Masjid al Aqsa
Soalan asas pertama :
Masih ada yang bertanya, kenapa Masjid al Aqsa tidak terkena serangan bom Israel ketika Gaza diserang?
Jawapannya : Masjid al Aqsa terletak di Baitul Maqdis IJerusalem),
Tebing Barat (West Bank) yang bersebelahan dengan Jordan. Manakala
wilayah Gaza terletak berjiranan dengan Mesir.
Soalan asas ke 2 :
Yang mana satu Masjid al Aqsa, yang berkubah emas atau atau yang berkubah hijau tua.
Jawapannya :...........baca di sini
Fakta asas Masjid al Aqsa...
Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid yang ke 2
dibangunkan di muka bumi dan merupakan masjid yang ke 3 mulia di sisi
Allah swt.
Namun begitu, dari masa ke semasa kita dapati masih
ramai di kalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta
asas mengenai Masjid al Aqsa yang mulia ini. Fakta-fakta asas ini amat
penting untuk digarap bersama agar tidak membantutkan sebarang usaha
mulia dalam perjuangan yang besar, panjang dan berliku bagi mendapatkan kembali hak kita terhadap Masjid al Aqsa.
Masjid yang mempunyai kubah berwarna kuning keemasan ni ialah Masjid
Qubbah as Sahra' atau Dome of the Rock yang juga dipanggil sebagai
Masjid Kubah Batu (Bahasa Malaysia) . Ia juga kadang-kalanya dipanggil
sebagai Masjid an Nisaa (Masjid Wanita) kerana kerap digunakan oleh para
jamaah wanita di zaman sekarang. Bangunan masjid ini telah dibina oleh
Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pada tahun 69-75 Hijrah dan masjid ini
adalah SEBAHAGIAN daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.
Masjid
yang berkubah hijau tua itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid
Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) miski
pun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al
Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah sebahagian daripada keseluruhan
Masjid al Aqsa.
Masjid al Aqsa (Haram as Syarif) adalah
keseluruhan kawasan masjid yang dikelilingi oleh kawasan tembok yg
dibina (diwarnakan dengan lakaran garisan warna hitam) yang turut
melingkupi Masjid Qubbah as Sahra', Masjid Qibli, Masjid Umar, Musolla
Marwani dan lain-lain. Sehinggakan kawasan yang diduduki oleh pepohon
zaiton itu juga dikira sebagai sebahagian daripada Masjid al Aqsa.
Sekiranya anda merasakan bahawa fakta asas ini penting untuk memahamkan
rakan-rakan atau saudara anda tentang fakta sebenar mengenai Masjid al
Aqsa, sila 'SHARE' (kongsikan) bersama mereka.
Mari kita
fokuskan pemikiran, usaha dan doa agar kita semua dipilih oleh Allah swt
sebagai hamba-hambaNya yang istimewa sebagaimana diberikan kepada
generasi terdahulu yang mengiringi Umar al Khattab dan Solahuddin
al-Ayyubi yang telah berjaya membebaskan Bumi Suci umat Islam ini.
No comments:
Post a Comment