dari kawasan yang majoritinya terdiri daripada pengundi bukan Islam dan juga kawasan bandar.
 
Sumber:  http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WmbZphaw==
 

Saturday, August 1, 2015

ENAM ISU WAJIB DIFAHAMI DENGAN BETUL

oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari

Saya terpanggil untuk menulis beberapa isu yang menjadi persoalan di kalangan ahli dan penyokong PAS khususnya apabila berdepan dengan beberapa dakwaan yang dilihat sengaja menyembunyikan fakta yang sebenar. Barangkali tulisan ini kurang lengkap atau mengandungi fakta yang kurang tepat, para pembaca boleh membuat penilaian dan pembetulan jika perlu. Apa yang pasti, tulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaan saya sendiri di dalam parti dan kerajaan. Walaupun tidak sebagai seorang yang penting, namun ia cukup untuk mengajar saya berfikir dan meneliti fakta-fakta secara adil sebelum bertindak menyatakan sokongan atau bantahan.

1. KEMENANGAN DAN KEREDHAAN ALLAH

1.1: Selaku seorang mukmin yang betul aqidahnya akan mengerti dan memahami bahawa matlamat hidup adalah untuk memperolehi keredhaan Allah. Bagi orang yang ditarbiyyah dan dididik dalam sesuatu jamaah atau gerakan Islam tentunya tidak akan mempertikaikan bahawa matlamat asas perjuangannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

1.2: Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai sebuah jemaah Islam dan parti politik telah meletakkan dasarnya yang selari dengan matlamat memperolehi keredhaan Allah, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 5; Tujuan PAS ialah; “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.”

1.3: Jika diamati dan difahami apa yang terkandung dalam fasal 5 tersebut, bagi mancapai matlamat tertegaknya hukum Islam di negeri dan negara tentunya melalui kuasa pemerintahan. Realiti di negara kita Malaysia, kuasa pemerintahan ditegakkan melalui sistem demokrasi secara pilihanraya. Oleh itu PAS terpaksa memilih saluran ini. Dari aspek hukum dan keharusan perjuangan melalui parti politik, menyertai pilihanraya dan pengundian sudah pun dibahas dan diselesaikan oleh para ulamak muktabar muta’akhhirin , dan tidak menjadi persoalan besar untuk dipolimikkan.

1.4: Dalam perjuangan untuk mencapai kemenangan, tentunya PAS selaku parti Islam terikat dengan hukum dan syariat. Kemenangan dan kejayaan adalah matlamat PAS, namun matlamat yang lebih utama ialah keredhaan Allah. Kemenangan dan kejayaan hendaklah datang seiringan dengan keredhaan Allah. Ini bermakna, sesuatu kejayaan yang dicapai tanpa keredhaan Allah tidak akan membawa makna dalam perjuangan PAS dan ia bercanggah dengan perlembagaan PAS. Jika diberi pilihan antara kejayaan yang segera tetapi tidak mendapat keredhaan Allah, dengan kejayaan yang tertangguh, namun mendapat keredhaan Allah, tentunya PAS memilih jalan yang kedua. Inlah wajah sebenar sebuah parti Islam.

1.5: Pandangan inilah yang tidak difahami dan mahu dimengerti oleh pemikiran sekular. Bagi mereka, kemenangan adalah segala-galanya tanpa mengisi dalam kamus perjuangan dengan istilah-istilah seperti “redha Allah”, “barakah”, “pertolongan Allah” dan seumpamanya. Sebab itulah mutakhir ini kedengaran cemuhan dan sindiran terhadap PAS seperti “PAS bukannya nak menang pilihanraya, dia nak keredhaan Allah sahaja”.

1.6: Bagi menjamin setiap tindakan berlaku di atas landasan syariat dan hukum, PAS mewujudkan “Majlis Syura Ulamak”. Kuasa dan peranan majlis ini ialah sebagaimana di dalam Fasal 7 (3) (b) Perlembagaan PAS;
“ Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS”.

2. TAHALUF SIYASI

2.1: Perjuangan untuk mencapai kemenangan melalui sistem pilihanraya hendaklah dilihat secara waqi’ oleh PAS khususnya negara ini yang mengandungi rakyat berbilang bangsa dan agama. Satu jalinan kerjasama perlu diwujudkan dengan parti-parti lain, termasuk parti bukan Islam. Namun prinsip dan hukum syariat tidak boleh ditolak ansur. Kerjasama boleh berlaku, tetapi mesti melalui kaedah-kaedah yang dibenarkan dan pernah diterokai dalam perjuangan Islam terdahulu. Dari sinilah terbitnya istilah Tahaluf Siyasi.

2.2: Menurut rekod, Majlis Syura Ulamak telah diberikan peranan dalam pembentukan Tahaluf Siyasi ini. Setelah merujuk kepada kaedah-kaedah dalam Usul al-Fiqh dan Qawa`id Fiqhiyyah, terbentuklah Tahaluf Siyasi dengan menggariskan 6 prinsip atau syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak lain yang ingin menjalinkan kerjasama dengan PAS.

 Ini bermakna, selagi 6 prinsip ini tidak dicerobohi dan masih berlaku dalam ruang yang dimaafkan, Tahaluf siyasi boleh diteruskan. Maka berjalanlah persefahaman dan kerjasama PAS dengan parti-parti politik yang lain khususnya PKR dan DAP dalam satu ikatan yang dipanggil Pakatan Rakyat. 6 prinsip dalam Tahaluf Siyasi tersebut sentiasa menjadi panduan dan semakan dari masa ke masa oleh Majlis Syura Ulamak. Jika pencerohohan yang ketara dilakukan oleh rakan kerjasama terhadap PAS, sehingga tidak diharuskan oleh pandangan syarak, maka Tahaluf Siyasi akan terbatal.

2.3: Ikatan persefahaman melalui Tahaluf Siyasi ini membawa matlamat yang sama antara parti-parti pembangkang, iaitu menumbangkan parti pemerintah negara. Merombak ikatan ini tentunya mendatangkan kerugian dan merugikan PAS sendiri, namun kompromi dan tolak ansur dalam Islam ada batas hukum dan sempadan syariat. Memperolehi kemenangan, tetapi dalam masa yang sama mengundang kemurkaan Allah, tidak memberi makna bagi PAS. Inilah yang tidak difahami oleh pemikiran sekular serta golongan yang terlalu ghairah mengejar kemenangan.

Penulis sendiri secara peribadi telah diminta oleh Almarhum Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood pada tahun 2008 untuk menulis kertas kerja bertajuk Tahaluf Siyasi ini selepas pilihanraya umum pada tahun tersebut sebagai satu bahan untuk kursus Tamrin Sahifah Madinah bagi seluruh jentera parti di negeri Kelantan.

3. BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU

3.1: Setiap parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai dasar, matlamat dan falsafah perjuangan masing-masing. Namun di sana ada satu tujuan yang serupa iaitu menegakkan keadilan serta menentang pelbagai penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh parti pemerintah dengan cara menumbangkannya dalam pilihanraya. Penyelarasan usaha dan kerja antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat boleh diselaraskan demi mencapai tujuan tersebut. Dalam masa yang sama parti-parti boleh menjalankan tindakan dan pelaksanaan ke arah mencapai matlamat dan misi masing-masing, yang mungkin tidak berlaku kesepakatan dan persetujuan antara satu sama lain.

Bagi menyelesaikan masalah ini, sebelum PRU13, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah menandatangani satu dokumen setebal 20 halaman, bersetuju untuk setiap parti menegakkan visi dan misi masing-masing. Di sinilah terbitnya istilah “agree to disagree” (bersetuju untuk tidak bersetuju). Sesebuah parti dalam komponen Pakatan Rakyat boleh tidak bersetuju dengan pelaksanaan yang akan dibuat oleh rakan komponennya, tetapi tidak boleh menghalang atau membuat apa-apa tindakan ke arah menggagalkannya.

3.2: Hasil dari persetujuan “agree to disagree” PAS telah bertindak ke atas perkara atau pelaksanaan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Contohnya;

3.2.1: Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang
Kerajaan DAP Pulau Pinang telah berusaha untuk melaksanakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan. PAS telah membantah hasrat DAP itu atas alasan ia boleh melebarkan lagi polarisasi kaum serta sosio ekonomi di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Namun DAP terus bertekad sehingga memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan untuk mencari remedi undang-undang bagi mengembalikan pilihanraya Kerajaan Tempatan.

PAS membantah usaha DAP tersebut, namun tidak menghalang untuk menggagalkannya kerana mematuhi prinsip agree to disagree.

3.2.2: Langkah Kajang
Kerajaan PKR Selangor mengadakan “Langkah Kajang” dengan cara mengosongkan satu kerusi DUN di Selangor dan bercadang untuk digantikan dengan Ketua Umum PKR. Perkiraan dari segi untung-rugi politik jika diadakan pilihanraya semula di Kajang, antara PKR dan PAS tidak sama. PAS mengira langkah tersebut memberi kesan negatif, sedangkan PKR berpandangan sebaliknya.

Namun, bila kerusi Kajang dikosongkan, Ketua Umum PKR dihalang oleh perundangan dari menjadi calon pilihanraya, menyebabkan tempat tersebut diganti oleh Presiden PKR. Walau bagaimana pun bantahan PAS hanya setakat “agree to disagree” di mana PAS turut bersama dalam usaha memenangkan calon PKR dalam pilihanraya kecil Kajang.

Dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor, apabila PAS diminta oleh pihak Istana mencadang nama calon Menteri Besar, PAS mengemukakan tiga nama, sesuai dengan titah Istana yang mahukan lebih daripada dua nama, tidak sebagaimana PKR yang hanya mengemukakan satu nama sahaja, iaitu Presiden PKR. PAS bertindak demikian adalah disebabkan dua perkara;

i. Istana telah menolak cadangan PKR yang mengemukakan nama Presidennya sebagai calon Menteri Besar. Adalah tidak bijak jika PAS turut membuat cadangan yang sama, yang kesudahannya akan ditolak.

ii. Presiden PKR ialah seorang wanita. Setakat ini PAS, melalui pandangan Majlis Syura Ulamak hanya membenarkan wanita menduduki jawatan di tahap ولاية خاصة (wilayah khassah) seperti menteri atau EXCO Kerajaan. Sementara jawatan Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri, ia merupakan jawatan di tahap ( ولاية عامة ) dan bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulamak.

Percanggahan PAS dengan PKR dalam isu ini masih berlaku dalam ruang “agree to disagree”.

4. ISU HUDUD

4.1: Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan Rang Kanun Jenayah Syariah II (hudud) pada tahun 1993, sebelum wujudnya Pakatan Rakyat. Namun undang-undang tersebut tidak dapat dilaksanakan atas halangan kuasa Parlimen yang mengatasinya.

4.2: Selepas PRU13, Kerajaan Kelantan telah membawa satu Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan Dewan Negeri Kelantan dan diluluskan pada 18 Mac 2015.

4.3: Usaha Kerajaan PAS Kelantan mengkanunkan enakmen tersebut adalah sebahagian dari usaha melaksanakan dasar parti iaitu mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, sebagaimana terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS.

4.4: Usaha PAS ini mendapat bantahan dari PKR dan DAP, namun PAS menganggap bantahan tersebut adalah satu kebiasaan, berlaku dalam ruang “agree to disagree”. PKR dan DAP boleh tidak bersetuju, tetapi tidak boleh bertindak menghalang dan menentang sebagaimana sikap dan tindakan PAS terhadap isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang dan isu Langkah Kajang.

4.5: Namun DAP bertidak melebihi sempadan apabila melihat kepada kenyataan para pemimpinnya;

i. Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo; Kata Dua Untuk Pas: Pas bukan lagi sebahagian ahli komponen PR jika bertegas bentang rang undang-undang hudud di sidang Dun Kelantan 18 Mac ini. - Sinar Harian, 23 Feb 2015.

ii. Setiausaha organisasi DAP, Anthony Loke;
Sila Keluar Pakatan; Tindakan Pas Kelantan mahu laksana hudud dianggap cabuli muafakat PR. Sekiranya Pas bertegas untuk buat keputusan dan ambil tindakan yang tidak konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk Pas ialah berundur dari Pakatan Rakyat. - Sinar Harian, 26 April 2014

iii. Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim; Pas boleh meninggalkan gabungan pembangkang kerana isu hudud tidak termasuk dalam kerangka PR. - FMT News , 15 Mei 2015

4.6: Apa yang dikesali ialah sikap umat Islam termasuk segelintir ahli PAS yang tidak merasa sensitif dengan tindakan DAP, sebaliknya meletakkan kesalahan ke atas bahu pemimpin PAS yang kononnya tidak menyantuni DAP dengan sewajarnya. Tuduhan yang mengatakan PAS tidak pernah menjelaskan hasrat pelaksanaan hudud kepada DAP adalah tidak berasas.

 Merujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 30 April 2014 : DAP berpuas hati: DAP berpuas hati dengan penjelasan Pas dan Kerajaan Kelantan mengenai cadangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu. Bagaimana pun Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, hudud tetap isu berasingan dan bukan agenda PR. “Walau pun isu hudud isu persendirian Pas, kami akan cuba cari persefahaman dalam perkara ini.” ujarnya selepas menyertai Mesyuarat Setiausaha Agung PR di Pejabat Agung Pas, di sini semalam. (https://www.youtube.com/watch?v=tSPM-9NVVHE)

4.7: Sesetengah ilmuan atau ahli akademik juga keliru ketika menghurai pelaksanaan hudud di Kelantan. Mereka tidak dapat membezakan antara usaha mengkanunkan enakmen dengan pelaksanaan hukum. Pendapat yang menyatakan hudud tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan masyarakat yang tidak kondusif boleh diterima, dalam ertikata hukuman, seperti hukuman potong tangan tidak dilaksanakan di zaman Khalifah `Umar al-Khatab akibat kemarau.

Barangkali inilah makna kondusif, suasana kemarau yang menyulitkan umat Islam mencari makanan dianggap sebagai suasana yang tidak kondusif. Maka Khlaifah menangguhkan hukuman tersebut. Namun undang-undang hudud masih termaktub dan dikanunkan sebagai undang-undang negara. Cuma hukumannya tidak dapat disempurnakan. Inilah yang sebenarnya diperjuangkan oleh PAS di Kelantan. Kanun Jenayah Syariah perlu diangkat sebagai undang-undang, supaya ia mempunyai kuasa untuk menghukum. Namun semasa hukuman hendak dijalankan, suasana kondusif atau tidak diambil kira.

Para ulamak dalam PAS bukanlah bebal tidak berilmu, untuk menghukum pesalah secara membuta tuli tanpa membuat perkiraan sebagaimana yang disebut oleh para ilmuan dan ahli akademik itu. Seolah-olah Dewan Ulamak PAS hanya mengerti Islam secara teori, jumud, konservatif, tidak memahami waqi’ umpama lebai kampung yang hanya tahu bertahlil dan bertalqin.

4.8: Memahami realiti dan mempertimbangkan suasana kondusif inilah, PAS telah mengambil inisiatif untuk kemukakan private bill di Parlimen bagi meminda Akta 355 yang diperuntukkan kepada mahkamah syariah. Ia merupakan usaha pendahuluan atau langkah mula bagi memperkenalkan hukuman Islam kepada masyarakat. Terkandung dalam Akta 355 ini ialah kuasa Mahkamah Syariah yang boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebih RM5,000 dan sebatan tidak melebihi 6 kali.

Jika parlimen meluluskan pindaan tersebut, sekurang-kurangnya mahkamah syariah dapat melaksanakan hukuman yang melibatkan sebatan, iaitu bagi kes zina ghair muhsan, minum arak dan qazaf. Juga boleh dilaksanakan hukuman diat dan takzir. Hukuman berupa sebatan, penjara dan denda sudah pun terlaksana di bawah bidang kuasa mahkamah syariah buat masa ini, dan tidak asing kepada masyarakat. Cuma pindaan ini akan memberi kuasa untuk menambah bilangan sebatan, jumlah denda dan penjara supaya ia dapat disesuaikan dengan kehendak hukum syarak.

Hukuman potong tangan pencuri dan rejam yang dikira asing bagi masyarakat, buat masa ini ditangguhkan, dan tidak terkandung dalam pindaan Akta 355. hukuman tersebut mengkin menjadi kejutan dan dilihat berat di sisi masyarakat Islam. Sementara menunggu saat dan ketika yang kondusif, PAS mengemukakan hukuman-hukuman yang lebih ringan dan mudah diterima melalui pindaan Akta 355 terlebih dahulu. Melakukan sesuatu yang mudah dahulu, sementara menunggu penerimaan yang lebih berat adalah berasaskan kepada kaedah;
ما لا يدرك كله لا يترك جله
“Sesuatu yang tidak diperolehi semua, jangan tinggalkan semua.

Ini menunjukkan PAS memahami aspek kondusif. Pelaksanaan hukum hudud melalui pindaan ini dikira sebagai langkah awal bagi memperkenalkan hukuman Islam kepada masyarakat, agar mereka dapat menyaksikan keindahanya. Sebagai orang mukmin, tentunya beriman dengan istilah barakah, rahmat, pertolongan Allah dan seumpamanya, yang dijanji oleh Allah bilamana orang mukmin melaksanakan perintahNya. Langkah mula pelaksanaan beberapa hukuman melalui pindaan Akta 355 ini diyakini boleh menjadi pembuka pintu ke arah memperolehi نكالا من الله (cegahan dari Allah) yang dijanjikanNya, dalam suasana jenayah dan gejala sosial yang tidak terkawal mutakhir ini di negara kita. Inilah aqidah PAS yang tidak dimengerti oleh orang-orang bukan Islam, golongan sekular dan mereka yang terbuai lena dengan janji untuk mencapai kemenangan tanpa keredhaan Allah.

5. PAS DAN DAP

5.1: Sebagaimana yang disebut terdahulu, hubungan PAS dan DAP dibina melalui kaedah Tahaluf Siyasi. Majlis Syura Ulamak PAS telah menggariskan 6 prinsip sebagai kayu pengukur dan panduan dalam setiap gerak kerja dan tindakan, agar ia tidak terkeluar dari garisan hukum syarak.

5.2: Tahaluf Siyasi terus berjalan. Di sepanjang hubungan dan kerjasama antara parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat, wujud beberapa pergeseran antara PAS dan DAP. Namun Tahaluf Siyasi masih boleh diteruskan selagi 6 prinsip tersebut tidak dilanggari secara ketara dan masih boleh dimaafkan. PAS amat menghormati perjanjian bersama dalam Pakatan Rakyat untuk agree to disagree.

5.3: PAS sentiasa memerhati tindakan dan geraklaku rakan dalam PR khususnya DAP, dan merujuk kepada Majlis Syura Ulamak untuk menentukan sama ada Tahaluf Siyasi ini masih sah atau terbatal. Kini PAS telah membuat keputusan untuk membatalkan Tahaluf Siyasi dengan DAP, apabila usul ini dikemukakan oleh Dewan Ulamak Pusat dalam muktamar ke-61, untuk dikaji dan diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak.

5.4: Tindakan membatalkan Tahaluf Siyasi adalah berdasarkan kepada beberapa faktor;

5.4.1: Sikap dan tindakan DAP yang telah melampaui batas agree to disagree sebagaimana yang disebutkan terdahulu dalam para 4.5 di atas.
5.4.2: DAP telah menunjukkan tanda-tanda awal untuk menyisihkan PAS dalam Pakatan Rakyat dan terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan PAS.
Contohnya;
a. DAP telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS
b. DAP Sarawak dan Sabah memutuskan hubungan dengan PAS negeri-negeri tersebut.
c. Ucapan-ucapan pemimpin tertinggi DAP yang difahami memberi isyarat agar Presiden PAS dan golongan ulamak disingkirkan. DAP gesa PAS singkirkan ulamak kalau nak ke Putrajaya (Tranungkite, 9 Mac 2015)
d. Tindakan DAP mencampuri urusan pemilihan pimpinan PAS dan hubungannya dengan PASMA.
e. Kebimbangan PAS terhadap sikap agresif DAP yang semakin ketara dan
merbahaya dalam mencabar dan menentang pelaksanaan Islam. Contohnya
i. Pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham; DAP mahu umat Islam hormati hak untuk murtad (The Malaysian Insider; 12 Julai 2014)
ii. Ahli Parlimen DAP, Oscar Ling, Sekolah agama turut menjadi punca pemisahan kaum (Watan-Online)
iii. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; DAP memberi amaran kepada kepimpinan PR supaya bertegas untuk tidak melaksanakan hudud di negara ini jika gabungan parti pembangkang itu merampas Putrajaya pada PRU14 nanti (Sinar Harian)
iv. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke; GHB perlu rujuk DAP dulu jika mahu teruskan agenda hudud (AntaraPos; 15 Julai 2015)

6. TOK GURU NIK AZIZ DAN PIMPINAN PAS KINI

6.1: Pihak yang tidak bersetuju dengan pembatalan Tahaluf Siyasi antara PAS dan DAP termasuk dari kalangan ahli dan pemimpin PAS sendiri telah menyalahkan pimpinan kini yang diterajui oleh presiden. Tuduhannya ialah kerana pimpinan kini terutama Presiden PAS telah gagal menyantuni DAP secara bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz, menyebabkan ikatan dengan DAP terlerai dan menggagalkan misi PR ke Putrajaya. Jika Tok Guru masih hidup tentunya DAP masih bersama PAS.

6.2: Hujah yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada pemerhatian kepada peristiwa-peristiwa yang menunjukkan hubungan baik Tok Guru dengan para pemimpin DAP. Dikemukakan gambar-gambar Tok Guru makan sekali dengan pemimpin DAP, bersalaman, berbual mesra dan gambar Tok Guru Nik Aziz memotong kek hari jadi mendiang Karpal Singh. Tidak kurang juga dengan bukti-bukti sambutan dan orang-orang bukan Islam yang sangat menghormati dan menyayangi Tok Guru. Kesimpulannya Tok Guru Nik Aziz bijak berinteraksi dengan pimpinan DAP, tidak sepertimana Tok Guru Presiden.

6.3: Persoalan pokok yang menatijahkan terlerainya ikatan DAP dan PAS bukan masalah hubungan baik. Cuba selidiki dan perhalusi, titik pemisahnya ialah isu hudud, bila DAP menentang Rang Undang-Undang Pindaan yang dibawa dan diluluskan di Dewan Negeri Kelantan serta private bill untuk pindaan Akta 355 di bawa ke Parlimen, sebagaimana yang dibincangkan di para 4 di atas.

6.4: Dalam isu hudud, Tok Guru Nik Aziz lebih tegas dan Presiden hanya selaku penyambung hasrat dan kerja al-Marhum. Ketegasan al-Marhum Tok Guru tidak berganjak sejak beliau masih di kerusi Menteri Besar lagi. Contohnya sepertimana dilaporkan dalam Sinar Harian bertarikh 23 September 2011; Jangan Halang PAS – Nik Aziz: Tetap mahu laksana hudud sekali pun DAP mahu keluar PR.

Al-Marhum Tok Guru sudah membayangkan dari awal lagi, bahawa sampai kepada satu tahap, PAS mungkin akan berpisah dengan DAP, bila DAP bertegas menghalang perjuangan PAS. Persoalannya, adakah Tok Guru berubah haluan dan sikap selepas tidak menjadi Menteri Besar, membatalkan hasrat pelaksanaan hudud demi menjaga hati DAP?

Hasrat al-Marhum Tok Guru yang sangat inginkan hudud terlaksana di Kelantan boleh dilihat apabila bersetuju mengadakan sedikit rundingan dengan pihak Kerajaan Persekutuan. Rujuk kepada Akhbar Sinar Harian bertarikh 30 April 2014; Tok Guru setuju: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz sambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menubuhkan jawatankuasa teknikal hudud di peringkat Kebangsaan.

Tetapi malangnya, apabila pimpinan PAS melanjutkan usaha atas persetujuan Tok Guru ini untuk berunding dengan pimpinan Kerajaan Persekutuan ke arah menjayakan pelaksanaan hudud dituduh usaha ke arah pembentukan UG.

Tok Guru sudah menyedari wujudnya penentangan dari rakan parti dalam Pakatan Rakyat, namun beliau sangat optimis dengan usaha Kerajaan PAS Kelantan. Sinar Harian bertarikh 12 April 2014 melaporkan; Tok Guru Yakin: Walau pun ditentang hebat rakan sekutunya, Mursyidul Am Pas yakin DAP dan PKR akan akur dengan cadangan Kerajaan Kelantan untuk laksanakan hukum hudud di negeri ini.

6.5: Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, al-Marhum Tok Guru bertugas sebagai penasihat atau Murabbi Ummah, di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), berpejabat di Kompleks Kota Darulnaim, sehingga beliau kembali ke Rahmatullah. Selaku Mursyidul Am, hal ehwal politik PAS berjalan di bawah kehendak beliau. Tuan Guru Presiden dan pimpinan PAS serta pimpinan-pimpinan Kerajaan Kelantan sering mengunjungi beliau di Pejabat IPTG, melapor dan membincang permasalahan politik serta perjalanan kerajaan Kelantan termasuk usaha pelaksanaan hudud.

6.6: Menuduh pembawaan dan tindakan Tok Guru Presiden telah menyimpang dari kehendak Tok Guru Nik Aziz adalah tuduhan yang tidak berasas. Contohnya dalam isu Langkah Kajang ketika menamakan calon Menteri Besar Selangor. Sinar Harian bertarikh 19 Ogos 2014 melaporkan; Nik Aziz sokong Pas Pusat; Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz menyokong keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

6.7: Tuduhan juga dibuat terhadap Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang merupakan anak kepada Tok Guru Nik Aziz, kononnya tindakan dan kenyataan Nik Abduh bercanggah dengan kehendak ayahnya. Bagi menjawab tuduhan ini, sila rujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Oktober 2014; Nik Aziz sokong pandangan anak: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong pandangan anaknya, Nik Abduh yang mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi termasuk isu berkaitan dalaman Pas dan PR.

6.8: Kesimpulannya, pandangan yang menyatakan bahawa pimpinan PAS kini telah menyimpang dari hasrat dan cara yang telah dibawa oleh al-Marhum Tok Guru Nik Aziz adalah tidak berasas dan berupa andaian yang mempunyai niat dan tujuan tertentu. Usaha menjarakkan al-Marhum Tok Guru dengan apa yang dibawa oleh pimpinan PAS kini khususnya Tok Guru Presiden, dipercaya satu usaha untuk menunjukkan kepada masyarakat khususnya para ahli dan penyokong PAS, bahawa pimpinan PAS kini telah membawa PAS jauh tersasar dari perjuangan sebenar dan sudah tidak relevan lagi. Akhirnya ia menghalalkan tindakan keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru.

PENUTUP
Enam persoalan yang utama yang saya nukilkan di atas adalah merupakan kata kuncI kepada kemelut yang sedang berlaku di dalam komponen Pakatan Rakyat khususnya melibatkan hubungan di antara PAS dan DAP. Semoga ia menjadi pencerahan kepada ahli-ahli PAS dan juga para penyokong untuk mereka memahami kedudukan isu yang sebenar dan tidak terpengaruh dengan maklumat-maklumat separuh masak yang berlegar terutama yang berniat jahat dan menjatuhkan kredebiliti PAS selaku parti Islam di negara ini.

- penulis merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Sumber:    https://www.facebook.com/zami.hamid/posts/530807270402690

Azalina, jangan rasa jadi menteri lebih besar daripada kuasa Allah

August 1, 2015 Berita Utama,

AZALINA-OTHMAN
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Sabtu – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim mengingatkan kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru dilantik sebagai menteri untuk tidak merasa dirinya lebih besar daripada kuasa Allah.
“Sepatutnya dia sebagai seorang menteri perlu insaf dan faham bahwa dia masih tidak terlepas daripada menjadi hamba Allah. Apabila menjadi menteri bertambahlah tanggungjawabnya menjadi khalifah Allah.

“Jawatan itu harus digunakan untuk memelihara peraturan Allah berlangsung kepada hamba-hambaNya, bukannya teruja dengan cara hidup Barat sehingga terlupa dia masih berbumbung kan langit Allah, tumpang berpijak di atas hamparan tanah Allah dan menghirup setiap detik udara Allah.

“Jadilah hamba Allah yang patuh dengan peraturan Allah termasuk dalam berlakon, berpakaian dan sebagainya,” katanya mengulas kenyataan Azalina semalam berhubung isu tapisan adegan seksi dan ghairah drama dan filem tempatan.

Ini berikutan Azalina menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. Baginya isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

“Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.

“Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat,” kata Azalina.

tmufti (1)
Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim

Bidas Ustaz Zamri, begitu rendahnya sistem nilai seorang menteri yang hanya menilai kualiti filem berdasarkan adegan yang di luar batas syarak.

“Sedangkan nilai sesuatu filem itu adalah berdasar nilai yang diangkat dalam filem berkenaan tidak semestinya wajib ada adegan yang mempromosikan mungkar dan maksiat.

“Ingatlah, memperjuangkan kebebasan ala Barat tanpa melihat peraturan Al-Quran adalah tanda-tanda sempitnya ufuk hidup sesorang apabila mengikat diri dengan sistem yang memperjuangkan hawa nafsu sedangkan Al-Quran telah seribu tahun telah membebaskan manusia dari penjajahan hawa nafsu,” katanya.

Sumber:   http://www.ismaweb.net/2015/08/azalina-jangan-rasa-jadi-menteri-lebih-besar-dari-kuasa-allah/

Friday, July 31, 2015

SAH! Serpihan pesawat ditemui milik Boeing 777

July 31, 2015 Berita Utama,

MH370 menggunakan Boeing 777. Hanya satu saja Boeing 777 yang dilaporkan hilang iaitu yang digunakan oleh MH370

boeing777
KUALA LUMPUR, Jumaat – Sah! Serpihan pada sayap pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion dua hari lalu adalah daripada komponen Boeing 777 dan mengaitkannya dengan MH370 kerana setakat ini ia adalah satu-satunya Boeing 777 yang dilaporkan hilang.

Pengesahan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dalam kenyataan hari ini berkata:

“Berdasarkan nombor siri pada komponen itu, mengesahkan serpihan itu adalah daripada pesawat Boeing 777. Maklumat ini daripada Penerbangan Malaysia. Mereka sudah beritahu saya.

“Saya percaya kita bergerak hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh menjadi bukti meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi”.

Komponen sayap atau flaperon sepanjang dua meter yang ditemui di pulau milik Perancis, Reunion, itu tercatat nombor 657-BB. Ia dihantar ke Perancis malam tadi untuk siasatan.

Nombor itu adalah sama dengan buku manual penyelenggaraan pesawat Boeing 777, lapor AirLive.net.

Setakat ini, hanya satu pesawat Boeing 777 dilaporkan terhempas di Hemisfera Selatan iaitu MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China.

Abdul Aziz berkata, bagaimanapun pengesahan paling muktamad perlu datang daripada Boeing dan pengubahsuaian oleh syarikat itu terhadap flaperon berkenaan memudahkan ia dikenal pasti.

“Ada beberapa ubah suai pada bahagian dalaman flaperon itu. Hanya Boeing boleh mengesahkan (flaperon itu datang dari MH370). Ubah suai itu dilakukan Boeing.

“Hanya selepas mereka mengesahkan bahagian dalaman flaperon yang mereka ubah suai itu, barulah kita boleh yakin ia dari MH370,” katanya.

Abdul Aziz berkata pasukan penyiasat Malaysia sudah berada Paris dan akan ke Toulouse untuk membantu memeriksa serpihan.

Menurutnya, satu lagi pasukan Malaysia dalam perjalanan ke Reunion untuk memeriksa beg bagasi yang ditemui semalam atau apa saja serpihan dan barang lain ditemui. – Agensi

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/07/sah-serpihan-pesawat-ditemui-milik-boeing-777/

Wednesday, July 29, 2015

Bagaimana kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno?…

July 29, 2015 Berita Utama, Kolumnis, Utama 

…Dipecat sebagai ahli parti atau dinasihat letak jawatan

mt
isma-slv-front-55
Oleh Azri El

SEKALIPUN dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi Timbalan Presiden Umno.

Malah, hari ini pun pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, beliau berkata, akan terus berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Umno.

Namun, selamatkan kedudukannya itu selepas beliau bukan lagi TPM?

Mengikut amalan parti Melayu itu dan Barisan Nasional (BN), jawatan Perdana Menteri (PM) disandang oleh Presiden Umno, manakala TPM adalah untuk Timbalan Presiden Umno.

Namun kini, Muhyiddin bukan lagi TPM. Beliau baru sahaja ‘dipecat’ Datuk Seri Najib Razak semalam. Najib telah memberikan jawatan TPM kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menang jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan 2013 lalu dengan jumlah undi tertinggi iaitu daripada 185 bahagian.

Jika dibandingkan dengan tiga bekas TPM yang juga Timbalan Presiden Umno pada era Tun Dr Mahathir Mohamad, kes kali ini mungkin menempa sejarah tersendiri, itupun jika Muhyiddin tidak meletak jawatan secara sukarela.

Pada era Tun Dr Mahathir dahulu, TPM yang juga Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam meletak jawatan TPM pada 1987, tetapi kekal sebagai Timbalan Presiden parti selama hampir setahun, sebelum tewas kepada Tun Ghafar Baba pada pemilihan parti.

Musa Hitam ketika itu bukan dipecat daripada jawatan TPM seperti yang berlaku kepada Muhyiddin, sebaliknya semua orang tahu tindakannya meletak jawatan adalah kerana memprotes pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi saingannya ketika itu.

Kemudian, Tun Ghafar Baba dilantik menjadi TPM pada 10 Mei 1986. Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden dan TPM apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno dicabar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi kedua-duanya, Musa dan Ghafar, mereka meletak jawatan atau kalah dalam pemilihan. Namun, bagi kes Anwar ianya berbeza kerana beliau tidak meletak jawatan atau kalah dalam pemilihan, sebaliknya dipecat daripada jawatan TPM dan parti kerana tuduhan dan kesalahan jenayah yang sudah dibuktikan di mahkamah.

Berbeza dengan kes Muhyiddin apabila beliau dipecat daripada jawatan TPM. Lalu, apakah ‘komplot’ baru dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menyingkir beliau daripada jawatan Timbalan Presiden?
Perlu diingat bahawa, Umno telah memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti itu sehingga 2018, iaitu kira-kira 18 bulan lagi.

Jika tiada sebarang tindakan ke atas Muhyiddin, bermakna beliau akan kekal menjadi pemimpin nombor dua parti itu sehingga pemilihan 2018, tanpa jawatan dalam Kabinet.

Namun persoalannya, sanggupkah Najib ‘menyimpan’ Muhyiddin untuk tempoh selama itu? Sanggupkah Najib ‘duduk sebelah’ Muhyiddin pada setiap kali mesyuarat parti itu? Persoalan lebih besar, sanggupkan Najib membiarkan Muhyiddin terus bergerak bebas menarik sokongan ketika bertemu akar umbi parti itu atas kapasiti Timbalan Presiden?

Najib ketika memberi alasan ‘pemecatan’ Muhyiddin semalam, berkata ianya dibuat bagi memastikan Kabinet mempunyai pasukan yang jitu dan beliau tidak mahu kepada individu yang menyatakan perbezaan pendapat dengannya di forum terbuka.

Melihat kepada alasan itu, penulis yakin, Najib tidak akan membiarkan Muhyiddin terus membuka mulut khususnya mempertikai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengannya.
Pemecatan Muhyiddin dari jawatan TPM hanya satu permulaan supaya Muhyiddin tidak lagi menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi rakyat menekan Najib. Namun, selagi Muhyiddin mempunyai akses kepada ahli-ahli Umno atas kapasiti Timbalan Presiden, maka Najib sudah tentu tidak akan membiarkannya.

tppa-kempen

Apa pilihan Najib ada?

Pada 3 September 1998, beberapa hari selepas Anwar dipecat daripada jawatan TPM, mesyuarat MT Umno yang berlangsung sehingga awal pagi memutuskan memecat keahlian Anwar daripada parti. Dengan pemecatan itu, jawatan Anwar sebagai Timbalan Presiden Umno gugur secara automatik.

Umum maklum, MT Umno akan bermesyuarat pada Jumaat, 31 Julai ini. Bagaimanapun penulis tidak berasakan Najib sanggup mengambil risiko untuk menggunakan kaedah sama seperti kes Anwar ke atas Muhyiddin. Pengumuman pemecatan semalam sudah cukup mencalarkan imej Najib.

Sekalipun terpaksa bertindak demikian, itu mungkin pilihan terakhir yang akan diambil Najib. Ada pilihan yang lebih lunak bagi Najib. Pilihan yang tidak akan menampakkan beliau ‘kejam’, terhadap Muhyiddin. Tindakan yang akan mengurangkan penentangan.

Tindakan itu adalah dengan memujuk Muhyiddin supaya meletak jawatan Timbalan Presiden secara terhormat pada mesyuarat MT Jumaat ini.

Melihat kepada ketenangan Muhyiddin, dan sikap ‘reda’ yang ditunjukkan beliau, penulis percaya, Muhyiddin juga tidak keberatan untuk berbuat demikian.

Apapun, nasib Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno hanya akan diketahui dalam dua hari sahaja lagi.
Namun, bukan nasib Muhyiddin sahaja. Juga sedang menanti tindakan adalah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendapat undi kedua tertinggi pada pemilihan 2013 dan mungkin juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga menteri besar. Kedua-dua mereka juga antara yang lantang mempersoal kepemimpinan Najib.

Apapun, kita tunggu langkah ‘Pahlawan Bugis’ itu seterusnya…

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/07/bagaimana-kedudukan-muhyiddin-sebagai-timbalan-presiden-umno/