“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Friday, February 3, 2012
Mari kita bina Persaudaraan Kerana Allah.
Hari ini 3hb. Februari 2012. Semalam adalah hari ulang tahun kelahiranku yang ke 56. Aku menerima banyak ucapan selamat hari lahir dari kenalan dan kawan-kawan di 'face book.' Sebahagian besar daripada mereka adalah pelajar dan bekas pelajar di tempat aku bertugas.
Timbul rasa bersyukur kepada Allah swt. kerana sedikit sebanyak terasa diri ini dihargai ataupun diingati. Memang itulah yang kuharapkan, bila aku berkenalan dan berkawan dengan seseorang, biarlah kalau boleh hubungan itu berpanjangan.
Bagi pelajar, mereka berada di universiti tempatku bertugas sekurang-kurang nya selama 3 tahun. Aku bertugas membantu mereka di dalam kelas amali, projek penyelidikan dan sebagainya. Oleh sebab itu sebahagian daripada mereka menjadi kenalan atau kawanku, samada mereka lelaki atau perempuan. Dalam situasi sekarang mereka semua layak memanggil aku Pak Cik.
Aku rasakan, persahabatan adalah satu anugerah Allah. Dari persahabatan kita boleh saling mendapatkan berbagai kebaikan.
Aku sendiri mula mendapat kesedaran dan kefahaman Islam melalui seorang sahabat di kalangan pelajar. Melaluinya aku mengenali usrah. Itu berlaku lebih kurang 30 tahun yang lepas. Namun sampai sekarang aku masih lagi berada dalam usrah kerana merasakan kepentingannya.
Yang penting dalam persahabatan ialah kejujuran. Dari persahabatan kita boleh mengangkatnya kepada persaudaraan kerana Allah. Alangkah indahnya jika kawan-kawan kita semuanya menjadi saudara kita kerana Allah. Hubungan yang lebih tinggi darjatnya. Hubungan yang kita bina di atas IMAN. Hubungan yang lebih kukuh dan mulia lebih daripada hubungan darah atau kekeluargaan. Hubungan yang dibina di atas cinta kita kepada Pencipta Kita.
Saudara ku yang dikasihi.... mari kita bina persaudaraan kerana Allah. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: "Hanya sanya orang mukmin itu adalah bersaudara."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment