January 26, 2014 Berita Utama 0
GEORGE TOWN, 26 Jan – Pemuda Umno Bahagian Jelutong mendakwa kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di sekitar Pulau Pinang awal hari ini.
Ketuanya Jasmin Noordin berkata perbuatan itu bukan dilakukan oleh pihak gereja tetapi sebaliknya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Difahamkan, kain rentang terbabit dengan jelas tertera ungkapan ‘Allah Is Great’ (Allah Maha Besar) dan “Jesus is the son of Allah’ (Jesus anak lelaki Allah) dipercayai digantung di lima kawasan di sekitar negeri ini.
Jasmin berkata pihaknya akan membuat aduan kepada pihak polis terhadap perbuatan itu yang dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.
Katanya, beliau berjaya menurunkan kain rentang berkenaan yang terdapat di Gereja St John Britto, di Sungai Pinang kerana perbuatan sedemikian akan menghancurkan keharmonian di negara ini. “Saya percaya kain rentang berbaur provokasi ini digantung di perkarangan lima buah gereja di negeri ini,” katanya.
Tinjauan Bernama di sekitar kawasan berkenaan mendapati kain-kain rentang berkenaan telah diturunkan dan difahamkan hampir 100 penduduk Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini berkumpul untuk melihat kain rentang terbabit sebelum ia diturunkan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu sehingga dimaklumkan oleh pihak media. “Saya baru dapat tahu perkara tersebut dan satu siasatan segera akan dilakukan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, ketika dihubungi, berkata dua buah gereja dan seorang penduduk tempatan membuat laporan polis berhubung kain rentang bersifat provokatif itu.
Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. - BERNAMA
Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2014/01/kain-rentang-berbaur-provokasi-kalimah-allah-digantung-di-gereja/
==================================================================
BERKAITAN...
[Provokasi Kristian Atau Provokasi Munafik?]
Gambar kain rentang ini dikatakan diambil oleh seorang wartawan BERNAMA di Penang dan dihantar kepada group whatapss. Sebelum anda mula beremosi, sila baca apa yang Allah kata bila terima berita sebegini;
" Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(Al-Hujuraat 49:6)
Kita tidak tahu kesahihan berita ini dan jangan cepat menuding jari dan berdemonstrasi. Mari kita imbas kembali beberapa peristiwa utk iktibar kita,
1) Lupakah provokasi Abdullah ibn Saba yg menyebabkan umat Islam berperang sesama sendiri hanya selepas 28 Tahub kewafatan Baginda s.a.w?
2) Ingat September 11 ciptaan Amerika sendiri yg lalu menuding jari ke pengganas lalu digunakan sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan?
3) Ingatkah kita kepala babi dibalut bendera PAS dibuang ke dalam surau?
4) Lupakah kita George Bush menuduh Iraq memiliki senjata pemusnah lalu digunakannya sebagai alasan utk menghancurkan Iraq, namun sehingga kita tiada senjata dijumpai walaupun Saddam Hussein telah mati digantung?
5) Lupakah kita Aisya, isteri Nabi dituduh berzina dgn sahabat oleh perbuatan keji Abdullah ibn Ubay ibn Salul?
Banyak lagi peristiwa yg sepatutnya menjadi iktibar.. Mengecewakan apabila setelah gambar ini dihantar ke dalam whatapss group yg terdiri dari org penting dan berilmu tinggi tentang Islam mula beremosi... Andai kita ada bukti nyata dan jelas bahawa memang benar Kristian yg lakukan, saya juga akan membantah kerana sengaja melanggar perintah mahkamah dan memprovokasi keharmonian di msia. Apa apapun, selidik dulu dan jangan beremosi lebih-lebih tak bertempat... Wallahualam.

No comments:
Post a Comment