PEMBINA Bangi mengucapkan syabas kepada Muhammad Azlan b. Abd Azis,
Timbalan Presiden PEMBINA Bangi atas kejayaan beliau menukar taraf tahap
pengajian daripada Sarjana di dalam bidang Sains Bahan (Materials Science) kepada Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Optik Gunaan (Applied Optics).
Ini merupakan satu pencapaian hebat beliau kerana telah berjaya
melanjutkan pengajian ke peringkat PhD pada usia seawal 25 tahun.
Terdapat beberapa syarat dan kelayakan yang telah dipenuhi oleh beliau bagi menukar taraf pengajian ke peringkat PhD. Antaranya ialah menerbitkan sekurang-kurangnya satu kertas penyelidikan (jurnal) di peringkat antarabangsa, gred kumulatif terkumpul (CGPA) bagi pengajian Sarjana melebihi 3.75, menghadiri pembentangan (Viva) bersama 3 orang pemeriksa dan seorang pengerusi dan lulus di dalam ujian bertulis penukar tarafan.
Ikuti temu bual wartawan PEMBINA Bangi yang telah mewawancara beliau atas kejayaan menukar taraf pengajian ke peringkat PhD.
Wartawan: Saya difahamkan saudara telah terlibat dalam aktiviti tarbiyah, dakwah & aktivisme bersama PEMBINA di samping saudara juga adalah seorang pelajar sarjana di UPM. Sejauh manakah tarbiyah memberi impak pada kejayaan saudara dalam memperolehi tawaran menukar taraf pengajian ke peringkat PhD?
Muhammad Azlan: Tarbiyah sebenarnya adalah pemacu ataupun pemangkin kepada semangat diri saya untuk terus cemerlang dalam akademik. Sebagai seorang pelajar, sudah tentunya tarbiyah itu sendiri mendidik hati saya secara berterusan agar berdisiplin dan bersungguh dalam mengejar kecemerlangan akademik.
Tarbiyah juga mengajar saya untuk berjihad dan menuntut ilmu agar akhirnya islam itu dapat dijulang tinggi. Menuntut ilmu tidak akan dapat dicapai dengan sempurna tanpa bimbingan melalui jalan tarbiyah yang benar. Melalui tarbiyah, saya telah diajar untuk seimbangkan (tawazun) antara aspek rohani, jasmani dan akademik. Kesan daripada penerapan tarbiyyah seperti ini sangat bermanfaat kepada diri saya sebagai seorang mahasiswa.
Intipati yang diajar kepada saya melalui tarbiyah juga banyak menyentuh mengenai kepentingan ilmu di dalam memartabatkan Islam. Tanpa ilmu, umat Islam akan menjadi lemah dan mudah dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Nilai penerapan didikan tarbiyah seperti ini telah memacu diri saya untuk terus meningkatkan kecemerlangan akademik sehingga akhirnya Islam itu dapat didaulatkan di mata dunia.
Wartawan: Pada pandangan saudara, mengapakah belia Islam perlu menceburi dan menguasai bidang penyelidikan dan apakah kepentingannya dalam memartabatkan Islam?
Muhammad Azlan: Penyelidikan secara khususnya adalah berkaitan dengan penemuan-penemuan baru dalam teknologi yang boleh diguna pakai dan bermanfaat khususnya untuk manusia dan alam sejagat. Hari ini, bidang penyelidikan banyak dikuasai oleh negara-negara kuasa besar/maju dan mereka juga telah banyak melakukan penemuan-penemuan yang berteknologi tinggi. Kesannya, apabila kita melihat di negara-negara mereka telah memiliki pelbagai kecanggihan dari segi kemudahan bahkan ketenteraan.
Amat rugi jika umat Islam hari ini tidak berjaya menguasai bidang penyelidikan kerana kita tidak mungkin dapat meletakkan diri kita setaraf dengan negara-negara maju. Umat Islam hari ini sangat memerlukan kecanggihan-kecanggihan dari segi kemudahan dan ketenteraan agar kita dapat mempertahankan diri dari musuh-musuh islam dan juga tidak mudah dipermainkan oleh mereka.
Jika kita membuka kembali lembaran sejarah lalu, umat Islam suatu ketika dahulu terkenal dengan tokoh-tokoh ilmuan seperti Ibnu Sina, al-Biruni, al-Khawarizmi dan lain-lain dengan pelbagai penemuan-penemuan yang luar biasa. Kehadiran ilmuan-ilmuan islam ketika itu telah berjaya meletakkan kerajaan Islam sebagai kerajaan yang terkuat dan dipandang tinggi.
Hari ini, umat Islam masih kurang pelopor-pelopor penyelidik yang tinggi ilmu dan akhlaknya. Melalui kesedaran ini, penyelidikan adalah suatu kepentingan yang perlu dipandang serius untuk kembali memelihara dan mempertahankan umat Islam itu sendiri.
Wartawan: Secara umumnya, orang ramai berpandangan bahawa seorang pelajar Sarjana atau PhD tidak mempunyai kelapangan masa untuk terlibat di dalam kerja dakwah dan aktivisme kerana Sarjana atau PhD memerlukan komitmen dan masa yang sepenuhnya dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan. Apakah komen anda?
Muhammad Azlan: Tidak dapat dinafikan bahawa melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana mahupun PhD perlukan komitmen dan fokus yang tinggi. Namun, kesibukan itu sebenarnya dapat dikawal dan diurus dengan baik jika pandai membahagi masa. Melanjutkan pangajian ke Sarjana atau PhD di samping bergerak aktif dalam berdakwah dapat dilaksanakan secara sempurna jika kita memiliki disiplin yang tinggi. Tanpa disiplin sudah tentunya tidak akan tercapai kedua-duanya sekali, bak kata pepatah, yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.
Apa yang saya mampu kongsikan mengenai pembahagian masa saya, waktu bekerja adalah masa untuk fokus dalam menumpukan kepada penyelidikan, manakala pada waktu malam adalah waktu untuk memberi komitmen pada dakwah. Hujung minggu pula adalah masa untuk meghadiri program-program dakwah atau berehat bersama keluarga bagi melapangkan fikiran setelah penat menjalankan kerja penyelidikan dan berdakwah. Apa yang telah saya lakukan ini sebenarnya tidak sedikitpun mengganggu perjalanan saya untuk belajar mahupun berdakwah.
Apa yang mampu disimpulkan, pembahagiaan masa dan juga disiplin dalam melaksanakan tanggungjawab adalah suatu perkara yang berkait rapat. Adalah suatu kebiasaan jika datangnya waktu-waktu yang terlalu sibuk dalam menumpukan pelajaran. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak mampu memberi komitmen di dalam dakwah. Masa yang digunakan oleh kita tidak sepanjang masa digunakan untuk belajar semata-mata. Sudah pastinya dalam sehari ada waktu-waktu lapang yang boleh dimanfaatkan untuk berdakwah.
Wartawan: Apa harapan saudara kepada belia Islam yang masih meneruskan pengajian? Apakah yang mereka perlu lakukan demi Islam dan dakwah?
Muhammad Azlan: Harapan saya untuk semua belia-belia Islam agar teruskan kecemerlangan di dalam akademik. Hari ini, Islam bukan hanya perlukan umat yang berilmu, bahkan hari ini Islam memerlukan umat mampu bekerja deminya. Menuntut ilmu semata-mata tanpa sedar akan kepentingan dan tanggungjawab kepada dakwah adalah sama seperti sikap mementingkan diri sendiri. Ilmu yang kita perolehi hakikatnya adalah bukan milik kita secara mutlak, bahkan datangnya dari Allah.
Setiap perkara yang Allah beri kepada manusia pasti ada tujuannya agar dimanfaatkan ke arah kebaikan. Islam itu tidak dapat digerakkan jika umatnya hanya sibuk untuk diri sendiri dan tidak mahu bergerak deminya. Dakwah dengan mengabaikan ilmu juga suatu kerugian untuk Islam.
Pendakwah yang gagal menuntut ilmu dengan baik akan memberikan fitnah kepada Islam, manakala seorang pelajar yang tidak mampu menggerakkan dakwah, akan melemahkan Islam itu sendiri. Sudah tentunnya ini adalah suatu kerugian yang besar. Hakikatnya, seorang pelajar yang cemerlang di dalam akademik dan mampu menggerakkan dakwah adalah suatu aset yang bernilai tinggi dan mampu memberikan manfaat yang besar untuk Islam itu sendiri.
Sumber: http://pembinabangi.com/2014/04/lanjut-phd-pada-usia-muda-bukan-penghalang-dakwah-dan-aktivisme/?fb_action_ids=794328357262730&fb_action_types=og.likes

No comments:
Post a Comment