Pages

Tuesday, April 30, 2013

Sedikit Catatan.......Ke tanah Suci.


Pada 13 hb. April 2013, hari Sabtu, sekali lagi saya diberikan kesempatan oleh Allah SWT. untuk berkunjung ke Tanah Suci Makkah al Mukarramah dan Madinah al munawwarah. Kali ini untuk melaksanakan Ibadah Umrah yang disertai oleh isteri dan dua orang anak, Nasibah dan Husnul Arif.

Bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud dengan penerbangan MAS pada pukul 9.30 pagi 13 hb. April  menuju KLIA dan pada pukul 3.00 petangnya menaiki pesawat Saudi Airline menuju Jeddah. Kemudian terus menaiki bas bersama ahli rombongan yang lain seramai 39 orang menuju Madinah. Sampai di Madinah lebih kurang pukul 4.30 pagi waktu tempatan dan terus ke Hotel Mubarak Silver. Kami dipimpin oleh seorang mutawif yang bernama Ustaz Syafiq.

Berada di Madinah sehingga 17 hb. April, hari Rabu. Selepas solat zohor kami bertolak ke Mekah. Singgah di Masjid Bir Ali untuk sembahyang sunat ihram dan berniat ihram. Sampai di Mekah lebih kurang pukul 9.30 malam. Terus dibawa ke Hotel Malak Ajyad, yang letaknya lebih kurang 400 meter daripada Masjidil Haram. Alhamdulillah, selama berada di Mekah sempat juga melakukan 4 kali umrah.

Pada 26 hb. April 2013, hari Jumaat, lebih kurang pukul 3.00 petang kami bertolak meninggalkan Mekah menuju Jedah, setelah berada di sana selama lebih kurang 10 hari. Kami sekali lagi menaiki pesawat Saudi dan berlepas pada pukul 11.20 malam kembali ke Malaysia.

Sampai di Lapangan Terbang KLIA lebih kurang pukul satu tengahari. Sempat berjumpa anak dan menantu saya, Abdul Hafiz dan Masmira serta adik ipar, Zulpata dan isteri serta anaknya. Kami seterusnya menaiki pesawat MAS untuk pulang ke Terengganu. Bertolak dari KLIA pukul 8.00 malam dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pukul 9.45 malam.

Ayah,dan keluarga sudah sedia menunggu di Airport. Hadir sama ialah kawan saya, Haji Razali Salam Setelah solat jama' ta'khir di surau airport saya dan keluarga pulang ke rumah kami di Gong Badak menaiki kenderaan Haji Razali Salam.

Setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT. kerana memudahkan segala urusan saya dan keluarga.



Tuesday, April 9, 2013

KENAPA ISMA BERBEZA?


Ramai yang bertanya, kenapa ISMA ambil pendirian berbeza berbanding NGO lain?

J. Salah satu factor ialah kerana ISMA mahu konsisten berpegang kepada matlamat asal perjuangan iaitu untuk MENEGAKKAN negara (kekuasaan) Islam yang menjadi sebab wujud kepada gerakan Islam itu sendiri.

Penjelasan

Secara umumnya matlamat perjuangan ISMA ialah untuk mengembalikan kehidupan Islam dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat dan kuasa politik adalah sebahagian daripadanya.

Oleh itu dalam menjalankan usaha-usaha dakwah, mendidik dan mentarbiah masyarakat, ISMA juga jelas pandangan dalam politik, kerana pemerintahan Islam adalah sebahagian dari objektif ISMA.

ISMA mengkaji realiti politik di Malaysia yang terdiri dari intitusi-intitusi pemerintahan, parti-parti politik, badan badan pendesak, tokoh tokoh dan factor yang mempengaruh dari dalam dan luar negara.
ISMA juga membaca senario politik semasa dengan penuh ketekunan. mencari jawapan yang kongkrit apa implikasi percaturan politik yang ada kepada agenda negara Islam?.

Setelah membuat perhintungan yang teliti, ISMA buat kesimpulan bahawa percaturan politik semasa tidak menjurus kepada matlamat negara Islam. Sebaliknya agenda Islam mungkin terpelanting jauh kebelakang.

Senario yang sama juga sedang berlaku diluar negara.

Walaupun puak Islam telah sampai ke tampuk kuasa tetapi agenda Islam masih terapung-apung. Dengan sedikit perbandingan didapati bahawa senario serupa sedang berlaku di Malaysia.

Bahkan ISMA merasakan bahawa senario Malaysia mungkin lebih teruk kerana gerakan Islam tidak dominen dan dari awal bertolak ansur dengan agenda mereka.

Jika berlaku krisis selepas pilihan raya, amat sukar perjuangan politik Islam dan melayu dapat dipertahankan. Gerakan sivil soceity dan badan-badan hak asasi akan terus mencabar kedudukan Islam dan orang Melayu kerah memangkin agenda liberal dan multiracial.

