Pages

Sunday, March 16, 2014

NEGARA TIDAK MEMERLUKAN PROGRAM HEDONISME MELAMPAU


 
Tragedi terbaru melibatkan kematian 6 orang remaja Islam dan Bukan Islam akibat penyalahgunaan dadah dan minuman keras dalam penganjuran konsert/festival menyerlahkan betapa kerajaan perlu bertegas untuk tidak lagi membenarkan konsert2 seumpama ini diadakan. Sudah menjadi rahsia umum, sebarang penganjuran konsert pastinya tidak terlepas daripada unsur2 negatif dan penyimpangan akhlak seperti dadah, minuman keras dan seks bebas.

Justeru, kerajaan seharusnya menghalang sebarang bentuk program yg boleh mendedahkan rakyat kepada kemudaratan yang lebih besar termasuklah penganjuran konsert2 yg hakikatnya tidak memberikan sebarang pulangan jangka panjang khususnya dalam membina negara bangsa.

Sebagai sebuah negara Islam yang berteraskan prinsip Wasatiyyah dan berpandukan suluhan Maqasid al-Syariah, kita tentunya tidak merelakan generasi muda yg merupakan aset negara masa depan dihancurkan dengan budaya hedonisme (hiburan/keseronokan melampau) hingga tercabut nilai agama, akal budi dan sahsiah akhlak yg menerasi kekuatan bangsa.

Pemeliharaan 5 asas Maqasid atau Maslahah termasuklah aqidah, jiwa, akal, keturunan dan harta menyerlahkan lagi tanggungjawab pemerintah dalam memastikan kebangunan negara yang seimbang bukan sahaja maju dari segi material tetapi juga modal insan yg berdaya saing berteraskan kekuatan agama dan akhlak.


 
Sumber: Fb DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

No comments:

Post a Comment