Pages

Thursday, July 19, 2012

Kawan.... sekadar sedikit coretan.



 Assalamualaikum wbt. saya ucapkan kepada tetamu-tetamu yang selalu berkunjung ke blog ini. Semoga tulisan-tulisan yang termuat di sini memberikan sedikit sebanyak menafaat kepada kita bersama, walaupun sebahagiannya bukan hasil nukilan saya sendiri tetapi hasil tulisan mereka (sebagaimana hasil tulisan-tulisan yang saudara tatapi), yang saya sukai.

Baru sekejap saya kembali daripada menjalankan tugas selama 5 hari di Ipoh, Perak. Membantu menjalankan kerja-kerja  penyelidikan biodiversiti di kawasan kuari yang dikendalikan oleh Syarikat Imerys. Jenis kerja yang pernah dibuat sebelum ini. Tidak banyak perkara yang menarik tentangnya.

Yang menarik bagi saya ialah dengan kedatangan saya ke Ipoh telah mempertemukan semula saya dengan kawan lama saya, kawan serumah semasa saya bujang dan tinggal di Kajang, sekitar akhir tahun tujuh puluhan, iaitu  En. Zonkapri. Setelah saya pulang untuk bertugas di Terengganu pada tahun 1981, saya tidak pernah berjumpa dengan beliau dan boleh dikatakan kami telah putus hubungan.

Di dalam hati kecil memang kadangkala saya teringat juga kepada beliau kerana hubungan kami agak akrab. Saya masih teringat peristiwa saya mengikut beliau ke Ipoh semasa perkahwinan beliau, yang kalau tidak silap ianya pada tahun 1979.

Dengan penyusunan Allah akhirnya tiga hari yang lepas saya telah dipertemukan semula dengan En. Zonkapri yang datang ke rumah tumpangan saya bersama isteri dan anak beliau. Setelah lebih 30 tahun kami berpisah akhirnya bertemu semula.

 Bertemu semula dengan seseorang yang pernah bersahabat dengan kita satu ketika dulu adalah pengalaman-pengalaman  yang menarik yang telah beberapa kali saya lalui sebelum ini. dan mendidik hati saya bahawa persahabatan yang dibina dengan niat yang baik dan dipupuk dengan nilai-nilai yang murni adalah persahabatan yang boleh bertahan lama.

 Berapa ramai orang yang pernah berkawan dengan kita tetapi akhirnya hilang entah kemana. Berapa ramai kawan kita yang apabila kita berpisah dengan mereka kita merasa kehilangan mereka? Berapa ramai kawan kita yang merasakan diri kita penting dalam kehidupan mereka? Siapakah kawan baik kita?

Beberapa persoalan di atas memberikan keinsafan kepada saya........dan membuatkan saya mengaku bahawa saya masih lemah dalam 'bersahabat'.




1 comment:

  1. Waalaikumussalam wbt...Tahniah & terimakasih kpd Hj Mat kerana sudi berkongsi samada pengalaman kerja mahupun peribadi..bolehlah sedikit sebyk saya jadikan panduan & teladan..
    Dikesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini juga sy ingin mengucapkan selamat berpuasa buat Hj Mat sekeluarga...semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua...

    ReplyDelete