“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Tuesday, April 30, 2013
Sedikit Catatan.......Ke tanah Suci.
Pada 13 hb. April 2013, hari Sabtu, sekali lagi saya diberikan kesempatan oleh Allah SWT. untuk berkunjung ke Tanah Suci Makkah al Mukarramah dan Madinah al munawwarah. Kali ini untuk melaksanakan Ibadah Umrah yang disertai oleh isteri dan dua orang anak, Nasibah dan Husnul Arif.
Bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud dengan penerbangan MAS pada pukul 9.30 pagi 13 hb. April menuju KLIA dan pada pukul 3.00 petangnya menaiki pesawat Saudi Airline menuju Jeddah. Kemudian terus menaiki bas bersama ahli rombongan yang lain seramai 39 orang menuju Madinah. Sampai di Madinah lebih kurang pukul 4.30 pagi waktu tempatan dan terus ke Hotel Mubarak Silver. Kami dipimpin oleh seorang mutawif yang bernama Ustaz Syafiq.
Berada di Madinah sehingga 17 hb. April, hari Rabu. Selepas solat zohor kami bertolak ke Mekah. Singgah di Masjid Bir Ali untuk sembahyang sunat ihram dan berniat ihram. Sampai di Mekah lebih kurang pukul 9.30 malam. Terus dibawa ke Hotel Malak Ajyad, yang letaknya lebih kurang 400 meter daripada Masjidil Haram. Alhamdulillah, selama berada di Mekah sempat juga melakukan 4 kali umrah.
Pada 26 hb. April 2013, hari Jumaat, lebih kurang pukul 3.00 petang kami bertolak meninggalkan Mekah menuju Jedah, setelah berada di sana selama lebih kurang 10 hari. Kami sekali lagi menaiki pesawat Saudi dan berlepas pada pukul 11.20 malam kembali ke Malaysia.
Sampai di Lapangan Terbang KLIA lebih kurang pukul satu tengahari. Sempat berjumpa anak dan menantu saya, Abdul Hafiz dan Masmira serta adik ipar, Zulpata dan isteri serta anaknya. Kami seterusnya menaiki pesawat MAS untuk pulang ke Terengganu. Bertolak dari KLIA pukul 8.00 malam dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pukul 9.45 malam.
Ayah,dan keluarga sudah sedia menunggu di Airport. Hadir sama ialah kawan saya, Haji Razali Salam Setelah solat jama' ta'khir di surau airport saya dan keluarga pulang ke rumah kami di Gong Badak menaiki kenderaan Haji Razali Salam.
Setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT. kerana memudahkan segala urusan saya dan keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment