Pages

Tuesday, June 10, 2014

Polis terima 42 laporan Polis berhubung kenyataan Presiden ISMA


June 11, 2014 Berita Utama, Utama 0


zahid-hamidi

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Polis telah menerima 42 laporan daripada orang awam berkaitan kenyataan oleh Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948 dan siasatan lanjut dibuat dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Bagaimanapun saya tidak bercadang untuk mendedahkan secara terperinci status penyiasatan dan tindakan yang telah diambil memandangkan perkara ini masih dalam siasatan polis,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Lim ingin tahu jumlah laporan polis dibuat terhadap Presiden Isma berhubung kenyataannya yang menyebut kaum Cina yang dibawa ke Tanah Melayu adalah ‘penceroboh’.
Lim juga ingin tahu kaedah-kaedah Kerajaan menghalang kenyataan-kenyataan yang menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum.

Ahmad Zahid menegaskan pendirian kerajaan adalah jelas dalam mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada terhadap mereka yang terlibat sekiranya terbukti bersalah.
“Dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia tidak pernah mengamalkan ‘double standard’ dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan,” katanya.

Beliau turut menasihati semua pihak menjauhkan diri daripada terlibat dengan kegiatan-kegiatan seumpama ini demi menjaga kselamatan dan memelihara keharmonian yang dikecapi selama ini.
Dalam jawapan bertulis berasingan kepada Lim, Ahmad Zahid berkata statistik kes penculikan yang berlaku di seluruh negara menunjukkan penurunan sejak 2010 berikutan usaha pihak berkuasa yang sentiasa fokus dalam mengekang jenayah tersebut.

Katanya sebanyak 34 kes membabitkan 46 mangsa dicatat dengan 42 daripadanya berjaya diselamatkan oleh polis pada tahun 2010.
Beliau berkata pada tahun berikutnya jumlah mangsa menurun kepada 37 orang, manakala mangsa yang selamat ialah 32 orang.
“Jumlah itu terus menurun pada 2012 dengan hanya 26 kes melibatkan 28 mangsa dan 25 daripadanya selamat, pada 2013 pula jumlah kes, jumlah mangsa dan mereka yang selamat masing-masing mencatatkan 21 kes.

“Sehingga April tahun ini pula hanya lima kes dicatatkan membabitkan enam mangsa dan lima mangsa telah berjaya diselamatkan,” katanya.
Lim ingin tahu statistik kes penculikan sejak 2010, dan adakah kerajaan patut mohon maaf kepada keluarga mangsa culik yang berwarganegara asing.

Mengenai kewajaran kerajaan untuk memohon maaf, Ahmad Zahid berkata ia tertakluk kepada merit sesuatu kes itu.
“Kerajaan tidak keberatan untuk memohon maaf kepada keluarga mangsa kecuali kejadian berlaku atas kecuaian pihak kerajaan kerana tiada kawalan keselamatan yang disediakan,” jelasnya.– BERNAMA

Sumber: http://www.ismaweb.net/2014/06/polis-terima-42-laporan-polis-berhubung-kenyataan-presiden-isma/

No comments:

Post a Comment