“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Monday, December 24, 2012
Perubatan Islam : Al-Quran Sebagai Sumber Penyembuhan Segala Penyakit Rohani Dan Jasmani
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya : "Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Surah al-Israa ayat 82)
Dan Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus ayat 57)
Telah berkata Imam Ibn Qayyim: Al-Quran adalah penawar yang lengkap bagi semua jenis penyakit hati dan penyakit badan, penyakit dunia dan penyakit akhirat. Dan bukan semua orang layak dan berjaya untuk berubat dengan al-Quran. Jika orang mengubati itu menggunakan penawar ini dengan keyakinan dan keimanan, penerimaan yang penuh, iktikad yang kuat serta menepati semua syaratnya, maka tiada penyakit yang dapat mengatasinya.
Bagaimana penyakit mampu untuk mengatasi Kalam Tuhan sekalian bumi dan langit yang jika diturunkan kepada gunung akan berkecai atau diturunkan ke atas bumi akan terbelah?! Tidak ada suatu penyakit hati dan badan melainkan terdapat di dalam Al-Quran dalil yang menunjukkan ubat dan sebabnya. (Zadul Maad: 4/322-323)
Imam Ibn Qayyim menyebut lagi (Zadul Maad: 4/167-169): Ruqyah digunakan adalah untuk menjaga kesihatan dan mengubati penyakit.
Pertama: Menjaga Kesihatan, contohnya ada disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim:
Diriwayatkan dari Aisyah: Setiap kali Rasulullah SAW hendak tidur (malam hari) Nabi SAW menangkupkan kedua tangannya dan meniupnya setelah membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas, lalu mengusapkannya ke seluruh bagian tubuhnya. Dimulai dari kepala, wajah, dan bahagian depan tubuhnya. nabi SAW melakukannya tiga kali.
Dari Ibnu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al Baqarah, nescaya keduanya akan memeliharanya dari bencana." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kedua: Mengubati penyakit, contohnya ruqyah dengan surah al-Fatihah seperti apa yang disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim:
Diriwayatkan dari Abu Sa'id r.a.: Sebagian para sahabat Nabi SAW melakukan perjalanan hingga malam hari mereka tiba di suatu tempat yang menjadi daerah kekuasaan suatu suku Arab. Para sahabat Nabi SAW meminta para penduduk untuk memperlakukan mereka sebagai tamu, tetapi mereka menolak.
Kepala suku Arab itu digigit seekor ular berbisa dan orang-orang dari suku itu berusaha mengubatinya tetapi sia-sia. Mereka berkata (satu sama lain), 'Tidak ada yang dapat mengubatinya, pergilah kamu menemui orang-orang yang tinggal di daerah ini malam ini, mungkin mereka memiliki ubat penawar racun."
Beberapa orang menemui para sahabat nabi SAW dan berkata,"Wahai Kafilah pemimpin kami digigit ular berbisa. Kami telah berusaha mengubati semampu, tetapi sia-sia. Apakah kalian memiliki ubatnya?"
Salah seorang dari sahabat Nabi SAW berkata, "Ya, Demi Allah! Aku akan membaca ruqyah untuknya, tetapi kerana kami telah ditolak menjadi tamu kalian aku tidak dapat membacakan ruqyah kecuali apabila kalian memberikan kami upah untuk itu."
Mereka setuju membayar dengan sejumlah biri-biri. Kemudian salah seorang sahabat Nabi SAW pergi (Ke tempat mereka) dan membaca (ayat dari surah AlFatihah): Alhamdulillah Rabbal-alamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam), dan menipu tubuh si kepala suku yang seketika tampak sihat kembali, seakan-akan telah terbebas dari semacam ikatan, lalu bangun dan mulai berjalan, tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan, Mereka pun membayar dengan upah yang telah disepakati sebelumnya.
Sebagian dari mereka (Para sahabat Nabi SAW menyarankan agar mereka membagi rata upah itu, tetapi salah seorang dari mereka menolak dan berkata, "jangan dahulu dibagikan sebelum kita bertemu dengan Rasulullah SAW , untuk menceritakan apa yang telah kita alami, dan menunggu perintahnya."
Maka mereka pun pergi menemui Rasulullah SAW setelah mendengar seluruh cerita mereka, Rasulullah SAW bersabda, "Bagaimana kamu tahu Surah Al-Fatihah dapat dibacakan sebagai ruqyah?" Kemudian Nabi SAW menambahkan, "Apa yang telah kalian lakukan benar. bagi rata upah kalian, dan berilah aku bagian." sambil mengatakan hal itu Rasulullah SAW tersenyum jenaka.
Sahabat yang dimuliakan,
'Ubai ibnu Ka'ab pernah berkata: "Ketika aku sedang bersama-sama Nabi SAW seorang Badwi telah datang menemui baginda sambil berkata "Wahai Nabi Allah, aku mempunyai saudara yang sedang mengidap penyakit". Apa sakitnya tu tanya Rasulullah. "dia terkena penyakit gila", 'bawa dia kemari'.
Mangsa kemudiannya diletakkan dihadapan baginda SAW lalu baginda menjampi dengan membaca;Surah al-fatihah, empat ayat permulaan surah Al-Baqarah, dua ayat Al-Baqarah ayat 163 & 164, ayatul Qursi, tiga ayat terakhir surat Al-Baqarah, satu ayat dari surah Al-A'raf (ayat 54), akhir ayat dari surah Al-Mukminun (ayat 115 - 118); satu ayat dari surah Al-Jin (ayat 3), sepuluh ayat dari awal Surah As-Soffat, tiga ayat dari surah Al-Hasyar (ayat 21 - 23); surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas.
Sesudah itu mangsa itu pulih seperti sediakala seolah-olah tidak terjadi apa-apa ke atasnya.
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnadnya 35/106 dan Hakim dalam Mustadrak 4/458)
Firman Allah SWT :
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاآُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ ( ١١٥ )فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لا إِلَهَ إِلا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ)وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ ( ١١٧ )وَقُلْ رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ )وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ( ١١٨
Maksudnya : "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" Maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia. Dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya. Dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!" (Surah al-Mukminun ayat 115-118)
Rasulullah SAW pergi ke rumah seorang sahabat untuk menziarahinya. Setelah tiba, baginda mendapati sahabat tersebut sedang membacakan ruqyah kepada seorang pesakit. Setelah selesai, baginda bertanya apa yang dibacakan oleh sahabat tadi. Sahabat memberitahu bahawa dia membacakan al-Mukminun 115-118.
Lantas baginda memperakui ruqyah tersebut dan mengatakan bahawa jika seseorang itu yakin dan membacakan ayat tsbt sedangkan dia berada di atas sebuah gunung, nescaya gunung tersebut akan pecah."
(Hadis diriwayatkan oleh:-Abu Nuaim dalam Hilyatul Awliya 1/7-Thabarani dalam kitab al-Dua' m/s 331-Baihaqi dalam kitab al-Da'awat al-kabir 2/311-al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 12/312-Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq 14/40.
Dalam riwayat yang lain Al-Hakim, Abu Ya'la, Ibn Abi Hatim, Ibn Sunni dan al-Tarmizi meriwayatkan dari Ibn Masud bahawa beliau telah membaca ayat al-Quran (Surah al-Mukminun ayat 115-118) ke telinga seorang yang sakit, lalu sembuhlah dia. Nabi SAW telah bertanya kepadanya : "Apakah yang dibacanya itu? Beliau menjawab : "Ayat-ayat terakhir surah al-Mukminun." Nabi SAW bersabda (maksudnya) : "Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu." (Al-Darrul Manthur, tafsir ayat 115-118 surah al-Mukminun)
Berdasarkan hadis diatas ayat-ayat di dalam surah al-Mukminun (ayat 115-118) boleh menjadi penawar kepada banyak jenis penyakit samaada dibaca terus atau pada air untuk diminum pesakit. Ahli-ahli perubatan Islam juga sering menjadikan ayat ini sebagai benteng apabila berhadapan dengan gangguan jin dan syaitan.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW dalam mengatur kehidupan kita samaada bernegara, bermasyarakat dan berkeluarga. Pada masa yang sama jika terdapat penyakit hati, jiwa dan fizikal atau gangguan sihir maka gunakanlah ayat-ayat al-Quran kerana al-Quran adalah penawar segala penyakit. Yakinlah bahawa penyembuhan daripada segala penyakit adalah datangnya daripada Allah SWT bukan datangnya daripada ubat atau kepandaian kita. Kita disuruh berikhtiar dan berusaha dalam rangka ibadah dan perlu disertakan tawakkal dan berdoa kepada Allah SWT.
Sumber: http://abubasyer.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment