“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
Monday, December 16, 2013
Secebis coretan
Saudara-saudara yang dikasihi. Telah lama saya tidak menulis. Pagi ini saya mengambil kesempatan untuk menulis.
Di dalam kehidupan ini kita akan sentiasa berdepan dengan persoalan hendak atau tidak. Nak buat atau tak nak buat. Nak pergi atau tak nak pergi. Nak cakap atau tak nak cakap. Nak tulis atau tak nak tulis. Nak terima atau tak nak terima. Nak marah atau tak nak marah. Nak jumpa atau tak nak jumpa. Nak ikut atau tak nak ikut. Nak bercakap atau diam. Nak berkawan atau tak nak berkawan dan bermacam-macam hendak dan tak hendak lagi yang dapat kita fikirkan bersama.
Di dalam kehidupan ini entah berapa kali sehari kita perlu buat pilihan, diantara hendak dan tidak. Sentiasa ada perasaan tarik menarik diantara keduanya. Apabila kita mula celik mata di waktu pagi saja, kita terus kena buat pilihan...nak terus bangun ke tidak... nak sembahyang jemaah ke tidak, nak mandi dulu ke tidak..nak baca quran ke tidak.....dan seterusnya.
Saudaraku sekelian saya fikir kita perlu mengutamakan atau merancang apa yang hendak kita buat. Supaya kekuatan 'hendak' itu lebih kuat daripada 'tidak hendak'. Supaya apa yang hendak buat itu awal-awal lagi kita rancang. Apabila kita tidak ada perancangan kita akan mudah berada dalam keadaan serba salah/teragak-agak kerana perlu membuat keputusan adhoc. Itulah yang akan berlaku seperti yang disebutkan di atas.
Yang kedua kita perlu mempunyai prinsip di dalam kehidupan kita, yang mana kita hanya akan memilih/melakukan perkara yang baik, yang benar di segi syariat dan yang boleh memberikan keuntungan kepada diri kita. Perkara prinsip ini amat kurang dimiliki oleh para remaja. Oleh sebab itu mereka selalu terdedah kepada perkara-perkara salah laku. Apabila mereka rasa hendak buat mereka buat saja..tanpa memikirkan untung rugi dan baik buruk kepada diri mereka.
Dalam perjalanan kita mencari keredhaan Allah swt. marilah kita sama-sama merancang dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah swt. dan tidak melakukan apa yang dilarang olehNya. Wallahua'lam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment