Pages

Saturday, July 19, 2014

Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

July 19, 2014 at 6:29am

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionis, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memastikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.

Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:

1. Israel

Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.

Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.

2. Yahudi

Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.

Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 78:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨)

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel – sebahagian daripada bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua.

3. Hebrew

Di dalam bahasa Arab, ianya dikenali dengan perkataan Ibrani. Asal perkataannya bermaksud menyeberang, kerana orang Yahudi mengikut sejarah dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai. Contohnya, nabi Allah Ya’qub menyeberangi Sungai Furat, dan juga nabi Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S, semuanya terkenal dengan kisah berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi.

4. Zionisme

Propaganda Zionis untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-AqsaZionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut.

Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. Kajian mengenai perubahan demografi di Palestin hasil rancangan licik mereka boleh dicapai di sini.

MENGENALI MUSUH SEBENAR

Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’.

Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.

Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri.


Simbol Zionisme 

Simbol Zionisme


Sumber:  

70 Kali sehari dilihat

July 19, 2014 at 6:16am



BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali… Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? .

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat..

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.

( Surah Al-Araf ayat 34 )

Wallahua'lam..

Sumber:  https://www.facebook.com/notes/tentera-islam/70-kali-sehari-dilihat/10201319163261461

Tuesday, July 15, 2014

Ubah konsep negara: Konspirasi atau rekaan

July 14, 2014 Berita Utama, Kolumnis, Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni, Utama 0

 

Ustaz Fauzi Asmuni
 


1. Kewajipan umat Islam adalah melaksanakan Islam secara syumul menyeluruh. Dari situlah datangnya kewajipan untuk memastikan kewujudan negara yang berlandaskan Islam kerana sebahagian syariat tidak mampu dilaksanakan tanpa satu kuasa politik.

2. Di pihak yang memusuhi Islam pula, kewujudan negara Islam sebegitu adalah satu mimpi ngeri mereka. Kewujudan negara Islam bermaksud hajat mereka untuk menentukan polisi dan dasar negara supaya menyebelahi maslahat mereka akan terkubur. Islam adalah agama yang tidak menerima hakimiah selain Allah dan tidak menerima rujukan lain daripada al-Quran dan Hadis.

3. Usaha untuk menukar konsep negara Islam adalah perjuangan yang sentiasa wujud sejak dulu hinggalah ke hari ini. Allah menerangkan permusuhan Yahudi dan Nasrani terhadap umat Islam hanya akan berhenti dengan umat Islam rela untuk memilih rujukan lain dari al-Quran dan Hadis. Firman Allah:
 “….dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka mampu (melakukan yang demikian)…” (al-Baqarah: 217)
Apabila golongan Yahudi dan Nasrani memperjuangkan maslahat mereka, mereka tidak akan berhenti sehingga umat Islam menukar rujukan hidup dan rujukan negara.

4. Sedikit lakaran apa yang berlaku dalam sejarah menunjukkan usaha mengubah konsep negara Islam ini memang berlaku secara sungguh-sungguh. Lihat apa yang berlaku kepada negara Islam Melayu Champa yang telah bertukar kepada negara Buddha Vietnam. Lihat apa yang berlaku kepada kerajaan Islam Melayu-Siam Ayuthya yang bertukar kepada kerajaan Buddha Thailand. Lihat juga nasib kerajaan Melayu Islam di kepulauan Filipina yang telah bertukar kepada kerajaan Kristian. Lihat nasib kerajaan Islam Melayu Singapura yang telah menjadi satu negara Cina tanpa agama. Di bahagian yang jauh dari alam Melayu, lihat apa yang berlaku kepada Andalus Islam yang sekarang menjadi Sepanyol Kristian. Sejarah moden pula menyaksikan perubahan konsep negara di Nigeria dan penubuhan negara baru Kristian iaitu Sudan Selatan. Lihat juga Palestin yang sehingga hari ini masih diusahakan untuk lenyap sepenuhnya dan menjadi Israel Yahudi. Dan begitulah seterusnya sehinggal ke hari kiamat kelak. Pertarungan ini akan sentiasa wujud. Firman Allah:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar.” (al-Baqarah: 120)

5. Malaysia yang dulunya digelar Tanah Melayu juga mengalami proses yang sama. Pertarungan di dalam menentukan konsep negara adalah satu yang berjalan secara berterusan sejak dulu hinggalah ke hari ini.

6. Apabila Portugis menakluk pelabuhan Melaka, jika mereka cuma berminat terhadap perdagangan, mereka akan hanya menumpukan perdagangan. Tetapi kenapa mereka merobohkan masjid? Kenapa mereka mengorek kubur orang Islam dan memusnahkannya? Batu-batu nisan dan batu dinding masjid ditanam di dalam tembok A Famosa. Kenapa semua itu jika bukan untuk membina satu imej baru bagi Melaka? Belum dicampur dengan kisah Francis Xavier dan latar belakang serangan itu sendiri.

7. Begitu juga ketika Belanda datang dan menakluk Melaka, polisi yang dikenakan ke atas Melaka tidak langsung menunjukkan minat mereka untuk berniaga di Melaka. Bandar Melaka dimusnahkan. Pedagang luar dilobi untuk ke pelabuhan Batavia dan bukan ke Melaka. Apa yang mereka buat di Melaka? Mereka menterjemah Bible ke dalam Bahasa Melayu untuk sebaran di kalangan kaum Melayu yang beragama Islam. Apa tujuannya jika bukan untuk menyebarkan Krsitian ke dalam masyarakat kaum Melayu? Bukankah itu juga strategi untuk merubah konsep negara?

8. Kedatangan penjajah British pula adalah satu sejarah yang panjang. Kita tahu cubaan mereka untuk menubuhkan Malayan Union yang akan menjadikan Tanah Melayu tunduk sepenuhnya kepada Queen England. Kita telah saksikan bagaimana mereka memperdaya sultan-sultan Melayu untuk turut bersetuju. Ketika rancangan itu tidak berjaya, British telah menggubal pula Perlembagaan 1948, perlembagaan yang telah mencairkan kedudukan Islam dan Melayu. Di masa yang sama sebahagian British pula bersekongkol dengan Cina untuk membantah perlembagaan tersebut dan mengemukakan People Constitution (Perlembagaan Rakyat) yang menghapuskan terus kedudukan Islam dan Melayu dalam negara. Tidak cukup dengan itu, kumpulan Cina AMCJA melancarkan Hartal. Pejuang Melayu yang terkeliru telah turut serta di dalam Hartal dengan bilangan yang sedikit.

9. Dari situ dua konsep negara telah saling bersaing antara satu sama lain; konsep Tanah Melayu Untuk Orang Melayu dan konsep Malaya for Malayan. Malayan ketika itu bermaksud orang yang duduk di Tanah Melayu tanpa mengira kaum.

10. Konsep Tanah Melayu Untuk Orang Melayu bermaksud mengekalkan Tanah Melayu sama seperti sejarahnya sebelum penjajahan iaitu sebagai sebuah kerajaan Islam Melayu, ditadbir oleh pemerintah Islam Melayu dalam sistem beraja yang menjadikan Islam sebagai asas kenegaraan.

11. Konsep Malaya for Malayan pula bermaksud Tanah Melayu adalah milik bersama oleh sesiapa sahaja yang tinggal di dalamnya. Tidak ada keistimewaan tertentu untuk orang-orang Melayu. Semua dikongsi bersama dan hala tuju juga akan ditentukan bersama. Kedudukan Raja Melayu dan Undang-undang Tubuh Negeri yang memberikan kedudukan kepada Islam tidak menjadi relevan di dalam konsep tersebut.

12. 1957 Tanah Melayu merdeka dengan Perlembagaan 1957. Perlembagaan itu memberikan hak keistimewaan kepada Melayu dan kedudukan tinggi kepada Islam. Walau pun negara tidak sepenuhnya kembali kepada konsep asalnya sebelum penjajahan, asas yang ditinggalkan di dalam Perlembagaan boleh digunakan untuk menyempurnakan kedudukan Islam dan Melayu tersebut. Berlaku toleransi antara kaum, bahkan pemerintahan negara juga adalah dalam bentuk perkongsian kuasa.

13. Apabila Singapura memasuki Malaysia pada 1963, PAP mempromosikan slogan Malaysian Malaysia di seluruh Malaysia. Slogan itu adalah jelmaan konsep Malaya for Malayan, kandungannya sama walaupun namanya berbeza. Jika Malaya for Malayan hanya satu konsep yang tidak dapat diletakkan pada tuan tertentu secara khusus, Malaysian Malaysia pula adalah konsep bertuankan PAP dan dikemukan dalam bentuk yang lebih tersusun. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, berlaku penubuhan DAP setelah semua cawangan PAP di Malaysia ditutup. DAP juga memperjuangkan konsep kenegaraan yang sama.

14. Dengan berakhirnya rusuhan 13 Mei 1969, konsep Malaysian Malaysia seolah-olah sepi untuk satu tempoh yang panjang. Negara dikukuhkan dengan konsep Melayu Islam. Tetapi apabila masuk hujung 90an, slogan Malaysian Malaysia muncul kembali. Daripada situ berlakulah siri-siri tuntutan IFC, tuntutan Dong Zong, tuntutan Menteri-menteri bukan Islam, tuntutan Suqiu dan sebagainya. Protes terhadap kontrak sosial diterjemahkan di dalam pilihan raya ke 12 pada 2008. Selepas itu tuntutan demi tuntutan agar ada perubahan pada konsep negara terus berlaku.

15. Jika kita meneliti segala yang pernah berlaku di dalam lipatan sejarah Malaysia, kita akan melihat betapa konsistennya tuntutan-tuntutan agar konsep negara ini diubah. Apa yang berlaku hari ini adalah kesinambungan daripada usaha lama yang panjang.

16. Apa yang orang bukan Islam minta sekarang melalui Comango jika bukan untuk mengubah beberapa perkara di dalam Perlembagaan yang menghalang maslahat mereka? Kenapa mereka bersungguh menuntut penggunaan kalimah Allah di dalam terbitan keagamaan Kristian berbahasa Melayu mereka jika bukan untuk tujuan Kristianisasi? Apa yang mereka mahu daripada permohonan agar sebuah kuil di Kelang dijadikan landmark pelancongan Malaysia jika bukan untuk membina imej baru bagi Malaysia? Kenapa mereka mempromosikan Pulau Jerjak dengan nama Pulau Mazu kepada pelancong asing? Kenapa mereka mendakwa Lembah Bujang bukan sejarah orang Melayu, penduduk asal Kedah? Kenapa mereka mengatakan orang Melayu tidak ada asal usul dan merupakan kaum pendatang? Kenapa mereka melobi agar titah Sultan tidak terpakai?

17. Apa tujuan deraf Harmony Bill? Dan sebelumnya, apa tujuan cadangan deraf preamble Perlembagaan? Terbaru, apa tujuan penubuhan Negara-Ku? Tidak lain hanyalah agar negara ini bangun dengan dasar dan konsep yang lain dari Islam. Nama yang berbeza tapi pejuangnya adalah orang yang sama. Bahkan intipati tuntutan juga adalah sama.

18. Umat Islam harus peka dengan apa yang berlaku. Jangan sesekali bersikap naif dan tidak mampu melihat percaturan di belakang setiap tuntutan dan pergerakan itu. Ayat yang disusun cantik jangan sesekali mengelabukan kita daripada pergerakan mereka di belakang. Umat Islam wajib mempertahankan status negara sebagai sebuah negara Islam. Wajib juga ke atas umat Islam untuk membawa negara ke arah yang lebih baik praktik keislamannya.

19. Cubaan untuk menjauhkan negara dari ruh dan falsafah Islam adalah merupakan satu jenayah dan dosa di sisi Allah. Amat tidak wajar ada umat Islam yang bersekongkol menjauhkan negara daripada Islam. Kewajipan umat Islam sebenarnya adalah menyambung perjuangan datuk neneknya dahulu di dalam mengukuhkan Islam dan bukan sebaliknya.
 
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden ISMA

Sumber:   http://www.ismaweb.net/2014/07/ubah-konsep-negara-konspirasi-atau-rekaan/

Monday, July 14, 2014

Agenda Tersembunyi NGO Negara-Ku

Jul 14,2014 - by 1

Apabila ISMA mengkritik penubuhan Negara-Ku sebaik ia dilancarkan, Ambiga membuat kenyataan balas.
He will have to explain how that is so. Why is he so nervous about the movement?”
Tambah Ambiga lagi,
The movement is based on the Federal Constitution, Malaysian Agreement and the Rukunegara. What is his problem with that?”

Pada hari pelancaran Negara-Ku, ISMA mengatakan bahawa ISMA kenal siapa Ambiga, NGO beliau dan semua yang berada di sebalik tabir. Wajar sahaja kenyataan itu dibuat kerana sejarah penglibatan Ambiga dan rakan-rakannya dengan membawa agenda asing juga dibantu pendanaan luar sudah bermula seawal tahun 2000 lagi. Ia bukan sesuatu yang asing sebenarnya.

AGENDA YANG BERUSIA 10 TAHUN
Seperti di atas, saya mengatakan penglibatan Ambiga dan golongan seangkatannya sudah bermula sejak tahun 2000 lagi. Bermula dengan penubuhan IFC (2001), Gerakan Artikel 11, BERSIH 1.0 (2007) sehingga 2.0, Festival Seksualiti Merdeka (2008), COMANGO (2009), COMANGO (2013) dan terkini adalah Negara-Ku (2014). Begitulah konsistennya Ambiga dan rakannya walaupun sudah lebih 10 tahun. Agenda mereka tidak lari daripada 4 paksi ini:
1)     Hak kebebasan beragama dengan mafhum kebebasan untuk keluar daripada Islam dan kebebasan untuk mengiktiraf fahaman Islam sesat seperti Syiah dan tidak tertakluk kepada kebebasan dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
2)     Pengiktirafan hak samarata dengan cara menghapuskan hak istimewa orang Melayu.
3)     Atas dasar “Freedom for All” mereka mengiktiraf hak manusiawi songsang seperti hak LGBT tetapi bukan dalam soal diskriminasi pekerjaan. Ia lebih kepada pengiktirafan kepada identiti songsang dan cara hidup mereka.
4)     Merubah fahaman dan struktur dalam negara serta Perlembagaan Persekutuan supaya selari dengan idea negara sivil (konsep Liberal-Demokratik acuan Barat).

Memang ia tidak jauh berbeza dengan demokrasi yang diamalkan di barat terutamanya Amerika. Sekularisasi agama yang berlaku, kebebasan yang tanpa batas, penafian hak bumi dan penolakan kepada struktur dan identiti negara berasaskan tradisi dan fundamental agama adalah antara ciri mudah yang boleh diketengahkan. Biarpun mereka menggunakan perkataan dan ayat yang diplomatik dalam mengaburi mata rakyat daripada memahami agenda mereka namun begitu sejarah yang sudah lebih 10 tahun panjangnya mustahil boleh dikaburi. Konsep demokrasi inilah yang sedang mereka usahakan.

AGENDA NEGARA LIBERAL DEMOKRATIK BARAT
Ia mula diperkenalkan ketika zaman Presiden Ronald Reagan (Republican, 1981-1989) yang mula-mula memposisikan ideologi demokrasi sebagai rujukan kepada dasar luar Amerika. Seterusnya, merangka strategi mempromosikan demokrasi ala Amerika dengan menubuhkan segala infrastruktur seperti National Endowment of Democracy (NED) dan menghubungkannya dengan Research And National Defense (RAND Corp) untuk melakukan reformasi di negara-negara serantau. NED selepas penubuhannya pada 1983 telah berjaya melakukan lebih 1000 projek non-government di hampir 90 buah negara termasuk Malaysia.

Bagaimana projek mempromosi demokrasi ala Amerika/Barat ini dilakukan? Ia dilakukan dengan menjalinkan kerjasama yang luas dalam hal berkaitan polisi ekonomi, sosial dan budaya. Bagi menterjemahkan polisi ini, strategi yang digunakan ada sebahagian kaedahnya adalah dengan membuat infiltrasi melalui gerakan sivil. Gerakan sivil telah menjadi nadi utama dalam program ini. Seperti apa yang disebut oleh William I. Robinson dalam tulisan beliau bertajuk Globalization, the World System, and “Democracy Promotion” in U.S Foreign Policy menyebut “..penetrate not just the state, but the civil society… and from therein exercise control.” Satu perubahan strategi yang beransur-ansur berubah daripada pendakatan Top-down, kepada perubahan dari dalaman menggunakan gerakan sivil dan mengesani masyarakat serta negara. Ini juga apa yang dilakukan di Malaysia. Pendanaan dan latihan merupakan antara perkara-perkara yang mereka sediakan.

NEGARAKU, COMANGO dan IFC
Terdapat juga NGO yang menjadi tulang belakang BERSIH turut sama menjadi tulang belakang kepada perjuangan COMANGO dan Negara-Ku. Daripada 68 NGO yang berada di dalam Negaraku ini, 18 daripadanya terdiri daripada NGO koaliasi COMANGO. Daripada 54 NGO yang berkoaliasi di dalam COMANGO sebanyak 29 NGO menerima dana asing antaranya daripada NED, NDI, Asean Foundation, Global Fund For Woman, Human Right Watch (berpangkalan di Washington) dan Open Society yang diasaskan oleh George Soros.

Dalam lambakan NGO di dalam COMANGO dan Negara-Ku, tidak kurang juga terdapat NGO seperti HAKAM dan MCCBHST yang setelah sekian lama memperjuangkan pluralisme agama di dalam Interfaith Council (IFC) turut sama bergabung di dalam Negara-Ku. Menurut portal AIDC, Malik Imtiaz (peguam bagi IFC) merupakan Presiden HAKAM. Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia yang sekarang ini berkecimpung di dalam PKR iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong. 

Sifirnya mudah sahaja, apa yang dilakukan mereka sejak dahulu lagi adalah konsisten, sama tetapi hadir dengan pelbagai entiti dan organisasi yang berbeza. IFC, BERSIH, COMANGO dan Negara-Ku adalah sama walaupun tidak serupa. Mereka sejak dahulu lagi tidak pernah berputus asa menentang Islam dan cuba merubah elemen kenegaraan. Kerana itu tidak pelik pada hari pelancaran NGO Negara-Ku, Dr. Kua Kia Song (Pengerusi SUARAM) menuntut kajian semula terhadap Rukunegara dengan sengaja mempersoalkan kerelevenan elemen “Kepercayaan kepada tuhan” supaya mengambil kira pandangan golongan atheis dan pantheis.

Aksesori yang dipakai Negara-Ku dengan mengetengahkan beberapa NGO yang menggunakan label Islam tidak merubah apa-apa. NGO seperti Islamic Renaissance Front (IRF), Lingkaran Islam Traditional (LIT), Muslim Profersional Forum (MPF), Sisters In Islam (SIS) dan IKRAM turut sama bergabung dalam Negara-Ku. Keterlibatan gerakan-gerakan ini masih tidak mampu merubah hakikat bahawa agenda yang dibawa oleh golongan ini bukanlah agenda yang selari dengan kedaulatan Islam di Malaysia. Bahkan mereka bertujuan mensekularkan peranan Islam yang sudah sekian lama tertegak sebagai agama negara supaya ia dikecilkan hanya pada ruang peribadatan individu sahaja. Ia juga cenderung merubah ruh keluhuran perlembagaan yang sedia ada. Saya sarankan kepada NGO Islam ini supaya segera bertaubat dan menelaah buku semula.

KESIMPULAN
Sebelum melanjutkan cerita tentang membina keharmonian negara, Ambiga sendiri perlu memberi justifikasi bahawa beliau dan NGO Negara-Ku serta NGO-NGO yang beliau terlibat sebelumnya tidak membawa apa-apa agenda asing yang sebenarnya berhasrat melakukan proses hegemoni terhadap jiwa rakyat Malaysia dalam bentuk kolonialisasi yang baru, mengubah struktur perlembagaan yang dihormati, merubah status negara Islam Malaysia, mengecilkan kedaulatan Islam di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali mengiktiraf Syiah, LGBT, murtad dan lain-lain.

Di satu sisi lain, inilah yang ditentang oleh ISMA dan keseluruhan rakyat Malaysia. ISMA berhasrat tinggi untuk melihat Malaysia menjadi negara yang lebih baik dan maju namun begitu ia merupakan hasil yang diusahakan oleh jiwa rakyat sendiri yang penuh ikhlas dan merdeka. Ia bukan terhasil daripada campur tangan kuasa asing ataupun dengan mengambil celupan yang berbeza daripada konsep yang dibawa oleh syariat Islam.

Muhammad Aiman Ahmad Faudzi
Aktivis ISMA
ismaweb.net

Sumber:  http://www.anwaraidc.com/?p=48333

Friday, July 11, 2014

Penglibatan kumpulan Islam dalam NGO Negaraku dikesali – Ahli akademik

July 11, 2014 Berita Utama, Utama 0

NEGARAKU_COALITION_NGO_LAUNCH
 

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Penglibatan segolongan orang Islam dalam NGO Negaraku amat dikesali oleh tokoh akademik Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris.

Hal ini kerana golongan sekular dan liberal orang bukan Islam memperjuangan konsep-konsep keadilan dan kebebasan mengikut pandangan alam (world view) Barat.

“Saya sedih apabila melihat ada segolongan orang Islam yang turut serta dalam perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam.

“Mereka fikir bahawa mereka memperjuangkan keadilan, kesetaraan dan kebebasan, dan menyangka Islam, mengikut kefahaman mereka yang dangkal, membenarkan usaha mereka. 

“Mereka tidak sedar bahawa konsep-konsep keadilan dan kebebasan yang mereka perjuangkan bukan mengikut acuan Islam tetapi mengikut pandangan alam (worldview) Barat,” katanya dalam satu kenyataan di facebook beliau hari ini.

Beliau yang juga merupakan pensyarah di CASIS UTM berkata demikian merujuk kepada penubuhan NGO baharu yang diberi nama Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARAKU) baru-baru ini.

Lebih 60 NGO terlibat termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia.

Naib Presiden Ikram Zaid Kamarudin merupakan Pengerusi Negaraku, manakala Ambiga Sreenevasan dan A Samad Said berperanan selaku penaung NGO itu.

Ujar Dr Khalif, para aktivis Muslim sepatutnya menguasai worldview Islam kerana jika tidak, amat mudah untuk mereka terkeliru antara melakukan kebaikan dan melakukan kerosakan.

“Di sinilah pentingnya para aktivis Muslim menguasai worldview Islam kerana jika tidak amat mudah untuk mereka terkeliru, menyangka mereka melakukan kebaikan sedangkan hakikatnya mereka melakukan kerosakan,” katanya lagi.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/07/penglibatan-kumpulan-islam-dalam-ngo-negaraku-dikesali-ahli-akademik/

Mujahid cakap kosong, ulang-ulang tuduhan ekstrimis macam burung kakak tua



July 11, 2014 Berita Utama, Utama 5


Abdullah Zaik Abd Rahman
 

BANGI, 11 Julai – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini membidas kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa yang mendakwa ISMA lebih perkauman daripada Perkasa.
“Pemikiran Mujahid dah celaru, tidak dapat menilai sesuatu mengikut neraca Islam yang betul,” kata Ustaz Abdullah kepada ISMAweb.
Dalam sebuah portal pro liberal, Dr Mujahid berkata ISMA bersifat rasis dan berselindung di balik agama.
“Mujahid cakap kosong. Dia hanya ulang tuduhan-tuduhan puak liberal kepada Islamis yang berusaha mempertahankan identiti dan jati diri.
“Mujahid umpama babgha’ (burung kakak tua), hanya ulang balik tuduhan ekstrimis terhadap Islamis yang berdepan dengan pencairan identiti oleh puak liberal,” kata beliau.
Ujarnya, mempertahankan identiti dan jati diri keislaman bangsa dan negara adalah intipati kepada perjuangan Islam di Malaysia.
“Mujahid orang pertama sifatkan perjuangan Islam sebagai rasis dan anggap kebencian terhadap Islam tidak rasis,” katanya lagi.
Menurut Ustaz Abdullah, mengiktiraf kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu tidak rasis dan inilah yang diperjuangkan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Dr Zulkifli Muhamad dan rakan-rakan Mujahid satu masa dahulu.
“Ekstrim dan rasis adalah sifat yang ganjil bagi Islam dan tidak pernah berlaku pada umat Islam. Ekstrim yang sebenar adalah apa yang sedang kita saksikan di Palestin oleh Yahudi, di Afrika Tengah dan Bosnia oleh Kristian, di Myanmar oleh Buddha, di China oleh komunis, dan oleh Hindu di Sri Lanka. Itulah contoh ekstrimis agama yang membunuh umat Islam,” tambahnya lagi.
“Di mana contoh orang Islam ekstrim yang bunuh penganut agama lain?” soal beliau.
Katanya, Mujahid telah membuat fitnah yang memburukkan agama dan bangsa sendiri.
“Dia dah hanyut, hanya guna ayat Al-Quran ‘Rahmatan lil alamin’ sahaja. Ayat-ayat lain yang menyentuh soal Wala’ dan Bara’ dia dah tak pakai. Pada dia kalau guna ayat itu, bermakna mempromosi kebencian,” jelas Ustaz Abdullah lagi.
Ustaz Abdullah menasihati Dr Mujahid agar kembali kepada Al-Quran Sunnah dan jamaah muslimah dan perlu banyak mengkaji untuk mengelakkan daripada terseleweng dengan ideologi kufur apabila asas ilmu dan fikrah Islam lemah.
“Saya nasihat dia agar kembali kepada Quran Sunnah dan jamaah muslimah. Itu yang ditanya dalam kubur, siapa tuhan kamu, siapa nabi, apa kitab dan siapa saudara. Saya bimbang otak Mujahid dah diselewengkan oleh elemen Yahudi dan Nasrani di sekitar dia,” kata beliau.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/07/mujahid-cakap-kosong-ulang-ulang-tuduhan-ekstrimis-macam-burung-kakak-tua/

Monday, July 7, 2014

Tiada ruang bersangka baik untuk DAP

July 7, 2014 Berita Utama #2, Kolumnis, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman 1

u-hazizi
Telah sampai kepada saya mesej whatsapp seperti berikut: 

“Di dalam sirah, sebuah peristiwa ketika perang dirakamkan iaitu ketika sahabat baginda shalla Allahu alayhi wasallam bertempur dengan seorang musuh iaitu kafir Quraisy, tatkala pedangnya diangkat mahu memancung kafir itu, lantas kafir itu berteriak melafazkan syahadah. Namun tetap dibunuh juga musuh Islam itu. 

Apabila sampai cerita itu ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, baginda memarahi sahabat itu, dengan ungkapan yang terkenal,
“Apa engkau telah belah dadanya?”
Ini situasi di medan perang. Ini situasi tatkala berhadapan dengan orang yang terang-terangan mengangkat senjata melawan Islam. Situasi yang clear cut, nampak sangat si kafir itu mengucap syahadah kerana mahu menyelamatkan diri daripada dibunuh. 
Tetapi apa petunjuk Rasulullah s.a.w dalam peristiwa ini? “Apa kamu telah belah dadanya?”
Ada sahabat yang berani membantah Rasulullah s.a.w, mengatakan baginda seorang yang “naif”?
Ada sahabat yang mengungkit-ungkit “Ya Rasulullah, dia tu musuh Islam yang telah membunuh ramai orang Islam, kenapa engkau membela dia?”
Ada sahabat yang berani, mengutuk Rasulullah s.a.w, mengejek baginda, mentertawa baginda, hanya kerana baginda bersolidariti dengan musuh Islam ini?
Padahal, dalam situasi yang jelas dan nyata, terhadap seorang yang terang-terangan musuh Islam pun, Rasulullah s.a.w menyuruh kita “jangan belah dada”.
Inikan pula di zaman ini, sungguh hebat puak-puak ni yang mungkin merasa dikurniakan wahyu mengetahui apa yang ada di dalam dada Ong Kian Ming (OKM). Depa boleh nampak masa depan, yang OKM ni akan mati dalam kekufuran, dan mereka, akan confirm masuk syurga. Depa boleh tahu setiap bisik hati OKM, boleh meneka dan meramal next step, boleh membelek hati ahli parlimen Cina ini.”

Komen saya:

1) Amat malang sekali mana-mana ahli jamaah Islam yg membina tasawur hubungan dengan bukan Islam hanya berasaskan satu hadith semata-mata. Ke manakah dicampakkannya berpuluh ayat muhkamat mengenai Wala’ dan Bara’ yang termasuk dalam bab akidah? Mungkin mereka tidak mempelajari bab Wala’ dan Bara’ atau tidak menekuni ayat-ayat itu satu persatu dalam usrah-usrah mereka, sehingga dengan satu kejadian khusus dalam hidup Nabi sudah dijadikan pegangan dalam bab hubungan dengan orang kafir. Bahkan, lebih tepat lagi jika dikatakan bahawa hanya dengan satu hadith sudah cukup untuk “spin” dan putar sehingga pening lalu lupa pada ayat-ayat Wala’ dan Bara’ yang muhkamat dan banyak, sehingga akhirnya yang batil itu nampak betul. Jika benar ayat-ayat muhkamat itu tidak pernah ditadabbur dalam usrah mereka, maka amat malang sekali mereka yang terlibat dalam jamaah itu.

2) DAP secara jelas dan nyata dalam dasar perjuangannya mahu merubah identiti negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Amat malang sekali, jika mereka yang mengikut usrah jamaah itu tidak diberitahu dan disedarkan bahawa kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah premis untuk menegakkan Islam di negara ini. Premis itulah yang mahu diruntuhkan oleh puak DAP dan sekutunya dengan mendakwa dan mempromosi bahawa Malaysia adalah negara sekular. Itulah intipati konsep Malaysian Malaysia. Apa gunanya ikut usrah jika perkara sebegini mudah tentang DAP tidak difahami? Apa gunanya ikut usrah jika, bukan saja membiarkan, bahkan bersangka baik dan membantu parti yang mahu meruntuhkan premis dalam perundangan untuk penegakan Islam di Malaysia? Tanpa premis itu, perjuangan Islam akan terpelanting “ribuan batu” ke belakang. Atau apakah sebenarnya yang mereka perjuangkan? Apakah sebenarnya yang mereka pelajari dalam usrah-usrah mereka? Hanya momokan-momokan politik pragmatis pimpinan yang menyelinap ke parti itu dan parti ini, yang disampaikan oleh para murabbi yang hanya menjadi pak angguk dan penyampai buta? Sehingga pengikut pun buta tentang ajaran Islam yang “basic” seperti Wala’ dan Bara’, serta buta tentang bahaya perjuangan DAP?

3) Amat malang sekali apabila pengikut-pengikut jamaah itu tidak diajar untuk membezakan antara individu kafir dan organisasi kafir yang menyatakan dengan jelas perjuangannya yang mahu meruntuhkan premis Islam bernegara di tanah air tercinta ini? Mereka tidak diajar membezakan antara individu kafir yang mengajar matematik kepada anak mereka dengan individu kafir yang mengepalai organisasi yang (untuk kesekian kalinya saya sebut) yang mahu meruntuhkan premis Islam bernegara di negara ini. Atau mereka tidak faham lagi apa itu “premis Islam bernegara”? Jika benar, amat-amat malang sekali mereka yang mengikut usrah yang sentiasa dimomokkan dengan ungkapan Hasan al-Banna (dan berasa ” kenyang” dengan ungkapan-ungkapan itu), tetapi tidak diajar realiti kenegaraan Malaysia. Amat malang sekali pengikut jamaah itu. Saya simpati.

4) Berdasarkan cara mereka menghurai hadith di atas untuk bersangka baik dengan OKM (yang merupakan pemimpin organisasi yang mahu meruntuhkan premis Islam bernegara di negara ini, bukan individu kafir biasa) saya merumuskan mereka memang pakar dalam “memetik mana-mana dalil yang menyokong pendapat yang telah mereka tetapkan terlebih dahulu”. Mereka pakar dalam “menundukkan nas menurut nafsu politik mereka”. Mereka pakar mencari dalil yang boleh menjustifikasi tindakan ahli politik mereka yang licik memperkudakan parti itu dan parti ini. Tetapi mereka naif atau sengaja jadi naif di depan kata-kata seorang ahli politik sekular liberal yang tidak beriman. Lagikan cakap orang politik yang beragama Islam, yang ada istilah halal dan haram pun sukar nak dipercayai, inikan pula ahli politik yang tiada istilah halal dan haram. Kesimpulan saya, mereka pakar untuk menjadikan pengikut naif, agar jamaah mereka menurut sahaja strategi ahli politik penyelinap mereka.

5) Kafir atau muslim adalah soal zahir. Kita berhukum pada zahir. Kalau hukum Islam bergantung pada batin, nescaya tergendalalah semua hukum. Saya tidak pasti adakah mereka boleh memahami konsep ini (mengambil kira mereka telah terbiasa dengan tasawur, konsep dan hukum yang telah di”spin”). Kalau nak bercakap tentang hikmah berdakwah, tiada siapa yang boleh sangkal bahawa Nabi S.A.W. adalah pendakwah paling berhikmah. Tetapi Nabi S.A.W. diajar untuk guna kalimah kafir kepada orang yang kafir pada zahirnya. Nabi diperintah untuk sebut, “Wahai orang-orang yang kafir”. Tak perlulah ” spin” dengan mendakwa bahawa orang berpegang pada konsep ini sebagai tidak hikmah atau orang yang mengetahui isi hati orang lain. Cukup-cukuplah “spin” itu. Kerana perbuatan “spin” sudah menyesatkan pemikiran sesetengah anak muda yang tidak bernasib baik.

Akhir kata daripada saya, tiada ruang bersangka baik untuk DAP. Mana-mana jamaah Islam yang bersangka baik dengan DAP, sedangkan dasar perjuangannya kekal untuk meruntuhkan premis Islam bernegara di negara ini, maka tamatlah peranannya sebagai jamaah Islam kerana kebutaan terhadap musuh Islam, bahkan bersekongkol menjayakan agenda musuh. Ia hanya menipu masyarakat dengan imej Islamnya.
(MCA juga sekarang ini sudah menzahirkan ia boleh diletakkan sebakul dengan DAP)

Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Sumber:  http://www.ismaweb.net/2014/07/tiada-ruang-bersangka-baik-untuk-dap/

Wednesday, July 2, 2014

3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yeap


Thursday, July 3, 2014 (bersamaan 5 hb. Ramadhan  1435 Hijrah)

Assalammualaikum.

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. 
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan. 

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya. 

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. 
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. 
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.
Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. 
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. 
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.



P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". 
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.

Terima kasih semua atas sokongan anda. =)

Sumber: http://felixiayeap.blogspot.com/2014/07/3-julai-hari-kelahiran-semula-ku.html