Jangan lupakan mereka….
Ramadhan melatih kepedulian UmmahDeru Ramadhan telah pun tiba. Masa yang ada akan berlalu pantas tanpa mengambil kira samada kita benar-benar bersedia atau pun tidak. Inilah masanya untuk kita melakukan refleksi terhadap prestasi diri kita sendiri, keluarga dan mereka yang terdekat dengan kita sebelum peluang ini terlepas begitu sahaja.
Ibadah puasa melatih kita semua untuk menyuburkan dalam diri kita sifat belas kasihan kepada saudara kita di merata dunia yang sedang mengalami penderitaan dan penindasan. Kesatuan perasaan perlu diwujudkan dalam diri kita dengan nasib yang dialami oleh saudara seakidah dengan diri kita.
Saudara seakidah kita di Palestin, Syria, Myanmar, Iraq, Afghanistan, Kasymir, Selatan Thailand dan di tempat-tempat lain lagi amat memerlukan bantuan dan sumbangan daripada kita semua. Sumbangan-sumbangan ini boleh diberikan di dalam bentuk kewangan, bantuan kemanusiaan, sokongan politik, kepedulian dan doa daripada kita semua.
Perasaan ini boleh disuburkan lagi terutaanya di bulan Ramadhan dengan mengadakan sumbangan khas dalam bentuk kewangan dan juga bantuan kemanusiaan kepada mereka. Seharusnya kita memperuntukkan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian dengan mewujudkan tabung khas di rumah dan didiklah ahli keluarga kita dengan memberikan sumbangan kepada yang memerlukan kerana maksud hadith Rasulullah saw ada menyatakan:
من لم يبأمر المسلمين فليس منهمهتم
Maksudnya: “Barang siapa yang tidak mengambil berat perihal orang Islam, maka bukanlah dia dari kalangan mereka”
Maksudnya: “Barang siapa yang tidak mengambil berat perihal orang Islam, maka bukanlah dia dari kalangan mereka”
Sifat mementingkan diri sendiri dan kedekut amat dilarang dalam Islam dan apabila diamalkan ianya menjadi punca kemurkaan Allah SWT. Seharusnya kita menginfaqkan harta yang kita miliki kerana ia merupakan bisnes atau perniagaan yang amat menguntungkan.
Ubat kepada penyakit bakhil atau kedekut ini ialah yang berlawanan dengannya iaitu dengan cara menginfakkan harta yang kita miliki. Realitinya, kita membelanjakan wang setiap hari bagi perbelanjaan diri sebelum kedatangan Ramadhan dan apa salahnya untuk kita belanjakan wang tersebut dengan menginfakkannya kepada saudara-saudara kita yang lain yang lebih memerlukan.
Pahala yang diberikan oleh Allah SWT kepada yang menginfakkan hartanya amatlah besar sekali apatah lagi jika sekiranya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya, sedekah (pemberian seorang muslim memanjangkan umurnya, menghindarkannya dari mati yang tidak baik; ia dihindarkan Allah dari kesombongan dan keangkuhan” (Riwayat at-Tabrani)
Kesimpulan :
Ramadhan mengajar kita supaya mengambil peduli dengan permasalahan umat Islam sejagat……
Juga baca :
http://zainurrashid.com/giliran-bashar-al-asad-semakin-hampir/
http://zainurrashid.com/ummah-yang-dilupakan/
No comments:
Post a Comment