Malam ini tergerak di hati untuk saya membuka blog setelah sekian lama saya tinggalkan......mungkin sudah lebih satu tahun. Terasa agak kaku/kekok bila saya ingin menulis semula. Bukanlah untuk menulis sesuatu yang penting, cuma untuk melatih kembali kebolehan menaip, berfikir dan menggunakan blog.
Sebagai orang yang sudah bersara dan berumur 60 +, mengaktifkan kembali menulis sesuatu di blog mungkin boleh mengaktifkan kembali minda yang sudah agak kurang aktif setelah bersara setahun setengah.
Apabila telah memasuki usia tua, badan kita sudah tidak kuat sebagaimana kita muda-muda dulu. Sakit-sakit sendi dan lenguh badan sudah dirasai. Kadang-kadang kita terlupa yang kita sudah tua dan kita masih ingin melakukan kerja-kerja yang pernah kita buat dulu seperti cycling, memanjat pokok, joging dan sebagainya. Kita akan rasai sendiri yang tenaga kita sudah banyak berkurangan.
Walau bagaimanapun, saya masih bersyukur kerana Allah kurniakan diri saya masih dalam keadaan sihat. Yang sebenarnya saya telah menghidapi penyakit asthma sejak tahun 1985 dan saya menggunakan inhaler tiap-tiap hari sebagaimana yang sisarankan oleh dokter semenjak kembali dari tanah suci iaitu tahun 2007.
Cukup setakat ini latihan menulis saya hari ini..
.
Semalam, Hari Ini dan Esok
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Tuesday, August 1, 2017
Thursday, August 11, 2016
*SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI*
Semasa saya singgah di satu masjid untuk bersolat zohor, sebuah kereta Proton Saga tua juga masuk ke kawasan masjid, saya agak mungkin juga singgah nak bersolat zohor. Jam sudah menunjukkan pukul dua lebih. Pemandunya seorang tua berserban turun dan di tangannya saya lihat memegang sebuah pencebok air atau gayung. Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid, tekaan hati saya.
Ketika saya berwuduk di kolah masjid, dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan cobok air yg dibawanya untuk membasuh kaki. Saya menggunakan cebok yang telah tersedia. Cebok yg dibawanya diletak di tebing kolah dan dia naik ke masjid, lalu kami solat bersama.
Ketika menuruni tangga masjid, saya lihat dia terus ke keretanya. Saya
segera memperingatnya ceboknya yg tertinggal. Dia beralih senyum kepada
saya dan berkata, "Saya sengaja bawa cebok yang baru dibeli dan
ditinggalkan di masjid yg ada kolah, sebagai satu wakaf yang kecil yang
saya mampu, moga ia memanfaatkan. "Subhanallah! Saya pula yang terasa
malu, tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian. Dia
menyambung, "Di mana masjid saya singgah, yang ada kolah saya tinggalkan
sebuah cebok, bekal untuk mati, tak mampu nak sedekah yang lain."
Nak ajak pembaca semua mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini. Sebuah cebok yang ditinggal di kolah masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk, bayangkan ganjarannya. Berapa ringgit sangat sebuah cebok air. Bukan nanti ada duit beribu baru boleh berbuat baik, yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan, maka Allah dorongkan.
Bagi orang tua ini sebuah cebok air untuk masjid takkan sama dg ribuan ringgit yg disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia, tetapi pada sisi Allah ianya mungkin lebih besar dari itu. Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata manusia......
#Kisah yg disalin.....

Tuesday, February 16, 2016
AWAS FITNAH PERSENGKETAAN SESAMA SUNNI
"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar daripada Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar (mutasyaabihat) daripada Al-Quran untuk mencari fitnah (perbalahan dan kacau bilau) dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran."
Surah Ali Imran ayat ketujuh.
Contoh ayat "mutasyabihat" ialah ayat 54 Surah Al-A'raf, mengenai maksud sebenar "bersemayam di atas arasy".
1) Ayat ini jelas menggesa agar orang-orang yang beriman memberikan tumpuan kepada ayat-ayat "muhkamat" atau induk dalam al-Quran, untuk dihayati dan dilaksanakan. Ayat-ayat ini tiada perselisihan pendapat dalam memahaminya, maka ia menjadi noktah persepakatan dan perpaduan serta kekuatan bagi umat Islam.
2) Salah satu perangai orang yang ada penyakit dalam hatinya ialah suka bercakap tentang ayat-ayat "mutasyabihat" dan banyak memberi tumpuan pada perbezaan pendapat sesama umat Islam dalam memahami ayat-ayat tersebut. Tujuannya hanyalah untuk menimbulkan perbalahan dan persengketaan sesama umat Islam, yang merupakan salah satu perangai syaitan juga.
3) Sikap orang yang berilmu pengetahuan yang mendalam pula ialah beriman dan menerima seadanya ayat-ayat "mutasyabihat" itu. Mereka beriktikad bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui pengertian sebenar ayat-ayat "mutasyabihat" itu dan meyakini 100% bahawa tiada sesuatu (makhluk) yang menyerupai Allah. Mereka mendiamkan diri daripada berbincang tentang maksud sebenar di sebalik ayat-ayat "mutasyabihat" tersebut.
4) Jika diperhalusi betul-betul, tiada perbezaan pendapat antara Salaf dan Khalaf bahawa ayat-ayat "mutasyabihat" itu mesti "dipalingkan" maknanya daripada makna zahir, kerana Allah SWT itu Maha Suci tiada sesuatu yang menyerupai-Nya, ليس كمثله شيء . Salaf dan Khalaf sepakat dari sudut ini.
5) Selepas "memalingkan" daripada makna zahir, golongan Salaf berhenti setakat itu sahaja, tanpa cuba mencari-cari makna ganti bagi makna zahir yang telah "dipalingkan". Manakala golongan Khalaf pula mencarikan makna yang difikirkan sesuai selepas "memalingkan" ayat-ayat itu daripada makna zahirnya.
6) Kedua-dua pendekatan Salaf dan Khalaf di atas, tidak ada yang salahnya dari sudut akidah. Perbezaan hanya bersifat cabang, yang tidak perlu dijadikan sebab untuk perbalahan dan perpecahan sesama umat Islam.
7) Isu ayat-ayat "mutasyabihat" ini isu lama, tetapi sentiasa akan ada golongan berpenyakit hati berusaha untuk menjadikannya modal untuk membakar api permusuhan sesama umat Islam.
8) Sebarang pertuduhan (tasybih dan seumpamanya) mesti disertakan dengan bukti. Bukti pula mestilah hasil kajian menyeluruh. Jika yang tertuduh masih hidup, maka pertemuan bersemuka satu kemestian. Jika yang tertuduh sudah mati, seperti Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, maka seluruh kitab dan tulisannya, juga tulisan ulama lain mengenai beliau, mesti dikaji secara tuntas, sebelum tuduhan disebut.
9) Terdapat tangan-tangan ghaib yang mengatur watak yang dimainkan individu tertentu untuk menimbulkan persengketaan mazhab sesama Sunni di Malaysia, mutakhir ini. Walaupun perselisihan pendapat antara kaum muda dan kaum tua sudah lama bertapak di nusantara, namun perkembangan mutakhir menampakkan usaha terancang untuk membakar api fitnah sesama Sunni. Mungkin ia satu usaha ganti selepas suara sekular liberal totok semakin dipandang sepi oleh majoriti umat Islam di Malaysia.
10) Jalan terbaik menangani isu ini ialah muzakarah tertutup di kalangan ulama untuk mendekatkan jurang perbezaan pendapat dalam perkara cabang, di samping menjadi medan untuk menyelaraskan taujihat (nasihat) ulama kepada orang awam yang cetek ilmu agama yang sering menjadi mangsa golongan berkepentingan.
11) Pendekatan populis yang suka melontarkan pandangan agama secara separuh masak semestinya ditolak kerana menimbulkan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat. Jikapun mahu mengajar pelbagai pendapat ulama selain Syafie dan selain yang terkandung dalam fatwa negeri-negeri, maka ajarkan juga adab-adab khilaf ulama-ulama tersohor itu. Jangan seronok mengajar sesuatu yang kita rasa kitalah pelopornya manakala ulama lain tidak pandai dan tidak mengerti, sedangkan pada hakikatnya kita sedang mengelirukan masyarakat awam. خاطبوا الناس على قدر عقولهم ، لكل مقام مقال ، ولولا أن قومك حديث عهدهم بالجاهلية فأخاف أن تنكر قلوبهم أن أدخل الحجر في البيت وأن ألصق بابه الأرض
12) Bagi orang awam pula, jalan terbaik bagi mengelakkan api fitnah persengketaan mazhab ini ialah berdiam diri daripada memberi sebarang komen yang melampau. Perbezaan pendapat yang berlaku hanya perkara cabang dan janganlah kita melayan sebarang tuduhan melulu, lebih-lebih lagi yang dibuat dengan penuh emosi kebencian. Banyakkan memberi salam sesama Islam dan Sunni, untuk merapatkan silaturahim. Akidah kita satu, kita umat yang satu. Jangan biarkan api fitnah permusuhan syaitan menyelinap masuk ke dalam hati kita.
13) Kesemua perkara ini tiada kaitan dengan Syiah, kerana Syiah satu agama lain, bukan Islam. Jika pun ada kaitan, ia hanyalah musuh dalam selimut yang mahukan Sunni (Ahlu Sunnah Wal Jamaah) berbalah dan berbunuhan sesama sendiri. Sejarah membuktikan sikap kemunafikan mereka ini.
Semoga Allah menyelamatkan kita di Malaysia ini daripada menjadi mangsa fitnah persengketaan sesama Sunni.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Sumber: Fb Ustaz Hj. Mohd Hazizi Ab Rahman

Tuesday, January 12, 2016
PKR dan PAN berimamkan maqasid DAP?
[ULASAN] Muktamadnya
proses menandatangani Perjanjian Bersama PKR, PAN dan DAP Sabtu lalu
tentu melegakan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan betapa
kemungkinan punca perbalahan hingga menguburkan Pakatan Rakyat tidak
akan berulang.
Kini pakatan baru itu sudah meloloskan diri daripada ikatan rantai
setiakawan yang longgar iaitu “bersetuju untuk tidak bersetuju” dan
menganut konsep kerjasama baru yang tidak mengizinkan sebarang
perbalahan pendapat berlaku lagi.
Ini bermakna semua keputusan Pakatan Harapan mestilah dipersetujui
ketiga-tiga parti dan tiada mana-mana kerabat pakatan itu boleh
bertindak sendiri melaksanakan keputusan parti masing-masing.
Ini
jelas menuju kesepaduan matlamat perjuangan dan strategi politik yang
sama rata. Mana-mana parti yang engkar boleh dinyahkan dari pakatan yang
ditilik berpotensi menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum
akan datang.
Yang utama sekali, perjanjian yang ditandatangani Presiden PKR, Datuk
Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan
Presiden PAN, Mohamad Sabu itu memberi kuasa penuh pada suara majoriti
Majlis Presiden Pakatan itu melucutkan keahlian anggota pakatan yang
melanggar janji.
Justeru, tidak mungkin berulang kes ada ahli mahu melaksanakan
ideologinya sendiri tanpa persetujuan kerabat politik lain. Ini bagi
mengelakkan kes PAS, misalnya, mahu melaksanakan hukum hudud sewaktu
menganggotai Pakatan Rakyat kerana kononnya itu pegangan parti Islam
itu, tidak akan berulang.
Dalam kes itu, oleh kerana DAP tegas tidak mahu hukum Islam
dilaksanakan di Malaysia yang diyakininya menganut faham sekular, ia
segera memutuskan hubungan dengan presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul
Hadi Awang.
Ini menerima tindak balas PAS yang menetapkan dalam Muktamarnya Jun
lalu untuk bermufarakah dengan DAP. Parti dominan Cina itu kemudian
secara unilateral mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur.
Itu pegangan DAP dan perjanjian bersama itu kini menghirup dan mahu menghayati intipati perjuangan DAP itu.
Maka terkabul juga hasrat mendiang pemimpin DAP, Karpal Singh, mencabar
sesiapa (atau parti apapun) perlu langkah mayatnya sebelum hukum
syariah dilaksanakan di Malaysia. Kini itu bukan isu lagi. Kerabat DAP,
PKR dan PAN sudah faham dan akur pada “kewaspadaan” Karpal.
PAN
yang mendakwa ia parti Islam dan dipimpin kumpulan yang tewas dalam
pemilihan PAS dan kempunan melihat Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa
di Putrajaya, awal-awal lagi akur dan tunduk pada fahaman DAP bahawa
Islam hanya rasmi-rasmian sahaja.
Apa yang pasti ialah, baik PKR mahupun PAN tidak mungkin berdaya untuk
mempertahankan lagi semangat dan azam untuk memastikan Malaysia dipimpin
melalui lunas-lunas syariah Islam.
Jika mengikut Perjanjian Bersama itu, sekuat manapun PAN atau PKR
bertempik menghebahkan kepada dunia bahawa ia parti Islam, kedua-duanya
itu tiada hak melaksanakan hukum Islam sesempurnanya jika DAP tidak
bersetuju.
Malaysia akhirnya sudah terjual kepada demokrasi barat dan fikiran liberalisme ala-DAP! Syabas PKR dan PAN.
Terkecuali keadaan dan pemikiran kedua-dua parti ini berubah dan
bertegas mahu ajaran Islam sepenuhnya dikuatkuasakan apabila Pakatan
Harapan memerintah, Malaysia bolehlah meraikan semangat sekularisme.
Ini mungkin mampu PKR dan DAP lakukan jika bilangan kerusi Dewan Rakyat
mereka mengatasi DAP. Jika DAP terus tidak bersetuju, kuasa majoriti
PKR dan DAP boleh menghalaunya keluar dari Pakatan Harapan.
Maknanya, untuk meyakinkan umat Islam Malaysia supaya menyokong mereka,
PKR dan DAP perlulah giat membisikkan di telinga mereka bahawa
sebenarnya mereka hanya bersandiwara sahaja dengan DAP – ada jalan parti
Cina itu boleh ditendang bila-bila masa, demi Islam.
Malangnya, realiti politik hari ini tidaklah begitu. Yang pasti
sehingga hari ini, DAP ialah parti terbesar di kalangan pembangkang.
Sukar dibayangkan kombinasi kerusi PKR dan PAN mampu mengatasi koleksi
DAP.
Sejak
tahun 2008 lagi trend politik yang sama-sama dipupuk oleh DAP dan PKR
ialah apa jua kosnya, rakyat perlu tumbangkan Umno dan Barisan Nasional
jika mereka mendapat keadilan sosial dan ekonomi.
Dalam proses itu, PKR nampaknya berjaya meyakinkan pengundi
Melayu-Islam bahawa DAP tiada sebarang agenda yang merugikan mereka.
Pada masa yang sama DAP giat mencernakan pemikiran politik pengundi
bukan Melayu bahawa ia mampu “menguruskan” PKR dan PAN melalui
perjanjian bersama ini.
Dalil yang terbentang luas ialah, DAP kini mempunyai 37 kerusi Dewan
Rakyat berbanding dengan PKR, 30 dan PAN, lapan. Trend pertambahan
kerusi DAP kini menjalar dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak.
Dengan hakikat undi Melayu-Islam sudah terbelah kepada Umno, PAS, dan
PAN, hampir satu kemustahilan bagi PKR dan PAN menggembleng majoriti
dalam Pakatan Harapan mahupun kerajaan.
Senario ini sudah lama dita’kuli oleh PAS yang tidak “buta warna”
terhadap politik DAP ini. Belajar dari ketegaran DAP langsung tidak
mahu beranjak menolak hukum Islam, PAS sudah menghidu selera politik DAP
sebenar.
Justeru berpisah dari Pakatan Rakyat pun tidak menjadi masalah bagi PAS
kerana ia yakin bersama DAP ia akan menemui jalan mati dalam
cita-citanya mahu mendaulatkan Islam di bumi Malaysia.
Ini belum lagi mengambilkira faktor semakin meningkatnya pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan amal yang amat selesa dengan iklim
politik yang dijanjikan oleh DAP.
Atas nama kebebasan, muncul pelbagai pertubuhan yang mendambakan ada
entiti politik seperti Pakatan Harapan yang mungkin mampu memerangi dan
menundukkan kumpulan yang mahu hukum ahkam Islam dilaksanakan, diberi
kuasa terus memerintah Malaysia.
Bagaimana agaknya pemimpin PAN seperti Salahuddin Ayub, Ustaz Ahmad
Awang, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mahu menolak desakan kumpulan mantan
Melayu profesional seperti G-25 yang mahu hukum syariah dihapuskan ama
sekali jika mahu Malaysia maju?
Selamat berjuang PKR dan PAN berimamkan DAP.
Sumber: http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WmcZdjZg==
Wednesday, January 6, 2016
Pelajaran Daripada Penculikan Siti Aisyah
FikrahPaparan Utama January 7, 2016 -
Baru-baru ini negara digemparkan dengan kisah ‘penculikan’ seorang
remaja wanita berusia 14 tahun di Shah Alam. Negara kemudian digemparkan
lagi dengan berita ‘penemuan’ remaja ini di Klang yang kemudiannya
mengaku hanya mereka-reka kisahnya diculik untuk bersama dengan teman
lelakinya yang berusia 19 tahun.
Berita dan perkembangan begini menakutkan kita. Bagaimana seorang remaja, yang hanya baru berusia 14 tahun, berani untuk melakukan perkara sedemikian? Dan kisah sebegini, bukan kali pertama berlaku dalam masyarakat dan pastinya bukan kali terakhir.
Mari kita maafkan remaja ini, beri peluang kepadanya untuk bertaubat dan kembali kepada kehidupannya yang normal. Moga apa yang telah berlaku, akan lebih mematangkan fikirannya, dan menjadikan ibu bapanya lebih berhati-hati dan untuk semua yang bergelar ibu bapa, agar lebih peka terhadap apa yang berlaku terhadap anak-anak, terutamanya anak-anak perempuan.
Tapi, bagaimana semuanya bermula? Bukan khusus kepada remaja ini sahaja, tetapi semua remaja perempuan yang bermasalah sosialnya seperti yang terlibat dengan pergaulan bebas, berkonsert, keluar ‘berdating’ dan akhirnya ada yang terjebak dengan zina yang disusuli dengan pembunuhan anak yang tidak berdosa akibat zina.
Bagaimana boleh terjadi begini sedangkan setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, bersih dan suci dari sebarang dosa?
Jawabnya adalah kelalaian ibu bapa dalam mencorakkan tarbiah anak-anak. Anak-anak akan rosak apabila ibu bapa lalai dan derhaka dalam mendidiknya. Dalam sebuah hadis yang cukup popular dalam pendidikan anak-anak, Rasulullah SAW menyebut bahawa warna pertarbiahan anak-anak dicorakkan oleh ibu bapanya. Jika ibu bapa mencorakkan anak-anak itu dengan cara hidup selain dari Islam, membiarkan anak-anak membesar dengan warna-warna tarbiah yang diinginkan oleh kaum Yahudi dan Nasara, maka mereka akan membesar dengan warna-warna ini, hidup dan ‘beriman’ dengannya sehingga remaja dan tidak mustahil, hingga dewasa.
Ketika anak kecil, tidak pernah diperkenalkan anak kepada kalimah-kalimah tauhid, bahkan, anak-anak yang masih kecil dan mempunyai ingatan seperti span, dibiarkan mendengar lagu-lagu lagha di corong radio yang tidak Islami dan dibiarkan menonton rancangan-rancangan yang merosakkan seperti Ceria Pop Stars, Idola Kecil, Akademi Fantasia, Barbie dan lain-lain.
Akhirnya anak ini tidak kenal Allah dan Al Quran, tidak kenal Nabi dan para sahabat, sebaliknya apa yang dihafaznya ketika kecil dan menjadi idolanya adalah lagu-lagu dan penyanyi-penyanyi yang mendedahkan aurat dan bergaul bebas di atas pentas tanpa batas kawalan.
Kemudian, bagi anak-anak perempuan secara khusus, tidak pernah diajar sifat malu, aurat dan batas-batas ikhtilat. Anak-anak dibiarkan keluar rumah tanpa memakai tudung walaupun telah hampir mencapai usia baligh, dibiarkan bermain dan bertepuk tampar dengan kawan-kawan berlainan jantina termasuk sepupu sepapat walaupun umur telah meningkat remaja.
Akhirnya anak ini tidak kenal sifat malu dan rasa berat hati untuk menutup aurat walaupun telah baligh. Membuka aurat dan bergaul bebas sesama jantina dirasakan biasa, hingga akhirnya jika tidak dikawal, menjadi punca anak-anak berdua-duaan dan melakukan zina dan pembunuhan.
Kemudian, ketika anak kecil, tidak pernah diperintahkan oleh ibu bapanya di rumah untuk mendirikan solat. Dibiarkan anak tidur hingga tengahari pada waktu cuti, tidur lewat untuk bermain ‘games’ dan melayari Internet hingga solat diabaikan.
Akhirnya anak membesar menjadi manusia yang malas beribadah, malas solat walaupun puasa penuh di bulan Ramadhan. Semuanya kerana ibu bapanya gagal mendidik anak untuk solat pada awal usianya.
Anak-anak akan rosak yang pertamanya adalah kerana ibu bapa, kerana ibu bapa adalah madrasah pertama dalam pendidikan anak-anak. Rosak madrasah ini, rosaklah anak-anak, baik madrasah ini, baiklah anak-anak.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa “siapa yang mempunyai tiga anak perempuan, dan dia menjaga mereka dengan baik, memenuhi semua keperluan mereka dan menyayangi mereka, maka syurgalah balasan buatnya.”
Hadis ini memberi isyarat khusus tentang betapa besarnya peranan ibu bapa, terutamanya sang ayah sebagai ketua keluarga dalam mendidik anak perempuan. Menjaga dengan baik termasuklah mendidik anak-anak dengan kalimah tauhid dan mengajarkan anak-anak Al Quran. Termasuk menjaga dengan baik selain memberi makan minum yang cukup juga adalah menapis anasir-anasir yang boleh merosakkan anak-anak seperti hiburan yang merosakkan dan keganasan yang melampau.
Kemudian, termasuk dalam memenuhi keperluan anak-anak perempuan adalah membelikan mereka pakaian yang menutup aurat, membelikan bahan-bahan bacaan yang baik, dan dalam konteks hari ini, menyediakan ruang untuk anak-anak berhibur dan bersukan dalam batas-batas agama. Bawalah anak-anak berenang, tapi sediakan pakaian yang patuh syariah, ajar anak-anak untuk menundukkan pandangan, dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
Hadis ini juga memberi isyarat agar ibu bapa, terutamanya ayah, untuk menyayangi anak-anak perempuan dengan sepenuh hati, agar anak-anak perempuan, tidak lagi perlu mencari kasih sayang lain sebelum berkahwin selain dari kasih sayang ayahnya yang sentiasa melindunginya. Anak-anak yang hidup dalam dunia tanpa ayah yang berfungsi, berpotensi untuk membesar dalam keadaan kurang kasih sayang yang akan menjadikannya manusia yang bermasalah.
Tugas ini memang satu tugas yang perlu dihadapi dengan serius kerana ianya amat sukar, namun, jika semua ini dapat dilakukan dengan baik oleh ayah dan ibu, maka balasannya adalah syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Dr Hisham Sharif
Biro Penerangan Isma Kubang Pasu

Tuesday, December 1, 2015
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia keluar fatwa wajib sokong Turki
December 2, 2015 Berita Dunia,
QATAR,
Selasa – Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai oleh Prof Dr
Yusof Al-Qaradawi hari ini mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan
membantu produk dan ekonomi Turki.
Umat Islam juga diseru berdiri teguh bersama pendirian Turki dalam isu-isu terkini.
“Kesatuan
Ulama menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan, untuk
bersama-sama dengan pendirian Turki dalam isu-isu terkini, dan wajib
menyokong produk Turki, membantu ekonominya dalam apa jua bentuk,
sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama,”
kata pihak kesatuan dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Turki,
Anatolia.
Kenyataan
itu berkata, Kesatuan Ulama mengikuti perkembangan terkini keadaan
kekacauan dan huru hara yang berlaku di Syria, dan apa yang dilakukan
oleh Zionis Israel di Palestin.
“Kejadian
minggu lepas (pencerobohan ruang udara Turki) adalah satu provokasi
Syria dan Russia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang Russia
dan menarik Turki ke medan peperangan, sehingga berlaku pemboikotan
Russia ke atas barangan buatan Turki.
“Kesatuan Ulama meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan diplomatik."
“Umat
Islam diseru berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki
dalam isu-isu umat Islam terutama isu Syria yang berdepan dengan
pemimpin zalim Bashar Asad yang telah membunuh ribuan rakyat dan
menghalau jutaan yang lain."
“Sokongan
kepada ekonomi Turki wajib dilakukan atas dasar persaudaraan iman. Umat
Islam perlu bersama dalam satu saf seperti yang digalakkan oleh
ayat-ayat Al-Quran dan hadis baginda SAW."
