Pages

Sunday, September 27, 2015

Sebelum kita mengkritik...........

Asyraf Farique menulis di Fbnya....

Sebelum kita mengkritik dan mendedahkan keburukan tentang sesuatu, kita kena jelas objektif kita.

Di sini letaknya pertimbangan, neraca mana yang lebih berat kesan daripada kritikan dan pendedahan kita. Kebaikan atau keburukan yang akan timbul?

Pernah sekali, ketika mengerjakan umrah semasa Ramadhan lepas, saya dan sepupu Fahmi Maslan bercadang ingin menerbitkan sebuah buku, mengkritik banyak perkara tentang Saudi, dari sudut sistemnya sehinngalah kepada Umat Islam yang beribadah di sana.

Tetapi kami terfikir, apakah kesan yang akan timbul jika kami berbuat demikian? Adakah sistem itu akan bertambah baik? Atau ianya menjadi peluru kepada musuh-musuh Islam untuk menembak umat Islam itu sendiri? Sekaligus memburukkan keseluruhan ummat Islam dan tanah suci mekah pada kaca mata mereka.

Perasaan yang sama juga hadir apabila saya membaca banyak pendedahan buruk tentang bangsa Melayu daripada orientalis barat, catatan penjajah, juga daripada orang Cina sendiri.

Soalnya dari mana mereka mendapat maklumat-maklumat yang memburukkan bangsa Melayu seperti ini?
Ianya bermula daripada kita. Kita mendedahkan kepada mereka aib bangsa kita. Kita memburuk-burukkan lagi keadaan bangsa kita. Kita kata bangsa kita pemalas, bodoh, banyak merempit, juara dadah, juara segala kebejatan moral yang melanda.

Kejayaan bangsa kita? Kita senyap-senyapkan sahaja. Mana orang akan hormat.

Sedangkan hakikatnya adalah berbeza. Saya teringat dalam satu catatan Rupert Emerson dalam buku direct indirect rule, orang Melayu tidak mahu bekerja di lombong-lombong milik British bukan kerana malas, tetapi kerana tidak mahu menjadi hamba kepada penjajah.

Itu baru satu contoh, belum lagi contoh bagaimana sejarah menukilkan perancangan rapi penjajah dalam menukar bangsa Melayu daripada sebuah bangsa yang hebat, bangsa pedagang dan peniaga kepada bangsa petani.

Daripada sebuah bangsa yang gah dengan tamadun pembuatan kapal, sekitar kurun ke 13 kepada bangsa yang hanya melihat pedagang pedagang datang pada akhir suku abad ke 19. Yang ada hanya sampan-sampan kecil.

Kita tidak tahu bagaimana penjajah membakar kapal-kapal kita? Memenjara engineer-engineer kapal kita? Memanggil lanun orang-orang Melayu yang belayar?

Kesimpulannya bila kita mahu mengkritik secara terbuka kita kena tahu kesannya.

Bayangkan apa akan terjadi kalau kita membuka aib keluarga kita secara terbuka?
Syarikat kita? Organisasi kita? Mesti kita ada cara untuk menyalurkan kritikan bukan?
Bukan semua perkara mahu diberitahu secara publik. Kelak ditakuti akan menjadi butir peluru musuh dan menimbulkan persepsi yang tidak baik orang kepada kita. Kita juga yang akan malu nanti.

Nasihat saya begitu juga apabila kita hendak mengkritik institusi-institusi Islam di negara kita? Jabatan-jabatan agama? Adakah yang bermasalah itu individu yang dipertanggungjawabkan ataupun institusi itu sendiri.

Hari ini jika kita lihat berapa ramai orang bukan Islam yang sudah mula bersuara mengkritik dan menghina JAIS, Tabung Haji, membodoh-bodohkan majlis fatwa kebangsaan, membodoh-bodohkan mufti kita, hatta khutbah jumaat yang disediakan Jakim juga sudah berani dikritik mereka.

Beringatlah sebelum mengkritik. Objektif kita sebenarnya apa? untuk menghentam dan menghancurkan atau mengislah dan membuat pembaikkan?

Fikir-fikirkan

Jangan kita terperangkap dalam permainan persepsi yang diciptakan musuh.

Wallahualam

Wednesday, September 16, 2015

FETYA - Harapan Ummah | Official Music Video

Parti Amanah Lahir Hari Ini


 


 

AIDCNews – 16/9/15 – Bertempat di Ideal Convention Centre Shah Alam, Parti Amanah Negara atau singkatannya AMANAH lahir pagi ini.

Mohamad Sabu disahkan menjadi presiden AMANAH, juga turut dilancarkan logo baharu parti dan pengenalan ahli jawatankuasa parti.

Dalam pidato presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, parti AMANAH akan meneruskan perjuangan Islam Almarhum Yusuf Rawa, Fadhil Nor dan Nik Aziz Nik Mat dalam meneroka ruang politik yang selari dengan slogan parti itu iaitu amanah, progresif dab peduli.

“Sejurus proses pengambilalihan wadah politik baruini sempurna, akan kami usahaan momentum perubahan politik melalui permuafakatan politik yang jujur dan komited terhadap perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik dengan penubuhan semula Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Turut hadir meraikan kelahiran parti baharu itu adalah pemimpin seumur hidup DAP Lim Kit Siang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail


















Berita akhbar:  http://www.sinar harian.com.my/politik/kelahiran-amanah-atas-desakan-rakyat-1.431603

Sumber:   https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/16/parti-amanah-lahir-hari-ini/

Monday, September 14, 2015

PAS perlu berpegang dasar perjuangan, jangan terpengaruh pujukan PKR - Aidit



 
Pada 14-09-2015 02:09 Ditulis Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
Post Pic
 
SHAH ALAM: PAS perlu sedar dan tidak terpengaruh lagi dengan permainan politik PKR yang mahu parti itu terus bersama gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
 
Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Dr Aidit Ghazali berkata, PAS perlu berpegang kepada prinsipnya sebelum ini seraya meminta supaya parti itu tidak termakan pujukan PKR dalam usaha memastikan parti dominan itu terus kekal bersama Pakatan Rakyat yang sedang bercelaru.
 
Menurutnya, PAS sudah banyak kali dicerca dan dihina oleh rakan komponen partinya DAP dan serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah).
 
"PAS perlu kembali semula kepada dasar politiknya iaitu politik itu satu ibadat. Jadi selagi PAS bermain politik, maka politik itu akan menjadi satu laknat.
 
"Satu laknat dalam erti kata, imej mereka akan terus tercemar, mereka akan terus diperbodoh-bodohkan dan lama kelamaan, mereka yang bukan merupakan ahli PAS tetapi orang yang simpati pada PAS dan sokong kepada PAS pun akan terasa di mana terletaknya maruah, intergriti sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam tetapi mengizinkan dirinya diperkotak-katik dan diperalatkan," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi hari ini.
 
Beliau mengulas mengenai hasrat PKR yang mahu mengadakan pertemuan tertutup dengan PAS hari ini bagi mencapai kata sepakat tentang hala tuju kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.
 
Pertemuan tertutup tersebut berlangsung di Ibu Pejabat PKR, yang dijadualkan pada jam 2.30 petang.
 
Susulan perjumpaan petang ini nanti, Aidit menasihatkan PAS supaya terus menjaga integiritinya yang mempertahankan perjuangan Islam.
 
"Jadi apabila PAS masuk untuk berbincang, letakkanlah maruah diri dan juga integriti sebagai tunjang yang perlu dipelihara.
 
"Undi manusia ini bukan sekadar boleh dibeli atau pun dipermainkan dengan perjuangan bersifat isu-isu, tetapi gerak hati manusia ini juga hidayat daripada Allah SWT, jangan sampai Allah SWT tarik hidayat itu daripada PAS bila Allah melihat bahawa pemimpin PAS tidak habis-habis sanggup untuk digadaikan permainan mereka oleh DAP atau pun PKR, atau pun mana-mana pihak yang sama fikrah dengan mereka," katanya.
 
Dalam perkembangan yang sama, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim pula menasihatkan supaya PAS mengambil percaturan yang bijak dan tidak termakan dakyah PKR dalam apa jua keadaan sama sekali pun.
 
Katanya, tambahan PAS adalah sebuah parti yang boleh berdiri sendiri berdasarkan sejarahnya dalam arena politik yang melebihi 50 tahun.
 
Sehubungan itu, Tunku Aziz meminta supaya PAS tidak takut dengan apa sahaja ugutan yang dilontarkan oleh PKR.
 
"PAS adalah sebuah parti yang lama dan sangat stabil, mereka sangat mengetahui apa yang akan mereka dapat jika mereka menyertai (Pakatan Rakyat 2.0), mereka juga tahu mereka bukanlah sebuah parti yang baru ditubuhkan semalam, mereka sudah lama dalam arena politik dan mereka tahu apa yang mereka boleh capai.
 
"Nasihat saya kepada PAS, supaya mereka berfikir dan membuat keputusan berhati-hati dengan apa yang mereka rancang mahu buat dengan Pakatan Rakyat 2.0 akan ada kesannya, terutamanya kepada orang Melayu dalam parti itu," katanya.
 
Beliau turut meminta PAS memikirkan kesan jangka panjang sekiranya parti itu terus menjadi alat kepada PKR yang jika terus dilayan berkemungkinan besar boleh memecahkan undi Melayu sekiranya PAS menyertai Pakatan Rakyat 2.0.
 
"Apakah mereka sungguh mahu orang Melayu berpecah pada masa akan datang? Sebab saya rasa walaupun mereka (PAS) adalah sebuah parti Islam, mereka adalah parti Melayu yang pertama sebab mereka yang beri sokongan kepada parti itu, ianya bukan parti Islam semata-mata, tetapi ia adalah sebuah parti Islam yang ramai orang Melayu menjadi ahlinya, dalam kes ini, kamu mesti menjadi Melayu dulu dan baru kamu boleh jadi Muslim.
 
"Jadi ingat, mereka perlu ingat yang mereka ada obligasi untuk menyatukan orang Melayu dan bukannya memecahkan orang Melayu," ujarnya.
 
Sumber: antarapos.com
 

Saturday, September 12, 2015

BAJU KUNING DAN BAJU MERAH


Semua orang bersetuju dengan hak kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun. Saya hanya menyokong jika ia dilakukan dengan tujuan yang syar’i dan mengikut adab dan undang-undang negara.

Sebagaimana saya tidak setuju dengan perhimpunan baju kuning kerana implikasi atau akibat yang tidak menentu kepada politik dan kestabilan negara begitu juga saya menilai perhimpunan baju merah.
Islam mengira akibat dan tujuan sesuatu perkerjaan.


“al umur bi maqasidaha” ertinya; hukum sesuatu pekerjaan mengikut tujuan pekerjaan tersebut. Islam juga bersikap proaktif (menghalang sesuatu keburukan sebelum ia berlaku) jika satu satu perkerjaan membawa akibat yang tidak baik kepada kepentingan umum.

Baju kuning atau baju merah yang popular dengan Colour Revolution digunakan oleh puak-puak tertentu untuk tujuan politik masing-masing. Tujuan tujuan politik seringkali membelakangkan kebenaran, kemaslahatan dan kepentingan umum.

Sebagaimana kita tidak mahu pengaruh dan kepentingan asing masuk melalui baju kuning begitu juga kita tidak mahu “baju merah”digunakan digunakan untuk melindungi penyelewengan, skandal atau mengalih pandangan masyarakat daripada isu sebenar kepada isu yang diada-adakan.

Saya menjunjung tinggi perjuangan memartabatkan bangsa dan agama serta meletakkan perpaduan dan kesatuan umat keutamaan yang tertinggi pada setiap masa, tetapi tidak setuju jika ianya hanya digunakan untuk tujuan politik.

Saya berpendapat perpaduan umat dan agenda memartabatkan bangsa hendaklah dilakukan dengan usaha bersepadu dan konsisten dengan menjunjung perlembagaan, melaksanakan undang undang dengan efisien tanpa dipengaruhi oleh kehendak kehendak politik dan perancangan yang jitu, jujur dan telus bertitik berlandaskan hak, keadilan, fakta dan sejarah.

Kita tidak wajar mengimport budaya politik yang di panggil “Colour Revolution” ke negara ini seperti yang berlaku di Bangkok dan negara negara lain yang mengakibatkan negara terjerumus dalam kekusutan politik yang rumit dan rakyat disibukkan dengan isu-isu palsu, untuk kepentingan golongan politik yang tamak dan terdesak.

Saya menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya meletakkan kepentingan negara, keharmonian dan kestabilanm di tempat tertinggi serta memilih keikhlasan, kejujuran dan kebenaran dalam menyelesaikan segala permasalahan. Jangan heret negara dalam krisis politik yang merosakkan, lantaran takut berdepan dengan kegagalan politik sebaliknya beranilah untuk membuat pembetulan dengan ikhlas mengikut lunas-lunas akhlak, moral, undang-undang dan perlembagaan.

Sumber: Fb Ustaz Abdullah Zaik

Sunday, September 6, 2015

Isma anjur Malam Inspirasi Perjuangan, angkat tokoh pejuang Melayu Islam

Berita UtamaBerita Utama #2 September 6, 2015 - 

poster-pejuang-2015

Oleh : Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 6 Sept – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan Malam Inspirasi Perjuangan (PEJUANG 2015), sebuah makan malam amal yang bertujuan untuk menyambung dan menyemarakkan perjuangan mendaulatkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Program ini akan mengenengahkan jasa bakti tokoh-tokoh silam yang telah melakar sumbangan untuk bangsa dan agama seperti Pendeta Zaaba, Dr Burhanuddin Al-Hilmy, Dato’ Onn Jaafar, Maarof Zakaria, Tan Sri Hajah Zainun Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Tun Abdul Razak Hussein.

Pengarah program, Ustaz Hj Omar Kassim berkata, kisah perjuangan mereka yang terdahulu mesti diangkat sebagai panduan kepada generasi hari ini agar agenda Melayu dan Islam terus subur di Malaysia.
“Jika kita telusuri semula perjuangan mereka, kita akan dapati mesej-mesej yang amat berharga untuk kita praktikkan dalam situasi politik hari ini.

“Selain itu, kita mahu memperkenalkan Isma di mata masyarakat sebagai sebuah entiti yang akan terus menyambung perjuangan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.

“Perjuangan kita berteraskan prinsip yang dibawa oleh tokoh-tokoh pejuang dulu. Api perjuangan bangsa Melayu Islam masih berkobar dan akan terus mara,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Isma merangkap Pengerusi Biro Dakwah Isma kepada Ismaweb.

Malam Inspirasi Perjuangan (PEJUANG 2015) akan diadakan pada 14 September 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual akan berucap di majlis ini.

Selain itu, program ini turut menampilkan persembahan artis terkenal tanah air, Datuk M Nasir serta kumpulan nasyid perjuangan, Fetya.

Program ini terbuka kepada penyertaan orang awam dengan yuran sebanyak RM200.

Sebarang pertanyaan atau pembelian tiket boleh menghubungi penganjur, di 019-2996437 (Roszida) dan 013-2938171 (Uzair) atau boleh melayari https://eventbrite.com/e/malam-inspirasi-perjuangan-pejuang-2015-tickets-18325699661

Sumber: http://isma.org.my/v2/isma-anjur-malam-inspirasi-perjuangan-angkat-tokoh-pejuang-melayu-islam/

Saturday, September 5, 2015

KAMU MELAYU JATI ATAU MELAYU DAGANG?

Dari Fb The Patriots

Ramai dari kalangan muda sekarang tak tahu pun siapa itu Melayu. Ada juga terutamanya dari golongan bandar menganggap perjuangan Melayu itu rasis.. Hei, kamu yang bersifat rasis.

Melayu adalah asimilasi pelbagai bangsa dan suku dari nusantara, asia, asia tengah, eropah yang beragama Islam.

Tiada kasta. Kumpulan di bawah ini hanya untuk bagaimana kita mengenal diri kita dan memahami siapa itu Melayu. Kajian mendapati Melayu Jati Kelantan telah wujud lebih 60,000 tahun yang lalu di sini.

Sesiapa yang menidakkan dan mempersoal hak pribumi ke atas agamanya, bahasanya, tulisan, tamadun, budaya dan warisan di kampung halaman sendiri sesungguhnya tidak berdiri atas nama kemanusiaan, sebaliknya berdiri atas sifat kebinatangan. Usah menidakkan hak Melayu yg lebih separuh dari populasi Malaysia.

Dalam Al-Quran juga tertulis untuk kita pertahankan kampung halaman kita. Sesungguhnya perjuangan Melayu itu adalah perjuangan berlandaskan Islam, dalam bentuk penyatuan yang besar.Bezakan dengan perjuangan poltik. Biar lain pendapat politik, tetapi perjuangan Melayu dan Islam jangan dipisahkan.
Kenali diri kita, Indonesia juga adalah saudara serumpun kita. Jangan kita panggil dengan gelaran ‘Indon’ walau niat bukan untuk mengejek.

Gambar seniman klasik Melayu ini adalah contoh untuk generasi Melayu muda lebih faham tentang bangsa sendiri.

Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-

ANAK JATI
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-
Orang Melayu Kedah
Orang Melayu Beruas
Orang Melayu Manjung
Orang Melayu Grik
Orang Kelang
Orang Melayu Melaka
Orang Melayu Kelantan
Orang Melayu Terengganu Pantai
Orang Melayu Ulu Terengganu
Orang Melayu Bentong
Orang Melayu Lipis
Orang Melayu Temerloh
Orang Melayu Johor
Orang Melayu Brunei
Orang Melayu Kedayan
Orang Melayu Cocos
Orang Melayu Sarawak

ANAK DAGANG
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-
Aceh
Ambon
Banjar
Batak (tidak termasuk Mandailing)
Bawean (Boyan)
Bugis
Cham
Jawa
Kerinci
Mandailing (dianggap sebagai )
Melayu
Melayu Asahan (Batubara).
Melayu Bengkulu.
Melayu Deli.
Melayu Jambi
Melayu Palembang.
Melayu Patani
Melayu Riau
Melayu Siak
Minangkabau
Nias
Ocu (Kampar)
Rao (Rawa)
Utsul

PERANAKAN
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-
Peranakan Parsi
Peranakan Arab
Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
Peranakan Cina
Peranakan Turki
Peranakan Siam / Samsam
Peranakan Eropah
Kredit: Melayu
-HE-

Anda Tahu Mengapa DAP & Penyokong Tegar Mereka ‘All Out’ BERSIH 4



Aiman Hussin –

Adakah anda tahu mengapa pemimpin DAP dan penyokong teras mereka bersungguh-sungguh di dalam Bersih 4.0?

