Pages

Tuesday, April 9, 2013

KENAPA ISMA BERBEZA?


Ramai yang bertanya, kenapa ISMA ambil pendirian berbeza berbanding NGO lain?

J. Salah satu factor ialah kerana ISMA mahu konsisten berpegang kepada matlamat asal perjuangan iaitu untuk MENEGAKKAN negara (kekuasaan) Islam yang menjadi sebab wujud kepada gerakan Islam itu sendiri.

Penjelasan

Secara umumnya matlamat perjuangan ISMA ialah untuk mengembalikan kehidupan Islam dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat dan kuasa politik adalah sebahagian daripadanya.

Oleh itu dalam menjalankan usaha-usaha dakwah, mendidik dan mentarbiah masyarakat, ISMA juga jelas pandangan dalam politik, kerana pemerintahan Islam adalah sebahagian dari objektif ISMA.

ISMA mengkaji realiti politik di Malaysia yang terdiri dari intitusi-intitusi pemerintahan, parti-parti politik, badan badan pendesak, tokoh tokoh dan factor yang mempengaruh dari dalam dan luar negara.
ISMA juga membaca senario politik semasa dengan penuh ketekunan. mencari jawapan yang kongkrit apa implikasi percaturan politik yang ada kepada agenda negara Islam?.

Setelah membuat perhintungan yang teliti, ISMA buat kesimpulan bahawa percaturan politik semasa tidak menjurus kepada matlamat negara Islam. Sebaliknya agenda Islam mungkin terpelanting jauh kebelakang.

Senario yang sama juga sedang berlaku diluar negara.

Walaupun puak Islam telah sampai ke tampuk kuasa tetapi agenda Islam masih terapung-apung. Dengan sedikit perbandingan didapati bahawa senario serupa sedang berlaku di Malaysia.

Bahkan ISMA merasakan bahawa senario Malaysia mungkin lebih teruk kerana gerakan Islam tidak dominen dan dari awal bertolak ansur dengan agenda mereka.

Jika berlaku krisis selepas pilihan raya, amat sukar perjuangan politik Islam dan melayu dapat dipertahankan. Gerakan sivil soceity dan badan-badan hak asasi akan terus mencabar kedudukan Islam dan orang Melayu kerah memangkin agenda liberal dan multiracial.

Apa lagi semua parti pembangkang dari awal memperjuangkan konsep pemerintahan melangkaui agama dan kaum. Dan persepsi umum telah menerima bahawa Malaysia menjadi negara sivil yang tidak berteraskan agama maupun bangsa.

Oleh itu ISMA tidak melihat percaturan politik yang ada boleh menyampaikan kepada cita-cita negara (mengukuhkan kekuasaan) Islam. Sebaliknya umat Islam perlu memilih cara lain diluar kerangka politk perebutan kuasa.

ISMA berpendapat bahawa umat islam khusunya orang Melayu perlu menginsafi keadaan dan kembali kepangkal jalan, kembali bersatu atas quran dan sunnah. memperbetulkan kesilapan lalu dan merangka semula struktur politik demi mendaulatkan agama dan bangsa.

Itulah pendirian ISMA yang ikhlas dan jujur demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Dan kerana itu ISMA bertegass untuk tidak terperangkap dalam kepompong politik kepartian yang akhirnya akan menyebabkan ia gagal melihat kepentingan umat mengatasi kepentingan puak dan kumpulan.

ISMA melihat kepada UMNO secara objektif. ISMA tidak terpengaruh dengan persepsi buruk yang dibentuk terhadap UMNO. Ada perkara buruk yang dilakukan oleh UMNO kita ingkari dan banyak perkara baik yang dilakukan kita puji. Kelakuan buruk bukan sifat lazim mana-mana individu maupun organisasi, mungkin ada kelalaian, penyelewengan dan pelanggaran.

UMNO adalah aset penting dalam pejuangan orang Melayu dan Islam. Dalam situasi hari ini kita memerlukan keinsafan daripada UMNO agar kembali kepada kesetiaan dan kejujuran dalam perjuangan agama dan bangsa.

Sebagaimana PAS juga aset.

ISMA tidak menentang dasar pejuangan PAS tetapi ISMA berbeza dengan PAS dalam beberapa isu berkaitan pendekatan merialisasikan matlamat negara Islam.

ISMA melihat kesepakatan umat Islam khususnya orang melayu dan badan-badan mewakili mereka adalah langkah yang paling menjamin kearah cita-cita negara Islam biar pun ia tidak sempurna memenuhi semua syarat dan rukun.

Dalam senario yang ada teori "membina atas keruntuhan" mungkin tyda membawa kita ke distinasi yang kita tujui, kerana yang akan diruntuhkan sama ialah tapak yang mahu kita bina diatasnya dan akan kita bina ialah bangunan lain bukan yang kita cita-citakan.

Kerana itu ISMA mengambil pendirian berbeza.


Sumber: Fb Abdullah zaik Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment