Pages

Thursday, January 31, 2013

PERISTIWA SYRIA.


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA.

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU.

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA.

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
Sumber :Malaysia Life Line for Syria

Tuesday, January 29, 2013

Kepada Apa Kita Menyeru Manusia?

Friday, May 16, 2008

Ke mana kita mendakwahi manusia? Adalah satu pertanyaan yang selalu terdetik di benak seorang da'i (pendakwah) Muslim. Pertanyaan ini tidak memerlukan jawaban, kerana hakikatnya sudah terlalu jelas, bahkan lebih jelas daripada matahari ketika panas terik. Apakah ada seorang Muslim yang tidak mengetahui ke arah manakah sebenarnya dia berdakwah kepada manusia? 


Jawabannya, pada asalnya, nampak mudah dan jelas, selagi mana istilah-istilahnya jelas serta tujuan dan sarana-sarananya juga jelas. Tetapi kenyataannya tidak sedemikian, kerana dengan banyaknya persepsi mengenai Islam - yang disebabkan oleh jauhnya manusia daripada pengetahuan Islam yang benar - menyebabkan banyaknya jawaban dan telah menjadi punca perselisihan yang nyata. 


Memang benar, bahawa mungkin secara umum, jawabannya adalah satu, kerana kita semuanya mengajak kepada Islam yang hanif (lurus). Akan tetapi, lambat laun, jika permasalahan tersebut mulai dibahas secara mendalam dan diuraikan secara lebih terperinci, titik perbezaan itu akan mula nampak dan perselisihan akan makin membesar, seperti perbezaan antara malam dan siang. Dari sinilah bermulanya langkah mencari jawaban bagi seorang da'i. Sebelum melangkah untuk berjalan menuju ke satu tempat, pertanyaan tersebut perlu dikemukakan kepada dirinya dahulu. Tasawwur (konsep), tujuannya dan selok belok perjalanannya perlu ditentukan dan diketahui dengan jelas. Sarana-sarana yang diperlukan perlu dipersiapkan. Kerana orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mungkin dapat memberikan sesuatu. 


Pertamanya, kita mendakwahi manusia untuk melaksanakan agama Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, iaitu Islam. Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman;

"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." [Al-Imran: 85]


Ayat di atas menyeru agar kita menjadikan Islam sebagai pedoman hidup secara menyeluruh, menyerahkan segala persoalan yang kecil maupun besar kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Hendaknya kita fahami Islam itu secara utuh dan menyeluruh, sebagai agama dan kedaulatan, akidah dan syariah, sistem moral dan kepimpinan, jihad dan ibadah, dunia dan akhirat, dengan segala yang terkandung di dalam Kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan, sedar dalam menghadapi ketentuan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, sedia mengikuti jejak dan langkahnya, sedia berjalan di atas manhajnya, berittiba' (mengikut) bukan membuat bid'ah, selalu mengembalikan segala urusan kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, dan berciri khas dengan risalahnya, untuk merealisasikan firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala; 

"Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah (beristiqamahlah) sebagaimana diperintahkan kepadaKu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada perselisihan antara kami dan kamu. Allah mengumpulkan antara kita dan kepadaNyalah kembali (kita)." [Asy-Syura: 15] 


Mengikut Bukan Membuat Yang Baru


Kita di dalam berdakwah, selalu berusaha untuk meneladani Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang membawa rahmat dan hidayah. Kita ingin mengeluarkan manusia daripada kegelapan-kegelapan (syirik) menuju cahaya iman atas izin RabbNya, daripada kekufuran menuju keimanan, daripada kesesatan menuju petunjuk, daripada kebatilan yang gelap-gelita menuju kebenaran yang terang-benderang, daripada maksiat menuju taat, dan daripada jalan hidup yang berbeza-beza menuju Allah Subha Nahu Wa Ta’ala yang satu dan lurus. Kita selalu melaungkan apa yang dikatakan oleh Rabi' bin Amir ra. kepada Rustam (panglima Parsi).

"Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa sahaja yang Dia kehendaki, dari penghambaan sesama manusia menuju penghambaan kepada Allah semata-mata, dari penyelewengan agama-agama yang ada menuju keadilan Islam, dan dari sempitnya dunia menuju keluasan dunia dan akhirat." 


Tidak diragukan bahawa agama kita adalah agama tauhid yang murni, maka kita mengajak manusia untuk meyakini kalimat "Laa ilaaha illallah Muhammadan Rasulullah" yang memuatkan nilai-nilai yang sangat berharga, yang diperjuangkan oleh para sahabat Radiallahu 'anhum untuk disampaikan kepada manusia bahawa kalimat syahadah itulah yang melepaskan mereka dari berbagai bentuk paganisme jahiliyah, baik di bidang agama maupun sosial. Sehingga tidak ada tempat lagi di bawah naungan Islam bagi sistem kekuasaan Firaunisme, atau sistem monopoli kekayaan Qarunisme, tidak pula bagi sistem yang memberikan kedaulatan kepada warga negara secara bebas tanpa batasan. 


Melalui ajaran Al-Quran dan Sunnah, manusia dapat memahami tanpa kesulitan bahawa sesungguhnya kemerdekaan itu benar-benar dijunjung tinggi dan bahawa hak-hak kemanusiaan itu terjaga. Akal manusia semestinya berfikir tanpa kongkongan dan tuntutan fitrah selalu dipenuhi tanpa perasaan berat. 


Ini sebagai penjelasan kepada manusia tentang apa yang akan kita dakwahkan, kerana masih banyak orang yang tidak mengenal Islam melainkan terbatas kepada amalan ritual dan 'ceremonial' (upacara) semata-mata. Jika ianya telah dilaksanakan, maka mereka akan merasa puas dan rela dan mengira bahawa telah sempurna perlaksanaan ajaran Islam. Inilah pemahaman yang berlaku di kalangan segolongan umat Islam. Ada juga orang yang tidak melihat Islam kecuali daripada sudut akhlak dan kerohanian, atau daripada aspek falsafah pemikiran dan ruh, dengan menjauhi diri daripada 'kekotoran-kekotoran' material yang 'mencelakakan'. Sebahagian lagi ada yang tertarik dan kagum kepada Islam daripada segi nilai-nilai fakta dan ilmiah yang terkandung di dalamnya, tetapi tidak mahu melihat pada segi yang lainnya. Sebahagian lagi ada yang memandang Islam hanya daripada sisi akidah dan amal perbuatan yang sudah menjadi tradisi yang terputus daripada perkembangan zaman. Mereka merasa puas dengan kefahaman seperti itu dan kebanyakan golongan ini terdidik dengan didikan asing. Mereka tidak memiliki kesempatan untuk mempelajari dengan baik hakikat ajaran Islam, sehingga mereka tidak mengenal Islam yang sebenarnya. Atau mengetahui tetapi daripada gambaran yang tidak asli, yang dipengaruhi oleh orang-orang yang tidak prihatin dalam menampilksn Islam. 


Pemahaman Kita Terhadap Dakwah


Adapun kefahaman kita terhadap dakwah yang kita sampaikan di hadapan manusia adalah bahawa sesungguhnya Islam mengatur seluruh kehidupan ini dan Islam selalu memberi jawaban terhadap semua persoalan. Islam juga meletakkan untuk kehidupan ini satu sistem yang kuat dan terperinci. Islam tidak berpangku tangan (membiarkan) permasalahan kehidupan ini tanpa memberikan jalan keluar dan aturan-aturan yang sangat diperlukan oleh umat manusia, Islam bukanlah terbatas pada bentuk-bentuk peribadatan atau beberapa aspek keruhanian, sebagaimana difahami oleh sebahagian orang. Akan tetapi kita memahami bahawa Islam mengatur urusan dunia dan akhirat. Maka tugas kita adalah memimpin dunia dan memberi pengarahan kepada manusia seluruhnya untuk melaksanakan sistem Islam yang baik dan ajarannya, yang dengan selain ajaran Islam, manusia tidak mungkin memperolehi kebahagiaan. 


Sekiranya anda inginkan keterangan tambahan dan bukti tentang apa yang telah diutarakan, silakan melihat keadaan bangsa Arab sebelum Islam dan selepasnya. 

Rujukan: Fiqh Dakwah, Jumaah Amin Abdul Aziz 

Sumber:  http://tarbiyahpewaris.blogspot.com

Thursday, January 10, 2013

Keruntuhan Nilai Kemanusiaan Barat, Kembalilah Kepada Nilai Islam

Tuesday, December 15, 2009
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah Saw., kepada keluarga, dan para sahabatnya.

Allah Swt berfirman,

“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam (manusia), Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik. Dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (QS. Al-Isra': 70).

Dalam rangka mentaati perintah Allah untuk berjalan di muka bumi dan mengambil pelajaran darinya, maka kita dapat mengamati bahawa keadaan kemanusiaan di abad 21 ini sangat memprihatinkan. Sehingga kerosakan terjadi di darat dan lautan, kerana perbuatan tangan manusia.

Perbezaan berakhir dengan penyiksaan, bahkan pembunuhan. Senjata menjadi bahasa dialog antara manusia. Ini semua mengganti nilai-nilai Islami yang Allah serukan, seperti ta‘âruf (saling mengenal), ta‘âwun (tolong-menolong), hidup bersama, sebagaimana firman-Nya,

“Wahai sekalian manusia, sungguh Kami telah menciptakan kalian dari jenis laki-laki dan perempuan dan menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kalian saling mengenal satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kalian." (QS. Al-Hujurat: 13).

Saat ini, kemanusiaan juga telah jauh dari fitrah yang Allah tetapkan. Nilai telah hilang, sehingga manusia tidak lagi memuliakan manusia lainnya.

Maksud dari "kemanusiaan" di sini adalah, kaedah dasar interaksi antara sesama manusia yang Allah tetapkan, untuk menjalankan tujuan penciptaan manusia, iaitu sebagai khalifah Allah di muka dunia; menegakkan syariat Islam dan memakmurkan dunia yang merealisasikan tujuan agung ketuhanan...

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di atas muka bumi..." (QS. Al-Baqarah: 30).

Oleh kerana itu, manusia memiliki kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam. Syariat Islam hadir untuk menjaga kemanusiaan; menjamin hak-haknya, memperbaiki keadaan hidupnya, dan memudahkan segala urusannya di dunia. Untuk itu, Allah Swt. menundukkan segala sesuatu untuk manusia, sebagaimana firman-Nya,

“Dan Allah telah menundukkan bagi kalian malam dan siang, matahari, bulan, dan bintang dengan titah-Nya. Sesungguhnya pada semua itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami. (QS. An-Nahl: 12).

Selain itu, Islam juga mengandung Maqâshid Al-Syarî‘ah (tujuan-tujuan utama Syariat) untuk menjaga agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta, demi menjaga kehidupan dan kemuliaan manusia.

Di antara bentuk pemuliaan Allah terhadap manusia juga adalah, Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling sempurna, sebagaimana firmannya,

"Sungguh kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling sempurna." (QS. Al-Tin: 4).

Bahkan Allah mengaitkan manusia dengan Dzat-Nya Yang Maha Tinggi, sebagaimana firman-Nya,

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah. Dan apabila Aku telah menciptakannya dan meniupkan ruh milik-Ku ke jasadnya, maka sujudlah kalian kepadanya'. Kemudian seluruh malaikat sujud padanya. Kecuali Iblis, ia berlaku sombong dan ia tergolong kaum yang kafir." (QS. Shad: 71-74).

Dari dasar Islam yang sangat memuliakan manusia ini, maka lahirlah sebuah nilai yang tinggi, iaitu seluruh manusia sama dalam syariat, kerana seluruh manusia berasal dari keturunan yang sama, iaitu dari Adam dan Hawa. Allah Swt. berfirman,

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakanmu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak... (QS. Al-Nisa: 1).

Nilai-nilai Apa yang Mereka Serukan?

Itulah nilai-nilai Islam yang pernah menguasai dunia lebih dari seribu tahun. Pada masa di mana Khilafah Islamiyah menjadi satu-satunya kiblat dunia dalam ilmu, akhlak, syariat, dan pola fikir. Sedangkan Barat pada masa itu masih menjalani kehidupan terbelakang dan menerapkan hukum rimba.

Ketika memasuki zaman Renaissance di Eropah pada abad pertengahan, Barat mulai mempelajari peradaban Islam, baik secara ilmu mahupun pemikiran. Saat itu, orang-orang mengira bahawa dunia akan menuju kedamaian dan saling tolong-menolong. Mensinergikan ruh dan akal. Akan tetapi, ternyata yang lahir dari "peradaban" Barat justeru peraturan yang bertentangan dengan fitrah manusia. Bahkan bertentangan dengan nilai yang Allah tetapkan.

Di antara nilai peradaban Barat yang bertentangan dengan fitrah itu adalah, menjadikan keuntungan kebendaan sebagai dasar dan satu-satunya timbangan menghukumi segala sesuatu. Sehingga tersebarlah keburukan. Seluruh saranan dibolehkan untuk merealisasikan keuntungan kebendaan bagi manusia.

Logik kebendaan materialistik itulah yang menjadi sandaran perkembangan penjajahan Eropah dan Amerika selama 6 abad terakhir. Mereka menghalalkan merampas kekayaan "masyarakat terbelakang". Bahkan, mereka menjual masyarakat itu sendiri di pasar perbudakan. Ratusan juta jiwa yang Allah muliakan dipaksa bekerja di pertanian dan perindustrian "peradaban Barat."

Peperangan pun semakin bermaharajalela. Negara-negara non-Barat semakin terbelakang setelah beberapa abad imperialisme Barat. Muncullah masyarakat dan negara yang tidak mengetahui makna kedamaian. Tidak tahu jalan menuju peradaban. Semua ini setelah mereka dipaksa tunduk pada Barat, untuk menjadi pasar tempat menjual hasil-hasil perindustrian dan pertanian Barat, dan untuk menggerakkan pertukaran wang raksasa yang dibangun Yahudi pada abad ke-XVII di AS, dan untuk menjaga dari tersekatnya bahan mentah bagi negara-negara Barat.

Kekuasaan nilai kebendaan, pragmatisme, menjauhkan manusia dari agama Allah, semua ini berperanan besar dalam mengukuhkan penjajahan, yang mengembalikan manusia ke zaman hukum rimba dan perbudakan. Sedangkan istilah-istilah seperti persaudaraan manusia dan tolong-menolong, sangat jauh dari kamus interaksi antara manusia.
Lumpur semakin menghitam dan kebakaran semakin berkobar, ketika pelbagai kepentingan Barat dengan kapitalismenya bertemu dengan kepentingan dan ketamakan projek Zionisme di Dunia Islam. Pertumpahan darah semakin merata di muka bumi. Foto-foto para pelarian dan orang-orang terlantar mendominasi berita tentang umat kita, akibat kecongkakan global serta kediktatoran dan kerosakan dalaman umat.

Kemanusiaan Perlu Penyelamat

Kini, kemanusiaan di bawah kepemimpinan Barat atas dunia sangat memprihatinkan. Aliran darah, kemiskinan, dan kelaparan melebar ke seluruh penjuru dunia akibat nilai pragmatis yang berdasarkan kepentingan kebendaan. Kemanusiaan memerlukan konsep yang mampu menyelamatkannya, menjaga kehidupan, harta, dan menyelamatkan kehormatan yang masih tersisa.

Konsep penyelamat kemanusiaan ada pada Islam. Tidak ada agama yang sangat menjunjung tinggi kemanusiaan selain Islam. Bukan sekadar kata, slogan, atau cita-cita semata, melainkan telah terbukti dalam sejarah. Pengalaman dari sebuah negara terbesar sepanjang sejarah.

Dalam akidah Islam, Rasulullah telah meletakan batu asas persaudaran, persamaan, dan keadilan, sehingga baginda bersabda:

"Wahai sekalian manusia, ingatlah sesungguhnya Tuhan kalian adalah satu dan bapak kalian adalah satu. Sungguh tidak ada keutamaan Arab atas non-Arab, non-Arab atas Arab, kulit merah atas hitam, dan kulit hitam atas merah, kecuali dengan ketakwaan.” (HR. Ahmad).

Dalam khutbah Haji Widâ‘, Rasulullah meletakkan dasar interaksi sesama manusia yang sangat tinggi, iaitu memuliakan manusia dan apa yang ia miliki. Rasul bersabda,

"Wahai sekalian manusia, dengarlah ucapanku. Sungguh aku tak tahu, boleh jadi aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian di tahun-tahun mendatang. Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa harta dan darah kalian adalah haram (suci) hingga kalian bertemu Allah, sebagaimana sucinya hari kalian ini, sucinya bulan kalian ini." (HR. Ibnu Ishaq).

Islam juga merupakan agama akhlak dan nilai yang menjaga kemanusiaan. Rasul bersabda,

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemulian akhlak..." Inilah nabi kita, dan inilah agama kita.

Bukti sejarah Islam sebagai penyelamat manusia ini tidak hanya pada masa Rasul, tapi juga setelahnya, kerana Islam merupakan madrasah Rabbani yang membentuk generasi.

Inilah Umar bin Khattab, murid dari madrasah an-nubuwwah. Pada suatu hari, Umar melihat seorang warga tua sedang meminta sedekah di pasar yang ramai. Umar bertanya padanya, "Siapakah Anda wahai orang tua?" Orang tua tersebut adalah seorang Yahudi dari Madinah. Ia menjawab, "Saya seorang yang telah terlalu tua. Saya memerlukan jizyah (pajak) dan nafkah." Maka Umar menjawab, “Sungguh kami tidak berlaku adil padamu wahai orang tua. Kami mengambil jizyah darimu di masa muda dan membiarkan dirimu terlunta-lunta di masa tua.”

Lalu Umar membawa orang tua tersebut ke rumahnya, kemudian menghidangnya makanan. Setelah itu Umar mengutus seseorang menuju ke Baitul Mal dan berkata, “Berikanlah orang tua ini dan orang-orang sepertinya keperluan yang memenuhi keperluan dirinya dan keluarganya.”

Dari kisah di atas, Umar r.a. menunjukkan bahawa Islam adalah rahmat dan keadilan bagi pemimpin mahupun rakyat. Masih banyak kisah lainnya yang serupa. Inilah agama Islam yang mana pihak yang membencinya dikesankan dengan kejam dan kesan negatif lainnya. Sedangkan apa yang terjadi pada anak-anak Gaza, Palestina, Irak, Afghanistan, dan lainnya dianggap sebagai "kasih sayang" hukum antarabangsa”.

Wahai Kaum Muslimin Dimanapun Anda Berada

Sungguh amanah yang Anda pikul sangat berat. Setiap kita dituntut untuk optimamkan usaha sesuai posisinya, baik da’ie, politikus, ulama, wartawan, mahasiswa, pengusaha, petani, dan lainnya.

Hendaklah setiap kita melihat kembali situasi sekitarnya. Hendaklah kembali ke agama yang benar. Mengembalikan nilai-nilai Islam sebagaimana Allah turunkan. Rambu-rambu kehidupan yang komprehensif. Bukan hanya akidah, ibadah, dan muamalat saja, akan tetapi seluruh sisi kehidupan manusia. Maka terapkanlah ajaran Islam secara kaffah.

Wahai sekalian manusia... berimanlah kepada Allah, Rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan Hari Akhir. Perbaikilah hubungan sesama manusia. Wahai sekalian anak-anak, perbaikilah hubungan dengan orang tua, keluarga, dan kerabat dekat. Kerana sesungguhnya memperbaiki hubungan sesama manusia adalah ibadah yang agung dan sangat mulia.

Tunaikanlah amanah-amanah secara adil...

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat". (QS. An-Nisa': 58).

Bersungguh-sungguhlah dalam kerja kalian. Rasulullah bersabda,)
"Sesungguhnya Allah mencintai seseorang hamba yang bersungguh-sungguh dalam berkerja.”

Islam tidak hanya memperbaiki umat Islam saja, akan tetapi juga menyelamatkan kemanusiaan secara utuh.

Wahai hamba-hamba Allah, renungkanlah firmah-Nya,

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan melarang dari perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (QS. Al-Shad: 150)

Risalah dari Dr. Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin
10/12/2009 | 22 ZulHijjah 1430 H

Sumber: http://tarbiyahpewaris.blogspot.com

Wednesday, January 9, 2013

5 NASEHAT dan 7 WASIAT


Seorang syaikh memberikan NASIHAT kepada muridnya yang akan pergi jauh :

1) Janganlah engkau gantungkan HATI-mu kepada DUNIA kerana sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala tidak menjadikan dunia ini sebagai tempaat tinggalmu (yang sebenarnya).

2) Jadikan CINTAmu kepada Allah sebab tempat KEMBALImu adalah kepada-Nya.

3) Bersungguh-sungguhlah engkau mendapatkan SYURGA, karena segala sesuatunya tidak akan didapat kecuali dengan KESUNGGUHAN.

4) Putuskan HARAPAN dari MAKHLUK karena sesungguhnya mereka itu SEDIKITPUN tidak ada KUASA di tangan mereka.

5) Rajinlah mengerjakan sholat TAHAJUD karena sesungguhnya PERTOLONGAN itu beserta QIYAMULLAIL (sholat malam)l.

Dan syaikh tadi juga memberikan wasiat yang akan membuatnya takut kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yaitu :

1) Orang yang BANYAK BICARAnya janganlah kamu harapkan sangat KESADARAN HATInya.

2) Orang yang BANYAK MAKAN janganlah kamu harapkan sangat KATA-KATA HIKMAT darinya.

3) Orang yang BANYAK BERGAUL dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat KEMANISAN IBADAHnya.

4) Orang yang CINTA kepada DUNIA janganlah kamu harapkan sangat KHUSNUL KHATIMAHnya.

5) Orang yang BODOH janganlah kamu harapkan sangat akan HIDUP HATInya.

6) Orang yang memilih BERKAWAN dengan orang yang ZHALIM janganlah kamu harapkan sangat KELURUSAN AGAMANYA.

7) Orang yang mencari KERIDHOAN MANUSIA janganlah harapkan sangat akan KERIDHOAN ALLAH daripadanya." 
Sumber: Laman fb Kata-Kata Hikmat.

Tuesday, January 8, 2013

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?



Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau

” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Kesimpulan yang dapat saya ringkaskan ialah:
1)Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..
2)Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye rambut.mashallah
3) Niat mesti semasa air sampai ke anggota badan.


Sumber: Laman fb