Pages

Sunday, April 29, 2012

BERSIH utk siapa?







Tarikh 28 hb. April 2012..... Satu tarikh yang penting untuk saya catatkan di sini, di mana telah berjalannya perhimpunan Bersih 3.0........Duduk Bantah..... di Kuala Lumpur...yang pada awalnya dijangka dapat berjalan dengan aman tetapi telah bertukar kepada berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini sebagaimana yang anda semua telah sedia maklum.

Saya bukanlah ingin mengulas panjang berhubung perkara tersebut, namun saya tertarik dengan satu tulisan di dalam blog suara Dari Gunung, yang tarikh ianya di tulis/dipostkan ialah pada Julai 2011. Bermakna ianya ditulis selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu. Mungkin apa yang beliu tulis dapat dijadikan bahan renungan untuk kita bersama.


Beliau menulis.....






Saya tertarik apabila membaca komen seorang penulis dalam sebuah akhbar yang mengatakan bahawa semua pihak yang terlibat didalam BERSIH mengatakan mereka berjaya. Jika ditanya pada polis, mereka akan kata mereka berjaya menahan demonstrasi haram. Kalau ditanya Ambeega, dia mengatakan BERSIH telah berjaya menyampaikan mesej. Kalau ditanya pimpinan parti politik, mereka juga mengatakan berjaya mengumpul dan menyedarkan masyarakat tentang kezaliman pemerintah. Yang mengatakan rugi cuma peniaga-peniaga berdekatan yang terpaksa menutup kedai. Bagi saya yang paling rugi ialah umat islam!

Saya juga turut merasa sedih diatas apa yang berlaku terhadap rakyat yang ikhlas berjuang tetapi dipukul, disepak dan akhirnya ditangkap utk ditahan di Pulapol. Peristiwa ini mengingatkan saya kembali akan apa yang berlaku pada tahun 1997 dimana ketika bangkitnya gelombang reformasi ramai rakyat yang terpaksa menghadapi mehnah yang tak kurang getirnya. Saya menyanjungi keberanian rakyat negara ini.

Namun disebalik itu saya bertanya pada diri sendiri, apakah mereka sedar apa yang mereka perjuangkan atau semata-mata mengikut apa orang lain buat? Adakah mereka mengkaji siapa yang sebenarnya memainkan peranan disebalik demonstrasi BERSIH ini ? Pernahkan mereka melihat dengan siapa mereka menentang? Adakah mereka menilai apa implikasinya kepada islam dinegara ini? Saya yakin ramai umat islam tidak benar-benar mengetahui matlamat perjuangan ini melainkan hanya mahu melihat pemerintah jatuh.


Tanpa kita sedar pergerakan seperti ini sebenarnya telah di pelopori oleh sebuah NGO bernama National Endowment For Democracy yang berpangkalan di Washington, US yang telah mempunyai jaringan seluruh dunia yang menggelarkan diri mereka sebagai “World Movement Of Democracy”. Mereka ini memperjuangkan Civil Society (masyarakat madani) yang beriman bahawa semua manusia perlu menerima nilai2 sejagat yang menuntut persamaan, dengan menolak keistimewaan mana-mana kaum, dalam semua aspek termasuk agama dan hak wanita. Mereka berjuang atas istilah “Human Rights”. Antara strategi mereka ialah dengan menggerakkan rakyat bagi mendesak kerajaan menerima tuntutan mereka. Mereka juga telah mengeluarkan sebuah laporan yang bertajuk “Defending Civil Society” pada tahun 2009 dan mendapat persetujuan beberapa pemimpin dunia yang mana salah seorang dari mereka ialah pemimpin pembangkang negara. Network mereka sangat kuat dan licik dan mereka bertemu setiap 2 tahun sekali untuk berkongsi pengalaman, kali terakhir di Jakarta pada tahun 2009. Walaupun mereka menafikan tetapi isu BERSIH ini tidak lagi menjadi suara NGO yang benar-benar inginkan kebenaran tetapi sebaliknya menjadi agenda gerakan demokrasi ini. Malangnya parti2 politik negara dan umat islam dipergunakan bagi memperjuangkan agenda mereka.

Saya juga rasa terkilan apabila melihat Ambeega, seorang aktivis yang jelas menentang islam, secara tiba-tiba menjadi hero kepada umat islam. Bukan itu saja umat islam sanggup duduk dibelakang beliau dan mempertahankannya. Ini suasana yang sukar untuk di bayangkan. Baru setahun dua lepas beliau dengan lantangnya menyokong semua tuntutan IFC dan menuntut kerajaan menerimanya sehingga NGO2 islam terpaksa bertungkus lumus mempertahankan islam. Kenapa ini semua tidak pernah dikirkan oleh umat islam? Siapa yang menjadi alat dan diperalatkan, Ambeega atau umat islam? Siapa yang bergaduh sesama sendiri, umat islam atau orang lain? Siapa yang ramai ditangkap, umat islam atau orang lain? Siapa yang ramai cedera, umat islam atau orang lain? Siapa yang ingin dijatuhkan, orang islam atau orang lain? Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin politik islam yang begitu bersemangat sehingga menyatakan bahawa demonstrasi jalanan ini akan di teruskan jika BN masih tidak mahu berubah.

Semua ini dihujah atas dasar rasuah yang ada dan juga pelbagai kelemahan dalam pemerintah. Walaupun tidak ada nas yang sahih mengatakan umat islam boleh bertahalluf dengan puak kafir bagi menjatuhkan umat islam yang lain, tetapi semua ini sudah dikaburi oleh bayangan kerakusan mendapat kekuasaan yang menggila. Siapa ketuanya? Apa agendanya? Siapa yang membiayainya? Apa implikasinya kepada islam? Semua ini sudah tidak menjadi perhitungan umat islam. Yang penting kerajaan mesti disungkurkan kebumi.

Fikiran rakyat tidak lagi diisi dengan ilmu yang mantap sehingga begitu mudah dikaburi oleh ism-ism yang diperjuangkan barat dengan menyangka bahawa itulah islam. Umat islam tidak lagi kenal mana musuh mana kawan. Mana yang harus kita berbeza dan yang mana harus kita bersama. Umat islam keliru dengan istilah2 barat seperti demokrasi, liberalisasi, humanism, sosialism dan yang seumpamanya. Setelah barat gagal membaiki kaum mereka dengan istilah2 ini maka mereka kini melontarkannya pula kepada puak timur dan amat malang pihak timur (umat islam) menerimannya secara bulat2.

Pimpinan islam juga dikelirukan antara keadilan islam dan kesamaan barat. Pengikut pula bertaqlid secara buta kepada pimpinan sehingga menganggap selain dari itu adalah kebatilan. Medan-medan yang disediakan untuk mendampingi masyarakat bukan lagi menjadi tempat untuk menyebarkan ilmu tetapi menaikkan sentimen kebencian kepada umat islam lain. Akhirnya siapa yang rugi kalau bukan umat islam. Siapa umat islam itu kalau bukan orang Melayu.

Kalau Melayu rugi, islam rugi, habis….BERSIH ini untuk siapa???







No comments:

Post a Comment