Pages

Tuesday, June 10, 2014

DAP tertekan akibat kekusutan ideologi dan hilang kredibiliti

June 10, 2014 Berita Utama, Utama 0

Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
 

BANGI, 10 Jun – Parti DAP dilihat semakin tertekan akibat kekusutan ideologi dan kredibiliti mereka yang semakin terjejas. Hal ini dibuktikan apabila seorang Ahli Parlimen parti itu terpaksa membuat tekanan kepada pihak kerajaan agar mengambil tindakan ke atas NGO-NGO Melayu Islam di bawah Akta Hasutan 1948.
 
“Mereka tertekan sekarang. Sudah hilang kredibiliti. Jiwa kacau. Kusut ideologi kerana tidak mampu berdepan dengan kritikan. “Mereka menyeru kepada demokrasi, keterbukaan dan kebebasan, pada masa sama sempit dada apabila menerima kritikan dan pandangan daripada orang lain.
 
“DAP sudah bankrup idea apabila menggunakan undang-undang yang mereka sendiri tentang untuk menghalang NGO Islam daripada menyuarakan pandangan bebas dalam mempertahankan Islam dan mendaulatkan bangsa Melayu,” kata Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media berkaitan soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen DAP Teresa Kok (Seputeh) kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang parlimen semalam.

Dalam soalan itu, Teresa Kok menekan kerajaan dan menuduh bahawa tiada tindakan diambil ke atas ISMA dan Perkasa di bawah Akta Hasutan 1948.

Ujar Ustaz Abdullah, parti yang membawa agenda bertentangan perlembagaan (unconstitutional) itu terpukul di PRK Teluk Intan, pada masa sama berada dalam keadaan terdesak kerana kredibilitinya terjejas teruk akibat tidak ada konsistensi dalm ideologi perjuangan.

“Sejak dahulu mereka cakap tak serupa bikin. Demokrasi yang dilaungkan hanyalah untuk kebaikan kelompok mereka sahaja, bukan untuk semua,” kata beliau.
Beliau juga menyeru pemimpin politik Melayu agar tidak ‘inferior’ dan tertekan sehingga mengikut rentak dan cuba menyesuaikan laras Bahasa mengikut kehendak DAP dan pembangkang.


Sumber:  http://www.ismaweb.net/2014/06/dap-tertekan-akibat-kekusutan-ideologi-dan-hilang-kredibiliti/

No comments:

Post a Comment