ISTERI CURANG LEBIH BANYAK MENGUNDANG PENCERAIAN BERBANDING SUAMI CURANG
KES PENCERAIAN yang disebabkan oleh kecurangan semakin menjadi-jadi.
Terlalu banyak kes dalam simpanan fail rujukan kami, dari kes yang
melibatkan artis, melibatkan ahli perniagaan, melibatkan para pemimpin
negara bahkan juga pasangan biasa.
Kali ini ingin kami pautkan
fenomena ini melalui satu kisah benar yang dikirim kepada kami ini
secara lengkap untuk renungan kita bersama. Bacalah dengan hati terbuka dan teliti pelajaran yang kami kongsikan di hujungnya. Kami hilangkan ‘nama penulis’ untuk mengelak fitnah.
KISAH BENAR ISTERI CURANG - WAJIB BACA!!!
Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami
mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah
hati saya dunia dan akhirat.
KISAH ini terjadi pada dua tahun
lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat
kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana
tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.
Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke
bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan
yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa
yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu
dan layanannya juga tidak seperti dulu.
SEBELUM INI, bila saya
buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya
nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil
hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali
yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi
dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia
sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata
berbeza.
SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya
supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi
dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak
pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima.
Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama
terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone
yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula
memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat
tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi
saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali
handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan
bersarapan.
Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan
kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan
saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian
kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa
bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.
PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja
dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam
dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.
Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya
dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta
tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.
Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri
saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang
selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon
saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab
panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada
hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia
berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati
saya melihat isteri saya berbohong.
Saya kuatkan semangat
ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya
ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya
keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang
lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka
masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan
mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya
nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka
kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak
tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar
dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.
Saya menunggu di
dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam
perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti,
akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi.
Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke
arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana
tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi
melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut
kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.
Saya
mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang
tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat
yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai.
Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi
kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang
sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi
night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun
dalam keadaan yang amat gelap.
Bagai nak luruh jantung saya
berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara. Saya
lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki
itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak
mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat
di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.
HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh
saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu
di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap
perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya
meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya
berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan,
saya pun memandu kereta saya pulang.
Dalam solat saya menangis
dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang
dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya.
Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis
melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir,
apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.
Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar
dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya
isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih
belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara
berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati
saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup
aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum
dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada
apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan
perbuatan keji di jalan tadi.
Malam itu saya biarkan isteri
saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak
saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta
disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya,
untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya
membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil
itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua
kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.
Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya
rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap.
Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di
dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya
jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.
Dia
menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia
meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya
sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti
yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri
saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya
yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian
dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari
itu juga.
Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian
dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia
sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya
terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat
sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari
bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta
anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke
kampung.
Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk
dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat
telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan
mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia
terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya
berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh
minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.
Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil
menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya
cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan
tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas
pakaian selepas diminta oleh saya.
Dalam perjalanan kami tidak
banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan
hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak
habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap.
Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya
kadang-kadang tertawa kecil.
Sampai di rumah mertua saya,
mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa
seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati
saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor
saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu
untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya
tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk
akibat kecurangannya.
Akhirnya bapa mertua saya bertanya,
apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang
hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya
bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan
kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri
saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya
ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata.
Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya
mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh
mata saya sendiri.
Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus
bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan
sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu,
isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia
memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan
berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu
kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD
dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.
Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang
ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka
‘sedang bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan
kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun
mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta
ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.
Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat
terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami
sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya
terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain
dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan
lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada
di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak
saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah
melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.
Wajah adik ipar
saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan
matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan
kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik.
Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun.
Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan
memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh,
saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas
isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu
dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.
Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali
bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa
bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari
cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas
bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati
kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin
itulah balasan Allah kepadanya.
Pada hari raya puasa yang
lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya.
Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat,
dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan
menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang
benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.
Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu
bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan
hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai
untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui
jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran
Allah yang sebenar.
KESIMPULAN
Semuga kisah pedih
pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar
sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya
adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis
dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.
WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina
bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak
direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat.
Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata
kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend
sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila
nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi
ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam
aksinya berkali-kali.
Seorang suami yang berprinsip tidak akan
mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau
‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami
menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik
sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk
seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup
bersama seorang wanita dalam masa yang sama.
Hasil kajian dan
pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap
isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang
berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal
nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta
keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang
sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya
boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.
Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti
sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan
bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami.
Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita
benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada
berkatnya.
Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan
sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di
hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have sex with
you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel
itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik.
Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis
itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang
berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.
Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya
bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan lucah
melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai
lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti
ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan
menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari
kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita
hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.
Telah Allah
tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita
mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan
akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita.
Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.
Tips Munakahat
WARGA PRIHATIN
No comments:
Post a Comment