Pages

Monday, December 30, 2013

Pengajaran dari kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia.

Kredit: Azmi Hussin


Pengajaran dari kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia. Umat Islam di Malaysia perlu mengambil iktibar darinya.

Bingkisan ringkas dari pendakwah tersohor Mufti Zimbabwe, Mufti Menk. Perpecahan sesama umat Islam, cintakan dunia dan persekongkolan umat Islam yang mahu menjatuhkan kerajaan dengan orang kafir. Kejatuhan benteng terakhir Andalusia, Granada ialah angkara Abu Abdullah yang gila kuasa untuk menjadi pemerintah lalu sanggup membuat kerjasama dengan orang kafir untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu!

Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang ditunjukkan oleh bapanya sendiri, iaitu kepada saudaranya yang, lalu beliau memberontak sehingga dalam pemberontakan tersebut telah mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tidak menyebelahi Abu Abdullah, tetapi ia beralih kepada Muhammad ibn Sa’ad.

Perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama antara Raja Ferdinand dan Abu Abdullah untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang pendek disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan.

Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada kepada beliau, lantas Ferdinand dan isterinya Isabella sebagai Raja dan Ratu yang menumpang kejayaan terakhir di Andalusia.

Kejatuhan Andalusia rupanya adalah kelemahan pemerintahan yang sanggup mengandaikan prinsip mereka demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya buat sementara sahaja.

Bacaan lanjut artikel bermanfaat di

http://gua-lu.blogspot.com/2012/07/pengajaran-kejatuhan-kerajaan-islam.html

No comments:

Post a Comment