Assalamualaikum wbt..
Saya ucapkan terima kasih kepada saudara-saudara yang selalu berkunjung ke blog ini. Disamping berkongsi baca apa yang saya postkan. Mungkin ada tulisan di sini yang menepati citarasa saudara dan ada yang sebaliknya. Mungkin ada yang bermenafaat begitu juga ada yang sebaliknya. Ambillah yang baik dan ketepikan yang tidak baik kerana apa yang sama-sama kita hajatkan adalah kebaikan. Oleh sebab itu saya bersedia untuk menerima sebarang nasihat dan teguran. Adalah silap apabila saudara merasakan orang seperti saya ini tidak melakukan kesilapan. Yang saya takut apabila saya tidak mengaku kesilapan atau menolak kebenaran.
Adakah saudara masih ingat dengan post saya sebelum ini? Tidak mengapa samada saudara masih ingat atau tidak. Cuma saya nak beritahu bahawa post itu saya sudah keluarkan apabila saya dapati ianya kurang sesuai kerana mempunyai unsur politik kepartian sedangkan saya meletakkan diri saya sebagai non partisan atau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Tulisan itupun saya ambil dari sumber/tulisan orang lain.
Pada mulanya saya tertarik untuk dikongsikan kerana di dalamnya ada menyentuh beberapa perkara tentang kepentingan orang Melayu.
Perkara-perkara berhubung dengan Melayu memang saya sensitif kerana saya orang Melayu. Maaf, setakat ini dulu....susah nak cerita panjang perkara-perkara macam ni.
Wallahua'lam.....
No comments:
Post a Comment