Pages

Saturday, March 15, 2014

Rohingya: Etnik yang telah dilupai

February 28, 2014 Berita Dunia Islam 0

rohinya

Bila mana manusia khususnya umat Islam ingin membicarakan tentang etnik Rohingya, mereka perlu ingat tentang kenyataan dari PBB yang mengatakan bahawa etnik Rohingya adalah kaum minoriti (4% sahaja di Myanmar), etnik yang paling terancam di dunia dan merupakan ‘perkara yang terakhir manusia akan pilih’. Sebelum itu, kita juga perlu tahu tentang asal-usul mereka dan apakah punca terbesar konflik yang berlaku sehingga hari ini. Para sejarawan telah menyatakan bahawa etnik Rohingya telah wujud di Burma atau lebih dikenali dengan Myanmar, sejak kurun 8 Masihi lagi. Ada yang mengatakan bahawa mereka ini memang berasal dari Rakhine, Burma dan ada juga yang mempertikaikan bahawa mereka berasal dari Bengal atau Bangladesh sekarang ini. Mereka mempunyai hubungan yang kuat dengan etnik Chittagong yang mana sekarang antara etnik terbesar muslim di Bangladesh yang juga mempunyai jumlah majoriti muslim pada hari ini. Yang lebih menarik lagi, mereka juga mempunyai hubungan yang kuat dengan Kesultanan Islam Bengal dahulu kala.

Pada Jun 2012, kalimah Rohingya menjadi perhatian media-media, surat-surat khabar terkemuka di dunia. Sedangkan konflik yang berlaku di tanah kelahiran Aung San Suu Kyi, ikon keamanan dunia, telah tercetus sejak tahun 70-an lagi. Ketika mana Junta Myanmar ingin menghalau mereka dan juga menyifatkan mereka sebagai raksasa yang buruk dan menaikkan semangat keagamaan di kalangan Agamawan Buddha untuk menghalau etnik ini. Selepas itu, pada tahun 1982, sekali lagi Junta Myanmar telah mencetuskan konflik, kerajaan telah membuat peraturan baru berkenaan kerakyatan, mereka perlu membuktikan bahawa mereka memang berasal dari Burma. Kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf mereka dari 135 etnik yang ada di Negara itu.

Namun penyebab yang mencetuskan konflik ini adalah samar-samar sehingga lah pada hari ini. Ada yang menyatakan bahawa ianya di sebabkan etnik Rakhine telah membunuh 10 lelaki di kalangan Rohingya setelah seorang perempuan Rakhine telah dirogol. Tetapi satu hakikat yang perlu dicermati bahawa etnik Rohingya telah dizalimi sejak 1947 lagi, apabila mereka menubuhkan satu gerakan jihad bagi membela nasib mereka dan menubuhkan negara muslim Arakan, tetapi gerakan ini mati kerana telah ditumbangkan oleh kuku besi Jeneral Ne Win.

Kemuncaknya ialah pada Julai 2012 Myanmar telah mengisytiharkan bahawa mereka ini adalah Muslim Bengal yang tidak ada negara dan tidak layak untuk mendapat kerakyatan Myanmar. Dan pada Oktober pada tahun yang sama telah dilaporkan gambar dari satelit telah menunjukkan bahawa penempatan Rohingya sedang dihancurkan oleh tentera. Anak- anak kecil dan wanita menjadi mangsa utama dalam konflik ini. Pelbagai organisasi Buddha telah menghalang bantuan kemanusiaan dari memasuki penempatan mereka. Ramai yang telah dibunuh, 1200 jiwa telah hilang tanpa dikesan, 100,000 jiwa telah dipindahkan. Setelah mereka tidak mempunyai alternatif lain mereka melarikan ke negara-negara lain. Dilaporkan di Malaysia sahaja mempunyai 28, 000 pelarian yang telah diterima dengan baik oleh kerajaan.

Manakala Bangladesh dan Thailand telah bertindak untuk menghalau mereka. Awal Februari baru-baru ini majalah TIME telah melaporkan bahawa 1,300 pelarian Rohingya telah dihalau kembali ke Myanmar. ASEAN juga telah berkali-kali telah mencuba untuk membuat dialog damai bersama kerajaan Myanmar tetapi sehingga usaha ini telah ditolak. Begitulah nasib saudara-saudara Rohingya ketika sehingga ke hari ini. Satu etnik Muslim yang telah dilupai seluruh dunia bahkan lagi memalukan lagi telah dilupakan oleh saudara-saudara Muslim mereka sendiri.

Disediakan oleh:
Anas Bin Bad Latif
Tahun 2, Usuluddin, Universiti Al Al-Bayt
Ketua Biro Dakwah Cawangan Mafraq ISMA Jordan
Rujukan :


Sumber:  http://www.ismaweb.net/v4/2014/02/rohingya-etnik-yang-telah-dilupai/

No comments:

Post a Comment