Apa lagi semua parti pembangkang dari awal memperjuangkan konsep pemerintahan melangkaui agama dan kaum. Dan persepsi umum telah menerima bahawa Malaysia menjadi negara sivil yang tidak berteraskan agama maupun bangsa.

Oleh itu ISMA tidak melihat percaturan politik yang ada boleh menyampaikan kepada cita-cita negara (mengukuhkan kekuasaan) Islam. Sebaliknya umat Islam perlu memilih cara lain diluar kerangka politk perebutan kuasa.

ISMA berpendapat bahawa umat islam khusunya orang Melayu perlu menginsafi keadaan dan kembali kepangkal jalan, kembali bersatu atas quran dan sunnah. memperbetulkan kesilapan lalu dan merangka semula struktur politik demi mendaulatkan agama dan bangsa.

Itulah pendirian ISMA yang ikhlas dan jujur demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Dan kerana itu ISMA bertegass untuk tidak terperangkap dalam kepompong politik kepartian yang akhirnya akan menyebabkan ia gagal melihat kepentingan umat mengatasi kepentingan puak dan kumpulan.

ISMA melihat kepada UMNO secara objektif. ISMA tidak terpengaruh dengan persepsi buruk yang dibentuk terhadap UMNO. Ada perkara buruk yang dilakukan oleh UMNO kita ingkari dan banyak perkara baik yang dilakukan kita puji. Kelakuan buruk bukan sifat lazim mana-mana individu maupun organisasi, mungkin ada kelalaian, penyelewengan dan pelanggaran.

UMNO adalah aset penting dalam pejuangan orang Melayu dan Islam. Dalam situasi hari ini kita memerlukan keinsafan daripada UMNO agar kembali kepada kesetiaan dan kejujuran dalam perjuangan agama dan bangsa.

Sebagaimana PAS juga aset.

ISMA tidak menentang dasar pejuangan PAS tetapi ISMA berbeza dengan PAS dalam beberapa isu berkaitan pendekatan merialisasikan matlamat negara Islam.

ISMA melihat kesepakatan umat Islam khususnya orang melayu dan badan-badan mewakili mereka adalah langkah yang paling menjamin kearah cita-cita negara Islam biar pun ia tidak sempurna memenuhi semua syarat dan rukun.

Dalam senario yang ada teori "membina atas keruntuhan" mungkin tyda membawa kita ke distinasi yang kita tujui, kerana yang akan diruntuhkan sama ialah tapak yang mahu kita bina diatasnya dan akan kita bina ialah bangunan lain bukan yang kita cita-citakan.

Kerana itu ISMA mengambil pendirian berbeza.


Sumber: Fb Abdullah zaik Abdul Rahman.

Wednesday, April 3, 2013

Fatwa MESIR Larang Nada Dering Al-Quran dan Azan



Lembaga fatwa Mesir,pada hari Isnin (1/4) mengeluarkan sebuah fatwa  yang mengharamkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran atau suara azan sebagai nada dering untuk telefon bimbit.
Fatwa tersebut menyebutkan,”Al-Quran adalah firman Allah yang diturunkan kepada Rasul-Nya Muhammad SAW, dan kita diperintahkan untuk menghormatinya serta mengagungkannya dan memperlakukannya dengan cara yang berbeza dari yang lainnya, sebagaimana tidak diperbolehkan meletakkan kitab/buku diatas Mushaf, karena ia adalah “tinggi” dan tidak ada yang lebih “tinggi” darinya.”
Fatwa tersebut menjelaskan bahwa keutamaan Firman Allah dibanding perkataan yang lain seperti keutamaan Allah dibanding semua cipyaan-Nya, oleh karena itu sangat tidak layak dan tidak beradab jika menjadikan Firmannya sebagai nada dering sebuah telefon, karena hal itu menyia-nyiakan kesucian Al-Quran Al-Karim yang diturunkan oleh Allah sebagai zikir serta menjadikan membacanya sebagai Ibadah, dan bukan untuk digunakan dalam hal-hal yang menurunkan serta merendahkan nilai ayat-ayat Al-Quran dan keluar dari kerangka Syar’i.
Fatwa tersebut juga mengungkapkan bahwa penggunaan ayat Al-Quran sebagai nada dering akan memalingkan manusia dari tadabbur ayat kepada perhatian terhadap menjawab panggilan masuk, dan juga akan memotong ayat sehingga terkadang bisa merubah makna.
Ketentuan yang sama juga di kenakan pada penggunaan suara adzan sebagai nada dering, kerana Azan di syariatkan sebagai pemberitahuan masuknya waktu salat, sehingga menjadikannya sebagai nada dering akan membingungkan dan mengaburkan masuknya waktu salat, serta hal itu juga termasuk menempatkan hal yang “sakral” pada tempat yang tidak layak. (hr/IM)
 
Sumber:  http://satuumat.blogspot.com/2013/04/fatwa-mesir-larang-nada-dering-al-quran.html