Pages

Friday, December 20, 2013

5 Anggapan Salah Tentang Orang Melayu





Saya senaraikan 5 anggapan salah oleh mereka yang tidak berpendidikan tentang orang Melayu dan sejarahnya.

1- Bahasa Melayu berasal dari Sanskrit

Jumlah perkataan Melayu yang berasal dari Sanskrit tidak boleh dijadikan tiket untuk mengatakan seluruh bahasa Melayu berasal dari Sanskrit. Jika ya, mengapa pakar-pakar linguistik dunia tidak mengkelaskan bahasa Melayu di dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Eropah? Bahasa Melayu adalah milik bahasa-bahasa Austronesia yang di dalamnya terdapat bahasa Hawaii, Jawa, Cham, Maori sehingga kaum Merina di Madagaskar.

Bahasa Thai dan Khmer juga memiliki jumlah kosakata yang besar dari bahasa Sanskrit, adakah bahasa Thai dan Khmer berasal dari Sanskrit? Bahasa Inggeris dan Itali sebagai contoh memiliki perkataan-perkataan yang serumpun dengan Sanskrit seperti dio (deva-Sanskrit) atau serpe (sarpah-Sanskrit) malah perkataan 'mother' (ibu/mak) dalam bahasa Inggeris serumpun dengan 'matar' dalam Sanskrit! Kenapa tidak sibuk-sibuk mendakwa English berasal dari Sanskrit?

Ini adalah salah satu soalan bodoh yang kerap disuarakan oleh mereka yang tidak pernah tahu klasifikasi linguistik.

2- Orang Melayu berasal dari Sumatera

Hanya kerana di Sumatera terdapat orang Melayu, maka kerana bengang disebabkan mahu mencipta atau mencari-cari 'tempat asal' orang Melayu untuk menuduh mereka sebagai pendatang juga tetapi masih kebuntuan, maka lokasi Sumatera dipilih. Ini pelik dan bengap kerana di Borneo juga terdapat orang Melayu malah berdiri Kesultanan Brunei yang masih berdaulat sehingga ke hari ini.Belum lagi nak cerita tentang sejarah Kesultanan-kesultanan Melayu di Kalimantan. Mengapa tidak mendakwa Melayu berasal dari Borneo?

Bukan itu sahaja, di sepanjang pesisir pantai Segenting Kra sebelah Myanmar tepatnya wilayah Mergui, bertaburan orang Melayu yang masih bercakap loghat Utara. Di Thailand,4 wilayah selatannya adalah majoriti orang Melayu. Kenapa tidak mendakwa Melayu berasal dari Thailand atau Myanmar? Di Singapura juga terdapat orang Melayu. Mengapa tidak mendakwa Melayu dari Singapura?

SEBENARNYA orang Melayu berasal dari SELURUH ASIA TENGGARA.Asia Tenggara adalah 'homeland' buat mereka.

Mereka yang membuat dakwaan begini masih berkhayal seolah-olah Malaysia dan Indonesia telah wujud sejak zaman dinosaur lagi.

3- Candi Lembah Bujang dibina oleh raja Chola, kalau salah...emm...pedagang Tamil

Ini bingung kerana candi Lembah Bujang telahpun lama dibina sebelum Rajendra Chola I yang dikatakan menyerang Kedah dilahirkan!

Orang yang mendakwa begini tidak mengerti kronologi atau 'timeline' dan membuat serkap jarang.

Yang menyedari dakwaan ini salah dan bengap, mereka menukar kepada 'pedagang Tamil'.

Terdapat lebih 50 buah tapak candi di sekitar Lembah Bujang dan tidak ada sepatah haram pun prasasti bertulisan Tamil dan berbahasa Tamil.Tidak ada keperluan pedagang Tamil membina candi banyak-banyak sementelah mereka hanya berdagang dan balik ke tempat asal mereka setelah habis berdagang. Satu sahaja kemungkinan untuk menyedapkan hati mereka yang percaya dakwaan ini:

Pedagang Tamil itu TELAH DIJADIKAN HAMBA ABDI OLEH RAJA-RAJA MELAYU untuk membina candi-candi itu.

4- Sejarah Melayu bermula sejak Kesultanan Melaka, sebelum itu yang memerintah Malaysia/Indonesia adalah raja-raja Hindu dan semua HINDU ADALAH TAMIL/INDIA.

Ini premis yang menyedihkan. Adakah orang Bali di pulau Bali adalah Tamil/India dek kerana mereka beragama Hindu? Adakah orang Melayu berasal dari Arab sebab mereka kini beragama Islam? Adakah orang Filipina berasal dari Sepanyol dan Amerika semata-mata mereka beragama Kristian?

Topik agama bersifat peribadi dan universal dan tidak seharusnya dijadikan modal politik dan rasisme. Kepercayaan seseorang tentang Tuhan tidak menukarkan bangsa dan warna kulit sekelip mata.

5- Orang Melayu berasal dari India...emmm...dari Yunan....emmm...dari Taiwan...

Orang Melayu adalah ahli keluarga kepada keluarga besar Austronesia/Nusantara yang bergabung di dalamnya orang Jawa, Sunda, Bugis,Banjar, Cebu, Visaya, Tausug, Hawaii, Dayak, Maori, Tonga, Merina, Cham dan sebagainya. Mereka memliki budaya dan bahasa yang saling berhubungan di antara satu sama lain. Salah satu persamaan yang ketara ialah penyebutan angka-angka mirip di antara satu sama lain, menunjukkan mereka semua berasal dari induk yang sama.

So,educate yourselves

No comments:

Post a Comment