Pages

Saturday, March 24, 2012

Sepintas Bicara....


Ada sedikit waktu yang terluang
Yang sebelum ini aku sia-siakan
Kalau aku tidak mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu di sini...
Sudah tentu tulisan ini tidak hadir di sini.

Waktu ini.... amat bernilai
Hanya sekadar untuk aku nukilkan beberapa kalimat
Bahawa aku amat menghargai kalian
Yang melempar pandang ke sini.

Kerana kalian adalah sebahagian daripada kehidupan
Yang sama-sama berkongsi denganku di dunia fana ini
Kita saling memerlukan
Walaupun aku tidak mengenali siapa dirimu.

Hati kecilku lantas berbisik
Supaya aku sampaikan kalimat
'Sesungguhnya aku menyayangimu'
Untuk kalian, sekiranya kita satu kepercayaan.

Kalimat yang ringkas...
Aku mengajak kalian
'Mari kita berkasih sayang'
Sesama insan
Satu aqidah
Satu perjuangan.

Aku yakin
Jalan yang sama-sama kita lalui...
Telah menemukan kalian denganku di ruang bicara ini
Walaupun jasad kita tidak pernah bersua
Namun hati kita akan tetap bersama
Kerana kita saling berseru
Di hadapan Tuhan yang satu.

No comments:

Post a Comment