Pages

Tuesday, December 4, 2012

Ke mana halanya masa depan politik umat Islam ?

 Photo: "Dahulu, waktu saya muda saya sering dengar penceramah menyebut matlamat perjuangan mereka ialah menegakkan Negara Islam. Jadi ramai yang beranggapan bahawa Negara Islam belum ada, dan negara yang kita tinggal di dalamnya hari ini bukan negara Islam. 

Sehingga ada yang berpendapat bahawa Muslim yang tinggal dalam negara Islam seperti Malaysia hari ini, sebagai Muslim Zimmi.

Dari titik tolak ini mereka berjuang, sampai satu tahap mereka berdepan dengan satu soalan; Apakah konsep Negara Islam yang mereka mahu? 

Boleh jadi sukar untuk mencari jawapan, akhirnya mereka mendapati Negara Islam sama dengan nilai-nilai "Good Governance", "Democratic", pemisahan kuasa dan seumpamanya. Lalu mereka kata, Islam bukan pentingkan nama atau syakal(bentuk) luaran, yang penting ialah perisiannya. Lagi pun istilah Negara Islam tidak ada dalam Quran.

Suatu masa dahulu saya pun beranggapan begitu, saya memperjuangkan Negara Islam. Namun saya berhenti setakat itu. Saya berpeluang mengkaji. Saya meneliti ungkapan Imam al Banna yang sering dijadikan rujukan oleh para pendakwah di Malaysia.

Saya dapati Al Banna tidak menggunakan ibarat/ungkapan itu. Sebaliknya beliau menganggap Mesir sebagai Negara Islam dan matlamat perjuangan Ikhwan Muslimun ialah membebaskan negara dari penjajahan dan mengislah hukumah(sistem pemerintahan/kerajaan). 

Ini bermakna dalam pemikiran Al-Banna, Negara Islam sudah wujud, ia wujud sebelum penjajahan dan kekal Islam selepas penjajahan.

Apa yang diperjuangkan ialah memperbaiki dan menyelamatkan negara dari kesan penjajahan serta mengislahkan pemerintahan.

Atas tassawur(cara berfikir) yang sama saya melihat Malaysia. Kita sudah punyai negara dan Malaysia adalah Negara Islam. Apa yang kurang ialah dari segi perlaksanaan. 

Imam Al Banna menjadikan Islam yang syumul sebagai asas gagasannya. Beliau menulis tentang pengislahan dalam sistem politik, sistem ekonomi, sistem sosial, sistem pendidikan dan begitulah seterusnya.

Jadi yang lebih tepat untuk di ungkapkan ialah menegakkan sistem pemerintahan Islam. Kita tidak perlu menafikan istilah Negara Islam atas alasan bahawa ia tidak wujud dalam Al Quran.

Yang penting ialah apakah sistem pemerintahan Islam yang kita mahu ? 

Akhir-akhir ini ada pula golongan yang beranggapan bahawa sistem Sekular lebih baik atas alasan yang sama. 

Bagi saya perlembagaan Malaysia adalah sebuah perlembagaan yang Islamik kalau mungkin masih ada kekurangannya. Saya percaya penggubal perlembagaan dulu seperti Hakim Abdul Hamid seorang yang faham sistem pemerintahan Islam.

Dapat dibayangkan di waktu penubuhan Malaysia adalah sukar bagi Malaysia untuk mendapatkan seorang pemimpin yang memenuhi syarat seperti yang ditentukan dalam Kitab Fekah.

Namun perlembagaan di bentuk atas andaian andai kata perkara tersebut berlaku dan memang itulah yang berlaku, Islam masih terjaga dan Masoleh(kemaslahatan) Muslimin masih dipertahankan.

Boleh dikatakan bahawa perlembagaan Malaysia secara subtainnya berlandaskan Maqasid Syarak.

Justeru apa yang perlu diperjuangkan dalam politik Malaysia ialah meneruskan usaha membina kekuatan politik orang Melayu/Islam sehingga ia menjadi lebih kukuh dan kuasa tawar menawarnya lebih kuat.

Saya tidak menjangkakan dalam tempoh terdekat ini melalui orientasi politik yang ada sistem politik dan pentadbiran Malaysia akan berubah ke arah Islam seperti yang sewajarnya.

Dengan maksud kita memiliki pemimpin yang cukup syarat dari sudut Quwwah(kekuatan) dan amanahnya yang mampu melaksanakan pemerintahan berlandaskan hukum-hakam Islam sepenuhnya. 

Apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan Masalih/Maslahah Muslimin(orang Islam) dan urusan kehidupan Muslimin terus terjaga. Untuk itu, mengukuhkan kuasa tawar menawar umat Islam adalah matlamat politik yang boleh dicapai jika umat Islam bersepakat.

Demikian seharusnya panduan dalam perjuangan politik Islam di Malaysia. 

Dalam kita ghairah hendak memperbetulkan salah laku pemimpin politik dalam mentadbir negara, jangan kita korbankan "Dominasi kuasa orang Islam" dalam politik negara. Kerana jika terlepas kuasa politik dari tangan orang Islam Malaysia boleh membawa akibat status dari negara Islam kepada bukan Islam. 

Ini kerana Ulama' menakrifkan Negara Islam ialah negara di mana kuasa Alhallu Wal Aqdu/ (pembuat dasar) berada dalam tangan orang Islam. 

Kalau pembuatan dasar dalam negara ini didominasi oleh bukan Islam atau Islam liberal samada dengan memartabatkan nilai hak asasi manusia ala barat, Liberalisma, Pluralisma, Sekularisma, (budhisma , kristianisma), Sosialisma, Komunisma, dan sebagainya maka akibat kepada status negara, adalah lebih berat.

Pada penilain saya pembentukan dasar pemerintahan hari ini banyak dibentuk oleh kelemahan kedudukan Muslimin/Melayu pada awal kemerdekaan. Faktor kelemahan dalam tawar menawar semasa menuntut kemerdekaan dahulu.

Sepatutnya berlaku istidrak/pembetulan semula terhadap dasar tolak ansur yang diberikan dengan membina semula kekukuhan kedudukan politik orang Islam. 

Mereka sepatutnya bertitik tolak dari yang ada bergerak ke arah pembaikan dan penyempurnaan. Namun ia tidak menjurus ke arah itu. 

Pemimpin Islam tidak menganggap itu format terbaik, mungkin kerana lemah penguasaan Islam atau tak sampai kefahaman Islam menyebabkan mereka berpada dengan apa yang telah dicapai.

Sebaliknya, bukan Islam terus berjuang dan berusaha bagi mencapai kesamarataan, pada kala orang Islam masih kekal di takuk lama.

Justeru percaturan politik hari lebih sukar dari semata mata menukar kerajaan. Isunya ialah kemana arahnya perjuangan Islam dan ke mana halanya masa depan politik umat Islam ?
________

Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
"Dahulu, waktu saya muda saya sering dengar penceramah menyebut matlamat perjuangan mereka ialah menegakkan Negara Islam. Jadi ramai yang beranggapan bahawa Negara Islam belum ada, dan negara yang kita tinggal di dalamnya hari ini bukan negara Islam.

Sehingga ada yang berpendapat bahawa Muslim yang tinggal dalam negara Islam seperti Malaysia hari ini, sebagai Muslim Zimmi.

Dari titik tolak ini mereka berjuang, sampai satu tahap mereka berdepan dengan satu soalan; Apakah konsep Negara Islam yang mereka mahu?

Boleh jadi sukar untuk mencari jawapan, akhirnya mereka mendapati Negara Islam sama dengan nilai-nilai "Good Governance", "Democratic", pemisahan kuasa dan seumpamanya. Lalu mereka kata, Islam bukan pentingkan nama atau syakal(bentuk) luaran, yang penting ialah perisiannya. Lagi pun istilah Negara Islam tidak ada dalam Quran.

Suatu masa dahulu saya pun beranggapan begitu, saya memperjuangkan Negara Islam. Namun saya berhenti setakat itu. Saya berpeluang mengkaji. Saya meneliti ungkapan Imam al Banna yang sering dijadikan rujukan oleh para pendakwah di Malaysia.
 
Saya dapati Al Banna tidak menggunakan ibarat/ungkapan itu. Sebaliknya beliau menganggap Mesir sebagai Negara Islam dan matlamat perjuangan Ikhwan Muslimun ialah membebaskan negara dari penjajahan dan mengislah hukumah(sistem pemerintahan/kerajaan).

Ini bermakna dalam pemikiran Al-Banna, Negara Islam sudah wujud, ia wujud sebelum penjajahan dan kekal Islam selepas penjajahan.

Apa yang diperjuangkan ialah memperbaiki dan menyelamatkan negara dari kesan penjajahan serta mengislahkan pemerintahan.

Atas tassawur(cara berfikir) yang sama saya melihat Malaysia. Kita sudah punyai negara dan Malaysia adalah Negara Islam. Apa yang kurang ialah dari segi perlaksanaan.

Imam Al Banna menjadikan Islam yang syumul sebagai asas gagasannya. Beliau menulis tentang pengislahan dalam sistem politik, sistem ekonomi, sistem sosial, sistem pendidikan dan begitulah seterusnya.

Jadi yang lebih tepat untuk di ungkapkan ialah menegakkan sistem pemerintahan Islam. Kita tidak perlu menafikan istilah Negara Islam atas alasan bahawa ia tidak wujud dalam Al Quran.

Yang penting ialah apakah sistem pemerintahan Islam yang kita mahu ?

Akhir-akhir ini ada pula golongan yang beranggapan bahawa sistem Sekular lebih baik atas alasan yang sama.

Bagi saya perlembagaan Malaysia adalah sebuah perlembagaan yang Islamik kalau mungkin masih ada kekurangannya. Saya percaya penggubal perlembagaan dulu seperti Hakim Abdul Hamid seorang yang faham sistem pemerintahan Islam.

Dapat dibayangkan di waktu penubuhan Malaysia adalah sukar bagi Malaysia untuk mendapatkan seorang pemimpin yang memenuhi syarat seperti yang ditentukan dalam Kitab Fekah.

Namun perlembagaan dibentuk atas andaian andai kata perkara tersebut berlaku dan memang itulah yang berlaku, Islam masih terjaga dan Masoleh(kemaslahatan) Muslimin masih dipertahankan.

Boleh dikatakan bahawa perlembagaan Malaysia secara subtainnya berlandaskan Maqasid Syarak.

Justeru apa yang perlu diperjuangkan dalam politik Malaysia ialah meneruskan usaha membina kekuatan politik orang Melayu/Islam sehingga ia menjadi lebih kukuh dan kuasa tawar menawarnya lebih kuat.

Saya tidak menjangkakan dalam tempoh terdekat ini melalui orientasi politik yang ada sistem politik dan pentadbiran Malaysia akan berubah ke arah Islam seperti yang sewajarnya.

Dengan maksud kita memiliki pemimpin yang cukup syarat dari sudut Quwwah(kekuatan) dan amanahnya yang mampu melaksanakan pemerintahan berlandaskan hukum-hakam Islam sepenuhnya.

Apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan Masalih/Maslahah Muslimin(orang Islam) dan urusan kehidupan Muslimin terus terjaga. Untuk itu, mengukuhkan kuasa tawar menawar umat Islam adalah matlamat politik yang boleh dicapai jika umat Islam bersepakat.

Demikian seharusnya panduan dalam perjuangan politik Islam di Malaysia.

Dalam kita ghairah hendak memperbetulkan salah laku pemimpin politik dalam mentadbir negara, jangan kita korbankan "Dominasi kuasa orang Islam" dalam politik negara. Kerana jika terlepas kuasa politik dari tangan orang Islam Malaysia boleh membawa akibat status dari negara Islam kepada bukan Islam.

Ini kerana Ulama' menakrifkan Negara Islam ialah negara di mana kuasa Alhallu Wal Aqdu/ (pembuat dasar) berada dalam tangan orang Islam.

Kalau pembuatan dasar dalam negara ini didominasi oleh bukan Islam atau Islam liberal samada dengan memartabatkan nilai hak asasi manusia ala barat, Liberalisma, Pluralisma, Sekularisma, (budhisma , kristianisma), Sosialisma, Komunisma, dan sebagainya maka akibat kepada status negara, adalah lebih berat.

Pada penilain saya pembentukan dasar pemerintahan hari ini banyak dibentuk oleh kelemahan kedudukan Muslimin/Melayu pada awal kemerdekaan. Faktor kelemahan dalam tawar menawar semasa menuntut kemerdekaan dahulu.

Sepatutnya berlaku istidrak/pembetulan semula terhadap dasar tolak ansur yang diberikan dengan membina semula kekukuhan kedudukan politik orang Islam.

Mereka sepatutnya bertitik tolak dari yang ada bergerak ke arah pembaikan dan penyempurnaan. Namun ia tidak menjurus ke arah itu.

Pemimpin Islam tidak menganggap itu format terbaik, mungkin kerana lemah penguasaan Islam atau tak sampai kefahaman Islam menyebabkan mereka berpada dengan apa yang telah dicapai.

Sebaliknya, bukan Islam terus berjuang dan berusaha bagi mencapai kesamarataan, pada kala orang Islam masih kekal di takuk lama.

Justeru percaturan politik hari ini lebih sukar dari semata mata menukar kerajaan. Isunya ialah kemana arahnya perjuangan Islam dan ke mana halanya masa depan politik umat Islam ?
 

No comments:

Post a Comment