Friday, May 16, 2008
Ke
mana kita mendakwahi manusia? Adalah satu pertanyaan yang selalu
terdetik di benak seorang da'i (pendakwah) Muslim. Pertanyaan ini tidak
memerlukan jawaban, kerana hakikatnya sudah terlalu jelas, bahkan lebih
jelas daripada matahari ketika panas terik. Apakah ada seorang Muslim
yang tidak mengetahui ke arah manakah sebenarnya dia berdakwah kepada
manusia?
Jawabannya,
pada asalnya, nampak mudah dan jelas, selagi mana istilah-istilahnya
jelas serta tujuan dan sarana-sarananya juga jelas. Tetapi kenyataannya
tidak sedemikian, kerana dengan banyaknya persepsi mengenai Islam - yang
disebabkan oleh jauhnya manusia daripada pengetahuan Islam yang benar -
menyebabkan banyaknya jawaban dan telah menjadi punca perselisihan yang
nyata.
Memang
benar, bahawa mungkin secara umum, jawabannya adalah satu, kerana kita
semuanya mengajak kepada Islam yang hanif (lurus). Akan tetapi, lambat
laun, jika permasalahan tersebut mulai dibahas secara mendalam dan
diuraikan secara lebih terperinci, titik perbezaan itu akan mula nampak
dan perselisihan akan makin membesar, seperti perbezaan antara malam dan
siang. Dari sinilah bermulanya langkah mencari jawaban bagi seorang
da'i. Sebelum melangkah untuk berjalan menuju ke satu tempat, pertanyaan
tersebut perlu dikemukakan kepada dirinya dahulu. Tasawwur (konsep),
tujuannya dan selok belok perjalanannya perlu ditentukan dan diketahui
dengan jelas. Sarana-sarana yang diperlukan perlu dipersiapkan. Kerana
orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mungkin dapat memberikan
sesuatu.
Pertamanya,
kita mendakwahi manusia untuk melaksanakan agama Allah Subha Nahu Wa
Ta’ala, iaitu Islam. Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman;
"Barangsiapa
yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan
diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk
orang-orang yang rugi." [Al-Imran: 85]
Ayat
di atas menyeru agar kita menjadikan Islam sebagai pedoman hidup secara
menyeluruh, menyerahkan segala persoalan yang kecil maupun besar kepada
Allah Subha Nahu Wa Ta’ala.
Hendaknya kita fahami Islam itu secara utuh dan menyeluruh, sebagai
agama dan kedaulatan, akidah dan syariah, sistem moral dan kepimpinan,
jihad dan ibadah, dunia dan akhirat, dengan segala yang terkandung di
dalam Kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam. Iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala
larangan, sedar dalam menghadapi ketentuan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala,
sedia mengikuti jejak dan langkahnya, sedia berjalan di atas manhajnya,
berittiba' (mengikut) bukan membuat bid'ah, selalu mengembalikan segala
urusan kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, dan berciri khas dengan
risalahnya, untuk merealisasikan firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;
"Maka
kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah
(beristiqamahlah) sebagaimana diperintahkan kepadaKu dan janganlah
mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua
Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di
antara kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu.
Tidak ada perselisihan antara kami dan kamu. Allah mengumpulkan antara
kita dan kepadaNyalah kembali (kita)." [Asy-Syura: 15]
Mengikut Bukan Membuat Yang Baru
Kita di dalam berdakwah, selalu berusaha untuk meneladani Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang membawa rahmat dan hidayah.
Kita ingin mengeluarkan manusia daripada kegelapan-kegelapan (syirik)
menuju cahaya iman atas izin RabbNya, daripada kekufuran menuju
keimanan, daripada kesesatan menuju petunjuk, daripada kebatilan yang
gelap-gelita menuju kebenaran yang terang-benderang, daripada maksiat
menuju taat, dan daripada jalan hidup yang berbeza-beza menuju Allah
Subha Nahu Wa Ta’ala yang satu dan lurus. Kita selalu melaungkan apa
yang dikatakan oleh Rabi' bin Amir ra. kepada Rustam (panglima Parsi).
"Sesungguhnya
Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa sahaja yang Dia
kehendaki, dari penghambaan sesama manusia menuju penghambaan kepada
Allah semata-mata, dari penyelewengan agama-agama yang ada menuju
keadilan Islam, dan dari sempitnya dunia menuju keluasan dunia dan
akhirat."
Tidak diragukan bahawa agama kita adalah agama tauhid yang murni, maka kita mengajak manusia untuk meyakini kalimat "Laa ilaaha illallah Muhammadan Rasulullah"
yang memuatkan nilai-nilai yang sangat berharga, yang diperjuangkan
oleh para sahabat Radiallahu 'anhum untuk disampaikan kepada manusia
bahawa kalimat syahadah itulah yang melepaskan mereka dari berbagai
bentuk paganisme jahiliyah, baik di bidang agama maupun sosial. Sehingga
tidak ada tempat lagi di bawah naungan Islam bagi sistem kekuasaan
Firaunisme, atau sistem monopoli kekayaan Qarunisme, tidak pula bagi
sistem yang memberikan kedaulatan kepada warga negara secara bebas tanpa
batasan.
Melalui
ajaran Al-Quran dan Sunnah, manusia dapat memahami tanpa kesulitan
bahawa sesungguhnya kemerdekaan itu benar-benar dijunjung tinggi dan
bahawa hak-hak kemanusiaan itu terjaga. Akal manusia semestinya berfikir
tanpa kongkongan dan tuntutan fitrah selalu dipenuhi tanpa perasaan
berat.
Ini
sebagai penjelasan kepada manusia tentang apa yang akan kita dakwahkan,
kerana masih banyak orang yang tidak mengenal Islam melainkan terbatas
kepada amalan ritual dan 'ceremonial' (upacara) semata-mata. Jika ianya
telah dilaksanakan, maka mereka akan merasa puas dan rela dan mengira
bahawa telah sempurna perlaksanaan ajaran Islam. Inilah pemahaman yang
berlaku di kalangan segolongan umat Islam. Ada juga orang yang tidak
melihat Islam kecuali daripada sudut akhlak dan kerohanian, atau
daripada aspek falsafah pemikiran dan ruh, dengan menjauhi diri daripada
'kekotoran-kekotoran' material yang 'mencelakakan'. Sebahagian lagi ada
yang tertarik dan kagum kepada Islam daripada segi nilai-nilai fakta
dan ilmiah yang terkandung di dalamnya, tetapi tidak mahu melihat pada
segi yang lainnya. Sebahagian lagi ada yang memandang Islam hanya
daripada sisi akidah dan amal perbuatan yang sudah menjadi tradisi yang
terputus daripada perkembangan zaman. Mereka merasa puas dengan
kefahaman seperti itu dan kebanyakan golongan ini terdidik dengan
didikan asing. Mereka tidak memiliki kesempatan untuk mempelajari dengan
baik hakikat ajaran Islam, sehingga mereka tidak mengenal Islam yang
sebenarnya. Atau mengetahui tetapi daripada gambaran yang tidak asli,
yang dipengaruhi oleh orang-orang yang tidak prihatin dalam menampilksn
Islam.
Pemahaman Kita Terhadap Dakwah
Adapun
kefahaman kita terhadap dakwah yang kita sampaikan di hadapan manusia
adalah bahawa sesungguhnya Islam mengatur seluruh kehidupan ini dan
Islam selalu memberi jawaban terhadap semua persoalan. Islam juga
meletakkan untuk kehidupan ini satu sistem yang kuat dan terperinci.
Islam tidak berpangku tangan (membiarkan) permasalahan kehidupan ini
tanpa memberikan jalan keluar dan aturan-aturan yang sangat diperlukan
oleh umat manusia, Islam bukanlah terbatas pada bentuk-bentuk
peribadatan atau beberapa aspek keruhanian, sebagaimana difahami oleh
sebahagian orang. Akan tetapi kita memahami bahawa Islam mengatur urusan
dunia dan akhirat. Maka tugas kita adalah memimpin dunia dan memberi
pengarahan kepada manusia seluruhnya untuk melaksanakan sistem Islam
yang baik dan ajarannya, yang dengan selain ajaran Islam, manusia tidak
mungkin memperolehi kebahagiaan.
Sekiranya
anda inginkan keterangan tambahan dan bukti tentang apa yang telah
diutarakan, silakan melihat keadaan bangsa Arab sebelum Islam dan
selepasnya.
Sumber: http://tarbiyahpewaris.blogspot.com
No comments:
Post a Comment