Pages

Saturday, February 8, 2014

Demokrasi liberal: Strategi penjajahan baru Barat di dunia Islam (Siri 1)

June 10, 2012 

Latar belakang pertembungan pemikiran

Sejak berlakunya Peristiwa 11 September 2001 atau 9/11, Hegemoni Barat yang diketuai Amerika Syarikat telah merombak semula strategi serta dasar hubungan luar mereka khususnya yang berkaitan “global war against terror” atauperang global menentang keganasan’. Dalam hal ini, Christopher Paul, seorang penyelidik dari RAND Corporation, sebuah think thank berpengaruh di kalangan pemimpin politik dan tentera Amerika berkata:
“The 9/11 terrorist attacks have changed how Americans think about war”.
Selari dengan pemikiran tersebut dan bagi menjustifikasikan dasar luar baru Amerika Syarikat pasca 9/11 ini, Presiden George W. Bush telah membuat beberapa kenyataan bagi mewajarkan “global war against terror” ini dan yang paling dimaklumi dan ketara ialah kenyataan beliau bahawa sesiapa yang tidak menyokong Amerika Syarikat akan secara otomatik dilabelkan oleh Amerika sebagai ‘pengganas’ atau mereka yang bersama dengan pengganas iaitu
“.. you are with us or with the terrorists” (anda dengan kami atau bersama pengganas).

Pasca 9/11: Dunia Bi-Polar
Melalui kenyataan tersebut, Presiden George W. Bush secara tidak langsung, telah membahagikan dunia hanya kepada dua kelompok atau dunia bi-polar iaitu ‘civilized world’ (dunia bertamadun yang diketuai Amerika Syarikat) dan ‘pengganas’ serta sekutunya di satu pihak yang lain dan golongan kedua ini dianggap cuba memusnahkan tamadun Barat ini. Pada masa yang sama, beliau juga membuat pengisytiharan perang global terhadap ‘pengganas’ ini di peringkat global dan transnasional. Kenyataan-kenyataan ini, sama ada secara tunggal atau secara kolektif dikenali sebagai Doktrin Bush. Mengikut Mark Amstutz, terdapat empat elemen penting dalam Doktrin Bush iaitu:
1) Amerika yang lebih kuat dan berpengaruh adalah baik untuk dunia
2) Kerjasama pelbagai hala adalah yang terbaik, tetapi Amerika Syarikat akan bertindak bersendirian apabila perlu
3) Setiap alat, termasuk pencegahan perlu digunakan untuk menghentikan pengganas dan negara samseng daripada memperoleh atau menggunakan senjata pemusnah besar-besaran (weapons of mass destruction)
4) Amerika Syarikat mestilah menjuarai hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi.

Freedom Agenda: Strategi Barat pasca 9/11
Salah intipati utama Doktrin Bush iaitu elemen keempat berkaitan hak asasi, kebebasan dan demokrasi telah disimpulkan sebagai ‘Freedom Agenda’ atau ‘Agenda Kebebasan’.
“The survival of liberty in our land increasingly depends on the success of liberty in other lands. The best hope for peace in our world is the expansion of freedom in all the world… So it is the policy of the United States to seek and support the growth of democratic movements and institution in every nation and culture, with the ultimate goal of ending tyranny in our world….”
Kegawatan yang kini melanda negara-negara umat Islam seluruh dunia bukanlah isu lokal dan terpencil bagi negara berkenaan semata-mata
Agenda Kebebasan Amerika ini turut didokong dan disambung oleh Presiden Barack Obama sepertimana yang pernah dinyatakan oleh beliau seperti berikut:
America’s larger purpose in the world is to promote the spread of freedom-that it is the yearning of all who live in the shadow of tyranny and despair.”
Dasar Hubungan Luar Amerika yang diperkenal melalui Doktrin Bush diteruskan walau Presiden Amerika Syarikat bersilih-ganti

Pembinaan Rangkaian ‘Muslim Moderat’ sebagai Strategi Freedom Agenda
Penyelidik RAND Corporation, Dr Angel Rabasa menyatakan bahawa:
“.. the President’s “Freedom Agenda” can be considered a U.S. “grand strategy” in the Global War on Terrorism”
Berasaskan premis tersebut, Dr Angel Rabasa, bersama dengan beberapa penyelidik RAND Corporation yang lain telah membuat kajian serta menulis sebuah monograf bertajuk Building Moderate Muslim Network sebagai sebuah strategi dan ‘roadmap’ bagi membantu Amerika Syarikat membina rangkaian ‘Muslim Moderate’ berasaskan ciri-ciri yang ditetapkan oleh mereka di seluruh dunia sebagai panduan praktikal untuk dilaksanakan oleh pembuat-pembuat dasar di Amerika Syarikat.
Matlamat utama kajian tersebut adalah bagi merealisasikan aspirasi Freedom Agenda di atas dengan menggunakan dan memanfaatkan pengalaman serta pengajaran yang diperoleh Amerika Syarikat ketika Perang Dingin dengan USSR (kini Russia) sehingga mereka akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan dan sistem Komunis.
Hubungkait di antara ‘Agenda Kebebasan’ Amerika dengan perancangan mereka membangunkan rangkaian ‘Muslim Moderate’ jelas tertera di dalam laporan yang disediakan oleh RAND Corporation tersebut:
“The close link between the U.S. grand strategy and its efforts to build democratic networks was a key ingredient in the overall success of the U.S. policy of containment; as such, it provides a model for policymakers today”
Begitu juga perancangan dan penggunaan strategi yang sama hasil dari pengalaman dari Perang Dingin dengan USSR:
“The efforts of the United States and its partners during the early years of the Cold War to help build free and democratic institutions and organizations hold lessons for the current Global War on Terrorism.”

