“Agenda”.
Mungkin ini bukan bahasa Melayu asli, tetapi ia sudah berleluasa digunakan dan sudah difahami. Agenda bererti aturcara, wawasan atau perancangan. Agenda bukan hanya untuk mesyuarat, acara majlis dan seumpamanya, hidup ini juga perlu diagendakan. Hidup seorang muslim perlu diagendakan.
Sedangkan musuh punya agenda mereka tersendiri, kenapa pula tidak kita. Kita yang berada di jalan kebenaran ini, mesti lebih hebat agendanya. Supaya ia tidak dirobek atau dilondehkan jati dirinya. Musuh mahu merosak dan menghancurkan keperibadian dan jati diri kita, supaya dengan itu mereka dapat menguasai kita. Apabila keperibadian berubah, pemikiran berubah, neraca kita rosak dan bercampur baur maka tidak lain tidak bukan kelemahanlah yang akan kita alami. Pada ketika itu barulah kita akan sedar bahawa di sana tiada kesatuan dan tiada misi yang menjadi landasan perjuangan.
Terdapat agenda terancang untuk mengeluarkan orang Melayu daripada agama mereka. Sedangkan agama lain sebenarnya sudah expired, Islam telah menggantikannya sehingga ke akhir zaman. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw khatamul anbiya’ sahaja yang diguna pakai. Atas landasan memperjuangan agama Islam yang suci inilah agenda kita dibina. Bukan kerana kepentingan peribadi, harta benda, pangkat dan seumpamanya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku sempurnakan nikmatKu kepadamu dan Aku redha Islam sebagai agama.” [Al-Maidah: ayat 3].
Lantaran itu agenda kita di muka bumi ini adalah untuk mencapai kesempurnaan ubudiyyah dan ketundukan kepada Yang Maha Esa secara menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. “Allahu ghayatuna” merupakan inspirasi tertinggi dalam kehidupan seorang muslim.
Memenuhi tuntutan Rabbani:
“Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan ketundukan seluruhnya hanya kepada Allah. ” [Al-Baqarah: 193].
Jika demikianlah bunyinya ayat Allah, tidak mustahil satu masa nanti akan ada satu suasana di mana orang bukan Islam tunduk sepenuhnya kepada Islam tanpa syarat. Ini bukanlah jenaka atau omong kosong. Sejarah telah membuktikan di mana bangsa Tartar dengan sifatnya yang ganas telah berjaya mengalahkan kerajaan Islam yang sedang lemah, namun apabila ummat Islam bangun bangsa Tartar mereka tewaskan semula sehingga ramai di kalangan mereka memeluk Islam dan tunduk dengan kuasa pemerintahan Islam.
Jelas juga di sini jati diri sesuatu bangsa itu amat penting. Menjadi penentu jatuh bangunnya sebuah tamadun. Berapa banyak kerajaan yang jatuh kerana kelemahan akhlak dan pegangan agamanya. Dan berapa banyak kisah gemilang ummat Islam terdahulu yang menceritakan episod kejayan demi kejayaan yang mereka capai setelah mereka bergerak di atas agenda yang kukuh.
Ya agenda yang meletakkan tauhid dan agama di hadapan. Agenda yang meletakkan permasaalahan ummat di hadapan. Di negara kita bangsa Melayu adalah bangsa majoriti. Jika rosak bangsa ini ironinya akan rosak jugalah negara ini. Seandainya bangsa minoriti yang bukan Islam mengambil alih untuk menentukan hala tuju negara, sudah pasti hala tuju mereka tidak sama dengan apa yang kita ingini. Biarlah kita susah dahulu asal tidak sesal kemudian.
Bangunlah wahai bangsaku…
Padamkanlah kisah-kisah gejala sosial, dadah, mat rempit, perzinaan, buang anak dan budaya hedonisma di kalangan semua lapisan masyarakat dari dairi sejarah kita. Mari sama-sama kemaskan semula sistem agama, politik, sosial dan ekonomi kita. Menjana akhlak dan keperibadian mulia. Menutup segala lubang-lubang negatif bahkan yang terang-terang dilaknat dan dimurkai Allah, yang akhirnya akan menghancurkan.
Agenda kita besar. Bukan sekadar untuk bahagia keluarga, kejayaan akademik anak-anak, cukup makan minum atau menjadi pengundi ketika pilihanraya. Orang yang berjiwa besar akan berfikiran besar, proaktif, inovatif. Kita punya peranan masing-masing. Batu bata yang saling lengkap melengkapi, bukan wujud kita umpama tidak wujud, dah lebih dahsyat lagi jika dalam senyap secara tidak sedar kita dipergunakan oleh musuh.
Jangan biarkan hidup kita terawang-awang tanpa agenda. Seperti lalang ke kiri ke kanan mengikut angin. Dalam apa jua keadaaan kita punya agenda dan prinsip kita sendiri.
Ustazah Norlida bt Kamarudin,
Naib Ketua Biro Wanita & Keluarga,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
No comments:
Post a Comment