Pages

Tuesday, April 29, 2014

Apakah diskriminasi di Malaysia yang Obama maksudkan?



Apabila Presiden Obama dilapor mengatakan Malaysia akan maju hanya apabila tiada lagi diskriminasi terhadap kaum minoriti, beberapa perkara timbul di dalam pemikiran - apakah diskriminasi di Malaysia yang beliau maksudkan?

1. Ketika berlaku peristiwa Rosa Parks 1955 di Amerika Syarikat, wanita tersebut dipaksa bangun untuk memberi tempat duduk kepada seorang bangsa kulit putih semata-mata kerana beliau berkulit hitam. Keberanian beliau menolak paksaan tersebut telah menjadi inspirasi kepada gerakan sivil di negara Amerika.

Pada tahun yang sama, Persekutuan Tanah Melayu baru sahaja selesai Pilihanraya Umum Pertama dan Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Sebuah jemaah menteri telah dibentuk dan 4 daripada 13 kerusi menteri diberikan kepada bangsa bukan melayu (V T Sambathan, Colonel H S Lee, Ong Yoke Lin, Tan Siew Sin). Mereka memegang portfolio penting Persekutuan Tanah Melayu ketika Amerika Syarikat masih mengamalkan prinsip segegrasi perkauman yang hanya mulai dimansuhkan secara rasmi pada Disember 1956. Ketika negara Amerika Syarikat masih membincangkan bolehkah bangsa kulit hitam duduk di sebelah bangsa kulit putih di dalam bas, Persekutuan Tanah Melayu telah melihat bangsa Cina dan India duduk bersama sebagai jemaah menteri.

2. Ketika perlaksanaan polisi integrasi masih menjadi isu hangat di Amerika Syarikat tahun 70an dan 80an, kita di Malaysia sudahpun hidup dalam keadaan tenang dan harmoni. Di sekolah rendah, cikgu matematik saya berbangsa India. Cikgu bahasa melayu saya semasa darjah satu adalah berbangsa cina. Tempat ayah saya beli suratkhabar adalah dari kawan rapat beliau yang berbangsa India. Tempat ayah saya bawa saya minum pagi adalah di restoran cina - dengan menu biasa air teh dalam cawan klasik sambil makan telur separuh masak, saya belajar memandu kereta dari kawan ayah saya berbangsa cina yang menyewa dari deretan kedai kepunyaan arwah datuk saya, kadang-kadang makan malam nasi goreng Cina di restoran Mee Fong atau minum air longsoi di kedai cina depan masjid batu gajah (tak ingat nama). Kadang-kadang makan tengahari di rumah mendiang Puan Bala atau lepak di tepi rumah Cikgu Soon yang semua takut sebab khabar angin mengatakan beliau pernah karate seorang pelajar beliau. Itu hanya sedikit dari cerita pengalaman sewaktu saya membesar di Batu Gajah. Belum cerita pengalaman hidup di Sarawak lagi.

3. Bangsa minoriti di Amerika Syarikat masih memerlukan “affirmative action”. Namun 5 hari lepas, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat memutuskan bahawa perubahan perlembagaan Michigan yang menghalang “affirmative action” yang boleh membantu golongan bangsa kulit hitam dan hispanik mendapat tempat di universiti adalah dibenarkan. Keputusan 6-2 Mahkamah Tinggi ini bermakna golongan minoriti tersebut akan lebih sukar mendapat tempat di universiti (http://www.nytimes.com/2014/04/23/us/supreme-court-michigan-affirmative-action-ban.html). Bagaimana pula di Malaysia? Lim Kok Wing ada universiti beliau yang tersendiri. Di Amerika Syarikat, polisi “affirmative action” dilaksanakan untuk memastikan kaum minoriti mendapat hak yang sama dengan kaum majoriti (bangsa kulit putih) dalam semua aspek kerana mereka yang ketinggalan. Di Malaysia, polisi “affirmative action” diperlukan untuk memastikan kaum majoriti tidak ketinggalan dalam aspek ekonomi dibandingkan dengan kaum minoriti kerana di Malaysia realitinya bangsa bumiputera yang ketinggalan.

Banyak lagi contoh di Malaysia dan sejarah membuktikan bahawa bangsa bumiputera di Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah bangsa yang paling bermurah hati dan mudah bertolak ansur berbanding bangsa kulit putih di Amerika Syarikat. Jangan sesekali kita berasa rendah diri dengan Amerika Syarikat dalam hal ini.

Ya, Obama berasal dari bangsa berkulit hitam dan beliau boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat. Tetapi beliau telah menganut pemahaman agama, berbahasa dan berfikiran politik berdasarkan teras bangsa majoriti di Amerika Syarikat. Jika ada individu dari kalangan bangsa minoriti di Malaysia yang menganut agama Islam, fasih berbahasa Melayu dan boleh tulis jawi serta berkebolehan untuk memimpin, saya tidak melihat salahnya kalau individu tersebut boleh menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Kita juga tidak nafikan masih lagi ada ruang yang banyak untuk memperbaiki struktur pengagihan kekayaan negara di Malaysia tetapi isunya bukan diskriminasi. Isunya adalah perlaksanaan sistem dan polisi dari segolongan pihak di dalam parti pemerintah yang tidak mengutamakan ketakwaan sebaliknya mengumpulkan harta berasaskan perasaan tamak haloba. Yang memburukkan lagi keadaan, beberapa pihak dari kalangan musuh politik mengambil kesempatan dan menyalahkan seluruh bangsa majoriti kononnya menindas bangsa minoriti. Mereka lalu mencipta "suasana baru" kononnya tiada keharmonian kaum dan penindasan berlaku sejak merdeka. Mungkin versi ini yang Obama ambil dan baca.

Kalau benar, itulah ucapan yang beliau patut ungkapkan ketika melawat negara haram Israel, bukannya ketika melawat Malaysia.

Wallahua'lam.

-arusbaru-

www.arusbaru.my

Monday, April 28, 2014

Hikmah Obama singgah


Umar Hakim Mohd Tajuddin ISMA Activist
 

Umat Islam sentiasa diperingatkan untuk meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku pasti akan diiringi hikmah. Lawatan Presiden Barack Obama, pada hujung minggu lepas turut menyingkap pelbagai hikmah untuk kita sama-sama renungi. Meskipun manfaat khusus kepada negara mungkin hanya akan dilihat dan dirasai selepas beberapa tempoh, kita sebenarnya beruntung kerana terdapat hikmah segera yang terzahir kesan daripada lawatan bersejarah ini.

Dalam satu slot khusus, 10 wakil pertubuhan sivil telah diberi peluang untuk mengadu tentang ‘masalah’ yang dilalui mereka di Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat itu. Tidak sukar untuk menelah apakah yang telah dicurahkan kepada Obama jika dilihat daripada senarai pertubuhan dan individu yang ‘terpilih’ itu.
Dua pertubuhan liberal iaitu Islamic Renaissance Front (IRF) dan Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut hadir dikatakan mewakili kumpulan hak asasi manusia Hakam. Dua wakil Kristian telah diundang iaitu Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM). Ianya sesuatu yang ganjil apabila wakil rasmi daripada kumpulan agama lain tidak dijemput tetapi komuniti Kristian yang membentuk 9% segmen penduduk diwakili sehingga dua orang. Dua lagi pertubuhan lain yang hadir pada malam itu ialah Suhakam dan Majlis Peguam.
Jika diteliti, SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini. CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.

Tidak cukup dengan itu, kehadiran Honey Tan, ketua Comango, dalam pertemuan dengan Obama itu telah menimbulkan persoalan berikut. Adakah Comango kini mencari kekuatan baru dengan cuba melobi secara terus kuasa terbesar dunia itu untuk memberi tekanan ke atas kerajaan sendiri supaya menerima segala baki tuntutan yang gagal tempoh hari?

Kepada beberapa pertubuhan lain, ruang pertemuan dengan Obama ini semestinya bukan sekadar untuk berbasa-basi. Hakikatnya, hubungan erat mereka dengan agensi-agensi tajaan kerajaan AS sudah lama berakar umbi.

Bersih 2.0 misalnya mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.

IRF pula tersenarai di Malaysia sebagai antara penerima utama tajaan daripada National Endowment for Democracy (NED), pertubuhan yang didanai secara tidak langsung oleh Jabatan Negara AS dan berperanan untuk memupuk fahaman demokrasi yang menepati dasar AS. Dengan dana tersebut, IRF diharapkan untuk menganjurkan forum dan seminar bertemakan sekularisme, liberalisme dan pluralisme dengan unsur-unsur pseudo-Islam.

Tidak mustahil jika pertemuan dengan Obama ini dijadikan ruang untuk memberi ‘kad laporan’ secara terus tentang hasil projek yang digerakkan dan memberi gambaran tentang bentuk bantuan tambahan yang mungkin boleh disalurkan berdasarkan halangan-halangan yang mereka tempuhi di negara ini.
Tidak menghairankan jika fakta-fakta ini akan menimbulkan seribu satu kesangsian dan kerisauan kepada masyarakat Malaysia secara umum. Timbul juga persoalan apakah sebenarnya yang diharapkan oleh golongan ini daripada kuasa dunia itu apabila mereka mengambil pendekatan bercerita masalah ‘rumahtangga’ sendiri kepada orang luar? Rekod AS sendiri dalam aspek hak asasi manusia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan apatah lagi dijadikan harapan untuk menyelamatkan orang lain.

Kita tidak perlu pergi jauh untuk belajar apabila sejarah perit tanah air kita sendiri telah menunjukkan bahawa tindakan mengambil bantuan kuasa luar untuk menyelesaikan pertelingkahan dalaman hanya akan membawa natijah yang buruk. Pulau Singapura telah jatuh ke tangan penjajah apabila satu pihak termakan dengan janji manis wakil British untuk menyelesaikan masalah perebutan takhtanya. Tidak lama sebelum itu, Pulau Pinang telah turut tergadai dengan taburan janji yang hampir sama.

Hakikatnya, tiada istilah percuma apabila sesuatu bantuan dihulurkan oleh pihak yang kita sedia maklum akan agendanya. Setiap dolar yang dihulur pasti akan dituntut balasannya. Kita mungkin gembira apabila melihat agenda peribadi berjaya dimajukan tetapi ianya pasti tidak kekal lama sebaik menyedari yang kita sebenarnya hanyalah menjadi bidak yang menyempurnakan percaturan agenda yang jauh lebih penting kepada mereka.

Kita kemudiannya akan dikuis ke tepi untuk memberi laluan kepada bidak-bidak yang baru dalam percaturan lain untuk mencapai agenda mereka yang seterusnya pula. Sekadar itulah nilai kita di sisi mereka. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini kita sendiri telah melihat bagaimana kuasa-kuasa besar dunia ini datang dan memanipulasi negara-negara sasaran lalu beredar setelah matlamat berjaya dicapai.

Dengan segala realiti dan hakikat yang dinyatakan tersebut, jIka pertubuhan ini masih tersua-sua menagih bantuan daripada AS ataupun kuasa besar lain, nyatalah bahawa mereka sedikitpun tidak mengendahkan risiko tergugatnya kedaulatan negara ini. Boleh dikatakan bahawa mereka lebih sanggup meletakkan masa depan negara ini dalam tangan kuasa luar asalkan hasrat singkat mereka tercapai.

Lebih jelek lagi jika mereka sendiri sebenarnya turut berkongsi agenda yang sama dengan kuasa-kuasa besar ini. Semoga Allah melindungi kita dan tanah air ini daripada segala ancaman dan tindakan ekstremisme yang datang dari luar mahupun daripada kalangan kita sendiri. Hanya syukur yang dapat dipanjatkan ke hadrat Allah atas segala hikmah yang terbentang menerusi episod lawatan singkat ini.


Umar Hakim Mohd Tajuddin
Aktivis ISMA

Sumber:   http://www.ismaweb.net/2014/04/hikmah-obama-singgah/?fb_action_ids=10201925916936382&fb_action_types=og.likes&fb_ref=above-post

Friday, April 25, 2014

Kunjungan hormat Delegasi MuslimUPRo ke atas Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib bin Tun Hj. Abdul Razak


22 April 2014 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1435

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Seramai enam orang anggota delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam ke Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib bin Tun Hj. Abdul Razak di pejabat beliau petang ini.

Delegasi ini diketuai Sdr. Azril Mohd Amin selaku Pengerusi/ Ketua Delegasi, dan disertai wakil-wakil pemimpin Pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) arus perdana, termasuklah Ust. Nasharudin Mat Isa (Pengerusi Yayasan Nassar), Dr. Yusri Mohamad (Naib Yang Dipertua YADIM), Ust. Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (Pengerusi PEMBELA), Hj. Aminuddin Yahaya (Timbalan Presiden ISMA) dan Ust. Mohamad Gunawan Che Abd. Aziz (Sekretariat Ulama-Umara'). Kesemua pemimpin NGI ini adalah merupakan anggota delegasi MuslimUPRo yang telah menghadiri sesi-sesi berkaitan UPR semenjak bulan Oktober 2013.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah sebagai susulan berterusan insiatif yang telah dilaksanakan MuslimUPRo di sepanjang sesi UPR lalu. Pihak MuslimUPRo menggesa pihak kerajaan agar meneruskan ketegasan terhadap usaha menjaga kedaulatan Islam di Negara ini serta tidak tunduk pada tuntutan-tuntutan berterusan NGO-NGO Hak Asasi Manusia, termasuk yang bergabung dengan COMANGO, yang mengancam kestabilan dan kesejahteraan masyarakat melalui topeng hak asasi manusia di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Di samping itu, MuslimUPRo juga memaklumkan kepada YAB Perdana Menteri usaha berterusan yang dijalankan gabungan NGI-NGI untuk mempertahankan kedaulatan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan serta memperbaiki situasi hak asasi manusia menurut acuan Malaysia, melalui penubuhan Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia atau Centre for Human Rights Research & Advocacy (CENTHRA) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Objektif-objektif CENTHRA ialah:


1) Memperhalusi kajian tema-tema penting di sekitar isu-isu HAM menurut pandangan Islam;

2) Sebagai medan untuk NGI berkongsi idea dan pengalaman semasa Proses UPR dan mendapatkan respons serta pandangan arah tuju perjuangan HAM menurut perspektif Islam;

3) Meneruskan sebahagian inisiatif penyelidikan dan penerbitan sebagai sumbangan terhadap kegiatan ilmiah di dalam bidang kajian Islam dan HAM;

4) Memperkasa wacana dan usaha advokasi Islam dan HAM di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa dengan pendedahan isu-isu mutakhir serta kupasan cabaran-cabaran yang melatari perkembangan perbahasan Islam dan HAM di pelbagai peringkat.

5) Mengenal pasti di kalangan ahli akademik dan aktivis NGI yang boleh diketengahkan untuk memperkasa agenda memperjuangkan isu-isu HAM dari peringkat serantau dan antarabangsa termasuk di dalam proses UPR.

PERLAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI CENTHRA

1) Menjalankan penyelidikan berkualiti tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan penekanan kepada membangunkan pendekatan generik untuk Islam dan ekuiti global dalam hak asasi manusia ;

2) Menyumbang kepada perbahasan mengenai Islam dan Hak Asasi Manusia dan kajian masa depan mengenai Islam dan ekuiti global pada hak asasi manusia;

3) Menjalankan analisis dasar dalam bidang Islam dan ekuiti global dalam hak asasi manusia dengan penekanan khusus kepada kerja perbandingan antarabangsa;

4) Menyiasat pelbagai pendekatan bagi pengauditan Islam dan ekuiti global pada dasar hak asasi manusia dalam pelbagai jenis organisasi ;

5) Bertindak sebagai hab pengetahuan, menghasilkan laporan penyelidikan dan taklimat dan menyebarkan ini melalui laman web dan dalam format yang lain;

6) Penganjuran persidangan, seminar dan acara latihan untuk pelbagai penonton termasuk pengamal, pembuat dasar dan ahli akademik ;

7) Mewujudkan kerjasama dengan sektor swasta, awam dan sukarela untuk memastikan bahawa Pusat responsif kepada maklumat dan pembangunan keperluan mereka ;

8) Bekerjasama dengan penyelidik di universiti lain bagi memudahkan rangkaian dan mengelakkan pertindihan usaha.

Azril Mohd Amin

Pengerusi/ Ketua Delegasi MuslimUPRo
 
Sumber: Fb Muslimupro
 
(7 photos)
44Like · ·

Tuesday, April 22, 2014

Hukum Menyebut “Rest In Peace – RIP” Kepada Bukan Islam Meninggal Dunia

ISU:
 
Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?
 
PENJELASAN:
 
Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.
 
Dua (2) perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam. Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.
 
Keduanya, latarbelakang tradisi istilah yang diucapkan. Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah dilarang.
 
Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’
 
Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah al-Taubah:113, “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”
 
Oleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.
 
Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda “ atau “ kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda”.

Wallahu a'lam.
 
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-menyebut-rest-peace-rip-kepada-bukan-islam-meninggal-dunia

Sunday, April 20, 2014

Pemahaman Apologetik – Benih Pluralisme Agama

Oleh admin - pada 21 Apr 2014 - dalam ARTIKEL /114

Sejak kebelakangan ini, kita sering terbaca artikel atau status facebook tentang satu persoalan yang penting, bolehkah bukan Muslim selamat dari neraka? Jawapan “apologetik” yang disampaikan di artikel-artikel dan status facebook berkenaan telah mengelirukan ramai orang sama ada di kalangan orang Islam mahupun bukan Islam.

Mungkin ada teman-teman kita yang bukan Islam mula berbicara, “berdasarkan penerangan ustaz A ini, kita tidak perlu masuk Islam kerana belum sampai hujjah Allah ke atas kami. Mana contoh di kalangan orang Islam yang berakhlak mulia seperti rasul kamu? Tidak ada contoh negara Islam yang baik. Pemimpin-pemimpin Islam pula di kalangan orang Islam sendiri dikatakan pecah amanah dan tidak adil. Kalau ikut ustaz A dan ustaz B yang terkenal itu, Allah tidak akan mengazab kami kerana hujah belum memadai di Malaysia. Mungkin kami yang masuk syurga sekalipun kami bukan Islam sebab kami seorang yang baik dan jujur manakala pemimpin kamu akan ke neraka sebab mereka pecah amanah.”
“Malah, kamu tak layak panggil kami kafir kerana kami tidak menerima dan melihat ajaran Islam yang sebenar. Kafir ini satu penghinaan kepada kami.”

Memang berat andai kata persoalan tersebut dilontarkan kepada kita terutama orang awam.
Malah apabila kita fikirkan, apakah mesej sebenar para ilmuan Islam tersebut? Adakah mereka bermakna untuk mengatakan bahawa “wahai penganut agama lain, jangan risau. Tidak mengapa mati dalam agama kamu kerana Allah Maha Pengampun jika umat Islam tidak menyampaikan kepadamu Islam yang sebenar. Engkau tidak berdosa, umat Islam yang berdosa. Teruskan berada dalam agamamu.”

Saya yakin itu bukan niat mereka kerana sesiapa yang mempelajari tentang Islam akan mengenali bahawa sesungguhnya kita tidak mengenali dakwah sedemikian dari lipatan seerah Rasulullah saw mahupun perjalanan hidup para sahabat dan para tabiin sendiri. Sesungguhnya dakwah yang disampaikan ketika Rasulullah saw di Mekah adalah jelas dan terang tanpa ada kompromi sedikit pun terhadap keesaan Allah swt dan kebenaran ajaran Islam.

Erti seorang muslim
Kita harus bertanya semula apakah ertinya menerima Islam itu? Apakah ia bererti apabila seseorang yang mengucapkan ungkapan-ungkapan berbahasa Arab, walaupun tidak memahami makna yang terkandung dalam ucapan mereka, layak disebut seorang Muslim?
Jawapannya tidak. Erti menerima Islam adalah bahawa seseorang wajib dengan penuh kesedaran dan kesengajaan menerima apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Muhammad saw dan bertindak sesuai dengan ajaran tersebut. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka ia adalah seorang Muslim dan barangsiapa yang tidak berbuat demikian, ia bukanlah seorang Muslim.

Perbezaan muslim dan kafir
Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir. Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan daripada Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan masuk ke syurga manakala seorang kafir akan masuk ke neraka. Inilah janji Allah.

Maka marilah kita fikirkan, mengapa ada perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir? Padahal seorang kafir adalah juga keturunan Adam. Mereka juga manusia. Mereka juga punya tangan, kaki, mata dan telinga. Mereka pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama dan hidup di bumi yang sama. Allah juga adalah Penciptanya juga. Maka, mengapakah darjatnya rendah dan darjat seorang muslim tinggi? Mengapa yang Islam semua nanti akan ke syurga dan yang menolak Islam ke neraka?
Perbezaan besar antara seorang Muslim dan seorang kafir bukan hanya kerana nama, bukan hanya kerana seorang dikhatan atau tidak, bukan kerana seorang makan khinzir atau tidak. Allah yang Maha Kuasa, tidak mungkin bertindak sedemikian kejam mendiskriminasikan antara makhluknya semata-mata kerana kerana perbezaan tersebut.

Jawapannya hanyalah satu, yakni kerana Islam dan kufr. Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kufr bererti keengkaran kepada Allah. Orang Islam dan orang kafir kedua-duanya adalah manusia dan hamba Allah. Namun satu berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah itu Esa, mematuhi perintah-Nya dan takut akan hukuman apabila melanggar batasan-Nya. Manakala yang kafir terperosok dari kedudukan kemuliaan tersebut kerana ia mempersekutukan Allah dengan sesuatu dan tidak melaksanakan perintah-Nya. Itulah sebabnya Allah senang dengan orang Muslim dan benci kepada orang kafir.

Asas perbezaan – Pengetahuan dan perbuatan
Daripada huraian di atas jelaslah ada dua asas yang membezakan antara seorang Muslim dengan seorang kafir. Yang pertama adalah pengetahuan dan yang kedua perbuatan.

Pengetahuan bererti bahawa seorang Muslim harus tahu dan mengiktiraf siapa Tuhannya, apa perintah-perintahNya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendakNya, perbuatan-perbuatan mana yang disukaiNya dan mana yang tidak disukaiNya. Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya sebagai hamba dari Tuhannya, melaksanakan kehendak-Nya dan mengabaikan kemahuan-kemahuannya sendiri.

Inilah pengetahuan dan perbuatan yang menjadikan seorang Muslim sebagai hamba Allah yang sejati, yang mendapat limpahan rahmatNya serta kedudukan yang luhur dan mulia. Islam tidak lain adalah penghambaan seseorang semata-mata kepada Allah. Ia sama-sekali tidak mengikuti kemahuannya sendiri atau rakan parti politik atau kemahuan nenek-moyang atau kemahuan keluarga dan kaumnya atau kemahuan sesiapapun yang lain selain kehendak Allah semata-mata.

Seseorang yang tidak ingin menjadi seorang Muslim, tidak dapat dipaksa untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kemahuannya, ia bebas memeluk agama apa pun yang disukainya dan menyebut dirinya dengan sebutan apa pun yang disukainya.

Tetapi seseorang yang menyebut dirinya sebagai seorang Muslim mesti tahu dan mengerti bahawa ia hanya dapat dan tetap menjadi seorang Muslim selama ia berada dalam ikatan Islam. Ikatan Islam itu ialah menerima Al-Quran dan As-Sunnah Rasul sebagai landasan kebenaran dan keadilan serta memandang segala sesuatu yang bertentangan dengannya sebagai kebatilan. Islam adalah rahmat kerana aqidah yang dibawanya menyelamatkan manusia daripada kesesatan tersebut. Barangsiapa yang tetap tinggal dalam ikatan ini adalah seorang Muslim dan barangsiapa yang keluar daripada ikatan ini bererti ia telah keluar dari Islam.
“….Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Surah Al-Ma’idah: Ayat 44).
Pendeknya, nisbah kekufuran seseorang adalah menurut sejauh mana ia telah membangkang terhadap hukum Allah.

Penutup
Sebagai manusia kita harus berhukum berdasarkan kepada apa yang zahir di mata kita. Di situlah hukum syariat Allah. Manakala perkara ghaib itu kita serahkan kepada Allah kerana itulah hak-Nya. Hukum di dunia adalah berdasarkan apa yang zahir manakala hukum di akhirat adalah hak Allah. Kita tidak boleh berhukum berdasarkan andaian kerana ia hanya akan merungkaikan syariat Islam.

Apapun kekurangan umat Islam pada hari ini dan apapun kelemahan pentadbiran pemimpin Islam pada waktu ini tidak harus menghalang kita mengajak manusia ke arah Islam dan melunturkan mesej dakwah Islam. Kita tidak harus bersikap terlalu apologetik dengan niat mahu membuktikan kelembutan Islam sehingga menerangkan kepada masyarakat yang bukan Islam bahawa mereka berpeluang untuk ke syurga sekalipun tidak memeluk Islam. Niat baik tersebut sebenarnya tidak membantu menyelamatkan atau membawa manusia ke arah satu-satunya agama yang diredhai Allah. Malah, ia hanya menggalakkan penyuburan pemahaman pluralisme lalu mereka terus kekal sesat di dalam agama mereka di atas keyakinan bahawa semua agama adalah sama di sisi Allah swt.

Benarlah firman Allah swt, Al-Imran 19-20:
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: “Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku”. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang “Ummi” (orang-orang musyrik Arab): “Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)?” Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.”

Abu Ameen
Arab Saudi

Sumber:  http://arusbaru.my/2014/04/21/pemahaman-apologetik-benih-pluralisme-agama/


Sunday, April 13, 2014

Balasungkawa seorang Anak, Saeed Bin Mohamed Saeeddov


Photo: ‎Balasungkawa seorang Anak, Saeed Bin Mohamed Saeeddov

Saya masih berada dalam kejutan apabila mendapat berita melalui fb, seorang anak angkat saya, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla telah kembali ke rahmatullah subuh tadi di dalam satu kemalangan jalan raya yang membabit bas express dua tingkat yang dinaikinya bersama isteri dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru.

Saeed yang saya kenali seorang anak muda yang taat perintah Allah dan RasulNYA pemuda beriman yang disenangi oleh semua orang yang mengenali beliau. 

Sungguh terasa kehilangan seorang anak muda beriman ini. Pergi kerahmatullah bersama isteri dan anak dalam kandungan. Mereka bernikah pada 7 Disember 2013 lalu, benar-benar bercinta selepas bernikah hingga ke jannah.

Kata seorang sahabat beliau, Muhammad Zaki Omar," Alhamdulillah dengan keperibadian beliau yang terpuji, seorang Al-Hafiz, rajin terlibat dengan program-program kesukarelawan keagamaan, hati seorang muslimah tertambat untuk menerima lamaran yang ditawarkan.

Alhamdulillah sekarang Saeed telah menjadi suami kepada muslimah dari Salor, Kelantan. Saya tumpang gembira dan mendoakan rumah tangga beliau suami isteri dilimpahi rahmat dan keberkatan. Barakallahu fik.

Sebelum ni beliau hanya nampak calon isteri daripada UIA dan UTM, tak disangka mendapat calon local tapi berpendidikan internationale daripada Australia pula.

Happy to see both of you smiling to each other. I know you'll live as a happy family.

When Allah Shows His Love, Its Borderless."

Ini yang dikatakan bercinta hingga ke syurga. 

Dengan saya juga beliau pernah minta dicarikan calon isteri dengan bersyarat, tidak ada cinta sebelum bernikah.  Tapi di Malaysia tidak begitu mudah untuk yakinkan orang Malaysia menerima orang daripada negara luar untuk jadi menantu.

Bak kata beliau bukan mudah mencari isteri. "Be wise when you choose your future wife, because you determine how your children be in the future by how their mother educate them . Mother is school, choose is a good school for your kids. May ALLAH bless and guide my father choose for me this great lady Great Mother. "

Sepanjang persaudaraan kami sekeluarga, beliau dikenali sebagai pemuda yang berhemah, beriman dan bertakwa.

Begitu aturan Allah, pemuda beriman yang bertaqwa cepat diambil kembali kepangkuannya. MasyaAllah, sepanjang yang saya kenal Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31 adalah seorang anak yang baik, sangat menghormati orang tua.

Teringat kembali, beliau baru pulang dari Somalia, 5 April lalu, menziarahi bapanya yang uzur, rupanya dia yang dahulu dijemput Ilahi.

Siapa yang tahu, antara orang tua dan orang muda, orang sihat dengan orang sakit, maut tidak mengira itu semua. Ajal datang tanpa kita sangka. Ajal tidak kira orang muda atau orang tua, orang sihat atau orang sakit.

Allahurabbi...

Begitu nostalgianya saya dengan kenangan sepanjang tempoh dia bersama kami sekeluarga. Setiap kali balik ke Johor selepas berpindah ke Kuala Lumpur, tidak pernah tidak menziarahi kami. Jika datang, beliau akan memastikan belum makan, kerana tahu nanti tiba di rumah, saya akan menghidangkan makanan. Tidak sekali dia menghampakan kami dengan tidak menjamah makanan yang disediakan.

Ketika majlis Konvo, beliau tahu saya tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri ke UTM, beliau sanggup datang bersama jubah Konvo semata-mata untuk mengabadikan photo beliau konvo bersama saya.

Kunjungan terakhir beliau ke rumah sebelum bernikah pada 7 Disember 2013. Selalu memohon restu dan doa dari kami akan apa jua urusannya selain dari ibu bapa kandung beliau sendiri.

Walaupun saya dan beliau menghadapi masalah bahasa, alhamdullilah itu bukan suatu masalah untuk saya berkomunikasi dengan beliau. Beliau berbahasa Arab atau Inggeris. Jika berbahasa Arab, zauj akan jadi penterjemah kepada kami.

Pada kunjungan itu, beliau rasa terpegun dengan usaha saya menubuhkan Baitus Solehah. Kata yang ditulis distatus fb beliau pada, 28 September 2013

"Alhamdulilah, had a great moments visiting Ummi Mak Liza at her house: 'The Baitus Solehah'  may ALLAH reward her for her good deeds and bless her and her family. "

Beliau cuba berusaha untuk menyebarkan maklumat dengan memberikan maklumat kepada rakan-rakan beliau lainnya tentang Baitus Solehah. 

Saeed Bin Mohamed Saeeddov , October 3, 2013 

"A very touching word and very great idea and project. I consider this lady as my mother, every one called her ' Ummi ' Mak Liza , her house open for those who need, simple small house but with big heart , she is in JB near UTM, we can go visit one weekend"

"She is in JB, i use to go to her house eventually , before this her house was open to to the new Muslim who didn't get a place to stay due to the social issue and they stay at her house for free, then take care of some of the orphanage, now she is doing this project for free , from her own pocket." Ini diperingkat awal dan permulaan Baitus Solehah beroperasi sebelum mendapat bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat lainnya.

Akhir zaman, payah kita bertemu pemuda yang bertakwa. Sangat sedikit kita bertemu pemuda yang cintakan masjid , mencintai Allah dan rasulNYA lebih utama dari segala perkara. Mengutamakan ukhuwwah dan akhirat dalam urusan kehidupan. Apabila kita temui, muda lagi sudah dijemput ilahi kembali kehadirat Allah.

Pemuda ini pergi bersama-sama isteri yang baru 5 bulan dinikahi dan anak dalam kandungan isteri. Benarlah mereka bercinta hingga ke syurga Allah. Indahnya perjalanan mereka menuju ke syurga. Memang Allah menyayangi keluarga ini.

saya suka membaca status yang ditulis di wall belaiu adalah status mengingatkan dirinya sendiri.

Status terakhir, saya fikir sebelum kemalangan,
Saeed Bin Mohamed Saeeddov
April 11 2014,

 "Dear Saeed Bin Mohamed Saeeddov "  help yourself, you must be yourself. Be the best that you can be. When you make a mistake, learn from it, pick yourself up and move on. "

Dan saya suka membaca status peringatan dirinya sendiri.

Saeed Bin Mohamed Saeeddov
March 28 2014,

Dear Saeed Bin Mohamed Saeeddov, "Your Parents use to take care of you, feed you and clean your dirty with a full hope to see you long life and grown up, If happen that they need the same thing, do it with the same hope they use to hope and be thankful to the Almighty GOD who guide you to take the responsibility.

May ALLAH guide us to be thankful and be good son for our parents."

Saeed Bin Mohamed Saeeddov
March 28
"One person can't change many people, but many people can change one person." — feeling determined at Mogadishu/ Somali.

إنا لله وإنا إليه راجعون ربنا يرحمو.

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.‎

Saya masih berada dalam kejutan apabila mendapat berita melalui fb, seorang anak angkat saya, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla telah kembali ke rahmatullah subuh tadi di dalam satu kemalangan jalan raya yang membabit bas express dua tingkat yang dinaikinya bersama isteri dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru.

Saeed yang saya kenali seorang anak muda yang taat perintah Allah dan RasulNYA pemuda beriman yang disenangi oleh semua orang yang mengenali beliau.

Sungguh terasa kehilangan seorang anak muda beriman ini. Pergi kerahmatullah bersama isteri dan anak dalam kandungan. Mereka bernikah pada 7 Disember 2013 lalu, benar-benar bercinta selepas bernikah hingga ke jannah.

Kata seorang sahabat beliau, Muhammad Zaki Omar," Alhamdulillah dengan keperibadian beliau yang terpuji, seorang Al-Hafiz, rajin terlibat dengan program-program kesukarelawan keagamaan, hati seorang muslimah tertambat untuk menerima lamaran yang ditawarkan.

Alhamdulillah sekarang Saeed telah menjadi suami kepada muslimah dari Salor, Kelantan. Saya tumpang gembira dan mendoakan rumah tangga beliau suami isteri dilimpahi rahmat dan keberkatan. Barakallahu fik.

Sebelum ni beliau hanya nampak calon isteri daripada UIA dan UTM, tak disangka mendapat calon local tapi berpendidikan internationale daripada Australia pula.

Happy to see both of you smiling to each other. I know you'll live as a happy family.

When Allah Shows His Love, Its Borderless."

Ini yang dikatakan bercinta hingga ke syurga.

Dengan saya juga beliau pernah minta dicarikan calon isteri dengan bersyarat, tidak ada cinta sebelum bernikah. Tapi di Malaysia tidak begitu mudah untuk yakinkan orang Malaysia menerima orang daripada negara luar untuk jadi menantu.

Bak kata beliau bukan mudah mencari isteri. "Be wise when you choose your future wife, because you determine how your children be in the future by how their mother educate them . Mother is school, choose is a good school for your kids. May ALLAH bless and guide my father choose for me this great lady Great Mother. "

Sepanjang persaudaraan kami sekeluarga, beliau dikenali sebagai pemuda yang berhemah, beriman dan bertakwa.

Begitu aturan Allah, pemuda beriman yang bertaqwa cepat diambil kembali kepangkuannya. MasyaAllah, sepanjang yang saya kenal Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31 adalah seorang anak yang baik, sangat menghormati orang tua.

Teringat kembali, beliau baru pulang dari Somalia, 5 April lalu, menziarahi bapanya yang uzur, rupanya dia yang dahulu dijemput Ilahi.

Siapa yang tahu, antara orang tua dan orang muda, orang sihat dengan orang sakit, maut tidak mengira itu semua. Ajal datang tanpa kita sangka. Ajal tidak kira orang muda atau orang tua, orang sihat atau orang sakit.

Allahurabbi...

Begitu nostalgianya saya dengan kenangan sepanjang tempoh dia bersama kami sekeluarga. Setiap kali balik ke Johor selepas berpindah ke Kuala Lumpur, tidak pernah tidak menziarahi kami. Jika datang, beliau akan memastikan belum makan, kerana tahu nanti tiba di rumah, saya akan menghidangkan makanan. Tidak sekali dia menghampakan kami dengan tidak menjamah makanan yang disediakan.

Ketika majlis Konvo, beliau tahu saya tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri ke UTM, beliau sanggup datang bersama jubah Konvo semata-mata untuk mengabadikan photo beliau konvo bersama saya.

Kunjungan terakhir beliau ke rumah sebelum bernikah pada 7 Disember 2013. Selalu memohon restu dan doa dari kami akan apa jua urusannya selain dari ibu bapa kandung beliau sendiri.

Walaupun saya dan beliau menghadapi masalah bahasa, alhamdullilah itu bukan suatu masalah untuk saya berkomunikasi dengan beliau. Beliau berbahasa Arab atau Inggeris. Jika berbahasa Arab, zauj akan jadi penterjemah kepada kami.

Pada kunjungan itu, beliau rasa terpegun dengan usaha saya menubuhkan Baitus Solehah. Kata yang ditulis distatus fb beliau pada, 28 September 2013

"Alhamdulilah, had a great moments visiting Ummi Mak Liza at her house: 'The Baitus Solehah' may ALLAH reward her for her good deeds and bless her and her family. "

Beliau cuba berusaha untuk menyebarkan maklumat dengan memberikan maklumat kepada rakan-rakan beliau lainnya tentang Baitus Solehah.

Saeed Bin Mohamed Saeeddov , October 3, 2013

"A very touching word and very great idea and project. I consider this lady as my mother, every one called her ' Ummi ' Mak Liza , her house open for those who need, simple small house but with big heart , she is in JB near UTM, we can go visit one weekend"

"She is in JB, i use to go to her house eventually , before this her house was open to to the new Muslim who didn't get a place to stay due to the social issue and they stay at her house for free, then take care of some of the orphanage, now she is doing this project for free , from her own pocket." Ini diperingkat awal dan permulaan Baitus Solehah beroperasi sebelum mendapat bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat lainnya.

Akhir zaman, payah kita bertemu pemuda yang bertakwa. Sangat sedikit kita bertemu pemuda yang cintakan masjid , mencintai Allah dan rasulNYA lebih utama dari segala perkara. Mengutamakan ukhuwwah dan akhirat dalam urusan kehidupan. Apabila kita temui, muda lagi sudah dijemput ilahi kembali kehadirat Allah.

Pemuda ini pergi bersama-sama isteri yang baru 5 bulan dinikahi dan anak dalam kandungan isteri. Benarlah mereka bercinta hingga ke syurga Allah. Indahnya perjalanan mereka menuju ke syurga. Memang Allah menyayangi keluarga ini.

saya suka membaca status yang ditulis di wall belaiu adalah status mengingatkan dirinya sendiri.

Status terakhir, saya fikir sebelum kemalangan,
Saeed Bin Mohamed Saeeddov
April 11 2014,

"Dear Saeed Bin Mohamed Saeeddov " help yourself, you must be yourself. Be the best that you can be. When you make a mistake, learn from it, pick yourself up and move on. "

Dan saya suka membaca status peringatan dirinya sendiri.

Saeed Bin Mohamed Saeeddov
March 28 2014,

Dear Saeed Bin Mohamed Saeeddov, "Your Parents use to take care of you, feed you and clean your dirty with a full hope to see you long life and grown up, If happen that they need the same thing, do it with the same hope they use to hope and be thankful to the Almighty GOD who guide you to take the responsibility.

May ALLAH guide us to be thankful and be good son for our parents."

Saeed Bin Mohamed Saeeddov
March 28
"One person can't change many people, but many people can change one person." — feeling determined at Mogadishu/ Somali.

إنا لله وإنا إليه راجعون ربنا يرحمو.

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Sumber: Fb Baitus Solehah.


Berita di akhbar: 
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kejutan-balik-kampung-menjadi-kisah-duka-1.269849











 menjadi-kisah-duka-1.269849

Tulisan di  Fb Skuad Mubaligh Terengganu.

Menerima berita kematian Bro. Saeed Bin Mohamed dan isterinya yang kemalangan dalam nahas bas di Bentong semalam. Beliau berasal dari Somalia dan isterinya dari Kelantan. Bro. Saeed pernah menemui kami di Masjid Kristal pada awal bulan Jun tahun lepas bersama keluarga angkat beliau dari Terengganu. Beliau ketika itu merancang ke Kelantan atas urusan keluarga.
 

 Sampai di masjid, Bro. Saeed secara berseloroh, memberitahu kami,'I come here today to see how you do your MTG, please be my tour guide'. Bro. Ikhwan Budiman Azmi telah membawa Bro. Saeed melawat sekitar masjid. Arwah juga telah meminta izin untuk mengalunkan azan solat Asar pada hari tersebut. Kami juga sempat mendengar pendapat beliau tentang program MTG dan pengalaman dakwah beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Bro. Saeed dan isterinya dan semoga Allah tempatkan mereka bersama-sama orang yang soleh. Ameen.

انا لله وانا اليه راجعون

Photo: ‎Assalamualaykum,
Menerima berita kematian Bro. Saeed Bin Mohamed dan isterinya yang kemalangan dalam nahas bas di Bentong semalam. Beliau berasal dari Somalia dan isterinya dari Kelantan. Bro. Saeed pernah menemui kami di Masjid Kristal pada awal bulan Jun tahun lepas bersama keluarga angkat beliau dari Terengganu. Beliau ketika itu merancang ke Kelantan atas urusan keluarga. 

Sampai di masjid, Bro. Saeed secara berseloroh, memberitahu kami,'I come here today to see how you do your MTG, please be my tour guide'. Bro. Ikhwan Budiman Azmi telah membawa Bro. Saeed melawat sekitar masjid. Arwah juga telah meminta izin untuk mengalunkan azan solat Asar pada hari tersebut. Kami juga sempat mendengar pendapat beliau tentang program MTG dan pengalaman dakwah beliau. 

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Bro. Saeed dan isterinya dan semoga Allah tempatkan mereka bersama-sama orang yang soleh. Ameen.

انا لله وانا اليه راجعون‎

Wednesday, April 9, 2014

Lanjut ‘PhD’ Pada Usia Muda Bukan Penghalang Dakwah dan Aktivisme



0 53
Azlan (3)
PEMBINA Bangi mengucapkan syabas kepada Muhammad Azlan b. Abd Azis, Timbalan Presiden PEMBINA Bangi atas kejayaan beliau menukar taraf tahap pengajian daripada Sarjana di dalam bidang Sains Bahan (Materials Science) kepada Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Optik Gunaan (Applied Optics). Ini merupakan satu pencapaian hebat beliau kerana telah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat PhD pada usia seawal 25 tahun.

Terdapat beberapa syarat dan kelayakan yang telah dipenuhi oleh beliau bagi menukar taraf pengajian ke peringkat PhD. Antaranya ialah  menerbitkan sekurang-kurangnya satu kertas penyelidikan (jurnal) di peringkat antarabangsa, gred kumulatif terkumpul (CGPA) bagi pengajian Sarjana melebihi 3.75, menghadiri pembentangan (Viva) bersama 3 orang pemeriksa dan seorang pengerusi dan lulus di dalam ujian bertulis penukar tarafan.

Ikuti temu bual wartawan PEMBINA Bangi yang telah mewawancara beliau atas kejayaan menukar  taraf pengajian ke peringkat PhD.

Wartawan: Saya difahamkan saudara telah terlibat dalam aktiviti tarbiyah, dakwah & aktivisme bersama PEMBINA di samping saudara juga adalah seorang pelajar sarjana di UPM. Sejauh manakah tarbiyah memberi impak pada kejayaan saudara dalam memperolehi tawaran menukar taraf pengajian ke peringkat PhD?
Muhammad Azlan: Tarbiyah sebenarnya adalah pemacu ataupun pemangkin kepada semangat diri saya untuk terus cemerlang dalam akademik. Sebagai seorang pelajar, sudah tentunya tarbiyah itu sendiri mendidik hati saya secara berterusan agar berdisiplin dan bersungguh dalam mengejar kecemerlangan akademik.
Tarbiyah juga mengajar saya untuk berjihad dan menuntut ilmu agar akhirnya islam itu dapat dijulang tinggi. Menuntut ilmu tidak akan dapat dicapai dengan sempurna tanpa bimbingan melalui jalan tarbiyah yang benar. Melalui tarbiyah, saya telah diajar untuk seimbangkan (tawazun) antara aspek rohani, jasmani dan akademik. Kesan daripada penerapan tarbiyyah seperti ini sangat bermanfaat kepada diri saya sebagai seorang mahasiswa.
Intipati yang diajar kepada saya melalui tarbiyah juga banyak menyentuh mengenai kepentingan ilmu di dalam memartabatkan Islam. Tanpa ilmu, umat Islam akan menjadi lemah dan mudah dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Nilai penerapan didikan tarbiyah seperti ini telah memacu diri saya untuk terus meningkatkan kecemerlangan akademik sehingga akhirnya Islam itu dapat didaulatkan di mata dunia.

Wartawan: Pada pandangan saudara, mengapakah belia Islam perlu menceburi dan menguasai bidang penyelidikan dan apakah kepentingannya dalam memartabatkan Islam?
Muhammad Azlan: Penyelidikan secara khususnya adalah berkaitan dengan penemuan-penemuan baru dalam teknologi yang boleh diguna pakai dan bermanfaat khususnya untuk manusia dan alam sejagat. Hari ini, bidang penyelidikan banyak dikuasai oleh negara-negara kuasa besar/maju dan mereka juga telah banyak melakukan penemuan-penemuan yang berteknologi tinggi. Kesannya, apabila kita melihat di negara-negara mereka telah memiliki pelbagai kecanggihan dari segi kemudahan bahkan ketenteraan.
Amat rugi jika umat Islam hari ini tidak berjaya menguasai bidang penyelidikan kerana kita tidak mungkin dapat meletakkan diri kita setaraf dengan negara-negara maju. Umat Islam hari ini sangat memerlukan kecanggihan-kecanggihan dari segi kemudahan dan ketenteraan agar kita dapat mempertahankan diri dari musuh-musuh islam dan juga tidak mudah dipermainkan oleh mereka.
Jika kita membuka kembali lembaran sejarah lalu, umat Islam suatu ketika dahulu terkenal dengan tokoh-tokoh ilmuan seperti Ibnu Sina, al-Biruni, al-Khawarizmi dan lain-lain dengan pelbagai penemuan-penemuan yang luar biasa. Kehadiran ilmuan-ilmuan islam ketika itu telah berjaya meletakkan kerajaan Islam sebagai kerajaan yang terkuat dan dipandang tinggi.
Hari ini, umat Islam masih kurang pelopor-pelopor penyelidik yang tinggi ilmu dan akhlaknya. Melalui kesedaran ini, penyelidikan adalah suatu kepentingan yang perlu dipandang serius untuk kembali memelihara dan mempertahankan umat Islam itu sendiri.

Wartawan: Secara umumnya, orang ramai berpandangan bahawa seorang pelajar Sarjana atau PhD tidak mempunyai kelapangan masa untuk terlibat di dalam kerja dakwah dan aktivisme kerana Sarjana atau PhD memerlukan komitmen dan masa yang sepenuhnya dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan. Apakah komen anda?
Muhammad Azlan: Tidak dapat dinafikan bahawa melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana mahupun PhD perlukan komitmen dan fokus yang tinggi. Namun, kesibukan itu sebenarnya dapat dikawal dan diurus dengan baik jika pandai membahagi masa. Melanjutkan pangajian ke Sarjana atau PhD di samping bergerak aktif dalam berdakwah dapat dilaksanakan secara sempurna jika kita memiliki disiplin yang tinggi. Tanpa disiplin sudah tentunya tidak akan tercapai kedua-duanya sekali, bak kata pepatah, yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.
Apa yang saya mampu kongsikan mengenai pembahagian masa saya, waktu bekerja adalah masa untuk fokus dalam menumpukan kepada penyelidikan, manakala pada waktu malam adalah waktu untuk memberi komitmen pada dakwah. Hujung minggu pula adalah masa untuk meghadiri program-program dakwah atau berehat bersama keluarga bagi melapangkan fikiran setelah penat menjalankan kerja penyelidikan dan berdakwah. Apa yang telah saya lakukan ini sebenarnya tidak sedikitpun mengganggu perjalanan saya untuk belajar mahupun berdakwah.
Apa yang mampu disimpulkan, pembahagiaan masa dan juga disiplin dalam melaksanakan tanggungjawab adalah suatu perkara yang berkait rapat. Adalah suatu kebiasaan jika datangnya waktu-waktu yang terlalu sibuk dalam menumpukan pelajaran. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak mampu memberi komitmen di dalam dakwah. Masa yang digunakan oleh kita tidak sepanjang masa digunakan untuk belajar semata-mata. Sudah pastinya dalam sehari ada waktu-waktu lapang yang boleh dimanfaatkan untuk berdakwah.

Wartawan: Apa harapan saudara kepada belia Islam yang masih meneruskan pengajian? Apakah yang mereka perlu lakukan demi Islam dan dakwah?
Muhammad Azlan: Harapan saya untuk semua belia-belia Islam agar teruskan kecemerlangan di dalam akademik. Hari ini, Islam bukan hanya perlukan umat yang berilmu, bahkan hari ini Islam memerlukan umat mampu bekerja deminya. Menuntut ilmu semata-mata tanpa sedar akan kepentingan dan tanggungjawab kepada dakwah adalah sama seperti sikap mementingkan diri sendiri. Ilmu yang kita perolehi  hakikatnya adalah bukan milik kita secara mutlak, bahkan datangnya dari Allah.
Setiap perkara yang Allah beri kepada manusia pasti ada tujuannya agar dimanfaatkan ke arah kebaikan. Islam itu tidak dapat digerakkan jika umatnya hanya sibuk untuk diri sendiri dan tidak mahu bergerak deminya. Dakwah dengan mengabaikan ilmu juga suatu kerugian untuk Islam.
Pendakwah yang gagal menuntut ilmu dengan baik akan memberikan fitnah kepada Islam, manakala seorang pelajar yang tidak mampu menggerakkan dakwah, akan melemahkan Islam itu sendiri. Sudah tentunnya ini adalah suatu kerugian yang besar. Hakikatnya, seorang pelajar yang cemerlang di dalam akademik dan mampu menggerakkan dakwah adalah suatu aset yang bernilai tinggi dan mampu memberikan manfaat yang besar untuk Islam itu sendiri.

Sumber:  http://pembinabangi.com/2014/04/lanjut-phd-pada-usia-muda-bukan-penghalang-dakwah-dan-aktivisme/?fb_action_ids=794328357262730&fb_action_types=og.likes

Sunday, April 6, 2014

CENTHRA hadapi cabaran selepas UPR


Selepas sesi penerimaan muktamad berkaitan proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) bagi Malaysia di sesi ke 25 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva 20 Mac baru-baru ini, isu-isu yang melingkari tuntutan-tuntutan batil Hak Asasi Manusia (HAM) terhadap Malaysia terus mendapat perhatian pelbagai pihak. Terkini, beberapa kenyataan kontroversi daripada NGO-NGO bersekutu COMANGO melalui acara sampingan yang dianjurkan di Geneva pada 21 Mac menjadi bukti betapa puak-puak yang berkepentingan dan tidak menghormati kedaulatan negara akan terus berusaha untuk mengganggu-gugat kemurnian Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan negara.

Beberapa NGO asing turut digunakan sebagai topeng untuk membuktikan tuntutan COMANGO itu kononnya disokong masyarakat antarabangsa.

Selain isu kebebasan beragama, isu yang sangat membimbangkan dan terus-menerus menjadi tuntutan yang ditekan NGO asing ialah hak golongan LGBT. Sementara hak umum semua golongan diiktiraf dan perbuatan menganiaya atau menzalimi mana-mana insan adalah dilarang dan undang-undang Malaysia sedia melindungi hak asasi setiap individu, NGO-NGO tidak bertanggungjawab tersebut terus-menerus memanipulasi isu ini untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan jenayah yang melarang perbuatan berkaitan budaya seks songsang, termasuk dalam seksyen 377 Kanun Kesiksaan dan enakmen-enakmen syariah.

Tekanan-tekanan terhadap Malaysia yang berlaku selepas proses UPR ini tidak akan berakhir dengan penerimaan muktamad syor-syor oleh kerajaan Malaysia. Biarpun Malaysia bertegas untuk tidak menerima syor-syor yang bersifat kontroversi, namun lobi berterusan COMANGO berisiko tinggi untuk mempengaruhi pandangan awam serta perspektif dunia ke arah yang negatif terhadap negara kita.

Pada hakikatnya, hal ini telah pun berlaku apabila pada 25 November 2013, Juru lapor Khas PBB bagi Kebebasan Beragama, Heiner Bielefeldt mengkritik dan menggesa kerajaan Malaysia supaya menarik semula keputusan menghalang penggunaan kalimah Allah dalam konteks penganut Kristian.

Sebuah platform berdedikasi serta berwibawa perlu diwujudkan agar iktibar daripada tindakan COMANGO serta pengalaman semasa menyertai proses UPR di Geneva tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa strategi jangka panjang. Justeru MuslimUPRo telah mengambil langkah proaktif mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centre for Human Rights Research and Advocacy), atau ringkasnya CENTHRA, yang akan berperanan menumpukan pada isu-isu penyelidikan dan advokasi serta latihan dan melobi perspektif Islam di pelbagai peringkat, khususnya yang terkait dengan mekanisme serta agensi-agensi ASEAN dan PBB.

CENTHRA sebagai sebuah entiti yang berdaftar di bawah undang-undang Malaysia akan memperhalusi kajian tema-tema penting di sekitar isu-isu HAM menurut pandangan Islam di samping memainkan peranan sebagai wahana untuk MuslimUPRo dan NGI berkongsi idea dan pengalaman semasa Proses UPR.
CENTHRA juga akan terus memperkasa wacana dan usaha advokasi Islam dan HAM di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa dengan pendedahan isu-isu mutakhir serta kupasan cabaran-cabaran yang melatari perkembangan perbahasan Islam dan HAM di pelbagai peringkat. Antara lain CENTHRA akan mengenal pasti ahli akademik dan aktivis NGI yang boleh diketengahkan untuk memperkasa agenda memperjuangkan isu-isu HAM dari peringkat serantau dan antarabangsa.

Perancangan terdekat MuslimUPRo melalui CENTHRA ini termasuklah mengadakan sesi perundingan di peringkat kebangsaan bagi meneliti laporan penuh UPR 2013 yang telah diterima secara muktamad pada 20 Mac lalu. Dengan sesi perundingan CENTHRA ini diharapkan dapat mengumpulkan para pemimpin NGI bersama-sama wakil ulama dan sarjana Muslim yang akan mengkaji syor-syor UPR 2013, bagi membantu pelaksanaan syor-syor bertujuan memperbaiki situasi HAM di Malaysia serta memberikan cadangan kepada pembaikan menjelang penilaian separuh penggal UPR dalam masa dua tahun.

CENTHRA harus pada asasnya memperkasa wacana Islam mengenai HAM dengan kembali mengartikulasi Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang diluluskan pada 5 Ogos 1990. Pandangan dalam Islam harus membimbing upaya CENTHRA untuk menzahirkan kepada dunia bahawa hak asasi manusia bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan umatnya, tetapi pada hakikatnya merupakan ajaran ke arah mencapai maksud dan tujuan penciptaan manusia dalam pandangan Islam.

Memperbaiki

Pada hemat penulis, sepatutnya tanggungjawab memperbaiki keadaan sebenar hak asasi manusia mendahului keghairahan mendapatkan pengiktirafan sebagai negara yang paling banyak meratifikasi konvensyen-konvensyen tertentu. Perkara lebih utama ialah memastikan upaya memperbaiki keadaan hidup dan memastikan hak-hak masyarakat dipertahankan dengan sewajarnya, bukan sekadar menzahirkan kepura-puraan sosial atau social camouflage, suatu istilah yang digunakan untuk mentakrifkan negara-negara yang meratifikasi konvensyen-konvensyen hak asasi manusia tetapi pada masa yang sama melakukan pelanggaran hak-hak tersebut. Inilah yang berlaku terhadap negara-negara seperti Mesir, Syria, Tunisia, Pakistan dan hatta Myanmar sekalipun.

Realiti di negara-negara tersebut berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia yang memperbaiki keadaan sosio-ekonomi, mempertahankan hak-hak masyarakat melalui kerangka Perlembagaan Persekutuan adalah menurut maqasid syariah serta lebih menyerlah tanpa semestinya tunduk pada tuntutan meratifikasi konvensyen-konvensyen hak asasi manusia.

Pendirian bertanggungjawab Malaysia terhadap usaha memperkukuh keadaan serta melaksanakan syor-syor yang munasabah berkaitan hak asasi manusia memerlukan dokongan dan inisiatif tambahan daripada masyarakat sivil. Justeru CENTHRA selaku suara dan kuasa masyarakat sivil, khususnya daripada kalangan NGI akan berperanan dengan menguasai kemahiran berhujah dan aspek-aspek kemahiran melobi serta menjalankan mekanisme tertentu di sidang-sidang berkaitan hak asasi manusia di peringkat ASEAN dan PBB.

Berkaitan inisiatif UPR pada pusingan ketiga tahun 2017 kelak, CENTHRA telah memulakan inisiatif untuk mengemukakan laporan stakeholder yang kukuh kepada Majlis Hak Asasi Manusia yang akan menjadi asas semakan kelak. Laporan tersebut perlu mewakili pandangan sebenar majoriti rakyat tentang kemahuan-kemahuan munasabah Hak Asasi Manusia tanpa melanggari batas-batas keagamaan, Perlembagaan Persekutuan serta budaya dan sejarah negara.

CENTHRA juga berhasrat mengangkat kembali tujuan dan semangat yang melatari Perisytiharan dan Pelan Tindakan Vienna 1993 yang mengambil kira realiti agama, budaya dan sejarah sesebuah negara dalam melaksanakan prinsip-prinsip Hak Asasi Manusia. Dalam konteks Malaysia, CENTHRA perlu menjadi suara masyarakat sivil untuk terus menegur pihak-pihak seperti COMANGO agar tidak melampaui batas dan nilai agama dan budaya dalam membuat tuntutan hak asasi manusia. Malah, CENTHRA perlu menyeru hatta pihak seperti SUHAKAM sekalipun, agar tidak terbabas daripada fungsi asal melaksanakan prinsip-prinsip hak asasi manusia di negara ini, bertepatan dengan Seksyen 4(4) Akta SUHAKAM itu sendiri.

AZRIL MOHD AMIN ialah seorang peguam dan kini mengetuai MuslimUPRo, iaitu Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam ke Semakan Berkala Sejagat, Geneva, Switzerland.