Sila baca lebih lanjut analisis peribadi saya di sini!


Sejak beberapa dekad yang lalu, penyokong teras DAP mendakwa mereka merupakan penyumbang utama kepada cukai di negara kita.

Ini adalah dakwaan palsu dan benar-benar mengelirukan rakyat kerana mereka sebenarnya adalah yang paling tinggi melarikan diri daripada membayar cukai pendapatan di Malaysia.

Sebagai ahli perniagaan, orang-orang ini dapat menipu dan memanipulasi pengisytiharan pendapatan mereka berbanding dengan Bumiputera yang majoritinya sebagai pekerja sesebuah organisasi.

Borang EA (Borang dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri-LHDN) yang disediakan oleh majikan agak sukar untuk diubah suai melainkan anda adalah saudara-mara di dalam perniagaan keluarga.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa ahli perniagaan ini yang mengeluarkan hasil dalam beratus-ratus ribu setahun, telah membayar kurang daripada RM 2000 sebagai cukai.

Mereka mampu berbuat demikian dengan memanipulasi kelemahan dalam sistem cukai lama kita dengan perakaunan kreatif.

Bayangkanlah sepuluh daripada ribuan ahli perniagaan menggunakan kaedah yang sama untuk mengelak daripada membayar cukai sebenar yang diwajibkan kepada mereka oleh undang-undang.

Berapa juta, jika bukan billion daripada RM ditipu sejak kita merdeka, namun mereka berani mendakwa bahawa mereka adalah penyumbang cukai yang paling tinggi?

Bagi majoriti rakyat yang bekerja di sektor kerajaan dan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan), ia hampir mustahil bagi mereka untuk mengelak daripada membayar cukai pendapatan seperti yang dikehendaki undang-undang.

Segala-galanya jelas kepada LHDN untuk menganalisis dan menggunakan kaedah percukaian yang berkenaan ke atas mereka.

Saya berharap satu hari nanti, LHDN akan menerbitkan hasil kutipan cukai berdasarkan kumpulan etnik supaya ia memberi bukti kukuh siapa yang merupakan penyumbang utama terhadap cukai pendapatan di Malaysia.

Mereka mungkin juga mendakwa bahawa mereka adalah antara penyumbang cukai korporat terbesar. Malangnya berdasarkan rekod-rekod, syarikat-syarikat yang dimiliki oleh mereka juga menikmati diskaun cukai keuntungan terbesar dan bukannya GLC.

Hampir tidak ada syarikat-syarikat GLC telah diberi diskaun cukai berbanding dengan syarikat swasta.
Perlaksanaan GST adalah sesuatu yang tidak disukai oleh pengelak pembayar cukai kerana ia menutup kelemahan dalam sistem percukaian yang diamalkan sebelum ini.

Sistem GST membolehkan kerajaan dengan mudah membandingkan pendapatan yang diisytiharkan oleh orang-orang ini dengan rekod GST yang dikutip setiap tahun.

Sistem percukaian semasa akan dipertingkatkan dengan GST untuk mengurangkan bilangan pelarian cukai.
Malangnya, penguatkuasaan yang lemah oleh kerajaan semasa pelaksanaan GST telah memberi peluang kepada ahli perniagaan ini untuk mendapatkan keuntungan tambahan dan menyalahkan kembali kepada kerajaan.

Matlamat mereka adalah untuk membuatkan orang ramai turun ke jalan menentang GST supaya sistem itu dapat dibatalkan dan mereka boleh terus mengelak daripada membayar cukai.

Mereka berharap Bumiputera akan menyertai mereka dalam Bersih 4 kerana penyumbang cukai sebenar di negara kita adalah GLC dan syarikat multinasional (MNC).

Cukai korporat yang dibayar oleh mereka mencapai berbilion RM setahun. Ini telah digunakan sepenuhnya untuk membina infrastruktur awam di negara kita, membayar gaji kakitangan kerajaan dan memberi subsidi lain kepada rakyat.

Mereka yang kita tahu memiliki dan memandu kereta besar adalah golongan yang mendapat manfaat utama subsidi petrol kita sejak beberapa dekad yang lalu.

Pada asasnya, ia adalah selamat dikatakan bahawa mereka telah mendapatkan kembali 20 hingga 30% daripada cukai pendapatan mereka dengan subsidi petrol tersebut.

Manfaat yang sama juga dinikmati oleh syarikat-syarikat swasta apabila kos pengangkutan mereka telah dikurangkan dengan subsidi petrol dan diesel.

Ini mungkin membolehkan mereka mendapatkan kembali 10 hingga 30% daripada cukai yang telah mereka bayar kepada kerajaan.

Anda boleh lihat sekarang mengapa orang-orang ini semuanya ‘all out’ untuk Bersih 4.0 sejak kebanyakan daripada keistimewaan yang mereka dapat telah ditarik balik.

Mereka juga perlu membayar cukai yang lebih tinggi apabila pendapatan sebenar mereka telah dipadankan dengan transaksi GST.

Bersih 4 bukan mengenai rasuah kerajaan tetapi berkaitan dengan keistimewaan yang telah diambil daripada mereka.

Keistimewaan untuk membayar kurang cukai dan ‘ditebus guna semula’ melalui subsidi telah ditolak.
Ini berkaitan dengan golongan kaya yang berusaha untuk mengekalkan keistimewaan mereka dan mengambil daripada golongan miskin.

Satu-satunya cara adalah menggulingkan kerajaan semasa dan menggantikan mereka dengan pemimpin-pemimpin yang akan menggariskan dasar-dasar yang akan memberi manfaat kepada mereka.

Hanya ‘stupig’ Bumiputera akan menyertai Bersih 4 yang telah mempunyai objektif jelas untuk memusnahkan negara kita dan rakyatnya.

Mereka mahu mengambil hak istimewa Bumiputera yang sedikit yang masih kita perolehi tetapi mereka tidak akan membenarkan keistimewaan mereka diambil !!!

Sumber:   https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/05/anda-tahu-kenapa-dap-penyokong-all-out-untuk-bersih-4/#comments

Jadilah Melayu sejati kalau ingin kekal berkuasa

September 5, 2015 
 
Abdullah Zaik 2012

BANGI, Sabtu – Pemimpin Melayu mesti menjadi Melayu sejati jika mereka ingin terus memerintah negara, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Jelas beliau, pemimpin Melayu yang ada sekarang perlu menghayati keperibadian Melayu yang sejati jika ingin terus kekal berkuasa.

Ini kerana katanya, DAP tidak boleh menang sekiranya pemimpin menghayati hakikat Melayu sebenar.
“Jika Melayu benar-benar menghayati erti Melayu, mereka tidak akan boleh dikalahkan oleh DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mengulas mengenai erti Melayu sejati itu jelas Ustaz Abdullah, seseorang itu benar-benar Melayu jika ia tidak terlibat dengan rasuah.

“Bukan Melayu jika terlibat rasuah. Jangan musnahkan Melayu dengan rasuah dan pengkhianatan.
“Ini kerana Melayu adalah Islam, Melayu adalah kepatuhan kepada Tuhan. Melayu juga adalah wibawa, amanah dan integriti.

“Itu erti Melayu yang kita warisi dari datuk nenek kita,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri apabila mengatakan Melayu perlu bersatu bagi mengelakkan DAP memegang tampuk pemerintahan negara. 

Bidas Ustaz Abdullah, Ismail tidak perlu bermain dengan sentimen DAP untuk takutkan Melayu bagi mendapat sokongan.
 
“Tidak perlu main sentimen untuk takutkan orang Melayu.

“Hakikatnya yang menyebabkan Melayu rosak dan kalah bukan kerana DAP tetapi pemimpin Melayu sendiri yang tidak menghayati keperibadian Melayu yang sebenar,” katanya.

Sumber:   http://www.ismaweb.net/2015/09/jadilah-melayu-sejati-kalau-ingin-kekal-berkuasa/

Wednesday, September 2, 2015

Musuh tersusun dan berperancangan

September 2, 2015 Berita Utama, Majlis Ulama ISMA, 

obama dan ngo
 
KINI serangan dalam bentuk ini kembali dilakukan oleh musuh khususnya di Malaysia, seruan-seruan naïf yang menyebut Islam dan Melayu tidak terancam semakin kuat dilaungkan.

Lebih mengejutkan adakalanya seruan ini lahir daripada mereka yang secara jelas sedang menyerang kedua tiang utama tersebut di dalam negara ini.

Juga lebih memalukan apabila seruan tersebut lahir daripada mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam namun buta dalam memahami waqi’ apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya memahami apa yang sedang berlaku hari ini berdasarkan kepada realiti sekeliling, bukanlah berdasarkan kepada apa yang orang lain kata.

Berhentilah berfikir seolah-olah hanya kita yang berperancangan sedangkan musuh tidak! Hakikatnya mereka berperancangan, mereka berstrategi, mereka tersusun bahkan berorganisasi.

Apa yang berlaku di Malaysia daripada isu IFC, isu kalimah Allah, isu Mahkamah Syariah, isu memperlekeh hak keistimewaan orang Melayu, isu LGBT, isu Comango dan pelbagai isu lagi kesemuanya adalah di bawah perancangan yang tersusun dengan rapi.

Ia tidak berlaku secara tiba-tiba, berhentilah daripada bersikap naïf dalam memahami waqi’ dan dalam mengenali musuh.

Berhentilah bermimpi, hiduplah dengan realiti.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/09/musuh-tersusun-dan-berperancangan/

Tuesday, September 1, 2015

BERSIH 4 : Signal Bahaya Untuk GHB & PKR



AIDCNews – 01/9/15 – DAP adalah pemenang untuk perhimpunan BERSIH 4, tetapi memancarkan signal negatif untuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan PKR kata penganalisis politik Datuk Lee Hwa Beng.
Beliau berkata tanpa kehadiran PAS, perhimpunan BERSIH 4 memberi isyarat kedua-dua kumpulan- GHB dan PKR-gagal menarik sokongan Melayu dan hanya bergantung sokongan bukan Melayu daripada DAP.
“Tanpa ahli-ahli PAS, fikirkan semua mengenai BERSIH 4. GHB tidak mampu untuk memobilasikan khalayak (Melayu) untuk perhimpunan itu.

“Juga mengesahkan PKR hanya bergantung kepada sokongan bukan Melayu. DAP adalah pemenangnya !” kata Hwa Beng dalam Twitter.

Hanisya Abdul Hamid berpendapat kenyataan Hwa Beng itu tidak boleh dipandang sebelah mata kerana beliau juga merupakan salah seorang otai politikus di negara ini.

“(Ia) mengesahkan kekuatan PKR selama ini bergantung kuat kepada pengaruh dan sokongan dari DAP …. Bersih 4 lebih merupakan kemenangan dan kejayaan DAP.
“PKR dan GHB sekadar tumpang semangkuk,” ulas Hanisya.

Sebelum ini, penganalisis politik Shen Yee Aun menghuraikan secara terperinci refleksi BERSIH 4 sebagai petanda awal untuk Pilihanraya Umum ke-14.

“Satu persoalan yang menarik adalah adakah BERSIH kali ini lebih menjadikan orang Melayu benci dan menentang Najib/UMNO/BN atau sebenarnya mereka lebih menjauhkan diri daripada DAP, PKR dan GHB ?

“Adakah BERSIH mahu menjatuhkan Najib kini lebih melemahkan atau menguatkan Najib ?
“Persoalan ini terpulang pada penilaian masing – masing (subjektif),”katanya.

Selanjutnya, sila baca “BERSIH 4.0 Refleksi Petunjuk Negatif Terhadap DAP, PKR & GHB Untuk PRU 14″

Sumber:  https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/01/bersih-4-signal-negatif-untuk-ghb-pkr/

Monday, August 31, 2015

GHB Lancar Parti Amanah Hari Ini



AIDCNews – 31/8/15 – Gerakan Harapan Baru (GHB) melancarkan parti baharu yang dinamakan Parti Amanah Negara (Amanah) di Hotel Vistana Kuala Lumpur sebentar tadi.

Parti Amanah itu bukan mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang menjadi kontoversi sebelum ini, sebaliknya mengambil alih sebuah Parti Pekerja Malaysia yang tidak aktif
“Kami telah memutuskan untuk muncul melalui sebuah parti politik golongan pekerja…apa pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada RoS dan kemudian akan dilancarkan pada 16 September 2015.

“Dengan permulaan ini, ia sekali gus menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di tanah air,” kata Mohamad Sabu dalam sidang media hari ini, lapor Bernama.

Menurut Malaysiakini, Parti Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 oleh Ganga Nayar, wanita pertama yang mengetuai parti politik di Malaysia. Parti itu hanya menyertai satu pilihan raya umum ada 1978 dan selepas itu tidak lagi aktif.



PASMA Penang melaporkan parti baharu GHB itu bukan dinamakan ‘Amanah’ sebaliknya PAN singkatan kepada Parti Amanah Negara.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah atau PAN seperti berikut :
Penasihat Umum
Ustaz Ahmad Awang
Pengerusi
Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi
Salahuddin Ayub
Naib Pengerusi
1. YB Dato Dr Mujahid Yusof
2. Ustaz Hassanudin Mohd Yunos (Timbalan Presiden IKRAM)
Ketua Wanita
YB Dr Siti Mariah Mahmud
Ketua Pemuda
Mohd Sany Hamzan
Setiausaha
Mohd Anuar Mohd Tahir
Timbalan Setiausaha
Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari
Asmuni Awi
Setiausaha Orgniasasi
Suhaizan Kaiat

AJK
1. YB Dr Mohd Hatta Ramli
2. YB Ir Khalid Samad
3. YB Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
4. YB Mohd Hanipa Maidin
5. YB Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Presiden PASMA)
6. Ir Izham Hashim
7. Adly Zahari
8. Raj Munni Sabu@Aiman Athirah Al Jundi
9. Mazlan Aliman
10. Aminolhuda Hassan
11. YB Saari Sungip
12. Zulkifli Mohd Omar
13. Hu Pang Chaw
14. Dato Wan Abd Rahim Abdullah
15. YB Hasnul Baharuddin

Nama Dr Dzulkefly Ahmad yang sebelum ini dilantik sebagai Setiausaha GHB dan tiga Ahli Jawatankuasa GHB; Tan Sri Muhammad Muhd Taib, YB Datuk Kamaruddin Jaafar serta Faiz Fadzil tidak disenaraikan.
Turut tidak disenaraikan nama Datuk Husam Musa, tokoh yang disebut-sebut sebagai calon paling layak ganti Mohamad Sabu sebagai presiden parti baharu.

Mohamad Sabu berkata, pihaknya menjangkakan seramai 35,000 anggota akan didaftarkan menjelang pelancaran rasmi parti itu pada September depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan menunggu kelulusan RoS sebelum mula membincangkan dengan DAP dan PKR tentang penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Sumber:   https://aidcnews.wordpress.com/2015/08/31/ghb-lancar-parti-amanah-hari-ini/

Saturday, August 29, 2015

Apa yang anda perlu tahu tentang BERSIH 4.0?


Must read!!!!!


photo_2015-08-29_22-55-09

Artikel ini menyeru rakyat Malaysia  kembali berfikir dengan pertimbangan matang, rasional dan neraca yang waras. Saya sedikit kecewa melihat sambutan gerakan BERSIH sejak daripada tahun 2006, ketika awal gerakan BERSIH 1.0 ditubuhkan sehinggalah perhimpunan BERSIH 4.0 tahun 2015, sambutan masih lagi hangat dan masih umat Islam kekal dalam kejahilan juga kenaifan percaturan geopolitik kuasa imperial Amerika Syarikat.

Artikel ini juga tiada sedikit pun hasrat menjadi ‘macai’ melindungi kerajaan. Apa yang ingin ditonjolkan di akhir artikel ini adalah agar umat Islam tidak tersepit dalam kerangka fikir kepartian antara kerajaan atau pembangkang dan ingin menanam satu sudut pandang baru dari kaca mata melihat segala isu yang berlaku dalam konteks yang lebih besar iaitu permasalah geopolitik, percaturan kuasa besar dunia, dan penggembelengan dunia ke arah New World Order (NWO)[i]. Ya, entiti NWO inilah yang sedang mencaturkan negara Malaysia dengan memanfaatkan isu integriti kerajaan Malaysia yang sememangnya tidak boleh dinafikan wujud. Persoalannya, bagaimana ia dilakukan?

Bagaimana percaturan permainan kuasa imperial AS ini berlaku?
Color revolution sentiasa menggunakan ramuan yang sama dalam resepinya. Saya permudahkan kepada lima ramuan utama[ii]:
  • Demi hasrat Amerika Syarikat (AS) menjadi sebuah kuasa imperial, maka AS telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.
  • Colour revolution boleh berjaya dengan mencatur, melatih dan memberi pendanaan kepada gerakan anak muda, gerakan sivil dan gerakan yang membawa sentimen orang ramai. Dalam masa yang sama gerakan ini akan melaksanakan strategi yang dihasilkan oleh Gene Sharp iaitu Method of Non-Violent action dengan menampilkan NGO yang mampu menghasilkan fenomena logo, warna, dan strategi pemasaran melalui media-media yang juga mendapat dana daripada AS.[iii]
  • Jika dikaji dengan lebih mendalam, AS sentiasa mencaturkan gerakan color revolution ini di negara yang strategik, yang memiliki sumber alam seperti minyak, gas, ataupun boleh dijadikan sebagai pangkalan tentera AS dan berada pada kedudukan geografi yang strategi dalam hal-hal berkaitan ekonomi.
  • Protes akan dilakukan di saat negara sedang menghadapi krisis ataupun mendekati pilihanraya. Niatnya mudah, supaya suasana tegang dan persoalan-persoalan mengenai salah laku dan integriti menekan benak hati rakyat.
  • Objektif protes bukan semata-mata untuk menggerakan massa rakyat, tetapi lebih tertumpu menghasilkan sikap ragu-ragu ke atas rejim pemerintah supaya wujud persepsi tidak percaya pada rakyat, penjawat awam seperti polis, SPRM, dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam pengurusan negara.
Kelima-lima perkara ini wujud pada gerakan BERSIH. Percaya ataupun tidak sepanjang usia BERSIH daripada tahun 2006, kita boleh mengenal pasti kesemua perkara ini tersusun dalam gerakan mereka

Bersih 1.0
Gambar 1.0: Ambiga bekas pengerusi BERSIH mengaku menerima dana NDI dan OSI (The Malaysian Insider 27 Jun 2011)

Bersih comment

Gambar 2.0: Maria Chin Abdullah mengaku menerima dana daripada NDI dan OSI (Malaysia Today 1 Ogos 2015)[iv]

Pada 27 Jun 2011, portal The Malaysian Insider telah memetik kenyataan bekas pengerusi BERSIH 3.0, Ambiga Sreenevesan yang gerakan BERSIH telah menerima dana NDI dan Open Society Institution (OSI) yang dimiliki penyangak mata wang George Soros. Kenyataan yang sama diulangi pengerusi BERSIH 4.0 iaitu Maria Chin Abdullah pada 1 August 2015 dalam portal Malaysia Today bahawa BERSIH 4.0 sekali lagi menerima dana daripada NDI dan OSI dan menafikan penerimaan dana daripada NED. Kenyataan Maria ini perlu dilihat dengan lebih terperinci. Jika dikaji dengan lebih lanjut maka kita akan ketahui bahawa NDI adalah penerima dana dan projek daripada NED.

NED turut sama mendanai IRI dan CIPE yang kedua-duanya pencatur di rantau Asia Tenggara. Alen Weinstein, antara pengasas NED pernah mengeluarkan kenyataan “A lot of what we (NED) do today was done covertly 25 years ago by the CIA.”[v] Ya. NED, NDI, IRI, OSI, CIPE semuanya sedang meneruskan misi sulit yang ‘terbuka’ di Malaysia ini. Memang perlu diakui di negara-negara yang dimasuki oleh NED, sememangnya negara itu pasti akan mempunyai konflik, tidak aman dan akhirnya akan tercetus color revolution.

Bukan itu sahaja, sejak daripada tahun 2006 lagi gerakan BERSIH telah menerima latihan yang intensif daripada NDI dalam menggerakan massa untuk menghasilkan color revolution ini. Malangnya, maklumat tersebut telah dipadamkan daripada portal NDI sendiri.[vi]

Modus operandi BERSIH adalah dengan memilih masa yang sesuai dan kritikal bagi negara Malaysia ini. Kita boleh lihat, BERSIH 1.0 dilakukan sebagai prototaip demonstrasi awal, BERSIH 2.0 dianjurkan pula sewaktu memuncak isu Lynas, BERSIH 3.0 dibuat di ambang Malaysia menghadapi PRU 13 dan BERSIH 4.0 pula pada ketika tercetusnya isu 1MDB dan pendedahan skandal ketirisan pemerintah iaitu Dato’ Seri Najib Razak sendiri.

yellow-occupy-a
Gambar 3.0: Penyokong Umbrella Revolution di Hong Kong

Adakah kita boleh mengharapkan kuasa asing untuk mengubah kerajaan yang korup kepada kerajaan yang bersih?
Jawapan mudah adalah TIDAK. Kuasa asing tidak pernah ikhlas dalam membantu negara lain menjadi lebih baik. Jika diperhatikan ketika empayar kesultanan Melayu sebelum ini, Tanah Melayu tergadai juga disebabkan oleh konflik antara golongan elit Sultan yang kemudiannya mengundang campur tangan kuasa asing. Sejarah pasti akan berulang jika kita membuat kesilapan yang sama seperti dahulu.

Negara-negara lain juga tidak terkecuali dalam menerima nasib yang buruk. Apabila AS melalui NED melabuhkan hasrat mereka pada negara-negara lain, maka kerosakan yang sama terjadi. Lihat sahaja bagaimana percaturan revolusi ini seawal tahun 1974 di Portugal melalui revolusi Carnation sehinggalah Revolusi Payung di Hong Kong pada tahun 2014, AS telah mencaturkan lebih daripada 17 revolusi serata dunia demi kepentingan kuasa AS. Kini, AS menggencarkan lagi usaha mereka pada tahun 2015 dengan mewujudkan revolusi di Kyrgyzstan melalui Richard Miles (Father of color revolution), Armenia melalui Victor Nuland dan Uzbekistan melalui Pamela Spratlen. Kesemua mereka hadir sebagai duta AS.[vii] Tidak ketinggalan juga di Myanmar, Macedonia, Ecuador, Russia dan Hong kong yang diberi perhatian dalam misi Pivot to Asia. Dalam hal ini, lebih mustahak untuk kita perhatikan apakah kesan revolusi di negara-negara pasca revolusi ini. Itu soalan yang lebih kritikal!

Di Macedonia, color revolution diwujudkan bukan untuk membumikan demokrasi tetapi untuk mendapatkan sumber paip gas asli ke negara Eropah daripada Russia. Di Georgia pula, hasil daripada Revolusi Oren pada tahun 2004, Georgia telah kehilangan dua wilayah iaitu Ossetia Selatan dan Abkhazia. Di Tunisia pula seusai Arab Spring, negara tersebut hampir dua tahun tiada presiden tetap. Di Nepal, mereka yang beragama hindu terpaksa akur dengan konsep negara sekular walaupun 80% menginginkan republik hindu, termasuklah jatuhnya takhta Raja dan terbinanya empangan penjanaan kuasa eletrik yang menghapuskan ekosistem di wilayah Bhutan. Bukan itu sahaja, US special force bahkan telah membina Stesen Radioisotope Thermoelectric Generator (RTG) di kaki gunung Everest di bahagian Tibet dan utara Nanda Devi bagi mencari Plutonium bagi tujuan tenaga dan senjata nuklear.[viii] Apa pula yang AS harapkan di Malaysia?

Apa sebenarnya AS inginkan daripada gerakan BERSIH di Malaysia?
Secara peribadi, saya lebih gemar untuk melontar persoalan ini kepada para demonstran jalanan. Hal ini kerana merekalah yang telah berhempas pulas di jalanan sambil disimbahi terik matahari. Sewajarnya mereka tahu apa yang mereka lakukan. Namun begitu, saya yakin kebanyakan mereka jauh sekali sedar akan hasrat kuasa AS untuk mendapatkan pemimpin yang boleh menuruti kehendak AS, melaksanakan pendemokrasian liberal di Malaysia dan yang lebih penting adalah kesetiaan pimpinan negara dalam melaksanakan Rebalancing policy AS dalam membendung kuasa Russia dan China di Asia Tenggara. Rebalancing policy juga berhasrat melakukan penjajahan ekonomi melalui perdangan (TPPA), menempatkan pelabuhan tentera AS di Asia Tenggara, memudahkan pelaburan AS di Malaysia dan membina jaringan negara demokrasi yang kukuh di bawah hegemoni AS.

Kesimpulan
Bagi mereka yang sayang akan negara ini, amatlah wajar mereka kembali bermuhasabah, adakah mereka sebenarnya ingin mengulangi sejarah lama dengan menjual negara ini kepada kuasa asing? Penjajahan gaya baru pasti wujud dan penguasaan New World Order tidak pernah lekang dalam mencaturkan hegemoni mereka. Sejarah telah banyak mengajar kita. Sebelum kita turun ke jalanan, buatlah sedikit kajian. Jangan sekadar terikut-ikut dengan sentimen. Iya, kita mungkin marahkan pemerintah kerana tidak telus, dan tidak dapat mentadbir negara dengan baik, tapi adakah dengan menjemput kuasa asing dalam mencaturkan politik kita?

Aiman Faudzi
Penganalisis IRIS

Rujukan
[i] http://www.globalresearch.ca/an-imperial-strategy-for-a-new-world-order-the-origins-of-world-war-iii/15686
[ii] http://www.globalresearch.ca/colored-revolutions-a-new-form-of-regime-change-made-in-the-usa/27061
[iii] Gene Sharp. 1990. The Role of Power in Non Violent Struggle. United States of America: The Albert Einstein Institute.
[iv] http://www.malaysia-today.net/little-white-lies-and-bersih/
[v] Blum, W. 2000. Rogue State: A Guide to The World’s Only Superpower. Ed. Ke-3. Monroe: Common Courage Press.
[vi] http://landdestroyer.blogspot.com/2011/07/malaysiasbersihfacadeofclean.html
[vii] http://www.globalresearch.ca/russia-under-attack/5438194
[viii] http://www.globalresearch.ca/twards-a-colored-revolution-in-nepal-foreign-interference-triggers-political-and-social-chaos/5307747

Sumber:  http://focuss.my/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-bersih-4-0/

BERSIH 4 Dikuasai Cina DAP



AIDCNews – 28/8/15 – Seperti diramalkan, perhimpunan BERSIH 4.0 yang bermula hari ini hari ini telah dikuasai Cina DAP, lapor tv14.


“Himpunan Bersih 4 kali ini majoritinya dipenuhi dengan bangsa Cina DAP yang bersungguh-sungguh mahu gulingkan kerajaan.

“Tinjauan krew TV14 pagi ini di sekitar Ibu Kota mendapati kumpulan ini telah pun mulakan pergerakan mereka seawal jam 9 pagi dengan menaiki pengangkutan awam menuju ke Dataran Merdeka,”lapornya.










ASSU turut melaporkan sebuah restoran Cina telah memberi makanan percuma kepada peserta perhimpunan tersebut.


Friday, August 28, 2015

PATUTKAH SAYA KE BERSIH?


Sebagai anak muda, izinkan saya berkongsi sedikit rasa. Bukan untuk menyibuk bukan untuk nama, tapi kerana memikirkan masa depan negara.

Rasanya golongan seperti sayalah yang paling teruja untuk berdemonstrasi. Gelojak jiwa muda yang mahukan sebuah kebebasan, perhatian dan keberanian memang tidak boleh dipisahkan dengan demo dan tunjuk perasaan. Lagi banyak perhatian, lensa kamera dan liputan, lagi gila anak muda untuk beraksi. Jiwa orang muda mahu tunjuk pada dunia, bahawa kami juga ada bisa.

Saya tidak berkesempatan menyertai Bersih dan Bersih 2.0 kerana masih berada di luar negara. Tetapi waktu itu saya mengikuti perkembangan Bersih dengan penuh teliti. Kami di sana berpakat memakai kuning hari tersebut walaupun berada jauh dari Malaysia untuk turut beroongsi rasa. Pada Bersih 3.0 (Bersih paling ganas), saya antara yang berada di saf paling hadapan berdepan kejahatan FRU.

Semasa FRU mula bertindak ganas, ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri. Tapi saya cuma berselindung sekejap menstabilkan diri. Sesak nafas dan pedih kulit dek bom asap sedikit mengganggui. Namun selepas itu saya keluar kembali mendadai FRU umpama medan perang viking. Beberapa kali saya dan anak muda lain hampir dilanggar oleh trak water cannon. Beberapa kali juga belatan singgah di badan dan kepala. Kami hanya mengelak dan menyerang dengan suara. Namun masa itu langsung tak terasa apa. Malah bangga dan rasa hebat pula. Mati tidak lagi jadi penghalang. Seolah Izrail pun mahu dicabar.

Walaupun FRU berulang kali melaung arahan bersurai, kami tetap tidak berganjak. Sesekali kami membaling kembali bom asap. Atas semangat 'duduk bantah', kami duduk melintang jalanraya bagi menghalang pergerakan trak watercannon. Saya bersama beberapa anak muda lain mencapai kayu yang bersepah di jalanan buat pendinding diri andai cuba dibantai polis. Ada yang sampai cuba panjat atas trak dan ada juga yang melawan bantaian polis.

Sakit. Penat. Bahaya. Namun ianya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Catatan penuh pengalaman itu ada saya kongsikan dalam buku Melirik Langit Kota terbitan Jundi Resources. Saya tak akan lupa peristiwa ini sampai bila-bila.

Saya tahu ramai anak-anak muda yang mahu saat-saat berperang sebegitu berulang. Bagi saya ini biasa. Orang muda sukakan cabaran. Lagi dilarang lagi semangat. Pasca Bersih, lebih sebulan kami berkongsi pengalaman setiap kali berjumpa. Terkadang datang juga bisikan di hati, aku berdemo demi Allah atau demi haloba.

Saya yakin perasaan ini dikongsi hampir keseluruhan anak muda yang independent. Malah mereka hampa seandainya polis memberikan kebenaran untuk mengadakan himpunan. Pasti mereka tidak dapat beraksi ala-ala gangster di panggung wayang. Saya masih ingat sewaktu Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang mendapat permit untuk diadakan di stadium, ramai kawan-kawan yang bersama dalam Bersih 3.0 tidak mahu hadir. Kalau hadir pun pulang awal.

Namun kini saya berfikir sendiri, apakah betul tindakan saya itu? wajarkah keadaan demikian berulang lagi? Apakah itu akan mencapai tuntutan bantahan? Apa untungnya perkara tersebut kepada matlamat perjuangan kita? Bagaimana pula kesan selepas kejadian seperti itu?

Saya masih percaya jalanan merupakan medan yang ampuh untuk mendesak kerajaan, setelah cara damai dan sembunyi tidak berhasil. Kerajaan yang hipokrit dan pekak hanya perlu diajar dengan laungan keramat. Syarak juga membenarkan protes sebegini dengan garis syarat yang ditetapkan. Namun demonstrasi sepatutnya tidak lari dari matlamat asal, iaitu mengemukakan tuntutan kepada awam agar dunia tahu kita kesusahan.

Sekiranya berlaku sebarang perkara lain, maka ia akan mencacatkan dan memburukkan demonstran. Bukan sahaja matlamat asal digelapkan, malah kita pula dituduh menghuru-harakan negara.

Lebih malang, apabila demonstrasi hari ini menjadi senjata kuasa besar dunia dalam melemahkan kebangkitan Islam. Kebangkitan rakyat menuntut keadilan dieksploitasi dan dimanipulasi menjadi rusuhan yang akhirnya membawa kepada kekacauan tak berkesudahan. Dalam kemarahan rakyat, mereka cetuskan provokasi supaya yang marah hilang arah lalu bertindak ganas.

Kebangkitan di Mesir, Syria, Libya dan Yemen menjadi bukti eksploitasi berlaku. Demonstrasi yang asalnya menuntut keadilan bertukar jadi medan berdarah dan konflik kepentingan kumpulan. Barat pantas belajar dari kealpaan mereka menangani revolusi Iran dan Tunisia.

Mesir jadi eksperimen pertamanya melancarkan perang proksi. Syria menjadi medan utama sekarang dengan bertopengkan ISIS. Yaman pula mengekor rapat perkembangan Syria walaupun provokasi pertama menggunakan Houthi tidak berhasil. Kesemuanya berpunca dari demonstrasi yang tidak terkawal. Kalau boleh mereka mahu semua negara yang boleh mengancam kepentingan barat jadi huru hara.

Saya cukup bimbang. Dalam keadaan Malaysia yang tenat, tekanan hidup yang semakin merempatkan rakyat, barat cuba mengambil peluang dari perhimpunan ini untuk memanjangkan cerita. Ditambah sinaran cahaya Islam yang semakin terang di ufuk timur ini, pasti penguasa barat tak akan duduk diam. Sekarang pun mereka sudah masuk campur konflik politik negara.

Wakil Amerika baru saja datang berjumpa setiap parti politik utama negara. Obama pula dijadualkan September ini. Sebuah badan pembiaya keganasan milik Amerika, NED turut dikaitkan dengan Bersih. MH370, MH17 semuanya adalah misteri melibatkan negara berkuasa veto PBB.

Saya kasihankan rakyat yang menderita. Saya kasihankan anak muda yang tertipu dengan propaganda maya.

Saya sedih melihat bangsa terus diguna talibarut musuh demi kuasa yang dicita.
Saya juga kasihan para anarkis sosialis diperkuda kapitalis.
Saya turut gusar apabila pihak asing cuba mencampuri kedaulatan negara.
Saya juga mahukan keadilan. Saya juga mahukan pilihanraya yang bersih. Saya juga marah dengan sikap kerajaan hari ini. Tapi tindakan kita perlu bijak dan berilmu, bukan pemarah dan melulu. Kita tak mahu Malaysia senasib Syria dan Yaman. Dalam keadaan mata musuh sedang memerhati peluang memporakperandakan umat Islam, langkah kita harus waspada.

Saya tak berani jamin himpunan ini bebas dari perkara tak diingini. Jika dulu, saya yakin peserta akan berhemah kerana Unit Amal turut serta mengawal tingkah peserta. Kepimpinan PAS juga menjadi kepala. Puluhan ribu ahli PAS diajar patuh kepada ketua. Orang ramai dipesan supaya bersahaja. Perjalanan dan tentatif himpunan juga dijelaskan awal supaya mudah peserta menghalang sebarang tindakan songsang. Walaupun polis mengancam, namun kita yakin peserta tidak boleh berlaku sebarangan. Disiplin dititikberatkan.

Himpunan kali ini, Unit Amal bukan perancang. Hanya dijemput untuk membantu. Pimpinan PAS tidak dipanggil berbincang dari awal. Keputusan penganjuran tidak melibatkan persetujuan PAS. Ditambah dengan sikap penganjur yang lebih liberal, membawa pemikiran bebas dan tidak terikat dengan apa-apa arahan, tidak mementingkan aspek patuh kepada kepimpinan, saya amat khuatir keadaan akan berlaku di luar kawalan.

Saya tidak menghalang sesiapa untuk pergi. Mereka bebas memilih. Tapi bagi saya, kemungkinan untuk berlaku perkara luar kawalan adalah lebih tinggi. Risiko ini boleh menggadai keselamatan negara. Saya tak mahu melihat Malaysia porak peranda dengan mainan licik politikus antarabangsa.

Namun saya yakin, sinar itu pasti muncul jua. Walaupun tidak dengan perhimpunan ini, pemerintah yang jahat pasti akan dihukum Allah segera. Mereka kini sudah porak peranda. Hanya perlu satu dua hembusan lagi untuk mereka tumbang tak bernyawa. Tinggalnya kita, kawal diri supaya jangan terlajak. Jangan gadaikan puluhan tahun perjuangan orang terdahulu hanya dengan sikap gopoh kita. Ambillah cara yang lebih terkawal, matang dan berkesan. Jalanraya ada manfaatnya. Tapi ia juga sangat bahaya.

Anak muda adalah masa depan negara. Perlulah tahu mainan politik dunia. Jangan sekadar jadi lembu marah yang mudah ditipu matador. Corakkan negara dengan lebih matang dan bijaksana. Kita perlu idea, bukan emosianal semata.

Sekali lagi saya nyatakan, saya bukan Zahra, tapi sayangkan Malaysia.
(Alang Ibn Shukrimun)

Wednesday, August 26, 2015

Kematian yang Menghidupkan

Karya kreatifUncategorized August 27, 2015 - 

kubur

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka kata, semoga diri kita semua berada di dalam rahmatNya. Buat semua perindu syurga, pejuang agama, mari kita merenung sejenak perjalanan di landasan kehidupan yang telah kita terokai selama ini. Terfikirkah kita adakah perjalanan kehidupan kita selama ini diterima olehNya atau sekadar mengundang murkaNya?

Pernahkah ada air mata yang menitis menginsafi kejahilan diri sekalipun tempat teratas dan bahagia telah kita miliki? Istiqamahkah kita bertaubat kepadaNya lantaran pelbagai dosa yang kita warnakan saban hari? Aku mengingatkan  juga diriku kerana aku bimbang di akhir nanti di  manakah aku bakal ditempatkan.

Suasana di Perkuburan Menginsafkan
Ya aku akui, semakin hari berganti hari, tanah perkuburan ini bakal penuh dengan jasad manusia dan masing-masing menunggu tiket untuk mengisinya. Dahulu kawasannya agak lapang, tetapi lama-kelamaan aku pasti  ianya akan penuh menanti pasangannya yang bakal dijemput nanti. Seketika mahu beransur keluar dari kawasan tersebut selepas menziarahi kubur arwah adik, aku memerhati dua orang pak cik yang agak tua menunggu di tepi pagar dengan tuala putih berbalut di lehernya lalu aku menyapa mereka:

“Pak Cik tunggu siapa ?”
Lantas jawab pak cik tersebut menjawab:
“Menunggu  dua jenazah untuk dikebumikan nak.”

Aku dimaklumkan dua jenazah itu adalah sama umur dengan diriku. Setelah selesai bicara di antara kami, aku keluar dari kawasan itu dan aku berasa sentapnya diriku saat itu.
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”
(Surah Ali Imran : 185)
Erm…. Kematian. Suatu kepastian yang Allah SWT sudah tetapkan. Untuk menghargai sebuah kematian mungkin tidak semudah menghargai sebuah kehidupan. Untuk bersedia membuat persediaan menghadapi sebuah kematian mungkin tidak semudah membuat persediaan menghadapi sebuah pernikahan. Untuk menangisi sebuah kematian mungkin  tidak semudah menangisi sebuah perpisahan mahupun kekalahan, tetapi ia akan kembali dipermudah andai kita tahu , faham dan mengerti sebab dan tujuan kita diciptakan.
Katakanlah , “Sesungguhnya kematian yang  kamu lari daripadanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah Al-Jumu’ah : 8)
Kematian Itu Menghidupkan
Apabila kita berbicara tentang kematian, ia berkisar tentang kehidupan sebenar yang lebih menghidupkan dan bukan sekadar jasad kaku yang dipersembahkan. Bila-bila masa tidak kira di mana jua, tidak kira tahap umur  seseorang, kematian bisa terjadi tanpa kita ketahui. Hakikatnya, kematian itu adalah rahsia Ilahi yang Maha Mengasihani. Kebiasaannya, bagi mereka yang sudah lanjut usia, waktu itulah dipergunakan dengan sebaik-baiknya dengan ibadah dan kebaikan kerana mereka sudah meyakini masa untuk kembali kepada Penciptanya berbaki hanya sedetik cuma.

Begitu juga pemuda, alangkah bagusnya sekiranya masa kehidupan yang ada dipergunakan sehabis-habisnya demi menegakkan ad-deen tercinta dan mengekang nafsu-nafsu yang merosakkan jiwa. Berapa banyak cerita yang telah kita dengar pemuda hebat yang telah pergi ke Rahmatullah seusia muda. Adakah sudah ter’set’ di minda kita untuk bercita-cita ke arah kematian sedemikian rupa atau sekadar bersikap “ada aku kisah?biarlah depa!”.

Wahai sahabatku, jadilah seperti peribadi Rasulullah SAW yang mana perginya Baginda membuatkan lahirnya rijal-rijal agama yang mewakafkan seluruh kehidupan untuk memastikan Islam tersebar ke seluruh dunia. Buktinya, Alhamdulillah nikmat iman dan Islam dapat kita kecapi sehingga saat ini. Wafatnya Baginda, membuatkan air mata  para sahabat menitis kesedihan dan sekaligus membangunkan jiwa-jiwa yang rela berkorban harta, masa dan  nyawa semata-mata untuk mengecapi kemanisan di saat bertemu Pencipta.

Jadilah seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, walaupun hanya memerintah selama dua tahun(632M-634M), tetapi beliau telah banyak menyumbang  ke arah perkembangan Islam. Antara sumbangan yang telah beliau curahkan adalah beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada di antaranya murtad dan ada juga yang mengaku sebagai nabi. Bukan itu sahaja , beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam dan memulakan usaha mengumpulkan ayat-ayat Quran. Beliau kembali ke Rahmatullah pada usianya 63 tahun dan di kala itu usaha dakwah tidak lagi hambar bahkan semakin berkobar.

Jadilah seperti Saidina Umar Al-Khattab, beliau berani membuktikan dan mengakui keIslamannya di khalayak umum tanpa takut dan gentar. Pernah di saat beliau ditikam oleh Abu Lu’lu’ah Al-Majusi dengan mengalirnya darah keluar tanpa henti di tubuhnya, beliau masih bersabar dan berimpian untuk menyumbang lebih tenaga demi agamaNya.Kata beliau:

“Demi Allah, seandainya aku miliki semua isi dunia, akan ku gadaikan demi menghadap dasyatnya suatu hari saat menghadap Allah.”

Sepanjang hidupnya, setelah beliau berhijrah untuk kembali kepada fitrah , beliau  tidak pernah tertinggal menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW dalam menentang golongan musyrik. Rasulullah  SAW dan Saidina Abu Bakar wafat dalam keadaan redha terhadap beliau. Sepanjang memerintah, beliau memimpin manusia dengan baik. Beliau wafat pada usia 63 tahun. Beliau telah membuktikan dirinya sebagai penolong agama Allah SWT sehingga membuatkan orang-orang kafir sangat benci kepadanya.

Binalah susuk tubuh segagah Saidina Uthman bin Affan yang mana beliau juga banyak menyumbang sepanjang kehidupannya. Bukan itu sahaja, beliau juga melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara untuk menyebarkan Islam semasa pemerintahannya. Keluasan empayar Islam ketika itu dikatakan mampu mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka.

Antara wilayah baru yang berjaya ditakluk oleh beliau ketika itu seperti Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara yang lain. Seterusnya, beliau juga membukukan satu naskah Al-Quran baru yang digunakan oleh umat Islam. Beliau wafat pada usianya 83 tahun apabila dibunuh oleh beberapa orang pemberontak yang memecah masuk rumahnya dalam keadaan beliau sedang membaca Al-Quran. Pemergiannya bukan sekadar menjadi tangisan, bahkan lebih menimbulkan pengajaran kepada generasi seterusnya.

Begitu juga dengan Saidina Ali bin Abi Talib yang tidak terlepas dari susuk ketokohannya yang agung. Beliau memiliki pelbagai jenis kemahiran dan kebijaksanaan. Beliau terkenal sebagai seorang cendikiawan, seorang jurudakwah yang berkaliber, seorang hakim yang adil dan seorang pahlawan yang berani menentang musuh di hadapanya. Wafatnya beliau di usia 63 tahun apabila dibunuh oleh Ibnu Muljam dengan kejam ketika beliau ingin menunaikan solat. Pemergiannya juga langsung tidak memadam semangat perjuangan, malah menaikkan lagi ruh jihad yang tidak berkesudahan.

Ayuh Bangkitlah, Jangan Rebah
Aku yakin, terlalu banyak cerita perjuangan para sahabat yang pernah kalian dengar, tetapi sudahkah cukup terkesan sehingga mampu merubah tingkah laku dan perbuatan. Mujahadahlah sentiasa walaupun terkadang goyahnya terasa. Usah dilewatkan pembaikan kerana ditakuti maut yang datang membuatkan kita kecewa kerana kurangnya amal sepanjang perjalanan. Biarlah kita mati di dalam keadaan diri kita berada di puncak sebagai seorang pejuang menegakkan agama ini dan bukan sebagai seorang petualang yang bakal di cemuh dan dicaci maki.

Ambillah inspirasi dari perjuangan Hamzah Asadullah yang mana saat ketika beliau dibunuh dan dirobek tubuhnya lalu hati dan jantungnya dilapah oleh Hindun. Namun kembalinya beliau dalam keadaan iman yang sejahtera kepada Allah SWT.

Andai kau rebah, ingatlah Bilal bin Rabbah ketika mana beliau disiksa dan ditindih tubuhnya dengan batu yang panas di padang pasir, beliau tidak pernah beralih keimanannya kepada Allah SWT.

Andai kau berduka di jalan perjuangan ini, titiplah semula kisah keluarga Yasir yang sangat tabah walaupun dibantai dengan cemeti , lalu seorang demi seorang dari mereka  dipanggang masak-masak  sehingga melecur daging mereka.Nabi Muhammad SAW yang melihat penderitaan keluarga Yasir di hadapannya begitu sedih dan Baginda mendoakan :

“Sabarlah wahai keluarga Yasir. Sesungguhnya di depanmu telah dijanjikan syurga.”

Ketelusan Dalam Perjuangan
Belajarlah untuk bersikap telus di dalam perjuangan ini kerana sememangnya perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT  memang payah. Bersyukurlah kerana kita di Malaysia ini, bagi yang berjuang tidaklah lagi sampai tahap nyawa terpaksa digadaikan dan keluarga menjadi pertaruhan. Ujian kita tidaklah besar jika mahu dibandingkan dengan para sahabat yang menerima lebih besar tahapan ujian mereka ketika melaksanakan dakwah. Mereka ada yang digergaji tubuhnya, ada yang disikat antara daging dan tulangnya dengan berus besi, namun ianya sesekali tidak menggoyahkan keimanan mereka.

Sepatutnya perkara yang perlu dilakukan bagi seseorang pejuang yang yakin dengan hari kematian dan pertemuan dengan Allah SWT, mereka tidak akan mudah terasa hati dengan rakan seperjuangan, mudah memaafkan sahabat dan kenalan, sentiasa berakhlak mulia, sangat menjaga ukhwah, berlapang dada apabila ditegur,  sedia menerima nasihat dan banyak lagi amalan kebaikan yang mampu memberi manfaat kepada kehidupan kita seharian. Kita kalah bukan sebab musuh kita kuat, tetapi dalaman kita lemah.

Terdapat beberapa hikmah yang boleh kita perolehi dari mengingat kematian. Antaranya :
  1. Mengingat kematian dapat melebur dosa dan mendidik diri bersifat zuhud.
“Perbanyaklah mengingat kematian , sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia.”
(HR Ibnu Abiddunya)

  1. Seseorang yang cerdik adalah mereka yang sentiasa mengingat hari kematian.

“Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu.Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.”
(HR Ibnu Majah)
Akhir kalam , sentiasa bermuhasabah dengan kehidupan kita di dunia. Semoga saat kehidupan kita di dunia ini dan detik kematian kita bertemu Pencipta adalah saat yang terindah kerana keredhaanNya mengiringi kita. Cukuplah kematian penasihat berharga bagi kita  yang masih  hidup di bumiNya. Hidup menjadi hambaNya yang taat dan mati menjadi qudwah terhebat. In Shaa Allah. Wallahu’alam.

Hasil Nukilan:
Nur Diyanah binti Mohd Salim(Ummu Raudah)
Aktivis ISMA Batu Pahat


Sumber:  http://isma.org.my/v2/kematian-yang-menghidupkan/

Tuesday, August 25, 2015

Stacy AF sah peluk Islam

August 25, 2015 Berita Utama,

stacy 3
 
BANGI, Selasa – Bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia (AF), Stacy Anam telah mengesahkan secara rasmi bahawa dirinya kini memeluk agama Islam seperti yang dihebohkan di media sosial, semalam.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Binti Anam berkata, beliau memilih Islam bukan kerana hubungan percintaan bersama Akim Ahmad, sebaliknya ia adalah minat yang mendalam untuk beliau belajar lagi mengenai agama.

“Stacy masuk Islam bukan kerana mahu berkahwin seperti yang diperkatakan sebelum ini dan bukan juga disebabkan pengaruh orang lain. Penghijrahan saya terjadi kerana keikhlasan saya untuk mendalami Islam itu sendiri.

“Sekiranya Stacy mahu berkahwin, lebih baik Stacy masuk Islam ketika mahu berkahwin sahaja. Saya tak kisah jika dia (Akim) bukan jodoh saya, kerana saya memeluk Islam adalah ikhlas mahu memeluknya,” katanya dalam satu sidang media yang berlangsung di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil hari ini.

Media semalam melaporkan, Stacy hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahr

Sumber:   http://www.ismaweb.net/2015/08/stacy-af-sah-peluk-islam/

Monday, August 24, 2015

Hati-hati ancaman ultra kiasu BN, DAP

August 24, 2015 Berita Utama

ridhuan_tee
Oleh: Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin –Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini menasihati kepada parti politik Melayu Islam untuk tidak terus lemah jika tidak mahu puak ultra kiasu yang memegang tampuk pemerintahan.

Mana tidaknya, ultra kiasu dalam parti komponen BN semakin berani. Mereka menuntut dan mendesak supaya agenda anak bangsa mereka terus diperkasa dan dilaksanakan.

“Misalnya, tindak-tanduk ultra kiasu yang baru dilantik menyertai Kabinet. Apabila ditanya wartawan mengenai apakah agenda utamanya? Maka, jawapannya SJKC menjadi keutamaan. Apabila menteri Melayu mahu mewujudkan Low Yat 2 (Mara), terus dituduh rasis. Kenapa kita tidak bertindak sebagai negarawan?

“Terbaharu, ultra kiasu dalam BN ini mendesak supaya kandungan buku teks sejarah tahun 4-6 dirombak semula. Katanya terlalu keislaman dan kemelayuan. Segerombolan pakar sejarah mereka telah menghantar memorandum, mengandungi lebih 80 perkara agar fakta buku teks sejarah yang baharu diperkenalkan kepada semua sekolah rendah diubah.

“Mereka mahukan sejarah ditulis mengikut konsep sama rata dan sama rasa. Jika sumbangan Melayu satu, sumbangan mereka juga satu. Tidak boleh ada kredit kepada pihak-pihak tertentu. Kasihan orang Melayu Islam, setengah mati memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan, tiba-tiba sumbangan mereka mahu dinilai sama rata dan sama rasa.

“Oleh sebab itu nasihat saya, jika mahu terus memastikan tampuk kuasa terus dipegang, maka jangan terus mencipta kelemahan dan membuat masalah yang memudahkan mereka untuk memerangkap,” katanya yang juga Felo Utama INSPIRE, UniSZA.

Selain itu dalam tulisan terbarunya berjudul ‘Psywar ultra kiasu ke Tunisia’ dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Ustaz Ridhuan turut mendakwa hasrat puak ultra yang mahu ke Tunisia bagi mengkaji sistem politik dan pelaksanaan syariah di sana hanyalah strategi licik mereka untuk memecah belahkan umat Islam.

“Matlamatnya bukan untuk memahami hudud sebenarnya, tetapi lebih kepada strategi licik psywar dan psyop untuk memecah-belahkan umat Islam.

“Ultra kiasu tersangat faham hudud yang dibawa Pas, tetapi mereka tidak pernah bersetuju. Mereka akan cari seribu macam hujah dan alasan untuk menentang sebarang perlaksanaan hukum Islam di bumi bertuah ini, sama ada datang dari Pas atau orang lain. Mereka tidak pernah percaya dan suka kepada Islam.

“Nampaknya permainan politik Malaysia telah dimenangi sepenuhnya ultra kiasu. Kita kalah teruk dan terduduk. Mereka berjaya memanipulasikan isu dan memecah-belahkan parti politik Melayu umat Islam,” katanya. 

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/08/hati-hati-ancaman-ultra-kiasu-bn-dap/