Pages

Wednesday, February 5, 2014

Konsensus nasional: ISMA bimbang permuafakatan menyepikan kedudukan Islam dan Melayu


February 5, 2014 Berita Utama 0

logo isma

 


BANGI, 5 Feb – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyuarakan kebimbangan terhadap konsensus nasional yang akan diusahakan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang akan menyepikan kedudukan Islam dan Melayu.

Alasan beliau berkata demikian kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam format inklusifnya akan memperluaskan penglibatan bukan Melayu dalam semua bidang. “Ini dapat difahami apabila rekonsiliasi yang ditawarkan oleh Datuk Seri Najib sejurus selepas Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) merujuk kepada peralihan besar undi Cina kepada PR. “Ia membawa implikasi tawaran baru kepada bukan Melayu khususnya Cina terhadap apa-apa yang mereka kehendaki untuk menarik semula sokongan atau menutup bayangan polarisasi kaum".“Apa yang menjadi bahan taruhan Islam dan Melayu,” tegasnya kepada wartawan.
Katanya, pada waktu ini, tawaran konsensus nasional yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disokong kuat oleh DAP merupakan keseinambungan usaha memperkukuhkan agenda kesamarataan mutlak yang mengetepikan langsung faktor agama Islam dan bangsa Melayu.

“Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Dr. Mujahid Rawa secara jelas dalam tulisannya ‘Konsensus Nasional: Jalan ke Hadapan’ menganggap suara Islam dan Melayu sebagai ekstrim dan rasis. “Sementara itu, wujud kecenderungan Datuk Seri Najib untuk mengetepikan faktor agama dan bangsa dalam melihat kerangka perpaduan nasional,” ujar Ustaz Abdullah.
 
Ustaz Abdullah mengulas laporan baru-baru ini bahawa Kabinet bersama Datuk Seri Najib telah menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan konsensus nasional. Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam agar peka dengan segala perkembangan dan menjadi benteng utama mempertahankan Islam dan hak mereka daripada sebarang bentuk pemerdagangan. 

Sumber:  http://www.ismaweb.net/v4/2014/02/konsensus-nasional-isma-bimbang-permuafakatan-menyepikan-kedudukan-islam-dan-melayu/

No comments:

Post a Comment