“Oleh itu,
Kesatuan Ulama menyeru negara-negara Islam, rakyat dan
syarikat-syarikat, individu-individu, menyokong barangan Turki dan
menguatkan ekonominya dengan semua cara termasuk pelancongan."
“Tidak
boleh meninggalkan Turki bersendirian kerana apa yang dihadapi Turki
hari ini adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu-isu umat
Islam di Syria dan Palestin dan umat Islam lain di Somalia, Myanmar,
Iraq, Mesir dan Libya dan semua yang ditindas seluruh dunia,” kata
kenyataan itu. – Agensi.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/12/kesatuan-ulama-muslimin-sedunia-keluar-fatwa-wajib-sokong-turki/
Friday, November 20, 2015
Ada beberapa perkara generasi muda Muslim perlu fahami..
Meniliti senario politik dunia yang semakin meruncing. Ada beberapa
perkara yang saya rasa generasi muda Muslim perlu fahami khususnya dalam
konteks kenegaraan Malaysia. Ini adalah beberapa perkara yang sempat saya coretkan.
1. Melihat dengan teliti terlebih dahulu sumber berita-berita yang
mengisi ruangan dunia maya. Agar anda tidak terpengaruh dengan mainan
sentimen.
2. Anda boleh menilai sendiri, sesuatu berita itu berdasarkan darjah kecenderungan mereka kepada satu-satu blok berdasarkan perjuangan ideologi mereka. (Liberal/Komunis/Syiah/Evangelis/Chauvinis)
3. Menjadi ummat yang membaca, mengkaji dan berfikir supaya tidak menjadi naif dan dicaturkan oleh musuh-musuh Islam.
4. Melengkapkan diri dengan asas kefahaman Islam yang sahih, kerana permainan hak asasi yang dimainkan media barat dan proksinya sangat licik terutama berkaitan isu kemanusiaan sehingga adakalanya melanggar dasar-dasar akidah. Seperti slogan yang membawa persamaan tanpa mengira agama. Dan menganggap semua agama akan sampai ke tujuan yang sama.
5. Bijak membaca lapis-lapis berita yang terkandung dalam memahami permainan sebenar yang sedang dimainkan agar kita tidak terikut dalam permainan mereka.
6. Memahami pertembungan sekarang adalah pertembungan pemikiran. Cubaan barat dalam usaha meleburkan identiti dan jati diri Muslim dan meleraikan intima'(ikatan) pemuda Muslim terhadap agama bangsa dan negaranya sehingga ke tahap boleh memesongkan neraca fikir sebagai seorang Muslim.
7. Tidak menafsir nas secara literal sehingga akhirnya menjadi salah satu pengikut dari dua kutub ekstremis berikut. Kutub teroris dan juga kutub liberal.
8. Pertembungan sesama blok-blok kuasa dunia sekarang adalah pertembungan yang dicipta untuk melorongkan dunia kepada orde dunia yang baru.
9. Pertembungan ini meleburkan kuasa wewenang umat islam, apabila sedikit demi sedikit kedaulatan negara tergadai kerana menurut sahaja perjanjian berat sebelah yang ditandatangani.
10. Prinsip asas Islam, hubungan wala'bara' harus difahami dengan betul oleh setiap pemuda Muslim. Memahami siapa musuh dan siapa kawan? Serta pertembungan politik kuffar yang sama sekali tidak akan rela sistem politik Islam tertegak di bumi Malaysia ini.
11. Pemuda Muslim harus memahami bahawa pertembungan ini berlaku dari segenap sudut iaitu politik, ekonomi, media, civil society, agama, perundangan dan pendidikan dengan tujuan utama untuk meruntuhkan asas kenegaraan iaitu Islam, Melayu dan Raja.
12. Sikap hubbul watan (cintakan negara) dan kesediaan untuk bekorban mempertahankan negara sekiranya dijajah dan diserang harus ditanam dalam diri setiap anak muda, supaya mereka bersiap siaga daripada sekarang. Memberi latihan secukupnya kepada minda serta fizikal dalam menghadapi pertembungan yang sangat hebat pada masa hadapan.
Wallahualam
-Asyraf Farique-
IRIS Institute

Subscribe to:
Posts (Atom)