Pertembungan kini adalah pertempuran idea atau pemikiran
Menurut laporan tersebut, pertempuran sebenar di dunia kini (sepertimana semasa Perang Dingin) adalah peperangan pemikiran atau peperangan idea dan ini adalah merupakan cabaran paling besar yang perlu dihadapi oleh Barat dengan dunia Islam pada masa kini. Kata Rabasa,
“This is not a war of civilizations, it’s not Islam versus the West. It’s a struggle within Islam to define the character of Islam.”
Menurut Rabasa lagi, untuk berjaya di dalam agenda peperangan pemikiran ini, Amerika Syarikat tidak boleh menjayakannya secara sendirian, tetapi perlu mendapat pertolongan dengan cara bekerjasama dengan orang Islam lain di negara berkenaan. Golongan Muslim ini pula mestilah terdiri dari individu atau organisasi yang dengan jelas menyokong dan mendokong Agenda Kebebasan yang ditaja Amerika Syarikat. Golongan ini dilabel sebagai gelaran ‘Muslim Moderat’ dan dibantu secara langsung dan tidak langsung oleh Amerika Syarikat melalui badan-badan yang ditubuhkan dan dibiayai oleh mereka seperti National Endowment for Democracy (NED), National Democratic Institute (NDI), Asia Foundation (AF), Center for the Study of Islam and Democracy (CSID), International Center for Islam dan Pluralism (ICIP). Badan-badan ini adalah organisasi yang tidak bersandarkan keuntungan (non-profit) yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai salah satu inisiatif berprofil tinggi bagi membebaskan Amerika Syarikat dari pendekatan dan strategi lama pra-9/11 melalui fokus kepada 4 bidang teras iaitu pembaharuan politik, reformasi ekonomi, reformasi pendidikan dan pemerkasaan wanita.
“We cannot come in as outsiders, as a non-Muslim country, and discredit the radicals’ ideology,” “Muslims have to do that themselves. What we can do is level the playing field by empowering the moderates.”

‘Muslim Moderat’ sebagai senjata Freedom Agenda Pasca 9/11
RAND Corporation menyarankan agar pembuat dasar Amerika Syarikat mula membangunkan dan menyokong pelbagai usaha pembinaan rangkaian ‘Muslim Moderat’ ini di seluruh dunia. Menurut Dr Rabesa,
“… the building of moderate Muslim networks needs to become an explicit goal of U.S. government policy, with an international database of partners, a well-designed plan and “feedback loops” to keep it on track”.
Katanya lagi, Amerika Syarikat mempunyai peranan yang penting untuk membantu ‘Muslim Moderat’ ini sepertimana pengalaman kejayaan mereka semasa Perang Dingin.
“In both cases, policymakers recognized that the United States and its allies were engaged in an ideological conflict that had to be contested across diplomatic, economic, military and psychological dimensions”

Menurut laporan tersebut, salah satu cabaran Amerika Syarikat ialah mengenalpasti golongan ‘Muslim Moderat’ yang asli iaitu mereka yang mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan serta dipersetujui oleh demokrasi ala barat iaitu sokongan kepada hak-hak asasi manusia sepertimana yang disepakati di peringkat antarabangsa seperti persamaan gender, kebebasan beragama, penerimaan non-sectarian sources of law serta penentangan kepada keganasan. Menurut laporan tersebut, seseorang Muslim yang mungkin dilihat ‘Moderat’ tetapi jika pemikiran dan idea mereka masih tidak konsisten dengan nilai demokrasi ala barat di atas, ianya masih belum boleh digolongkan di dalam kategori ‘Muslim Moderat’ di atas. Sasaran kepada strategi ini pula melangkau sehinggalah ke Asia Tenggara termasuk Malaysia.
“Instead of focusing on the Middle East, where most of the radical Islamic thought originates and is firmly entrenched, the report recommends reaching out to activists, leaders and intellectuals in Turkey, Southeast Asia, Europe and other open societies. The goal of this outreach would be to reverse the flow of ideas and have more democratic ideas flow back to the less fertile ground for moderate network-building of the Middle East.”

Laporan tersebut mengesyorkan lima kumpulan sasaran untuk ditumpukan oleh Amerika Syarikat iaitu (1) Akademia dan Intelektual Muslim Liberal dan Sekular (2) Ulamak Muda Moderat (3) Aktivis Masyarakat (4) Kumpulan atau NGO Wanita yang berkempen ke arah persamaan gender dan (5) Wartawan dan Cendiakawan Moderat. Dalam konteks di Malaysia, pada tahun 2005, seorang tokoh politik negara pernah mendapat pengiktirafan sebagai ‘Muslim Moderate of the Year 2005’ oleh Center for the Study of Islam and Democracy (CSID).

Dr Ahmad Kamsani Samingan
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2012/06/demokrasi-liberal-strategi-penjajahan-baru-barat-di-dunia-islam-siri-1/

No comments:

Post a Comment