“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Monday, November 7, 2011
Bicara hati seorang sahabat.. (2)
Saya baru menerima satu lagi email daripada Hilal Asraf. Seperti yang saya katakan tempuh hari, beliau adalah seorang yang berdakwah melalui lisan dan tulisan. Sebagai penulis dan pendakwah sudah pasti beliau mengharapkan lebih ramai orang membaca dan mengambil menafaat daripada tulisannya.
Peranan saya sekadar penghubung, agar tulisan beliau sampai kepada pembaca budiman, dapat ditatapi dan diambil pengajaran yang terdapat di dalamnya. Segala kebenaran dan kebaikan itu datangnya daripada Allah swt. Tidak kira siapa yang menyampaikannya.
Memahami dan beramal dengan perintah Allah swt. adalah tugas kita
semua. Menjadi Hamba Allah dan Khalifah Allah bukanlah kerja yang mudah. Menegakkan Islam memerlukan penglibatan setiap individu muslim.
Marilah sama-sama kita bekerja dan saling lengkap-melengkapi.
Sila baca tulisan Hilal Asyraf seterusnya...
*******************************************************************************
Khas Daripada Hilal Asyraf: Kadangkala kita tidak perlu kepada tulisan
panjang.
Assalamu'alaikum.
Apa khabar?
Saya mendoakan agar anda bahagia dan tenang dalam mengharungi kehidupan.
Semoga anda berada dalam rahmat Allah, kasih sayangNya, sentiasa hangat
untuk mencari cintaNya, dan bergerak untuk mengubah diri menjadi yang lebih
baik buatNya.
Kita bertemu lagi dalam surat saya.
Alhamdulillah, sebahagian daripada anda sampai membalas semula surat saya.
Alhamdulillah.
Perlahan-lahan kita bergerak.
Saya usaha untuk istiqomah dalam menghantar surat ini seminggu sekali,
tanda hubungan saya dengan anda, tanda kasih sayang yang ada antara kita,
tanda kita ini sama-sama hendak lengkap melengkapi dalam perjalanan kita
kepadaNya. Doakan agar ini semua diredhai Allah SWT.
Surat minggu ini tidak panjang.
Ya. Kadangkala, kita tidak perlu pada tulisan panjang dan bicara yang
berjela.Tetapi yang kita perlukan adalah duduk sebentar, dan melihat semula
kehidupan kita.
Bolehkah?
Mari, kita duduk sebentar dan muhasabah diri.
Pernahkah kita duduk sebentar, dan berbicara(berdoa) dengan Ilahi?
Meluahkan kepadaNya segala kelemahan kita.
Menceritakan kepadaNya segala keaiban kita.
Mengadu kepadaNya segala kesusahan dan kepayahan kita dalam bergerak
menjadi hambaNya?
Pernahkah kita, menangis, mengalirkan air mata kepadaNya?
Ya. Kadangkala kita tidak memerlukan tulisan dan bicara panjang.
Yang kita perlukan adalah amal.
Pernahkah kita bergerak memperbaiki kualiti solat kita?
Pernahkah kita berusaha memperbaiki tajwid bacaan Al-Quran kita?
Adakah kita berusaha menambah bilangan mukasurat Al-Quran yang kita baca
sehari?
Bagaimana dengan solat-solat sunat?
Bagaimana dengan amal-amal kebaikan lain yang ringan seperti senyum kepada
sahabat, sedekah, dan sebagainya?
Ya. Pernahkah kita duduk sebentar dan melihat semula kepada semua itu.
Berbalik kepada hal ketenangan hati,kadangkala kita tidak sedar bahawa kesedaran hati itu muncul daripada amal kebaikan, daripada muhasabah diri kita dengan Ilahi.
Nah. Kadangkala kita tidak perlu kepada tulisan dan bicara panjang.
Yang kita perlu adalah amal yang sentiasa kita tingkatkan saban hari.
Mari. Kita bergerak. Menjadi Hamba!
~ Hilal Asyraf ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment