July 11, 2014 Berita Utama, Utama 5
BANGI, 11 Julai – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz
Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini membidas kenyataan Ahli Parlimen Parit
Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa yang mendakwa ISMA lebih perkauman
daripada Perkasa.
“Pemikiran
Mujahid dah celaru, tidak dapat menilai sesuatu mengikut neraca Islam
yang betul,” kata Ustaz Abdullah kepada ISMAweb.
Dalam sebuah portal pro liberal, Dr Mujahid berkata ISMA bersifat rasis dan berselindung di balik agama.
“Mujahid
cakap kosong. Dia hanya ulang tuduhan-tuduhan puak liberal kepada
Islamis yang berusaha mempertahankan identiti dan jati diri.
“Mujahid
umpama babgha’ (burung kakak tua), hanya ulang balik tuduhan ekstrimis
terhadap Islamis yang berdepan dengan pencairan identiti oleh puak
liberal,” kata beliau.
Ujarnya, mempertahankan identiti dan jati diri keislaman bangsa dan negara adalah intipati kepada perjuangan Islam di Malaysia.
“Mujahid orang pertama sifatkan perjuangan Islam sebagai rasis dan anggap kebencian terhadap Islam tidak rasis,” katanya lagi.
Menurut
Ustaz Abdullah, mengiktiraf kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu
tidak rasis dan inilah yang diperjuangkan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy
dan Dr Zulkifli Muhamad dan rakan-rakan Mujahid satu masa dahulu.
“Ekstrim
dan rasis adalah sifat yang ganjil bagi Islam dan tidak pernah berlaku
pada umat Islam. Ekstrim yang sebenar adalah apa yang sedang kita
saksikan di Palestin oleh Yahudi, di Afrika Tengah dan Bosnia oleh
Kristian, di Myanmar oleh Buddha, di China oleh komunis, dan oleh Hindu
di Sri Lanka. Itulah contoh ekstrimis agama yang membunuh umat Islam,”
tambahnya lagi.
“Di mana contoh orang Islam ekstrim yang bunuh penganut agama lain?” soal beliau.
Katanya, Mujahid telah membuat fitnah yang memburukkan agama dan bangsa sendiri.
“Dia
dah hanyut, hanya guna ayat Al-Quran ‘Rahmatan lil alamin’ sahaja.
Ayat-ayat lain yang menyentuh soal Wala’ dan Bara’ dia dah tak pakai.
Pada dia kalau guna ayat itu, bermakna mempromosi kebencian,” jelas
Ustaz Abdullah lagi.
Ustaz
Abdullah menasihati Dr Mujahid agar kembali kepada Al-Quran Sunnah dan
jamaah muslimah dan perlu banyak mengkaji untuk mengelakkan daripada
terseleweng dengan ideologi kufur apabila asas ilmu dan fikrah Islam
lemah.
“Saya
nasihat dia agar kembali kepada Quran Sunnah dan jamaah muslimah. Itu
yang ditanya dalam kubur, siapa tuhan kamu, siapa nabi, apa kitab dan
siapa saudara. Saya bimbang otak Mujahid dah diselewengkan oleh elemen
Yahudi dan Nasrani di sekitar dia,” kata beliau.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/07/mujahid-cakap-kosong-ulang-ulang-tuduhan-ekstrimis-macam-burung-kakak-tua/
No comments:
Post a Comment