Pages

Monday, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah 1433...


Assalamualaikum wbt.

Muslimin muslimat yang dikasihi. Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, 1433 Hijrah kepada saudara/i semua.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Ruang untuk saya mengisi waktu, melakar perasaan hati, berkongsi sedikit ilmu dan maklumat, menghubungkan bicara daripada orang yang lebih berpengetahuan.

Ruang untuk tazkirah diri sendiri terutamanya, yang masih lalai dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah swt. Lalai di dalam membuat persediaan untuk hari pembalasan.

Semoga saya mendapat sedikit saham akhirat dari perkara-perkara kebaikan dan kebenaran yang disalurkan di dalam blog ini.

Akhir kata... selamat beramal untuk mendapatkan keredhaan Ilahi.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment