“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Sunday, October 26, 2014
Resolusi Simposium Pemikiran Politik Islam
October 25, 2014 Berita Utama #2, Utama 0
RESOLUSI SIMPOSIUM POLITIK ISLAM
SIMPOSIUM PEMIKIRAN POLITIK ISLAM: GAGASAN PEMIKIRAN POLITIK ISLAM BERDASARKAN SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM REALITI MALAYSIA
Di Auditorium Abu Zarim, Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), 25 Oktober 2014 bersamaan 1 Muharram 1436H.
- Kewajiban melaksanakan Siyasah Syar`iyyah yang melibatkan sistem, peraturan dan undang-undang dalam negara ini yang bertepatan dengan asas-asas agama dan dapat mencapai kemaslahatan kepada manusia dan menunaikan segala keperluan mereka.
- Tujuan Siyasah Syar’iyyah ialah untuk melaksanakan Maqasid Syariah iaitu yang terkandung di dalam perkara yang berkaitan dengan ‘jalb al-masalih’ (mendapatkan kemaslahatan kepada manusia) dan dar’ al-mafasid’ (menghilangkan kemudaratan daripada mereka).
- Ketuanan Syarak (Siyadah al-Syar’ie) adalah intipati Islam. Oleh itu, perlu dipastikan kepelbagaian parti dan aliran parti politik berada dalam kerangka Islam; tidak membawa dasar dan pendekatan perjuangan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan yang menyesatkan umat Islam.
- Pemikiran sekular memisahkan agama dan negara perlu ditolak dan tidak boleh diamalkan di Malaysia. Sekularisme telah menyempitkan peranan agama kepada hal-hal peribadi dan ia bertentangan dengan tujuan Siyasah Syar’iyyah dan Siyadah Syar’iyyah (Ketuanan Syarak).
- Meletakkan kebenaran sebagai paksi komitmen mengatasi paksi kepartian; menghindarkan ketaksuban parti sebagai neraca dalam membuat keputusan.
- Partisipasi politik ummah mesti memastikan syawkah (wewenang) dan sultah (kekuatan) agama Islam kekal suara tertinggi dan terulung di Malaysia.
- Bidang politik perlu dilihat daripada aspek yang lebih luas, merangkumi segala aspek partisipasi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melalui perlibatan parti politik dan pilihan raya, atau dalam bentuk-bentuk lain seperti NGO, gerakan masyarakat sivil dan kumpulan pendesak. Ummat perlu libatkan diri dalam aspek-aspek tersebut untuk menjaga kekuasaan Islam di negara ini.
- Kedudukan Islam di Malaysia sebagai agama persekutuan perlu diperkasakan untuk menjaga maslahat ummah. Begitu juga dengan peruntukan-peruntukan yang memberi kelebihan kepada agama Islam di dalam perlembagaan.
- Politik Islam di Malaysia perlu lebih luas dari hanya sekadar melihat kepada sudut urus tadbir bahkan meliputi aspek yang lebih luas dan mendasar dalam memastikan masa depan Melayu dan Islam dan dominasi kuasa politik orang Melayu dan Islam. Ia perlu melihat dari aspek bagaimana umat Islam boleh memenangi agenda Islam dan memastikan survival umat Islam.
- Mempertahankan identiti dan jati diri keIslaman dan keMelayuan di dalam negara ini perlu diletakkan dalam keutamaan agenda politik Islam dan ini memerlukan kepada kesatuan umat kerana hanya dengan kesatuan umat akan dapat menyelamatkan kuasa politik mereka.
Disahkan oleh:
Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Dr Mohd Isa Hamzah
Pengarah Simposium Pemikiran Politik Islam
Majlis Ulama ISMA
Pengarah Simposium Pemikiran Politik Islam
Majlis Ulama ISMA
Friday, October 17, 2014
Wednesday, October 15, 2014
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam
October 15, 2014 Berita Utama #2, Kolumnis, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Utama
Kertas
kerja ini dibentangkan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dalam Seminar Perpaduan Ummah Dalam
Peradaban Malaysia pada 1 Oktober 2013 bertempat di Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Abstrak
Kertas
kerja ini ditulis bertujuan untuk mencari jawapan yang pasti bagaimana
agenda perpaduan dapat digarap semula dalam minda umat Melayu Islam
dalam negara ini. Dengan wujud gambaran yang jelas terhadap peri
pentingnya perpaduan untuk dibangunkan menjadi satu gagasan yang boleh
menyelamatkan masa depan umat Islam itu sendiri. Diharapkan tulisan ini
boleh membantu kita semua mencari jalan penyelesaian dan persefahaman
demi survival dan masa depan umat.
Kata kunci; minda umat Melayu Islam, perpaduan, gagasan, survival, masa depan umat.
PENDAHULUAN
Banyak
faktor yang dilihat menghalang perpaduan dalam kalangan umat Melayu
Islam. Usaha menghalang ini sehingga sampai kepada satu tahap menafikan
kepentingan perpaduan bahkan sampai ke tahap penolakan yang total
daripada pemikiran politik mereka. Perpaduan pada sesetengah parti
politik dianggap suatu yang haram dan bertentangan dengan mazhab
politik, manakala perpecahan adalah satu solusi yang ideal untuk
perubahan sosio politik negara ke arah yang lebih baik. Ini akibat
daripada sikap tenggelam dalam pengalaman politik tiruan, di mana
pemain-pemainnya gagal menanggapi hakikat tujuan politik sebenar dalam
pembangunan sebuah negara Islam dan gagal menganalisa pertembungan
politik mengikut anjuran fiqh siasi Islam.
Akhirnya
politikus dan parti politik rancak bermain politik tetapi gagal membawa
apa-apa keuntungan kepada kestabilan, kekukuhan dan masa depan politik
umat Islam. Mereka hanya bersorak dengan berbagai-bagai slogan yang
akhirnya menggadai segala kepentingan dan memusnahkan masa depan anak
bangsa sendiri. Suasana yang kita hadapi hari ini amat kusut sekali
tidak ubah seperti tali yang tersimpul, tidak diketahui mana hujungnya
dan mana pangkalnya.
Kertas
kerja ini cuba merungkai kekusutan tersebut bagi tujuan mendedahkan
percaturan sebenar yang boleh menjelaskan kepalsuan persengketan politik
yang sedang berlaku dan memberi keinsafan baru akan peri pentingnya
satu gagasan baru diusahakan ke arah perpaduan yang sangat diperlukan.
- Order dunia baru dan globalisasi
Rancangan penguasaan dunia oleh Yahudi melalui new world order
sudah lama didedahkan. Bagi tujuan penulisan ini, penulis hanya merujuk
pada era selepas perang dingin dan kejatuhan Soviet Union yang membawa
kepada dunia diperintah oleh sistem unilateral. Setelah kekalahan Soviet
Union di Afghanistan, Amerika Syarikat melalui ucapan GW Bush telah
melabelkan Islam sebagai musuh baru. Perang Salib terhadap dunia Islam
atas nama memerangi terrorisme yang mensasarkan jati diri umat Islam itu
sendiri. Bush mengistiharkan dunia terbahagi kepada dua sama ada
bersama Amerika atau musuh Amerika. Dengan itu bermula perang
pertembungan tamadun. Strategi mereka ialah dengan melahirkan kelompok
dalam kalangan umat Islam sendiri yang beriman dengan fahaman liberal
demokratik Amerika yang mereka namakan sebagai moderate. Orang yang
memilih untuk pertahankan identiti dan jati diri bangsa masing-masing,
enggan tunduk dengan fahaman liberal, akan dilabelkan sebagai musuh yang
mereka gelarkan sebagai ekstremis.
Pertembungan
berlaku dalam kalangan dua kumpulan ini tanpa perlu kehadiran tentera
Amerika di mana-mana dunia Islam. Apa yang dilakukan oleh mereka ialah
dengan memperbanyakkan dan mengaktifkan gerakan sivil (civil society) yang akan memasarkan agenda dan membuat perubahan yang dikehendaki oleh mereka. Gerakan sivil ini akan memperjuangankan slogan liberty, agility dan freenity yang juga merupakan slogan freemason waktu Revolusi Perancis.
Apabila
tuntutan dipenuhi negara Islam, dengan mudah mereka menguasai dasar
sebuah negara untuk kepentingan Zionis Kristian dan Yahudi melalui
penguasaan ekonomi, kebebasan media dan juga politik. Agenda ini kita
kenali juga dengan proses globalisasi, serangan pemikiran, pembaratan,
kristianisasi dan sebagainya. Serangan ini sedang berlaku di Malaysia
yang menuntut daripada umat Melayu memahaminya dan menangani dengan cara
yang bijak dan berstrategik. Malangnya majoriti umat Melayu gagal
menyelami agenda politik antarabangsa ini sebaiknya sehingga sebahagian
besar daripada mereka telah bersekongkol dan menjadi agen atau proksi
kepada Yahudi Zionis Amerika.
Lebih
malang lagi mereka bukan sahaja bersekongkol dengan agenda daripada luar
tetapi gagal mengecam proksi-proksi Yahudi yang bakal mengambil manfaat
utama daripada kelalaian ini. Mungkin bukan Yahudi dari Amerika
Syarikat yang memerintah Malaysia tetapi anak-anak buah mereka yang
sedia ada berakar umbi dalam masyarakat Malaysia semenjak sebelum
merdeka. Lalu mereka menjadikan anak buah Yahudi itu sebagai rakan
setia.
- Sistem politik warisan penjajah yang sudah tamat tempoh sah laku
Setelah
merdeka kebanyakan negara Islam dipecah-pecahkan menjadi negara
nasionalis sekular. Walaupun struktur negara dari segi perlembagaan dan
perundangan masih mengekalkan saki baki sistem pemerintahan Islam
(beraja) seperti zaman sebelum merdeka tetapi pemerintah memilih untuk
tidak kembali kepada semangat pemerintahan Islam. Sebaliknya meneruskan
pentadbiran yang diwarisi oleh penjajah. Pemerintah lebih dipengaruhi
politik machiavelli berbanding politik Islam iaitu politik
kuasa dan harta. Setelah lebih lima puluh tahun berlalu, politik kuasa
dan harta ini telah mengakibatkan kerosakan besar dalam masyarakat.
Rasuah dan salah guna kuasa menjadi budaya yang tidak dapat diubat.
Kekayaan terkumpul pada sebilangan kecil masyarakat. Sebahagian mereka
menjadi diktator. Kelompok elit ini akhirnya leka dengan kemewahan dan
gagal melihat kepentingan pembangunan masyarakat apalagi berkaitan
dengan pembangunan agama dan bangsa. Akhirnya berlaku jurang antara
rakyat dan elit pemerintah. Kepercayaan telah hilang dan segala jalan
keluar menjadi tersumbat. Amerika dan Barat melihat sekiranya
pemerintahan ini berterusan kepentingan mereka di negara Islam akan
terjejas.
Justeru
pemerintah yang dahulunya juga dibentuk dengan seliaan dan mengikut
acuan penjajah kini menjadi sasaran kepada perubahan. Kita dapat melihat
bagaimana rejim-rejim ini cuba mengadaptasi (membuat pembetulan dan
mengekomodasi) dengan melakukan berbagai-bagai transformasi dari segi
politik, ekonomi dan undang-undang bagi memanjangkan usia pemerintahan
mereka. Saya tidak percaya ia akan berhasil, apa yang berlaku ini jika
dilihat dari kepentingan nasional apalagi masa depan agama dan bangsa.
Langkah transformasi pemerintah ini juga tidak memihak kepada Islam dan
tidak menjanjikan masa depan yang panjang untuk pentadbiran mereka. Jadi
sebenarnya kita tidak ada pilihan kecuali kembali kepada Islam dan
melakukan taubat nasuha.
- Situasi Islam yang celaru
Keadaan
yang tidak kurang teruk juga dialami oleh golongan Islamis yang
mendokong agenda perubahan Islam. Walaupun dunia sedang menuju kepada
sistem yang kucar kacir, mereka gagal membentuk kekuatan untuk
menyelamatkan keadaan bagi mengurus perubahan mengikut kehendak politik
Islam dan maslahah umat Islam. Sebaliknya mereka berada dalam keadaan
teramat lemah dan gagal memposisikan agenda mereka dengan baik. Yang
menyedihkan lagi ramai yang tertipu dan memilih untuk bertenggek dengan
agenda liberal Yahudi yang akan memusnah dan menghancurkan agenda mereka
sendiri dan sekali gus menguburkan masa depan Islam dan umat.
Gagasan
perpaduan tidak relevan dalam keadaan dominasi parti-parti politik,
sebaliknya perlu kembali kepada mafhum umat dan Islam. Kita perlu
mengangkat gagasan berdasarkan kepentingan dan masa depan dalam kerangka
ummah bukan kepartian. Perkara ini tidak dapat dicapai tanpa wujud
keinsafan dan kepercayaan yang kukuh sesama umat Islam. Malangnya
pengalaman umat Melayu Islam dalam arena politik sangat buruk sekali
sampai kepada tahap berbaik dengan orang kafir lebih baik daripada
bekerjasama sesama Islam. Inilah malapetaka besar yang sedang dihadapi
oleh umat Melayu Islam pada hari ini.
Di mana pilihan Islam?
Dalam
berhadapan dengan tiga situasi ini apakah pilihan yang ada pada umat
Islam? Pada hemat penulis keadaan di atas semua menuju kemusnahan. Tidak
boleh tidak umat Islam perlu keluar daripada situasi masing-masing dan
bertemu atas satu wala’ perpaduan demi masa depan Islam dan survival
umat Islam. Ia menuntut keinsafan daripada pemimpin UMNO bahawa segala
pendekatan kosmetik tidak akan memberi guna. Begitu juga PAS, mereka
perlu sedar bahawa DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan memberi kedudukan
kepada Islam dan Melayu. Begitu juga NGO-NGO Islam perlu memahami
situasi yang sebenar. Saya memilih untuk berterus-terang dan bercakap
benar supaya kita dapat mengenalpasti penyelesaian yang hakiki dan adil.
Saya tidak percaya dengan pendekatan PAS masuk BN atau UMNO masuk PAS,
sebaiknya kedua-dua pihak harus turun takhta masing masing dan sanggup
meletakkan Islam dan Melayu di hadapan dan yang utama.
Antara dua pilihan
Situasi
persekitan politik dunia menuntut kita satu pilihan politik yang
kritikal iaitu samada kita ingin mempertahankan identiti keIslaman dan
keMelayuan negara ini atau lebur dalam kerangka politik antarabangsa
dalam sistem liberal demokratik yang menguntungkan Zionis Kristian.
Dalam kerangka ini, pertembungan antara nasionalis dan Islamis pada
hakikatnya tidak lagi relevan. Persekitaran politik baru menuntut
pengolahan baru bagi politik umat Islam dan keluar dari tradisi.
Pertembungan antara nasionalis dan Islamis tidak menyampaikan mana-mana
pihak bertelagah ke mana-mana pun.
Malangnya
secara tidak sedar pertembungan tradisi ini telah berkembang membentuk
pola baru yang mengenepikan terus elemen atau agenda politik Islam
dengan terbentuk pola pertembungan baru menuju ke arah pencairan
identiti secara menyeluruh. Lebih malang lagi, sebahagian Islamis
terperangkap dalam pola politik baru ini dengan mengubah haluan daripada
tujuan asal kepada sekadar memperkukuhkan demokrasi, kebebasan dan
kesamarataan. Mereka kuburkan terus persoalan identiti (huwiyyah) dan survival bangsa, berpada dengan urus tadbir yang baik (good governance) dan nilai universal yang kononnya itu semua adalah substance kepada siasah syar’iyyah.
Isu keperibadian dan jati diri (huwiyyah)
yang sewajarnya diperjuangkan oleh golongan Islamis sebaliknya menjadi
lebih dekat kepada golongan nasionalis yang masih sayangkan bangsa dan
mempertahankan identiti keIslaman negara. Suasana ini sama sekali tidak
menguntungkan politik dan masa depan umat Melayu Islam. Mereka
sepatutnya keluar daripada situasi pertembungan palsu ini dan bersatu
padu membentuk kekuatan bagi melakar corak politik baru yang
menguntungkan Islam dan umat Islam sama ada dalam konteks senario di
peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Mengurus perubahan
Menyedari
hakikat bahawa perubahan pasti berlaku, keperluan untuk membina kekuatan
politik umat semakin mendesak. Kita tidak boleh menghentikan putaran
perubahan yang banyak ditentukan oleh pengaruh luar. Golongan nasionalis
tidak akan dapat pertahankan identiti dan politik yang bebas
(independent) secara sendiri. Begitu juga golongan Islamis dalam
kerangka politik liberal tidak mungkin diharap dapat mempertahankan
apa-apa. Jauh sekali untuk mencorakkan politik dalam acuan Islam dan
menguntungkan politik Islam serta masa depan umat.
Jadi semua
pihak mesti menyedari bahawa mereka sedang menuju ke satu destinasi
yang berbahaya dan berada dalam lingkungan yang salah, sekiranya mereka
masih mempertahankan kepentingan mempertahankan identiti keIslaman dan
politik hakimiyah Allah. Kita perlu kembali kepada perjuangan Burhanudin
Helmi yang mengharmoniskan hubungan Islam dan nasionalis dalam konteks
perjuangan Melayu. Lagi pun Islamis dan nasinalis bukan lagi pemisah
dalam politik baru hari ini.
Persoalan asas ialah mempertahankan jati diri (huwiyyah) Islamiyah dan menentang apa-apa yang mengancam huwiyyah
daripada fahaman yang merosakkan. Ini akan mengakibatkan peleburan
identiti dalam masyarakat antarabangsa yang berasaskan kufur dan ateis (ilhad).
Penyelesaian terletak pada tangan mereka yang memiliki kesedaran dalam
kalangan umat Melayu dalam UMNO yang jujur dengan nasionalisnya, dalam
PAS yang masih mempertahankan idealisme perjuangan Islam dan mereka yang
ikhlas dari kalangan cendekiawan umat. Kesedaran golongan ini bagi
merangka gagasan perpaduan atas asas mengembalikan kekuatan dan
meneruskan legasi penguasaan politik Melayu Islam di Malaysia ini. Oleh
itu kita perlukan muafakat baru, lukisan politik baru atau susuk politik
baru supaya kita dapat menguruskan perubahan yang boleh menguntungkan
Islam dan menjamin masa depan.
KEPENTINGAN PERPADUAN MELAYU ISLAM
Perpaduan
Melayu Islam menjadi satu gagasan penting yang perlu direalisasikan demi
mempertahankan Malaysia sebagai Tanah Melayu yang berdaulat dan
mempertahankan sebuah pemerintahan warisan yang berteraskan Melayu
Islam. Berdasarkan fakta- fakta yang telah disebutkan sama ada bersifat
dalaman atau luaran, memperlihatkan kepada kita betapa mendesaknya isu
ini dijayakan oleh semua pihak atau kelompok Melayu sama ada mewakili
parti politik, NGO, kerajaan maupun pembangkang.
Semua
kelompok Melayu harus keluar daripada kotak pertembungan sempit yang
sedia ada, menginsafi kesilapan dan bersikap jujur kepada masa depan
bangsa, negara dan tanah air. Sikap yang ditunjukkan oleh pihak-pihak
yang bertelagah hingga hari ini belum menunjukkan adanya keinsafan yang
benar-benar bermakna. Bagi menjelaskan lagi kepentingan perpaduan Melayu
Islam ini, saya nyatakan sebab-sebab berikut dari beberapa aspek:
- Perpaduan adalah asas kekuatan ummah.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Anfal ayat 60:
وَأَعِدُّواْ
لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٖ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ
تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن
دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن
شَيۡءٖ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ
٦٠
(Dan
sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang
lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan
musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu
belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu
dan kamu tidak akan dianiaya.)
Menurut Imam Hasan al-Banna kekuatan umat terbahagi kepada empat bahagian:- Kekuatan iman dan akidah
- Kekuatan persaudaraan dan kesatuan
- Kekuatan tenaga dan fizikal
- Kekuatan persenjataan
Imam Hasan
al-Banna mempunyai pandangan yang tersendiri berkaitan kekuatan.
Menurut beliau perjuangan hak hendaklah disokong dengan kekuatan. Apa
yang dirampas dengan kekuatan tidak mungkin diambil kembali kecuali
dengan kekuatan. Politik adalah pertembungan antara kuasa dan pengaruh
yang memiliki kekuatan tersendiri. Prinsip dan hak akan kalah tanpa
disokong oleh kekuatan.
- Perpaduan juga merupakan tuntutan syarak.
Perpaduan dari sudut syariat boleh diperhatikan dalam ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW seperti berikut:
- Surah al-Anfal ayat 46:
وَأَطِيعُواْٱللَّهَ
وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡۖ
وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ ٤٦
(Dan
taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu
berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan
hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan
cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.)
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:
عن جرير بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في حجة الوداع استنصت الناس فقال لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض
Maksudnya: Daripada
Jarir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW bersabda pada Haji Wida’
berpesan kepada semua manusia; Janganlah kamu kembali kufur (berpecah
belah) selepasku, sebahagian kamu memenggal leher sebahagian yang lain. (HR Ibn Majah).
Kedua-dua
nas di atas jelas nenunjukkan bahawa perpecahan akan melemahkan umat
Islam pada pandangan musuh. Dalam hadis Jarir, Rasulullah SAW
mengumpamakan perpecahan itu satu perkara yang amat buruk seolah-olah
kembali kepada kekufuran selepas beriman. Oleh sebab itu, perpaduan
adalah satu tuntutan wajib bagi syarak yang boleh memberi kekuatan
kepada umat Islam dalam menghadapi ancaman musuh. Tanggapan pihak
tertentu yang menganggap perpaduan sesama umat Islam khususnya antara
PAS dan UMNO satu perkara yang mungkar dalam strategi politik mereka,
merupakan satu yang bercanggah dengan ajaran Islam yang jelas.
- Kewajiban mempertahankan identiti dan jati diri
Malaysia
adalah satu warisan pemerintahan dan kedaulatan bangsa Melayu yang masih
kekal merdeka. Identiti ini adalah anugerah Tuhan kepada kita bangsa
Melayu. Ia adalah identiti yang kita warisi daripada datuk nenek, hasil
perjuangan yang panjang. Kalau kita mengkaji dari sudut sejarah, telah
banyak bumi Melayu yang telah dirampas bangsa penceroboh dan penjajah.
Yang tinggal ini hanyalah sekangkang kera yang sudah tidak kukuh lagi
untuk kita bertapak, apa lagi untuk meninggalkannya warisan kepada anak
cucu untuk hidup merdeka di negara sendiri.
Malangnya
yang masih ada ini sedang diasak bahkan diambil orang. Jika saki baki
kuasa politik dan pemerintahan Melayu ini terlepas ke tangan bangsa
penceroboh maka hilanglah segala yang kita warisi dan hancurlah masa
depan anak cucu kita. Justeru wajib kita pertahankan Malaysia sebagai
sebuah negara Islam yang berteraskan akidah Islam. Dan kita menolak
negara sivil yang tidak beragama dan berbangsa seperti yang dibawa oleh
setengah pihak.
- Menghindari akibat buruk daripada perpecahan
Melalui
perpaduan kita akan dapat menghindari tiga bahaya besar iaitu peleburan
identiti, perang saudara dan penghapusan etnik. Sebahagian agenda asing
yang berbahaya yang sedang melingkungi kita umat Melayu pada hari ini
ialah empat agenda utama iaitu agenda liberalisme dan pluralisme, agenda
Cauvinis Nam Tiem, agenda Evangelis Kristian dan agenda Syiah. Kesemua
empat agenda ini berkumpul dalam satu gagasan untuk memusnahkan identiti
dan jati diri umat Melayu supaya mereka dapat menjadikan Malaysia
habuan mudah untuk kepentingan mereka.
Hanya
dengan gagasan perpaduan sahaja Melayu Islam dapat selamat daripada
bahaya yang yang sedang menerpa ini. Justeru umat Melayu Islam perlu
bersatu padu untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara Melayu
yang berteraskan akidah dan mereka semua perlu bertaubat dan melihat
perpaduan sebagai keperluan agama dan masa depan bangsa bukan sebagai
agenda politik.
Selama
mana umat Melayu Islam daripada berbagai-bagai parti tidak dapat
menyelami hakikat identiti mereka, menyedari ancaman yang sedang melanda
dan melihat perpaduan dari kaca mata kepentingan umat selama itulah
mereka tidak akan dapat menemui jalan ke arah perpaduan dan akan menjadi
mangsa yang akan dibaham oleh musuh dari setiap penjuru.
Satu
perkara penting yang saya ingin sebutkan juga di sini ialah kesedaran
terhadap apa yang sebenarnya berlaku sekitar lingkungan politik orang
Melayu akan menyedarkan PAS dan UMNO dan kalangan orang Melayu bahawa
permusuhan antara PAS dan UMNO adalah satu permusuhan yang sia-sia. Saya
ingin berterus terang dalam hal ini bahawa bukan sahaja PAS yang perlu
perbetulkan sikap tetapi UMNO lebih-lebih lagi perlu mengumumkan taubat
dan keluar daripada politik kuasa dan harta kepada politik dakwah dan
risalah.
TUJUAN DAN SKOP PERPADUAN
Malaysia
adalah warisan kerajaan Melayu Melaka di mana Islam adalah identiti
negara dan kedaulatan bangsa Melayu di dalamnya mempunyai satu prinsip
yang tidak boleh dipisahkan daripada mafhum kedaulatan negara Malaysia.
Hari ini identiti (huwiyyah) negara Malaysia sedang dicabar.
Ini bermakna kedudukan kedaulatan bangsa Melayu dan Islam sebagai
sebahagian daripada mafhum kedaulatan negara sedang dimusnahkan oleh
berbagai-bagai pihak yang telah disebutkan.
Berdasarkan senario yang berlaku perpaduan bangsa Melayu bertujuan:
- Mempertahankan keperibadian dan jati diri negara berteraskan Melayu dan Islam daripada ancaman agenda asing. Kewajiban agama dan bangsa ke atas setiap orang Melayu Muslim untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara dengan satu perjuangan jihad yang menyeluruh merangkumi politik, ekonomi, pendidikan, budaya, perundangan, sempadan kedaulatan dan sebagainya.
- Membuat pembetulan terhadap dasar yang silap dari segi politik, ekonomi, pendidikan, budaya, perundangan dan sebagainya. Membuat pembetulan yang drastik, besar dan menyeluruh seperti ini memerlukan kekuatan perpaduan. Kekuatan yang boleh menjadi “back up” kepada keputusan politik yang kritikal. Orang Melayu perlu memahami situasi dan membuat bacaan politik yang betul. Isu-isu pergaduhan antara PAS dan UMNO adalah remeh dan tidak menjurus kepada perjuangan politik Islam yang sebenar. Orang Melayu khususnya PAS dan UMNO perlu memahami bahawa perbalahan mereka dalam isu-isu demokrasi, liberalisasi dan sebagainya tidak membawa faedah kepada politik Islam yang sebenar.
- Perpaduan dalam kerangka kepentingan umat Islam perlu menjadi maslahat politik setiap kumpulan atau golongan. Perlu ada satu garis kasar yang menjadi panduan semua kumpulan yang berjuang sama ada daripada parti politik atau pun NGO Islam.
Membuat pembetulan yang drastik, besar dan menyeluruh seperti ini memerlukan kekuatan perpaduan. Kekuatan yang boleh menjadi back up
kepada keputusan politik yang kritikal. Orang Melayu perlu memahami
situasi dan membuat bacaan politik yang betul. Isu-isu perpaduan antara
PAS dan UMNO adalah remeh dan tidak menjurus kepada perjuangan politik
Islam yang sebenar. Orang Melayu khususnya PAS dan UMNO perlu memahami
bahawa perbalahan mereka dalam isu-isu demokrasi, liberalisasi dan
sebagainya tidak membawa faedah kepada politik Islam yang sebenar.
MELAYU DAN ANCAMAN SURVIVAL
- Isu-isu dalam negara
Masyarakat Melayu yang mewakili majoriti umat Islam kini berada dalam keadaan lemah, tercabar dan dipolitikkan (musayyasah). Kenyataan ini boleh diperhatikan melalui senario masyarakat Melayu hari ini:
- Tiada lagi istilah Tanah Melayu. Ini bermakna bahawa pada hakikatnya Malaysia bukan lagi milik orang Melayu.
- Politik dan kepimpinan Melayu tercabar. Ia hanya warisan tradisi bukan hak yang termaktub dalam perlembagaan. Warisan dan tradisi ini sedang dicabar. Tiada lagi jaminan bahawa perdana menteri mesti daripada kalangan Melayu.
- Kontrak sosial tidak lagi dihormati dan hak-hak keistimewaan Melayu kini sedang dicabar dan kian terhakis. Kontrak sosial merupakan persetujuan atau persepakatan kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing. Kontrak ini menjadi asas kepada rangka Perlembagaan Persekutuan 1957.
- Begitu juga dengan Institusi Beraja yang mula dipermainkan dan dicabar kedaulatannya di Malaysia. Golongan cauvinis hari ini semakin berani dan lantang mempersoalkan tentang kedudukan institusi beraja dalam perlembagaan Malaysia.
- Globalisasi dan ancaman agenda asing terhadap survival umat Melayu
Masyarakat
Melayu Islam juga berhadapan dengan ancaman dari luar yang merupakan
agenda asing yang menguasai pemikiran dan mengawal kehidupan orang-orang
Islam.
- Agenda kristianisasi Zionis yang digerakkan oleh golongan Evangelis yang semakin menapak kukuh di Malaysia.
- Hegemoni Barat yang merangkumi aspek politik, ekonomi, keselamatan dan teknologi. Pada waktu ini juga penglibatan non muslim dalam sistem ekonomi dan politik negara sudah terlalu mendalam. Mereka telah menggunakan pengaruh mereka di pos-pos strategik untuk merealisasikan agenda mereka. Dalam hal ini, Allah SWT memberi peringatan keras kepada orang-orang beriman dalam surah ali Imran ayat 118:
يَٰٓأَيُّهَاٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ
خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ
أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ
ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ ١١٨
(Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang
bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka
tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu.
Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda)
kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan
oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan
kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.)
Menurut
Ibn Khaldun dalam al-Mukaddimah, yang telah menghancurkan kerajaan Islam
terdahulu ialah tindakan pihak kerajaan yang banyak menggunakan khidmat
non muslim dalam pentadbiran negara dan mengurus urusan umat Islam.
Hari ini sekiranya orang Melayu tidak mengambil pengajaran daripada
kejatuhan kerajaan Islam dahulu, tidak mustahil akan mengalami nasib
yang serupa. Yang amat malang ialah umat Melayu hari ini seolah-olah
tidak memahami percaturan yang sedang berlaku di sekeliling mereka.
- Pertembungan tamadun antara Islam dan Barat yang menyaksikan munculnya agenda pengamerikaan dunia oleh kuasa Barat dan usaha mereka mewujudkan kumpulan muslim moderat daripada kalangan umat Islam sendiri.
- Kristian Evangelis dan Zionis
Kristianisasi
merujuk kepada suatu usaha untuk mengkristiankan orang Islam. Dalam
konteks negara kita,walaupun perlembagaan negara memberi kebebasan dalam
beragama kepada rakyatnya namun terdapat larangan untuk agama lain
mengembangkan agama mereka kepada penganut Islam. Usaha memurtadkan umat
Islam sekarang dilakukan oleh golongan Kristian Evangelis yang juga
mempunyai kaitan dengan Yahudi Zionis.
- Agenda Nam Tien dan Cauvinis Cina
Agenda Nam
Tien adalah konspirasi penghapusan bangsa Melayu. Ia bermula dengan
pencerobohan dan rompakan emas Kerajaan Melayu Champa oleh seorang
Gabenor dari China yang bernama Tan Henzhi. Satu gerakan seolah-olah
dilaksanakan untuk menawan keseluruhan Tanah Nusantara yang menjadi
pusat pemerintahan orang Melayu. Gerakan ini dinamakan sebagai Nam Tien
atau dalam bahasa Melayu bermaksud Gerakan ke Selatan. Gerakan ini
diusahakan oleh golongan penakluk, untuk mengepung dan menolak orang
Melayu hingga ke penghujung dunia.
Ekoran agenda Nam Tien yang mahu menghapuskan bangsa Melayu, berlakunya peristiwa Kedah Blockade pada
tahun 1821 sehingga 1842. Kisah British menipu Sultan Kedah lantas
memberi peluang untuk orang Thai menakluk dan menjarah Kota Alor Setar
pada tahun 1821 sehinggalah pada tahun 1842. Pada ketika Kesultanan
Melayu (Selangor, Kelantan dan Pahang) ingin membantu Kedah, British
mengeluarkan askar-askar mereka untuk mengepung Kedah daripada menerima
apa-apa bantuan. Ini membuktikan, tiada satu bangsa lain pun yang akan
menyelamatkan bangsa Melayu kecuali bangsa Melayu itu sendiri.
- Perluasan pengaruh Syiah
Perluasan
pengaruh Syiah ini dipercayai bermula selepas berlaku Revolusi Iran.
Pengaruh akibat revolusi sangat besar sehinggakan ia turut mempengaruhi
gerakan-gerakan amal Islam di Malaysia melalui slogan-slogan yang dibawa
oleh mereka. Kini telah wujud penganut-penganut Syiah dalam kalangan
orang Melayu dan keluarga Melayu.
HALANGAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU
- Politik dan kepimpinan
Pemimpin
yang kuat dan adil adalah kunci kepada pelaksanaan tujuan politik Islam.
Sebab itu merupakan perkara pertama yang dibahaskan dalam pengajian
politik Islam iaitu berkaitan dengan ciri-ciri imamah atau khalifah.
Pada suatu masa dahulu, isu ini adalah paksi (mihwar)
perbalahan antara golongan Islamis dengan pemerintah suatu masa dahulu
dan masih berlanjutan sehingga hari ini. Ketiadaan ulasan yang tuntas
dan jelas menyebabkan isu ini kekal tergantung dan kusut tanpa
penyelesaian.
Ia
berkaitan dengan keabsahan dan pengiktirafan pemimpin negara Islam hari
ini sebagai pemimpin kerajaan yang sah serta kewajiban menegakkan negara
Islam. Kesan kekusutan hubungan itu maka hubungan golongan Islamis
dengan pemerintah diselubungi perselisihan dan konfrantasi yang
berpanjangan. Lebih malang lagi apabila para pejuang Islam gagal sampai
kepada kesimpulan terhadap persoalan konsep negara Islam yang mereka
mahu tegakkan. Dan ia telah menjadi tuntutan yang sangat samar dan
abstrak yang mengakibatkan jalan menuju matlamat juga menjadi kabur.
Hari ini
golongan Islamis masih mengekalkan konfrantasi yang tidak difahami dan
sangat mendalam walaupun mereka telah mengubah cara, haluan dan
destinasi. Walaupun rata-rata mereka terpengaruh dengan fahaman liberal
demokratik tetapi permusuhan masih berterusan, seakan-akan perlawanan
antara dua seteru yang hanya boleh hidup kalau salah seorang daripada
mereka mati. Pada hemat saya isu ini perlu dirungkai dengan jelas dan
tepat mengikut pendirian Islam yang sebenar menggunakan beberapa
pendekatan:
Pertama
Wujud andaian yang berpendapat paksi perselisihan ialah dalam konteks politik Islam atau siyasah syar’iyyah. Ada percanggahan pendapat yang ekstrem dalam masalah ini. Ada berpendapat kerajaan yang ada adalah sah dan mereka adalah ulil amri
yang wajib ditaati. Ada yang berpendapat bahawa negara ini negara kafir
yang wajib ditentang dan muslim di dalamnya adalah sama dengan ahli
zimmah dan ketiga menerima pemerintahan yang ada atas landasan kewajiban
berusaha ke arah yang lebih baik.
Sejujurnya
memang tidak wujud ciri-ciri lengkap pada kepimpinan hari ini seperti
yang disyaratkan dalam fiqh politik Islam. Dalam konteks negara
Malaysia, saya berpendapat bahawa pemimpin yang ada tidak melengkapi
ciri yang dituntut, namun menerimanya sebagai realiti keterpaksaan dan
percaya dengan kewajiban berusaha mengubah (jihad islah)
beransur-ansur. Sekiranya wujud pengganti yang lebih baik, ia harus
diganti melalui proses demokrasi dengan syarat tidak membawa mudharat
yang lebih besar yang boleh menghalang proses pengislahan yang lebih
menyeluruh.
Kedua
Wujud
andaian bahawa golongan Islamis ini telah menukar haluan dan pendekatan
daripada perjuangan Islam kepada perjuangan liberal demokratik. Maka
saya berpendapat wajar bagi mereka mengendalikan perbezaan dalam
kerangka kepelbagaian dalam sistem demokratik. Saya tidak berfikir
kemungkinan wujud permusuhan dan dendam dalam sistem demokrasi,
sebaliknya ia hendaklah ditangani dengan semangat keterbukaan dan
liberal. Seruan saya kepada golongan Islamis supaya mereka rasional,
cuba memahami fikrah mereka dengan lebih baik dan membaca situasi semasa
berdasarkan perspektif politik yang betul. Saya percaya kita semua
boleh bersetuju dengan pendapat ini.
- Kefahaman Islam dan masalah perbezaan pendapat dalam isu-isu cabang (furu’)
Pada
asasnya masyarakat Melayu Islam di Malaysia menganut hanya satu mazhab
iaitu Mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan pegangan fiqhnya pula ialah
kepada Mazhab Syafie. Ini bermakna unsur kesatuan dalam masyarakat
Melayu Islam sangat kuat. Mereka daripada satu rumpun. Kumpulan etnik,
satu bahasa dan budaya yang sama iaitu Melayu dan berpegang kepada Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Namun Malaysia juga tidak terselamat daripada
dipengaruhi oleh perbezaan kefahaman dalam isu-isu cabang (furu’)
tertentu yang boleh menyebabkan perselisihan.
Sebagai
contoh isu salaf khalaf, wahabi salafi , asy’airiyyah, golongan tua,
golongan muda dan sebagainya yang menyebabkan perpecahan. Dalam hal
perbezaan cabang (furu’) pendekatan akomodatif perlu dikenalpasti dan
dengan itu sikap berlapang dada dapat dipupuk. Imam Hasan al-Banna
seorang pelopor pemikiran tajdid pada abad ke-20 yang mencadangkan 20
usul yang bersifat (jami’) akomodatif yang menjadi penyelesaian kepada
masalah ini. Sebagai contoh dalam hal ijtihad, pandangan imam dalam
perkara cabang (furu’) wajib ditaati. Masalah tawasul, masalah bid’ah,
masalah ayat mutasyabihat, masalah aqli dan naqli dan sebagainya
ditangani secara terbuka.
- Sikap terhadap Barat dan agenda asing
Berhadapan
dengan agenda Barat dan asing, umat Islam mempunyai dua pilihan sama
ada mengikut dan meleburkan diri dalam agenda globalisasi atau mencuba
sedaya upaya mempertahankan diri dan identiti Melayu Islam daripada
terperangkap dalam permainan mereka. Dalam isu ini, umat Islam
diingatkan agar sentiasa berpegang dengan tali Allah SWT, dan menjaga
perpaduan antara umat Islam.
Musuh-musuh
Islam sentiasa berusaha memastikan perpecahan dalam kalangan umat Islam
terus berlaku dan tidak berhenti. Hanya melalui perpecahan umat Islam
sahajalah mereka akan dapat terus berkuasa dan melebarluaskan kuasa
hegemoni Barat di seluruh alam. Kekuatan jati diri dan identiti negara
sangat penting bagi mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia. Negara
seperti Cina, Turki, Jepun, Jerman dan lain-lain menunjukkan satu contoh
yang jelas bagaimana mereka boleh maju dan berjaya TANPA perlu
meleburkan diri dalam tamadun Barat.
Salah satu
faktor yang membentuk jurang antara kelompok kelompok Melayu dan Islam
di Malaysia ialah perdirian terhadap Barat dan agenda asing. Ramai dalam
kalangan kita tidak memiliki kefahaman yang sewajarnya terhadap agenda
asing yang melingkungi dan mengancam identiti bangsa dan negara. Mereka
tidak memahami apa itu agenda pemBaratan (Zionis Amerika). Mereka tidak
mengetahui agenda Timur China (Nam Tien) yang menghapus Melayu Campa dan
Melayu Kedah pada abad ke-18. Mereka tidak mengetahui tentang agenda
peluasan Syiah Iran. Dan lain-lain agenda yang mengancam masa depan umat
Islam di Malaysia.
Oleh sebab
itu kita mendapati sikap mereka berbagai-bagai sehingga mengadakan
hubungan secara tidak berhati-hati dengan kumpulan tersebut. Bahkan
telah dipengaruhi oleh agenda mereka. Ini menyebabkan sesetengah
kumpulan bertindak sebagai proksi kepada agenda asing dan sanggup
mengorbankan agenda bangsa sendiri. Dalam realiti hari ini, berada dalam
keadaan ini yang saya namakan sebagai keadaan “musayyasah” dan
berpecah-belah. Ini menyebabkan mereka tiada agenda sendiri yang boleh
menyatukan mereka. Mereka sudah tidak kisah perjuangan mereka dan
warisan mereka hilang daripada pegangan satu persatu. Mereka
terperangkap dalam agenda asing dan menganggap permusuhan antara mereka
adalah satu yang fardhu dan benar.
Apakah
faedahnya liberalisme, sekularisme dan pluralisme agama kepada negara
dan bangsa? Tidak ada faedah langsung tetapi terdapat dalam kalangan
kita yang menjadi pejuang dan ramai yang menyokong perjuangan tersebut
kerana kononnya untuk menyelesaikan kekusutan politik dalaman. Ada dalam
kalangan orang Islam Melayu yang tidak memahami tentang ancaman
Cauvinis Cina, agenda Nam Tien yang telah menghapuskan beberapa generasi
Melayu di serata alam Melayu sepanjang sejarah. Justeru mereka
menganggap bekerjasama dengan golongan ini sebagai agenda strategik
dalam politik. Mereka tidak boleh memahami bahawa apabila golongan
cauvinis berkuasa agenda Nam Tien akan dilaksanakan ke atas mereka.
Bahaya
Kristianisasi daripada berbagai-bagai kelompok Kristian terutamanya
kelompok Evangelis Kristian yang nyata membawa agenda zionisme tidak
dapat diselami dengan baik oleh orang Melayu Islam. Gerakan ini bukan
sahaja berbahaya kepada identiti negara tetapi juga boleh memecahkan
kesatuan negara Malaysia apabila mereka menggunakan sentimen pendudukan
Kristian untuk memisahkan antara Semenanjung dan Malaysia Timur (Sabah
dan Sarawak). Kerana tidak memahami atau berkepentingan politik, ada
dalam kalangan orang Melayu dan Islam sanggup melindungi gerakan ini
atas nama Dialog Keharmonian Nasional.
Begitu juga dengan bahaya peluasan Iran dan Syiah. Ramai dalam kalangan orang Melayu Islam yang terpengaruh dengan kempen “taqrib
antara mazhab” memandang mudah dengan Syiah. Syiah bukan daripada agama
Islam dan sangat nyata pengaruh Yahudi di dalamnya seperti Evangelis
Kristian. Ia boleh mengundang perpecahan besar dalam kalangan umat
Islam, bahkan pertumpahan darah sekiranya mereka diberi ruang pengaruh
dan kuasa. Demikian malangnya umat Islam khususnya bangsa Melayu yang
begitu naif dalam berhadapan dengan agenda asing. Kenaifan ini telah
menggagalkan mereka untuk bersatu padu walaupun ancaman yang sangat
merbahaya itu telah cukup memberikan mereka nasihat dan peringatan.
KESIMPULAN
Umat
Melayu Islam pada masa ini mengalami situasi yang sangat malang kerana
gagal memahami kefardhuan perpaduan dalam membina negara bangsa yang
berdaulat. Mereka telah lupa terhadap sejarah dan keliru dengan
berbagai-bagai seruan yang memperdayakan dari Timur dan Barat bagi
tujuan menyesatkan mereka daripada panduan Islam yang lurus. Mereka
berselisih dalam perkara yang sangat asas iaitu tentang kewajaran
perpaduan itu sendiri, belum lagi soal mencari jalan ke arah perpaduan.
Puncanya ialah mereka tersasar daripada laluan politik sunnah dan telah
terpesong kepada politik semata-mata kerana kuasa dan harta. Mereka
hilang kompas dalam pandangan politik daripada asas berpijak untuk
membangunkan sebuah identiti bangsa berteraskan akidah.
Segala
persoalan pokok telah dipolitikkan dan menjadi soalan-soalan yang
diperselisihkan. Terungkai segala hubungan akidah (wala’), terkuburnya
mafhum ummah, penafian terhadap sejarah bangsa, mengingkari tuntutan
kedaulatan, menganggap perpecahan sebagai syariat dan dalam masa yang
sama menelan mudah segala yang dihidangkan oleh musuh Islam yang memujuk
mereka supaya menyerahkan segala yang berbaki kepada mereka atas nama
kebebasan, kesamarataan dan persaudaraan manusiawi.
Hubungan
hati sesama Islam telah pecah remuk sehinggakan orang kafir lebih
dipercayai dan lebih senang digauli serta bekerjasama berbanding orang
Melayu sendiri.
Oleh itu untuk menjayakan gagasan perpaduan umat Melayu Islam:
- Orang Melayu Islam perlu terlebih dahulu menyakini akan keperluan serta kefardhuan perpaduan dalam menghadapi lingkaran ancaman yang berbagai-bagai.
- Isu perpaduan Melayu hendaklah mampu difahami dan dibahas di luar dari kerangka perbalahan politik. Soal survival Islam dan Melayu itu sendiri harus dapat dihayati dan fahami oleh orang Melayu Islam sendiri.
- Perlu wujud mediasi antara golongan yang diterima oleh kedua-dua belah pihak untuk mencari jalan memperbaiki hubungan hati dan kepercayaan antara pihak- pihak yang bersengketa dan mengeluarkan mereka daripada sentimen politik kepartian yang sempit.
Jika
perkara tersebut dapat diusahakan maka saya percaya gagasan perpaduan
boleh berjaya. Tetapi jika perkara tersebut sukar diterima dan
direalisasikan, maka perpecahan akan terus berlaku dan tidak mustahil
masa depan anak cucu kita akan berakhir dengan malapetaka yang ngeri…wal
iyazubillah.
Rujukan
al-Quran al-Karim
Sahih Muslim dan Bukhari
Anis Malik Taha. 2010. Inter-religious Dialogue between Building Bridges of Mutual Understanding and Preservation of Identity. Journal of TAJDID. Vol. 14. 27. Page. 133-162.
Ibn Khaldun. 1983. Muqaddimah. Ed. Ḥajar Beirut: Dar wa Maktabah al-Hilal.
Emerson, R. 1937. Malaysia: A study in direct and indirect rule. New York: The Macmillan Company.
Hasan al-Banna. 2006. Majmucah al-rasa’il. Kaherah: Darul Salam
Solah Sowy. 2012. al-Tacadudiyah al-siyasiyah fi al-dawlah al-Islamiyah. Kaherah: Dar Iclam al-Dawli.
Samuel P. Huntington. 1993. The clash of civilizations? Journal of Foreign Affair. Summer 1993. Page. 22-49.
Zaharah Sulaiman. 2014. Konspirasi penghapusan bangsa dan fokus agenda Nam Tien. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Simposium Mendepani agenda asing; Melayu dalam krisis kepimpinan pada 15 Sept 2014 di Dewan Besar JAKIM, Putrajaya.
al-Mausucah al-muyassarah fi al-adyan wa al-mazahib wa al-ahzab al-mucasarah. al-Nadwah al-calamiyah li al-syabab al-Islamy.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/10/gagasan-perpaduan-masyarakat-melayu-islam/
Sunday, October 12, 2014
Dato Bahaman & Tok Janggut : Di manakah kesinambungannya?
Saudara-saudara yang sanggup menonton sampai habis....saya anggap saudara adalah orang-orang yang berjiwa besar.
Saturday, October 11, 2014
Friday, October 10, 2014
Projek Islami: Di mana ianya bermula?
October 10, 2014 Featured, Kolumnis, Majlis Ulama ISMA
Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi ketika mentahqiq kitab Ma’alim fi At-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) dalam tajuk “Tabiat Manhaj Qurani” karya Imam As-Syahid Syed Qutub rhm ada menyatakan beberapa persoalan berkaitan manhaj Nabi saw dalam membawa perubahan.
Persoalan-persoalan ini sangat penting untuk diteliti untuk kita fahami dasar politik Islam, sekaligus memandu segala tindakan politik gerakan Islam di Malaysia agar tidak tersasar jauh dari tujuan atau Maqasid Siyasah Syar’iyyah iaitu menegakkan Syariah Allah di muka bumi ini dan menundukkan segala sistem dan kekuasaan kepada Allah swt semata-mata.
Mengapa Rasulullah tidak bermula dengan laungan islah sistem politik?
Fasa awal dakwah Nabi, utara tanah arab (kawasan Bumi Syam) dikuasai Rom dan selatannya, Yaman dikuasai Parsi. Maka hanya tinggal tanah gersang padang pasir yang dikuasai arab.
Mengapa Rasulullah tidak memanfaatkan ‘modal’ kedudukan yang tinggi dan pengaruh yang kuat dalam qabilah Arab yang dimilikinya (kisah perletakan hajar aswad sebagai contoh), bagi melaungkan kesatuan seluruh qabilah Arab dan seruan berjuang mengembalikan hak-hak mereka dari Rom dan Parsi? Malah Baginda s.a.w menolak segala tawaran hebat untuk menduduki takhta pemerintah.
Tetapi yang dibuat adalah sanggup bersusah payah, melaungkan isu Aqidah, yang mencabar kedudukan pembesar-pembesar Arab.
Mengapa Rasulullah tidak bermula dengan islah sistem sosial?
Sistem sosial dunia arab ketika itu sangat teruk. Pembahagian harta kekayaan dalam masyarakat Arab berlaku dengan penuh kezaliman. Harta kekayaan dimiliki oleh minoriti yang punya kedudukan dan kemuliaan. Manakala majoriti rakyat hidup miskin lagi terhina.
Maka mengapakah Rasulullah yang terkenal dengan sifat Al-Amin tidak saja mengangkat bendera ‘kebajikan’, ‘keadilan sosial’ bagi mendapat pengaruh rakyat yang membolehkannya mendapat kuasa politik? Sedangkan baginda mampu sahaja untuk mengambil kesempatan dengan kelebihan yang dimiliki untuk melaungkan sedemikian?
Mengapa Rasulullah tidak bermula dengan laungan islah Akhlak?
Tahap akhlak Arab jahiliyyah teramat runcing. Zina, arak, bunuh, sudah menjadi lumrah kehidupan arab jahiliyyah.
Rasulullah yang terkenal dengan akhlak yang mulia boleh saja melaungkan slogan pemulihan akhlak bagi mendapatkan sokongan dan pengaruh untuk menjalankan projek-projek selepas itu, tetapi mengapa isu Aqidah yang penuh halangan juga dilaungkan? Malah para Sahabat r.a sanggup diseksa dipulau demi mempertahankan Aqidah.
+ + + +
Cuba kita kaitkan dengan apa sedang berlaku di Malaysia hari ini.Apakah keutamaan gerakan Islam di Malaysia dalam melaungkan perjuangan mereka? Adakah terlebih dahulu melaungkan Negara Berkebajikan, Good Governance, Human Right, malah bertahaluf dengan musuh Islam, kemudian hari baru sama-sama berusaha menegakkan syariah Allah di Malaysia?
Untuk menjawab segala persoalan ini, marilah sama-sama kita fahami apakah rahsia disebalik tindakan politik atau siyasah Nabi saw terutama di awal dakwahnya di Makkah selama 13 tahun.
Kenapa saya fokuskan pada fasa 13 tahun di Makkah?
Kerana fasa di Makkah adalah fasa awal dakwah di mana umat Islam ketika itu tidak punya negara untuk mempertahankan Aqidah dan menyebarkannya ke seluruh alam. Dan kita hari ini seolah-olah –dari sudut marhalah dakwah- masih lagi berada di fasa Makkah iaitu fasa awal dakwah ataupun disebut marhalah at-taksis (peringkat pengasasan), semenjak jatuhnya khilafah Islam yang terakhir satu abad yang lalu. Umat Islam seluruh dunia wajib bangkit mengikut manhaj yang sama sepertimana Nabi saw dan para sahabat dahulu bangkit membawa perubahan.
Tidakkah kita mahu menjadi golongan yang dimaksudkan dalam hadith Ar-Rasul saw berkenaan Khilafah ‘ala minhaj An-Nubuwwah di akhir zaman?
تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم
يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما
شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكًا عاضًا
فيكون ما شاء الله أن يكون، ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون
ملكًا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، ثم سكت
“Adalah Kenabian (nubuwwah) itu ada
di tengah-tengah kamu sekalian, yang ada atas kehendak Allah. Kemudian
Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan
ada Khilafah yang berdiri di atas manhaj kenabian (Khilafah ‘ala
minhajin nubuwwah), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah
mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada
Kekuasaan yang menggigit (Mulkan ‘Aadhdhon), yang ada atas kehendak
Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak
mengangkatnya. Kemudian akan ada Kekuasaan yang memaksa (diktator)
(Mulkan Jabariyah), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah
mengangkatnya, apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang berdiri atas manhaj Kenabian (Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.
(HR Ahmad)
Hadith ini dinilai hasan oleh Syeikh Albani dan Syeikh Syu’aib Arna’uthHikmah bermula dengan isu Aqidah.
1-Imam As-Syahid Syed Qutub telah menerangkan dengan penuh jelas akan hikmah bermulanya dakwah Nabi saw dengan laungan Aqidah. Menurutnya, Allah tidak mahu membersihkan bumi ini daripada taghut Rom dan Parsi dan menggantikannya kepada taghut Arab.
2-Allah mahu menghapuskan segala kuasa taghut di bumi ini. Bumi ini adalah hak milik Allah. Maka semua urusan dan kekuasaan wajib tunduk pada Allah. Jalannya tidak lain tidak bukan adalah dengan mengangkat bendera “La Ilah illa Allah”. Kerana Allah mahu seluruh manusia mengiktiraf bahawa Al-Hakimiyyah Lillah (الحاكمية لله), bermaksud kuasa tertinggi adalah milik Allah. Inilah yang ditanam dalam hati umat Islam di Makkah selama 13 tahun !
3-Syeikh Dr. Solah Al-Khalidi menyatakan bahawa hanya permulaan dengan isu Aqidah dapat merealisasikan matlamat (البدء بقضية العقيدة يتحقق الهدف). Ya, inilah hakikatnya, sebab kita jelas matlamat akhir kita adalah membawa manusia kesuruhannya tunduk kepada sistem Islam, maka jalannya wajib jelas dan berterus terang sejak dari langkah pertama demi menjamin tercapainya matlamat. Jika kita asyik pusing-pusing dengan idea human right, good governance, dan sebagainya, sampai satu masa ia akan terbatas, tidak akan mampu mencapai matlamat menegakkan syariah Allah kerana manusia ketika itu hanya bertuhankan human right yang tidak punya apa-apa asas yang kukuh, tidak mengerti apa itu hakikat Aqidah Tauhid.
4-Rasulullah amat memahami bahawa semua sistem kehidupan (kebajikan, keadilan sosial, ekonomi dan lain-lain) tidak dapat tertegak melainkan berdiri atas asas Aqidah. Aqidah lah yang menetapkan pertimbangan dan nilai tersebut. Tanpa akidah, segala idea hebat yang dilaungkan tadi hanya kosong tidak bernilai bagaikan habuk yang beterbangan.
5-Allah dan Rasul-Nya mahu semua ‘bendera’ dan laungan berdiri atas dasar Aqidah. Atas kesedaran manusia akan keesaan Allah dan hak Allah mentadbir bumi ini secara mutlak. Sehingga apabila umat Islam memiliki aqidah yang kuat dan rasa ‘muraqabah Allah’, segala sistem ataupun syariat yang ditaklifkan ke atas mereka selepas itu bukanlah satu benda yang berat !
Satu contoh bukti yang terhasil adalah apabila disyariatkan hukuman hudud, ia bukanlah satu bebanan ke atas para Sahabat. Kita boleh dapati dalam sirah nabi, para sahabat yang dikenakan hukuman hudud amatlah sedikit.
6-Hikmah lain juga adalah supaya manusia mengimani “la Ilah illa Allah” dalam apa jua situasi dan masa. Bukan hanya beriman apabila ditawarkan manfaat-manfaat duniawi dan dipamerkan kecantikan serta kehebatan sistem negara Islam. Tidak, sama sekali tidak. Allah inginkan manusia beriman kepada-Nya dengan penuh keikhlasan yang datang dari lubuk hati yang murni dengan kesedaran aqidah yang tertanam dalam diri dalam apa jua situasi dan masa.
+ + + +
Inilah serba ringkas yang dapat saya simpulkan dalam tulisan kali
ini. Tulisan ini dalam masa yang sama menolak idea liberalisme ,
sekularisme, dan sewaktu dengannya yang tidak mempunyai asas Aqidah,
malah hanya menjadi senjata ampuh pihak musuh bagi menutup segala
kezaliman dan keganasan mereka terhadap umat Islam sepanjang sejarah
hingga hari ini di samping memancing umat Islam untuk terus bekerjasama
menjayakan agenda mereka.Hanya orang yang naïf sahaja akan terpedaya dengan segala idea tersebut dan tanpa disedari sedang menjayakan agenda halus musuh memerangi pemikiran umat Islam. Semoga Allah merahmati dan terus menunjukkan kepada kita jalan lurus yang menyampaikan kita hingga ke Syurga Firdaus-Nya, insya Allah.
Saya yakin, ramai pemimpin gerakan Islam sudah pernah membaca tulisan Syed Qutub ketika berbicara tentang perkara yang disebutkan di atas. Namun, adakah dapat diimplementasikan dalam alam realiti ketika sibuk dengan segala macam sepak terajang politik Malaysia hari ini?
Ust Ahmad bin Khairuddin BA (Hons) Syariah, Fiqh & Usul Fiqh
Rujukan :
- Ma’alim fi At-Tariq, Syed Qutub
- Ma’alim fi At-Tariq, Tahqiq & Ta’liq Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi
- Manhaj Haraki fi Zilal Al-Quran, Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi
Wednesday, October 8, 2014
JOM SIGN PETISYEN ONLINE!
Sejak kebelakangan ini, banyak pihak telah mencabar kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kemuncak sikap biadap terhadap kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja ini ialah campurtangan mereka dalam isu kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri kelantan untuk melaksanakan sistem perundangan syariah sepenuhnya di Kelantan. Justeru Presiden ISMA telah memberi amaran di atas sikap biadap mereka itu seraya mengingatkan fakta sejarah tentang hakikat kedudukan kaum Melayu dan kaum pendatang sebelum dan semasa pembentukan negara Malaysia yang merdeka.
Akibatnya Presiden ISMA telah dijadikan sasaran serangan pihak chauvinist dan evangelist, sehingga membawa kepada dakwaan di bawah Akta Hasutan. Dakwaan tersebut adalah susulan laporan polis yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri yang bersikap talam dua muka terhadap akta hasutan. Ironinya terdapat banyak kenyataan menghasut terhadap kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja yang tidak didakwa sehingga ke hari ini.
Sehubungan itu, marilah kita sama-sama menyatakan pendirian yang jelas dan tegas untuk mempertahankan kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menandatangani Petisyen Gugurkan Dakwaan Terhadap Presiden ISMA.
Ayuh, tandatangan sekarang!
http://www.gopetition.com/
Masa depan Islam, Melayu dan Institusi Raja di tangan anda!
Monday, October 6, 2014
Pesta arak membawa mafsadah kepada masyarakat dan negara
October 2, 2014 Featured, Majlis Ulama ISMA
BANGI, 2 Okt - Penganjuran pesta arak
bukan sahaja akan memberi mafsadah kepada mereka yang terlibat tetapi
turut akan merosakkan individu, masyarakat dan imej Negara Malaysia itu
sendiri sebagai sebuah Negara Islam.
Mafsadah pesta arak itu terlalu jelas samada dari sudut individu, masyarakat atau negara.
Ahli Tertinggi Majlis Ulama ISMA (MUIS),
Dr Kamarudin Awang Mat berkata demikian mengulas mengenai penganjuran
Oktoberfest oleh Carlsberg Malaysia.
Jelas beliau, ulama semasa telah
meletakkan konsep bukan Islam dalam Negara Islam yang wujud pada hari
ini sebagai akad muwatinun iaitu perjanjian kewarganegaraan bermaksud
mereka ada hak serta tanggungjawab yang perlu diberikan kepada Negara.
“Banyak hak yang telah diberikan kepada
mereka seperti hak membina keluarga, hak tempat tinggal, hak bebas
bergerak dan lain-lain. Jadi atas dasar itu mereka ada tanggungjawab
yang perlu dilunaskan atas hak yang diberikan tersebut.
“Antara tanggungjawabnya adalah mereka
perlu menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang meganggu
kehidupan masyarakat seperti menghina Islam atau oang Islam atau meminum
dan jual beli arak secara terbuka atau apa saja yang diharamkan oleh
Islam.
“Dalam kes penganjuran pesta arak ini mereka telah melanggar akad tersebut,” tegas beliau.
Oktoberfest ini telah pun bermula sejak 24
September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time
Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor,
Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida,
Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.
Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.
Beliau yang juga pensyarah Universti
Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menambah kerajaan dan pihak berkuasa
khususnya Jabatan Agama Islam Negeri mesti memainkan peranan menjaga
kesucian Islam dan masyarakatnya daripada dicemari oleh unsur-unsur yang
boleh merosakkan masyarakat.
“Kes penganjuran ini perlu disiasat segera dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang," katanya.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/10/pesta-arak-membawa-mafsadah-kepada-masyarakat-dan-negara/
ISIS: Kaedah “SEMANTIC INFILTRATION” Terhadap Konsep NEGARA ISLAM ( Siri 2)
The War Of Ideas
The War of Ideas secara
ringkasnya adalah suatu bentuk perang pemikiran. Dalam konteks tulisan
saya dan kerelevenan masa kini ia adalah perang pemikiran antara
ideologi Islam dan ideology liberal-demokratik barat.Semantic Infiltration pula adalah modus operandi dalam The War of Ideas
antara ideology Islam dan ideology barat. Ia dipraktikkan dengan
memberi makna yang menyeleweng serta dipakaikan terhadap element-element
yang bersifat fundamental dan integral dalam membangunkan Islam sebagai
ketamadunan dunia yang hebat. (e.g: Islamic State dan Jihad)
Menurut penganalisa polisi RAND
corporation Angel Rabasa, beliau memberi gambaran objektif war of ideas
adalah usaha mendifiniskan Islam itu sendiri.
“The struggle in much of the Muslim world today is a war of ideas..This is not a war of civilizations; it’s not Islam versus the West. It’s a struggle within Islam to define the character of Islam.”[1]
Walaupun mereka menyebut Islam yang perlu struggle
dengan diri sendiri tetapi sebenarnya, merekalah yang cuba mengubah
karakter Islam dengan membuat penyelewengan makna kepada Islam.
Pada tahun 2001, Amerika dan barat telah
menjadikan jihad sebagai sasaran dan pada tahun 2013 ia telah diikuti
dengan perkataan Islamic State. Dalam bahagian ini saya akan menjelaskan
secara terperinci bagaimana strategi barat terhadap perkataan Jihad
sebelum pada bahagian seterusnya saya mengulas pula tentang Islamic
State. Sengaja saya tidak terus menjunam mengulas isu pokok iaitu
Islamic State dan pergi dahulu kepada jihad kerana ia adalah latar
belakang sejarah yang perlu difahami baik sebelum perspektif yang sama
digunakan pada konteks semasa.
JIHAD: Latar Belakang
Seperti apa yang disebut oleh J. Michael Waller di dalam buku beliau Fighting the war of Ideas like a real War
cubaan memburukkan makna Jihad ini telah bermula seawal tahun 1970.
Dilakukan oleh Muslim sendiri awalnya. Yaser Arafat yang melabelkan
gerakan Islamic Jihad sebagai terrorist. Gerakan yang dipimpin
oleh Aboud Az-Zumari iaitu Islamic Jihad dikatakan terlibat dengan
pembunuhan Anwar Sadat. Islamic Jihad telah membawa imej yang buruk
mengenai Jihad. Namun begitu, badan intelektual dan gerakan Islam telah
meneutralkan semula makna jihad daripada diberikan persepsi yang buruk.
Selepas itu, walaupun terdapat beberapa kali cubaan memburukan makna
Jihad telah dilakukan tetapi sering kali itu jugalah ia telah
dineutralkan dan dijaga maknanya.
Sehingglah Amerika Syarikat pada tahun 2001 dengan dibantu oleh golongan intelektual Neo-Conservatives di dalam Council of Foreign Relation (CFR) telah melancarkan suatu strategi yang bersifat long term,
melibatkan pendanaan yang besar juga diberikan sifat ketenteraan
semata-mata bertujuan memburukan makna Jihad. Ianya bermula dengan
tragedi 9/11, diikuti oleh perang Iraq, dan bantuan kemasukan askar
NATO. Seterusnya dibantu dana daripada UAE dan mendapat sokongan penuh
United Nation (UN). Segala-galanya untuk melegitimasikan usaha semantic infiltration ke atas nilai integral dan fundamental umat Islam iaitu JIHAD. Ia dilakukan sebagai satu reaksi The War of Ideas kepada ideology Islam. Namun begitu, tanpa dunia Islam sedar atau tidak modus operandi yang sama telah digunakan.
Wah, macam kecil sangat objektifnya
bukan? Membelanjakan jutaan ringgit semata-mata demi penyelewengan makna
sahaja? Tetapi itulah hakikat yang berlaku. Demi mempromosikan dan
mengabsahkan demokrasi liberal dan kapitalisma pasaran bebas ia adalah
satu usaha yang berbaloi.
JIHAD: Bermula dengan tragedi false flag 9/11
Bermula dengan suatu peristiwa berskala besar iaitu tragedi 9/11 yang tercetus pada tahun 2001 ia mengangkat satu false flag yang
menyebut punca tragedi tersebut adalah daripada kumpulan
militant-Muslim daripada Timur Tengah. Lebih khusus lagi berasal
daripada Iraq. Tidak lama selepas itu wujud pula False Flag kedua yang
menyebut Iraq telah menyimpan Weapon of Mass Destruction (WMD).[2]
Walaupun selepas itu ternyata senjata itu tidak dijumpai dan permohonan
maaf yang ringkas telah dibuat ia sekaligus telah memberi lampu hijau
buat barat khususnya US untuk meneruskan perancangan mereka dalam
memburukkan makna jihad sekaligus melemahkan kuasa umat Islam.
Bermulanya retorik jihad yang sebenar
adalah selepas pencerobohan tentera Amerika ke dalam Iraq pada March
2003. Pada tahun 2004, dalam majlis ulangtahun 9/11, pimpinan-pimpinan
tertinggi Amerika Syarikat telah mengulangi terma-terma retorik jihad
yang hamper sama. Kenyataan ini dibuat untuk menanam satu gambaran
jihad yang bersifat ancaman kepada penduduk Amerika Syarikat dan dunia
luar. Seperti contoh:
“With respect to the al Qaeda organization, or to a terrorist who is committed to jihad, who is out to kill infidels and is prepared to sacrifice their life in the process, the whole notion of deterrence is meaningless.”[3]
“They are absolutely committed to jihad, to killing infidels. We’re at the top of the list.”[4]
“A handful of the people, motivated by an intense desire to commit jihad, to kill the infidel - and we’re the infidel.”[5]
“These are people who are absolutely committed to jihad and that want to kill infidels and we’re the infidels.”[6]
“As I say, it’s a tough, long, hard slog. . . . There’s nothing you can hold at risk that will deter them from attacking us. They’re committed to jihad. They want to kill infidels. That’s us. . . .”[7]
Kenyataan “committed to jihad, to kill infidel”
adalah kenyataan yang ditanam di dalam minda rakyat Amerika Syarikat
dan masyarkat dunia. Ia dilakukan untuk memburukkan makna jihad.
Sedangkan makna jihad jauh lebih mulia dan sejahtera daripada makna yang
dipropagandakan Amerika. Tetapi dalam perang pemikiran dan persepsi
ini, penglabelan seperti ini sangat penting digunakan dan diucap oleh
hamper semua entiti baik individu dan organisasi supaya makna yang salah
menjadi kefahaman yang tertanam dalam minda.
Michael Waller menyebut:
“The administration wasn’t alone in speaking in such terms. Political leaders from both parties, officials in law enforcement, intelligence, diplomacy and the armed forces, and major news organizations all used similar rhetoric.”
JIHAD: Retorik Hirabah
Namun begitu, di dalam Negara-negara
Islam di sekitar Timur Tengah, retorik Jihad tidak digunakan tetapi
perkataan yang digunakan adalahHirabah. Hirabah ringkasnya
tindakan jahat merompak dan membunuh. Persoalannya, kenapa digunakan
terma yang berbeza pada Negara-negara Islam?
Sebagai contoh, stesen media di Saudi telah mewar-warkan kenyataan yang dibuat oleh Islamic Society of North America
(ISNA). ISNA merupakan sebuah persatuan yang terletak di Amerika
Syarikat dan dibantu dana yang banyak daripada Arab Saudi sendiri.
Menurut Setiausaha Agung ISNA, Sayyid M. Syeed:
Hirabah is an act of terrorism, a subversive act inflicted by an individual or a gang of individuals, breaking the established norms of peace, civic laws, treaties, agreements, moral and ethical codes… While as different forms ofjihad are highly commendable acts of virtue, hirabah is respected as a despicable crime… Individuals and groups indulging in hirabah are condemned as criminals, subjected to severe deterrent punishments under Islamic law and warned of far more punishment and humiliation in the life after life.
Perkataan Hirabah digunakan
sebagai satu strategi ataupun kaedah mengurangkan simpatism dan sokongan
umat Islam dalam membantu umat islam apabila pencerobohan ketenteraan
dilakukan oleh Amerika ke atas Iraq. Mudah persoalannya, berapa ramai
Muslim yang ingin mati dan masuk ke dalam neraka? Begitulah sentiment hirabah digunakan.
Anisa Mehdi, seorang wartawan yang
menghasilkan dokumentari untuk National Geography ada menyebut dalam
menggambarkan penggunaan Hirabah ini yang memberi tanggapan yang berbeza
kepada umat Islam berbanding penggunaan perkataan Jihad:
“If they heard ‘hirabah’ instead of ‘jihad,’ if they heard ‘murder’ instead of ‘martyr,’ if they heard they were bound for hell not heaven, they might not be so quick to sign up to kill themselves and a handful of so-called ‘infidels’ along the way.”[8]
Ini jelas menunjukkan terdapat
penggunaan perkataan yang selektif terhadap perkataan Jihad dan Hirabah.
Termasuk jugalah penglabelan yang berbeza kepada entiti yang
bertanggungjawab ataupun dijadikan ‘kambing hitam’. Mereka ini di
peringkat antarbangsa disebut sebagai Terrorist, Militant dan Extremist
tetapi di dalam Negara Muslim disebut sebagaiInsurgents ataupun pemberontak. Sebagai contoh apa penglabelan yang dibuat di Iraq media seperti Al-Jazeera dan Al-Arabiya:
“ The “insurgents” in Iraq have so clearly waged hirabah against Iraqi society, with the vast majority of their intended victims being not Americans but Muslim Iraqi-Arabs, including children, that Muslims around the world are recognizing the nature of the enemy.”
Penulis buku Fighting the war of Ideas like a real war, J. Michael Waller menambah:
“The timing, as of this writing, is just right for the new semantic offensive. The “insurgents” in Iraq have so clearly waged hirabah against Iraqi society, with the vast majority of their intended victims being not Americans but Muslim Iraqi Arabs, including children, that Muslims around the world are recognizing the nature of the enemy. Arab satellite television coverage, including on Aljazeera and Saudi-run al Arabiya, had stopped, if briefly, promoting the “insurgents” by mid-2005 and showed them as murderers of innocent people.”
JIHAD: “the war on Terror” sebagai suatu isu peringkat global
Ia dilakukan dengan terancanga dengan
objektif untuk melibatkan penduduk dunia dan institusi antarbangsa. Jika
kita meneliti semula secara kritis, ketika itulah bermulanya suicide bombing
di Madrid Subway pada 2004. Diikuti letupan di Stesen keretapi London
pada Julai 2005 dan beberapa siri pembunuhan dan letupan di
Negara-negara Muslim sendiri untuk memberi gambaran ia adalah rancangan
dan agenda yang tersusun:
Attacks in Muslim state: Egypt, Indonesia, Turkey, Bangladesh, Jordan, Iraq and elsewhere finally provoked visible, organized, and sustained expressions of outrage and rejection among previously silent Muslim leaders worldwide.
JIHAD: Sokong dan kukuhkan kedudukan Muslim Moderate
Dalam strategi ini terdapat 2 pendekatan yang berbeza.
1. Amerika menggunakan pendekatan Demonizing the Muslim
(Mengimejkan Muslim dengan imej yang jahat) kepada penduduk dunia di
peringkat antarabangsa dengan melebarkan fahaman-fahaman Islamophobia
dalam media dan wacan-wacana setempat. Ia bertujuan mewujdukan “Versailles effect”
terhadap konsep-konsep di dalam Islam. Versailles effect ini tercetus
bermula daripada Treaty of Versailles pada WW1 yang mengabitkan German
terpaksa membayar akibat yang merugikan dan sangat lama dengan
terpisahnya wilayah di dalam German kepada beberapa Negara. Secara
ringkasnya Versailles effect adalah:
humiliate an entire nationality or culture and prevent a peaceful long-term outcome.
Dalam konteks Jihad, Islam perlu
menanggung beban kerugian yang panjang akibat jihad yang diburukkan.
Islamophobia adalah antara kesan buruk yang timbul. Dunia jadi phobia
dan takut kepada Islam. Lihat sahaja phobia yang berlaku di lapangan
terbang. Yang namanya Islam ataupun membela janggut pasti akan disoal
siasat berjam-jam lamanya. Dari sudut lain, dunia Islam pasti tidak akan
senyap. Seperti awal peristiwa Jihad dan Yaser Arafat, sentiasa sahaja
wujud usaha untuk meneutralkan semula usaha ini. US tahu lebih awal.
Mereka perlu ambil kesempatan dengan merekalah yang melakukan
neutralisasi dengan gaya mereka. Bukanlah US menjadi frontline, tetapi
menyokong, mendana, memberi bantuan dan latihan kepada golongan Moderate
Muslim ataupun Muslim Liberal.
2. Bagi mendapatkan sokongan yang kukuh
daripada umat Islam, Amerika merujuk kepada satu strategi yang penting
yang ditulis oleh Cheryl Benard daripada Rand Corporation yang bertajuk Civil Democratic Islam. Yang seterusnya dikembangkan bersama dengan Angel Rabasa kepada dokumenBuilding Moderate Muslim Network.
Secara ringkasnya, Cheryl Benard
mencadangakan suatu model yang membahagikan umat Islam kepada 4 jenis
iaitu Fundamentalist, Traditionalist, Secularist dan Modernist.
Keempat-empat ini dikatakan penting supaya boleh memisahkan dan mengenal
siapakah yang boleh disokong oleh barat dan memenuhi agenda barat.
Dalam konteks keempat-empat ini, golongan Modenist Muslim yang dipilih
Amerika. Golongan yang beriman dengan kefahaman liberal, progresif, dan
modernist yang tegar memperjuangkan demokrasi dan mempromosikan pandang
ke barat.
Model ini kemudiannya dikemaskan lagi
oleh Antony T. Sullivan yang mengkehendaki diwujudkan kerjasama politik
secara organisasi dan individu bersama “the moderate Muslim”.
Justeru itu, hasil-hasil akhir wacana pemerkasaan golongan moderate
muslim ini merupakan terhasilnya dokumen akhir seperti i Building
Moderate Muslim Network. Kesemua strategi pemerkasaan Muslim Liberal
adalah natijah daripada serangan barat menggunakan kaedah Semantic
Infiltration.
Nah, akhirnya wujudlah makna jihad yang
buruk dan golongan Muslim Liberal yang duduk semeja dan tidur sebantal
dengan barat. Semua ini adalah kes studi bagi Jihad. Saya perincikan
dulu buat Islamic state dalam entri final saya bagi tajuk ini.
[1] RAND Report Says Cold War Offers Lessons on Engaging with the Muslim World. Boleh dilayari di: http://www.rand.org/news/press/2007/03/26.html
[2] http://www.globalsecurity.org/wmd/library/report/2004/isg-final-report/isg-final-report_vol1_rsi-06.htm
[3]
The White House, 14 September 2004. “Vice President’s Remarks and
Q&A at a Town Hall Meeting in Ottumwa, Iowa.” Emphasis added.
[4] The White House, 17 September 2004. Emphasis added.
[5] The White House, “Vice President and Mrs. Cheney’s Q & A in Johnstown, Pennsylvania,” 18 October 2004. Emphasis added.
[6] The White House, “Vice President and Mrs. Cheney’s Q & A in Cincinnati, Ohio,” 19 October 2004. Emphasis added.
[7] The White House, “Vice President and Mrs. Cheney Q & A in Cedar Rapids, Iowa,” 23 October 2004. Emphasis added.
[8] Anisa Mehdi, “Let’s Rescue a Once-Beautiful Word from Its Captors,”Star-Ledger (Newark), December 29, 2004.
Sumber: http://pembina.com.my/isis-kaedah-semantic-infiltration-terhadap-konsep-negara-islam-siri-2/
Subscribe to:
Posts (Atom)