1. Isu survival dan masa depan umat Islam sudah sampai ke mana? Adakah demokrasi dan liberalisasi membawa kebaikan kepada kita dan telah menjadikan kedudukan kita lebih baik?
Nampaknya tidak, sama ada golongan nasionalis atau Islamis semua bersetuju bahawa demokrasi dan liberalisasi yang dipromosikan oleh Barat tidak akan memajukan kita dan memartabatkan bangsa kita.
Bahkan kita semua sepakat bahawa kebimbangan yang kita laungkan adalah datang dari sumber itu. Tapi kita takut untuk berfikir di luar kotak.
2. Adakah kemajuan negara yang kita banggakan telah meletakkan kita di barisan hadapan memimpin dan menguasai atau ketinggalan dalam mengejar objektif yang bergerak?
Sebaliknya saki baki warisan yang masih tinggal sedang dicabar hebat walaupun pucuk pimpinan berada di tangan orang kita. Di manakah isu Islam... ke mana ia akan diperdagangkan?"
"Umat Islam yang sebenar adalah umat berjuang, umat muqawim (tidak
menyerah kalah), umat ar-rujulah tetapi mereka telah bertukar menjadi
jinak melalui proses penjinakan (ghazwu al-fikri) dan normalisasi.
Mereka dimomokkan dengan thaqafah at-taslim dan al-musalamah (menyerah)
tiada bantahan dan penentangan, terpedaya dengan kempen hidup liberal
yang ditawarkan oleh demokrasi.
Mereka mengisi hidup mereka dengan hiburan, berseronok, relaks, tidak mahu susah berfikir, memudah-mudahkan urusan, malas, manja, lembik, pondan dan sebagainya.
Orang-orang ini akan menolak dan menentang apa-apa usaha perubahan
kerana perubahan menyusahkan mereka, kecuali sesiapa yang dirahmati
Tuhan di kalangan mereka.
Demikian realiti umat dan lihat pula kerakusan musuh!"
*************************************************
Oleh itu
membebaskan diri dari cengkaman siasah antarabangsa dan berusaha
menegakkan semula hauzah muslimin yang membolehkan mereka menjaga
maruah, mempertahankan kehormatan,
melaksanakan dengan merdeka segala yang diperintahkan oleh Tuhan adalah
satu kesedaran siasi yang perlu dibina dalam minda dan pemikiran setiap
muslimin."
Petikan Ucapan Dasar Presiden ISMA
Mesyuarat Tahunan ISMA 2007
No comments:
Post a Comment