July 11, 2014 Berita Utama, Utama 0
KUALA LUMPUR, 11 Julai – Penglibatan segolongan orang Islam dalam NGO
Negaraku amat dikesali oleh tokoh akademik Prof Madya Dr Khalif Muammar A
Harris.
Hal
ini kerana golongan sekular dan liberal orang bukan Islam memperjuangan
konsep-konsep keadilan dan kebebasan mengikut pandangan alam (world
view) Barat.
“Saya sedih apabila melihat ada segolongan orang Islam yang turut serta dalam perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam.
“Mereka
fikir bahawa mereka memperjuangkan keadilan, kesetaraan dan kebebasan,
dan menyangka Islam, mengikut kefahaman mereka yang dangkal, membenarkan
usaha mereka.
Beliau
yang juga merupakan pensyarah di CASIS UTM berkata demikian merujuk
kepada penubuhan NGO baharu yang diberi nama Gerakan Rakyat Untuk
Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARAKU) baru-baru ini.
Lebih 60 NGO terlibat termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia.
Naib
Presiden Ikram Zaid Kamarudin merupakan Pengerusi Negaraku, manakala
Ambiga Sreenevasan dan A Samad Said berperanan selaku penaung NGO itu.
Ujar
Dr Khalif, para aktivis Muslim sepatutnya menguasai worldview Islam
kerana jika tidak, amat mudah untuk mereka terkeliru antara melakukan
kebaikan dan melakukan kerosakan.
“Di
sinilah pentingnya para aktivis Muslim menguasai worldview Islam kerana
jika tidak amat mudah untuk mereka terkeliru, menyangka mereka melakukan
kebaikan sedangkan hakikatnya mereka melakukan kerosakan,” katanya
lagi.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/07/penglibatan-kumpulan-islam-dalam-ngo-negaraku-dikesali-ahli-akademik/
No comments:
Post a Comment