Tarbiyah
ialah proses yang memberi pengaruh dan kesan secara berterusan untuk
membentuk perubahan pada tingkah laku. Ia merupakan proses pembinaan
keimanan, emosi, akhlak, harokah untuk membina Super Muslim Robbaniy.
Dengan kata yang paling ringkas tarbiyah adalah proses merubah manusia
dari kognitif kepada tingkah laku kekal berdasarkan manhaj dan wasilah
tertentu untuk mencapai objektif pembinaan peribadi muslim yang
menjadi batu bata kepada binaan Islam.
Ya ..Tarbiyah untuk membina Super Muslim Robbani
Bagaiman Peribadi Super Muslim Robbaniy ?
Super Muslim Robbaniy itu ialah :
- Manusia yang benar dan ikhlas kepada Allah dalam segala tindakannya.
- Manusia yang dekat dan tunduk serta khusyuk kepada Allah.
- Manusia yang sentiasa beribadah dan banyak berzikir mengingati Allah
- Manusia yang zuhud di dunia dan mencari segala apa yang mendapat keredhaan Allah.
- Manusia da’ie [pendakwah] yang menyeru ke jalan Alllah dan berusaha memenangkan agama Allah.
Di mana titik kejayaan tarbiyah ?
Titik kejayaan tarbiyah apabila berlaku
perubahan kepada individu kepada satu perubahan yang positif dan
beransur-ansur sehingga menjadikan individu tadi seorang yang
bersungguh-sungguh berada di atas jalan menuju Allah, dia bergerak atas
sifat zatiahnya [memiliki jatidiri] untuk melalui jalan orang-orang yang
Robbaniy . Manakala jamaah berperanan sebagai lingkungan yang membantu
dan menyokong kepada mencapai objektif tersebut. Maka akan lahirlah
Super Muslim Robbaniy .
Apakah Indikator paling penting kejayaan tarbiyah ?
Indikator kejayaan tarbiyah apabila berjaya mencapai atau membentuk sifat ‘ZATIAH’ atau ‘KESEDARAN KENDIRI’
di dalam peribadi mutarobbi. Sifat ‘Zatiah’ atau ‘Kesedaran Kendiri’
yang menjadikan individu tadi berusaha mengejar segala yang bernilai di
sisi Allah dan mencari habuan akhirat. Itulah ciri Super Muslim Robbaniy
yang kita inginkan.
Sifat ‘Zatiah’ inilah terbina pada
peribadi super seperti sahabat nabi yang bernama Harithah. Harithah
ketika beliau ditanya oleh Rasulullah SAW : Bagaimana kamu pagi ini ?
Jawab Harithah : “ aku pagi ini di dalam keadaan menjadi seorang mukmin
yang sebenarnya. Kemudian nabi memberikan respon : “setiap kata-kata ada
hakikatnya, maka apakah hakikat iman kamu ?”. Jawan Harithah : “
Jiwaku berlepas dari mainan dunia , lalu aku merasa kehausan di siang
hari , berjaga di waktu malam seolah-olah aku berada nyata di bawah
arasyh Allah , dan seolah-olah juga aku menjadi penghuni syurga yang
merasai kelazatan nikmatnya di dalam syurga , dan juga merasa
seolaha-olah aku adalah penghuni neraka yang merasai azabnya. Jawab
baginda SAW : “kamu telah merasainya, maka beriltizamlah kerana
seorang mukmin itu ialah apabila Allah telah menerangi hatinya..”
Sifat Zatiah ini akan menjadikan peribadi
mutarobbi tadi menjadi super da’ie yang proaktif dan dinamik, beramal
dan berdakwah tanpa perlu menunggu taujih dari murobbi. Dia bingkas,
tangkas dan pantas melaksanakan tugas dakwah, memikul risalah hasil dari
kesedaran dalaman yang tinggi semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Kuasa dorongannya adalah iman yang bertindak sebagai motor. Kuasa
dalaman ini bergerak atas dorongan meraih habuan akhirat..berjalan
menuju ke syurga Allah.
Kalau begitu..bagaimana mencapai perkara tersebut ?
Usaha Murobbi yang
bersungguh-sungguh. Sejauh mana kemampuan murobbi membina sifat hubbul
intima’ [rasa dan minat intima’] di dalam jiwa mutarobbi terutama di
peringkat awal tarbiyah khususnya kepada para pemuda. Kejayaan tarbiyah
apabila berjaya menanam sifat hubbul intima’ yang tinggi kepada mereka.
Penilaian kejayaan bukan diukur pada penglibatan atau aktivisme mereka
semata-mata. Penilaian perlu diukur sejauh mana akh tadi berjaya
ditingkatkan kualiti hubungannya dengan Allah, sejauh mana tercapai muwasofat
peribadi robbaniy pada dirinya?.
Apa masalah kita di dalam tarbiyah ?
Masalah kita di dalam tarbiyah berkisar pada dua perkara ini .
- Kita terlalu menekankan aspek pengurusan, teknikal dan formaliti. Kita lupa menekankan aspek terpenting dan bersifat asasi untuk mencapai objektif pembinaan atau tarbiyah iaitu perubahan positif di dalam peribadi dan tingkah laku mutarobbi seheringga terbina peribadi robbaniy yang memiliki zatiah da’iyah. Kejayaan tarbiyah apabila kita berjaya memperkukahkan asas ini, membajai prinsip ini, berpegang kepada matlamat tarbiyah dan risalah dakwah.
- Bercampur aduk di dalam memahami dua perkara iaitu matlamat dan wasilah tarbiyah. Sebahagian murobbi menyangka bahawa tarbiyah akan sempurna bila dia melaksanakan semua aktiviti atau acara tarbiyah lalu dia lupa untuk memahami bahawa wasilah adalah wahana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu membina “Peribadi Robbani’.
Setiap Murobbi perlu faham tujuan
tarbiyah dan wasilah tarbiyah. Di dalam tafkir murobbi tidak boleh
terpisah antara matlamat dan wasilah. Ketidakfahaman ini akan
menggagalkan proses tarbiyah bagi mencapai objektif terpenting tarbiyah
iaitu perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku adalah bertujuan
untuk kita membina Super Muslim Robbaniy dan Super Da’ie Mutaharrik.
Sumber: maalimfitariq.wordpress.com/2012/06/07/abcd-tarbiyah
Sumber: maalimfitariq.wordpress.com/2012/06/07/abcd-tarbiyah
No comments:
Post a Comment