Pages

Tuesday, May 29, 2012

Panduan Kejayaan Tarbiyah


Oleh Ustaz Azizee Hasan
Mei 29, 2012.


Kejayaan tarbiyah bermakna kejayakan melahirkan produk dakwah dan tarbiyah. Produk itu adalah rijal yang melaksanakan amanah ubudiyah lilahi wahdah. Rijal yang memiliki ciri-ciri mukmin, yang terlakar muwasofat imaniyah di dalam dirinya. Terdapat beberapa asas-asas bagi menjamin kejayaan tarbiyah sebagaimana yang diajarkan oleh para murobbi terdahulu di dalam catatan pengalaman mereka iaitu :

1. Quwwatul Irodah (Kemahuan dan Tekad yang kuat)

Murabbi mesti memperkuat kemahuannya dalam mentarbiyah. Kemahuan yang kuat akan menjadi kenderaan yang kuat dalam mengelola tarbiyah. Ia tidak lekang dek panas, tidak pula lapuk dek hujan. Ia juga menjadi motivasi bagi mutarabbinya.

Seorang mutarabbi pernah memaparkan kekagumannya pada murabbinya. Lantaran sang murabbi sentiasa hadir bersamanya walaupun terpaksa berjalan kaki, dalam keadaan hujan, sakit apalagi dalam hal-hal yang ringan. Kadang-kadang kalau terpaksa tidak dapat hadir, dia sempatkan masa untuk berbicara dengan mutarabbinya melalui telefon,melalui sms ketika waktu pertemuannya ataupun sesudahnya. “Subhanallah, ustadz saya selalu hadir dalam pertemuan, saya malu kalau tidak hadir. Apatah lagi hanya kerana masalah-masalah kecil”. Nampaknya kemahuan yang kuat menjadi faktor yang turut mempengaruhi unsur lainnya.

Kemahuan kuat tidak juga terbatas pada kemahuan untuk hadir semata-mata, tetapi juga tekad keras untuk menjaga dan memelihara mutarabbinya agar mereka tidak tergelincir dalam perjalanan dakwahnya.

Sang Murobbi perlu memiliki segala kompetensi diri untuk terus memiliki kemahuan ini dan tekad tarbawi yang konsisten. Semangat juang yang tinggi ini telah dicontohkan oleh para murobbi silam yang berkerja keras untuk kemajuan dakwah dan tarbiyah. Imam al-Bana meletakkan salah satu ciri bagi menjayakan agenda dakwah dan tarbiyah iaitu “ Irodah Qawiyah”.

Saya pernah mendengar kisah kemahuan kuat yang ada pada diri murobbi sehingga memberikan kekaguman kepada mutarobbinya. Ada murobbi yang sanggup menaiki motosikal pergi ke halaqah dalam jarak perjalanan melebihi 50 KM. Ada pula murobbi yang pergi hanya menaiki bas ke sebuah IPT hanya kerana untuk menyampaikan taujih tarbawi. Ada murobbi yang dalam keadaan beliau sakit tetap tidak membatalkan liqo’ dan meminta mutarobbinya hadir walaupun beliau hanya memulakan pertemuan dengan kalimah salam sahaja. Ada murobbi yang sanggup menghabiskan saki baki pendapatannya untuk menjayakan wasilah tarbiyah mutarobbinya. Ada pula yang baru pulang dari perjalanan luar negara terus hadir ke pertemuan halaqah sebelum tiba bertemu anak-anak dan isteri. Ada murobbi yang seusai menyampaikan taujih, tidak ada di dalam poketnya wang sesen pun sehingga terpaksa menelefon isterinya yang tidak bekerja meminta ongkos pulang ke rumahnya dalam jarak lebih 200 KM. Ada Murobbi yang menaiki kereta untuk memberikan pengisian tetapi minyak sudah kehabisan dan di tangan Cuma ada RM 5 sahaja. Begitu juga ada murobbi yang menghabiskan masa dan waktu pada mutarobbinya ketika orang lain sibuk bercanda bersama keluarga demi membina mutarobbinya. Hidupnya simple, rumahnya simple, pakaian simple, keretanya simple, HPnya simple. Semua menambat hati mad’unya .Begitulah kisah-kisah kemahuan kuat yang ada pada sosok gagah sang Murobbi.

2. Al Qudwah (Teladan)

Aktiviti ruhiyah merupakan aktiviti yang menunjukkan keteladanan. Keteladanan menjadi cermin jernih pada amal ruhi. Sememangnya Murabbi berada di posisi penting dalam menunjukkan teladan praktikal ini. Dia bertindak sebagai kelasi untuk membimbing ke arah mana jalan yang harus dilalui. Sehingga bahtera itu mendapatkan peta perjalananannya menuju taman harapan. Teladan dalam ruhiyah, fikriyah, ijtima’iyah, tadhiyah, amaliyah dan yang lainnya.

Rasulullah SAW. bersabda: “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya”. (HR. Tirmidzi).

Sewajarnya seorang murabbi terkehadapan dalam mengimplementasi nilai-nilai yang telah dia sampaikan. Sehingga ia menjadi mesin penarik jiwa-jiwa manusia. Ia mesti memiliki aura, faktor ‘wow’ atau magnet penarik. Kewujudannya dirasai, ketiadaannya dirindui dan pemergiannya menjadi inspirasi dan motivasi. Dalam Law of Islamic attraction, seorang Murobbi memberikan keteladan dari aspek masa, rasa dan jasa. Untuk meningkatkan seni magnet penarik , maka murobbi perlu kepada PS2 iaitu prihatin, sayang dan sangka baik kepada mutarobbinya.

Keteladan adalah faktor utama dan kritikal di dalam menjayakan proses tarbiyah dan takween. Faktor Qudwah menjadi daya penerimaan risalah dakwah sehingga terkamir pada sosok tubuh baginda SAW sehingga diangkat kedudukan dan darjat di sisi Allah melalui firmannya yang bermaksud :

"Sesungguhnya pada diri kamu [Muhammad SAW] contoh ikutan yang terunggul..”


“ Sesungguhnya pada diri kamu memiliki akhlak keteladanan yang amat tinggi..”  


Syeikh Mustafa al-Mahsyur membicarakan tajuk ini dan menjadikan ia sebagai eksistensi dakwah di dalam bukunya “al-Qudwah ‘ala Toriq Dakwah”. Manakala Syeikh Juma’ah Amin pula meletakkan satu kaedah di dalam dakwah “ al-Qudwah Qobla ad-Dakwah” [Menunjukkan keteladanan sebelum berdakwah].

3. Isti’dadu baramiji al muwajjahah (Mempersiapkan agenda taujih)

Imam Hasan Al Banna membuat catatan kecil pada secarik kertas. Murid-muridnya bertanya: “Untuk apa catatan itu wahai imam?”. “Saya sedang mempersiapkan bahan pertemuan nanti”, jawab Imam al-Bana.

Seorang murabbi untuk meraih keberhasilan tarbiyahnya perlu mempersiapkan agenda liqa’ tarbawinya. Dimulakan dengan mempersiapkan diri untuk pertemuan tersebut samada aspek psikologi, fizikal, mental, emosi dan material. Yang paling penting ialah dia perlu menjadikan agenda pertemuan tersebut sebagai liqa’ tarbawinya yang penuh bermakna dan romantis. Pertemuan bermakna bukan pada lamanya waktu pertemuan tetapi kepada isi pertemuan tersebut. Justeru itu, murobbi perlu meningkatkan skil pengendalian liqo, memahami tips-tips menambat hati mad’u, mengetahui tips menyegarkan halaqoh, tips meningkatkan keyakinan diri murobbi dan pelbagai lagi seni-seni berkaitan meromantiskan halaqoh atau liqo’ agar mutarobbi nanti apabila seusai halaqoh keluar sebagai super mutarobbi, super da’ie penuh inspirasi dan motivasi. Murobbi membina mutarobbi ibarat seorang rasul mendidik para sahabat saw. Dia membina pemimpin umat, membina pewaris dakwah dan binaan Islam. Bayangkan para sahabat r.a dengan hanya mendengar taujih ringkas, dalam beberapa patah perkataan, dalam beberapa baris ayat-ayat al-Quran dari Rasulullah SAW, mereka berjaya menawan dua pertiga dunia. Subhanallah.

4. Matanah as syakhshiyah (Peribadi Unggul)

Peribadi Unggul baik secara vertikal ataupun horizontal menjadi faktor yang ikut mempengaruhi dinamika kelompok tarbiyah. Tarbiyah yang solid dari aspek vertikal ialah kemampuan menjaga interaksi yang baik antara murabbi dengan mutarabbi atau sebaliknya. Sedangkan secara horizontal adalah menjaga hubungan antara sesama mutarabbi. Sejauh mana murobbi menanamkan ma’ani taat, thiqoh, ukhuwwah serta mengembangkan potensi mutarabbi akan menjamin sulvival tarbiyah kelompok binaannya.

Kadang-kadang masalah kecil dan sampingan dapat merosak binaan kelompok. Akhirnya hancurlah dinamika kelompoknya yang berakhir kepada pembubaran usrah atau terpaksa melakukan penstrukturan semula . Fenomena ini akan melambatkan pembinaan mutarobbi bahkan akan menggagalkan kerja-kerja takween wa taurith generasi.

Apabila kita meneropong kepada timbulnya permasalahan ini ia terletak kemampuan diri masing-masing dalam memelihara kesolehan hatinya. Menjaga kebersihan hati adalah inti permasalahannya. Apabila setiap murobbi tidak berupaya menjaga kualiti hatinya maka ia akan memporak perandakan kekukuhan barisan manusia yang telah dibangun.

Murabbi dalam hal ini memegang peranan penting. Apabila terjadi gesekan antara dirinya dengan mutarabbinya. Dia mesti mampu berlaku arif dan bijak mencairkan hubungan yang kaku akibat dari gesekan tersebut. Dia mesti mengharmonikan semula ikatan ukhuwwah tersebut. Begitu juga, jika berlaku sesama mutarabbi , murobbi mesti menjadi jambatan antara mereka dengan sikapnya menjadi orang tengah yang tidak berpihak kepada mana-mana mutarobbi. Dengan perilaku dan murabbi yang seperti itu kekuatan kelompok akan terpelihara di dunia dan di akhirat.

“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa”. (QS. Az Zukhruf: 67)

5. Taujih wa Muraqabah al murabbi (Arahan dan kawalan murabbi)

Di antara aspek tarbiyah yang ditunggu-tunggu mutarabbi adalah cucuran taujih murabbi yang akan mengarahkan mereka. Taujih tersebut menjadi curahan kesejukan hati. Terutama bahan yang disampaikan bersifat aktual dan tepat. Kehadiran mereka dalam pertemuan tersebut memang berharap untuk mendapatkan taujih murabbi.

Interaksi mutarabbi dengan kehidupannya menimbulkan karat dan noda yang perlu dibersihkan. Melalui pertemuan tarbiyah, mereka menjadikannya sebagai wasilah untuk meneutralkan dan menyahkan rawasib jahiliyah sekaligus meningkatkan imunisasi dirinya. Mereka merasa gembira mendapatkan taujih tersebut.

Di kalangan mutarabbi ada yang memohon bertukar usrah dek kerana kehambaran pertemuan. Pertemuan menjadi kering dan hilang wibawa. Katanya “Murabbi saya super sibuk, maklumlah banyak jawatan, jarang hadir. Kalau hadir pun hanya sekadar menunjuk muka saja. Padahal kami berharap mendapatkan sepatah atau dua patah kata sebagai penyejuk hati dan peransang kami”. Keluhnya.

Ada pula berkata : “ Murobbi saya selalu ke luar negara, jarang ada di Malaysia, sibuk tugasan kerja…haloqah pun kerap tergendala dan postponed…kalau ada pun taujih email atau sms sahaja..”


Ungkapan tersebut sebenarnya bukanlah gugatan. Akan tetapi lebih kepada harapan dan keinginan mereka mendapatkan nasihat penyejuk iman dari murabbi. Para sahabat r.a, apabila hadir ke dalam majlis Rasulullah SAW, mereka mendapatkan jawapan penyelesaian dari problem yang mereka hadapi samada problem internal, eksternal, rumah tangga, masyarakat atau persoalan lainnya. Taujih Rasulullah SAW menjadi jawapannya.

Di samping taujih, kawalan murabbi juga penting untuk mengukuhkan pembinaan mutarabbi. Mengawal kualiti ruhiyah, fikriyah, aktiviti kekeluargaan mahupun aktiviti sosial mutarobbi melibatkan amal umumnya, amal tajmik, amal DF dan Robtul Aamnya.

6. Manhajiyah at tarbawiyah as shahihah wa al murakkazah (Metodologi tarbiyah yang shahih dan berfokus)


Kejayaan hasil tarbiyah ditentukan pula oleh metodologi yang benar dan tepat. Ketepatan waktu penyampaian, tema yang disampaikan, cara penyampaian ataupun metode pendekatannya. Rasulullah SAW sangat memperhatikan masalah ini agar apa yang beliau sampaikan terkena kepada sasaran.

Rafi’ ibnu Al Mu’alla RA memaparkan pengalamannya bersama Rasulullah SAW. ketika menerima ajaran Rasulullah SAW. Beliau mengajarkannya pada waktu di mana hati manusia bersiap untuk mendengarkannya, iaitu sesudah melaksanakan ibadah. Juga di tempat yang diberkahi Allah SWT iaitu di masjid atau majlis-majlis ilmu. Pendekatan yang digunakan adalah dengan pendekatan personal yang memikat hati antara murabbi dan mutarabbi. Rafi’ memberikan komentar ketika beliau didekati Rasulullah SAW dengan mengatakan “Rasanya sayalah orang yang paling dekat dengan baginda SAW”. Cara penyampaian beliau membuat para pendengar terpukau melalui pemaparan yang booming. Lihatlah bagaimana metode tarbiyah baginda SAW di dalam menyampaikan inti Surah Al Fatihah. Baginda mengatakan, “Mahukah aku ajarkan kamu satu surah yang paling agung di dalam Al Qur’an sekembalinya kamu dari masjid?”.

Sewajarnya Murabbi pandai memilih dan menggunakan metode yang tepat dalam menyampaikan bahan tarbiyahnya. Agar bahan tarbiyah tadi sampai kepada sasaran dan seterusnya tertanam di hati mutarabbi.

7. In’asy at tarbawiyah (Penyegaran dan pembugaran aktiviti tarbiyah)


Untuk meningkatkan kualiti tarbiyah, penyegaran aktiviti tarbiyah boleh dilakukan dengan mempelbagaikan cara. Contohnya, dengan program mabit bersama, rehlah dan jaulah bersama, riadhah jama’iyah, daurah-daurah , perkhemahan atau kegiatan lainnya. Penyegaran ini sebagai satu daya usaha mendinamiskan suasana tarbiyah dari kejemuan dan ketepuan. Melalui kepelbagaian cara dan teknik ia dapat menjadi energi baru bagi mutarabbi. Seorang Murabbi dalam hal menyelenggarakan in’asy tarbawiyah ini perlu melihat keperluan mutarabbi agar kegiatan itu betul sasarannya.

Rasulullah SAW. bersabda: “Rehatkanlah hatimu kerana ia tidak terbuat dari besi” (HR. An Nasa’i).

8. Do’a (saling mendo’akan)

Seperti kita ketahui bahawa do’a mempunyai daya dukung yang bererti dalam amal dakwah. Demikian pula kejayaan tarbiyah. Murabbi tidak boleh jual mahal untuk mendo’akan mutarabbinya agar dikuatkan hatinya untuk menerima kefahaman Islam serta dimudahkannya untuk merealisasikannya. Murabbi juga mesti mentaujihkan mutarabbinya untuk senantiasa saling mendo’akan supaya diberikan kekuatan untuk melaksanakan ajaran Islam.

Begitulah beberapa catatan para Qudama’ dakwah sebagai panduan untuk mencapai kejayaan di dalam mengelola tarbiyah. Untuk mencapainya, tarbiyah sebagai wasilah pembinaan diri mesti dilakukan secara istimrar [berterusan] ,bersifat rutin, bermarhaliyah dan sistemik. Catatan ini hanyalah panduan dan pengalaman bagaimana menjayakan agenda tarbiyah. Jangan pula ia menjadi faktor yang menyusahkan seorang da’ie untuk menjadi seorang murabbi. Semuanya menuntut kepada fleksibiliti namun keberhasilan terletak pada kemahuan, kemampuan dan kesempatan yang dicurahkan untuk membina kredibiliti dan autoriti sebagai seorang Murobbi.

Ayuh mari kita menjadi Murobbi, kalau tidak kita, siapa lagi, kalau tidak hari ini bila lagi ?. “Kami adalah Murabbi’. Why not ?”.

Sumber:   http://maalimfitariq.wordpress.com/

Tuesday, May 22, 2012

Da’ie..Be A Winner



Satu tulisan untuk dikongsikan...Untuk pencinta dakwah..

Jun 20, 2009 oleh azizeehasan






Salam perjuangan buat para da’ie ilallah…

Be a winner’..begitulah ungkapan motivasi yang selalu kita dengar. Ungkapan yang akan meransang minda kita, nurani kita untuk sentiasa mengejar kecemerlangan di dalam hidup, kesuksesan dalam lautan dakwah dan kebahagian melalui jalan-jalan tarbawi ini. Memang benar Sang Da’ie itu, Sang Murobbi itu adalah A WINNER ( pemenang). Anda adalah pemenang, jaguh meraih anugerah keredhaan Ilahi, menjejaki puncak tertinggi iaitu Jannatul Firdaus.

Kenapa kita wajib menjadi pemenang ? Kerana kita memiliki tiga kehebatan dan keunggulan iaitu :

1. Ahsanu taqwim ( paling baik ciptaan ): Surah at-Tin : 5


Kita adalah Da’ie yang diberikan Allah dengan pelbagai potensi yang hebat. Potensi mental, potensi fizikal, potensi spiritual, potensi emosi atau yang sering disebut IQ,EQ,SQ. Bangunkan potensi diri anda, ciptakan kehebatan. Da’ie Hebat Full Manfaat.

2. Ahsanu qaulan (paling baik perkataan) : Surah Fussilat : 33

Sebaik-baik perkataan adalah ungkapan menyeru ke jalan Allah. Dengan berdakwah anda meraih kemenangan akhirat abadan abada. Bak kata seorang teman “ Berjaya Dengan Berdakwah”. Dakwahlah kunci untuk kita meraih kemenangan dengan habuan Syurga. Allah menjadikan bumi Afghanistan, bumi Palestin medan kemenangan buat para da’ie, para mujahid menambah angka pemenang , pahlawan dan wira seantero jagat meraih gelaran para Syuhadak. Hasan Al-Bana, Syeq Qutb, Muhammad Farghali, Abdul Qadir Audah, Rantissi, Syeikh Ahmad Yassin adalah contoh para pemenang, ikutilah mereka.

3. Ahsanu ‘amalan ( paling baik amal) : surah al-Mulk : 2

Para Daie melakukan amal yang terbaik di dunia sebagai jambatan menuju ke akhirat. Da’ie itu solih li nafsihi nafi’an lighairihi ( baik dirinya bermanfaat untuk orang lain). Dunia tempat ia menanam benih-benih dakwah, menyubur tunas-tunas dakwah, menyemai pilar-pilar dakwah dan menuai sumbangan dakwah. Itulah sebaik-baik amal sebelum meninggalkan tempat persinggahan ini. Dia berjiwa pemenang, tidak kalah dengan ujian dan hambatan bahkan fokus mengejar kejayaan dan kemenangan dalam hidup di pentas dunia yang menjadi ujian.

Para daie dan kader dakwah sekalian,

Pemenang itu adalah

“..yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal”. ( Az-Zumar : 18 )

“..telah menang orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk di dalam solat, mereka yang menjauhi perkara lagho, mereka yang mengeluarkan zakat, mereka yang menjaga maruah dan harga diri mereka kecuali kepada isteri dan hamba sahaya mereka, mereka yang menunaikan amanah, mereka yang menjaga solat mereka..” ( al-Mukminun 1-7)

“Beruntung dan menanglah orang yang sibuk membicarakan kesalahan dirinya dari sibuk membicarakan kesalahan orang lain..” ( kata salafussolih)

Nah, apa janji Allah buat para pemenang ini ? Janjinya ialah Syurga..mereka pewaris takhta syurga dan kekal abadi di dalamnya. Inilah the way to win, the highway to heaven.

Saudaraku, para da’ie dan murabbi...

Pemenang ibarat a climber ( pendaki gunung). Be Climber Forever. Jadilah pendaki sejati, berani merempuh halangan, melintas batasan, memecah kebekuan dan membina gagasan menjadi kenyataan. Einstein berkata untuk menjadi pemenang yang special dan berwawasan luas, positif, kreatif dan solutif ialah Bomb Yourself , ledakkan potensi anda dengan melipatgandakan pelbagai cara.

Da’ie yang menang itu berfikir positif, bertindak kreatif dan berkarya solutif. Berjalan ringan, bersemangat dahsyat agar dakwah pesat dan tarbiyyah meningkat. Daie itu menjadi satu pintu bagi berjuta ilmu, satu jiwa berjuta hikmah, satu peribadi penuh inspirasi sosok murobbi happy full prestasi dahsyat full manfaat. Ingatlah ! yang paling kuat adalah yang MENANG. Yang terkuat adalah kebaikan, ia tidak akan hilang setelah mati. Begitulah Sang Da’ie dan Murobbi menebarkan segala kebaikan kepada semua insan menjadi rohmatan lil ‘alamin.

Cipta dan lakarkan sebanyak mungkin kemenangan di dunia ini..

Menang dalam berdakwah…

Menang dalam tarbiyyah

Menang dalam berharokah…

Menang dalam tazhiyyah…

Menang dalam berjihad…

Menang dalam thabat dan istiqamah…

Menang dalam taat dan thiqah…

Menang dalam berukhuwwah…

Menang dalam memerintah…

Ya, dunia ini disediakan untuk yang berjiwa menang. Hanya yang berjiwa menang mampu mencipta energi perubahan. Hanya yang berjiwa menang mampu menatang cabaran. Hanya yang berjiwa menang mampu menyongsong kebangkitan. Hanya yang berjiwa menang mampu menolak kezaliman dan kejahiliyahan. Hanya yang berjiwa menang mampu mencatat memoir kejayaan. Hanya yang berjiwa menang mampu membangun dan melakar peradaban. Hanya yang berjiwa menang mampu sampai arah tujuan.

Ribuan langkah kau tapaki

Pelosok negeri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu

Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari tak surutkan langkahmu

Deru hujan tak runtuhkan azammu

Ragakan terluka tak jerihkan nyalimu

Fatamorgana dunia tak silaukan pandanganmu

[ Izzatul Islam Sang Murabbi]


Solikhin Abu Izzudin memberikan tip 5 tangan untuk menang :

1. Tantangan , gunung akan ku daki, lautan akan ku seberangi, training ku ikuti, pelbagai kepakaran ku pelajari, praktikum ku jalani untuk meningkatkan potensi diri. Be different..be specialize…

2. Garis tangan. Doa orang tuaku, khususnya ibuku menjadi berkat melimpah. Tidak lupa juga doa teman-teman seperjuangan dalam wirid robithah.

3. Campurtangan. Tidak mungkin menjadi pemenang bersendirian. Perlu kerjasama satu pasukan. Gunakan otak sendiri dan pinjam otak orang lain. Jadilah superteam..

4. Usaha tangan, dikerjakan dengan ilmu, skill dan pengetahuan, bukan sekadar otot tapi juga otak dengan sungguh-sungguh. Think First Do Fast. Think Fast Do First…Think Fresh Do the Best..Think the Best Do Fresh…

5. Buah tangan, beri apresiasi pada sekecil apapun yang diraih. Rayakan kemenangan kecil untuk kemenangan besar.

Itulah jalan menuju ke puncak kemenangan. Jalan para Hero..jalan para pemenang..jalan para pejuang…jalan para nabi..jalan para syuhadak…jalan para solihin..jalan yang penuh kenikmatan…Mereka menjadi hero bahkan superhero kerana mahu belajar dan terus belajar..mahu tarbiyyah dan terus ditarbiyyah untuk menjadi pemenang. Tarbiyyah madal hayat, long life education.

Menang di dunia dengan gelaran syuhadak..Menang di akhirat dengan kenikmatan al-Jannah. Pintunya satu, railwaynya satu, roadnya satu iaitu Jalan Dakwah…

"Di atas jalan inilah Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda r.a berjalan, demikian juga kita dan para pendokong dakwah berjalan dengan taufik dari allah. Kita dan mereka berjalan berbekalkan dengan iman, amal, mahabbah dan ukhuwwah. Rasulullah menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan akidah dengan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah qudwah hasanah. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini.”  kata al- Marhum Syeikh Mustafa Mahsyur, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 5, Syeikh at-Tarbiyah wa ad-Dakwah.

Jangan kembali pulang…

Sebelum kita menang…

Walau terkapar di medan juang…

Itulah mujahid (hero) berjuang…

Jadilah pemenang, bersuara dengan kebaikan, berdendang dengan karya gemilang, menyanyi dengan prestasi yang dimiliki, tetap bersenandung mesti kesulitan mengepung…be a winner fi ad-dunya wal akhirah



Sumber: Blog Petunjuk Sepanjang Jalan. Ustaz Azizee Hasan.

http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/06/20/daie-be-a-winner/

Tuesday, May 15, 2012

64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar



Posted on May 11, 2012 by Dr. Zainur Rashid




15hb Mei 1948 – 64 tahun Nakbah


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Pencetus penubuhan negara Yahudi




Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.



Deklarasi Balfour


British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.

Holocaust



Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.



             Holocaust ciptaan bersama Hitler dan Zionis


Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.



Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)



Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.


Kelemahan Liga Negara Arab

 


Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin


nakba031 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

64 tahun An Nakbah

Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi Palestin.


tentera Israel al aqsa 300x205 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
         Penodaan kesucian al Quds

Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa

Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

anak anak gaza1 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar

Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Sambutan 64 Tahun kelahiran Israel




Hari Selasa ini, 15 hb Mei 2012 adalah tahun ke 64 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.

Sebenarnya kelihatan semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita akhiri era sombong mereka itu.


umat Gaza1 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
          Kebangkitan generasi pendokong Intifadhah

1-Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intiadah yang ke 3 dengan persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.

2-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.



mujahidah gaza 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
                     Kelahiran ratusan ribu mujahid dan mujahidah muda

3-Kelahiran semula generasi al Qur’an yang unik di kalangan masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah adalah aset penting bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran dan keadilan.

4-Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan Sementara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir di Mesir ini begitu kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke atas Israel.

turkey jet 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar

5-Kebangkitan Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan bongkak selama ini.

6-Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yan lalu.

7-Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian untuk menjayakannya.




GazaBig 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Bom demografi : Setiap keluarga Palestin punyai 10-12 cahayamata

8-Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel (Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang

9-Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.

10-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.


al Qassam 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
          Briged al Qassam yang begitu digeruni musuh

Sejarah dunia telah membuktikan bahawa setiap kuasa besar yang memerintah mana-mana tamadun tidak akan terus berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan buat selama-lamanya. Tarikh luput Zionis sebagai pemegang tampuk kekuasaan secara zalim di Palestin dan Timur Tengah sudah semakin menghampiri penghujungnya.

Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.

Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.

Semoga kita berjumpa di Masjid Al Aqsa yang bakal dibebaskan kelak !



al aqsa 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
               Al Aqsa pastinya akan bebas jua....

Salam perjuangan


Dr Z

Sumberhttp://zainurrashid.com/


--------------------------------------------------------------------------------

Monday, May 14, 2012

Debat: Atheis VS Muslim

e
Pada zaman dahulu, terjadinya suatu perdebatan antara golongan Atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan seorang pemuda yang beragama Islam. Pemuda ini datang bersama gurunya dan gurunya telah diajak berdebat dengan golongan Atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.”
Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah. Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

Oleh: Akh Muhammad Izzat Akmal

Sumber: PEMBINA UKM

Sunday, May 13, 2012

Siapakah pemuda Ikhwan?

Friday, May 11, 2012  

Oleh: Amer Shammakh

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan seolah-olah mereka adalah anggota sebuah pertubuhan politik kartun yang menentang kerajaan bersama pemimpin-pemimpin pertubuhan ini untuk mendapatkan jawatan atau keuntungan materialistik.

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan sebagai golongan yang hilang jati diri dan tertinggal, di mana para pemimpin menguasai mereka untuk kebaikan jamaah, mempergunakan mereka untuk menanggung beban, sanggup menerima serangan, manakala para pemimpin dalam kehidupan yang selesa, jauh dari sebarang bahaya dan konfrantasi dengan rejim penindas.

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan sebagai peribadi mesin, yang tidak mempunyai akal mahupun deria. Mereka hanya mendengar dan taat kepada ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin mereka, ketaatan membuta tuli, tiada sebarang perbincangan mahupun perdebatan.

Musuh-musuh menggambarkan hubungan antara pemimpin dan pemuda, seolah-olah seperti hubungan konflik mereka yang tegang dengan kerajaan, sehingga konflik ini membawa kepada kebimbangan antara satu sama lain dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.

Musuh-musuh mengambil kesempatan mengkritik orang-orang muda yang menyayangi jamaah atau yang menyokongnya tetapi tidak mendapat tarbiyah yang baik dan cukup dalam asuhannya itu. Musuh-musuh menganggap ianya suatu permulaan dan pengakhiran di mana masa untuk Ikhwan tumbang akan berlaku tidak lama lagi di tangan orang-orang muda.

Apakah benar seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Ikhwan?

Siapakah pemuda Ikhwan Muslimin?!


- Saudara-saudari sekalian, pemuda Ikhwan adalah tulang belakang dan tonggak Jamaah. Mereka adalah pemimpin dan anggotanya. Mereka adalah orang-orang yang merancang, mengarah dan menjalankan. Mereka adalah orang yang membuat susulan, menilai aktiviti dan membetulkan kesilapan. Jikalau kita lihat secara teliti, kita dapati majoriti kepimpinan adalah dari golongan muda – kecuali Maktab Irsyad yang juga masih boleh dianggotai daripada kalangan orang muda. Mereka adalah ketua-ketua jawatankuasa, ahli parlimen, ketua-ketua daerah dan cawangan. Mereka juga anggota tertinggi parti, ahli-ahli sekretariat, ketua-ketua jawatankuasa dan ketua-ketua unit parti.

- Saudara-saudari sekalian, pemuda-pemuda Ikhwan adalah orang yang mengasaskan dakwah ini. Imam al-Banna sendiri umurnya ketika itu tidak melebihi 22 tahun. Manakala 6 orang yang turut sama menubuhkan Jamaah ini serta mengumumkan penubuhannya (pada tahun 1928) umur mereka ketika itu tidak lebih daripada 22 tahun. Namun, antara keistimewaan yang paling penting bagi Jamaah ini ialah: "Sambutan pemuda kepadanya, kesediaan untuk menolong dan menyokongnya" kata Imam Al-Banna. Inilah antara punca - selepas taufik daripada Allah SWT - kekuatan, ketulenan, dan kestabilan .. Oleh sebab itu, Jamaah ini merangkumi tiga bahagian penting yang khusus dalam tarbiyah dan pembinaan orang muda, iaitu: Unit Universiti, Unit sekolah rendah dan menengah dan unit kanak-kanak.

- Saudara-saudari sekalian, orang-orang muda adalah “rijal ummah” (pembela umat) yang bersifat rabbani (dekat dengan Tuhan) dan menghayati al-Quran, yang serius dan bersungguh-sungguh, yang tidak merasa lemah dengan ramainya musuh dan tidak gentar dengan kekuatan musuh. Mereka adalah “ruhban al-lail” (ahli ibadah di waktu malam) dan “fursan an-nahar” (pejuang-pejuang yang tangkas di waktu siang). Gerak tubuh mereka mengatakan:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. ( Al-Hasyr: 10),

Mereka tidak melakukan perkara kejahatan, tidak mengeluarkan percakapan yang keji. Mereka bersikap sabar dan belas kasihan, tulus ikhlas kepada Tuhan dengan tidak melakukan pekerjaan kerana seseorang dan tidak takut kepada sesiapa pun ketika berada di jalan Allah. Pada diri mereka terdapat tanda iman, bersemangat dan bekerja. Mereka bukanlah pendakwah yang malas atau lalai, dan bukan orang yang tenggelam dalam kesufian, bukan pendakwah yang memecah belahkan bangsa dan menanamkan perkauman sempit. Mereka adalah golongan pragmatik yang menyeru dari lapangan berkata-kata kepada lapangan bekerja. Mereka menjadikan dari hanya menyusun rancangan dan program kepada bidang perlaksanaan dan penilaian.

- Saudara-saudari, pemuda Jamaah sering menimbang antara akal dan emosi, material dan roh, pemerhatian dan bekerja, individu dan masyarakat, syura dan ketaatan, hak dan kewajipan, lama dan baru. Mereka bersederhana dalam pendirian tentang dakwah dan idea-idea yang lain. Mereka menikmati semangat yang baik dan jiwa yang besar.

- Mereka adalah orang yang membawa dan menggerakkan dakwah Islam ke sekolah, universiti, kampung dan taman. Mereka adalah orang yang memimpin manusia ke masjid-masjid dan mempamerkan teladan ketulusan pendakwah dan kemurniaan dakwah. Mereka adalah orang yang membayar dengan harga yang sangat mahal apabila bersemuka dengan pemerintah zalim dan diktator. Mereka adalah orang yang memperjuangkan orang-orang yang ditindas dan melindungi Revolusi bulan Januari daripada kegagalan; di mana mereka dengan pantas sedia menjadi korban. maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran, dan mereka tidak mengubah apa yang mereka janjikan sedikitpun. Mereka adalah manusia dari generasi baru, yang memiliki jiwa yang lurus, yang hidup untuk merealisasikan fikrah, yang bekerja untuk mencapai matlamat dan yang berjuang demi keyakinan dan pegangan mereka.

Sifat-sifat ini bukan terhasil pada hari ini, tetapi pemuda-pemuda jamaah telah terhasil sejak penubuhannya. Di sini kami ingin memetik ungkapan daripada penulis terkenal Ihsan Abdul Quddus, yang disiarkan dalam majalah Rose al-Youssef (13 September 1945) yang menerangkan tentang pemuda Ikhwan pada masa itu. Beliau berkata:

"Mereka ini sama seperti pemuda moden. Mereka tidak jumud seperti yang pernah diagungkan oleh golongan agama dan pengikut mereka, tidak kedengaran dalam perbualan mereka mantra kosong yang kita digunakan untuk membuat sesuatu darinya, tetapi mereka adalah golongan realistik yang boleh bercakap dengan anda tentang kehidupan dan tidak bercakap tentang kematian. Hati mereka ke langit, tetapi kaki mereka menjejak di atas bumi. Mereka sentiasa berusaha menyelesaikan, membincangkan masalah kehidupan, merasai suka dan duka. Kadang-kadang kita boleh mendengar di kalangan mereka yang mengeluarkan kata-kata lucu dan ada pula yang boleh membicarakan soal-soal ekonomi, undang-undang, kejuruteraan, dan perubatan."

- Sesungguhnya orang yang jauh dan dekat telah mengetahui tentang tahap kekuatan ikatan yang mengikat anggota Ikhwan antara satu sama lain. Imam dan pengasas mereka telah menjadikan ukhuwwah (persaudaraan) sebagai salah satu rukun Baiah yang sepuluh. Oleh sebab itu, pemuda Ikhwan adalah orang yang sangat mengambil berat Jamaah mereka dan orang yang paling menyayangi guru-guru dan pemimpin mereka.


Sumber: Blog Zadud duat



Saturday, May 12, 2012

Hukum Merayakan Hari Ibu



Mari sama-sama sorot tulisan ini.... Sempena Hari Ibu hari ini 13 Mei 2012

Hukum Merayakan Hari Ibu

Posted on Saturday, May 12 @ 19:32:15 PDT

Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh FitrahIslami

Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu.

Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun. Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.

2. Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).

(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .

3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.

4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:

1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.

2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:

“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”

6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:

Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.

7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:

Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”

8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:

1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.

2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.

3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.(Sumber: UBM)



- KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR -

SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.

2. Sambutan yang baik adalah dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.

3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

10. Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

PENUTUP.

Harus diingat, mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri.

Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan semoga dengan adanya garis panduan seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutanHari Bapa, Ibu, dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.

Disediakan oleh:

Jabatan Mufti Negeri Selangor.

(http://www.muftiselangor.gov.my/)

Wallahu ‘alam.

Sumber: Tranungkite online








Wednesday, May 9, 2012

Realiti Bangsa Melayu…satu pengamatan



Mari kita amati tulisan azizeehasan di dalam blongnya 'Petunjuk Sepanjang Jalan'

Hakikat yang perlu diakui bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa tonggak kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Bangsa Melayu telah memimpin dan menerajui kepimpinan negara sejak kemerdekaan hingga hari ini. Hak dan keistimewaan orang Melayu telah dijamin dan termaktub di dalam perlembagaan negara.

Apabila kita membicarakan persoalan Melayu, kita tidak terlepas dari membicarakan persoalan agama Islam. Artikel 3(1)Perlembagaan Malaysia menyebut agama Islam sebagai agama perseketuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Hari ini bangsa Melayu berdepan dengan pelbagai ancaman dan gugatan . Ancaman dalaman dan luaran yang menghakis hak dan identiti bangsa Melayu. Sejak 52 tahun kemerdekaan, banyak pencapaian yang telah kita perolehi dalam masa yang sama banyak juga hak dan kedudukan kita tergadai dan dipersoal.




Mungkin boleh kita renungankan artikel ucapan berikut sebagai iktibar :

Pada 6 Safar 1428H maka genaplah ulangtahun ke 50 kemerdekaan Negara. Dengan ini pelbagai babak perjuangan kemerdekaan yang di rintis oleh pejuang kemerdekaan dari kalangan ulama’, pencinta Islam dan kelompok nasionalis wajar direnung kembali. Sejarah telah merakam segala babak-babak perjuangan yang kekal abadi untuk dinilai oleh generasi akan mendatang. Sejak jeritan kemerdekaan dikumandangkan kita belum sempat melaksakan sebuah Muhasabah Nasional mengenai apakah kedudukan bangsa dan Islam itu sendiri di tanah air yang tercinta ini. Sejauh manakah martabat Islam dan status bangsa telah dapat di tegakan dan didaulatkan? Apakah yang terkorban dan apakah yang telah bangsa Melayu capai sepanjang usia 50 thaun ini? Apakah yang kita telah milikki dan apakah pula yang telah tergadai? Sejauhmanakah pengisian kemerdekaan Negara telah semakin mendekatkan bangsa Melayu kepada penghayatan dan pelaksanaan Islam selengkapnya ataukah disebaliknya kita sedang menyaksikan penghakisan ciri dan asas Islam pada bangsa Melayu itu sendiri.

Secara menyeluruh disaat ini kita sedang menyaksikan pelbagai krisis pada bangsa Melayu yang sedang melanda. Dahulunya umat bangsa Melayu pernah merasai kekuatan sebuah tamadun Islam yang unggul dan gemilang dirantau ini. Namun kini kita sedang dilanda awan mendung ketika de-Islamisasi (menyahkan Islam) sedang berlansung lewat asakkan faham liberal dan pluralisme agama yang disebarluaskan melalui faham secular Barat yang semakin menajam. Lebih malang lagi proses penghakisan Islam dari bangsa Melayu ini didalangi sendiri oleh golongan elit dari mereka yang menerajui kepimpinan Negara sekaligus didokongi oleh kelompok bijak pandai dari menara gading yang turut menyebarkan kefahaman sesat dan keliru atas nama kesarjanaan Islam.

Kemalapan bangsa Melayu sangat terasa dalam hampir pelbagai aspek. Kelemahan ekonomi,perpecahan politik,kelunturan daya intelaktual dan kekacauan akhlaq sudah menjadi wajah bangsa yang sangat meruncing. Jika analisis keadaan bangsa Melayu masa kini diteliti ,akan terdedah pelbagai penyakit bangsa yang memperihatinkan Pelbagai punca yang mengakibatkan masyarakat Melayu berada dalam keadaan yang amat mengkhuatirkan itu tidak dapat disangkal..

Sesungguhnya persoalan membina nasib bangsa bukan persoalan kecil. Malah sebuah bangsa yang di bebankan dengan.amanah mendokong cita-cita Islam adalah sangat besar dan berat.

Ketika kita membicarakan persoalan nasib bangsa inilah,kita tidak dapat mengenepikan hakikat bahawa kekuatan bangsa bersendikan agama. Dasar membangunkan bangsa semestinya terletak pada pegangan kukuh terhadap landasan agama.

Kami tidak dapat memisahkan isu membela nasib bangsa dengan mendokong Islam dalam konteks bangsa Melayu. Ini adalah kerana keduanya mempunyai hubugan sejarah yang tidak mungkin boleh diperkecilkan. Hijrah besar bangsa Melayu dari sebuah bangsa yang telah di warnai oleh kehidupan multi Tuhan kepada bangsa yang memegang kepada kepercayaan mentauhidkan Tuhan sudah tentu amat besar kesannya.

Bangsa Melayu bertauhidkan Allah inilah yang ingin kita bangunkan sehingga mampu menterjemahkan implikasi nemperhambakan diri hanya kepada Allah s.w.t dalam semua aspek kehidupan.

Lantaran itu kami melihat perjuangan memperkukuhkan nasib bangsa Melayu sebagai bahagian yang sebati dengang perjuangan menegakkan dan mendaulatkan Islam.

Persoalan kita sekarang ialah apakah bangsa Melayu kini masih mampu mengidentitikan dirinya dengan Islam. Realitinya , sesudah 50 tahun kemerdekaan tanah air, perbahasaan Melayu sebagai sinonim dengan Islam kerap bersandar kepada hujah definasi Melayu mengikut perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan pada hakikatnya lafaz yang terungkap dalam peruntukan undang-undang Negara itu tidak semestinya menggambarkan kenyataan sebenar. Bangsa Melayu sebagai sebuah ummah tidak semestinya menjadi Islam setepatnya selagi mana ia tidak menghayati segenap tuntutan Islam seutuhnya.

Akan tetapi kita tetap merasakan tuah yang bangsa Melayu dapat tumpang berdasarkan hujah Perlembagaan ini. Oleh itu perlu kita pertahankannya kerana ikatan bangsa Melayu sebagai bangsa Muslim secara undang-undang akan memberi kelebihan untuk memastikan hubungan Islam dan bangsa Melayu dapat di perkukuhkan.

Namun kita sangat memahami betapa jurang antara ‘keMelayuan’ dan ‘keIslaman’ secara kenyataanya semakin menjarak. Bagi kami sesungguhnya isu yang mendepani kita kini adalah bagaimana gugutan terhadap ‘keIslaman’ bangsa Melayu itu harus di tangani.

Kita sememangnya perlu cemas dan resah dengan apa yang sedang kita saksikan dalam realiti kehidupan bangsa ; dari kacau bilau pemikiran yang sedang dialami hinggalah kepada pengistiharaan keluar Islam ,dari kesesatan pegangan hidup hinggalah kepada keruntuhan akhlaq yang berleluasa, dari konflik kepimpinan sehingga kegoncangan institusi keluarga …………kita sewajarnya memberi perhatian serius terhadap situasi bangsa Melayu ini.

Soalnya apakah faktor yang sedang menyumbang kepada gugatan keiIslaman bangsa Melayu ini. Kita tidak wajar hanya menunding jari tetapi harus jujur menerima kenyataan bahawa sementara ada makar (rencana) dari pihak luar dan anasir dari dalam yang secara konsisten berusaha-ikhtiar menguasai umat Islam dan mencemar Islam itu sendiri, kita jangan samasekali leka terhadap kecuaian dan kealpaan bangsa kita sendiri terhadap amanah keIslaman yang kita bebani.

Ternyata kita masih sarat dengan kelemahan sendiri dalam melaksanakan tanggungjawap kita terhadap Islam.

Lantaran itu seluruh kelemahan seperti bersikap endah tak endah terhadap keilmuan Islam, tidak peduli kepada kerosakan akhlaq, mengambil ringan terhadap masalah pendidikan, tidak kisah dengan kerosakan budaya, memandang sepi terhadap kepincangan kepimpinan, tidak sensitif dengan kemalasan berusaha, kurang upaya dalam hidup berdikari, buta terhadap sejarah dan jatidiri bangsa ……….semua ini harus di banteras.

Kita tidak punya jalan lain melainkan melaksanakan sebuah transformasi menyeluruh ke atas bangsa Melayu dalam semua aspek yang disenaraikan tersebut. Kemerdekaan yang bermakna ialah kemerdekaan dari semua kelemahan diri sendiri setelah kemerdekaan tanah air dari penjajah. Perjuangan memerdekakan diri jenis inilah yang jauh lebih berat dari menghalau penjajah. Kerana ia melibatkan kesediaan untuk meyakini apa yang ada pada diri , berpegang kepada apa yang menjadi jatidiri dan menghayati apa yang menjadi pedoman hidup sebagai hamba kepada Illahi.

Sejauhmana kita bersedia melalui transformasi sejauh itulah darjah kemerdekaan kita. Selagi kita gagal membasmi diri dari penyakit- penyakit bangsa ini, selagi itu kita tidak boleh mendakwa kita telah merdeka.

Secara jujur kemerdekaan 50 tahun ini belum dapat di banggakan jika kita melakukan sebuah “semak-realiti” yang jujur jua. Bukan sahaja kita dapati kemajuan yang kita dakwa telah kita capai belum lagi mencecah tahap yang dapat di banggakan, kita harus juga gusar betapa pencapaian yang terhasil itu sendiri kini sedang menghadapi penghakisan. Secara ringkas sahaja kita dapat melihat kenyataan berikut sebagai realiti yang menyakitkan.:

1. Dulu Bahasa Melayu di gemilangkan sebagai bahasa ilmu dan bahasa tamadun, kini disisih hanya menjadi bahasa ungkapan malah dirosakan dengan sangat biadap sebagai hanya bahasa murahan. Bahasa Melayu hanya diperkasakan di atas kertas dan ucapan tetapi yang nyata ia tidak lebih dari hanya sebuah retorik tanpa tindakan.

2. Dulu kita punya lebih dari 4 juta hektar Tanah Rizab Melayu kini rekod di dalam daftar milik neger-negeri tidak membayangkan kenyataan sebenar pada zahir diatas tanah milik Melayu yang telah menjadi medan orang lain.

3. Dulu kita punya penempatan orang Melayu sebagai tempat asal di sekitar kawasan Bandar. Kini kita menyaksikan penempatan orang-orang Melayu lenyap di telan pembangunan Bandar yang tidak mengambilkira kesan sosio-budaya,ekonomi dan politik orang Melayu.

4. Dulu kita memiliki pelbagai khazanah dan tradisi kemasyarakatan yang sangat Islami dan murni, kini kita membiarkan warisan kita terhakis dan jikapun di kekalkan hanya menjadi bahan esksotik untuk tuntutan buat pelancong.

5. Dulu kita boleh berbangga dengan instuisi Melayu yang digah sebagai milik melayu seperti UDA,MARA,kini fungsi asal agensi berkenaan telah beralih menjadi badan korporat sehingga asset Melayu sudah dimilik-antarabangsakan atas nama pengkorporatan dan penswastaan yang lebih kompetitif.

6. Dulu kemurniaan pegangaan agama tidak digugat dengan faham sesat dan menyesatkan kini penyebaran faham SEKULARISME , LIBARELISME dan PLURALISME yang bercanggah dengan Islam semakin mendapat tempat dalam media massa dan menerobos sehingga ke pusat pengajian tinggi.

8.Dulu Syariah Islam tidak pernah dipersoal dan dicabar, kini sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam berani mencabar kedudukan undang-undang Islam dalam perundangan Negara.Malah.Instituisi-instituisi Islam di cabar dan kewibawaannya dipersoal dan kedudukan Islam dalam perlembagaan dipersempitkan.

9. Dulu kita punya asset hartanah yang banyak termasuk tanah wakaf, kini kerana ia tidak diurus dengan efisien dan semakin menghakis penguasaan ekonomi bangsa terutama dibandar, orang Melayu kehilangan banyak asset di banyak kawasan bandar dan desa. Kepincangan dan penyelewengan dalam pengurusan ekonomi bangsa melibatkan amalan korupsi ,kronisme dan nepotisme semakin berleluasa.Ekonomi Melayu dalam pelbagai sektor masih terkebelakang dan bergantung kepada subsidi berterusan dari pihak kerajaan.

10.Dulu bangsa Melayu kaya dengan kesopanan dan kesusilaan serta sangat sensititif kepada kerosakan akhlaq tetapi kini keruntuhan akhlaq dan ketidakstabilan sosial melanda umat Melayu sehingga mencetuskan krisis sahsiah yang semakin parah Penyalahgunaan dadah, Sumbang mahram, Buang anak, Lepak, Bohsia, Arak, Zina, Judi, Penceraian dan penderaaan dalam rumah tangga, Jenayah rogol, Pornografi dan pornoaksi, Metroseksual, Lumba haram, Mat rempit, Black metal, Gaya hidup artis yang liar, Akhlak dalam berpakaian dan bergaul yang keBaratan, Hiburan liar dan melampau, Pondan, lesbian dan gay, Hubungan luar nikah……….semua ini sudah menjadi fenomena tidak terkendali lagi.

11 Dulu kita telah mengujudkan pelbagai agensi pembangunan untuk memastikan pemacuan pembangunan Melayu berjalan lancar , namun banyak agensi tersebut kini menjadi agensi untuk mengawal kesetiaan orang Melayu kepada kehendak pihak tertentu dan banyak pula yang berubah fungsi sehingga agenda Melayu semakin terketepi hanya kerana pertimbangan politik sempit dan memberi keutamaan kepada soal keuntungan ekonomi.

12.Dulu kita dapat menikmati penghasilan karya-karya besar umat Melayu ketika memerangi penjajah semada dalam bentuk tulisan agung mahupun journalism kritikal yang membangkitkan kesadaran umat Melayu, kini kita dibanjiri oleh pelbagai tulisan murahan yang menghidangkan bahan yang memancing nafsu rendah manusia Melayu sehingga jatidiri dan pemikiran umat Melayu tidak terbentuk mengikut acuan yang kita harapkan sebagai umat bertamadun tinggi. Kelesuan daya intelektual umat Melayu keseluruhannya kini sedang menghadapi cabaran pemikiran asing yang di asak dengan agresif dari luar.

13. Dulu kita telah dapat merasa kesegaran dan bercambahnya usaha rakyat sendiri untuk mendirikan institusi pendidikan agama melalui Sekolah Agama Rakyat sehingga menyumbang kepada kelahiran ramai tokoh masyarakat yang disegani, kini kita menyaksikan tekanan kepada institusi tersebut sehingga prasangka negatif dilemparkan ke atasnya. Keberkesanan dan kualiti pendidikan umat Melayu tidak mencapai prestasi yang di harapkan, malah pembangunan pendidikan Islam tidak berkembang dengan lancar.

14. Dulu umat Melayu semuanya akan dibela tanpa pileh kaseh kerana agenda penting memastikan bangsa teras iaitu Melayu di Negara ini tidak tersiseh dari arus pembangunan, kini ternyata polisi pileh bulu yang mengkayakan kaum kerabat serta mereka yang setia menyokong penanung mereka akan menjadi keutamaan. Maka polarisasi ekonomi Melayu antara yang kaya dan yang miskin semakin melebar dan ketara. Umat Melayu terutama dikalangan golongan yang lemah terdedah kepada peminggiran, penyisihan dan alienisasi akibat dari model pembangunan yang meminggirkan golongan lemah.

15.Dulu kita memberi mandat supaya umat Melayu benar-benar dapat hidup dalam sebuah sistem yang merealisasikan erti Islam sebagai agama Persekutuan mengikut Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan, akan tetapi kini kita berhadapan dengan isu yang melingkari umat Islam di negara ini . Antaranya:

v Perumahan dan penampatan penduduk Islam yang semakin tidak terancang dengan sempurna

v Etika pemakaian Islam yang masih di persoalkan

v Penguatkuasaan enakmen syariah tidak dikuatkuasakan

v Penyeragaman undang-undang Islam masih belum sempurna

v Isu orang Islam yang,berkerja di sektor yang di haramkan oleh syarak’seperi pusat hiburan ,GRO dan kilang arak dan syarikat judi yang tidak diberi perhatian

v Penghinaan dan kritikan terhadap agensi-agensi Islam yang tidak di respon dengan berkesan

v Isu pengurusan tanah wakaf masih tidak berjalan dengan berkesan

v Perundangan dan penguatkuasaan undang-undang mengenai murtad dan jenayah syariah belum ditangani dengan sempurna

v Hubungan antara agama belum berlaku dengan harmonis akibat salah faham dan pra sangka terhadap umat Islam

v Syiar Islam seperti membaca asma’ul husna di sekolah dan azan dikawasan perumahan mula dipersoal.

v Kewibawaan instituisi fatwa yang belum cukup kukuh untuk mempengaruhi kehidupan umat

Demikianlah gambaran umum yang dapat kami hidangkan mengenai nasib umat Melayu setelah 50 tahun merdeka. Apakah ini menjadi senario selanjutnya untuk 50 tahun mendatang ? Jawapannya sangat bergantung kepada generasi kita pada hari ini.

Benar sekali ingatan Kalamullah dalam Surah Ar-Raad : 11 itu. Bahawa syarat perubahan sangat bergantung kepada unsur ikhtiari walaupun pertolongan dan ketentuan Allah juga tidak terlepas dari pegangan kita.

Dengan itu kita tidak punya pilihan melainkan suatu kebangkitan semula umat Melayu diusahakan. kini kita ingin menjadi mata rantai perubahan tersebut . Kita sedang menggariskan langkah perubahan umat Melayu yang bermula dari pemupukan kesadaran massa Melayu yang meluas terhadap pentingnya kita kembali kepada pengkalan kekuatan kita iaitu Islam. Selagi ini tidak tercapai kami berpendapat hasil yang diinginkan akan terbantut.

Selanjutnya semua gejala negatif dikalangan umat Melayu di semua peringkat akan cuba ditangani. Perubahan untuk melihat sebuah umat Melayu yang unggul akan hanya dapat kita jayakan dengan menggerakkan tarnsformasi berikut:

Transformasi tassawur (pandangan hidup) umat Melayu

Transformasi dan kesadaran dan penghayatan Islam umat Melayu

Transformasi minda dan jiwa Melayu

Transformasi kepimpinan Melayu

Transformasi pendidikan Melayu

Transformasi budaya Melayu

Transformasi sistem pentadbiran Melayu

Transformasi pengurusan institusi-institusi Melayu

Transfromasi ekonomi dan pengurusan asset orang Melayu

Transformasi kesatuan dan perpaduan Melayu

Jika agenda teransformasi semua ini menuju kepada satu arah iaitu membina umat Melayu yang merealisasikan semua perintah Allah S.W.T kami yakin bahawa senario wajah Melayu akan berubah. Jika ada komitmen sejati dan konsisten untuk menjayakan seluruh transfromasi ini kami cukup yakin generasi Melayu mendatang akan menghargai erti kemerdekaan yang sebenar.
(Ucapan Tn. Hj. Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden TERAS dalam satu seminar anjuran TERAS ).

Meneliti ucapan tersebut, jelaslah bahawa tugas memartabat dan mengangkat harakat bangsa Melayu amat berat dan kritikal. Sebagai organisasi dakwah, kita mestilah berusaha membangun dan memulih semula fungsi bangsa Melayu sebagai bangsa tonggak dan bangsa dakwah . Ia amat memerlukan kesedaran yang tinggi, semangat cinta yang mendalam terhadap bangsa disamping pelan induk pembangunan bangsa Melayu secara holistik dan bersepadu.


Menyorot pemikiran Hasan Al- Bana tentang konsep ketuanan bangsa, beliau menyatakan :

“ Arab adalah bangsa Islam yang pertama dan menjadi bangsa pilihan. Tepat sekali sabda Rasul s.a.w yang bermaksud :

“Apabila Arab lemah Islam juga akan lemah”

Islam tidak akan mampu disatukan dan dibangunkan. Setiap inci bumi Arab ini kita anggap sama seperti bumi dan tanahair sendiri. Sempadan geografi dan pecahan politik yang ada kini tidak mampu memisahkan kita selama-lamanya dengan kesatuan Arab Islam..

Islam yang suci ini lahir dalam budaya Arab dan sampai ke bangsa-bangsa lain melalui orang Arab. Kitab suci Islam juga berbahasa Arab. Seluruh bangsa bersatu di bawah nama Islam..” (dakwatuna fi thaurin jadid )

Dalam penyataan ini dirumuskan bahawa :

i. Sesiapa yang berbahasa Arab dia adalah Arab.

ii. Apabila lemah Arab lemahlah Islam.

iii. Arab adalah bangsa Islam yang awal dan bangsa terilih.

iv. Kebanggaan dengan Arab bukan bertitik tolak daripada semangat taksud, takbur dan memusuhi bangsa lain.


Prof. Dr.Abd. Hamid al-Ghazali membuat kajian, komentar dan ulasan baik tentang pemikiran Hasan Al-Bana mengenai isu ketuanan bangsa ( patriotisme & nasionalisme) di dalam bukunya Perkara Asas dalam Agenda Kebangkitan Ummah – mukasurat 230-236 edisi terjemahan, penerbit Teras Bakti.


Berdasarkan pemikiran Al-Bana dan perkaitannya dengan isu bangsa saya simpulkan seperti berikut :


1.Memperjuangkan agenda Melayu merupakan sebahagian dari tuntutan agama tanpa mengabaikan tuntutan menegakkan keadilan pada kaum-kaum lain. Ia bukan semata-mata isu perkauman.

2.Mempertahankan bangsa dan ketuanannya adalah alat mempertahankan ketuanan Islam. Ini kerana termaksud dalam perlembagaan Malaysia yang ditakrifkan Melayu itu adalah seorang yang beragama islam.

3.Kelangsungan Islam bergantung kepada sejauh mana usaha memperkasa bangsa Melayu sebagai bangsa tonggak dakwah.

4.Perlu ada reformasi dan transformasi secara besa-besaran bagi memartabatkan semula paksi kekuatan umat Melayu dalam semua aspek samada kepemimpinan, ekonomi, politik, pendidikan, sosial, agama dan institusi-institusi Melayu.

5.Mewujudkan semula jatidiri dalam jiwa orang Melayu Islam supaya ada semangat kasih dan bangga terhadap bangsa dan warisan sejarah keagungan mereka. Sejarah keagungan mereka adalah mata rantai rentetan sejarah keagungan umat Islam silam sebelum kedatangan penjajah menakluk bumi mereka.

6.Memperjuangkan Agenda Melayu adalah satu strategi dan wahana pembinaan Daulah Islam.

Sumber: Blog 'Petunjuk Sepanjang Jalan'.

Monday, May 7, 2012

Lagi Tentang Bersih......

Fitnah BERSIH


Menjawab kenyataan saya di facebook ;

“BERSIH adalah antara FITNAH yang besar, yang berlaku di bumi Melayu.”

Beberapa pengomentar meminta ulasan berkenaan apa yang saya timbulkan ini. Sebelum itu, ingin saya kongsikan pendapat saya berkenaan BERSIH. Tuntutan pilihanraya yang bersih sememangnya dibolehkan dalam Islam. Saya menyokong tuntutan-tuntutan BERSIH tetapi tidak bersetuju dengan cara dan perlaksanaan BERSIH yang dilihat terikut-ikut semangat “revolusi” Arab Spring. Saya berpandangan tidaklah salah, jika kita meminjam semangat-semangat perubahan ini, tetapi hendaklah kita pastikan semangat itu kembali semula pada Islam, iaitu kembali kepada neraca Al-Qur’an dan Sunnah dan bukanlah merujuk pada HRW (Human Right Watch) semata-mata.

Di mana agenda Islam?

Selain itu, perlaksanaan BERSIH yang dilihat kurang jelas pihak mana yang mendominasi perhimpunan tersebut menimbulkan tandatanya bagi saya.

Adakah agenda Islam yang dominan atau agenda puak Humanist?

Apakah agenda Islam dapat dimenangkan dengan BERSIH?

Percampuran Haq dan Batil dan berlaku percampuran agenda yang tidak jelas dominasinya. Adakah dominasi agenda Islam melebihi Jahiliyyah? Atau sebaliknya. Hal ini menimbulkan keraguan pada status BERSIH itu sendiri.

Semua ini tak lain tak bukan ialah persoalan-persoalan yang berlegar di kepala saya. Mungkin ada yang akan menjawab “rakyat” atau “masyarakat madani” yang mendominasi demonstrasi ini. Hendaklah kita ingat perhitungan terhadap sesuatu bukanlah bergantung pada kehendak rakyat dan masyarakat semata-mata tetapi perlu juga merujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah. Tidak dapat tidak, dominasi agenda Islam dalam masyarakat adalah perlu bagi menjamin hak-hak Islam dan mengelakkan pihak-pihak musuh menggunakan semangat rakyat ini sebagai batu loncatan untuk melaksanakan idea –idea busuk dan jijik mereka.

Fitnah Yang Besar

FITNAH 1.0, 2.0, 3.0…

Jika kita imbau kembali peristiwa Fitnah Pertama iaitu Fitnah Pembunuhan Uthman yang membawa kepada pertelingkahan antara Sayyidina Ali r.a dan Sayyidatina ‘Aisyah r.anha. ia juga merupakan perang saudara pertama dalam sejarah Islam. Peristiwa ini dikenali sebagai Perang Jamal.

Peperangan antara Pasukan Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a dan Pasukan Sayyidatina ‘Aisyah r.anha dalam Perang Jamal telah memecahkan kesatuan ummat pada ketika itu. Perang Jamal terjadi akibat daripada perbezaan pendapat orang-orang pada masa itu tentang penuntutan balas atas terbunuhnya Uthman dan pendapat Ali yang lebih mendahulukan untuk menyatukan kembali negara yang telah berpecah setelah terjadinya Fitnah Pembunuhan Uthman.

Jika diteliti sejarah, kedatangan Pasukan Ali ke Basrah pada awalnya ialah untuk menyatukan saf-saf umat pada awalnya dan bukanlah berniat untuk memerangi Pasukan ‘Aisyah tetapi untuk mengukuhkan kembali kesatuan Umat Islam.

Para pembunuh Sayyidina Uthman r.a mengetahui khabar tersebut dan menjadi cemas lalu mereka menyusun strategi bagi menimbulkan kekacauan antara kedua-dua pasukan.

Mereka menyerang Pasukan ‘Aisyah dan Pasukan ‘Aisyah menyangka Pasukan Ali yang menyerang mereka, lalu pasukan ‘Aisyah membalas kerana cuba pertahankan diri, lalu berlakulah peperangan besar antara mereka. Semuanya disebabkan oleh fitnah yang dicetuskan oleh pembunuh-pembunuh Uthman bagi memecahkan kesatuan Muslimin.

Kemudian berlaku pula Perang Siffin yang terus memecahkan ummat ini kepada Sunni dan Syiah dan fitnah tersebut berterusan hinggalah ke zaman Bani Umayyah dan seterusnya.

BERSIH 1.0, 2.0, 3.0…

Adakah BERSIH menyatukan saf umat Islam?

Adakah BERSIH mengurangkan sengketa yang menimpa umat?

Adakah semakin terjalin ukhuwwah dan persefahaman antara kita?

Jika kita lihat situasi BERSIH2.0 dan BERSIH3.0 berlaku sengketa antara Demonstrator dan Polis, Pembangkang dan Kerajaan, PAS dan UMNO.

Si Demonstrator dan Si Polis

Si Demonstrator memanggil Si Polis sebagai Anjing UMNO/Kerajaan. Si Polis pula memanggil Si Demonstrator sebagai Anjing Ambiga dan sebagainya.

Si Polis memukul Si Demonstrator dan Si Demonstrator memukul Si Polis.

Siapakah Si Polis dan Si Demonstrator?

Tak lain tak bukan, mereka ialah saudara kita sendiri, berdarah Melayu dan beragama Islam.

Tidakkah perkara-perkara yang berlaku ini membentuk bibit kebencian yang mendalam terhadap satu sama lain?

Sampaikan ada mahasiswa yang mahu polis dibunuh kerana ibunya dicederakan semasa BERSIH 3.0. Inilah suatu FITNAH yang membawa kepada perpecahan. Sedangkan umat ini dituntut untuk saling berkasih sayang, bersepakat dan bersatu atas isu-isu bersama dan berlapang dada dalam pendapat yang berbeza.

Saya memahami pihak terbabit inginkan keadilan dalam pilihanraya, media yang telus dan sebagainya. Tetapi adakah wajar 8 tuntutan tersebut dibayar dengan harga perpecahan umat?

Apa yang hendak saya utarakan di sini ialah bukan semata-mata berkenaan Si Polis dan Si Demonstrator. Tetapi mereka hanyalah sebagai wakil daripada golongan mayarakat iaitu pemimpin, penguasa dan rakyat, yang mana masing-masing mempunyai tugas dan amanah yang dipikul sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini.

Kesimpulan

Mengapa saya sebutkan kisah Perang Jamal dan BERSIH?

Fitnah Pembunuhan Uthman dan Perang Jamal merupakan permulaan titik perpecahan ummat Islam kepada kelompok-kelompok tertentu dan fitnah ini semestinya didalangi musuh Islam yang berusaha memecahkan kesatuan umat.

Jika kita lihat situasi di Tanah Melayu sekarang ini. Sudahlah orang Melayu Islam terpecah kepada dua parti(parti besar yang mewakili umat Melayu) , iaitu PAS dan UMNO, dan usaha untuk menyatukan mereka pada isu-isu umat sangat sukar, diadakan pula BERSIH yang penuh dengan syubhah dan fitnah yang mana menyukarkan lagi kesatuan ummat ini. Jangan kita menang sorak, kampung tergadai.

Solusinya, perlulah kita mengenali siapa musuh kita

Musuh Pasukan Ali bukanlah Pasukan ‘Aisyah dan begitu juga sebaliknya.

Musuh Si Demonstrator bukanlah Si Polis dan begitu juga sebaliknya.

Maka siapa musuh kita?

Tentunyalah anasir-anasir kafir dan jahiliyyahlah musuh kita, baik dalam jelmaan manusia, ideologi, pertubuhan dan sistem.

Umat ini wajib bersatu, kenang kembali kegemilangan kita yang lampau. Lihatlah, kesatuan kita dahulu merentas lautan, Empayar Melayu Melaka, Empayar Islam Acheh dan bermacam-macam empayar Islam di Nusantara yang mana dikepalai oleh orang Melayu. Pegang kembali jati diri kita yang asal, satukan AGENDA kita dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yang mungkin boleh memecahbelahkan kita.

Ingatlah, apa pun keputusan kita,

Jagalah Maqasid Syara’ yang lima,

Elakkan perpecahan sesama kita.

Oleh: Muslim bin Abdullah Zaik,

Aktivis ISMA

Sumber Ismaweb.net