Pages

Thursday, April 26, 2012

Terima kasih kerana waktumu




Terima kasih kerana waktumu
Yang kau habiskan beberapa detik untuk menjengukku di sini.

Terima kasih tetamuku
Kerana masih terus bertamu ke teratakku.

Tidak ada apa yang dapat ku hidangkan
Sekadar beberapa coretan dari lubuk hatiku
Juga kata-kata yang ku senangi....
Nukilan mereka yang lebih arif
Buat peringatan dan renungan ku sendiri
Juga buat dirimu....jika kamu sudi.

Terima kasih kerana waktumu
Yang kau habiskan untuk mencari sesuatu di sini
Aku juga sedang mencari..


Aku dapat bayangkan apa yang sedang kamu cari
Mungkin tidak banyak bezanya dengan apa yang aku cari
Dan aku yakin kamu akan terus mencari.
Carilah......
Selagi ianya baik buat dirimu
Kerana kebaikan itu berada di mana-mana.

Sekali lagi dariku...
Buat dirimu..
Terima kasih kerana waktu mu.....


No comments:

Post a Comment