Pages

Monday, June 11, 2012

Pidato KOMPAS




Wahai saudara, wahai umat Muhammad, bangsa yang tidak kenal sejarah, pasti tidak dapat mencipta masa depan yang cerah. Dan ketahuilah wahai bangsaku, yang membangunkan Islam, yang mempertahankan Islam adalah nenek moyangmu. Bangsa Melayu! B...angsa Melayu menjadi mulia, bangsa Melayu menjadi hebat kerana ISLAM! Nahunu Qaumun A'azzanallhu bil Islam. Bukannya kita mengangkat bangsa mengatasi agama, bukan!..Tetapi kita menggunakan kekuatan bangsa untuk mendaulatkan agama! Bangun wahai Melayu bangun! Di bumi Nusantara ini, di Tanah Melayu ini,kamu yang perlu memimpin untuk mendaulatkan Islam! Syaukah, berada dibahumu! Tanggungjawab berada dipundakmu! Bangun wahai Melayu bangun!Walau rumput sudah bercambah, dahan kayu bercabang juga. Walau laut sudah terbakar, sampan Melayu belayar juga. Walaupun rumput mati terlapah, uratnya tidak mahu tenggelam. Walaupun laut menjadi darah, semangat Melayu tidak akan padam! Takbir! Biar kita berlainan parti, tetapi kita bersatu hati. Biar kita berbeza persatuan, tetapi kita tetap satu kesatuan. Kita memiliki Allah yang satu, Al-Quran yang satu, aqidah yang satu, qiblat yang satu. Mengapa kita tidak mampu untuk bersatu! Dan kesatuan kita akan terus menerus, berterusan melimpahkan rahmat kepada seluruh umat Islam.Dan masyarakat bukan Islam juga akan hidup aman sejahtera. Ingat, Melayu Sepakat Islam Berdaulat! Takkan Melayu Hilang di dunia. Takbir! Takbir! Takbir! Allahuakbar!- Saudara Badrul Sani

No comments:

Post a Comment